laporan inovasi permainan tradisional sumpit
Post on 09-Jan-2017
505 Views
Preview:
TRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEKBORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
Nama : SHERLY JEWINLY Angka Giliran Pelajar :Tajuk Tugasan : LAPORAN PERTANDINGAN INOVASI PERMAINAN TRADISIONALPensyarah : EN CHANDER A/L VENGADASALAM
Subjek / Kursus : PJM3123E – PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKANTarikh Diterima:
Pengakuan PelajarSaya telah meneliti Peraturan Maktab Pendidikan Guru ( Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan) 1999.
Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan :____________________________ Tarikh :_______________________ ( )
Perincian Maklum Balas TugasanPemeriksa ModeratorKekuatan: Kekuatan:
Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:
Tandatangan: Tarikh:Tandatangan: Tarikh:
Pengesahan Pelajar Terhadap Maklumbalas Yang Diberikan Pensyarah.Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami.
Tandatangan Pelajar : Tarikh :
JABATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGIIPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Nama & No. Kad Pengenalan Sherly Jewinly
Kod & Nama Kursus PJM3123E Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan
Jasmani Dan Sukan
Nama Pensyarah Encik Chander a/l Vengadasalam
Deskripsi Tugasan Laporan Pertandingan Inovasi Permainan Tradisional
“Saya maklum mengenai peraturan tugasan ini yang melarang sebarang aktiviti plagiat.
Dengan ini saya akui tugasan ini hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya dijelaskan sumbernya”.
Tanda tangan pelajar :_____________________ Tarikh:_________________
UNTUK KEGUNAAN JABATAN
Tarikh dihantar:_______/_______/_______ Diterima oleh : _____________________
Tarikh disemak : :_______/_______/_______ Dinilai oleh : _____________________
Markah :
BIODATA
ISI KANDUNGAN
NOMBOR ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 Biodata 1
2 Isi Kandungan 2
3 Penghargaan 3
4 Pendahuluan
5 Laporan Inovasi Permainan Tradisional
6 Refleksi
7 Rujukan
8 Dapatan/Lampiran
PENGHARGAAN
Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
kursus Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan saya, Encik Chander a/l
Vengadasalam kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau, membuka ruang
untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga berjaya saya
berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada ahli kumpulan saya Oden dan Faiz
yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu
saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pelaksanaan kerja kursus ini. Terima kasih
PENDAHULUAN
Bagi tugasan kursus PJM3123E - Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani
Dan Sukan ini, kami telah diminta untuk menginovasikan permainan tradisional seterusnya
mengelolakan pertandingan inovasi permainan tradisional semasa karnival permainan
tradisional yang berlangsung pada 23 Mac 2016, bertempat di Dewan Serbaguna Institut
Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Oleh itu, satu
laporan mengenai inovasi permainan tradisional yang telah kami jalankan haruslah ditulis.
LAPORAN INOVASI PERMAINAN TRADISIONAL
1.0 Tajuk Inovasi
Tajuk inovasi permainan tradisional yang telah saya dan ahli kumpulan saya cipta ialah
“Tropicana Anak sumpit”. Kami telah memilih nama “Tropicana Anak sumpit” bagi tajuk
inovasi permainan tradisional kami kerana Anak sumpit merupakan alatan memburu yang
sering digunakan untuk memburu di dalam hutan hujan tropika terutamanya bagi etnik-etnik
seperti Iban, Dayak dan Dusun di Borneo. Oleh itu, untuk merasakan suasana ataupun
‘mood’ sebenar penggunaan Anak sumpit , kami telah memilih nama “Tropicana Anak
sumpit” sebagai nama permainan tradisional yang telah kami inovasikan. Permainan
tradisional yang kami inovasikan ini ialah gabungan antara permainan Anak sumpit dan juga
permainan dart.
Sumpit merupakan senjata khas beberapa etnik di Borneo. Bahagian sumpit terdiri
daripada 3 bahagian iaitu Sumpit, anak Sumpit dan mata tombak. Senjata ini mampu
menggandakan kekuatan meniup dan mengenai sasaran yang jauh. Dengan senjata ini,
etnik-etnik di Borneo dapat melumpuhkan musuh mahupun haiwan buruan seperti burung,
rusa dari jarak relatif yang jauh. Getah tumbuhan beracun yang dikenali sebagai ‘damek’
dilumur pada anak sumpit untuk melumpuhkan musuh mahupun haiwan-haiwan buruan.
Namun, apabila zaman semakin moden, berkurangnya penggunaan sumpit dalam kerja-
kerja memburu di kalangan etnik-etnik di Borneo dan sumpit hanya digunakan untuk
bermain pada masa lapang dengan mensasarkan buah-buahan di atas pokok (R. Masri,
2010).
Dart merupakan sebahagian dari warisan budaya Inggeris. Pemanah Inggeris telah
menghabiskan masa luang mereka bermain permainan yang mirip anak panah sebelum
mereka mengalahkan Perancis dalam pertempuran Agincourt pada tahun 1415. Kerana
populariti permainan meningkat, permainan ini memenangi hati para bangsawan, pada
tahun 1530 Anne Boleyn memberikan Raja Henry VIII satu set "Dart Biscay". Selama lebih
dari satu abad panah telah mendapatkan populariti sebagai permainan kelab. Pada tahun
1954, Nasional Inggeris Dart Association ditubuhkan, yang telah menyelenggarakan
pertandingan nasional tahunan selama bertahun-tahun. Namun demikian, panahan menjadi
sangat popular di tahun 1960-an dan di awal 1970-an, disebabkan oleh penggunaan jenis
baru anak panah, yang terbuat dari wolfram. Ini mengakibatkan peniaga dan penaja menjadi
lebih tertarik dalam permainan ini. Pada tahun 1973 Inggeris Darts Organisasi ditubuhkan
dan telah mempopularkan permainan ini di televisyen, seterusnya meluaskan permainan ini
ke kelab. Pada tahun 1970 dart menjadi sukan antarabangsa (Aizil Adha, 2011) .
2.0 Pengenalan Permainan Tradisional Yang Dipilih
Permainan “Tropicana Sumpit” permainan tradisional Sumpit yang digabungkan dengan
permainan dart. Kami telah menggunakan Sumpit dan anak Sumpit serta papan dart
ataupun papan sasaran “ring” dalam permainan ini. Bahan yang digunakan untuk membuat
Sumpit dan ekor anak sumpit adalah ‘bunting’ terpakai manakala badan anak sumpit pula
dibuat menggunakan pencucuk sate terpakai. Papan dart ataupun papan sasaran pula
diperbuat daripada polistrena yang terpakai.
Langkah-langkah permainan Tropicana Sumpit adalah seperti berikut:
1. Pemain mengambil 3 anak Sumpit dan 1 Sumpit
2. Pemain bersedia di kawasan permainan
3. Pemain berdiri di belakang garisan yang telah ditetapkan
4. Pemain meniup anak Sumpit menggunakan Sumpit untuk menyasarkan “ring” pada
papan sasaran
5. Pemain harus menghabiskan ketiga-tiga peluru
6. Mata tidak akan diberi sekiranya peluru terkeluar daripada “ring”
Penyumpit
Anak sumpit
Peraturan-peraturan permainan Tropicana Sumpit adalah seperti berikut:
1. Pemain perlu berada di belakang garisan yang telah ditetapkan
2. Pemain perlu mempunyai 3 anak Sumpit dan 1 Sumpit
3. Anak Sumpit perlu ditiup menggunakan Sumpit
4. Anak Sumpit perlu disasarkan pada “ring” atas papan sasaran
5. Mata tidak akan diberi sekiranya peluru terkeluar daripada “ring”
6. Pemain perlu beratur, menunggu giliran dan tidak berebut-rebut semasa bermain
permainan ini
Pemberian mata permainan Tropicana Sumpit adalah seperti berikut:
2
4
6
8
10
MATA
3.0 Objektif
Terdapat dua objektif inovasi permainan tradisional ini iaitu untuk menjadikan permainan
tradisional yang hampir dilupakan pada zaman yang semakin moden ini semakin
menyeronokkan, bermakna dan sistematik agar tidak dilupakan serta menggalakkan kitar
semula bahan-bahan terpakai.
3.1 Mengekalkan tradisi
Di dalam era globalisasi ini permainan-permainan tradisional seperti Sumpit semakin
jarang dimain dan hampir dilupakan kerana wujudnya permainan-permainan maya yang boleh
dimain menggunakan gadget seperti telefon bimbit dan permainan-permainan sedemikian lebih
menjadi tumpuan terutamanya oleh generasi-generasi muda masa kini. Oleh yang demikian,
kami telah menginovasikan permainan Sumpit ini dengan menginovasikan penggunaan bahan
untuk membuat Sumpit dan anak Sumpit menggunakan bahan kitar semula yang mudah
didapati serta menambahkan papan sasaran bagi memudahkan pemberian mata. Sesiapa
sahaja tidak kira tua atau muda boleh membuat permainan ini menggunakan bahan-bahan
yang mudah didapati dan permaianan ini mudah dimain. Dengan memperkenalkan permainan
yang mudah dan menyeronokkan ini kepada orang ramai, tradisi tidak akan dilupakan kerana
permainan ini akan sentiasa dimain.
Perekodan mata permainan Tropicana Sumpit adalah seperti berikut:
PERMAINAN TROPICANA SUMPIT
NAMA:
Anak Sumpit 1 Anak Sumpit 2 Anak Sumpit 3
MATA
3.2 Menggalakkan kitar semula
Selain daripada dapat mengekalkan tradisi, objektif inovasi permainan tradisional ini
juga adalah untuk menggalakkan kitar semula. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat
alat-alat permainan ini bukan sahaja mudah didapati malah sifar kos kerana semua bahan yang
digunakan adalah bahan-bahan terbuang. Dengan mengitar semula, kita bukan sahaja
menyelamatkan bumi malah mengurangkan kos hidup serta menjadikan kita insan yang lebih
kreatif dan inovatif terutamanya dalam menambahbaik benda-benda sedia ada menggunakan
bahan-bahan terpakai seperti yang telah kami lakukan untuk menginovasi permainan
“Tropicana Sumpit”.
4.0 Keberkesanan Penggunaan Bahan Inovasi dalam Permainan Tradisional
Bahan-bahan yang telah diinovasikan ialah ‘bunting’ sebagai badan Sumpit dan anak
Sumpit, pencucuk sate sebagai badan anak sumpit dan papan polistrena sebagai papan
sasaran. Sebelum menggunakan ‘bunting’, bahan yang kami gunakan untuk membuat Sumpit
dan ekor anak Sumpit adalah kertas. Namun, setelah kami cuba untuk bermain menggunakan
Sumpit dan anak Sumpit yang ekornya diperbuat menggunakan kertas, Sumpit dan ekor anak
Sumpit tersebut menjadi lembik kerana basah disebabkan oleh air liur setelah dimain oleh 5
orang pemain. Oleh yang demikian, kami telah memutuskan untuk menukar penggunaan kertas
kepada kanvas.
Kami telah mencari ‘bunting’ terpakai seterusnya menggunting ‘bunting’ tersebut seterusnya
menggulung helaian yang telah digunting untuk dibentukkan seperti Sumpit. Bahan yang kami
gunakan untuk membuat ekor anak Sumpit juga telah kami tukar kepada kanvas. Setelah itu,
kami telah membuat pengujian semula dengan bermain menggunakan Sumpit dan anak Sumpit
yang diperbuat daripada bahan baharu dan ternyata percubaan kali kedua kami berjaya kerana
Sumpit dan ekor anak Sumpit tidak lagi basah malah lebih selesa digunakan kerana bahan
‘bunting’ adalah kalis air. Oleh itu, anti-septik mahupun pencegah kuman boleh disapu pada
mulut Sumpit untuk mengekalkan kebersihan setiap kali pemain yang berlainan bermain
menggunakan Sumpit yang sama. Selain itu, Sumpit yang dibina menggunakan ‘bunting’
terpakai juga mampu menggandakan kekuatan tiupan dan mampu meniup anak Sumpit pada
jarak relatif yang agak jauh. Papan sasaran ataupu papan dart yang telah dibuat menggunakan
polistrena terpakai juga berfungsi dengan baik sekali kerana anak Sumpit mudah melekat pada
papan sasaran dan tidak menembusi atau merosakkan papan sasaran. Sebelum ini, permainan
sumpit tradisional tidak mempunyai sasaran yang tetap dan pemain hanya menyasarkan
benda-benda yang ada di persekitaran mereka seperti buah pada pokok. Oleh itu, dengan
adanya papan sasaran yang dibuat daripada polistrena yang diispirasikan oleh papan dart ‘ring’,
permainan Sumpit menjadi lebih sistematik dan menyeronokkan.
5.0 Penutup
Inovasi permainan tradisional ini sangat berguna dalam menambahbaikkan permainan-
permainan tradisional sedia ada terutamanya dari segi penjimatan kos, penjimatan masa,
menambahkan cabaran dan keseronokan permainan, memudahkan permainan seperti
membolehkan permainan yang hanya dimainkan di luar ataupun permainan ‘outdoor’ untuk
dimain di dalam ataupun ‘indoor’ dan menggunakan bahan-bahan terpakai untuk menghasilkan
satu permainan yang sangat menyeronokkan. Inovasi permainan tradisional ini bukan sahaja
mengekalkan permainan-permainan tradisional warisan tinggalan nenek moyang kita yang amat
berharga malah menggalakkan masyarakat untuk menjadikan permainan-permainan ini sebagai
hobi yang sihat dan secara tidak langsung mempupuk rasa cinta masyarakat akan permainan
tradisional. Permainan tradisional yang bijak diberikan inovasi juga mampu menjadi simbol unik
negara, dan menjadi kebanggaan semua (Azemi Azman, 2013). Oleh itu, semua pihak tidak
kira peringkat usia, pangkat tinggi atau rendah, perlu bahu-membahu dalam usaha
mempopularkan permainan tradisional yang telah diinovasikan.
Pertama sekali saya sangat bersyukur kerana dapat saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semasa menerima tugasan ini, apa yang
dapat saya gambarkan ialah halangan-halangan yang terpaksa saya hadapi sama ada dari segi
masa serta sumber rujukan. Namun setelah diberi penerangan daripada pensyarah, saya dapat
memahami cara untuk melaksanakan kerja kursus ini dan ia memudahkan saya untuk
merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini. Sepanjang proses saya menyiapkan
kerja kursus ini, saya dapati bahawa setiap yang saya pelajari selama ini bukan mudah untuk
difahami. Sebagai contoh, sebelum ini, pengurusan dan pengelolaan pendidikan Jasmani dan
Sukan tidak seberapa baik. Namun, setelah menjalankan kerja kursus ini, pemahaman saya
menjadi lebih baik.
Selain itu, saya juga dapat menguasai kemahiran berinteraksi dengan rakan-rakan
terutamanya ahli kumpulan saya secara lisan dengan betul semasa berbincang dengan mereka
untuk bertukar-tukar pendapat dan idea bagi menginovasikan satu permainan tradisional seperti
yang diminta dalam kerja kursus ini. Sebelum ini, kemahiran berkomunikasi saya agak kurang
namun, setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya dapat menguasai kemahiran tersebut
dengan baik. Semasa melaksanakan kerja kursus ini juga, saya dapat menguasai komunikasi
lisan dengan baik dan berkesan semasa berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan
pensyarah saya dan ini merupakan salah satu perkara yang harus saya banggakan kerana
sebelum melaksanakan kerja kursus ini, saya kurang berkomunikasi secara lisan dengan
pensyarah saya disebabkan oleh kurangnya keyakinan komunikasi kerana di rumah saya dan
ahli keluarga saya bertutur dalam bahasa Dusun iaitu bahasa ibunda kaum saya.
Seterusnya, dalam usaha melaksanakan tugasan dalam kerja kursus ini, saya kini lebih
memahami tajuk-tajuk yang kami pelajari bagi kursus Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan
Jasmani Dan Sukan. Setelah melaksanakan kerja kursus ini, lebih yakin dan lebih mengingati
topik-topik yang dibincangkan semasa kuliah berlangsung kerana saya dapat melakukan lebih
banyak bacaan dan kajian mengenai topik-topik yang dipelajari dalam kelas semasa kuliah
berlangsung. Saya juga kurang memahami soalan kerja kursus yang telah diberikan sebelum
ini. Namun, atas tunjuk ajar dan bimbingan yang sangat berharga daripada pensyarah
kesayangan kami iaitu Encik Chander serta rakan-rakan sekelas saya, saya berjaya memahami
soalan dan dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan senang hati dan gembira.
REFLEKSI
Selain itu, pengalaman yang saya perolehi semasa mengumpul maklumat-maklumat
tentang tugasan yang diberi, sedikit sebanyak telah membantu saya menambah pengetahuan
dalam kursus ini disamping ingin menyiapkan kerja kursus. Saya kini juga menyedari akan
betapa pentingnya untuk menguasai kursus ini untuk digunakan dalam kehidupan seharian dan
apabila saya menjadi guru kelak. Pengetahuan-pengetahuan ini amat penting untuk
diaplikasikan ketika saya keluar mengajar nanti. Walaupun sepanjang proses melaksanakan
tugasan ini saya terpaksa berkorban masa, tenaga, dan sebagainya ,saya tetap berpuas hati
kerana dengan hasil kerja keras saya dapat juga tugasan ini disiapkan.
Saya juga telah mempelajari erti kesabaran semasa menyiapkan kerja kursus ini
terutamanya ketika saya mencari bahan-bahan rujukan dan idea bagi melengkapkan tugasan
yang diberi ini. Dalam kerja kursus ini, kami telah ditugaskan untuk membuat tugasan yang
agak sukar iaitu menginovasikan permainan tradisional. Salah satu cabaran yang saya hadapi
ketika mencari bahan rujukan bagi kerja kursus ini ialah kekurangan buku dan bahan rujukan
kerana buku di perpustakaan IPG mengenai tajuk yang telah diberikan kepada kami adalah
agak terhad dan saya datang ke perpustakaan agak lambat berbanding rakan-rakan sekelas
saya dan ini menyebabkan saya sukar mendapat bahan rujukan yang sepatutnya.Selain itu,
saya juga mempelajari erti kesabaran ketika memerah otak untuk memikirkan idea-idea yang
mantap bagi melengkapkan kerja kursus ini.
Saya juga berjaya memupuk semangat bekerjasama dengan rakan-rakan sekelas
semasa melaksanakan kerja kursus ini. Kami saling membantu antara satu sama lain
terutamanya dalam persediaan sehari sebelum bermulanya Karnival Permainan Tradisional.
Kami saling bertukar-tukar idea dan memberikan pendapat antara satu sama lain bagi
menghias dewan dan bekerjasama merancang perjalanan majlis sehinggalah majlis berjalan
dengan sempurna. Dengan itu, hubungan antara saya dan rakan-rakan seperjuangan juga
semakin erat dan kukuh secara tidak langsung.
Akhir kata, saya amat bersyukur kepada Tuhan, kepada pensyarah yang tidak pernah
bosan membimbing saya, dan kepada rakan-rakan yang selalu membantu dalam memberikan
pendapat dan pandangan dalam melaksanakan kerja kursus ini terutamanya ahli kumpulan
saya kerana tanpa mereka, permainan Tropicana Sumpit tidak akan mendapat sambutan yang
begitu tinggi. Kami mendapat maklumbalas positif daripada ramai pensyarah dan pemain
permainan yang telah kami inovasikan dan kami telahpun mendapat tempahan untuk membuat
permainan ini pada Hari Raya Puasa yang akan datang nanti.
Agustini, D. (2014). Permainan Tradisional Sebagai Media Simulasi Aspek Perkembangan
Kanak-kanak. Permainan Tradisional Dalam Perkembangan Kanak-kanak, 45-55.
Aizil Adha. (2011, Januari 22). UPNMdarters.Blogspot.com. Retrieved Mac 25, 2016, from
Blogspot.com: http://upnmdarters.blogspot.my/p/kenali-dart.html
Arasoo. (1987). Aspek Saintifik Pelaziman Sukan dan Kecergasan Jasmani. Kuala Lumpur: Siri
Pendidikan Fajar Bakti.
Azemi Azman. (2013, July 30). Mohamadazem2013.blogspot.com. Retrieved Mac 25, 2016,
from Blogspot.com: http://mohamadazemi2013.blogspot.my/2013/07/esei-faktor-
permainan-tradisional.html
Borhanudin. (2013). Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kasim, W. A. (2013). Permainan Tradisional dalam Pendidikan. Inovasi Pendidikan Melalui
Permainan Tradisional, 55-68.
Khadijah Ismail. (2010). Mengoptimumkan Tumbuh Kembang Anak Melalui Permainan
Tradisional. Selangor: PTS Publications and Distributors.
R. Masri. (2010). Dayak Djangkang; From Headhunters to Catholics. Jakarta: UMN Press
Publisher.
Wardani, D. (2009). 33 Permainan Tradisional Yang Mendidik. Selangor: PTS Publications and
Distibutors.
RUJUKAN
Gambar-gambar sehari sebelum Karnival Permainan Tradisional berlangsung
LAMPIRAN
Gambar-gambar semasa Karnival Permainan Tradisional berlangsung
top related