laporan bank dunia doing business (db) 2019: nbd meningkat...

Post on 13-Jun-2020

5 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

HARI SABTU 3 NOVEMBER 201828 NASIONAL

Siaran Akhbar dan Grafik : Kementerian Tenaga(Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian

Laporan Bank Dunia Doing Business (DB) 2019:

NBD meningkatke tangga ke-55

BANDAR SERI BEGAWAN,Rabu, 31 Oktober. - MenurutLaporan Bank Dunia DoingBusiness (DB) 2019, yangmengukur tahap kecekapandan pengawalseliaan perniagaantempatan dalam kalangan 190negara di seluruh dunia; NegaraBrunei Darussalam kini beradadi kedudukan ke-55, denganpeningkatan skor Ease of DoingBusiness (EODB) yang sebelumini dinamakan sebagai skorDistance to Frontier (DTF), iaitusebanyak 72.03 daripada 100 danmempunyai peningkatan skorEODB dalam empat buahpetunjuk, seperti yang dinyatakandalam Rajah 1.

Setiap kemajuan ke arah agendareformasi itu sentiasa dipantaumelalui Jawatankuasa PanduEODB, yang dipengerusikanoleh Menteri Tenaga (Tenagadan Tenaga Manusia) danPerindustrian, dan diterajui olehChampion Groups dari jabatan-jabatan dan agensi-agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri(JPM), Kementerian Kewangandan Ekonomi, Kementerian HalEhwal Dalam Negeri (KHEDN),Kementerian Sumber-sumberUtama dan Pelancongan (KSSUP),Kementerian Pembangunan,Kementerian Hal Ehwal Ugama(KHEU), Kementerian Kesihatan,Kementerian Perhubungan,Autoriti Monetari BruneiDarussalam (AMBD) danDarussalam Enterprise (DARe).

Negara-negara yang mendudukitangga 10 teratas dalam LaporanDB 2019, mengikut kedudukanadalah New Zealand, Singapura,Denmark, Hong Kong, RepublikKorea, Georgia, Norway, United

States, United Kingdom danMacedonia.

Di rantau ASEAN pula, hanyaMalaysia dan Negara BruneiDarussalam mencatatkanpeningkatan kedudukan, di mananegara masih lagi mengekalkankedudukannya di tangga ke-4teratas, di bawah Singapura (2),Malaysia (15) dan Thailand (27);dan diikuti oleh Viet Nam (69),Indonesia (73), Filipina (124),Kemboja (138), Laos (154)dan Myanmar (171) (sepertiRajah 2).

Sementara itu, di rantauAsia-Pasifik pula, negaramenduduki kedudukan ke-13,di bawah Republik Korea yangmenduduki kedudukan ke-4,Taiwan ke-5, Jepun ke-11,Cina ke-12 dan mendahuluiIndia yang berada di kedudukanke-18, seperti yang dapat dilihatdalam Rajah 3.

Menurut laporan tersebut,negara telah menunjukkanpeningkatan dalam skor EODBbagi petunjuk Getting Credit (1),Starting a Business (16), GettingElectricity (31) dan PayingTaxes (84) (lihat Rajah 1).

Bagi petunjuk Getting Credit,yang diketuai oleh AMBD, denganmengenalkan Credit Scoring (CS),negara telah dicatatkan sebagainegara yang terbaik di dunia yangsetanding dengan New Zealand,iaitu dari segi tahap mekanismelaporan kredit serta maklumatpeminjam secara amnya.

Ini adalah hasil daripada skorkredit yang ditawarkan oleh birokredit kepada bank-bank bagimembantu mereka membuatkeputusan mengenai pemberianpinjaman, yang mana juga

membantu mempercepatkanproses bagi peniaga untukmendapatkan sokongankewangan.

Bagi petunjuk Starting ABusiness, penambahbaikan kepadasistem online PendaftaranSyarikat-syarikat dan Nama-namaPerniagaan (ROCBN) olehKementerian Kewangan danEkonomi, yang menggabungkanprosedur penempahan nama danpenubuhan syarikat menjadi satulangkah dan juga pindaan ke atasperintah Stamp Act, yangmeniadakan keperluan bagipeniaga untuk ke kaunter bagimengesahkan Memorandum andArticles of Association dan ShareCertificates telah menyumbangkepada peningkatan signifikaniaitu sebanyak 42 anak tanggadan meletakkan petunjuk StartingA Business di golongan Top 20di dunia.

Manakala bagi petunjukGetting Electricity, yang diketuaioleh Kementerian Tenaga(Tenagadan Tenaga Manusia) danPerindustrian, penyelarasan prosesbagi mendapatkan kebenaranpenyambungan elektrik melaluipengurangan masa dan kosjuga telah meningkatkan skorEODB bagi petunjuk GettingElectricity dalam laporantahun ini.

Petunjuk Paying Taxes, yangjuga diketuai oleh KementerianKewangan dan Ekonomi, telahmeningkat sebanyak 20 anaktangga, hasil pencapaianpenggunaan e-Amanah sebanyak100%. Reformasi ini telah berjayamengurangkan masa dan jumlahbagi pembayaran Tabung AmanahPekerja (TAP).

Di sebalik penambahbaikandi dalam proses-proses kerajaandalam kesemua petunjuk, terdapatjuga petunjuk yang mengalamipenurunan kedudukan, yangdisebabkan oleh kadarpelaksanaan reformasi yang lebihpesat oleh negara-negara lain,seperti petunjuk GettingElectricity (31), Dealing withConstruction Permits (55),Registering Property (142),Trading Across Borders (149),Protecting Minority Investors (48),Enforcing Contracts (67) danResolving Insolvency (64).

Dalam hubungan ini,

InsyaaAllah, Negara BruneiDarussalam akan terusmeningkatkan usaha, di sampingterus melaksanakan inisiatifpembaharuan yang efektif daninovatif terhadap dasar-dasar danperaturan perniagaan dalammeningkatkan lagi kedudukannegara bagi petunjuk-petunjuktersebut mengambil kiranegara-negara lain juga sedangberusaha gigih memperbaikiekosistem perniagaan mereka.

Selaras dengan titah KebawahDuli Yang Maha Mulia PadukaSeri Baginda Sultan Haji HassanalBolkiah Mu'izzaddin Waddaulahibni Al-Marhum Sultan Haji Omar'Ali Saifuddien Sa'adul KhairiWaddien, Sultan dan YangDi-Pertuan Negara BruneiDarussalam pada Sesi PlenariSidang Kemuncak Asia-Eropah(ASEM) Ke-12 yang berlangsungdi Belgium baru-baru ini,kedayatahanan ekonomi adalahbergantung kepada keupayaannyauntuk menyesuaikan diridengan teknologi digital bagimenembusi pasaran baharu danberdagang merentasi sempadan,penyertaan dalam rangkaiannilai global untuk meningkatkanproduktiviti dan peluang, danmendukung inisiatif kerajaanbagi memudahcara pertumbuhanekonomi melalui peningkatanEODB.

Sepanjang tempoh lima tahunyang lalu, terdapat peningkatanyang signifikan dalam kedudukanDB di mana Negara BruneiDarussalam telah meningkatsebanyak 50 anak tangga darikedudukan ke-105 pada edisiLaporan DB 2015 dan melonjaknaik ke kedudukan ke-55 dalamedisi tahun ini.

Ini mencerminkan komitmenKerajaan Kebawah DYMMterhadap kepelbagaian danpertumbuhan ekonomi negaramelalui penambahbaikanekosistem perniagaan.

Selain itu, Negara BruneiDarussalam juga telahmeningkatkan kedudukannyadalam laporan World EconomicForum (WEF) GlobalCompetitiveness Report sebanyakdua anak tangga dan berada dikedudukan ke-62 di kalangan 140negara di mana negara telahmenunjukkan peningkatan dalamlima petunjuk yang berkaitandengan EODB iaitu 'Efficiency ofClearance Process', 'Ease of HiringForeign Labour', 'Financing ofSMEs', 'Growth of InnovativeCompanies', 'Insolvency RecoveryRate', 'Attitudes towardEntrepreneurial Risk' serta'Companies EmbracingDisruptive Ideas'.

Ke arah mencapai peningkatankedudukan secara konsistendalam indeks DB itu, kerjasama,komitmen dan ketelusan darikedua-dua sektor awam danswasta adalah penting bagimeneruskan kejayaan dalammemastikan persekitaran yangpro-bisnes, sejajar denganWawasan Negara BruneiDarussalam 2035.

Sekretariat EODB, dengankerjasama agensi-agensi kerajaandan bukan kerajaan, sedanggiat mengadakan bengkel bagimengumpul maklum balasdaripada komuniti perniagaandari pelbagai industri demimemperbaiki dan menyelaraskanproses-proses dan peraturan-peraturan yang berkaitan denganperniagaan.

Dalam mempromosikanketelusan maklumat kerajaanmengenai ekosistem perniagaan,para peniaga boleh melayarilaman sesawang businessBNdi www.business.gov.bn untukmengetahui lebih lanjuttentang maklumat mengenaiproses-proses kerajaan yangberkaitan dengan memulakan,menjalankan dan mengembangkanperniagaan.

top related