laporan aktiviti kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban hhhc9101 set 20, sem 2, sesi 2013/2014

Post on 07-Jan-2016

89 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN HHHC9101 SET 20, SEM 2, SESI 2013/2014 PENSYARAH : NOR ATIKA BINTI MD ASHAR NAMA : NANTHINA A/P PUNNIASEELAN NO MATRIK: A144387 FAKULTI : FAKULTI FARMASI. PENGENALAN - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

LAPORAN AKTIVITIKEMAHIRAN SOSIAL DAN

KEBERTANGGUNGJAWABANHHHC9101

SET 20, SEM 2, SESI 2013/2014  

PENSYARAH: NOR ATIKA BINTI MD ASHARNAMA : NANTHINA A/P PUNNIASEELANNO MATRIK : A144387FAKULTI : FAKULTI FARMASI 

PENGENALANDi bawah program mega Gema Amal Insan yang dijalankan oleh pelajar Tahun 1 Fakulti Farmasi, terdapat tiga subprogram yang telah berjaya dilaksanakan untuk mengutip dana bagi Rumah Kebajikan Nurul Hasanah. Tiga subprogram tersebut ialah:

Run To

GAIN

Malam Citra Seni

Khidmat Masyarakat

PELAKSANAAN PROJEK

Tarikh: 1 Mac 2014

Tempat: Taman Tasik Titiwangsa dan juga di Kolej Tun Syed Nasir,UKM.

Tujuan: Untuk mengutip dana melalui yuran penyertaan larian yang akan didermakan kepada Rumah Kebajikan Nurul Hasanah serta membolehkan peserta yang terlibat untuk berlari untuk tujuan yang mulia.

Perincian: Program Run To Gain telah disertai oleh lebih 100 orang termasuk kanak-kanak dan peserta veteran. Larian ini dibahagikan kepada 4 kategori iaitu peserta lelaki, peserta wanita, kanak-kanak dan ahli veteran yang berusia 50 dan ke atas.

Tugas: Saya telah bertugas di checkpoint 1 pada hari kejadian. Saya telah mengedarkan getah dan memberitahu para peserta berapa lagi pusingan yang mereka perlu selesaikan.

  

Malam Citra SeniTarikh: 22 Mac 2014

Tempat: Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir Masa: 8.00 malam

Tujuan: Malam Citra Seni merupakan satu malam kebudayaan yang mempamerkan pelbagai jenis budaya rakyat Malaysia, memaparkan konsep 1Malaysia dan memupuk hubungan silahturahim antara pelajar berbilang kaum. Kutipan wang daripada jualan tiket Malam Citra Seni telah disalurkan kepada Rumah Kebajikan Nurul Hasanah.

Perincian: Program ini disertai pelajar dari Kampus Induk UKM Bangi dan pelajar UKM KL sebagai para peserta persembahan. Program ini juga disertai oleh pelajar UKM dan orang awam sebagai penonton kerana jualan tiket yang sebanyak RM2 dibuat secara skala besar di dalam dan di luar kampus.

Tugas: Saya sebagai ahli organisasi sub-program ini yang memegang jawatan sebagai Exco Program telah bekerja keras melaksanakan tanggungjawab saya untuk menjayakan program ini. Saya juga telah membuat persembahan tarian India pada malam tersebut sebagai wakil daripada Kelab Kebudayaan Kolej Tun Syed Nasir.

Carta Aliran Program

Malam Citra Seni

Pada pukul 12.30 petang pada 19 Mac 2014, saya dan exco program telah membentangkan tentatif dan pelan pada hari kejadian kepada penyelaras program, Dr. Haniff dan pemantau PMFFAR.

Pada pukul 8.00 malam, saya dan ahli-ahli kumpulan tarian yang lain telah menjalankan latihan tarian di tepi perpustakaan dan membincangkan pakaian yang akan dipakai untuk persembahan kami pada .

Pada pukul 11.30 petang pada sehari sebelum hari kejadian iaitu pada 21 Mac 2014 , saya dan exco-exco telah turun ke dewan serbaguna, KTSN untuk menghias dewan dan backdrop pentas. Kami juga telah menyusun kerusi untuk para penonton.

Pada pukul 7.30 pagi pada 22 Mac 2014, saya dan exco-exco Malam Citra Seni yang lain telah membersihkan dewan dan bilik persalinan bagi pihak kolej dari UKM Bangi

Pada pukul 11.30 petang, semua EXCO dan AJK telah menjalankan raptai penuh di dewan KTSN.

Pada pukul 2.00 petang, pihak sistem PA sampai dan memasang sistem lightings, speakers dan alat mikrofon. Semasa waktu rehat ini, kumpulan tarian saya telah mengambil kesempatan untuk berlatih.

Tepat pukul 3.30 petang, ahli organisasi MCS telah mengadakan raptai penuh dengan lightings dan sistem PA.

Selepas raptai, saya membuat persiapan seperti menukar pakaian dan bersolek untuk persembahan malam nanti

Program Malam Citra Seni bermula tepat 8.00pm dan program berjaya berjalan mengikut tentatif. Kumpulan tarian saya telah membuat persembahan dengan baik dan juga persembahan lain dari kolej-kolej di UKM Bangi.

Majlis tamat pada pukul 11.00pm dan semua EXCO dan AJK telah membersihkan dewan dan telah menyusun semula kerusi dalam bilik stor

Post mortem telah berlangsung selepas kerja pembersihan.

Khidmat Masyarakat Program Khidmat

Masyarakat telah diadakan pada 23 Mac 2014 di Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang.

Seramai 25 kanak-kanak di rumah tersebut berserta dengan 35 orang ahli organisasi telah meluangkan sehari bersama-sama.

Pelbagai jenis aktiviti telah diadakan, antaranya termasuk sukan rakyat, mini explorace serta sesi kreativiti membuat penanda buku.

Bahan Promosi Risalah (FLYER)                                                           

 Poster Program

 Logo Gema Amal Insan

 Tiket program

 Blog dan laman Facebook

Gambar-Gambar

Run to Gain

Gambar 1: Saya dan ahli exco yang lain sedang bersiap sedia untuk mengedarkan pakaian peserta.

Gambar 2: Saya bersama ahli jawatankuasa yang lain yang ditugaskan di checkpoint 1.

Gambar 3: Saya bersama ahli organisasi GAIN yang lain.

Gambar 4: Saya sedang menyusun semula kerusi ke dalam bilik stor                             selepas program Run To Gain.

Malam Citra Seni

Gambar 5: Saya sedang membantu membuat perhiasan backdrop pentas.

Gambar 6: Saya sedang mendengar taklimat daripada pengurus pentas sebelum raptai penuh pada hari kejadian.

Gambar 7: Saya  bersama ahli kumpulan tarian India saya dan ahli orkestra caklempong.

Gambar 8: Saya sedang mebuka tampalan hiasan pada cermin dewan selepas program tamat.

Khidmat Masyarakat

Gambar 9: Ahli organisasi GAIN sedang membawa barang-barang ke rumah kebajikan Nurul Hasanah .

Gambar 10: Kanak-kanak sedang membuat aktiviti bersama ahli organisasi GAIN.

Gambar 11: Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang aktiviti.

REFLEKSI DIRI

Run To GAIN

Belajar tentang kepentingan etika ketika berurusan

dengan pihak luar

• Bercakap dengan orang yang lebih tua atau berpangkat lebih tinggi

Belajar untuk berkomunikasi dengan lebih

efektif • Semasa menjalankan 

tugas sebagai penjaga

checkpoint 1

Sedar tentang pentingnya sikap bertanggungjawa

b semasa menjalankan

sesuatu tugas yang

diamanahkan

Sedar bahawa tanggungjawab sosial adalah

sangat penting untuk menolong

orang yang memerlukan

bantuan• Kutipan daripada

yuran penyertaan larian Run To Gain disalurkan kepada rumah kebajikan

Sebagai exco program Malam Citra Seni saya telah mempelajari:

1. Kepentingan untuk memelihara warisan tradisi

kaum di Malaysia

2. Cara untuk berhubung dan bersosial dengan peserta persembahan

3. Membahagikan tugas-tugas dengan sama rata

antara exco.

4. Menimba ilmu dan pengalaman dalam urusan

surat-menyurat

5. Telah belajar mengendalikan dan

menyelesaikan masalah sebagai seorang ketua dan

mengambil keputusan secara rasional

Khidmat masyarakat

Saya telah mencurahkan kasih sayang kepada insan ciptaan Tuhan

Saya telah berjaya dalam merancang dan menyumbang idea bagi aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan bersama kanak-kanak

Saya telah dapat mengubah hidup insan yang tidak bernasib baik

TAMAT

top related