hhhc9101 laporan akhir ( an-nisa')

25
1 KURSUS: KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN KOD KURSUS: HHHC9101 (SET 19) TAJUK TUGASAN: KAJIAN SUMBER BERBAHASA ARAB DALAM BIDANG SYARIAH DAN USULUDDIN DI SEDIAKAN UNTUK: USTAZ EZAD AZRAAI BIN JAMSARI DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN AN-NISA’ WAN NURHIDAYAH BTE WAN AZIZ (A146674) AFIQAH NUR RAJWANI BTE RAMLI (A144932) ADAWIYYAH BTE AHMAD DIN (A146673) SITI AISHAH BT ISMAIL (A144916) FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SEMESTER 1 SESI 2014/2015

Upload: wanur

Post on 06-Aug-2015

111 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

1

KURSUS:

KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

KOD KURSUS:

HHHC9101 (SET 19)

TAJUK TUGASAN:

KAJIAN SUMBER BERBAHASA ARAB DALAM BIDANG

SYARIAH DAN USULUDDIN

DI SEDIAKAN UNTUK:

USTAZ EZAD AZRAAI BIN JAMSARI

DISEDIAKAN OLEH:

KUMPULAN AN-NISA’

WAN NURHIDAYAH BTE WAN AZIZ (A146674)

AFIQAH NUR RAJWANI BTE RAMLI (A144932)

ADAWIYYAH BTE AHMAD DIN (A146673)

SITI AISHAH BT ISMAIL (A144916)

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SEMESTER 1 SESI 2014/2015

Page 2: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

2

BAB ISI KANDUNGAN HALAMAN

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Tugasan

3

BAB II KANDUNGAN TUGASAN

2.1 Laporan Akhir

4

2.1.1 Kitab al-Ashbah wa al-Nazair 6

2.1.2 Kitab al-Madkhal li Dirasati Syariah al-Islamiah 8

2.1.3 Kitab Tahafut al-Falasifah 12

2.1.4 Kitab al-Wajiz fi usul al-Fiqh

15

BAB III KOLEKSI GAMBAR

3.1 Gambar Kitab 20

3.1.1 Gambar Perlaksanaan Tugasan 24

BAB IV PENUTUP

4.1 Kesimpulan Tugasan

25

Page 3: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

3

1.1 LATAR BELAKANG TUGASAN

Kod Kursus : HHHC9101 (Set 19)

Nama Kursus : Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban

Nama Pensyarah : Ustaz Ezad Azraai Jamsari

Fakulti : Fakulti Pengajian Islam

Jabatan : Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam

Nama Kumpulan : an-Nisa’

Nama Ahli :

1) Wan Nurhidayah Bte Wan Aziz - Ketua (A146674)

2) Afiqah Nur Rajwani Ramli (A144932)

3) Adawiyyah Bte Ahmad Din (A146673)

4) Siti Aishah Bt Ismail (A144916)

Tajuk Tugasan : “ Kajian Sumber Bahasa Arab dalam Bidang Syariah dan Usuluddin “

Objektif Tugasan:

Menggalakkan sifat bersosial di kalangan mahasiswi fakulti pengajian Islam

dari jabatan yang berlainan.

Membina semangat berinteraksi dan bekerjasama di kalangan ahli kumpulan dalam

menyelesaikan tugasan.

Memupuk sifat kebertanggungjawaban dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberi.

Mencapai kesepakatan dalam bekerja dan berkomunikasi sehingga dapat menyediakan

tugasan dengan baik.

Page 4: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

4

2.1 LAPORAN AKHIR

Pada hari Rabu, 10 Disember 2014 jam 5.00 petang kami telah menghadiri pertemuan pertama

kursus HHHC 9101 iaitu kursus Sosial dan Kebertanggungjawaban yang diseliakan oleh Ustaz

Ezad Azraai Jamsari. Pertemuan ini bertempat dihadapan bilik beliau yang bernombor 4.305 di

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam di Paras tiga, Fakulti Pengajian Islam. Dalam

pertemuan pertama ini, Ustaz Ezad telah memberi penerangan yang ringkas mengenai takrif,

objektif dan penilaian kursus ini. Kemudian Ustaz memberi arahan untuk membentuk satu

kumpulan mengikut jabatan yang sama maka, kami telah mengambil keputusan untuk

membentuk satu kumpulan yang terdiri dari empat orang ahli yang terdiri dari pelajar jabatan

Shariah dan Usuluddin. Walaupun diantara kami terdiri dari berlainan jabatan tetapi, ianya tidak

menghambatkan semangat kami untuk mengenali dan berkomunikasi antara satu sama lain serta

bekerjasama. Di akhir pertemuan pertama ini, Ustaz Ezad telah mengarahkan supaya setiap

kumpulan yang telah dibentuk harus menemui beliau untuk mendapatkan tugasan kursus pada

minggu yang akan datang.

Setelah kami membentuk sebuah kumpulan, kami telah bertanyakan antara satu sama lain

melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai waktu lapang masing-masing supaya kami

dapat berjumpa dengan Ustaz Ezad untuk mendapatkan tugasan. Kami telah memilih hari Rabu

tanggal 16 Disember 2014 jam 2.00 petang untuk bertemu dengan Ustaz Ezad. Seterusnya, salah

seorang dari ahli kumpulan kami telah bertanyakan kepada Ustaz Ezad mengenai kelapangan

beliau pada tarikh dan waktu yang telah kami cadangkan melalui emel dan beliau telah

mempersetujuinya.

Pada hari Rabu tanggal 16 Disember jam 2.00 petang kami telah berkumpul di Fakulti

Pengajian Islam di jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, aras 3. Kemudian kami telah

menuju ke bilik Ustaz Ezad yang bernombor 4.305 dan menemui beliau.Dalam pertemuan ini,

kami telah ditanya mengenai nama kumpulan dan tanpa berfikir panjang, salah seorang dari ahli

kami telah mencadangkan supaya kumpulan kami diberi nama an-Nisa’ yang bermakna ‘wanita’

di dalam bahasa Arab dan kami telah mempersetujui dengan nama tersebut.

Page 5: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

5

Dalam pertemuan bersama ustaz Ezad, kami telah diberi sebuah tugasan yang bertajuk

”Kajian sumber berbahasa Arab dalam bidang Syariah dan Usuluddin”. Kami telah berbincang

dan bertanyakan lebih lanjut mengenai tugasan untuk mendapat gambaran yang jelas. Sesi

pertemuan ini berlangsung selama satu jam dan berakhir pada jam 3.00 petang. Setelah selesai

perbincangan bersama ustaz Ezad, kami telah mengadakan sebuah perbicangan ringkas di luar

bilik ustaz Ezad untuk membincangkan tindakan dan tugasan seterunsya. Hasil dari perbincangan

kami, ada diantara ahli kumpulan ingin mengadakan pencarian kitab Arab di Perpustakaan Tun

Seri Lanang (PTSL) manakala ada sebahagian dari ahli kumpulan pula ingin menggunakan

rujukan kitab Arab dari koleksi peribadi mereka sendiri . Maka kami telah menetapkan tarikh

pertemuan seterusnya untuk mencari kitab di PTSL.

Pada hari Khamis bertarikh 18 Disember 2014 jam 4.00 petang, kami telah bertemu di

PTSL dan seterusnya mencari buku yang ingin diulas. Setelah 30 minit berlalu, setiap ahli telah

memperolehi kitab masing-masing. Antara kitab yang kami telah perolehi ialah;

1. al-Tahafut al-Falasifah

2. al-Wajiz fi usul al-Fiqh

3. al-Ashbah wa al-Nazair

4. al-Madkhal li dirasati Syariah al-Islamiah

Hasil dari pencarian ini, kami seterunsya berbincang mengenai pembahagian tugasan dan

penjelasan lebih lanjut mengenai tugasan. Tugasan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu;

bahagian rakaman, suntingan video, pembentangan perancangan dalam bentuk slides dan

laporan akhir. Kesemua tugasan ini dibahagikan kepada ahli berdasarkan kepada kepakaran dan

kebolehan mereka dalam bidang-bidang tersebut. Tempoh akan diberikan selama tiga minggu

untuk menyiapkan tugasan dan bahagian masing-masing sebelum dikumpulkan dan dihantar

kepada ustaz Ezad. Selama tempoh ini, ketua telah memantau dan membantu ahli yang lain

untuk menyiapkan tugasan ini. Di akhir tugasan ini juga, ketua telah mengumpulkan ulasan dari

kitab masing-masing dan menyiapkan laporan akhir.

Page 6: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

6

2.1.1 AL-ASHBAH WA AL-NAZAIR

Kitab al-Ashbah wa al-Nazair telah diperolehi dari Perpustakaan Tun seri Lanang, Sudut Bahasa

Arab dan Tamadun Islam aras empat. Nombor panggilan buku ini ialah ki BP 152.I256. Kitab

ini dikarang oleh Sheikh Zainuddin ibn Ibrahim al-Ma’ruf ibn Nujaim al-Hanafi, atau dikenali

sebagai Ibn Nujaim. Kitab ini mempunyai kitab Hashiyah yang diberi nama kitab “Nuzha al-

Nawazir a’la al-Ashbah wa al-Nazair” yang dikarang oleh Muhammad Amir Ibn Umar al-

Ma’ruf ibn A’bidin. Kitab al-Ashbah wa al-Nazair ini diterbitkan oleh Dar al-Fikir pada tahun

1999M bersamaan dengan 1420H di Damsyik. Kitab ini mengandungi 445 halaman dan

mempunyai sebanyak 250 tajuk keseluruhannya. Kitab ini dikategorikan sebagai kitab usul Fiqh

yang mengetengahkan hukum-hukum dari aliran mazhab Hanafi. Tumpuan utama perbahasan

dalam kitab ini ialah mengenai kaedah fiqh. Justeru itu, dalam mengulas secara ringkas

mengenai kitab ini, telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu, latar belakar pengarang, ulasan

kitab dan faedah yang boleh diperoleh dari kitab ini.(Gambar kitab ini boleh dilihat pada muka

surat 16)

a. Latar belakang pengarang

Ibn Nujaim ialah salah seorang ulama’ fiqh yang terkenal dalam ilmu fiqh. Beliau dilahirkan di

qaherah pada tahun 926H. Beliau banyak menimba ilmu dengan sheiknya yang bernama Sheikh

Qassim ibn Quthlu Bagha, Burhan Karkhi, Amin ibn Abd A’la Hanafi dan lain-lain lagi. Beliau

sentiasa berada disamping orang-orang yang mulia dalam mendidik jiwa beliau dan mendalami

ilmu tasawwuf dari sheikh beliau yang bernama Sulaiman al-Khudairi. Beliau juga seorang yang

amat mendalami dan menghayati kata-kata sufi .Seorang ulama’ yang bernama Abdul Wahab

Shi’rani berkata bahawa beliau telah bersahabat denga ibn Nujaim selama 10 tahun dan telah

menunaikan haji bersama beliau pada tahun 935H. Sepanjang beliau bermusafir bersama ibn

Nujaim, beliau telah menyifatkan ibn Nujaim sebagai seorang lelaki yang berakhlak mulia

terhadap jiran-jiran dan kanak-kanak. Ibn Nujaim kembali ke rahmatullah iaitu wafat pada tahun

970H.

Page 7: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

7

b. Ulasan Ringkas kitab

Kitab ini membincangkan dan membahaskan mengenai kaedah-kaedah dan hukum-hukum fiqh.

Kitab ini dibahagikan kepada tujuh bahagian. Bahagian pertama ialah mengenai kaedah-kaedah

fiqh seperti ;

ال ثواب إال بالنية .1 األمور مبقاصدها .2 اليقني ال يزول بالشك .3 املشقة جتلب التيسري .4 الضرريزال .5 العادة حمكمة .6

Bahagian kedua pula secara rumusannya mengenai perbahasan berkaitan dengan fiqh

ibadah dan muamalat seperti bab al-Taharah, solat, zakat, puasa, wakalah, hibah, syuf’ah, wasiat

dan lain-lainlagi. Bahagian ketiga pula perbahasan mengenai golongan yang mempunyai

tanggungjawab ke atas sesuatu perbuatan dan yang sebaliknya. Maksudnya ialah golongan ini

dihukumkan denga hukuman yang berbeza-beza dalam melaksanakan amalan disebabkan oleh

faktor umur, kekurangan dan kelemahan fizikal atau mental. Golongan ini dikategorikan sebagai

kanak-kanak, pelupa, gila, hamba, pekak dan bisu. Golongan-golongan tersebut diberi

keringanan yang tertentu dalam melaksanakan ibadah.

Bahagian-bahagian seterusnya pula perbahasan mengenai fiqh munakahat dan

jinayat.Dalam bahagian ini dipecahkan kepada beberapa sub topik yang memfokuskan dan

membincangkan berkaitan dengan tajuk utama.Bahagian akhir sekali dalam kitab ini ialah

mengenai kata-kata dan nasihat yang diberikan oleh ibn Nujaim dalam mendalami ilmu fiqh.

Page 8: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

8

c. Faedah Kitab

Kitab karya ibn Nujaim ini telah membahaskan secara terperinci mengenai kaedah dan hukum-

hukum dalam menghuraikan permasalah dalam fiqh. Perbahasan beliau bersandarkan kepada

nas-nas yang sahih dan mengikut alira mazhab Hanafi. Kitab ini juga menerangkan kaedah-

kaedah fiqh dalam bahasa dan maksud yang mudah difahami. Kitab al-Ashbah wa al-Nazair ini

boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan dalam mendalami ilmu fiqh dan mencari hukum-

hukum yang benar dalam melaksnakan ibadah dengan betul.

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa kitab ini bukan sahaja meliputi aspek ilmu

fiqh, tetapi juga merangkumi panduan untuk kehidupan manusia dalam beribadah dan

bermuamalat.

2.1.2 KITAB AL- MADKHAL LI DIRASATI SYARIAH AL-ISLAMIAH

a. Latar Belakang Pengarang

Buku ini ditulis oleh seorang penulis terkenal iaitu Almarhum Dr. Abdul Karim

Zaidan. Buku ini adalah keluaran dari al-Risalah Publisher. Buku ini juga diterbitkan

pada tahun 2002 bersamaan 1423 Hijrah. Buku ini berkulit tebal dan mengandungi 255

halaman. Selain itu juga buku ini berwarna hitam dan dihiasi dengan tulisan arab yang

berwarna kuning. Buku ini mengandungi dua bahagian tajuk utama iaitu pembahagian

pertama dan pembahagian kedua. Setiap daripada bahagian ini mengandungi isu

perbincangan tersendiri. (Gambar kitab ini boleh dilihat di mukasurat 17)

b. Ulasan Ringkas Kitab

Pembahagian pertama dalam bab pertama ini mempunyai tiga bab. Bab pertama dalam bahagian

ini membincangkan takrif syariah dan fiqh, penerangan ciri-ciri takrif Syariah Islamiah, takrif

fiqh Islamiah dan ciri-cirinya, hubungan syariah dan penjelasan sebelumnyaserta penjelasan

sebahagian daripada kaedah keseluruhan dalam fiqh Islamiah. Bab kedua pula pula

Page 9: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

9

membahaskan mengenai peranan fiqh. Dalam bab kedua pada bahagian pertama ini, juga

membincangkan peranan zaman Nabi saw diikuti dengan zaman Khulafa Ar-Rasyidin.

Manakala dalam bab ini juga menjelaskan mengenai perluasan fiqh dalam masalah yang

sering ada pada hadis baru. Selain dari itu juga, ia juga menjelaskan takrif mujtahid dan mazhab.

Bab ketiga pula membincangkan sumber fiqh. Dalam perbincangan bab ketiga ini mengandungi

dua dua pecahan perbincangan. Perkara yang pertama adalah mengenai sumber dari kitab dan

sunnah. Perkara yang kedua adalah mengenai sumber tabi’in iaitu sumber iaitu dari ijma’, qias,

istihsan, istisna’, sadd al-dhara’I, uruf, amalan sahabat, sarman qablana dan istishab.

Pembahagian kedua dalam bahagian pertama kitab ini pula membahaskan satu kajian

daripada beberapa system undang-undang dalam perundangan islam. Dalam bahagian kedua ini,

ia mengandungi tiga bab utama. Dalam bab pertama menerangkan segala aspek harta serta

pembahagiannya. Manakala bab kedua pula menerangkan tentang hartanah dan bab seterusnya

pula menerangkan mengenai sebab-sebab pemilikan harta.

Bab kedua pula mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama menerangkan pembentukan

kontrak. Di dalam bahagian ini menyatakan penjelasan ijab dan qabul, akad mahal dan

sebagainya. Bahagian ketiga pula membincangkan perkara yang berkaitan dengan jenayah dan

hukuman. Seterusnya bahagian yang terakhir dalam bab kedua ini menjelaskan aspek jenayah

dan perkara yang berkaitan dengannya.

Secara keseluruhannya, disini akan dijelaskan lagi penerangan serta ulasan dari

pembahagian pertama dalam Kitab Madkhal Fiqh Islamiah. Pada awal keseluruhan daripada bab

pertama ini mendefinisikan bahawa syariah adalah segala hokum yang diperundangkan oleh

Allah swt ke atas hambanya supaya beriman dan beramal dengannya kearah kebahagiaan di

dunia dan akhirat. Syariah juga mempunyai ciri-ciri khusus iaitu berasaskan wahyu Allah, dan

balasannya berbentuk duniawai dan akhrawi. Selain itu juga, ia umum dan syumul. Perbincangan

dalam bab ini juga menyentuh tentang definisi fiqh. Secara kesimpulannya, fiqh adalah

kefahaman atau menegetahui hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang

hukumnya dari dalil-dalil terperinci ataupun mempelajari hukum-hukum yang terdapat dalam

Page 10: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

10

kitab fiqh yang dalilnya di ambil dari empat sumber yang utama iaitu dalil-dalil syarak yang

disepakati.

Bab kedua dalam bahagian pertama ini, menjelaskan perundangan zaman Nabi saw di

Mekah dan Madinah. Secara ringkasnya, perundangan di Mekah hanya tertumpu kepada aspek

akhlak dan akidah kerana pada waktu ini hanya memerlukan pembetulan kepada aspek tersebut.

Manakala di Madinah ia lebih kepada keperluan kepada perundangan dan hukum amali untuk

urusan masyarakat Islam. Selain dari itu, dinyatakan juga perundangan zaman Khulafa ar-

rasyidin, masih tidak berubah daripada zaman Nabi saw dan tidak ada lagi undang-undang yang

dibuat secara teori. Sehubungan dengan perkara itu juga, pada zaman ini, sahabat menggunakan

ijtihad selain merujuk kepada al-Quran dan hadis kerana sebab-sebab tertentu seperti perbezaan

pemikiran dan pemahaman atau pandangan dikalangan mereka.

Bab ketiga pula secara ringkasnya menerangkan tentang rujukan selepas zaman sahabat.

Pada zaman mereka ini, mereka merujuk pada al-Quran, Sunnah dan ijtihad dengan melihat

kepada i’lah hukum dan mengambil kira maslahah dan menolak keburukan. Seterusnya pada bab

ke tujuh pula menceritakan pengasas mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Selain itu ia

juga memberi penerangan mengenai penggunaan metodologi yang digunakan bagi mengistinbat

hukum secara terperinci. Perkara yang ditekankan juga dalam bab ini adalah pembukuan dan

cara penyebaran setiap empat mazhab tersebut. Selain dari itu, diperkenalkan juga anak-anak

murid dalam mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

Seterusnya perbincangan dalam bab seterusnya pula adalah berkenaan dengan dalil-dalil

syarak. Ulama bersepakat bahawa ada empat dalil syarak iaitu al-Quran, Sunnah, al-Ijma’ dan al-

Qiyas. Setiap daripada dalil-dalil yang disepakati ini mempunyai ciri-cirinya tersendiri.

Contohnya ciri-ciri al-quran adalah lafaz dari Allah, dipindahkan secara mutawatir dan ianya

sampai kepada kita tanpa ada kekurangan. Manakala ciri-ciri al-Sunnah adalah datang dari

Rasulullah s.a.w dan ianya tidak bermukjizat, berlaku dalam bentuk perbuatan, perkataan dan

taqrir Rasulullah. Selain dari itu juga,ijma’ dan qiyas adalah sebalinya. Namun pada ijma’ dan

qiyas ini mempunyai syarat-syarat tertentu.

Page 11: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

11

Selain itu dibincangkan juga dalil-dalil yang tidak disepakati dalam buku ini. Antara

dalil yang disepakati dinyatakan dalam buku ini ialah istihsan. Sebahagian ulama menolak

seperti Imam Al-Syafi’e menolaknya bagi yang merujuk kepada hawa nafsu dan membuat

hukum tanpa dalil. Dalil yang disepakati yang kedua iaitu al-marsalih dan mursalah dan ia

mempunyai terbahagi kepada tiga jenis. Manakala selain dari itu adalah sadd al-dhara’I yang

mana sad bermaksud menutup dan dhara’i pula adalah sesuatu yang membawa kepada

sesuatu yang baik dan buruk. Namun, ahli usul mengkhususkannya ia lebih kearah

keburukan.

Antara dalil yang tidak disepakati yang lain ialah uruf. Kesemua ulamak menolak

kehujahan uruf fasid kerana bertentangan dengan syarak dan menerima uruf sahih sebagai dalil

penetapaanan hukum. Seterusnya adalah amalan sahabat. Selain daripada itu ialah sarman

qablana dan istishab. Istishab ialah menghukum sesuatu berdasarkan hukum yang sudah sedia

ada padanya sama ada hokum tersebut dalam bentuk sabit atau nafi kerana tiada dalil yang

menunjukan sebalinya. Contohnya adalah pengaharaman dadah.

c. Faedah Kitab

Secara keseluruhan daripada buku tersebut, beberapa faedah yang telah didapati. Antara

faedah yang diperolehi iaitu, dapat mengingatkan atau mengimbas kembali apa yang telah

dipelajari sebelum ini. Selain itu juga, dapat mengetahui kandungan-kandungan yang

terdapat dalam buku tersebut yang terlepas pandang. Contohnya pada bahagian kedua

dimana, dalam kelas sebelum ini, tajuk pada bahagian itu tidak ditekankan. Namun, setelah

diteliti segala aspek asas dalam buku ini, saya mendapati beberapa tajuk yang terlepas

pandang semasa sesi pembelajaran saya yang lepas. Dengan adanya tugasan ini, ia memberi

saya manfaat kepada saya secara tidak langsung. Perkara yang paling penting yang dapat

dipelajari daripada tugasan ini adalah mengetahui penulis buku tersebut kerana sebelum ini

saya sering gagal untuk mengingati nama penulis buku penulis kitab-kitab arab.

Secara kesimpulannya, tugasan yang diberikan memberi begitu banyak manfaat. Selain

dari itu, dengan adanya tugasan ini, ia membantu saya untuk berusaha dengan lebih gigih dalam

menyelesaikan segala tugasan serta memberi sepenuh komitmen samaada dalam menyelesaikan

Page 12: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

12

tugasan kumpulan mahupun individu. Apa yang paling penting daripada tugasan ini, ialah ilmu

yang telah dipelajari. Selain dapat dimanfaatkan kepada diri saya, secara tidak langsung ia dapat

dikongsikan kepada rakan-rakan yang membaca dan menyertai tugasan kumpulan ini.

2.1.3 Al-TAHAFUT AL-FALASIFAH

Kitab al-Tahafut al-Falasifah merupakan sebuah karya yang tidak asing lagi dalam dunia

pemikiran falafah Islam. Pengarangnya juga merupakan sebuah tokoh yang dikenali dengan

gelaran Hujjatul Islam iaitu al-Shaikh al-Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-

Ghazali. Karya ini dihasilkan ketika al-Ghazali menjawat jawatan sebagai guru besar di

Madrasah al-Nizhamiyyah.

Karya ini merupakan komentar beliau mengenai pemikiran ahli falsafah dan tumpuan

utama dalam karya ini adalah sanggahan beliau dalam pemikiran falsafah Yunani yang dibawa

oleh Ibn Sina dan ibn Arabi. Secara dasarnya, al-Ghazali menjelaskan prinsip dan pendirian

beliau dalam menangkis pemikiran-pemikiran yang dirasakan dapat menggugat akidah Islam.

Buku ini mengandungi 136 muka surat dan terdiri dengan 61 tajuk. Secara ringkasnya,

buku ini membahaskan mengenai 20 persoalan falsafah yang cuba diruntuhkan oleh al-Ghazali

dan 3 pemikiran utama yang menjadi perbahasan hangat dalam perbincangan falsafah iaitu

apabila al-Ghazali mentakfirkannya. 3 pemikiran yang menjadi sanggahan utama dalam

pemikiran al-Ghazali ialah:

1. Mereka yang meyakini bahawa ala mini Qadim (Eternal in the past)

2. Tuhan tidak mengetahui perkara Juziyyat

3. Mengingkari adanya kebangkitan jasad di hari akhirat.

Secara kesimpulan, kitab al-Tahafut al-Falasifah ini merupakan usaha al-Ghazali dalam

menjelaskan mengenai sebahagian pemikiran falsafah yang mampu merosakkan ideologi umat

Islam. Bagaimanpun sebagai penuntut ilmu adalah tidak adil sekiranya kita terus meletakan

penilaian sebelum meneliti setiap karya dan mendalami perbahasan yang disampaikan oleh

tokoh-tokoh ilmuan. Kerana pernilaian perlu dilakukan setelah kita mencermati setiap sudut

Page 13: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

13

perbahasan dan hujah dari semua pihak, maka itu lebih menunjukkan sikap adil dalam ilmu dan

sebagai usaha menghapus jurang dalam pemikiran sesama umat Islam sendiri. (Gambar kitab ini

boleh dilihat di mukasurat 18)

a. Latar belakang Pengarang

Beliau adalah al-Shaikh al-Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali

al-Tusi. Gelaran al-Ghazali ini adalah diambil dari kata ‘Ghazzal’ yang bererti tukang pintal

benang. Ini kerana ayahnya merupakan seorang tukang pintal benang yang dilahirkan di kota Tus

atau dikenali kini sebagai Meshed, Iran. Al-Ghazali sejak kecil merupakan seorang kanak-kanak

yang terkenal dengan kecerdasan dan bekemahuan tinggi. Pendidikan awal beliau adalah di kota

Tus,dan kemudian beliau melanjutkan pengajian seterusnya ke kota-kota lain di Asia tengah.

Apabila telah terkenal dengan kebijakkan dan kepandaian beliau, dia kemudiannya diangkat

menjadi Guru besar di Madrasah al-Nizhamiyyah yang didirikan oleh Wzir Nizam al-Mulk di

Baghdad. Pada masa inilah al-Ghazali banyak melakukan kajian dan penilitian beliau terhadap

fahaman-fahaman seperti aliran Bathiniyah dan hingga kepada pemikiran falsafah.

b. Isi kandungan kitab

Kitab ini mempunyai 61 tajuk yang dibahaskan, dan antara keutamaan perbahasan yang disentuh

adalah:

1. Sanggahan mengenai pendapat bahawa alam ini Qadim.

Al-Ghazali menyanggah pendapat ini kerana menurut beliau tiada yang kekal abadi melainkan

Allah s.w.t. Beliau mendifinisikan Qadim ala mini seperti Qadim Tuhan. Kerana itu beliau

menolak pendapatan yang mengatakan ala mini Qadim. Di sinilah beliau meyanggah teori

emanasi Ibn Sina kerana menurut al-Ghazali alam adalah sesuatu yang baru (Huduth) dan setiap

yang Huduth itu berasal dari Qadim iaitu Allah s.w.t

2. Sanggahan mengenai pendapat ahli Falsafah bahawa Tuhan tidak memiliki sifat

Page 14: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

14

Dalam pemikiran falsafah, Tuhan perlu dibersihkan dari segala perkara yang bersifat berhitungan

(mutaa’ddidah), termasuk segala sifat yang dibahaskan oleh al-Asy’ari. Al-Ghazali menolak

pemikiran ini dengan menyatakan bahawa sifat adalah sesuatu yang ada pada dzat tetapi tidak

bermakna menjadi sesuatu yang lahir dari dzat.

3. Sanggahan al-Ghazali mengenai kebangkitan Tubuh di akhirat

Menurut al-Ghazali, agama telah mengajarkan kita untuk mempercayai hari kebangkitan maka

wajib bagi umat Islam untuk mempercayainya. Dalam pemikiran al-Ghazali kebangkitan adalah

mengembalikan jiwa ke dalam tubuh maka dengan itu jasad turut sama akan dibangkitkan pada

hari akhirat bersama-sama dengan jiwa dan akan dipersoalkan mengenai setiap amalan di dunia.

c. Faedah Kitab

Bidang falsafah merupakan sebuah bidang ilmu yang memerlukan pengamatan dalam

dan pencermatan yang teliti yang menuntut kepada pemikiran kritikal dan analisa yang

mendalam agar dapat menghasilkan pemikiran yang berkualiti. Maka dengan ini juga, apabila

membaca karya-karya yang sarat dengan perbahasan falsafah menunut kepada persediaan dan

keterbukaan minda untuk memahami setiap perbahasan yang ditampilkan . Melalui buku tahafut

al-Falasifah ini, jika kita lihat dari satu sudut, kita akan mendapati bahawa ia merupakan sebuah

karya yang seakan mengkiritik pemikiran falsafah, namun jika diamati dan dicermati bahawa

pandangan yang diktengahkan oleh al-Ghazali adalah merujuk kepada sebahagian pemikiran

falsafah dan beliau tidak memberi kesimpulan kepasa semua bentuk pemikiran falsafah. Di

dalam memahami karya ini juga perlu untuk kita mengkaji dan memahami setiap fasa yang

dilalui oleh al-Ghazali kerana ia berkaitan dengan pemikiran yang dihasilkannya.

Kesimpulannya, al-Ghazali adalah seorang tokoh ilmuan hebat yang memperhalusi

setiap dan aliran dan pemikiran yang didalaminya sebelum memutuskan apa-apa komentar

mahupun kritikan. Sikap yang ditunjukkan oleh al-Ghazali ini seharusnya menjadi contoh kepada

semua penuntut ilmu untuk terlebih dahulu menghuraikan dalam mendalami dengan kritikal dan

analisis setiap sudut pemahaman sebelun memberikan penilaian atau apa-apa kritikan. Allahu

a’lam.

Page 15: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

15

2.1.4 AL-WAJIZ FI USUL FIQH AL-ISLAMI

Kitab al-Wajiz fi Usul Fiqh Al-Islami telah diperolehi dari Perpustakaan Tun seri Lanang, sudut

BP145.1266-BP153.N38. Kitab ini mempunyai 1230 halaman bercetak. Kitab ini juga telah

diterbitkan oleh Dar al-Fikr, Lebanon, Beirut dalam bahasa arab dan merupakan kitab usul fiqh

al-islami jilid ke2 yang ditulis oleh Dr Wahbah Al-Zuhayli. (Gambar kitab ini boleh dilihat di

muka surat 19)

a. Latar Belakang Pengarang

Kitab ini telah dikarang oleh Dr. Syeikh Wahbah Al-Zuhayli . Beliau adalah merupakan seorang

profesor Islam yang terkenal di Syria dan merupakan seorang cendekiawan Islam khusus dalam

bidang perundangan Islam (Syariah). Beliau juga ialah penulis sejumlah buku mengenai undang-

undang Islam dan sekular, yang kebanyakannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Beliau merupakan pengerusi Islam di Fakulti Syariah, Universiti Damsyik (Damascus

University).

Dr. Wahbah al-Zuhaili dilahirkan di bandar Dair Atiah, utara Damsyik, Syria pada tahun

1932. Bapanya bekerja sebagai petani. Dr. Wahbah belajar Syariah di Universiti Damsyik selama

6 tahun, dan lulus pada tahun 1952, dengan cemerlang. Kemudian Dr. Wahbah melanjutkan

pendidikan Islam di Universiti al-Azhar yang berprestij di mana beliau sekali lagi menamatkan

pengajian dengan cemerlang pada tahun 1956. Selepas menamatkan pengajian pada tahun 1956,

Dr. Wahbah juga menerima Ijazah dalam pengajaran Bahasa Arab dari Universiti al-Azhar.

Semasa belajar di Universiti al-Azhar, Dr. Wahbah mempelajari undang-undang di Universiti

Ain Shams di Kaherah, Mesir di mana menerima Ijazah Sarjana Muda (B.A) pada tahun 1957.

Pada tahun 1959, beliau menerima Ijazah Sarjana (M.A) dalam bidang undang-undang dari Kolej

Universiti Kaherah. Pada tahun 1963, beliau menerima kedoktoran (Ph.D) dengan kepujian

dalam Syariah Islam menerusi tesis beliau "Pengaruh Peperangan Dalam Perundangan Islam:

Sebuah kajian perbandingan meliputi 8 mazhab dan undang-undang sekular antarabangsa".

Semenjak tahun 1963, beliau telah mengajar di Universiti Damsyik (Damascus University)

di mana beliau telah meraih gelaran Profesor sejak tahun 1975. Beliau menjadi ahli dalm Royal

Society untuk penyelidikan tamadun Islam Yayasan Aal al-Bayt di Amman Jordan serta banyak

Page 16: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

16

lagi badan-badang Islam di seluruh dunia termasuk Majlis Syria al-IFTA, Aademi Fiqh Islam di

Jeddah, Arab Saudi dan Akademi Fiqh Islam Amerika Syarikat, India dan Sudan. Beliau juga

merupakan Pengerusi Institut Penyelidikan bagi Institusi Kewangan Islam. Selain itu, beliau

turut berkhidmat sebagai perundang dalam bidang Syariah Islam kepada syarikat-syarikat dan

institusi kewangan Islam termasuk Bank Islam Antarabangsa. Beliau turut dikenali sebagai

pendakwah Islam yang terkenal yang kerap muncul dalam program televisyen dan radio.

Dalam bidang Akidah, Dr. Wahbah mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang terdiri

daripada kelompok Asyairah dan Maturidiah. Beliau banyak menulis karya-karya agung. Antara

karya-karya beliau ialah:

1. Athar al-Harb fi al-Fiqh al-Islami: Dirasah Muqarin.

2. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh.

3. Usul al-Fiqh al-Islami .

4. Al-Fiqh al-Shafi'i al-Muyassar.

5. Al-Fiqh al-Islami `ala Madhhab al-Maliki.

6. Financial Transactions in Islamic Jurisprudence.

7. Al-'Alaqat al-Dawali fi al-Islam.

8. Al-Huquq al-Insan fi al-Fiqh al-Islami bi al-Ishtirak ma` al-Akhireen.

9. Al-Islam Din Shura wa Dimuqratiyah.

10. Haqq al-Huriyah fi al-'Alam.

11. Asl Muqaranit al-Adyan.

12. Al-`Uqud al-Musama fi al-Qanun al-Mu`amilat al-Madani al-Emirati.

13. Tafsir al-Munir.

d. Ulasan Ringkas Kitab

Kitab al-Wajiz fi Usul Fiqh al-Islami adalah salah satu kitab yang paling terkenal ditulis oleh Dr

Wahbah Al-Zuhayli dalam prinsip perundangan Islam. Beliau membawa semua kesimpulan dan

pendapat asal semua para imam pada masa lalu yang telah diikuti dan masih diikuti. Kitab ini

juga antara rujukan yang muktabar bagi pelajar dalam bidang Syariah untuk merujuk dalam

bidang usul fiqh.

Page 17: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

17

Kitab terdiri daripada sembilan bab. Bab yang pertama adalah mengenai al-istihsan,bab

dua pula adalah berkaitan maslahah mursalah, bab ketiga berbincang mengenai ‘urf, bab keempat

pula berbincang mengenai syar’ man qablana,bab kelima qaul al-sahabyy, bab enam mengenai

al-istishab,bab ketujuh mengenai sadd al-dharai’, bab kelapan berkaitan dalil lain dalam fiqh

yang terdapat percanggahan, bab kesembilan pula mengenai sumber-sumber fiqh bukan

syari’.Buku ini juga membahaskan tentang al-naskh,ijtihad,maqasid syariah,taklid dan al-tarjih.

Dalam bab al-Istihsan, secara ringkasnya penulis telah mentakrifkan al-Istihsan dari segi

bahasa iaitu menganggap suatu itu baik. Manakala pada istilah pula beralih hukum sesuatu

masalah kepada satu hukum yang lain pada masalah yang sama kerana terdapat kewajaran yang

lebih kuat untuk berbuat demikian.Al-istihsan terbahagi kepada enam jenis iaitu al-Istihsan bi al-

Nass, bi al-Ijma’,bil al-‘Urf, bi al-Darurah, bi al-Maslahah dan bi al-Qiyas al-Khafiyy.

Al-Istihsan bi al-Nass iaitu nas yang khusus al-Quran dan al-Sunnah daripada al-Shari’

mengenai juzuk tertentu yang menyebabkan hukumnya berbeza daripada hukum pada masalah

yang sama yang telah sabit dan menjadi kaedah umum.

Al-Istihsan bi al-‘Urf pula bermaksud beralih daripada satu hukum pada satu-satu masalah

yang menjadi kaedah umum kepada hukum yang lain kerana terdapar ‘urf dan adat yang

mewajarkan demikian. Contohnya,al-istisna’. Manakala al-Istihsan bi al-Darurah pula

bermaksud beralih daripada satu hukum pada satu-satu masalah yang telah menjadi kaedah

umum kepada hukum yang lain kerana terdapat keperluan yang sangat mendesak.Contohnya

menghilangkan hukum najis daripada telaga dengan membuang air pada kadar tertentu.

Mengenai bab Maslahah Mursalah pula, penulis mendefiniskan sebagai Maslahah

membawa maksud zat perbuatan yang mendatangkan manfaat dan menolak mudharat.Manakala

mursalah membawa maksud sifat yang berada dalam keadaan bebas dan tidak terikat.Maslahah

mursalah pula membawa maksud sifat yang sesuai atau munasabah untuk pensyariatan hukum

tetapi tiada nas memperakui atau menolak sifat tersebut secara jelas.Contohnya , mengumpul al-

Quran dalam satu mushaf.Tiada nas khusus menyuruh atau melarang tetapi ia rasional bagi

memelihara al-Quran. Antara syarat beramal dengan maslahah mursalah ialah selari dengan

kehendak syarak,rasional,maslahah itu mendatangkan manfaat dan menolak mudharat,untuk

memelihara sesuatu yang berbentuk daruriyy dan hajiyy serta pensyariatannya mendatangkan

maslahah untuk kepentingan umum.

Page 18: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

18

Seterusnya mengenai bab al-‘Urf yang bermaksud sesuatu yang berterusan.Manakala pada

istilah ialah perkara yang tersemat di dalam jiwa diterima baik oleh naluru manusia yang

sejahtera dan telah menjadi kelaziman serta diakui oleh syarak.Ia terbahagi kepada 3 jenis

iaitu,am,khas dan sahih serta fasid. Al-‘Urf terbahagi kepada empat jenis iaitu, yang pertama al-

‘Urf ‘Am berkaitan perkara yang sudah menjadi kebisaan si seluruh pelusuk dunia dan sepanjang

zaman.Contohnya al-istisna’, yang kedua, al-‘Urf khas iaitu perkara yang menjadi kebiasaan

sesebuah negara,masyarakat atau kumpulan-kumpulan tertentu.Contohnya para peniaga

menjadikan buku hutang sebagai bukti tanpa saksi, yang ketiga iaitu al-‘Urf sahih iaitu setiap

jenis ‘urf sama ada perkataan,perbuatan,khas,atau am yang tidak bercanggah dengan nas

mahupun ijmak.Contohnya,mahar dibayar separuh terlebih dahulu. Akhir sekali yang keempat

iaitu al’Uurf fasid yang bermaksud setiap jenis ‘urf sama ada perkataan,perbuatan,khas,atau am

yang tidak bercanggah dengan nas.Contohnya,wanita keluar rumah tanpa menutu aurat.

Kandungan dalam kitab ini juga ada diterangkan mengenai kaedah fiqh Shar’man qablana

iaitu nukilan hukum-hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat terdahulu melalui

para nabi yang diutuskan kepada mereka.Isunya ialah memakai syariat nabi sebelum Nabi

Muhammad SAW kepada umat Baginda. Imam hanafi,Maliki, dan Ahmad menyatakan bahawa

shar’ man qablana adalah hujah dan mesti beramal dengan hukum tersebut manakala Imam

Syafie dan Ahmad menyatakan tidak hujah. Contoh furuk fiqh adalah tentang manfaat sebagai

mahar. Imam Syafie dan Ahmad mengharuskannya.Imam Malik ,tidak harus tetapi jika telah

berlaku akad,maka sah dan Imam Abu Hanifah menyatakan harus jika bukan khidmat suami

yang merdeka kepada isteri yang berstatus hamba.

Bab Qawl al-Sahabiyy meberi definisi mazhab seorang sahabat pada isu-isu

ijtihadiyyah.Contohnya hukum bayar mahar ketika suami isteri bersendirian dan dalam keadaan

tertutup. Antara contoh furuk fiqh hukum menunaikan solat jumaat kepada sesiapa yang

menunaikan solat sunat hari raya.Bagi Imam Syafie kewajipan solat jumaat gugur. Bagi imam

Ahmad gugur kecuali imam manakala bagi imam Abu Hanifah dan Malik kewajipan tidak gugur.

Bab al-Istishab, memberi maksud pada bahasa iaitu melazimi.Manakala pada istilah pula

pensabitan hukum suatu perkara pada masa kini berdasarkan kepada pensabitannya pada masa

lalu kerana ketiadaan dalil yang mengubah.Al-istishab terbahagi kepada 5 iaitu istishab pada

hukum asal sesuatu perkara, istishab asal sesuatu tiada tanggungjawab, istishab pada sifat yang

telah sabit pada satu hukum syarak hingga dibuktikan sebaiknya, istishab hukum yang diperakui

Page 19: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

19

kewujudan dan pensabitannya oleh akal dan syarak apabila terdapat sebab berbuat demikian serta

istishab hukum yang ditentukan melalui ijmak pada tempat yang diperselisihkan.

Seterusnya, bab mengenai Sadd Dhara’i. Sadd bermaksud mengangkat atau

menghalang.Manakala al-dharai’ ialah jalan ke arah sesuatu sama ada ke arah maslahah atau

mafsadah dan sama ada ia berbentuk perkataan mahupun perbuatan. Sadd al-dharai’ dari segi

istilah pula ialah setiap perbuatan yang asalnya diizinkan (harus) tetapi datang sesuatu yang

menyebabkan perbuatan itu seringkali bertukar menjadi mafsadah.Antara pembahagian sadd al-

dharai’ ialah perbuatan yang harus tetapi pasti membawa kepada mafsadah,perbuatan yang

harus tetapi jarang sekali membawa kepada mafsadah,perbuatan yang harus tetapi biasanya akan

membawa mafsadah, dan perbuatan yang harus tetapi seringkali membawa kepada mafsadah.

Mazhab Maliki menyatakan bahawa sadd adalah hujah manakala mazhab syafie dan zahiri

menyatakan tidak hujah.

Akhir sekali bab mengenai Ijtihad . Ijtihad pada bahasa ialah kesukaran dan berusaha

bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.Pada istilah syarak pula,mengerahkan sepenuh

usaha dan tenaga untuk mendapatkan hukum syarak.Rukun ijtihad terbahagi kepada 3 iaitu al-

mujtahid,al-mujtahid fih dan ijtihad itu sendiri. Hukum ijtihad boleh jadi fardu ain,fardu

kifayah,sunat dan haram mengikut keadaan tertentu.Antara syarat mujtahid ialah menguasai

semua sumber syarak,berkeupayaan penuh meneliti dan mengolah dalil yang zanni daripada

sumber-sumber ini supaya diletakkan paada kedudukan yang sewajarnya,adil,menguasai

qiyas,ilmu bahasa arab,ilmu usul fiqh,maqasid al-syariah,mengetahui ayat-ayat hukum,hadis-

hadis hukum dan mengetahui secara mendalam masalah-masalah yang telah disepakati.

Page 20: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

20

3.1 GAMBAR KITAB

Kitab al-Ashbah wa al-Nazair karangan ibn Nujaim. Diterbitkan oleh Dar al-Fikr pada tahun

1999M di Damsyik.

Page 21: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

21

Kitab al-Madkhal li Dirasati Syariah al-Islamiah dikarang oleh Dr. Abdul Karim Zaidan.

Diterbitkan oleh Resalah Publisher pada tahun 2011 di Beirut, Lebanon.

Page 22: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

22

Kitab al-Tahafut al-Falasifah karangan Imam al-Ghazali. Tarikh cetakan dan penerbit tidak

disertakan dalam buku ini.

Page 23: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

23

Kitab al-Wajiz fi usul al-Fiqh di karang oleh Dr. Abdul Karim Zaidan. Diterbitkan oleh Resalah

Publisher pada tahun 2012 di Beirut, Lebanon.

Page 24: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

24

3.1.1 Gambar Perlaksanaan Tugasan

Pertemuan pertama telah diadakan bersama

Ustaz Ezad untuk pembahagian tajuk tugasan

Selepas pertemuan bersama Ustaz Ezad, kami

telah berbincang mengenai tugasan selanjutnya

Kami telah bersepakat untuk mengadakan pencarian

buku rujukan untuk tugasan di PTSL

Ketua telah memberikan penerangan ringkas

mengenai perlaksaan dan pembahagian tugasan

Ahli kumpulan yang lain telah memyumbang beberapa

idea untuk perlaksaan tugasan.

Ahli kumpulan telah bersetuju dengan

pembahagian tugasan dan bersedia untuk

menjalankan tanggungjawab

Page 25: HHHC9101 LAPORAN AKHIR ( AN-NISA')

25

4.1 KESIMPULAN TUGASAN

Kumpulan kami telah menyiapkan tugasan bagi HP ini seperti yang diminta oleh ustaz Ezad.

Dalam tugasan ini, kami telah memperolehi banyak natijah dan pengajaran.Walaupun tugasan ini

dilihat mudah tetapi, iai memerlukan semangat bekerjasama dan kesepasukan dalam

menyelesaikan tugasan.Tugasan mengenai Kajian Sumber berbahasa Arab dalam bidang Syariah

dan usuluddin ini merupakan sebuah usaha dalam mengulas kandungan buku untuk difahami

secara ringkas.

Tugasan ini dilihat sebagai sebuah peluang yang baik dalam memahami kitab-kitab induk

dalam pengajian di samping memperkasakan bahasa Arab. Bagaimanapun kumpulan kami

melihat peluang ini lebih dari sekadar dalam skop pengkajian ilmu sahaja namum menghayati

nilai-nilai yang berkaitan dengan sikap sosial dan kebertanggungjawaban.