kuliah 6 psikologi pendidikan
Post on 06-Apr-2018
241 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
1/30
Lambaian Malar Hijau
Bersama Kita Berjuang
DR. SUPPIAH NACHIAPPAN
012-5270801 / 05-4506044
KPP1033 - Psikologi
Pendidikan
Kuliah 6: PerkembanganBahasa
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
2/30
OBJEKTIFSelepas membaca bab ini, pelajardapat:
Menerangkan kepentinganbahasa.
Menerangkan sistem organisasi
bahasa. Menghuraikan perkembangan
bahasa secara berperingkat-peringkat
Menghuraikan penerimaanbahasa dalam konteks pengaruhbiologi dan persekitaran.
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
3/30
Kepentingan Bahasa Bahasa adalah suatu bentuk komunikasi,
sama ada bercakap, bertulis ataumenggunakan simbol. Bahasamemainkan peranan penting dalamperkembangan kognitif kanak-kanak.
Bahasa mempunyai perkataan-perkataanyang digunakan dalam sesuatu komunitidan mempunyai peraturan-peraturan
tertentu. Bahasa-bahasa yang digunakan dapat
menerangkan peristiwa-peristiwa lepassecara terperinci. Dengan penggunaanbahasa juga seseorang dapat merancangmasa depan.
Menurut Santrock (2004a), bahasa
membantu menurunkan informasi darisatu generasi ke generasi yang lain.
Sejak turun-temurun bahasameninggalkan warisan yang kaya dengankhazanah budaya.
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
4/30
Bahasa adalah alat untukberkomunikasi pemikiran dan idea,mewujudkan dan mengukuhkanpersahabatan individu dengan
individu lain, hubungan budaya,malah persefahaman ekonomiantara negara dengan negara lain.
Bahasa juga membentuk pemikirandan emosi dengan mengenal pastirealiti pada seseorang pelajar,misalnya.
John Stuart Mill pernahmenyatakan bahawa, Bahasaadalah cahaya pada minda.
Bahasa juga suatu wahana untukmenyatakan sentimen, perasaan,ciri-ciri nilai sesuatu masyarakatdalam melahirkan identiti sosial.
Identiti sosial dalam konteks luasadalah suatu simbol yangberpengaruh tentang perjuangansosial yang dimiliki oleh seseorangyang berkomunikasi dalam bahasatersebut.
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
5/30
Bahasa dapat memberi peluangkepada pelajar untuk menuntutilmu pengetahuan dalam
mencapai kecemerlangan disekolah dan di luar sekolah,khususnya dalam alam kerjayayang bakal diceburinya.
Ilmu pengetahuan adalah pentinghari ini dan bahasa adalah antara
faktor penting dalam persaingan.
Penguasaan bahasa dalam
dunia hari ini adalah sesuatu
yang tidak dapat dipisahkan,
khususnya dalam masyarakat
industri.
Dalam memperkatakan
bahasa, pelajar yang dapat
menguasai lebih daripada satubahasa mempunyai banyak
kelebihan.
Kemahiran-kemahiran dalam
pelbagai bahasa membolehkan
seseorang pelajar mempunyaipersepsi dan penanggapan
tentang diri, keluarga dan
persekitaran hidup dalam
perspektif yang luas.
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
6/30
Pelajar dapat menilai isu-isu dalam sesuatukomuniti, negara dan sebagainya.Pemahaman multibudaya akan memberipeluang untuk pelajar memantapkanpemikiran.
Justeru, keadaan ini memberi inspirasi untukterus memiliki kemahiran-kemahiran dalampenguasaan sesuatu bahasa.
Bahasa akan melahirkan pelajar berfikiranrasional. Pelajar yang rasional menggunakan
bahasa dalam pemikiran dan penyampaianidea dengan menaakul sebab-musababsebelum menyatakan sesuatu.
Renunglah apa yang akan berlaku sekiranyaterdapat kekurangan dalam bahasa.
Bahasa mengalami kemerosotan dengan kurangnya
perbendaharaan kata, orang perseorangan yang kurang menyatakan
atau mengekspresikan secara linguistik dan kata-kata yang tidak
cukup untuk berkongsi idea dan perasaan dengan orang lain.
Semua ini mengundang kepada tindakan-tindakan tanpa aksi
melalui tutur katanya. Mungkinkah keadaan ini mengakibatkan
keganasan di dalam dunia sekarang?
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
7/30
Dengan tidak ada kata-kata lagi manusiabertindak secara fizikal tanpa membuatperundingan menggunakan bahasa yangpenuh dengan makna-makna.
Pembelajaran bahasa akan memberikebaikan-kebaikan akademik, kognitif danbudaya. Penggunaan bahasa dalampembelajaran di dalam kelas akanmenentukan kecemerlangan akademikpelajar.
Apabila pelajar sedar kepentingan bahasa,
maka mereka akan menggunakannyauntuk menuntut ilmu pengetahuanmenerusi kemahiran kognitif yang dimilikisejak kecil lagi.
Persekitaran hidup, tempat tinggal, budaya dan interaksi hidupdengan ahli keluarga, jiran tetangga, rakan sebaya, komuniti dan
masyarakat menyediakan kemahiran-kemahiran bahasa yangmaksimum.
Bahasa juga akan melancarkan pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah.
Kualiti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi mantap dengan
penguasaan kemahiran bahasa. Ini kerana bahasa menjadi wahana
dalam pemilikan ilmu pengetahuan.
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
8/30
Dalam sesi latihan, ujian danpeperiksaan bahasa akan menjaditunjang dalam penyampaianjawapan-jawapan kepada soalan-
soalan yang dikemukakan oleh gurudalam peperiksaan.
Kecemerlangan pelajar hanyadijadikan kayu ukur menerusipenggunaan bahasa.
Oleh itu, penguasaan bahasa yangbaik sahaja dapat dijadikan pelajarberwibawa dari segi ilmu.
Bahasa memberi identiti kepadabangsa itu sendiri.
Bahasa mencerminkan siapasebenarnya individu.
Kejayaan individu pada masa depan
akan ditentukan oleh penguasaanbahasa hari ini.
Kemahiran berbahasa akanmenentukan hala tuju pelajar dalam
dunia akademik dan kerjayanya.
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
9/30
Perpaduan dalam pelbagai kaumseperti di Malaysia dapatdieratkan dengan penggunaan
bahasa oleh semua kaum. Sebagai contoh, bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dapatmemupuk perpaduan di antarapelbagai kaum di Malaysia.
Ini bermakna bahasa adalahlambang perpaduan bagi
masyarakat yang berbilang kaum. Penguasaan bahasa penting untuk
memperkayakan khazanahdisiplin-disiplin ilmu yang lainseperti sosiologi, psikologi, sains,sejarah, geografi dan sebagainya.
Tanpa bahasa ilmu pengetahuan
tidak dapat berkembang. Tambahan pula, tidak ada juga
penulis-penulis yang munculkerana ketiadaan penguasaanbahasa.
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
10/30
Sistem Organisasi Bahasa Setiap bahasa dibentuk daripada asas bunyi atau
fonem. Istilah fonologi adalah sistem bunyi sesuatu bahasa
termasuk bunyi-bunyi yang telah digunakan dandicantumkannya.
Fonologi membolehkan suatu asas untukmembentuk set-set perkataan daripada dua atautiga dozen fonem.
Unit asas bunyi di dalam suatu bahasa ialah suatufonem, iaitu unit bunyi yang terkecil yang bolehkesan pada makna.
Morfologi merujuk kepada unit-unit makna yang terlibat dalam
pembentukan perkataan.
Suatu morfem ialah suatu unit makna yang minimal, iaitu suatu
perkataan atau sebahagian daripada suatu perkataan yang tidakdapat dipisahkan ke dalam bahagian-bahagian yang kecil secara
bermakna.
Menurut Santrock (2004a), setiap perkataan dalam bahasa Inggeris
dibentuk daripada satu atau lebih morfem.
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
11/30
Beberapa perkataan pula mengandungisatu morfem sahaja (contoh: help).
Manakala yang lain pula mengandungilebih daripada satu morfem (contoh,
helper, iaitu dua morfem, help+er,dengan morfem -er, bermaksudseseorang di dalam kes iniseseorang yang membantu).
Dalam pada itu, bukan semua morfemadalah kata-kata yang terbit sendiri(contoh, -pre, -tion, dan -ing).
Tegasnya, jika fonologi menerangkanurutan bunyi yang berlaku di dalamsesuatu bahasa, peraturan-peraturanmorfologi pula menerangkan cara-carabagaimana unit-unit morfem yangbermakna dapat dicantum ataudibentuk di dalam perkataan-
perkataan. Morfem juga mempunyai banyak tugas
di dalam nahu seperti membentuktense(contoh, dia berjalan lawandia telah berjalan) dan nombor, iaitubilangan (dia berjalan lawan merekaberjalan).
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
12/30
Sintaks terlibat dengan cara bagaimanaperkataan-perkataan dicantum untukmembentuk frasa-frasa dan ayat-ayatyang boleh diterima.
Ini bermakna sintaks adalah suatuperaturan yang mengurus susunan kata-kata dalam frasa-frasa dan ayat-ayat.
Sintaks mempengaruhi keupayaanuntuk memahami makna ayat yangditutur atau ditulis.
Menurut Goodman et al., (1981),
konteks sintaktik boleh mewujudkanperbezaan dalam perkataan-perkataansama ada ia disusun dengan betul.
Secara khusus, sekiranya seseorangpelajar cuba memikir untuk mengekodke dalam bahasa perlu dicungkildaripada lexicondan menyusunnya
menurut peraturan-peraturan sintaks(Schriefers, 1992).
Sintaks dalam konteks ahli linguistikdan psikologi adalah sesuatu yangdeskriptif, iaitu peraturan-peraturanyang sebenarnya digunakan dalambahasa sebenar.
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
13/30
Ayat-ayat boleh dilihat dalamkomponen-komponen nahu atauunit-unit struktural seperti katanama, kata kerja dan sebagainya.
Analisis seperti ini adalah pada tahapstruktur permukaan.
Menurut Leahey dan Harris (1996),tahap penguasaan nahu telahdikuasai oleh seseorang pelajar sejakdi peringkat sekolah rendah lagi.
Latihan-latihan nahu diajar padastruktur permukaan melatih pelajarmemahami komponen-komponensintaktik pada struktur permukaan.
Ilmu pengetahuan sintaktik adalahimplisit pada masa kanak-kanakmelangkah ke alam persekolahan.
Guru-guru telah mengajar dengangigih untuk memastikan muridmenguasai ilmu pengetahuansintaktik.
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
14/30
Menurut Santrock (2004a),semantik merujuk kepada maknaperkataan dan ayat.
Setiap perkataan mempunyaisuatu set ciri-ciri semantik.
Sebagai contoh, perempuan danwanita mempunyai banyak cirisemantik tetapi berbeza secarasemantik berdasarkan umur.
Perkataan-perkataan mempunyai
had semantik atas penggunaandalam ayat-ayat.
Dalam bahasa, semantik dapatmelahirkan makna dalam ayat-ayat.
Sekiranya tidak ada makna untukdikomunikasi atau tidak
difahami, maka tidak ada sebabuntuk wujud sebarang strukturbunyi-bunyi atau konteks.
Makna dianggap aspek bahasayang paling sukar untuk belajar(Leahey dan Harris, 1996).
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
15/30
Dalam membincangkan maknaperkataan secara psikologi, setiapperkataan mempunyai makna.
Dalam bahasa pelajar dapatmengungkap fikiran, perasaan,pendapat, emosi, perlakuan dankeperibadian manusia.
Komunikasi yang efektifmemerlukan kosa kata yang luas.
Semakin banyak perkataan dikuasai
oleh pelajar, semakin banyak ideadan pendapat dapatdiungkapkannya.
Menurut Santrock (2004b), penutursesuatu bahasa tahu tentang maknaberibu-ribu perkataan dankesemuanya disetor dalam
rangkaian semantik. Sebagai contoh, sebiji lemon adalah
sejenis sitrus. Sitrus adalah suatujenis buah-buahan. Buah sitrustergolong dalam kategori makanan.
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
16/30
Terdapat juga banyak kategori makananseperti biji-bijian, ikan dan daging.
Ilmu pengetahuan semantik adalah penting
dalam menghubungkan pemikiran-pemikiran yang bermakna dan bagaimanapemikiran-pemikiran digabungkan dalamperkataan-perkataan yang menyampaikanidea-idea yang diingini oleh pelajar (Smith,1998).
Pragmatik merujuk kepada penggunaan
bahasa dalam konteks-konteks yangberbeza-beza. Domain bahasa adalah luas.
Dalam situasi-situasi tertentu penggunaan bahasa akan
dilihat sebagai demonstrasi ilmu pengetahuan tentang aspek
pragmatik dalam kehidupan seharian melalui kemahiran-
kemahiran berbahasa.
Menurut Krause, Bochner dan Duchesne (2003), pragmatikadalah penggunaan bahasa dalam latar sosial.
Ilmu pengetahuan pragmatik adalah berdasarkan pencapaian
tujuan-tujuan menggunakan bahasa dan cara-cara yang
sesuai untuk mengekspresikan dirinya dalam situasi-situasi
tertentu.
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
17/30
Dalam penggunaan bahasasebenarnya, konteks mungkinmengubah makna.
Peraturan-peraturan pragmatikboleh dianggap kompleks danberbeza-beza daripada satu budayakepada budaya yang lain.
Penggunaan perbualan dan ilmupengetahuan dilihat dalam konteksbahasa.
Contohnya, penggunaan bahasadalam situasi-situasi yang sesuaiseperti bertingkah laku dengansopan seperti berinteraksi denganguru.
Apabila pelajar bergilir-gilir terlibatdalam perbualan adalah contohpragmatik.
Jadi, pragmatik mengkaji bagaimanakonteks mempengaruhi interpretasimakna-makna dalam situasi-situasitermasuk faktor-faktor sosial,persekitaran, dan psikologi.
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
18/30
Pada dasarnya, pragmatik lebihterarah kepada ujaran-ujaran, iaitu
ayat-ayat dan dalam konteksperbualan.
Makna dalam ayat-ayat biasannyamenyampaikan makna secaraliteral.
Manakala, makna si pengucapadalah suatu konsep yang cuba
disampaikan oleh pengucap. Keupayaan untuk memahami
keinginan makna si pengucapadalah disebut sebagai keupayaanpragmatik.
Dalam menentukan keupayaanpragmatik, ilmu pengetahuan
tentang perbezaan sosial, statussosial di antara pengucap-pengucapyang terlibat, ilmu pengetahuantentang aspek berbudaya sepertikesopanan dan ilmu pengetahuanlinguistik.
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
19/30
Perkembangan Bahasa Secara
Berperingkat-Peringkat Perkembangan bahasa dilihat melalui
tahap-tahap sejak bayi dilahirkan. Bayi mula membebel dalam tiga hingga
enam bulan.
Bayi mula mengeluarkan kata pertamapada usia sepuluh hingga tiga belas bulan.
Kanak-kanak mula menggabungkan duaperkataan pada umur lapan belas hingga
dua puluh empat bulan. Kanak-kanak mula mengetahui bahasa
dan fungsinya dalam aspek komunikasi.
Mereka mewujudkan frasa-frasa, iaitumenyebut lebih daripada satu perkataan.
Peraturan-peraturan berbahasa mula
dipelajari dengan tekun oleh kanak-kanakapabila mereka memasuki alampersekolahan.
Apabila kanak-kanak melangkah ke alamsekolah rendah, mereka berkeupayaanuntuk mewujudkan bunyi-bunyi bahasadalam mencantumkan konsonan-
konsonan kompleks.
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
20/30
Kanak-kanak berumur tiga tahunberupaya untuk bertutur benda-bendayang tidak hadir secara fizikal.
Peraturan bahasa termasuk fonologi(sistem bunyi), morfologi (mencantumunit-unit makna), sintaks (peraturan
yang ditetapkan untuk membuat ayat-ayat), semantik (sistem makna) danpragmatik (peraturan untukmenggunakan kata-kata dalam konteksyang berbeza-beza).
Tahap-tahap penguasaan bahasa yang bermula seawal bayi
diteruskan oleh pelajar dengan peraturan-peraturan morfologi.
Mereka menguasai tatabahasa dengan betul.
Konsep memanipulasikan sintaks oleh pelajar dapat
membantu menjana soalan-soalan dan klausa-klausa melalui
struktur sintaks bahasa.
Menurut Santrock (2004a), pada tahap penguasaan dua
perkataan, ilmu pengetahuan semantik atau makna juga
berkembang dengan kosa kata kanak-kanak meningkat
daripada 8,000 kepada 14,000 perkataan.
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
21/30
Tahap perkembangan bahasa kanak-kanak berkembang apabila merekabelajar membaca dan menulis.
Dalam urutan perkembangan, kanak-kanak belajar menguasai kosa katadan tatabahasa.
Seterusnya, kanak-kanak menguasaiilmu penaakulan dan kemahirananalitik untuk memahami sesuatukeadaan atau penyelesaian masalah.
Menurut Bloome et. al(2005), kanak-kanak belajar menggunakan bahasadalam bentuk wacana yangberhubungan.
Mereka dapat menghubungkan ayat-ayat untuk
mewujudkan deskripsi, definisi dan naratif yang bermakna.
Pada tahap remaja kosa kata akan bertambah. Bentuk tatabahasa yang kompleks, pemahaman gaya bahasa,
imageri dan metafora difahami dan digunakan dalampenganalisisan karya-karya kesusasteraan, khususnya.
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
22/30
Penerimaan Bahasa :
Pengaruh Biologi danPersekitaran
Setiap pelajar menggunakanbahasa. Pemahaman peraturan-peraturan bahasa memberi ruanguntuk mereka mewujudkan kata-kata dan ayat-ayat dalam bilangan
yang banyak. Setiap pelajar telah menguasai
ilmu pengetahuan bahasa secaralangsung atau tidak langsung.
Bagaimanakah pengetahuantentang bahasa mempengaruhikehidupan pelajar, khususnya?
Adakah bahasa sebagai produkbiologi? Adakah bahasa dipelajaridan dipengaruhi oleh pengalamanseseorang?
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
23/30
Pengaruh Biologi dan
Persekitaran
Tahap penguasaan bahasa di kalanganpelajar di seluruh dunia mempunyaipersamaan-persamaan dalam inputbahasa yang mereka terima.
Tetapi, bukti menunjukkan bahasamempunyai asas biologi yang kukuhsejak zaman berzaman.
Menurut Santrock (2004b), keupayaan
untuk bertutur dan memahami bahasamemerlukan suatu alat vokal dansistem saraf dengan keupayaantertentu.
Sistem saraf dan alat vokal nenekmoyang berubah beribu-ribu tahunsehingga kini.
Menurut Lachlan dan Feldman (2003)dan Pinker (1994), dalam masa evolusi,bahasa adalah suatu penguasaanmutakhir.
Ia telah memberi manusia kelebihandaripada binatang-binatang danpeluang kehidupan yang baik untuk
manusia.
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
24/30
Bukti menunjukkan bahawa terdapatbahagian-bahagian dalam otak yangdigunakan untuk bahasa.
Sekiranya mana-mana bahagian
dalam otak tercedera, makapertuturan bahasa akan terbantut.
Menurut Chomsky (1957), manusiadisyaratkan belajar bahasa padamasa-masa tertentu.
Beliau menyatakan bahawa manusiasememangnya dilahirkan secarasemula jadi dengan alat penguasaanbahasa (Language Acquisition Device-LAD), iaitu suatu aspek biologi yangmembolehkan kanak-kanak mengesanciri-ciri dan peraturan-peraturanbahasa tertentu termasuk fonologi,sintaks dan semantik.
Seterusnya, kanak-kanak mengikutiperaturan-peraturan sepertibagaimana membentuk kata jamakdan bertanya soalan-soalan.
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
25/30
Pandangan Behavioral dan PengaruhPersekitaran
Sebilangan sarjana bahasa berpendapatpenguasaan bahasa kanak-kanak di seluruhdunia membuktikan bahawa bahasamempunyai suatu asas biologi yang kukuh.
Pakar bahasa yang lain pula berpendapatbahawa pengalaman-pengalaman kanak-kanak, bahasa yang perlu dipelajari secara
khusus dan konteks di mana pembelajarandijalankan mempengaruhi penguasaanbahasa (Goohuis-Brouwer et. al., 2004;Marchman, 2003).
Menurut Behavioris, bahasa adalah suatu kemahiran pembelajaran
yang dipelajari seperti bermain piano atau menari.
Behaviouris membincangkan bahawa bahasa mewakili rangkaian
respon yang dikuasai melalui peneguhan (Skinner, 1957).
Perkembangan bahasa kanak-kanak amat dipengaruhi oleh
interaksi dengan orang-orang lain.
Kebanyakan kanak-kanak dimulakan asuhan dan didikan sejak
dilahirkan lagi
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
26/30
Pendedahan seawal ini membolehkankanak-kanak menguasai kemahiran-kemahiran bahasa.
Menurut Berko Gleason (2000) dan Hoff
(2003), sokongan dan penglibatan ibubapa/penjaga dan guru-guru banyakmembantu pembelajaran bahasa kanak-kanak.
Dalam pada itu, menurut Santrock(2004b), kanak-kanak yang tinggaldalam keadaan status sosioekonomi
yang rendah adalah tidak didedahkanuntuk penglibatan dalam bahasa secaramaksimum.
Contoh, dalam kajian yang berfokuspada persekitaran bahasa bayi danpengalaman hidup kanak-kanak dalamperkembangan kosa kata, didapati bayi
yang menerima percakapan ibu lebihkerap telah menunjukkan kosa katayang tinggi.
Pada hari jadi kedua, perbezaanpenguasaan kosa kata adalah meluas.
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
27/30
Selain itu, status sosioekonomikeluarga juga mempengaruhipenguasaan kosa kata.
Menurut Hart dan Risley (1995),didapati ibu bapa kanak-kanakyang berjawatan profesionalmembantu mewujudkanpersekitaran kondusif untukkanak-kanak menguasai kosa kataberbanding ibu bapa yang statussosioekonomi yang rendah.
Ibu bapa berstatus sosioekonomirendah kurang berbual, kurangberbincang peristiwa-peristiwayang lepas dan tidak atau kurangmenghuraikan dengan terperincitentang sesuatu perkara atau
peristiwa. Kesemua kanak-kanak telah belajar
untuk bertutur dan menguasaisemua bentuk dalam BahasaInggeris, misalnya.
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
28/30
Bahasa berkembang dengan baikapabila ibu bapa dan penjagamembantu mengekalkanperkembangan bahasa secara semulajadi dengan membekalkanpersekitaran yang penuh denganpeluang untuk mengembangkanbahasa.
Aktiviti-aktiviti dalam konteks perludisediakan untuk pembelajaran danpenguasaan yang optimum.
Ahli-ahli interaksionis menekankansumbangan faktor biologi danpengalaman dalam perkembanganbahasa.
Ini bererti, pelajar secara biologibersedia untuk belajar bahasa apabilamereka dan ibu bapa/penjagaberinteraksi.
Apabila guru dan ibu bapa/penjagamelibatkan pelajar dalam perbualan,bertanya soalan-soalan danmenekankan aspek interaktif, makakesan perkembangan bahasa adalahbaik dan efektif.
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
29/30
Rumusan
Bahasa memainkan peranan pentingdalam kehidupan seseorang. Setiap
pelajar memerlukan bahasa untukberkomunikasi, membaca danmenulis.
Bahasa mempunyai peraturan dandiorganisasi dalam lima sistemperaturan, iaitu fonologi, morfologi,sintaks, semantik dan pragmatik.
Perkembangan bahasa ditentukanoleh faktor biologi dan persekitaran.Pelajar berinteraksi dengan pelajarlain. Mereka berinteraksimenggunakan bahasa.
Kemahiran berbahasa harus dimilikioleh kanak-kanak dan pelajar untuk
menimba ilmu pengetahuan. Penguasaan bahasa membantu dalam
pemprosesan informasi yang diterimadan seterusnya disimpan dalammemori untuk diaplikasikan dalamkehidupan seharian oleh pelajar,khususnya.
-
8/2/2019 Kuliah 6 psikologi pendidikan
30/30
Selagi Jiwa Dikandung Badan,Teruskan Perjuangan!
LAMBAIAN MALAR HIJAU
Bersama Cigku Jo Dan Daneng
top related