kod etika profesion perguruan malaysia
Post on 02-Jul-2015
3.494 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KOD ETIKA PROFESION
PERGURUAN MALAYSIA
APA ITU ETIKA? Satu sistem dasar akhlak, adat atau
tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995)
Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994)
Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat
Dari perspektif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah
MAKSUD ETIKA PROFESIONAL
Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.
ETIKA PERGURUAN Satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.
KEPENTINGAN KOD ETIKA PERGURUAN
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:
Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).
ETIKA PROFESION KEGURUAN
Mengelakkan tingkah laku yang boleh menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap profesion keguruan
Amanah berhubung kewangan Dalam semua hubungan dan tugas, guru
hendaklah menjalankannya dengan jujur Kepentingan murid harus mengatasi
semua kepentingan lain Guru haruslah menumpukan perhatian
terhadap keperluan setiap muridnya.
Mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek dan status
Berperanan sebagai ‘pengganti ibu bapa’ (in loco parentis) kepada pelajar
Mengesan dan menerima perbezaan individu dan memperkembangkan potensi pelajar dari segi JERI
Menghormati maklumat sulit pelajar Tidak menyatakan dan membuat
sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa
Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara.
Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.
Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya
Tidak menerima apa-apa bayaran daripada murid untuk pengajaran tambahan semasa waktu sekolah/cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan
Tidak akan mengiklankan diri untuk tuisyen
Tidak memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap murid
Tidak harus meminta/menerima hadiah daripada ibu bapa murid/ahli masyarakat dalam menjalankan tugas
Tidak mejatuhkan nama baik guru-guru lain
Hanya menggunakan cara yang sah untuk kenaikan pangkat
Tidaklah mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan
RUMUSAN Kod etika perguruan haruslah diamalkan
oleh setiap guru di Malaysia demi memartabatkan profesion perguruan
AKAUNTABILITI GURU TERHADAP:
-SEKOLAH-TINGKAH LAKU-MURID-PROFESION-KOMUNITI
GURU Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’
bererti pendidik, pengajar dan pengasuh.
Pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih.
Pengajar ialah seorang yang menjadi
petunjuk kepada orang lain Pengasuh memberi makna orang yang
memelihara, menjaga dan mendidik.
KONSEP AKAUNTABILITI ‘Akauntabiliti’ di huraikan sebagai
bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. (Kamus dewan)
Konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. (Tan Sri Ahmad Sarji)
Akauntabiliti juga adalah mengenai disiplin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kebertangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.
AKAUNTABILITI KEGURUAN
Tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru.
Tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan.
Merangkumi akauntabiliti guru terhadap sekolah, tingkah laku, murid, profesion dan komuniti
AKAUNTABILITI TERHADAP SEKOLAH
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas.
Guru bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah.
Guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah.
Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiausaha peperiksaan,setiausaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.
AKAUNTABILITI TERHADAP TINGKAH LAKU
Guru sebagai role model harus menjaga tingkah laku
Mkebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna.
Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya.
Hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan.
Digalakkan untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya.
Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.
AKAUNTABILITI TERHADAP MURID
Menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan.
Haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain.
Bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain.
Membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka
Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik.
AKAUNTABILITI TERHADAP PROFESION
Guru dikenalai sebagai ‘Master in teaching’ Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku
rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar Menyertai seminar pendidikan seperti kursus-
kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah.
Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum.
Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.
AKAUNTABILITI TERHADAP KOMUNITI
Ahli masyarakat di tempat bertugas/menetap
Bertugas setiap masa menyebarkan matlamat pendidikan negara (prinsip Rukun Negara & Falsafah Pendidikan Kebangsaan)
Mengamalkan tingkah laku yang sopan dan diterima dalam komuniti agar diberi kepercayaan
Menghormati masyarakat di tempat berkhidmat
Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang warganegara asalkan tidak melanggar etika profesion perguruan dan undang-undang negara
Menggalakkan kerjasama antara ibu bapa, sekolah dan masyrakat
Mengelakkan menyebarkan ajaran atau maklumat yang boleh merosakkan perpaduan masyarakat
Memupuk sikap dan nilai kesatuan, menerapkan nilai 1 Malaysia
KESIMPULAN Akauntabiliti guru amat luas ruang
lingkupnya Menjalankan semua tanggungjawab
guru agar dapat memaksimakan usahanya untuk membangunan tahap profesionalisme ke tahap yang lebih tinggi
Mengangkat martabat profesion keguruan membantu melahirkan modal insan yang berkualiti
top related