kesan perayaan

Post on 01-Jul-2015

478 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KESAN PERAYAAN

1. PERPADUANPerayaan dapat menghidupkan perpaduan di antara rakyat. Ini kerana

semua kaum dan bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai

perayaan masing-masing. Di hari perayaan ini tidak kira kaum dan bangsa

amalan kunjung-mengunjungi menjadi amalan rutin. Perayaan disambut

bersama. Justeru itu, perpaduan dan keeratan hubungan antara kaum terjalin

dalam suasana aman dan damai.

2. PELANCONGANInstitusi pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan

dijalankan kerana ramai pelancong asing yang turut hadir atau turut sertai dalam

perayaan ini kerana mereka dating sendiri untuk menyaksikan perayaan yang

ada di Malaysia.

3. KELUARGAKesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan

silaturrahim sesama keluarga. Semasa hari perayaan biasanya sanak-saudara

yang berjauhan atau pulang untuk bersama-sama meraikan hari kemenangan ini.

Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di dalam hati masing-masing.

4. KEBUDAYAANKesan terhadap kebudayaan ialah kita boleh mengekalkan budaya dan

adat resam terhadap masyarakat dan ahli keluarga sendiri. Di dalam setiap

perayaan amat mementingkan budaya masing-masing kerana ia boleh

mengeratkan lagi hubungan kita walaupun berlainan bangsa dan agama.

RUMUSAN

Bertitik tolak daripada kajian yang kami jalankan ini terdapat beberapa unsur

patriotisme yang kami perolehi. Melalui tajuk kajian yang telah kami siapkan ini

memnjadikan kami seorang yang menghargai dan bersyukur setiap perayaan yang ada

di Malaysia. Melalui kajian ini, serba sedikit kami mengetahui latar belakang perayaan

yang ada di Malaysia.

Perayaan tradisi akan disambut oleh semua kaum yang ada di Malaysia sama

ada kaum Melayu, Cina atau India. Perayaan ini dapat melahirkan perpaduan terhadap

bangsa di Malaysia, melahirkan nilai murni, hormat menghormati antara kaum dan

perpaduan bertambah erat dengan kunjung mengunjungi antara kaum semasa

perayaan kegembiraan dapat dikongsi.

Sebagai rakyat Malaysia, kami berbangga dengan negara kerana di negara ini

terdapat pelabagai kaum dan perayaan tradisi. Negara Malaysia merupakan sebuah

negara yang aman walaupun terdiri daripada pelabagai kaum. Kami amat berbangga

dengan Negara Malaysia.

top related