kertas cadangan pendaftaran t1 2013
Post on 07-Feb-2016
226 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KERTAS CADANGANPROGRAM PENDAFTARAN TINGKATAN SATU, TAHUN 2014
1.0 PENGENALAN
Penghujung tahun seringkali ditafsirkan sebagai waktu rehat yang
panjang buat para pelajar dan guru. Kesempatan untuk menikmati cuti
selama lebih sebulan biasanya dimanfaatkan oleh ibu bapa untuk
mencari ruang mengadakan aktiviti bersama keluarga seperti
melancong, beriadah, mengadakan majlis kenduri, atau hanya sekadar
menikmati masa terluang di rumah. Ruang waktu ini biasanya jarang
sekali dimanfaatkan dengan aktiviti yang menjurus ke arah persediaan
untuk menghadapi sesi persekolahan berikutnya, terutama bagi pelajar
di sekolah rendah yang bakal berhijrah ke sekolah menengah. Pelbagai
perkara akan berubah, sama ada dari aspek persekitaran, sistem dan
dasar, lingkungan rakan sebaya yang baru, malah pakaian mereka juga
perlu ditukar baru. Perubahan mendadak ini sering menyebabkan
berlaku sekian banyak kesulitan dan kekeliruan di kalangan pelajar.
Persediaan yang tidak mencukupi untuk menempuhi alam sekolah
menengah akan mengakibatkan mereka mengalami kejutan budaya dan
pada akhirnya membawa kepada rentetan masalah lainnya. Justeru,
adalah perlu untuk mewujudkan satu program yang mendedahkan
pelajar dan para ibu bapa dengan keperluan fizikal pelajar dan hasrat
serta wawasan sekolah terhadap mereka.
2.0 RASIONAL
Hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah menengah, pelajar
kadangkala ibarat ‘rusa masuk kampung’. Suasana dan persekitaran
baru yang dihadapi adalah sesuatu yang asing bagi mereka. Justeru,
program Pendaftaran Tingkatan Satu ini wajar dilaksanakan sebagai
mengalu-alukan kehadiran para pelajar baru ini. Menerusi program ini,
pelajar dan para ibu bapa akan dimesrai dengan iklim sekolah
menengah, di samping berpeluang pula untuk mengenali watak,
keperluan, dasar serta matlamat sekolah ini. Dalam program ini juga,
para ibu bapa dan pelajar akan dibekalkan dengan senarai kelengkapan
dan keperluan yang seharusnya ada pada setiap pelajar dalam usaha
untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Semasa program pendaftaran ini juga,
para ibu bapa berpeluang untuk meleraikan sebarang kekeliruan atau
meluahkan apa jua keresahan yang pada akhirnya diselesaikan dengan
baik dan memastikan anak-anak mereka dapat meneruskan
persekolahan dalam keadaan tenang dan harmoni, dan seterusnya
menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang berbudi luhur dan
cemerlang.
3.0 MATLAMAT
Memastikan kesediaan penuh pelajar baru untuk menyesuaikan diri
dengan iklim dan budaya persekolahan menengah.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Memastikan pelajar yang ditempatkan di sekolah ini
mendaftar dengan sah dan jelas.
4.2 Memastikan ibu bapa dapat menyediakan keperluan /
kelengkapan yang secukupnya mengikut kehendak /
peraturan sekolah.
4.3 Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar dan ibu
bapa mengenai matlamat, hasrat, wawasan dan dasar
sekolah secara asas.
4.4 Mendapatkan maklumat penting mengenai pelajar secara
lebih tepat.
5.0 PELAKSANAAN
Tarikh : 30 Disember 2013 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Perkarangan dan di dalam Dewan Wawasan
Sasaran : Semua pelajar baru Tingkatan Satu dan ibu bapa
6.0 JAWATANKUASA
Sila rujuk lampiran 1
7.0 KEWANGAN
7.1 Anggaran Perbelanjaan :
7.1.1 Banner makluman di pagar : RM 150.00
7.1.2 Banner dalam Dewan : RM 150.00
7.1.3 Banner Selamat Datang (4x18’’) : RM 230.00
7.1.4 Jamuan AJK RM 3.00 x 30 : RM 90.00
7.1.5 Air minuman RM8.00 x 1 kotak : RM 8.00
Jumlah : RM 628.00
=============
7.2 Sumber Peruntukan :
7.2.1 Peruntukan PIBG : RM 530.00
7.2.2 Peruntukan sekolah : RM 98.00
----------------------
Jumlah : RM 628.00
=============
8.0 TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk lampiran 2
9.0 PENUTUP
Pelajar Tingkatan Satu merupakan aset penting yang bakal mencorakkan
wajah sekolah di masa hadapan. Mereka adalah ibarat kanvas putih yang
menunggu untuk diwarnakan. Program Pendaftaran Tingkatan Satu ini
merupakan salam awal daripada pihak sekolah untuk mengalu-alukan
kehadiran pelajar-pelajar ini dan merupakan program penjana bagi
program-program pembangunan pelajar yang seterusnya. Semoga
program ini berupaya meletakkan satu asas penting dan difahami
dengan sewajarnya oleh para pelajar serta ibu bapa mereka tentang
besarnya harapan dan kehendak sekolah dalam matlamat mencipta
kegemilangan Sekolah Menengah Tunku Abdul Malik.
Lampiran 1
AHLI JAWATANKUASAPROGRAM PENDAFTARAN TINGKATAN SATU, TAHUN 2014
Pengerusi : En. Md Sharif b Daros (Pengetua)
Naib Pengerusi : Pn. Yasmeen bt Abdullah (PK Pentadbiran)
: Pn. Faridah bt Ismail (PK HEM)
: ......................................... (PK Kokurikulum)
: En. Abd Halim B. Misran ( PK Tingkatan 6)
: En. Mohd Yunus bin Shafie (PK Pend. Khas)
Penyelaras : En Mohamad Hapisol B. Che Pi ( Guru Kaunseling)
Setiausaha : Cik Siti Zaharah bt Othman (Guru Kaunseling)
AJK :-
Sambutan : En. Mohd Zairi b Md Zain (GK Bahasa): Pn. Sakinah bt Abdullah (GK Kemanusiaan): Pn. Zeleha bt Ayob (GK Tek & Vok): Pn. Saleha bt Mohd Zainal (GK Sains & Math)
Pendaftaran : Guru Kelas Tingkatan 1
Statistik : Cik Hanita bt Hamid (Penyelia tingkatan 1)
Peralatan audio : En. Amiruddin
Persiapan tempat : En. Muhairi Shah b. Baharum: En. Azizan b. Ali
Makanan : Pn Noor Asheekin Bt. Ali (Guru Kaunseling)
Lampiran 2
TENTATIFPROGRAM PENDAFTARAN TINGKATAN SATU, TAHUN 2014
30 DISEMBER 2013 (KHAMIS)
8.00-8.30 pagi Semua AJK bersiap sedia.Semua AJK
8.30-9.10 pagi-Pendaftaran
-edaran soal selidik sarana ibu bapa
Guru kelas tingkatan 1
9.10-10.30 pagi
Majlis bermula
-Bacaan doa
-Taklimat PBS
-Taklimat dan amanat Tn. Pengetua
Guru Kaunseling
Ustaz Amin
Pn. Nor Aidawati
10.30-11.30 pagi Pembelian buku tulis dan bersurai Ajk koperasi
top related