kerja kursus pendek - murid & alam belajar 2011
Post on 07-Apr-2018
257 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/6/2019 Kerja Kursus Pendek - Murid & Alam Belajar 2011
1/22
Kerja Kursus Pendek - 2011 MURID & ALAM BELAJAR
PISMP Pendidikan Jasmani 1
PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak lekang daripada pelbagai
jenis permainan tradisonal yang dimainkan pada zaman dahulu.Idea -idea
penciptaan ini terbit daripada minda kanak-kanak yang mahu memastikan masa
seharian mereka tidak terbuang begitu sahaja malahan permainan -permainan ini
juga terhasil daripada golongan dewasa yang juga menghabiskan masa lapang
bermain permainan-permainan ini.Ternyata ilham kanak-kanak begitu kreatif dan
memungkinkan apa sahaja objek dijagikan permainan. Antara permainan tradisonal
yang biasa di mainkan ialah congkak, wau, tuju selipar dan sebagainya. Kesemua
permainan tradisonal ini mempunyai unsur-unsur penting yang dapat dilatih dan
dikembangkan dalam diri kanak-kanak. Di zaman serba canggih ini, sangat sukar
untuk melihat permainan-permainan tradisonal ini dimainkan oleh kanak -kanak
terutama golongan yang tinggal dikawasan bandar.Mereka lebih terdedah kepada
permainan digital yang hanya dudu k di hadapan komputer.Selain itu, permainan ini
tidak dilaksanakan di sekolah pada waktu Pendidikan Jasmani kerana di anggap
tidak penting.Namun begitu ciri-ciri permainan tradisonal ini masih lagi terdapat
dalam sukan masa sekarang seperti sukan bowling yang menggunakan sasaran
sebagaimana permainan tuju selipar.
Setelah memperincikan faktor-faktor yang terlibat, kami telah mengenal pasti
sebuah permainan tradisonal yang dapat memenuhi ciri -ciri sebagaimana yang
dinyatakan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu aktiviti yang boleh merapatkan
hubungan, meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de
corp iaitu saling bantu membantu antara satu sama lain terdapat dalam permainan
Baling Tin atau lebih dikenali sebagai Tuju Tin dikalangan masyarakat
dahulu.Permainan Tuju Tin ini adalah bukti bahawa kanak -kanak memang kreatif
-
8/6/2019 Kerja Kursus Pendek - Murid & Alam Belajar 2011
2/22
Kerja Kursus Pendek - 2011 MURID & ALAM BELAJAR
PISMP Pendidikan Jasmani 2
dalam mempelbagaikan permainan. Dalam permainan ini, peralatan diperlukan ialah
12 biji tin kosong bersaiz tin susu pekat dan bola sebesar genggaman tangan seperti
bola tennis. Bilangan tin yang digunakan juga boleh diubah mengikut kehendak
pamain kerana semakin banyak bilangan tin semakin mencabar permainan ini. Pada
zaman dahulu, bola dihasilkan menggunakan kertas dan beg plastik yang terbuang
dan di ikat menggunakan getah. Ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
bermain dengan selesa tanpa kekangan wang kerana ianya tidak melibatkan kos
dan alat permainan boleh didapati daripada bahan terbuang.
Permainan ini melibatkan 2 pasukan yang mana satu pasukan akan
meminkan peranan sebagai penyerang dan satu lagi akan bertindak sebagai
bertahan. Namun begitu, setiap pasukan akan merasai kedudukan menyerang dan
bertahan kerana mereka akan bertukar peranan mengikut syarat -syarat tertentu.
Dua orang pemain dalam satu pasukan sudah memadai bagi memainkan permainan
ini.Namun, apakah keseronokan apabila bermain dalam jumlah yang kecil.Jika main
beramai-ramai barulah ada semangat unutk hendak bersaing dan menjadikan
suasana lebih meriah tetapi tidak pula terlalu ramai sehingga kea daan menjadi
sesak. Ini kerana, permainan ini hanya menggunakan kawasan yang sederhana
besar kerana ia melibatkan pergerakan aktif seperti berlari dan melompat. Bahkan
keseluruhan aktiviti sangat aktif kerana kanak-kanak menggunakan pergerakan -
pergerakan untuk mengelak dan menyangga.Oleh itu, sesuailah sekiranya satu
pasukan hanya dibarisi 5-7 orang pemain sahaja.Namun begitu, permainan ini agak
fleksibal kerana keluasan kawasan permainan ditentukan sendiri oleh pemain -
pemain.
Sebelum permainan dimulai, tin-tin di susun secara bertingkat-tingkat di
tengah kawasan permainan. Satu jarak akan ditentukan selari dengan kedudukan tin
-
8/6/2019 Kerja Kursus Pendek - Murid & Alam Belajar 2011
3/22
Kerja Kursus Pendek - 2011 MURID & ALAM BELAJAR
PISMP Pendidikan Jasmani 3
sebagai tempat untuk membaling bola oleh pasukan bertahan yang bertujuan untuk
menjatuhkan tin-tin tersebut. Jarak balingan bola juga mengikut persetujuan pemain-
pemain.Pasukan yang menyerang perlu berada dibelakang tin -tin tersebut dalam
keadaan jarak sedikit.Untuk menentukan pasukan yang menyerang dan bertahan
sangat mudah iaitu menggunakan kaedah oosom; iaitu menggunkan isyara t tangan
yang diwakili oleh air, batu dan burung. Pasukan yang menang akan memulakan
permainan sebagai pasukan bertahan dan yang kalah akan memulakan permainan
sebagai pasukan menyerang. Tugas pasukan bertahan adalah menyusun semula
tin-tin ke bentuk asal dan juga di tempat asal sambil mengelak dan menyangga bola
daripada terkena mana-mana anggota badan untuk mendapat mata dan kekal
sebagai pasukan bertahan di pusingan seterusnya manakala pasukan menyerang
pula akan cuba menghalang dan mematikan semua pemain lawan dengan
membaling bola terkena mana-mana anggota badan pemain lawan bagi
menghalang mereka daripada mendapat sebaran g mata dan bertukar peranan pada
pusingan seterusnya.
Pemainan dimulakan dengan pemain pasukan bertahan membaling bola ke
arah tin seorang demi seorang dan cuba mejatuhkan tin -tin tersebut. Setiap pemain
memiliki 2 peluang untuk menjatuhkan tin -tin tersebut dan sekiranya gagal, dia dikira
mati pada pusingan tersebut walaupun rakan selepasnya berjaya menjatuhkan tin -tin
itu. Namun begitu, sekiranya pasukannya berjaya menyusun tin-tin tersebut,maka
dia akan bermaindi pusingan seterusnya dan pasukan mereka kekal sebagai
pasukan bertahan. Setelah berjaya menjatuhkan tin -tin tersebut, pemain-pemain
bertahan diberi masa beberapa saat untuk mengambil maximum 2 tin seorang.Tin
tersebut digunakan sebagai penyangga bagi menahan bola yang dibaling ke
arahnya. Ini bermakna, pemain berjaya menahan bola menggunakan tin tersebut
-
8/6/2019 Kerja Kursus Pendek - Murid & Alam Belajar 2011
4/22
Kerja Kursus Pendek - 2011 MURID & ALAM BELAJAR
PISMP Pendidikan Jasmani 4
maka ia tidak mati. Pasukan bertahan akan cuba mengelak daripada terkena bola
tapi dengan syarat tidak terkeluar daripada kawasan permainan yang ditetapkan.
Sekiranya itu berlaku, permain tersebut dikira mati. 5 mata akan diberikan sekiranya
pasukan bertahan berjaya menyusun tin-tin tersebut ke bentuk asal dan akan
bermain di pusingan seterusnya tanpa bertukar peranan. Kalau tin-tin tersebut
disusun tidak kemas dan roboh, maka pasukan bertahan dikehendaki menyusunnya
daripada awal.
Bagi pasukan menyerang pula, mereka akan cuba menghalang pemain -
pemain pasukan bertahan daripada menyusun tin -tin tersebut disamping mematikan
mereka dengan cara membaling bola terkena pada mana -mana anggota badan.
Pemain pasukan menyerang tidak dibenarkan bergerak ketika memegang bola. Dia
perlu memberi bola tersebut kepada rakannya yang lain sebelum bergerak ke
tempat lain. Pasukan menyerang juga tidak dibenarkan meroboh binaan tin yang
telah dilakukan oleh pihak lawan dan sekiranya ia berlaku, permainan akan
diberhentikan seketika untuk mengembalikan tin ke bentuk asal sebelum
meneruskan permainan. Kerjasama setiap pemain amat ditagih bagi memastikan
pemain pasukan lawan dapat dikepung untuk mematikan pergerakan
mereka.Pemain pasukan menyerang tidak dibenarkan memegang pemain pasukan
lawan untuk menghalang pergerakan mereka. 3 mata akan diberikan sekiranya
mereka berjaya mematikan semua pemain pasukan lawan dan akan bermain di
pusingan seterusnya sebagai pasukan yang bertahan pula.
Permainan diberhentikan mengikut pusingan yang ditetapkan oleh pemain
atau apabila mereka merasa bosan.Jumlah mata tertinggi akan dikira sebagai
pemenang iaitu hasil tambah mata dari pusingan pertama hinggalah pusingan yang
terakhir.
-
8/6/2019 Kerja Kursus Pendek - Murid & Alam Belajar 2011
5/22
Kerja Kursus Pendek-2011 MURID &ALAM B
LAJAR
PISMP Pe
i
i
J
m
i 5
Gelanggang
Binaan Tin
PasukanMenyerang
Garisan Balingan
Pasukan Bertahan
Gambar rajah gelanggang dan kedudukan
pemain pada permulaan permainan Tuju Tin
Petunjuk
-
8/6/2019 Kerja Kursus Pendek - Murid & Alam Belajar 2011
6/22
-
8/6/2019 Kerja Kursus Pendek - Murid & Alam Belajar 2011
7/22
Kerja Kursus Pendek - 2011 MURID & ALAM BELAJAR
PISMP Pendidikan Jasmani 7
PENGAPLIKASIAN ODEL
PE PROSESAN AKLU A DAN
ODEL SOSIAL DALA
PER AINAN ENGIKU KOGNI IF,
PSIKO O OR DAN AFEK IF
DO AIN KOGNI IF
Domain kognitif merupakan satu domain yang mengambil kira aspek berfikir
di mana tahap seseorang murid menggunakan akal fikiran mereka dalam
menyelesaikan masalah bergantung kepada tahap IQ masing -masing. Menurut
-
8/6/2019 Kerja Kursus Pendek - Murid & Alam Belajar 2011
8/22
Kerja Kursus Pendek - 2011 MURID & ALAM BELAJAR
PISMP Pendidikan Jasmani 8
Kamus Dewan edisi ke-4, kognitif bermaksud segala perkara yang berkaitan dengan
kognisi seperti proses pembelajaran, pemahaman, dan pemerolehan pengetahuan
secara taakulan atau pemikiran melalui deria..
Berpandukan permainan tradisonal yang telah dipilih iaitu Tuju Tin, ia sangat
popular dikalangan kanak-kanak kerana permainan ini melibatkan penglibatan yang
ramai daripada kanak-kanak dalam satu masa. Ini menjadikan permainan ini lebih
seronok dan meriah. Permainan ini nampak ringkas namun apabila dikaji lebih
mendalam ia dirangkumi oleh aspek-aspek penting untuk perkembangan kanak -
kanak termasuklah perkembangan kognitif. Selain daripada menggunakan fizikal
untuk berlari dan melompat, permainan ini sebenarnya menggunakan fikiran untuk
merancang strategi dan sebagainya dalam mencapai sasaran yang ditetapkan.
Model pengajaran yang disuaikan dalam permainan ini adalah Model
Pemprosesan Maklumat dan Model Sosial.. Model sosial merupakan model yang
meransang kanak-kanak secara social dan intelek manakala Model Pemprosesan
Maklumat merupakan model yang berkehendakkan murid menganalisis maklumat
diperolehi untuk mendapat keputusan. Hasil gabungan antara 2 model ini
memberikan kesan yang positif dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah
Kognitif merupakan satu kemahiran yang perlu diasah selalu untuk
memastikan ianya sentiasa tajam. Seorang yang bijak pandai merupakan seorang
yang sentiasa berfikir. Permainan ini menuntut kanak-kanak itu merancang strategi
bagi memastikan mereka mencapai objektif pasukan masing-masng iaitu
mendirikanatau menghalang tin-tin daripada dibina sama ada mereka bergerak
secara individu mahupun dalam pasukan. Setelah itu, mereka akan cuba
-
8/6/2019 Kerja Kursus Pendek - Murid & Alam Belajar 2011
9/22
Kerja Kursus Pendek - 2011 MURID & ALAM BELAJAR
PISMP Pendidikan Jasmani 9
menggunakan strategi yang dirancang ini kemudian melihat hasilnya sama ada
positif atau negatif dan sekiranya tidak berjaya mereka akan menganalisis strategi
terdahulu untuk mencipta strategi yang baru. Ini akan menjadikan otak mereka
sentiasa berfikir dan berfikir dan lama kelamaan mereka akan menjadi lebih cekap
dalam membuat hipotesis dan menilainya.
Selain itu, mereka berpeluang melatih minda untuk membuat keputusan
dengan cepat dengan pergerakan anggota badan bagi memastikan mereka tidak
terkena bola dan dapat melepasi pertahanan untuk mendirikan tin -tin
tersebut.Kemahiran ini sangat penting ketika mereka menhadapi saat-saat genting
pada kehidupan sebenar yang memerlukan mereka membuat keputusan dalam
hanya beberapa saat seperti mengelak daripada dilanggar dan sebagainya.
Kesimpulannya, permainan Tuju Tin menjadi lebih bermutu di mana terdapat
pergerakan menarik untuk bertahan dan menyerang dengan menggunakan strategi -
strategi yang dirancang sama ada secara individu arau berkumpulan. Ini dapat
meningkatkan tahap pemikiran mereka dengan perkongsian pandapat dan
kemahiran untuk mengaplikasikan dalam permainan dan kehidupan sebenar.
DO AIN PSIKO O OR
Psikomotor merupakan satu domain yang melibatkan kebolehan individu
melakukan pergerakan sama ada secara lokomotor atau bukan lokomotor. Selain
-
8/6/2019 Kerja Kursus Pendek - Murid & Alam Belajar 2011
10/22
Kerja Kursus Pendek - 2011 MURID & ALAM BELAJAR
PISMP Pendidikan Jasmani 10
itu, ia juga melibatkan aspek-aspek lain seperti penggunaan motor halus dan juga
motor kasar untuk melakukan pergerakan yang lebih halus dan tepat.
Tidak dinafikan bahawa kesihatan dan kecedasan diri merupakan aset yang
paling penting dalam memastikan kehidupan seharian berjalan dengan lancar
dengan aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan. Tanpanya segala perkara yang ingin
dilakukan akan terbatas. Pemainan ini melatih kanak-kanak membina tahap
kecergasan diri yang optimum sambil melatih kemahiran motor kasar dan motor
halus kerana permainan ini melibatkan pergerakan-pergerakan seperti berlari dan
melompat terutamanya untuk menyerang dan bertahan. Setiap individu perlu
menguasai kemahiran-kemahiran ini untuk membentuk sebuah pasukan yang
mantap bagi mencapai kemenangan.Oleh itu, setiap ahli dalam kumpulan perlu
memastikan ahlinya menguasi kemahiran-kemahiran ini dengan baik dan dapat
diaplikasikan dalam permainan pada masa yang sesuai.
Komponen kecergasan yang paling penting dalam permainan ini adalah
koordinasi.Ini melibatkan pergerakan badan, tangan serta mata kerana permainan
ini melibatkan sasaran iaitu menjatuhkan tin menggunakan bola yang dibaling dalam
jarak tertentu. Kemahiran koordinasi ini terus diuji pada tahap yang lebih tinggi
apabila membaling kepada pemain yang bergerak dimana ia tiada sasaran yang
tetap. Di sini, pemain perlu membuat keputusan dengan cepat untuk menjangkakan
pergerakan yang akan dilakukan oleh pemain lawan supaya balingannya terkena
sasaran. Dalam situasi ini juga, rakan sepasukan memainkan peranan penting
dalam memberi bantuan dengan mengeluarkan arahan kepada rakan untuk baling
mengikut arah yang dikehendaki. Dengan ini, kejasama yang baik akan terhasil
daripada mereka apabila wujud komunikasi dan persefahaman. Dalam masa yang
-
8/6/2019 Kerja Kursus Pendek - Murid & Alam Belajar 2011
11/22
Kerja Kursus Pendek - 2011 MURID & ALAM BELAJAR
PISMP Pendidikan Jasmani 11
sama, pemain dapat menganalisis unutk membuat keputusan sama ada hendak
mendengar arahan atau mengikut jangkaannya sendiri.
Pergerakan asas sangat penting dalam memastikan kanak-kanak berjalan,
berlari dan melakukan pelbagai pergerakan dengan gaya yang betul. Di samping itu,
pembinaan kepantasan dan ketangkasan juga dapat dibina. Oleh itu, permainan ini
perlu di ajar di sekolah kerana ia merupakan sebuah permainan yang lengkap
dengan keperluan psikomotor kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak dapat
menguasai kemahiran ini berpeluang untuk membaikinya dengan bantuan kawan-
kawan mereka apabila permainan dijalankan. Tambahan pula, kanak -kanak lebih
cepat mendapat apa yang dipelajari melalui permainan. Secara tidak langsung,
penguasaan dalam kemahiran-kemahiran akan membantu mereka menjalani
kehidupan seharian apabila mereka mengadaptasi kemahiran ketika bermain dalam
kehidupan sebenar. Kepantasan dan ketangkasan mereka akan bertambah apabila
sentiasa digunakan kerana permainan ini memerlukan kepantasan dan ketangkasan
untuk menyerang dan bertahan.
Apa yang dapat disimpulkan ialah penguasaan kemahiran psikomotor dan
pemindahannya dalam kehidupan sebenar lebih cepat berlaku dengan pembelajaran
hasil gabungan kedua-dua model ini.
DO AIN AFEK IF
Afektif merupakan domain yang paling penting dalam kita menilai
keberkesanan dan impak sesuatu permainan tersebut sama ada ianya baik ataupun
-
8/6/2019 Kerja Kursus Pendek - Murid & Alam Belajar 2011
12/22
Kerja Kursus Pendek - 2011 MURID & ALAM BELAJAR
PISMP Pendidikan Jasmani 12
buruk. Dalam domain ini kita akan melihat dari sudut perkembangan sikap dan nilai
pelajar dimana ianya mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi minat, sikap,
penghargaan dan nilai. Bagi memudahkan segalanya tampak lebih jelas kita akan
melihat dengan lebih teperinci dari aspek penerimaan, gerak balas, penilaian,
organisasi dan perwatakan pelajar.
Permainan yang telah ditetapkan iaitu permainan tuju tin ini banyak
memberikan impak yang positif dalam pembentukan pelajar, apa yang telah
diperhatikan dari aspek penerimaan pelajar adalah dimana ianya melatih pelajar
dalam kesediaan untuk menerima sesuatu yang ingin disampaikan contohnya,
sebelum akitiviti ini berlangsung pelajar akan diberikan penerangan berkenaan
peraturan permainan walaupun pelajar telah pun sedar tahu akan permainan tesebut
namun mereka bersedia untuk menerimanya. Kemudian mereka akan mula
bertindak secara terhad. Contoh objektif dari aspek ini adalah pelajar dapat
membezakan aktivit luar bilik darjah daripada aktivit dalam bilik darjah. Apa yang
dapat dilihat dari aspek ini adalah bagaimana para pelajar menghormati serta
memahami apa yang ini disampaikan dan bersedia untuk menjadi pendengar yang
baik.
Dari aspek gerak balas pula dapat dilihat bagaimana pelajar bertindak balas
terhadap ransangan yang diterima. Tindak balas ini akan melahirkan rasa kepuasan
dalam diri pelajar dan pada peringkat awal, gerak b alas mungkin berlaku disebabkan
oleh arahan orang lain contohnya dalam permainan ini pelajar pada mulanya
bermain disebabkan oleh arahan guru atau orang dewasa namun selepas mereka
mempunayi motif tersendiri akan berlaku tindak balas sendiri contohnya mere ka
akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenanagan. Dari sini, dapat
diperhatikan akan timbul nilai-nilai positif dan ianya akan berkembang bergantung
-
8/6/2019 Kerja Kursus Pendek - Murid & Alam Belajar 2011
13/22
Kerja Kursus Pendek - 2011 MURID & ALAM BELAJAR
PISMP Pendidikan Jasmani 13
kepada situasi keadaan contohnya semangat bekerjasama, jujur dan sebagainya.
Guru pada situasi begini haruslah memainkan peranan dalam meningkatkan lagi
perkembangan positif dalam sikap dan nilai pelajar kearah yang lebih positif dan ini
akan diaplikasikan oleh pelajar secara tidak langsung apabila bermain tanpa
pengawasan guru atau orang dewasa, contohnya bermain dikampung bersama
rakan-rakan sebaya untuk mengisi masa lapang pada waktu petang.
Seterusnya adalah dapat dilihat nilai -nilai positif yang berkembang semasa
permainan ini berlangsung dan bagaimana para pelajar memahami nilai sesuatu
perbuatan yang dilakukannya kepada individu mereka sendiri dan juga masyarakat
sekeliling. Antara nilai yang dapat diperhatikan adalah semangat berpasukan,
kejujuran, menghormati antara satu sama lain, dimana nilai ini harus pelajar faham
akan ianya merupakan satu bentuk motivasi luaran yang akan menjadi landasan
kepada setiap perlakuan yang dilakukan contohnya seperti nilai semangat
berpasukan atau kerjasama jika ianya dapat diaplikasikan dengan baik oleh pelajar
dalam permainan ini, nescaya mereka akan memperolehi kemenangan dan dapat
mengatasi pihak lawan dengan mudah.
Akhir sekali adalah bagaimana perwatakan para pelajar semasa permainan
ini berjalan dan bagaimana permainan ini dapat mendidik pemainnya dalam
membentuk perwatakan untuk mematuhi sesuatu system nilai dan sanggup
mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Contoh yang paling jelas adalah dimana
pelajar perlu untuk berlaku jujur sekiranya mereka telah mati atau terkena bola dari
pihak lawan, ini secara tidak langsung mendidik pemain dalam situasi untuk mereka
jujur pada diri sendiri terlebih dahulu sebelum jujur kepada rakan dan seterusnya
masyarakat. Kejujuran merupakan salah satu aspek penting yang perlu ada dalam
diri setiap individu yang baik dan jika ianya hilang atau tidak wujud dalam individu itu
-
8/6/2019 Kerja Kursus Pendek - Murid & Alam Belajar 2011
14/22
Kerja Kursus Pendek - 2011 MURID & ALAM BELAJAR
PISMP Pendidikan Jasmani 14
sendiri mahupun dalam kelompok masyarakat pasti akan berlaku kepincangan
dalam kehidupan berorganisasi tersebut dan ianya boleh memberikan impak yang
negative kepada negara.
Kesimpulannya, dalam membina sebuah bangunan mahupun menara yang
kukuh yang paling penting adalah asasnya dimana ianya perlu diadun dengan
sempurna dana melibatkan dari pelbagai aspek, samalah juga dalam pembentukan
sikap dan penyerapan nilai dalam diri manusia. Semua manusia berhak untuk
menjadi baik dan tidak semua kaedah pengajaran itu menjamin sesoarang itu
menjadi baik dan sukan juga merupakan satu kaedah yang baik dalam membentuk
sahsiah dan sikap pelajar kerana ianya dapat menimbulkan kesedaran secara tidak
langsung dan ianya juga bertepatan dengan model sosial dan pemprosesan
maklumat.
-
8/6/2019 Kerja Kursus Pendek - Murid & Alam Belajar 2011
15/22
Kerja Kursus Pendek - 2011 MURID & ALAM BELAJAR
PISMP Pendidikan Jasmani 15
I PLIKASI ODEL PENGAJARAN
PE PROSESAN AKLU A
KEPADA GURU
Setiap teori mahupun model pengajaran mempunyai implikasinya yang
tersendiri terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Begitu
-
8/6/2019 Kerja Kursus Pendek - Murid & Alam Belajar 2011
16/22
Kerja Kursus Pendek - 2011 MURID & ALAM BELAJAR
PISMP Pendidikan Jasmani 16
juga dengan model pengajaran pemprosesan maklumat Gagne ini. Implikasi
tersebut melibatkan kepada guru dan juga murid selain kepada proses pengajaran
dan pembelajaran itu sendiri.
Implikasi kepada guru dalam model pemprosesan maklumat ini adalah guru
menggunakan benda maujud mahupun konkrit dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka untuk mengaitkan dengan pemahaman murid. Maksudnya
kefahaman kepada murid adalah lebih tinggi dengan menggunakan benda -benda
maujud dan juga konkrit. Sebagai contohnya dalam permainan yang telah kami pilih
ini, pengenalan kepada permainan ini adalah penting dengan menunjukkan bahan
yang diperlukan untuk permainan tradisional ini. Dalam permainan ini, peralatan
diperlukan ialah 12 biji tin kosong bersaiz tin susu pekat dan bola sebesar
genggaman tangan seperti bola tennis.
Seterusnya guru perlu mengajar sesuatu kemahiran mengikut urutan. Hal ini kerana
dengan mengajar sesuatu kemahiran mengikut urutan bagi memudahkan murid
untuk menguasai kemahiran tersebut. Sebagai contohnya dalam kemahiran
membaling bola kearah tin tersebut, guru akan mengajar cara membaling secara
lisan terlebih dahulu kerana kemahiran ini merupakan kemahiran yang lebih rendah.
Implikasi lain ialah melalui model ini guru dapat membimbing murid mengenal pasti
ciri-ciri khusus untuk membina konsep dan hukum serta peraturan. Hal ini kerana
apabila murid telah dibimbing oleh guru untuk mengenal pasti ciri khusus maka
murid akan dapat menguasai dan faham cara untuk permainan tradisional ini.
Sebagai contohnya, guru memberikan beberapa ciri khusus seperti menunjukkan
cara permainan seperti permainan boling, bola lisut kepada murid kemudian murid
-
8/6/2019 Kerja Kursus Pendek - Murid & Alam Belajar 2011
17/22
Kerja Kursus Pendek - 2011 MURID & ALAM BELAJAR
PISMP Pendidikan Jasmani 17
akan dapat mengetahui konsep bahawa ciri -ciri permainan tradisional ini adalah
sama seperti permainan yang diberi contoh iaitu bola lisut dan juga boling.
KEPADA URID
-
8/6/2019 Kerja Kursus Pendek - Murid & Alam Belajar 2011
18/22
Kerja Kursus Pendek - 2011 MURID & ALAM BELAJAR
PISMP Pendidikan Jasmani 18
Model pengajaran pemprosesan maklumat ini mempunyai implikasinya yang
tersendiri kepada murid-murid.Implikasi pertama, di dalam modelekspositori, murid
akan akan menerima isi pelajaran daripada guru. Murid tidak digalakkan memikirkan
atau menyoal tentang apa yang dipelajari. Mereka hanya mempelajari apa yang
patut dipelajari sahaja. Model ini menggunakan pendekatan yang berpusatkan guru
di mana guru yang akan menyampaikan sesuatu isi pelajaran tanpa dipersoalkan
oleh murid.
Dalam model pengajaran inkuiri pula, murid melibatkan diri dalam menguji
konsep dan hipotesis. Murid akan mengambil bahagian yang akt if dalam
pembelajaran, menganalisis data, menyemak hipotesis dan membuat refleksi
terhadap pembentukan ilmu yang timbul. Murid akan lebih mudah memahami
sesuatu konsep melalui model ini kerana murid sendiri yang membuat pengujian
untuk memahaminya.
Ini dapat dilihat bahawa proses hands on akan memberi kesan yang lebih
mendalam kepada murid. Selain mengukuhkan lagi ingatan murid terhadap sesuatu
konsep atau tajuk.Hal ini kerana manusia lebih mudah memahami dan mengingati
perkara yang mereka sendiri lakukan secara amali berbanding lisan.
-
8/6/2019 Kerja Kursus Pendek - Murid & Alam Belajar 2011
19/22
Kerja Kursus Pendek - 2011 MURID & ALAM BELAJAR
PISMP Pendidikan Jasmani 19
I PLIKASI ODEL SOSIAL
-
8/6/2019 Kerja Kursus Pendek - Murid & Alam Belajar 2011
20/22
Kerja Kursus Pendek - 2011 MURID & ALAM BELAJAR
PISMP Pendidikan Jasmani 20
KEPADA GURU
Bagi model sosial mempunyai implikasinya yang tersendiri terhadap guru
mahupun murid. Implikasi pertama ialah, penyampaian guru hendaklah cekap dan
menarik agar menjadi contoh yang baik kepada murid. Penyampaian yang cekap
akan mudah difahami oleh pelajar dan akan menggalakkan pelajar tersebut tertarik
untuk bermain permainan tradisional ini. Sebagai contohnya, rol model yang cekap
seperti balingan yang kuat dan tepat te rhadap tin tersebut akan menyuntik semangat
pelajar untuk bermain permainan ini.
Implikasi seterusnya ialah demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru mestilah
jelas serta menarik agar pelajar boleh menirunya dengan mudah dan tepat dengan
peraturan permainan ini. Sebagai contohnya, demonstrasi yang ditunjukkan oleh
guru seperti teknik balingan, teknik hayunan tangan dan koordinasi mata dan
tangan adalah penting kerana dengan penumpuan yang fokus akan menjadikan
balingan kearah tin tersebut tepat dan padu denga n mendapat markah yang tinggi.
Selain itu juga, guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang menjadi rol
model untuk membuat demonstrasi. Guru juga boleh mengajar nilai murni dan watak
bersejarah dengan menggunakan teknik main peranan atau simulasi.
Selain daripada itu, sebagai guru, persekitaran sosial yangg kondusif perlu
disediakan agar tingkahlaku yang baik dapat diterapkan dalam kalangan murid -
murid. Daripada pemerhatian dan peniruan ini, murid -murid dapat mempelajari
sesuatu dengan mudah dan ringkas.
-
8/6/2019 Kerja Kursus Pendek - Murid & Alam Belajar 2011
21/22
Kerja Kursus Pendek - 2011 MURID & ALAM BELAJAR
PISMP Pendidikan Jasmani 21
KEPADA URID
Terdapat pelbagai implikasi model sosial yang dapat kita perolehi di dalam
dunia pendidikan.Di antaranya ialah memberi peluang kepada murid untuk
memerhati dan mencontohi pelbagai tingkah laku yang diingini. Oleh itu,guru
hendaklah menunjukkan tingkah laku yang positif kepada murid -murid. Melalui
contohnya yang positif ini, murid-murid pasti akan mengikut apa yang mereka
rasakan boleh membawa kebaikan kepada mereka. Bukan itu sahaja, bahkan
pengaruh rakan sebaya juga mungkin akan menyebabkan murid-murid akan
mencontohi tingkah laku yang diingini. Sebagai contohnya sekiranya rakan mereka
mereka menunjukkan tingkah laku yang positif, mereka akan mencontohi tingkah
laku itu dan sebaliknya. Namun begitu sudah menjadi lumrah ala m manusia ini
seringkali mencontohi perkara yang negatif sahaja.Jadi, sudah menjadi
tanggungjawab guru untuk memerhati murid agar mereka mengikut landasan yang
benar.
Selain daripada itu, murid-murid dapat belajar dengan lebih mendalam melalui
kerja kumpulan yang bersifat koperatif ini.Murid-murid dapat belajar bersama-sama
untuk menguasai maklumat, idea dan kemahiran yang penting di samping
memikirkan cara-cara penyelesaian masalah yang timbul. Seperti yang kita ketahui,
teknik perbincangan merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan
kawalan seorang guru. Murid-murid dapat berbincang di antara satu sama lain bagi
menjana idea untuk lebih memantapkan lagi perbincangan mereka. Sekiranya
terdapat percanggahan idea atau maklumat yang tidak dikenalpasti mereka boleh
merujuk kepada guru mereka bagi memastikan ketepatan sesuatu maklumat.Ini
secara tidak langsung dapat meningkatkan amalan pembelajaran koperatif mereka.
-
8/6/2019 Kerja Kursus Pendek - Murid & Alam Belajar 2011
22/22
Kerja Kursus Pendek - 2011 MURID & ALAM BELAJAR
PISMP P didik J i 22
Disamping itu juga, murid-murid akan bersaing antara satu sama lain dalam
suasana yang kondusif dan dalam pada masa yang sama, setiap ahli mempunyai
peluang yang sama untuk memperoleh pencapaian cemerlang. Sekiranya wujud
semangat persaingan di antara murid-murid mereka akan lebih berusaha dengan
gigih untuk membuktikan kebolehan masing-masing tanpa menimbulkan perasaan
hasad dengki masing-masing. Setiap murid-murid akan berjaya memperolehi
kecemerlangan dalam erti kata lain berjaya menjadi insan yang berguna.
top related