kepelbagaian makna
Post on 02-Feb-2016
218 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
[ ] HBML3303
SOALAN TUGASAN
Kepelbagaian makna merupakan satu aspek penting dalam kajian semantik leksikal.
Sediakan sebuah laporan yang membincangkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan
berlakunya kepelbagaian makna dalam bahasa Melayu. Bincangkan juga kesan
kepelbagaian makna terhadap pengguna bahasa.
Laporan anda perlulah disertai dengan contoh-contoh yang relevan dan disokong dengan
fakta dan rujukan daripada sumber-sumber yang berkaitan.
[ ] HBML3303
1.0 PENGENALAN
Semantik merupakan satu bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Bidang
ini penting diketahui oleh para pengguna dalam penulisan bahasa melayu kerana tafsiran makna
bergantung kepada cara penggunaan perkataan tersebut. Selain itu, semantik merupakan bidang
pengkajian linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1984). Menurut
kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna
sesuatu kata. Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu
perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang
menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap
masyarakat.
Perkataan semantik berasal daripada bahasa Yunani “sema” yang bererti tanda atau
lambang. Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang kajian yang mengkaji makna atau erti
dalam bahasa. Selain istilah semantik, sejarah ilmu linguistik terdapat beberapa istilah lain yang
digunakan seperti semiotik, semiologi dan semasiologi. Namun Istilah semantik lebih digunakan
kerana istilah ini hanyalah makna atau erti yang berkenaan dengan bahasa sebagai alat
komunikasi verbal. Mengikut Ferdinand de Saussure, setiap tanda linguistik terdiri daripada dua
unsur iaitu yang diertikan (Inggeris “signified”) dan yang mengertikan (signifier), yang diertikan
sebenarnya ialah konsep atau makna sesuatu tanda atau lambang, sementara yang mengertikan
ialah bunyi-bunyi bahasa yang terbentuk daripada fonem-fonem bahasa berkenaan. Bahasa
sebagai lambang perlembagaan yang canggih, kompleks dan anjal.
Tiap-tiap perkataan mempunyai banyak makna. Perkataan “meja” umpamanya merujuk
kepada bermacam-macam-macam rupa dan bentuk meja yang dipanggil meja. Ada meja kecil.
meja besar, meja kaki empat, meja kaki satu, meja panjang, meja bulat, meja kayu, meja kaca,
meja plastik dan bermacam-macam-macam jenis meja. Dengan erti kata lain, perkataan meja
tidak merujuk satu benda yang dipanggil meja, sebaliknya ia merujuk kepada satu konsep, iaitu
perabot yang mempunyai permukaan rata, berkaki dan biasanya digunakan sebagai tempat
meletakkan hidangan, sebagai tempat menulis atau peralatan mesyuarat. Sesuatu perkataan
merujuk kepada ribuan, malah jutaan benda menepati konsep itu.
[ ] HBML3303
Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali
sebagai bidang semantik. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam
bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian
manusia. Definisi daripada segi istilah pula, semantik berasal dari perkataan Yunani
‘semantickos’ yang bermaksud penting atau bererti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh
tokoh bahasa, semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M.
Verhar, 1996). Selain itu, semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek
penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer,1994).
Menurut Kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan
penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau
perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau
tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh
makna terhadap masyarakat. Istilah ‘semantik’ berasal dari perkataan Yunani ‘semantickos’ yang
bermaksud ‘penting; bererti’.
1.1 Definisi konsep kepelbagaian makna
Makna merupakan satu unsur dinamik bahasa yang sentiasa dianalisis dan didekati dengan
menggunakan berbagai pendekatan untuk mengkajinya. Bidang makna atau semantik, yang
menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik yang amat penting memandangkan hal kajian
bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Antara aspek kajian mengenai makna
ialah makna dan konteks. Setiap bahasa merupakan satu sistem yang digunakan untuk
menyampaikan makna melalui bunyi. Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan
dan ayat. Kajian makna dikenali sebagai bidang semantik, iaitu bidang yang telah begitu lama
diabaikan oleh linguistik kerana persoalan makna banyak mendatangkan masalah jika
tingkahlaku bahasa itu ditinjau dari sudut itu. Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal
atau secara terasing daripada konteks atau teks. Konteks menurut kamus komputer memberikan
dua huraian berikut iaitu, bidang atau ruang pengaruh bagi maklumat yang ditunjukkan oleh
[ ] HBML3303
makna ayat atau perkataan dalam maklumat tersebut serta status dan sifat unsur yang berlainan
mengikut keadaan dan tempat penggunaan unsur tersebut.
Dalam kata lain, makna konteks pula ialah apakah makna yang boleh kita dapati daripada
pembinaan ayat secara keseluruhannya. Sebagai contoh perkataan baru atau baharu digunakan
dalam konteks berikut. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat. Ahli
falsafah dan ahli bahasa lebih menitik beratkan tentang hubungan makna-makna perkataan.
Persoalan ini nempaknya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan rujukan. Makna juga
sebahagian besarnya atau keseluruhannya adalah berkenaan hubungan antara bahasa dengan
dunia bahasa. Dunia bahasa ini bermaksud konteks yang melayari satu-satu unsur linguistik itu
dituturkan.
Dalam konteks ‘baju baru/baharu’ atau ‘tahun baru atau baharu’, perkataan baru atau
baharu (padanan bahasa Inggeris 'new') digunakan dan perkataan ini merupakan kata sifat.
Dalam konteks ‘baru tiba’ atau ‘baru-baru ini’, perkataan baru (padanan bahasa Inggeris ' just')
digunakan dan perkataan ini merupakan kata bantu. R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa
kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Sementara itu,
Firth (1944) menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata
‘makna’ memberi erti ‘maksud’ atau ‘erti’. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi
bermacam-macam pergertian lagi. Misalnya, Ogden dan Richard dalam buku The Meaning of
Meaning (1956) pernah memberi enam belas pengertian dan erti bagi makna; antaranya makna
adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan, dan suata peristiwa yang diharapkan. Dengan
yang demikian, dapat kita andaikan bahawa betapa rumit sekali pengertian bagi kata ‘makna’.
Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah, makna leksikal,
makna gramatikal, makna kontekstual, makna asosiatif, makna konotatif, makna stilistik,makna
afektif, makna referensial, makna kolokatif, dan makna tematik. Jenis-jenis makna inidapat
memberikan gambaran yang tertentu sama ada maksud tersurat mahupun tersirat. Di sini akan
dibincangkan berkaitan dengan lima jenis makna yang utama sahaja iaitu makna leksikal, makna
gramatikal, makna kontektual, makna referensial dan makna asosiatif.
[ ] HBML3303
1.1.1 Makna Leksikal
Menurut Fatimah Djajasudarma (1993) dan Zainuddin (1992), makna leksikal (dalam bahasa
Inggeris disebut sebagai lexical meaning, semantic meaning, external meaning) adalah makna
unsur-unsur bahasa sebagai lambang benda, peristiwa dan lain-lain. Bagi Maslow (1987 :90) ,
beliau berpendapat makna leksikal ialah rujukan terhadap satu kandungan tertentu yang spesifik
bagi satu perkataan hanya sebagai perbezaan dengan semua perkataan lain. Selain itu, makna
leksikal juga membawa maksud makna yang bersifat leksikon, makna yang sesuai dengan
referennya, makna yang sesuai dengan pemerhatian alat indera atau makna yang nyata (Adrienne
Lehrer,1992). Menurut Abdul Chaer (1995) pula, leksikal merupakan bentuk adjektif yang
diturunkan dari bentuk nomina leksikon (vocabulary, kosa kata, perbendaharaan kata). Ini
bermaksud leksikal boleh didefinisikan sebagai makna yang bersifat leksikon,bersifat leksem dan
bersifat kata. Terdapat beberapa contoh yang boleh memberi pemahaman kepada kita berkaitan
dengan leksikal.
Berdasarkan ayat a dan b , kata tikus itu merujuk kepada binatang iaitu tikus. Berbeza dengan
ayat c. Dalam ayat ini tikus bukan merujuk kepada binatang tetapi merujuk kepada seorang
manusia yang perbuatannya memang mirip perbuatan tikus. Dalam contoh yang lain pula:
Contoh 1 :
a) Tikus itu mati diterkam kucing.
b) Padi kali ini gagal akibat serangan hama tikus.
c) Yang menjadi tikus digudang kami ternyata berkepala hitam.
Contoh 2 :
a) Kakak memetik sekuntum bunga .
b) Kita dapat memetik manfaat dari cerita itu.
[ ] HBML3303
1.1.2 Makna Gramatikal.
Makna gramatikal merupakan makna yang terhasil apabila terjadinya proses gramatikal yang
melalui proses pengimbuhan, pengulangan, dan pemajmukan. Ahmad Khair Mohd Nor
(2007:10) menjelaskan bahawa proses pengimbuhan merupakan salah satu cara mengembangkan
kata dasar. Sebagai contoh, kita boleh rujuk kata dasar seperti berat. Berdasarkan kata dasar berat
kita dapat memberi pelbagai imbuhan pada kata tersebut. Pelbagai imbuhan yang diberikan akan
menyebabkan makna kata juga berubah .
Menurut Ahmad Khair Mohd Nor lagi, imbuhan dalam bahasa Melayu terdiri daripada
empat jenis yang dikenali sebagai imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Bentuk imbuhan
ini pula terdiri daripada dua jenis iaitu imbuhan asli bahasa Melayu atau imbuhan yang dipinjam
daripada bahasa asing seperti Sanskrit, Arab-Parsi dan Yunani - Latin - Inggeris. Antara imbuhan
asli yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah –an, -kan, -i, pe-, men….kan dan sebagainya.
Imbuhan pinjaman terdiri daripada maha-, eka-, wan-, -man, bi-, wi-, -lah dan banyak lagi.
Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan
untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat
tersebut. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga
makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa
makna.Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memehami
makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau
Kata dasar berat dan batas yang telah diberi pengimbuhan:
a) Berberat, memberat, memberati, memberatkan, memperberat, terberat,
keberatan,berkeberatan dan pemberatan.
b) Berbatas, berbataskan, membatas, membatasi, batasan , pembatasan, terbatas,
keterbatasan dan pembatas.
[ ] HBML3303
menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan makna
konotatif dan makna denotatif.
1.1.3 Sinonim
Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang sama
atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti , misalnya
perkataan ‘kereta’ dan ‘motokar’, ‘sejuk’ dan ‘dingin’, ‘suka’ dan ‘gemar’, ‘ganggu’ dan
‘kacau’, ‘lupus’ dan ‘luput’, ‘loncat’ dan ‘lompat’ dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu,
terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu. Dalam
kehidupan kita seharian kita biasa bersua dengan penggunaan sinonim di sekeliling kita. Sebagai
contoh, di kawasan zoo kita akan melihat papan tanda yang tertulis ‘Tolong jangan usik, kacau
atau ganggu binatang-binatang di kawasan ini’. Di perpustakaan pula, terdapat kata-kata yang
Sinonim
Antonim
Homonim
Polisemi
Hiponim
Homofon
Kepelbagaian makna
[ ] HBML3303
berbunyi ‘Dilarang membuat bising, bercakap dan berbual-bual’. Perkataan-perkataan tersebut
mempunyai makna yang hampir sama. Walau bagaimanapun tidak terdapat perkataan yang
bersinonim atau mempunyai makna yang benar-benar sama secara tepat. Dalam semantik, ada
beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi.
1.1.4 Antonim
Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak
sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk
lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin
lawannya kaya dan sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai
pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi ‘tidak’ kadang
kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan ‘lena’
lawannya ‘tidak lena’ ataupun ‘mati’ bermaksud ‘tidak hidup’.
Terdapat beberapa jenis antonim seperti:
(a) Antonim pasangan komplemen
(b) Antonim hubungan darjah
(c) Antonim hubungan bertentangan
1.1.5 Hiponim
Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh,
melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara umumnya,
hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang
lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau
anggotanya terdiri daripada kata yang khusus.
[ ] HBML3303
1.1.6 Homonim
Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang
mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Perkataan yang
mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang disebutka tadi dikatakan
mempunyai hubungan homonim. Sebagai contoh, perkataan ‘kepala’ yang membawa maksud
‘ketua’ tidak sama maknanya dengan ‘kepada kereta api. ‘kepada manusia’ dan ‘kepala surat’.
Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak
berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk
ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna.
1.1.7 Polisem
Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara
konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang
mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama. Sebagai contoh, kata
bantu ‘tentang’ boleh bermaksud berkaitran sesuatu perkara. Ada masanya perkataan ‘tentang’
boleh membawa maksud ‘lawan’, seperti dalam ayat “Kita tentang habis-habisan”. Contoh lain
ialah perkataan ‘bisa’ yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di
Indonesia, secara normalnya ‘bisa’ digunakan untuk menggantikan perkataan ‘boleh’.
Berdasarkan contoh-contoh tersebut, ‘tentang’ dan ‘bisa’ bervariasi maknanya, tetapi kewujudan
polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan.
2.0 FAKTOR-FAKTOR WUJUDNYA KEPELBAGAIAN MAKNA
Kepelbagaian makna terjadi kerana kekerapan dalam perubahan makna dalam perkataan.
Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana
bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai
fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta faktor-faktor social seperti
[ ] HBML3303
tabu, kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu baharu seperti sains dan teknologi,
maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna. Menurut Ullmann (1957), menyenaraikan
enam sebab perubahan makna; antaranya termasuklah sebab-sebab linguistik (bahasa), sejarah,
social, psikologi, pengaruh luar, dan keperluan untuk kata baharu. Sementara itu, Bloomfield
(1992) pula menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurut
beliau, perubahan makna dalam bahasa berlaku akibat daripada perluasan makna, penyempitan
makna, metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi. Menurut
Stren (1965) perubahan makna bagi suatu kata ialah “ apabila sesuatu kata digunakan untuk
menyatakan sesuatu makna yang belum pernah dinyatakan lagi”.
2.1 Perkembangan Bahasa.
Kepelbagaian makna berlaku kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat perkataan-
perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal
perkataan tersebut. Misalnya perkataan “belayar” pada suatu ketika dahulu digunakan untuk
perahu yang ada layar sahaja, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak
belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga. Demikian juga perkataan “ tangan”, pada asalnya
durujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makan itu telah berubah mancakupi makna
‘menguruskan’, ‘ mengendalikan’, dalam ayat seperti “ Kita perlu berhati-hati ketika menangani
kes ini”. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan
dalam bahasa.
Sebagai contoh, kita sering menemukan ayat atau ujaran Gejala penukaran kod amat
berleluasa di kalangan pengguna bahasa melayu”. Dalam contoh ini, perkataan ‘gejala’ bukan
dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan seperti ini
banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab-sebab perubahan bahasa itu sendiri. Selain daripada
itu perkataan “ hayat” dahulunya perkataan ini dimaksudkan dengan “hidup” tetapi sekarang ia
telah mengalami perubahan. Ini dapat dilihat dari contoh ujaran berikut, “ Ia menghayati
sepenuhnya kandungan syarahan itu”. Dalam ayat ini perkataan “ menghayati” bukanlah
membawa maksud “ menghidupkan” tetapi “ mengikuti dengan sepenuhnya”. Perkataan “hantu”
dalam contoh “ Kejadian itu menghantui fikirannya”, “hantu” itu bukan lagi merupakan makhluk
[ ] HBML3303
tetapi membawa makna “ mengganggu”. Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi
banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan “taman”,
dimana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada ‘ kebun bunga’, tetapi maknanya
telah berubah menjadi “ kawasan perumahan” , “ kawasan perindustrian”, dan “ kawasan alam
semula jadi” seperti Taman Negara Bako.
Demikian juga dengan perkataan “ datuk”, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk
kepada “bapa kepada ayah seseorang” malah sebagai gelaran kehormat oleh raja-raja bagi orang-
orang tertentu kerana jasa mereka. Perkataan “ sahaya” berasal dari bahasa Sanskrit dan
membawa maksud “abdi” dan “sahaya” itu dalam aspek penggunaan bahasa Melayu merujuk
kepada “ hamba” dengan cara yang halus. Tetapi kini, “saya” ( daripada “sahaya”) digunakan
sebagai kata ganti diri pertama. Demikianlan perubahan berlaku kerana proses perkembangan
bahasa itu sendiri dimana pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu mengikut peredaran
masa dan keadaan semasa yang memyebabkan terjadinya kepelbagaian makna.
2.2 Tanggapan penutur dan pengguna bahasa
Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa iru sendiri tanggapan penutur
juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan maksud sesuatu perkataan itu.
Umpamanya perkataan “ abang”, yang asalnya ialah panggilan kepada saudara lelai yang lebih
tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil orang lelaki yang lebih tua tanpa
mengira saudara atau tidak. Disamping itu ada juga sesetengah orang menggunakan perkataan
“abang” sebagai panggilan untuk suaminya.
Perkataan “saudara” pula pada asalnya dimaksudkan kepada “ saudara kandung” tetapi
makna perkataan saudara telah berubah kepada semua orang yang mempunyai “ pertalian darah
atau kekeluargaan”. Disamping itu ada juga pengguna atau penutur bahasa melayu cenderung
menggunakan perkataan “saudara” dengan tanggapan yang lebih luas misalnya “ saudara sesame
Islam”. Disini nyata, bahawa hubungan itu bukan lagi merupakan hubungan kerana pertalian
darah tetapi juga pertalian agama. Daripada dua contoh di atas, tanggapan penutur terhadap
sesauatu perkataan juga merupakan faktor kepada perubahan makna perkataan itu sendiri.
[ ] HBML3303
2.3 Perluasan Maksud
Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu makna memiliki
makna-makna yang lain. Perkataan “ saudara”, misalnya pada mulanya bermaksud orang yang
sama ayah dan ibu. Kemudian maknanya diperluaskan meliputi orang yang ada hubungan
kekeluargaan. Akhir sekali perkataan ini menjadi sebagai bentuk panggilan sebagai kata ganti
nama diri orang kedua, terutamanya kepada orang laki-laki. Selain itu, disebabkan kemajuan
sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh,
perkataan “taman”, dimana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada ‘ kebun
bunga’, tetapi maknanya sekarang telah diperluaskan untuk mencakupi makna tambahan seperti
“ kawasan perumahan” , “ kawasan perindusterian”, dan “ kawasan alam semula jadi” seperti
Taman Hidupan Liar.
Selain daripada dua perkataan di atas, perkataan “semangat” juga mengelami perubahan
kerana perluasan maksud. Pada asalnya makna perkataan “ semangat” ialah “jiwa” atau “roh”.
Tetapi perkataan ini kemudianya diperluaskan maksudnya menjadi “ perasaan” misalnya “
semangat kemerdekaan”, semangat petriotisme” dan juga kepada “ kemahuan atau keinginan
yang tinggi” seperti dalam contoh berikut, “Dia mempunyai semangat ingin berjaya dalam
hidup”.
2.4 Pembatasan atau penyempitan maksud
Makna sesuatu perkataan boleh juga dibataskan untuk tujuan-tujuan tertentu. Sebagai contoh
perkataan “ sarjana”, pada mulanya perkataan ini digunakan untuk merujuk orang yang pandai
atau bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah disempitkan atau
dibataskan untuk merujuk kepada “ orang yang telah lulus ijazah pertama, seperti “ Sarjana
Muda Sastera dan Sarjana Muda Ekonomi” atau selepas ijazah pertama, seperti “Sarjana Sastera
dan Sarjana Ekonomi”.
Perkataan “pendeta” asalnya membawa makna “orang yang berilmu”, seperti “Pendeta
Za’ba,” seorang tokoh bahasa. Maksud perkataan ini , mengikut Abdul Chaer (1995) telah di
[ ] HBML3303
sempitkan untuk mencakupi makna “ guru agama Kristian”. Selain itu dalam bahasa Melayu,
perkataan daging telah disempitkan makna untuk merujukkan kepada “ daging lembu” sahaja,
tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam atau daging arnab, sedangkan
makna perkataan itu dalam kamus ialah “ isi pada manusia atau binatang antara kulit dan tulang”
( Kamus Dewan, 1994).
Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada umumnya
adal untuk menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk bidang-bidang tertentu.
Contohnya perkataan “ sendi” yang asalnya bermaksud “ tempat ruas tulang berhubung”. Dalam
ilmu bahasa perkataan “ sendi” dijukan khusus kepada kata-kata yang berfungsi menghubungkan
di antara perkataan dengan perkataan atau antara ayat dengan ayat.
2.5 Simbolik dan stilistik
Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil karya
berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Contohnya perkataan “kumbang” dan “bunga” selalu
dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti “ kumbang = lelaki “ dan “ bunga =
perampuan”, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan.
Selain daripada itu warna juga dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud
contahnya, “merah” dimaksudkan dengan “ keberanian” , “hitam” dipadankan dengan “
kesedihan dan “ putih” adalah “ kesucian”.
Selain daripada itu unsur-unsur personafikasi juga menunjukkan perubahan makna yang
seperti ini. Sebagai contoh “ daun melambai” dan “dada langit” ianya tidak membawa maksud
yang daun boleh melakukan perbuatan “melambai” sebagaimana perlakuan manusia dan langit
mempunyai dada. “ Daun melambai” dan “ dada langit” sebenarnya hanyalah kiasan atau
perumpamaan kepada “ daun yang bergerak akibat tiupan angina” dan “ keluasan dan lapangnya
langit apabila dipandang dari bumi”. Contoh -contoh seperti ini menunjukkan keindahan bahasa
dan merupakan satu gaya penulisannya dapat menggambarkan sesauatu dengan indah dan
menarik ( Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1984).
[ ] HBML3303
Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam
mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah
kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta faktor-faktor
social seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu baharu seperti sains dan
teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna. Dalam sesuatu bahasa,
perubahan bukan hanya berlaku pada peringkat perbendaharaan kata, sistem pembentukan kata,
sebutan dan struktur ayat sahaja bahkan perubahan itu meliputi juga bidang makna. Oleh itu
daripada contoh – contoh yang diberikan di atas jelaslah bahawa beberapa perkataan mengalami
perubahan dari segi makna dan perubahan itu disebabkan oleh faktor -faktor yang telah
dibincangkan diatas.
3.0 KESAN KEPELBAGAIAN MAKNA
3.1 Kekeliruan oleh Pengguna Bahasa
3.2 Pengembangan Makna
Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan
penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor
Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa
pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh
penutur. Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya
‘berlayar’, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi
sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja
disebut ‘berlayar’ . Dahulu kata ‘bapa’ hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang
[ ] HBML3303
semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut ‘bapa’ sedangkan segala
orang yang dianggap sama darjatnya disebut ‘saudara’.
3.3 Penyempitan Makna
Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata
yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas, kemudian menjadi makna yang cukup
terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986) menyatakan bahawa
penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih
luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik. Sebagai contoh kata ’ahli’ membawa
makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu
golongan. Walau bagaimanapun kata ’ahli’ juga telah disempitkan kepada makna orang yang
mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang.
3.4 Kesan Kepelbagaian makna dari aspek Polisemi
3.4.1 Pergeseran Pemakaian
Polisemi sebagai ciri fundamental bahasa manusia muncul karena berbagai faktor. Faktor yang
pertama yaitu pergeseran pemakaian. Luasnya pemakaian bahasa menyebabkan yang digunakan
oleh manusia menyebabkan pergeseran makna. Pergeseran itu jika belum begitu jauh
memungkinkan untuk diruntut makna primer dengan makna yang baru. Namun jika sebaliknya
jarak pergeseran yang jauh akan menyulitkan penyebab pergeserannya. Menurut Ullman dalam
Sumarsono (2007:45) kemungkinan jika itu terjadi—pergeseran yang sulit diruntut penyebab
pergeserannya—akan menjadi pasangan yang berhomonim. Pergeseran penggunaan (aplikasi)
terutama tampak mencolok dalam penggunaan adjektiva karena adjektiva ini cenderung berubah
maknanya sesuai dengan nomina yang diterangkan. Dalam bahasa Indonesia dapat ditemukan
polisemi pada semua jenis kata. Pergeseran makna dalam penggunaan merupakan pelaku utama
[ ] HBML3303
di belakang banyaknya jumlah makna. Dengan penggunaan kias yang menjadi faktor utama
penyumbang yang penting.
3.4.2 Spesialisasi dalam Lingkungan Sosial
wilayah kehidupan atau wilayah sosial seringkali memiliki kata-kata yang maknanya khas yang
berbeda dengan makna sebenarnya. Penggunaan kata bisa berbeda jika kita berada pada suatu
wilayah atau lingkungan kita, misalnya saja jika kita berada pada lingkungan polisi.
Kata operasi bukanlah hal yang berhubungan dengan rumah sakit, ruangan untuk mengobati luka
yang sulit ditangani, melainkan makna kata operasi ini adalah pekerjaan yang berhubungan
dengan polisi. Bisa saja melakukan razia, operasi zebra, dan lain sebagainya tanpa ada penjelasan
lebih lanjut. Hal ini dikarenakan kebiasaan dan karena pengaruh lingkungan. Makna bisa
berubah maknanya dari makna yang biasa digunakan sehari-hari menjadi makna yang berupa
sandi-sandi yang hanya orang di wilayah dan lingkungan tertentu yang akan paham tanpa
penjelasan lebih lanjut dan rinci.
3.4.3 Bahasa Figuratif (kiasan)
Sejumlah kata tidak hanya memiliki makna literal, tetapi memungkinkan pula memiliki makna
kias atau figuratif yang pada akhirnya membentuk metafora-metafora. Metafora dan kias-kias
lain sebagai faktor penting dalam motivasi dan dalam overtone emotif. Menurut Verhaar dalam
Sumarsono (2007:48) menyatakan bahwa metafora terbentuk karena adanya penyimpangan
penerapan makna kepada sesuatu referen yang lain. Penyimpangan makna ini tidak bersifar
semena atau arbitrer, tetapi berdasarkan atas kesamaan tertentu. Seperti kesamaan sifat, bentuk,
fungsi, tempat atau kombinasi di antaranya. Sebuah kata dapat diberi dua atau lebih pengertian
yang bersifat kias tanpa menghilangkan makna orisinalnya. Makna yang baru dan lama akan
berdampingan selama tidak ada kekacauan makna.
[ ] HBML3303
3.4.4 Penafsiran Kembali Pasangan Berhomonim
Dalam pembicaraan tentang etimologi populer kita sudah menyinggung bagawa polisemi juga
bisa muncul melalui bentuk khusus etimologi populer itu. Jika terdapat dua kata yang memiliki
bunyi yang identik dan perbedaan maknanya tidak begitu besar, kita cenderung untuk
memandangnya sebagai dua kata dengan dua pengertian. Jenis polisemi ini memang sangat
jarang ada dan sebagian besar contoh yang ada agak meragukan. Hanya dengan perhitungan
statistik sajalah kita dapat menunjukkan apakah sebagian besar penutur benar-benar merasakan
semacam hubungan antara dua makna itu.
4.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah terdapat pelbagai jenis makna dalam kehidupan kita sehari-
hari. Makna sangat berperanan dalam komunikasi. Makna memiliki beberapa jenis yang utama
iaitu makna leksikal, gramatikal, dan kontekstual, makna referensial dan non-referensial,makna
denotatif dan makna konotatif, makna konseptual dan makna asosiatif, makna kata dan makna
istilah,makna idiom dan peribahasa,makna emotif, makna kognitif, makna piktorial dan akhir
sekali makna inti. Dengan mengetahui jenis-jenis makna ini, seseorang pengguna bahasa akan
terdedah dengan makna-makna tersebut dan seterusnya dapat menggunakan jenis makna ini dan
disesuaikan dengan konteks penggunaannya. Polisemi dan homonimi masih membuat bingung
para ahli bahasa. Konflik antara makna-makna yang besesuaian dari sebuah kata itu berlangsung
terus sepanjang waktu dalam bahasa, meskipun kita tidak mungkin berbicara sebelumnya tentang
bagaimana konflik itu akan dipecahkan. Seperti halnya kalimat yang terdapat pada surat kabar
surya edisi 7 November, ‘United harus mewaspadai mesin gol SC Braga, Alan Silva, jika tak
inginmenelan malu. Kata ‘menelan’ dan ‘malu’ merupakan kata yang memiliki makna yang jelas
berbeda. Kata ‘menelan’ berarti ‘memasukkan (makanan) ke dalam pembuluh kerongkongan’.
Kata menelan merupakan kata kerja atau verba. Sedangkan kata ‘malu’ memiliki makna ‘merasa
sangat tidak enak hati (hina, rendah, dsb) karena berbuat sesuatu yang kurang baik (kurang
benar, berbeda dengan kebiasaan, mempunyai cacat atau kekurangan, dsb)’. Kata ‘malu’ tidak
ada hubungannya dengan sesuatu yang dapat dimakan. Sehingga kata ‘menelan’ merupakan
[ ] HBML3303
polisemi karena memiliki makna baru yang menyimpang dari makna primernya. Yakni, kata
‘menelan’ pada kalimat di atas memiliki makna ‘merasakan’.
top related