kematian & keinsafan

Post on 28-Nov-2015

54 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KEMATIAN & KEINSAFAN

OLEH :

USTAZ KHAIRUL ANUAR BIN ARSHAD

Apakah mati?Mengikut Kamus Dewan :

mati I 1. tidak bernyawa lagi, tidak hidup lagi: biar kita ~ tidak bernisan jangan kita hidup tidak bersopan; timbunan kayu ~ ; 2. tidak pernah hidup (barang-barang spt batu dll), tidak bernyawa; 3. ki tidak terus atau tembus (jalan, lubang, dll), tidak dapat diubah lagi (harga, simpulan, dll), tidak mempunyai air lagi (perigi dll), tidak menyala lagi (api, lampu, dll), tidak bergerak atau berjalan lagi (mesin dll), tidak bergiat atau aktif lagi (pergerakan, pertubuhan, dll), tidak ramai lagi (bandar dll), tidak digunakan lagi (bahasa dll), tidak bertiup lagi (angin dll), tidak dapat berasa lagi (kulit )

Bentuk-bentuk kematian

• Mati Syahid Fisabilillah• Mati biasa• Mati kemalangan jalan

raya• Mati dalam air• Mati terbakar• Mati sakit terlalu lama• Mati sakit tua

• Mati lepas bersalin• Mati lepas pembedahan• Mati anak dalam

kandungan• Mati kanak-kanak belum

baligh• Mati anak selepas lahir• Anak mati belum cukup

bulan

Semua yang hidup pasti akan mati…

Tanggungjawab orang yang hidup:

• Memandikan

• Mengkafankan

• Sembahyangkan

• Mengkebumikan

كل نفس ذائقة الموت

Hadis Nabi SAW :

• Rasulullah SAW pernah ditanya perihal siapakah sebenarnya manusia yang dapat dikatakan cerdik? Kemudian Baginda SAW menjawab, “Orang-orang yang cerdik ialah yang terbanyak ingatannya terhadap kematian, terbaik persiapannya untuk menghadapinya. Merekalah orang-orang yang pergi (meninggal dunia) dengan membawa kemuliaan duniawi serta mendapat kenikmatan di akhirat.”

حديث رسول الله صلى عليه وسلم:

• “Barangsiapa yang mencintai hendak bertemu dengan Allah, maka Allah juga mencintai akan pertemuanNya dengan orang itu, sedang barangsiapa yang membenci bertemu dengan Allah, maka Allah juga tidak senang terhadap pertemuanNya dengan orang itu.”

Sambungan hadis….

• Saidatina Aisyah r.a. lalu berkata:”Ya Rasulullah, kita semua ini sudah tentu membenci akan kematian, bukan?”

• Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang mukmin itu, apabila didatangi oleh kematian, maka ia diberitahu perihal kerahmatan Allah (yang akan diperolehnya nanti sesudah mati), maka dari itu ia mencintai hendak bertemu dengan Allah dan Allah juga senang bertemu dengan orang mukmin itu.

Sambungan hadis…

• Tetapi orang kafir,apabila didatangi oleh kematian, iapun diberitahu perihal seksa Allah (yang akan ditetapkan terhadap dirinya), maka dari itu ia membenci adanya pertemuan dengan Allah.Allah juga tidak senang bertemu dengan orang kafir itu.”

حديث رسول الله صلى الله عليه : وسلم

• Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara iaitu :• Selagi kamu masih muda sebelum datang masa tuamu.• Selagi kamu masih sihat sebelum datang masa sakitmu.• Selagi kamu masih lapang (tidak banyak kerja) sebelum

datang masa kesibukanmu –dalam mengurus pekerjaan• Selagi kamu masih memiliki kekayaan sebelum datang

masa kefakiranmu• Selagi kamu masih hidup sebelum datang masa

kematianmu.

• Maksudnya : Apabila tiba ajal mereka, tidak akan dilewatkan walaupun satu saat dan tidak akan didahulukan iaitu dari tempoh ajal yang ditetapkan itu.

� اع�ة! و�َال وَن� س� �أِخ&ُر$ �سَت � ي $ُه$م َال ل َج�� &ذ�ا َج�آَء� َأ َف�ِإ

�قد&ُم$وَن� �سَت .ي

34سورة األعُراف :

Apa yang perlu dibuat apabila melihat kemalangan ngeri…?

-Bacalah �اَج&ُع$وَن �يه& ر� &ل ;ا ِإ & ن ;ا لله& و ِإ & ن ِإ-Berikut adalah syoran saya jika anda berhadapan dengan kes kemalangan maut yang berkaitan dengan kemalangan maut.

1. Jika mangsa masih bernyawa, sila dapatkan bantuan dari pegawai perubatan ataupun ahli pertolongan cemas.2. Jangan alihkan anggota badan mangsa kerana mungkin boleh memudaratkannya. Kecuali anggota badan mangsa perlu dialihkan untuk mengelakkan kecederaan bertambah teruk seperti hampir dengan mesin, punca api dan sebagainya.3. Jika anda was-was sama ada mangsa masih bernyawa atau tidak, periksa nadi mangsa. Jika anda tidak tahu atau tidak terlatih dalam hal ini, dapatkan bantuan.4. Jika mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian, tutup anggota badan mangsa melitupi kepala untuk mengelakkan trauma kepada orang lain.5. Biarkan kaki mangsa terdedah sedikit untuk menunjukkan ada mayat mangsa terbaring.

Apa yang perlu anda lakukan?6. Mayat seelok-eloknya ditutup dengan kain. Jika tiada kain, boleh menggunakan helaian suratkhabar.7. Tujuan mayat ditutup adalah untuk menutup aibnya.8. Rentangkan tali atau apa-apa barang untuk menandakan kawasan mayat.9. Jangan ubah kedudukan mayat untuk mengesahan lokasi akhir mayat oleh pihak-pihak berkaitan kecuali terpaksa.10. Ambil pengenalan diri mangsa. Biasanya merujuk kepada kad pengenalan atau mana-mana pengenalan diri dari dompet mangsa,10. Ambil gambar lokasi akhir mayat dan gambar-gambar sekelilingnya.11. Ambil nama-nama saksi, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi.12. Minta pegawai berkenaan untuk menghubungi pihak berkuasa.13. Pada masa yang sama minta pegawai yang terlatih untuk menghubungi waris mangsa.

Sedikit gambaran apabila dicabut nyawa seseorang

Kepedihan mautDari Hasan, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Ingatlah maut,kepedihan dan sakitnya.”Beliau bersabda: “Maut itu sama dengan tiga ratus pukulan pedang.” Pernah Rasulullah ditanya tentang maut dan kedahsyatannya.Baginda menjawab : “Sesungguhnya maut yang teringan bagaikan kawat jeruji menjerat kambing.Bila kambing lepas pasti ada bulu yang menyangkut padanya.”

Telah berkata Umar ra kepada Ka’ab al-Akhbar : “Wahai Ka’ab, ceritakan padaku tentang maut!” “Baik wahai Amirul Mukminin.”Kata Ka’ab : “Sesungguhnya maut itu bagai batang kayu penuh duri dimasukkan dalam perut seseorang. Setiap duri ada akarnya.Kemudian seorang lelaki yang amat kuat menariknya, maka terambillah apa yang diambil dan tertinggallah apa yang tinggal.”

Adab semasa menziarahi jenazah

• Hendaklah memakai pakaian bersopan• Tidak dibenarkan makan sebarang makanan

ketika mayat masih berada didalam rumah• Jangan bercerita hal-hal dunia• Jangan menuntut hutang atau menerima hutang• Jangan mencari-cari barang yang hilang• Hendaklah sama-sama memberi bantuan

kepada keluarga si mati• Hendaklah kita sama-sama berdoa untuk si mati

dan untuk warisnya

Azab kuburAbu Hurairah berkata: “Telah bersabda Rasulullah SAW :

“Dalam kuburnya orang mukmin itu seperti dalam taman Syurga yang rendang. Kuburnya dilapangkan sampai 70 Zira’ dan diterang bagai rembulan pada malam Lailatul Qadar. Tahukah engkau apa yang diturunkan ? Sesungguhnya baginya itu kehidupan yang sempit? Mereka berkata : “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Rasulullah SAW bersabda : “Seksa orang kafir dalam kuburnya. Ia dililiti 99 tanin.Tahukah engkau apa itu tanin? Iaitu 99 ular. Setiap ular ada 7 kepala yang menggigit, menyengat dan menyemburnya sampai hari kiamat.”

Menangis ketika ada kematian

• 1.Haram kalau meratap, memukul-mukul dada, menggaru-garu rambut, mengoyak-goyakkan baju dan menyebut-yebut si mati

• 2. Mendapat pahala sekiranya insaf.Bagaimana ketika berada didalam kubur dan bagaimana kalau mati dalam tidak beriman dan betapa dahsyatnya azab api neraka.Ianya menangis kerana takut hal-hal sedemikian

• 3.Harus menangis kalau ianya menangis kerana sedih semata-mata di atas perpisahan itu. Mengalirkan air mata tetapi tidak berbunyi.

top related