kajian tindakan-pembelajaran visual

Post on 13-Apr-2017

322 Views

Category:

Education

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

•AELMA HUSNA BINTI ABU BAKAR•D20101037516

Meningkatkan Pemahaman Pelajar terhadap Konsep Sains

dalam Tajuk Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup dengan

Persekitaran untuk Pelajar Tingkatan 2

melalui Pembelajaran secara Visual

ISU KAJIAN

Pelajar tidak dapat membezakan beberapa istilah dan definisi iaitu habitat, spesies, populasi, komuniti dan ekosistem.

Pelajar keliru tentang interaksi yang berlaku antara organisma hidup seperti mangsa-pemangsa, persaingan dan simbiosis

Pelajar tidak pasti cara untuk mengaitkan aliran tenaga dalam siratan makanan dan piramid nombor.

OBJEKTIF KAJIAN

Menggunakan kaedah pembelajaran visual untuk

meningkatkan pemahaman pelajar dalam topik Saling

Bersandaran Antara Organisma Hidup dengan

Persekitaran.

PERSOALAN KAJIAN Adakah dengan

menggunakan kaedah

pembelajaran visual

dapat meningkatkan

pemahaman pelajar?

SOROTAN LITERATUR

Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa gaya pembelajaran merupakan kaedah seseorang menumpu, memproses, menyerap dan mengingat maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar.

Menurut model gaya pembelajaran Silverman (1996) gaya pembelajaran boleh dibahagikan kepada empat kategori pelajar iaitu Aktif dan Reflektif, Konkrit dan Intuitif, Visual dan Verbal, serta Tersusun dan Global.

Menurut Rosniah Mustaffa ( 2007 ), pelajar visual, iaitu mereka yang gemar belajar dengan melihat maklumat baru yang dipelajari itu samada dalam bentuk gambar rajah atau grafik.

INSTRUMEN KAJIAN

•Ujian pra dan ujian pasca sebagai instrumen utama kajian.

1) ujian pra – 6 soalan berbentuk objektif

2) ujian pasca – 6 soalan berbentuk objektif

•Seramai 15 orang pelajar terlibat dalam kajian ini, terdiri daripada pelajar kelas 2 RKB.

Contoh

Soalan

Nota Ber-

gambar

LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

Langkah 1 Mengenal pasti kumpulan sasaran

Langkah 2 Kaedah pembelajaran konvensional

Langkah 3 Ujian pra

Langkah 4 Pengenalan dan pelaksanaan kaedah pembelajaran visual

Langkah 5 Ujian pasca

Langkah 6 Menganalisis data

GRED PEMARKAHAN

Julat Markah Gred Status Gred

76-100 A Cemerlang

51-75 B Kepujian

26-50 C Lulus

0-25 D Lemah

ANALISIS DATA- KEPUTUSAN Bil Pelajar Markah ujian pra (%) Markah ujian pasca (%) Peningkatan (%)1 A 17 100 83

2 B 17 100 83

3 C 33 100 67

4 D 33 100 67

5 E 33 100 67

6 F 33 100 67

7 G 33 100 67

8 H 50 100 50

9 I 50 100 50

10 J 50 100 50

11 K 50 100 50

12 L 50 100 50

13 M 50 100 50

14 N 50 100 50

15 O 67 100 33

NILAI MIN DAN SISIHAN PIAWAI KEPUTUSAN

Ujian Bil. Pelajar (orang)

Markah minimum

Markah maksimum

Min Sisihan piawai

Ujian pra 15 17% 67% 41.1% 13.93

Ujian pasca 15 100% 100% 100% 0

Perbezaan 83% 33% 58.9% 13.93

GRAF MARKAH

A B C D E F G H I J K L M N O0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Graf Markah Ujian Pra dan Pasca

ujian pra

ujian pasca

Pelajar

Mar

kah

GRED PELAJAR

Bil Pelajar Gred ujian pra Gred ujian pasca

1 A D A

2 B D A

3 C C A

4 D C A

5 E C A

6 F C A

7 G C A

8 H C A

9 I C A

10 J C A

11 K C A

12 L C A

13 M C A

14 N C A

15 O B A

PERBINCANGAN

•Pelajar A dan B mempunyai peningkatan yang paling tinggi iaitu sebanyak

83% selepas didedahkan dengan teknik pembelajaran visual nota

bergambar.

•Pelajar O mempunyai peningkatan yang paling rendah iaitu sebanyak 33%

selepas diberi rawatan.

•Sisihan piawai bagi ujian pra adalah 13.93 manakala sisihan piawai bagi

ujian pasca adalah 0.

•Semasa ujian pra, 2 pelajar mendapat gred D, 12 pelajar mendapat gred C dan hanya seorang pelajar mendapat gred B.

•Bagi ujian pasca, semua pelajar berjaya mendapat gred A.

•Semua pelajar mengalami peningkatan markah selepas menjalankan teknik pembelajaran visual nota bergambar.

CADANGAN DAN PENYELIDIKAN SETERUSNYA

•Memperbanyakkan soalan objektif dan menyediakan soalan struktur sebagai tambahan.

•Menukar soalan kepada soalan aras tinggi.

•Menambah instrumen kajian untuk mengkaji tahap minat pelajar terhadap subjek sains.

top related