kajian rohaya sept 2010
Post on 04-Jul-2015
525 Views
Preview:
TRANSCRIPT
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Anak merupakan aset yang paling bernilai kepada kedua ibu dan bapa. Oleh itu, setiap
pasangan yang berkahwin mempunyai keinginan untuk mendapatkan cahaya mata
sebagai penyeri dan pelengkap kebahagiaan dalam sesebuah rumahtangga yang dibina.
Selain daripada harta benda, anak-anak juga diibaratkan sebagai perhiasan kepada
kehidupan. Dalam hal ini al-Quran ada menyebut , dalam ayat : al-Kahfi ayat 46.
……………………
Maksudnya:“Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia ……………..
Selain daripada tugas ibu bapa, tidak dapat dinafikan peranan guru juga amat penting
dalam pendidikan anak-anak. Guru merupakan model pembelajaran kepada anak-anak.
Namun kewujudan mereka bukan sekadar penyeri dalam kehidupan ibu bapa, tetapi
mempunyai nilai yang mesti diambil perhatian. Tanggungjawab mendidik, memberi
kemudahan hidup adalah satu kewajipan yang mesti dilaksanakan bagi menjamin
kesempurnaan hidup seorang anak.
Selain bapa, hari ini ramai ibu yang keluar bekerja demi memberi keperluan yang terbaik
buat anak mereka. Dalam kesibukan mencari rezeki, ibu bapa tidak boleh membiarkan
pendidikan agama dan rohani anak mereka terabai. Ibu bapa perlu bijak memilih institusi
untuk menghantar anak-anak mereka. Pilihlah institusi yang menitik beratkan agama,
terutama solat kerana cara yang paling tepat mendidik anak mengenal Allah adalah
dengan melatih mereka mengerjakan solat
Pentingnya solat sebagai jalan untuk menjadikan manusia tunduk dan patuh kepada
Allah, maka Nabi Ibrahim memohon kepada Allah agar diri dan keturunannya dijadikan
sebagai orang yang tetap mendirikan solat. Firman Allah dalam surah Ibrahim : ayat 40
1
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
Maksudnya : “Wahai tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan (begitu juga)
anak cucuku, wahai tuhan kami, terimalah doaku.”
Dengan ini, sewajarnya ibu bapa menjadikan solat sebagai pilihan utama untuk mendidik
anak berakidah tauhid. Mereka mestilah terlebih dahulu mendirikan solat dan sentiasa
berbincang serta meneruskan kesinambungan pentarbiahan anak di rumah. Mereka tidak
seharusnya menyerahkan tugas ini seratus peratus kepada guru dan pengasuh sahaja.
1.2 Latar belakang Kajian
Pembangunan perindustrian pesat dalam era globalisasi yang berlaku dalam dunia hari ini
telah meningkatkan cabaran membentuk generasi akan datang khasnya bagi ibubapa dan
pendidik Muslim. Dalam menempuh alam cyber dan teknologi maklumat tidak dapat
dinafikan pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu dititikberatkan selari dengan
keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Ini kerana anak-anak merupakan aset
penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah agama. Mereka adalah
generasi pewaris yang bakal menjana wawasan dan mencorak masa depan sesebuah
negara pada alaf yang akan datang. Mereka bakal menjadi pemimpin ummah dan
mencorak keunggulan Islam sebagai agama sejagat
Tugas ibu bapa Muslim itu sebenarnya amat berat, kerana amanah Allah S.W.T itu,
janganlah hendak diabaikan. Pembabitan anak remaja dengan gejala sosial yang buruk di
luar rumah adalah bermula dari rumah tangga itu sendiri.
Ibu bapa yang tidak mampu memperlengkapkan diri dengan penghayatan nilai agama di
samping memahami konsep keibubapaan yang sebenar . Solat adalah amalan yang dapat
memberi pengaruh atau kesan positif dalam kehidupan umat Islam .
2
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Ankabut : ayat 45:
Maksudnya : “dan Dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-
perbuatan) keji dan mungkar. dan Sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar
(keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Ibu bapa yang tidak mampu memperlengkapkan diri dengan penghayatan nilai agama ar
adalah merupakan punca kegagalan membentuk generasi berilmu dan berakhlak mulia.
Kelebihan kita sebagai umat Islam ialah Allah telah menjanjikan ibdah solat sebagai
benteng atau perisai menangani masalah ini.
Solat adalah amalan yang dapat memberi pengaruh atau kesan positif dalam kehidupan
umat Islam, terutama dalam membentuk jiwa, diri, akhlak mulia, sifat amanah,perpaduan,
keberkatan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.
Solat adalah rukun kedua yang menjadi asas terbinanya Islam. Solat juga merupakan
tiang agama dan satu ibadat wajib ke atas setiap umat Islam yang akil baligh, firman
Allah S.W.T dalam surah al-Nisaa’: ayat 103
Maksudnya:”Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang
yang beriman”.
Berdasarkan ayat di atas, Allah S.W.T telah memberi jaminan bahawa solat yang
didirikan mampu mencegah umat Islam daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
1.3 Pernyataan Masalah
3
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
Solat yang sebenar (khusyuk) dapat mendidik manusia sentiasa mengingati Allah S.W.T
dan mematuhi perintah-Nya. Al-Quran telah menggariskan dasar-dasar pendidikan anak
dalam kepentingan pengamalan solat dalam kehidupan seharian.
Begitu juga dengan tokoh pendidik Islam yang terdapat di dalam al-Quran iaitu Luqman
Hakim. Salah satu wasiat kepada anaknya adalah mendirikan solat. Ini termaktub dalam
surah Luqman: ayat 17
Terjemahannya: “Hai anakku dirikanlah solat.”
Apabila membincangkan aspek solat, ramai dikalangan orang Islam yang tidak
memperdulikannya. Mereka seolah-olah menganggap solat itu tidak wujud dalam
kegiatan harian mereka. Ramai juga yang memahami bahawa solat itu wajib, tetapi tidak
mengambil berat untuk mendirikan ibadah tersebut. Apa yang lebih membimbangkan
tanggapan ini menjadi warisan kepada anak-anak dan terus menjadi orang yang jauh dari
Penciptanya.
Ada ibu bapa yang kurang menyedari bahawa solat merupakan tonggak utama mengisi
jiwa anak-anak dalam berakidah. Sebab itu, Rasulullah s.a.w memerintahkan ibu bapa
agar mendidik anak-anak mengerjakan solat ketika mereka berumur tujuh tahun. Sabda
Rasulullah yang bermaksud: “Suruhlah anak-anakmu bersembahyang di kala mereka berumur
tujuh tahun dan pukullah mereka (jika mereka belum lagi bersembahyang) dikala mereka berusia
sepuluh tahun dan (dikala itu) pisahkanlah mereka dari tempat tidur.”
Hadis tersebut yang di petik daripada Amina Hj. Noor dalam bukunya Mendidik Anak
Pintar Cerdas, menunujukkan bahawa ibu bapa perlu memberi penekanan dalam aspek
solat anak-anak. Proses yang bermula dengan pendidikan secara lemah lembut dan
penuh hikmah semasa anak-anak masih kecil hinggalah kepada proses yang lebih tegas
perlu dilaksanakan sehingga ibadat ini dapat ditegakkan dalam keluarga. Peranan ini
4
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
perlu dimainkan oleh ibu bapa kerana ibu bapa merupakan penentu hala tuju kehidupan
anak-anak. Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Tiap-tiap anak dilahirkan berkeadaan fitrah (suci bersih), maka kedua-dua ibu bapanyalah
yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
Menerusi maksud hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa tugas ibu bapa begitu penting
terutama dalam aspek pendidikan solat anak-anak kerana ia dapat menjadi benteng
daripada terjerumus ke dalam masalah sosial yang kian meruncing. Sekiranya tidak,
generasi pewaris yang berakhlak mulia dan berilmu pengetahuan tidak dapat dilahirkan.
Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan mengkaji sama ada murid-murid tahun 5 SK Juara
menitikberatkan perlakuan solat dalam kehidupan mereka. Di samping itu, penyelidik
juga ingin mengkaji teknik atau pendekatan yang digunakan dalam melatih anak-anak
solat dan tindakan yang diambil jika anak-anak tidak melaksanakannya.
-
1.4 Persoalan Kajian
Selepas kajian nanti, pengkaji berharap akan dapat mencapai objektif berdasarkan
jawapan kepada persoalan berikut ;
1.4.1 Mengapakah murid-murid mengabaikan solat ?
1.4.2. Apakah teknik-teknik atau pendekatan yang digunakan oleh guru-guru dalam
melatih murid-murid mengerjakan solat?
1.4.3 Apakah bentuk-bentuk tindakan yang diambil oleh ibubapa sekiranya anak-anak
tidak menunaikan solat?
1.5 Objektif Kajian
Antara objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah:
1.5.1 Mengenalpasti punca murid-murid mengabaikan solat .
1.5.2 Mengenalpasti teknik-teknik atau pendekatan yang digunakan oleh guru-guru
dalam melatih murid-murid untuk solat.
5
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
1.5.2 Mengenalpasti bentuk-bentuk tindakan yang diambil oleh ibubapa terhadap anak-
anak yang tidak menunaikan solat.
1.6 Batasan Kajian
Kawasan kajian hanya terhad kepada murid- murid Tahun 5 di Sek.Keb. Juara, Bukit
Mertajam. Oleh kerana sampel kajian hanya melibatkan orang Islam sahaja sudah tentu ia
tidak dapat digunakan untuk murid bukan Islam.
Kajian khusus yang dijalankan ini, ialah untuk mengetahui dan mengkaji punca atau
sebab murid-murid mengabaikan solat sehari-harian.
1.7 Definisi Istilah
Dalam kajian ini, terdapat beberapa istilah penting yang perlu penyelidik jelaskan.
Takrifan istilah ini adalah berdasarkan kepada tajuk kajian yang dibuat iaitu:
“Masalah Pengabaian Solat Murid Tahun 5 Di Sek. Keb. Juara”.
Definisi ini perlu kerana pengertian umum dengan pengertian dalam kajian ini
mungkin berbeza. Istilah-istilah tersebut adalah seperti berikut:
1.7.1 Masalah
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002 : 863 , “masalah” bermaksud
sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan
kesukaran.
1.7.2 Pengabaian
“Mengabaikan” bermaksud tidak atau sangat sedikit memberi perhatian kepada
sesuatu , tidak mengendahkan , mencuaikan , melalaikan .
1.7.3 Solat
6
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
“Solat” bermaksud sembahyang iaitu dalam agama Islam (Kamus Dewan Edisi
Ketiga, 2002 : 1297).
Solat dari segi bahasa, ertinya himpunan doa daripada hamba terhadap Allah
S.W.T. Dari segi syarak, solat merupakan salah satu daripada fardhu atau rukun
Islam yang lain yang merupakan ibadat khusus yang mesti dilaksanakan oleh
setiap orang Islam tanpa sebarang pengecualian. Ia adalah himpunan perkataan
dan perbuatan yang dimulai dengan lafaz takbiratul ihram dan disudahi dengan
salam.
1.7.4 Murid
Orang atau anak yang sedang belajar atau berguru, pelajar, penuntut.
(Kamus Dewan : Edisi Ketiga, 2002 : 846)
1.8 Kepentingan Kajian
Para penyelidik melihat kajian ini perlu dilakukan untuk kepentingan bersama.
Oleh itu, hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat:
1.8.1 Para Pelajar
Pelajar dapat menunaikan solat dengan betul berdasarkan tunjuk ajar ibu bapa khasnya
dan guru amnya. Menjadikan solat adalah kewajipan yang perlu di segerakan dan
ditunaikan pada waktunya.
1.8.2 Ibu bapa
Ibu bapa dapat bermuhasabah mengenai sejauh mana peranan mereka dalam melatih
anak-anak menunaikan solat khususnya solat fardhu . Selain daripada itu dapat menilai
kembali peranan yang digariskan Islam bagi melahirkan anak-anak yang soleh dan
solehah.
1.8.3 Guru-guru Beragama Islam
7
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
Mengetahui permasalahan pelajar terhadap perkara-perkara Fardhu Ain pelajar
berdasarkan kerjasama dari ibu bapa. Mengambil serta menetapkan strategi yang lebih
berkesan bagi menjadikan solat sebagai satu kewajipan setiap pelajar.
1.8.4 Pihak Pentadbir Sekolah
Memberi kerjasama yang sewajarnya agar murid Islam khasnya tidak terjerumus kearah
gejala sosial yang lebih kronik, apabila program-program kerohanian dapat dilaksanakan
dengan lancar. Di samping itu, menganjurkan lebih banyak program kerohanian yang
melibatkan ibu bapa dan juga warga sekolah.
1.9 Rumusan
Berdasarkan kepada penjelasan huraian ringkas yang telah dinyatakan, jelas
menunjukkan bahawa guru dan ibu bapa merupakan elemen yang paling penting dalam
memberikan pentarbiahan kepada anak-anak. Komitmen yang tinggi daripada ibu bapa
di rumah serta bimbingan dan tunjukajar daripada guru-guru di sekolah perlu bagi
memastikan generasi anak-anak menjadi generasi penegak solat. Sokongan yang kuat
dari pentadbir sekolah, guru-guru beragama Islam yang lain akan dapat merealsasikan
murid-murid yang taat kepada solat mereka. Sebenarnya sokongan dan dorongan dari
semua pihak adalah merupakan satu suntikkan yang amat diperlukan oleh semua murid di
sekolah kita.
BAB II
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
8
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan mengenai peranan ibu bapa dalam
usaha mentarbiah anak-anak terutamanya dalam memberikan pendidikan agama iaitu
penekanan terhadap aspek ibadah solat.
2.2 Teori Asas Kajian
2.2.1 Konsep Keibubapaan
Menurut Dato’ Dr. Hasan Hj. Mohd. Ali, 2001 menyatakan bahawa ibu bapa
merupakan pendidik pertama untuk anak-anak, selama lima tahun awal kehidupan
mereka, ibu bapa bertanggungjawab untuk memberi kemahiran dan pengetahuan asas
serta nilai-nilai murni dalam hidup mereka. Dalam usia yang masih muda, mereka
memerlukan percontohan yang baik daripada individu yang paling hampir dengan mereka
untuk bertindak. Mereka mula belajar membezakan nilai yang baik dari nilai yang buruk .
Mengikut Amina Hj. Noor, 1995 tanggungjawab mendidik anak-anak terletak di bahu ibu
bapa. Sebagai pendidik seharusnya ibu bapa mempunyai keupayaan dan kebolehan
mendidik. Matlamat pendidikan ialah melahirkan individu yang soleh, berkualiti,
berkemahiran dan berjiwa pemimpin. Firman Allah yang termaktub dalam surah al-
Tahrim : ayat 6
………………………..
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api
neraka.”
Ibu bapa harus sering bersedia untuk menangani masalah keluarga dan sentiasa
membimbing keluarganya ke arah hidup yang baik dan sempurna. Janganlah hendaknya
ibu bapa membiarkan anak-anak mereka hidup tanpa tujuan dan matlamat yang nyata.
Dalam hal pendidikan keimanan dan ketakwaan terhadap Allah S.W.T harus disemai
kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Menyemai keimanan dan ketakwaan kepada
9
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
Allah secara mendalam ke dalam sanubari anak-anak sehingga ia menjadi darah daging
yang tidak boleh dikikis lagi.
Berkata Imam Ghazali r.a, “Sesungguhnya anak kecil itu amanat pada kedua orang
tuanya dan hatinya yang suci bagaikan permata berharga yang polos, kosong dari
segala ukiran dan lukisan sedangkan dia menerima setiap ukuran padanya dan condong
ke mana dia dicondongkan. Maka jika dibiasakan berbuat baik dan diajari kebaikan, dia
pun menjadi besar dalam keadaan itu dan bahagia di dunia dan akhirat. Kedua orang
tuanya akan mendapat pahala seperti yang diperolehnya. Begitulah jika sebaliknya.
2.2.2 Peranan Ibu Bapa dan Guru
Imam Al Ghazali begitu menekankan peri pentingnya ibubapa dan pendidik perlu
menjadi role model atau ikutan yang baik kerana sikap atau tingkahlaku yang ditunjukkan
oleh ibubapa sebenarnya adalah kurikulum dalam pendidikan seorang kanak-kanak.
Bersesuaian dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang suka meniru perilaku atau apa
sahaja yang ada di hadapannya, dan seperti yang ditegaskan oleh Imam Al Ghazali,
kanak-kanak belajar melaui pemerhatian yang jika dibiarkan ia akan menjadi kebiasaan
atau I’tiyad dan sukarlah untuk dibentuk. Dalam menangani masalah ini ibubapa atau
pendidik di beri pilihan antara memberi pengukuhan dan ganjaran baik atau hukuman.
Jalan yang paling terbaik ialah dengan memberi nasihat yang pendekatannya adalah
“mendidik jiwa dengan jiwa atau alhal bilhal.” Seperti yang tertera dalam kitab
karangannya “ ayyuha al-walad”.
Apabila menyebut soal pendidikan anak-anak secara tidak langsung ia lebih tertumpu
kepada tugas dan tanggungjawab ibu bapa. Untuk mendidik anak-anak menjadi insan
yang kamil tidaklah semudah yang diperkatakan dalam buku, majalah dan seminar.
Antara peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa terhadap perkembangan diri anak-
anak ialah :
1. Sebagai Penjaga
10
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
Ibu bapa sebagai penjaga berperanan dalam menjaga segala kebajikan anak-anak
termasuk aspek fizikal, mental dan kerohanian.
2. Sebagai Pendidik
Tugas mendidik anak-anak bukanlah satu tugas yang mudah sekiranya ibu bapa tersebut
tidak mempunyai persediaan dari segi ilmu dan kemahiran-kemahiran tertentu. Oleh itu,
ibu bapa hendaklah berterusan mendalami ilmu pendidikan anak-anak dan memahirkan
diri dengan ilmu keibubapaan.
3. Sebagai Pendisiplin
Disiplin diri amat penting dalam membentuk sahsiah dan peribadi anak-anak. Anak-anak
yang tidak mempunyai disiplin diri yang kuat akan menyebabkan mereka mudah
terpengaruh dengan gejala negatif.
4. Sebagai Penyelesai Masalah
Ibu bapa merupakan yang paling hampir dengan diri anak-anak. Mereka akan sentiasa
mengharapkan bentuan daripada kedua ibu bapa sekiranya dilanda masalah. Maka ibu
bapa hendaklah cuba mendalami masalah yang dihadapi dan cuba menyelesaikannya. Ini
akan membuatkan anak-anak lebih hormat dan kasih kepada ibu bapanya.
5. Sebagai Role Model
Menurut Mohd. Fadzilah Kamsah Ismail dan Rahmat Ismail,1999 Anak-anak sentiasa
memerhatikan dan meniru setiap pergerakan serta perbuatan orang di sekitarnya. Ibu bapa
adalah orang yang paling dekat dengan mereka. Maka ibu bapa hendaklah sentiasa
menunjukkan contoh tauladan yang baik supaya anak-anak tidak mempertikaikan apa
yang dilihat dengan apa yang dipelajarinya.
2.2.3 Pendidikan Anak-anak dalam Islam
Mengikut Ahmad Izzudin Al-Bayannuni 1995, Masalah pendidikan adalah penting dan
rumit. Ramai daripada para ibu bapa yang tidak melaksanakan dengan tepat. Ramai
11
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
daripada mereka yang menganggap bahawa pendidikan tidak dimulai, kecuali bila anak
kecil mencapai usia tertentu, iaitu usia di mana anak mulai boleh membezakan atau
sesudahnya. Menurut Dr. Abdullah Nashih Ulwan dalam bukunya “Pendidikan Anak
Dalam Islam” , disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w sangat memperhatikan tentang tujuh
segi dalam mendidik anak-anak. Antara bentuk pendidikan yang perlu diterapkan ke
dalam jiwa anak-anak ialah:
1. Pendidikan Keimanan
Pendidikan keimanan merupakan pendidikan yang paling utama dan perlu diajarkan
kepada anak-anak iaitu tentang akidah, syariat dan akhlak. Pendidikan ini sangat penting
untuk diterapkan dalam diri anak-anak supaya mereka kenal Tuhannya, Rasul serta
agamanya.
2. Pendidikan Akhlak
Pendidikan akhlak pula menitikberatkan soal tingkahlaku yang baik serta bersopan santun
dan berbudi pekerti mulia. Tingkahlaku yang baik mencerminkan akhlak yang mulia dan
tingkahlaku yang tidak baik merupakan kepada akhlak yang buruk.
3. Pendidikan Kesihatan
Pendidikan kesihatan juga perlu diajarkan kepada anak-anak supaya mereka dapat
menjaga kesihatan tubuh badan dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang serta
halal dan sentiasa bersukan.
4. Pendidikan Intelektual
Pendidikan intelektual pula adalah untuk membentuk serta membina pemikiran yang
bermanfaat, berpengetahuan dan berbudaya ilmu.
5. Pendidikan Psikologi
Pendidikan ini perlu diterapkan ke dalam diri anak-anak supaya mereka dapat mengawal
keadaan diri ketika suka, duka dan marah. Ini dapat menjauhkan sifat terlalu emosional
terhadap sesuatu keadaan atau perkara.
12
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
6. Pendidikan Sosial
Pendidikan sosial ini mengajar anak-anak untuk bersosialisasi dengan masyarakat serta
alam persekitaran dengan pergaulan yang baik.
7. Pendidikan Seksual
Pendidikan seksual adalah berkenaan pengajaran, penyedaran dan penerangan tentang
masalah-masalah seksual serta mampu bertindak mengawal nafsu kearah kebaikan.
2.2.4 Ibadat Solat Dalam Islam
Allah S.W.T secara berulang-ulang memerintahkan kita mengerjakan solat dengan cara
tertentu dan memuji orang yang bersolat dengan aneka susunan kata-kata.
Dengan tegas Allah S.W.T menerangkan hikmah mendirikan solat. Firman Allah dalam
surah al-Ankabut : ayat 45
Maksudnya:
“Bacalah apa yang Telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan
Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan
mungkar. dan Sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya
dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”.
Dengan tegas juga Allah S.W.T menggerakkan kita agar menyuruh seluruh keluarga kita
mengerjakan solat. Firman Allah dalam surah Thaha : ayat 132.
13
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
“ Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan Bersabarlah kamu
dalam mengerjakannya. kami tidak meminta rezeki kepadamu, kamilah yang memberi
rezeki kepadamu. dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.”
Tegasnya ayat di atas, menurut Ustaz Junaid Talib, 1999 Allah memerintahkan kita
supaya menyuruh anak dan isteri kita melaksanakan solat serta bersabar menahan
kesulitan dan kesusahan yang disebabkan oleh solat itu. Allah S.W.T mengelarkan orang
yang ditimpakan siksa adalah orang yang meninggalkan solat. Firman Allah melalui
surah Maryam : ayat 59
“Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan solat
dan memperturutkan hawa nafsunya, Maka mereka kelak akan menemui kesesatan”.
Perkataan memperturutkan hawa nafsu bererti mengerjakan maksiat. Walaupun begitu,
Allah membangsakan mereka kepada meninggalkan solat. Hal itu, adalah bagi
menerangkan bahawa meninggalkan solat adalah pokok segala maksiat.
Allah mementingkan solat dan urusannya lebih daripada segala suruhan yang lain. Al-
Quran telah menerangkan kefardhuan solat dengan pelbagai susunan perkataan.
Adakalanya dengan pujian pada orang yang mengerjakan solat dan ada kalanya mencela
bagi orang yang meninggalkannya.
2.2.5 Kewajipan Solat Dalam Institusi Keluarga
Keluarga merupakan institusi kecil dalam kelompok masyarakat dan berperanan sebagai
tempat melahirkan individu yang berguna kepada masyarakat. Institusi keluarga
merupakan satu komuniti kecil yang mempengaruhi masyarakat, jika rosak institusi
tersebut, maka akan rosaklah sesebuah masyarakat.
14
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
Hal ini akan mengakibatkan kemusnahan masyarakat seperti di barat yang mana institusi
keluarga mereka telah hancur akibat keruntuhan akhlak yang melanda masyarakat
tersebut.
Menurut Yusuf al-Qardhawi (1999 : 47), masalah tamadun barat tidak hanya terhad
kepada kemerosotan akhlak sahaja, bahkan ia meluas kepada perkara yang ada kaitan
dengannya iaitu merosotnya perasaan manusia yang luhur. Akibatnya, berlakulah
keretakan dalam keluarga dan terputus ikatannya sedangkan institusi keluarga merupakan
kelompok pertama bagi binaan struktur masyarakat.
Islam menganjurkan setiap keluarga mengamalkan cara hidup Islam dengan
mencorakkan hala tuju keluarga berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Amalan solat
berjemaah selain dilakukan di masjid atau surau, boleh juga dilakukan di rumah dalam
usaha menerapkan amalan solat bersama ahli keluarga. Selain itu, ia juga satu cara
pendidikan yang perlu daripada ibu bapa kepada anak-anak agar mementingkan solat
dalam kehidupan.
2.2.6 Kewajipan Solat Terhadap Individu
Pengamalan solat secara individu bermula dengan asuhan daripada ibu bapa di rumah.
Jika seseorang itu dapat melaksanakan amalan solat secara istiqamah dan khusyuk, ini
bermakna bahawa amalan tersebut dilakukan atas dasar kesedaran dan penghayatan
kepada Allah S.W.T bukan hanya sebagai satu peraturan atau ikutan semata-mata.
Amalan solat yang dilakukan bukan didasari oleh rasa kehambaan dan sebagai satu
tuntutan yang perlu dilunaskan oleh seorang hamba kepada Tuannya, tetapi mungkin
kerana terpaksa atau mengikut orang lain dan berbagai kemungkinan yang merosakkan
nilai seseorang itu dalam melakukan peribadatan kepada Allah S.W.T.
Suruhan dan latihan melaksanakan solat serta ibadah-ibadah lain seperti berpuasa akan
membiasakan anak-anak untuk mudah mentaati perintah Allah S.W.T. serta dapat
15
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
mempersiapkan mereka untuk menghadapi alam kedewasaan dengan penuh yakin dan
bersemangat.
Umumnya, anak-anak yang mendapat didikan beribadat diperingkat asas ini akan
memiliki kesihatan jasmani, kemanisan akhlak dan berperwatakan yang disenangi ramai.
2.3 Kajian Berkaitan
Menurut Muhammad Abdul Latiff (2001) dalam bukunya, “Solat Kesannya Ke atas
Iman Dan Nafsu”, menyatakan bahawa solat bukanlah perbuatan yang membuang
waktu. Solat adalah satu cara yang dapat memberi ketenangan kepada seseorang dan solat
dapat memberi kerehatan serta dapat mengurangkan kemarahan dalam diri seseorang.
Solat bukanlah semata-mata ibadah, bahkan solat mempunyai pertalian dengan kehidupan
seorang muslim itu. Solat berupaya mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ia juga
memberi kesan kepada akhlak seseorang.
Di dalam buku ini, penulis juga menyatakan bahawa disebabkan sikap umat Islam pada
hari ini yang telah meringan-ringankan ibadah solat adalah penyebab kepada kesusahan
dan kesempitan hidup. Dan mereka sering mencari apakah punca timbulnya masalah
tersebut tanpa memikirkan bahawa kelalaian mereka dalam melaksanakan ibadah solatlah
yang merupakan faktor utama timbulnya masalah tersebut.
Manakala pandangan Hj. Ishak bin Hj. Din (1991) dalam bukunya “Mutiara Ibadah”,
dalam banyak-banyak tuntutan ibadah, ibadah solatlah yang paling penting, lebih utama
dan lebih istimewa kalau dibandingkan dengan ibadat-ibadat lain. Bahkan ia merupakan
ibu segala ibadah dan menjadi tulang belakang kepada agama Islam itu sendiri. Menurut
beliau lagi, sebagai seorang muslim, kita hendaklah benar-benar memahami hakikat ini
dengan memastikan setiap solat yang dikerjakan lima waktu dilakukan dengan sempurna
dan ditunaikan dengan rasa penuh tanggungjawab. Selagi ibadah solat tidak ditunaikan
sebagaimana yang dituntut selagi itulah keislaman seseorang itu belum sempurna.
16
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
Dalam bukunya lagi, beliau menyatakan betapa buruk dan besarnya akibat bagi orang-
orang yang meninggalkan solat ini termasuklah hidupnya tidak diberkati Allah dan tidak
ada cahaya keimanan pada wajahnya,kelaparan dan kehausan serta kehinaan semasa
matinya dan betapa azabnya balasan yang akan diterimanya di akhirat kelak.
Dengan ini, jelas kepada kita betapa besar dan beratnya tuntutan solat dalam Islam, maka
perlulah bagi kita memelihara tanggungjawab solat ini dengan sebaik-baiknya. Oleh itu,
sebagai umat Islam kita sepatutnya memandang berat dan memberi tumpuan ke arah
penghayatan solat yang istimewa.
Kajian ilmiah ini dijalankan dengan membuat rujukan di perpustakaan. Selain buku-buku
ilmiah, pengkaji juga menggunakan perkhidmatan internet yang di sediakan oleh pihak
perpustakaan bagi mendapatkan bahan-bahan kajian. Pengkaji juga meminjam majalah-
majalah ilmiah dan membuat rujukan dan bacaan melalui keratan-keratan akhbar yang
terdapat di perpustakaan. Kajian perpustakaan ini amat penting bagi setiap pengkaji
kerana banyak membantu dalam mendapatkan bahan serta melengkapkan kajian.
2.3.1 Sorotan Kajian Lepas
Dalam membicarakan tentang amalan solat, pengkaji telah merujuk kepada beberapa
kajian lepas yang mana ianya telah menyentuh tajuk berkaitan solat ini sama ada dalam
bentuk tesis mahupun kertas kerja. Pengkaji mendapati bahawa masalah yang dihadapi
oleh pelajar dalam menunaikan tuntutan Allah S.W.T ialah kurangnya galakan dan
dorongan oleh ibu bapa.
Menurut Khairil Anuar bin Abdul Kadir (2003), pelajar perlu dorongan dan galakan
daripada ibu bapa mereka malah ibu bapa boleh menggunakan paksaan jika mereka
masih enggan untuk mengerjakan solat.
Hujah tersebut juga telah diakui oleh Amran Othman (1989), faktor utama pelajar tidak
menunaikan solat ialah kurangnya dorongan daripada ibu bapa mereka. Ini diburukkan
17
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
lagi dengan ibu bapa yang langsung tidak mengambil berat soal solat dikalangan anak-
anak mereka. Ibu bapa merupakan sumber dorongan yang kuat. Selain itu, ibu bapa perlu
menyediakan anak-anak mereka dari segi segi mental atau fizikal bagi menunaikan
kewajipan tersebut.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Rubiah Kamad (1994), Sukatan Pelajaran
Pendidikan Islam sekarang telah banyak menekankan kepada solat. Maka secara
langsung kefahaman pelajar terhadap solat tidak perlu dipertikaikan lagi. Akan tetapi
apabila mereka berada di rumah, tiada sesiapa yang akan menggalakkan mereka untuk
mengerjakan solat. Ini merupakan faktor utama pelajar tidak melakukan solat.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Mahfudzah Hasan (2002) pula mendapati bahawa
sebanyak 93.8% ibu bapa yang sentiasa memberi perangsang kepada anak-anak supaya
belajar dengan bersungguh-sungguh dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Ini
menunjukkan bahawa ibu bapa mengambil berat terhadap Pendidikan Islam anak-anak.
Di samping itu, mereka juga menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan bagi
memudahkan proses pembelajaran anak-anak dalam matapelajaran ini iaitu sebanyak
80%.
Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Norhamimah binti Md. Amin (2001), dalam
kajiannya “Peranan Ibu bapa Dalam Pendidikan Solat Anak-anak”, hanya menumpukan
tanggungjawab sebenar ibu bapa dalam mendidik anak-anak untuk melakukan solat.
Beliau juga menekankan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam pendidikan solat
anak-anak bermula dari sejak kecil lagi.
Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Ani Hayati bt. Husin (1999), mendapati bahawa
sebanyak 13% ibu bapa yang selalu melakukan solat secara berjemaah bersama keluarga.
Manakala 81% lagi kadang-kadang melakukannya dan peratusan bagi keluarga yang
tidak pernah solat berjemaah bersama ahli keluarga sebanyak 6%.
Selain itu, bapa yang berperanan dalam mengajar anak-anak tentang agama iaitu
sebanyak 27%, 60% pula kadang-kadang dan sebanyak 30% tidak pernah mengajar anak
18
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
tentang ilmu agama.Ibu bapa yang seringkali memastikan anak-anak menunaikan solat
sebanyak 74% dan 26% daripadanya pula kadang-kadang sahaja.
2.4 Rumusan
Di dalam bab II ini, pengkaji membincangkan perkara yang berkaitan dengan
solat. Lantaran itu, pelbagai konsep penting dijelaskan di dalam bab ini yang diambil
berdasarkan sorotan daripada penulisan-penulisan yang berkaitan dengan tajuk.
Selain itu, bab ini juga turut memuatkan kajian-kajian lepas yang berkaitan
dengan amalan solat sebagai sandaran kepada fakta-fakta yang dikemukan. Hasil
daripada kajian-kajian terdahulu di dapati bahawa ibu bapa memberi saham yang terbesar
dalam aspek pendidikan anak. Ibu bapa yang salah dalam memberi didikan kepada anak
menyebabkan akibat yang buruk akan berlaku.
Di dalam hal ini Pepatah Melayu ada mengingatkan kita “ melentur buluh biarlah
dari rebungnya”,ini bermakna mendidik anak-anak itu biarlah masa zaman kecilnya
kerana anak-anak ibarat kain putih,maka ibubapalah yang bertanggungjawab
mencorakkannnya mengikut kemahuan mereka.
Rasulullah saw bersabda dengan maksudnya: “ Setiap anak yang dilahirkan adalah
dalam keadaan fitrah ( suci dan bersih ), maka ibubapanyalah yang berperanan menjadikannya
samaada Yahudi, Nasrani atau Majusi.” Kesimpulannya perkara-perkara yang dibincangkan di
dalam bab ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor penggalak bagi perlaksanaan
solat di kalangan pelajar.
BAB 111
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
19
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
.Dalam bab ini akan dibincangkan mengenai metodologi yang akan digunakan.
Aspek perbincangan, termasuklah reka bentuk kajian, tempat kajian, kaedah kajian, alat
atau subjek kajian, prosedur kerja, penganalisian data dan kebolehpercayaan alat ujian.
3.2 Reka Bentuk Kajian
- Berbentuk kajian tinjauan dan deskriptif (menerangkan fenomena dengan menganalisis
data yang didapati daripada soal selidik).
- Reka bentuk kajian (soalan-soalan kajian ).
-.Satu set soal selidik telah diedarkan di kalangan guru-guru j-Qaf dan murid-murid tahun
5 yang telah terpilih.
- Soal selidik akan diserahkan kembali untuk dianalisis - dibuat rumusan -memberi
cadangan – komen yang membina dan sebagainya.
3.3 Populasi dan Kajian
Populasi merujuk kepada tiap-tiap ahli dalam kumpulan manakala sampel pula ialah ahli
daripada kumpulan tersebut yang dipilih secara rawak daripada keseluruhan populasi. Ini
bertujuan untuk mengkaji sifat atau parameter populasi. Populasi juga merupakan sumber
data atau maklumat yang diperolehi berkenaan penyelidikan yang dijalankan (Mohd.
Najib, 1993 : 37).
Sampel merupakan kajian yang melibatkan penghuraian subset kepada satu populasi yang
dipilih, di mana ia mewakili penerangan yang tepat tentang bagaimana populasi yang
dipilih itu bertindak.
3.4 Instrumen / Kaedah Kajian
1) Menggunakan borang soal selidik.
Borang soal selidik selalu digunakan untuk mengetahui sikap seseorang dengan
menggunakan soalan bebas jawab (terbuka, senarai semak atau skala kadar)
(Mohd Najib, 1999 : 88).
20
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
Kaedah ini dipilih kerana ia menjimatkan masa, kos dan tenaga, mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi kerana responden bebas untuk menjawab soalan tanpa
pemerhatian daripada penyelidik.
3.4 Instrumen / Kaedah Kajian
menggunakan borang soal selidik.
Borang soal selidik selalu digunakan untuk mengetahui sikap seseorang dengan
menggunakan soalan bebas jawab (terbuka, senarai semak atau skala kadar) Kaedah ini
dipilih kerana ia menjimatkan masa, kos dan tenaga, mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi kerana responden bebas untuk menjawab soalan tanpa pemerhatian daripada
penyelidik.
Persoalan Kajian Item
1. Kenapa murid sering mengabaikan solat ?
2. Apakah teknik-teknik atau pendekatan yang
digunakan oleh ibu bapa dalam melatih anak-anak
mengerjakan solat
3. Apakah bentuk-bentuk tindakan sekiranya anak-
anak tidak menunaikan solat
Setiap jawapan dikategorikan berdasarkan Skala Likert iaitu:
Jadual 3.2 : Skala Likert Soal Selidik
Pernyataan Item Singkatan Skor
Sangat Tidak Setuju STS 1
Tidak Setuju TS 2
Kurang Setuju KS 3
21
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
Setuju S 4
Sangat Setuju SS 5
Jadual 3.3 : Pengkelasan Maklumbalas Responden
Tahap Min Tahap Persetujuan
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.67 Sederhana
3.68 – 5.00 Tinggi
3.5 Tatacara Penganalisis Data :
Kajian ini dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik selalu
digunakan untuk mengetahui sikap seseorang dengan menggunakan soalan bebas jawab
(terbuka, senarai semak atau skala kadar) (Mohd Najib, 1999 : 88). Kaedah ini dipilih
kerana ia menjimatkan masa, kos dan tenaga. Di samping ia juga mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi kerana responden bebas untuk menjawab soalan tanpa
pemerhatian daripada penyelidik.
Soal selidik yang digunakan adalah soal selidik yang telah diubahsuai dari penyelidik-
penyelidik terdahulu bagi memenuhi kehendak ujian. Oleh itu, kesahan item-item ini
boleh dipercayai dan digunakan untuk ujian ini kerana telah digunakan untuk ujian
sebelumnya.
Borang soal selidik ini diserahkan sendiri oleh pengkaji kepada ibu bapa melalui satu
perjumpaan khas dengan persetujuan pihak pentadbir terlebih dahulu. Ibu bapa yang
terlibat di beri taklimat mengenai teknik menjawab. Ini bertujuan mengelakkan
kekeliruan atau kesilapan ketika menjawab soalan yang diberikan.
Soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :
Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
Bahagian A : Mengandungi maklumat diri responden iaitu jantina, umur, pekerjaan,
tahap pendidikan, bilangan anak dan tempat tinggal.
22
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
Bahagian B : Mengandungi soalan-soalan kefahaman seperti kepentingan solat dalam
kehidupan, rukun Islam, rukun solat, solat berjemaah dan sumber rujukan bagi
mendapatkan ilmu mengenai pendidikan anak-anak.
Bahagian C : Mengandungi pertanyaan berdasarkan objektif kajian. Ia dikelaskan
kepada tiga bahagian:
Bahagian Pertama - dikemukakan bagi mengetahui sama ada ibu bapa memainkan
peranan dalam pendidikan solat anak-anak.
Bahagian Kedua - berkaitan teknik yang digunakan oleh ibu bapa dalam memberikan
pendidikan solat kepada anak-anak.
Bahagian Ketiga - menyentuh tindakan yang akan diambil oleh ibu bapa sekiranya anak-
anak mereka tidak menunaikan solat. Setiap bahagian mengandungi sepuluh soalan.
Berikut merupakan pengkelasan item-item yang telah dibina oleh penyelidik berdasarkan
kepada persoalan kajian.
1.5.2.1.1 Jadual 3.1 : Pengkelasan Instrumen Kajian
1.5.3
Persoalan Kajian Item
1. Apakah peranan ibu bapa dalam pendidikan solat
anak.
1 hingga 10
2. Apakah teknik-teknik atau pendekatan yang 11 hingga 20
23
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
digunakan oleh ibu bapa dalam melatih anak-anak
mengerjakan solat
3. Apakah bentuk-bentuk tindakan sekiranya anak-
anak tidak menunaikan solat
21 hingga 30
Setiap jawapan dikategorikan berdasarkan Skala Likert iaitu:
Jadual 3.2 : Skala Likert Soal Selidik
Pernyataan Item Singkatan Skor
Sangat Tidak Setuju STS 1
Tidak Setuju TS 2
Kurang Setuju KS 3
Setuju S 4
Sangat Setuju SS 5
Jadual 3.3 : Pengkelasan Maklumbalas Responden
Tahap Min Tahap Persetujuan
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.67 Sederhana
3.68 – 5.00 Tinggi
3.6 Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan di SK. Juara, Bukit Mertajam. Melibatkan ibu bapa dan murid tahun
5, yang hanya beragama Islam. Rasional pemilihan pengkaji ke atas sekolah ini sebagai
tempat kajian ialah:
24
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
i. Pengkaji mengenali murid serta ibu bapa yang terlibat. Ini kerana SK
Juara merupakan tempat pengkaji bekerja.
ii. Memudahkan proses pengurusan sewaktu kajian dilakukan.
iii. Menjimatkan kos pengurusan masa dan tenaga.
3.7 Kesimpulan
Metodologi kajian merupakan perkara yang penting dan harus dirancang dengan berhati-
hati. Ini kerana metodologi kajian adalah asas terhadap dapatan kajian yang dilaksanakan.
Selain itu pastikan semua prosedur pengumpulan dan prosedur analisis data adalah
mudah dan berupaya dilaksanakan tanpa banyak kekangan.
Dalam melaksanakan sesuatu kajian seorang penyelidik itu haruslah menitikberatkan
tentang proses perlaksanaan kajiannya supaya kajiannya mampu mencapai objektif yang
telah ditetapkan. Selain itu, kepentingan metodologi ini adalah dapat membimbing
penyelidik untuk menyiapkan kajiannya dengan baik dan lancar.
25
ROHAYA BINTI ABU HASSAN660508075630002
26
top related