kajian lapangan
Post on 13-May-2017
247 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TAJUK
Jenis Ekosistem
1. Mengkaji perbezaan jenis ekosistem; daratan dan akuatik.
2. Mengkaji habitat semulajadi haiwan, tumbuhan dan fungsi ekosistem
TUJUANKajian lapangan ini adalah bertujuan untuk mengkaji abiotik dan habitat semulajadi haiwan,
tumbuhan dan fungsi ekosistem yang terdapat di Taman Negara, Pahang.
PENGENALANEkosistem adalah satu unit semulajadi yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan
haiwan yang saling bertindak antara satu sama lain dengan persekitarannya. Unsur-unsur
hidup (biotik) dan bukan hidup (abiotik) tersusun sebagai satu kesatuan dalam ekosistem
yang saling berhubungan, saling mempengaruhi, dan saling berinteraksi antara satu sama
lain. Interaksi ini menghasilkan satu sistem yang stabil. Jika salah satu komponen
terganggu, maka keseluruhan ekosistem akan terganggu.
Menurut Nor’ Aini Dan (1992) ekosistem merupakan satu unit ekologi fungsian yang
terdiri daripada komuniti biotik dan sekitaran bukan hidup abiotiknya. Oleh itu, komuniti
biotik dan sekitaran abiotiknya bersama-sama hidup (komuniti biotik) dan kedua-keduanya
dapat dihubungkan dan tidak dapat dipisahkan. Menurut Eugene P. Odum (1996)
menyatakan bahawa ekosistem adalah organisma hidup dan persekitarannya (abiosis)
berkait dan beriteraksi serta tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Setiap unit
termasuklah kesemua organisma (iaitu komuniti) dalam sesuatu kawasan saling bertindak
dengan persekitaran fizik supaya aliran tenaga dapat mempengaruhi pembentukkan struktur
tertentu. Ini dapat disimpulkan, bahawa ekosistem adalah kepelbagaian biosis dan kitaran
bahan yang saling bergantungan antara satu sama lain dalam sesuatu sistem.
Dari sudut pandangan trofik gras (fungsi), ekosistem mempunyai dua komponen
iaitu komponen autotrof dan komponen heterotrof. Autotrof adalah organisma daripada
tumbuhan hijau yang menangkap cahaya matahari untuk menghasilkan bahan organik.
Autotrof juga merupakan organisma pengeluar (primer) bagi sesuatu ekosistem. Heterotrof
pula terdiri daripada pengurai (misalnya bakteria dan kulat) yang mana mengurai dan
menyusun semula bahan-bahan makanan yang kompleks. Manakala dari segi struktur pula
ekosistem terbahagi kepada empat komponen iaitu bahan abiotik, pengeluar, pengguna dan
1
pengurai. Bahan abiotik adalah bahan bukan hidup atau abiotik pada sesuatu ekosistem.
Termasuklah bahan bukan organik seperti air, karbon dioksida, oksigen, nitrogen, kalsium,
fosforus dan sebatian-sebatian lain seperti nitrat, karbonat dan lain-lain. Pengeluar
merupakan autotrof sesuatu ekosistem yang berkebolehan untuk mensintesiskan makanan
daripada sebatian bukan organik yang ringkas. Dalam ekosistem, pengeluar dapat
diwakilkan oleh tumbuhan. Takrifan pengguna pula ialah organisma heterotrof yang disebut
mikropengguna atau fagotrof. Organisma ini memakan pengeluar sama ada secara
langsung ataupun tidak. Manakala pengurai pula merupakan mikroorganisma yang
memakan organisma-organisma yang mati dan memecahkannya menjadi lebih ringkas dan
akan dibebaskan ke persekitaran untuk disintesiskan menjadi bahan makanan oleh
pengeluar.
Di sini dapat dilihat ekosistem adalah saling bergantungan antara satu sama yang
lain antara organisma-organisma saling hubung kait dengan persekitaran mereka yang
membentuk satu aliran tenaga melalui kitaran bahan-bahan. Ekosistem adalah sistem yang
terbuka di mana input-input, perpindahan dalaman dan pengeluaran tenaga dan nutrien
berlaku. Aliran tenaga setiap ekosistem berlaku dalam satu arah sahaja. Paling biasa aliran
tenaga bermula bila autotrof fotosintetik menggunakan cahaya matahari untuk proses
fotosintesis. Autotrof adalah organisma pengeluar (producer) primer bagi sesuatu
ekosistem. Sebatian organik yang kaya menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan
merupakan asas kepada jaringan makanan dalam ekosistem. Jaringan makanan terdiri
daripada beberapa rantai makanan yang bergabung. Setiap rantai dalam jaringan makanan
adalah bermula dari pengeluar, penggunaaan yang pelbagai dan pengurai. Dalam unit-unit
yang dinamakan ekosistem, organisma-organisma mempunyai satu hubungan antara satu
dengan yang lain dengan persekitarannya. Komponen-komponen yang berinteraksi
bersandaran antara satu sama lain. Jika salah satu komponen terganggu atau dikeluarkan,
maka keseluruhan ekosistem akan terganggu. Contoh ekosistem adalah seperti laut, pantai,
kolam, gurun, pokok, tanah dan pulau. Namun begitu, di Taman negara Pahang hanya
terdapat ekosistem air tawar, ekosistem kolam dan ekosistem hutan hujan tropika sahaja
yang akan dikaji.
Menurut Peter Chenn (1999), terdapat tiga faktor yang mempengaruhi ekosistem
terdiri daripada faktor iklim seperti suhu persekitaran, taburan hujan, keamatan cahaya dan
tiupan anin. Kedua ialah faktor edafik iaitu jenis tanah, pH tanah dan tahap kemasinan
tanah. Ketiga adalah faktor fizikal dan kimia seperti aliran dan kepekatan oksigen dalam air.
Cahaya matahari merupakan sumber tenaga yang utama bagi semua makhluk hidup.
Kawasan tropika seperti yang beriklim khatulistiwa, keadaan hutan yang tebal, padat, tinggi
2
dan besar dapat melindungi permukaan bumi dan menyebabkan tumbuhan pokok yang
melilit untuk mendapat keamatan cahaya yang cukup dengan menumpang di pokok-pokok
yang lebih tinggi. Secara tidak langsung, kelembapan permukaan juga sangat tinggi kerana
cahaya matahari tidak dapat menembusi hingga ke permukaan bumi. Suhu pula
mempengaruhi produktiviti pengeluar (tumbuhan hijau) dan taburan organisma tanah
sesuatu ekosistem. Semakin rendah suhu, proses hidup tumbuh-tumbuhan dan haiwan
menjadi semakin perlahan, manakala semakin tinggi suhu (sehingga ke satu paras tertentu),
kadar tindakbalas fotosintesis semakin meningkat dan terdapat lebih banyak makanan yang
secara langsungnya dapat menampung lebih banyak pengguna. Setrusnya, kelembapan
udara juga mempengaruhi kadar kehilangan air daripada haiwan dan tumbuh-tumbuhan
(proses transpirasi). Kadarnya paling rendah apabila udara atmosfera adalah paling
lembap. Dalam ekosistem seperti gua atau hutan yang terlindung, udara lebih lembap dan
banyak haiwan serta tumbuh-tumbuhan dapat hidup di dalamnya. Bagi tumbuhan dan
tumb-tumbuhan lain seperti dapat mengawal kadar kehilangan air dan taburannya lebih luas.
Nilai pH tanah dapat memberi kesan dalam taburan populasi tumbuhan dan haiwan.
Tanah boleh menjadi asid, neutral atau beralkali. Kebanyakkan organisma menghuni di
tanah yang neutral atau hampir neutral. Bagi nilai pH air pula, keasidan air berkait rapat
dengan kandungan karbon dioksida yang larut di dalam air. Kepekatan karbon dioksida
yang tinggi menyebabkan keasidan air menjadi semakin tinggi. Hal ini adalah sangat
penting bagi proses fotosintesis tumbuhan dalam air. Namun begitu, keasidan yang tinggi
juga menyebabkan sebilangan telur ikan air tawar tiak dapat menetas.
Topografi adalah huraian mengenai keadaan rupa bentuk muka bumi, tanah, sungai
dan sebagainya. Ciri-ciri topografi seperti latitud, kecerunan tanah dan aspek bentuk muka
bumi adalah faktor-faktor yang menentukan kuantiti sinaran cahaya matahari yang sampai
ke permukaan bumi, kelembapan relatif, suhu dan keamatan cahaya. Oleh itu, taburan
organisma di sesuatu tempat akan berbeza-beza mengikut keadaan bentuk topografi.
Habitat merujuk kepada tempat kediaman sesuatu organisma (haiwan dan tumbuhan) yang
membekalkannya dengan keperluan hidup seperti makanan, tempat perlindungan dan
persekitaran yang sesuai untuk membiak dan membesar. Contohnya, habitat bagi ikan air
tawar ialah kolam, sungai dan parit.
Pada 07 hingga 09 Mac 2014, Unit Sains Khas PPG Semester 4 telah mengadakan
lawatan sambil belajar ke Taman Negara, Kuala Tahan. Seramai 18 orang pelajar bersama-
sama dengan 3 orang pensyarah pengiring telah mengikut lawatan ini. Tujuan utama
lawatan ini ialah mengkaji jenis-jenis ekosistem yang terdapat di Taman Negara tersebut.
3
Walau bagaimanapun, di Taman Negara ini hanya terdapat beberapa jenis ekosistem yang
utama iaitu ekosistem air tawar, ekosistem kolam dan ekosistem hutan hujan tropika yang
menjadi sebahagian daripada kajian ini. Peralatan kajian yang terhad menyebabkan hanya
beberapa ciri saja yang dikaji seperti suhu persekitaran, suhu air, kelembapan tanah, pH
tanah dan pH air. Namun begitu data-data yang dikumpul ini cukup untuk dihubungkaitkan
dengan hubungan ekosistem dengan habitat semulajadi yang terdapat di Taman Negara
Pahang ini.
PERALATAN / RADAS
Termometer bilik, plastik sampel, pelekat label, marker, gelang getah, peta, sarung tangan,
penggorek tanah, pH meter, spatula, air suling, mangkuk pijar dan penimbang.
PROSEDURA. Mengenal pasti jenis-jenis ekosistem lokasi yang dilawati.
a. Pemerhatian telah dilakukan dengan teliti mengenai jenis-jenis ekosistem
yang terdapat di setiap lokasi yang telah dilawati.
b. Jenis ekosistem yang telah dikenalpasti bagi setiap lokasi yang dilawati di
dalam jadual dicatatkan.
c. Langkah 1-2 diulang apabila setiap lokasi berlainan yang telah dilawati.
B. Mengambil bacaan suhu menggunakan termometera. Suhu persekitaran
1. Dengan menggunakan termometer bilik, bacaan suhu persekitaraan telah
di ambil.
2. Suhu persekitaran pada setiap lokasi yang dilawati telah dicatatkan
dalam jadual.
3. Purata suhu bagi lokasi tersebut telah dikira.
4. Langkah 1 – 3 diulang pada setiap lokasi berlainan yang telah dilawati.
b. Suhu Air1. Bacaan suhu air di ambil dengan menggunakan termometer bilik pada
lokasi yang terdapat sumber air.
2. Catatkan suhu air yang di ambil pada setiap lokasi yang dilawati.
3. Purata suhu bagi setiap lokasi tersebut telah dikira.
4. Langkah 1 – 3 diulang pada setiap lokasi yang berlainan yang telah di
lawati.
4
C. Mengkaji pH Tanah1. Dengan memakai sarung tangan, tanah dikorek dengan menggunakan
penggorek tanah dengan kedalaman 2-5 inci. Pastikan kawasan tersebut
dibersihkan terlebih dahulu.
2. Air suling dimasukkan ke dalam lubang tersebut sehingga terbentuknya
air lumpur di dalamnya.
3. pH meter dipastikan bersih dan dicelup ke dalam lumpur tersebut.
4. Setelah 60 saat, bacaan pada pH meter telah di ambil.
5. Keputusan dicatatkan di dalam jadual.
6. Langkah 1-6 diulangi pada setiap lokasi yang dilawati.
D. Mengkaji pH Air1. pH meter dicelupkan ke dalam sumber air di kawasan yang dikaji.
2. pH meter dipastikan bersih dan dicelup ke dalam sumber air tersebut.
3. Setelah 60 saat, bacaan pada pH meter telah di ambil.
4. Bacaan yang diperolehi dicatatkan di dalam jadual.
5. Langkah 1-4 diulangi pada setiap lokasi yang dilawati.
E. Mengkaji habitat yang terdapat di ekosistem tersebut1. Pemerhatian telah dilakukan terhadap habitat haiwan dan tumbuhan
yang terdapat pada ekosistem yang dilawati dengan teliti.
2. Pemerhatian yang diperolehi telah dicatatkan ke dalam sebuah jadual.
3. Langkah 1 dan 2 diulangi pada setiap lokasi yang dilawati.
4. Data-data yang telah dikumpul mngenai ciri-ciri pada setiap lokasi yang
telah dilawati, kemudian hubungan ciri-ciri lokasi dengan ekosistem yang
terdapat di setiap lokasi-lokasi tersebut setelah di analisis.
5. Fungsi ekosistem tersebut dan habitat-habitat semula jadi di kawasan
tersebut telah dibincangkan.
6. Satu laporan telah disediakan mengenai dapatan kajian.
5
Ciri – ciri lokasi
LOKASI Purata Keseluruhan Kawasan Taman Negara Pahang
Jeti Kuala Tahan Jeti Kanopi Lata Berkoh Perkampungan
Orang Asli
Santuari Ikan Kelah, Sg Tenor
Kaki Bukit Teresek (Canopy Walk)
Laluan ke Lata Berkoh
A. Jenis ekosistem Ekosistem Air Tawar
Ekosistem Air Tawar
Ekosistem Air Tawar
Ekosistem Daratan
Ekosistem Daratan
Ekosistem Hutan Hujan Tropika
Ekosistem Hutan Hujan Tropika
Ekosistem Air Tawar, Ekosistem Daratan, Ekosistem Hutan Hujan Tropika, Ekosistem Kolam
B. Suhu
Persekitaran 30.3ºC 29.1ºC 27.8ºC 28.6ºC 28.3ºC 27.1ºC 27.5ºC 28.1ºC
Air 24.1ºC 23.4ºC 23ºC - - - - 23.5ºC
C. pH Tanah 5.0 5.8 5.9 5.7 7.7 6.7 6.9 6.2
D. pH Air 8.8 6.5 6.7 - - - - 7.3
JADUAL MENUNJUKKAN JENIS EKOSISTEM DI TAMAN NEGARA, PAHANG
Jadual 1
6
JADUAL MENUNJUKKAN JENIS HABITAT DAN HIDUPAN FLORA DAN FAUNA DI TAMAN NEGARA, PAHANG
HABITAT FLORA FAUNA
LOKASI 1SANTUARI IKAN KELAH, SG TENOR
Pokok mahkota dewa
Belalai gajah
Gaharu
Neram misai
Mata ayam
Salak
Mengkuang
Buluh
Meranti
Ikan :
Kelah
Kerai
Jelawat
Kaloi
Sebarau
Lampam sungai
Burung :
Yellow vebted bulbul
Black head bull
Paradise catcher
Black and red broadbill
Lain-lain :
Kera
Biawak
LOKASI 2 Anak ikan
7
JETI KUALA TAHAN Lebah
Lipas
semut
LOKASI 3RESORT MUTIARA, KUALA TAHAN
Pokok bagok
Pokok kasah
Pokok sebasah
Belalang
Tapir
Landak nibong
LOKASI 4KAKI BUKIT TERESEK
Pokok rambutan
Pokok Bungor
Pokok Sengkuang
Pokok Chenderai
Pokok Mempisang
Pokok Kalumpang
Pokok Meranti Tembaga
Pokok Perah
Pokok Petaling
Pokok Saga Daun Tajam
Pokok Kelat
Pokok Kedondong Kerantai Licin
Beruk
Landak
Tapir
Labah-labah :
Hunting spider
Haiwan kecil :
Lipan
Blue scorpion
Pill Bug
Ulat Beluncas
Lipan Gua
Jadual 2
8
PERBINCANGAN
Pada 07 Mac 2014, saya bersama rakan-rakan lain telah mengadakan satu kajian
lapangan di Taman Negara Pahang. Oleh itu, berdasarkan kajian yang telah dilakukan di
beberapa tempat di kawasan Taman Negara, Kuala Tahan yang mempunyai keluasan
keseluruhan iaitu 2477 km persegi didapati hanya terdapat tiga jenis ekosistem iaitu :
a) Ekosistem air tawar
b) Ekosistem daratan
c) Ekosistem hujan tropika
Hal ini kerana kawasan Taman Negara ini terdiri daripada hutan hujan tropika yang
berusia menjangkau 30 juta tahun. Berdasarkan perbandingan faktor iklim yang telah
dikatakan oleh Chenn (1999), suhu persekitaran di Taman Negara ini secara puratanya
adalah 25.8 ºC. Suhu purata ini diperolehi setelah suhu persekitaran telah diambil dari tujuh
tempat yang berbeza lokasi di sekitar Taman Negara ini. Berdasarkan jadual 1, suhu
tertinggi yang dicatatkan adalah sebanyak 30.3 ºC iaitu di lokasi yang pertama di Jeti Kuala
Tahan dan suhu yang terendah adalah di tiga kawasan yang sama iaitu di lokasi tiga, lima
dan enam. Masing-masing adalah di lokasi di Lata Berkoh, Laluan ke Lata Berkoh dan kaki
bukit Teresek. Hal ini adalah kerana masa dan waktu suhu ini diambil adalah berbeza.
Misalnya di lokasi 5, Santuari Ikan Kelah, Sg Tenor suhu persekitarannya adalah 28.3 ºC.
Sepatutnya dengan kawasan yang dilitupi dengan hutan tebal dan berhampiran dengan
sungai mendapat bacaan suhu yang rendah. Akan tetapi, suhu yang diambil adalah pada
waktu tengahari menyebabkan suhu persekitaran di situ menjadi tinggi. Dapatan kajian ini
juga dapat mengenalpasti julat suhu ini amat bersesuaian dengan iklim di sekitar taman
negara ini iaitu beriklim khatulistiwa dan bersesuaian dengan ekosistem hutan hujan tropika
yang terdapat di sekitar Taman negara Pahang ini. Purata suhu hutan hujan tropika adalah
melebihi 17 ºC. Suhu ini amat bersesuaian dengan habitat flora dan fauna di sini. (Nor
Aini.1992).
Kajian kami seterusnya ialah mengambil suhu air di beberapa lokasi seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 1. Suhu air telah di ambil di tiga lokasi yang berbeza seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual di bawah.
9
Mengambil suhu air di lokasi 1 – Jeti
Kuala Tahan
Mengambil suhu air di lokasi 2 – Jeti
Kanopi
Mengambil suhu air di lokasi 3 –
Lata Berkoh
Dapatan kajian kami bagi suhu air, julat suhu air sungai adalah antara sekitar 24.1 ºC
hingga 23.0 ºC di mana perbezaan yang ditunjukkan adalah begitu kecil. Purata suhu air
sungai di Taman Negara adalah sebanyak 23.5 ºC di mana sangat bersesuaian dengan
hidupan akuatik. Tidak hairanlah ekosistem air tawar yang terdapat di sekitar Taman
Negara iaitu sepanjang Sungai Tenor dan Sungai Tembeling dihuni oleh pelbagai spesis
hidupan akuatik air tawar seperti ikan kelah (Hysibarbus sp.), kerai (Tor tambroides), jelawat
(Leptobarbus hovenii), kaloi (Psphronermus goramy), sebarau (hampala macrolepidota),
10
lampam sungai (Barbodes schwanenfeldi) dan pelbagai lagi. Dengan julat suhu ini jugalah
Pusat Santuari Ikan Kelah dapat diwujudkan kerana suhu persekitarannya yang sesuai.
Menurut petikan daripada Roy, 1972 di dalam kajian Mohd Rizal mengenai sungai berkata
input haba terhadaop sistem akuatik dan perubahan suhu memberikan kesan yang
signifikan terhadap komuniti biologi dan kepentingan dalam sistem air. Secara umumnya,
peningkatan suhu menyebabkan organisma patogenik hanya mampu hidup dalam tempoh
yang lebih pendek. Selain itu perubahan suhu juga memberi kesan terhadap hidupan
akuatik yang memerlukan lingkungan suhu tertentu untuk pertumbuhan optimum pada
peringkat umur dan saiz tertentu yang mana, perubahan suhu di luar lingkungan akan
menyebabkan kematian. Menurut (Roy,1972) juga, kadar kebolehtelapan udara menurun
secara signifikan apabila suhu meningkat. Sebagai contoh, kandungan oksigen terlarut di
bawah tekanan tetap pada suhu 30 ºC adalah 7.63mg/l dan suhu pada 10 ºC adalah
11.33mg/l. Hal ini menunjukkan semakin tinggi suhu air, semakin berkurangan kadar
ketelapan oksigen di dalam ekosistem akuatik ini. Tambahan lagi, apabila suhu bertambah
menyebabkan kadar toksik semakin meningkat kerana hadirnya unsur-unsur berbahaya
seperti cyanides, phenol, zinc dan sebagainya. Oleh itu, amatlah sesuai hasil dapatan yang
telah diperolehi julat suhu dan purata air di sekitar Taman Negara dengan ekosistem akuatik
yang terdapat di sana.
Bagi parameter pH tanah pula, berdasarkan kajian yang telah dilakukan, purata pH
tanah di Taman Negara adalah 5.9 iaitu di tahap asid yang lemah. pH tanah yang
menunjukkan tanah yang bersifat alkali adalah pada lokasi satu iaitu di Santuari Ikan Kelah,
Sungai Tenor iaitu dengan bacaan 7.7. Manakala di lokasi lain adalah dalam lingkungan
bacaan 5.0 hingga 5.9 iaitu masih di tahap asid lemah. Berikut beberapa lokasi yang telah
kami membuat kajian untuk mencari pH tanah :
Mengambil pH tanah di lokasi 1 –
Jeti Kuala Tahan
11
Mengambil pH tanah di lokasi 2 –
Jeti Kanopi
Mengambil pH tanah di lokasi 3 –
Lata Berkoh
Mengambil pH tanah di lokasi 4 –
Perkampungan Orang Asli
12
Mengambil pH tanah di lokasi 5 –
Santuari Ikan Kelah, Sg Tenor
Mengambil pH tanah di lokasi 6 –
Kaki Bukit Teresek
Mengambil pH tanah di lokasi 7 –
Laluan ke Lata Berkoh
Tahap pH tanah sangat penting dalam menunjukkan tanah yang mempunyai nilai pH
sangat berasid (pH rendah). Apabila pH tanah berasid, bakteria yang menjalankan proses
penitratan akan terjejas. Oleh itu, kitaran nitrogen juga terganggu lantas memberi impak
kepada kesuburan tanah dan tumbuhan yang mempunyai habitat di kawasan tersebut. pH
tanah yang rendah juga akan merencatkan pertumbuhan cacing tanah yang berperanan
sebagai pengurai di dalam sesebuah ekosistem. Seterusnya, pH tanah yang rendah juga
13
boleh mengakibatkan patogen seperti kulat mudah merebak. Akibatnya, proses penyerapan
nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan akan terjejas. Maka pertumbuhan tumbuhan
tersebut akan terjejas. Bagi tanah yang beralkali pula, keadaan ini juga boleh menjejaskan
kesuburan tanah dan menjadikan tanah tersebut tercemar. Kebanyakkan mikroorganisma
dapat bermanfaat kepada tumbuhan (pengurai) hidup dalam julat pH tanah 5.5 hingga 7.8.
berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi juga, julat pH tanah disekitar kawasan Taman
Negara Pahang juga adalah antara 5.0 hingga 7. Iaitu sangat sesuai untuk menjadi habitat
flora dan fauna. Meskipun di lokasi 1, 2 dan 3 menunjukkan nilai pH yang terkawal. Hal ini,
menunjukkan juga bahawa taman negara adalah kawasan yang sesuai bagi ekosistem flora
dan fauna untuk membiak.
Seterusnya kami menjalankan kajian untuk mengkaji nilai pH air di beberapa lokasi
yang terpilih. Nilai pH yang sesuai untuk hidupan akuatik adalah antara 6.5 hingga 8.8. wlau
bagaimanapun tahap keasidan air bergantung pada kuantiti kalsium karbonat (batu kapur) di
dalam tanah. Batu kapar dapat meneutralkan keasidan air. Air yang mempunyai nilai pH
bawah dari 5 adalah berbahaya kepada hidupan akuatik. Kesan daripada air yang berasid
adalah menggalakkan pembiakan spesis plankton dan lumut yang lama-kelamaan akan
menyeliputi. Keadaan ini akan memberi kesan kepada hidupan-hidupan akuatik seperti
ikan-ikan kecil untuk terus hidup. Selain itu, air yang berada di bawah paras nilai pH 5 akan
menyebabkan sesetengah populasi ikan hilang, permukaan dasar sungai akan diselaputi
bahan-bahan yang tidak mudah mereput dan lumut akan mendominasi bahagian air yang
cetek menyebabkan tumbuhan akuatik turut terjejas. Berikut beberapa tempat kajian yang
kami lakukan di beberapa lokasi yang terpilih :
Mengambil pH air di lokasi 1 – Jeti
Kuala Tahan
14
Mengambil pH air di lokasi 2 – Jeti
Kanopi
Mengambil pH air di lokasi 3 – Lata
Berkoh
Bagi air yang mempunyai nilai pH air beralkali tinggi pula akan menyebabkan sisik
ikan akan tertanggal dan memberi kesan kepada kesihatan ikan. Selain itu, air yang sangat
beralkali akan menyebabkan kematian ikan ataupun kecacatan terhadap ikan tersebut
seperti kerosakkan pada insang, mata dan kulit ikan. Ikan juga tidak dapat mengalami
proses nyahtinja di sebabkan oleh tahap nilai pH yang lebih beralkali. Kesan lain pula, pH
air yang tinggi juga menyumbang kepada peningkatan kadar bahan toksin dalam air
misalnya kadar ammonia yang tinggi menjejaskan populasi hidupan akuatik. Merujuk
kepada dapatan kajian ekosistem dan habitat semula jadi di Taman Negara Pahang, julat
pH air 7.3 adalah kerana berkemungkinan ketika mengkaji mengambil sampel nilai pH air
ketika itu iaitu di lokasi Santuari Ikan Kelah, sesi memberi makanan kepada ikan dijalankan.
Sisa makanan ikan mengandungi ammonia yang tinggi iaitu dan bahan kumbahan ikan juga
turut mempunyai sebatian ammonia. Oleh itu, keputusan dapatan pH air di lokasi satu
dipengaruhi. Ini bermakna, tahap pH air di Taman Negara pahang juga di tahap yang baik
iaitu 7.3 sesuai dengan ekosistem air tawar yang terdapat di situ.
15
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, melalui dapatan kajian yang merangkumi 4 bahagian yang
telah kami jalankan di Taman Negara Pahang. Bahagian-bahagian ini merangkumi suhu
persekitaran, suhu air, nilai pH tanah dan nilai pH air. Selain itu, kami juga mengecam dan
mengenalpasti jenis ekosistem yang terdapat di kawasan kajian yang telah kami pilih.
Terdapat beberapa lokasi yang kami pilih seperti kawasan jeti Kuala Tahan, kawasan
jeti kanopi, kawasan Lata Berkoh, Kawasan perkampungan orang asli, kawasan Santuari
Ikan Kelah, Sg Tenor , kawasan kaki Bukit Teresek dan kawasan laluan ke Lata Berkoh.
Dapatan kajian mengenai suhu persekitaran, kami dapati suhu di Kuala Tahan sesuai untuk
proses ekosistem berkembang. Haiwan dan tumbuhan tropika dapat hidup dengan subur
dengan suhu purata 28.1ºC.
Kami juga mengambil suhu air yang kami ambil di tiga kawasan kajian iaitu di Jeti
Kuala Tahan, Jeti Kanopi dan Lata Berkoh menunjukkan suhu purata di ketiga-tiga kawasan
ialah 23.5ºC. Kawasan Taman Negara merupakan kawasan yang dijaga pemuliharaan flora
dan faunanya. Ini menunjukkan kawasan yang dilitupi oleh hutan yang tebal dapat
mengekalkan tahap suhu yang sesuai untuk pertumbuhan dan pembiakkan flora dan fauna
yang terdapat di kawasan tersebut.
Kami juga mengkaji nilai pH tanah di beberapa lokasi yang telah di pilih (rujuk jadual
1). Apa yang dapati ialah nilai pH tanah yang terdapat di Taman Negara, Pahang ini amat
sesuai untuk tumbuhan menjalankan proses pertumbuhan dengan lebih baik. Tanah- tanah
yang dilitupi oleh humus menjadi baja organik untuk tumbuhan hidup dengan lebih subur.
Terdapat juga tumbuhan-tumbuhan yang di tanam oleh Jabatan Perhutanan sebagai
langkah agar warisan dunia ini tidak hilang. Kesesuaian nilai pH tanah ini juga memberi
kelebihan kepada penduduk peribumi iaitu orang asli suku kaum Batek untuk menjalankan
aktiviti pertanian di sepanjang sungai yang terdapat di Taman Negara.
Selain itu, kami juga mengkaji nilai pH air yang bertujuan untuk mengenalpasti jenis-
jenis hidupan akuatik yang terdapat di dalam sungai itu. Dapatan kajian kami mendapati
purata nilai pH air sungai ialah 7.3 iaitu agak beralkali. Walau bagaimanapun, air yang
mempunyai tahap alkali yang rendah tidak memberikan kesan-kesan yang boleh
mengganggu ekosistem di Taman negara, Pahang. Hidupan seperti ikan dapat hidup dan
membiak dengan lebih baik. Contohnya, pihak Taman Negara telah mewujudkan sebuah
16
pusat santuari bagi spesis ikan kelah. Ini kerana tahap nilai pH air yang sesuai untuk spesis
ikan kelah untuk terus membiak.
Oleh itu, itu dapat kami rumuskan bahawa untuk memastikan ekosistem tidak
terganggu proses pemuliharaan ke atas Taman Negara amat perlu dikekalkan. Ini kerana,
penglibatan aktiviti manusia banyak menyumbang terganggunya sesebuah ekosistem di
sesetengah tempat.
17
top related