kajian korelasi

Post on 27-Jun-2015

2.806 Views

Category:

Documents

14 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KAJIAN KORELASI

Dised iakan O leh :Mohd Sukry Assa lamFarr i zan Samin

PENGENALANKajian korelasi mengkaji perkaitan antara

variabel-variabel yang wujud dalam sesuatu masalah.

Kajian korelasi memberi penekanan kepada penentuan sejauh mana kaitan antara variabel-variabel.

Ini membolehkan penyelidik menentukan variasi yang berlaku pada satu variabel dan kaitannya dengan variasi yang berlaku pada satu variabel lain.

DEFINISI KAJIAN KORELASIMohd Najib 1999, kajian korelasi adalah

kajian yang melihat hubungkait atau pengaruh antara satu faktor dengan faktor yang lain mnggunakan ujian statistik korelasi dalam reka bentuk ini berbagai teknik yang digunakan.

Selain daripada itu, dengan menggunakan kajian korelasi ini, hendak la berskala dan bernisbah.

Data perlu diperolehi daripada satu sampel atau dua kumpulan sampel yang sama.

Antara kriteria utama dalam kajian korelasi ini juga adalah, memerlukan dua jenis data dalam satu sampel untuk dihubungkaitkan dalam kajian.

Selain daripada itu, kajian korelasi juga perlulah dalam bentuk ordinal atau pangkatan.

Indeks korelasi merupakan penunjuk kekuatan atau arah hubungan antara dua pemboleh ubah yang dihubungkaitkan dalam kajian.

Manakala koefisien korelasi pula adalah untuk menentukan darjah kekuatan kaitan dua pemboleh ubah tadi.

TUJUAN KAJIAN KORELASISeringkali penyelidik menggunakan kajian

korelasi untuk menentukan sebab-musabab sesuatu peristiwa.

CONTOH : -Misalnya, sekiranya kaitan positif wujud

antara pendapatan penjaga dengan pencapaian akademik pelajar, penyelidik mengatakan bahawa pendapatan penjaga mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

Begitu juga, sekiranya kaitan negatif wujud antara kasih sayang ibu bapa dengan bilangan kes penagihan najis dadah di kalangan pelajar sekolah, penyelidik mungkin mengatakan kurangnya kasih sayang menyebabkan pelajar terjerumus ke dalam kancah penagihan najis dadah.

Sekiranya kaedah penyelidikan yang digunakan berbentuk deskriptif, penyelidik perlu berhati-hati apabila mengatakan hubungan sebab-musabab.

Penyelidikan deskriptif biasanya mirip kepada penyelidikan penerokaan bilamana penyelidik tidak dapat memastikan faktor-faktor atau variabel-variabel yang terlibat dengan sesuatu peristiwa.

Apa yang dilakukan oleh penyelidik deskriptif adalah menjelaskan sesuatu fenomena; bukan mengenal pasti dengan tepat faktor-faktor atau variabel yang menyebabkan berlakunya sesuatu peristiwa.

Terdapat beberapa syarat yang mesti dipenuhi sebelum seseorang penyelidik mengatakan hubungan sebab-musabab.

Pertama, hubungan satu variabel (A) dengan satu lagi variabel (B) mestilah wujud.

Kedua, variabel A mestilah wujud atau hadir terlebih dahulu daripada variabel B.

Ketiga. tiada kesan kewujudan variabel-variabel extraneous (katakan variabel-variabel C, D ,., dan Z)

Dalam contoh pendapatan penjaga mempengaruhi pencapaian akademik pelajar, kita mestilah mempunyai kaitan yang bererti antara pendapatan penjaga dan pencapaian akademik.

Kita perlu memastikan pendapatan penjaga telah wujud terlebih dahulu sebelum pengujian dilakukan untuk menentukan pencapaian akademik pelajar.

Di samping itu, kita perlu memastikan tidak ada variabel lain yang boleh mempengaruhi atau berkaitan dengan kedua-dua variabel yang dikaji iaitu pendapatan penjaga dan pencapaian akademik pelajar.

Kesalahan sering dilakukan oleh penyelidik dengan mendakwa ada hubungan sebab-musabab antara dua variabel yang dikaji berdasarkan adanya kaitan bererti yang tunjukkan oleh pekali korelasi.

Terdapatnya kaitan yang bererti walau sebesar mana nilainya ditunjukkan oleh pekali korelasi tidak semestinya membolehkan penyelidik menyimpulkan adanya hubungan sebab-musabab.

Pekali korelasi yang tinggi antara pendapatan negara dengan pencapaian akademik pelajar tidak bermakna pendapatan negara mempengaruhi pencapaian pelajar.

Pekali yang tinggi di antara jumlah hujan yang turun dalam bulan Disember dengan bilangan kes penagihan najis dadah di kalangan pelajar tidak bererti jumlah hujan turun menyebabkan pelajar menagih najis dadah.

Hubungan seperti mi sering terjadi disebabkan faktor-faktor lain selain daripada faktor-faktor yang dianggap beroperasi oleh penyelidik

Hubungan korelasi spurious seperti ini biasanya disebabkan kesan Hawthrone.

Penyelidik perlu berhati-hati apabila membuat kesimpulan hubungan sebab-musabab.

Penyelidik perlu rasional dan logik apabila mengatakan hubungan sebab-musabab.

JENIS-JENIS PEKALI KORELASI

Jenis-jenis pekali korelasi yang digunakan bergantung kepada objektif penyelidikan serta jenis data yang dikumpul.

Peringkat-peringkat pengukuran variabel seperti ukuran nominal, ukuran ordinal, ukuran sela dan ukuran nisbah biasanya digunakan sebagai panduan bagi pemilihan jenis-jenis pekali korelasi

Di antara jenis-jenis pekali korelasi termasuklah;- korelasi kontingensi korelasi pangkat Spearman dan korelasi hasil darab momen Pearson.

Terdapat juga kaedah-kaedah korelasi seperti korelasi dwi-siri korelasi tetrakorik, korelasi mudah, korelasi pelbagai dan korelasi separa.

KELEMAHAN KAJIAN KORELASIAntara kesilapan yang mungkin dilakukan oleh

pengkaji adalah, membuat andaian tentang punca dan kesan terhadap pembolehh ubah yang dikaji.

Antara keburukan yang terdapat dalam penggunaan kajian korelasi, ianya hanya memungkinkan hubungkait antara dua pemboleh ubah sahaja.

Dalam kajian sains sosial banyak pemboleh ubah yang boleh mempengaruhi sesuatu tingkah laku seseorang.

Kelemahan lain dalam ujian korelasi ini juga adalah penggunaan indeks korelasi dalam ujian.

Indeks korelasi hanya menerangkan kekuatan tetapi tidak menerangkan tentang punca dan kesan.

Ini adalah disebabkan tiada kawalan keatas faktor-faktor lain.

Oleh yang demikian kajian berbentuk korelasi adalah bentuk kajian yang sesuai digunakan oleh sains tulen.

Dalam kajian sains tulen, pemboleh ubah mudah dikawal mengikut bentuk kajian pengkaji.

Berbanding dalam kajian sains sosial, banyak pemboleh ubah yang tidak dapat dikawal mengikut kehendak pengkaji.

Ini disebabkan sifat dan sikap serta tingkahlaku yang dikaji.

Sehubungan dengan itu, kajian korelasi ini juga tidak dapat menunjukkan perbezaan yang persis dan jitu terhadap pemboleh ubah-pemboleh ubah yang ada.

Ini disebabkan manusia sebagi bahan kajian mudah berubah dari segi sikap.

Ini disebabkan pengaruh luar mahupun motivasi dalaman seseorang itu.

Memandangkan wujudnya banyak variabel-variabel dalam bidang pendidikan, kajian korelasi sangat popular bagi menjelaskan fenomena pendidikan.

Kajian deskriptif berbentuk penerokaan biasanya menggunakan kajian korelasi untuk mengenal pasti variabel-variabel yang berkaitan dengan sesuatu fenomena pendidikan.

Kajian korelasi juga berfaedah bagi pembentukan hipotesis penyelidikan.

Kaitan variasi antara variabel-variabel boleh ditentukan dengan menggunakan pekali korelasi.

Pekali korelasi mengandungi dua unsur; tanda dan nilai pekali.

Tanda positif (+) menunjukkan perkadaran seiras antara variasi dalam satu variabel dengan variasi dalam satu lagi variabel yang dikaji.

Pekali positif antara jumlah masa belajar dengan markah ujian sejarah menjelaskan kepada kita bahawa sekiranya jumlah masa belajar bertambah, markah yang diperoleh juga meningkat.

Sebaliknya, sekiranya jumlah masa belajar mengurang, jumlah markah yang didapati juga mengurang.

Pekali bertanda negatif pula menunjukkan perkadaran songsang antara variasi pada kedua-dua variabel yang berkait.

Sekiranya pekali antara pendapatan penjaga

dengan markah pelajar negatif, ini menunjukkan pelajar yang mempunyai penjaga berpendapatan tinggi memperoleh markah yang rendah dan pelajar yang penjaganya berpendapatan rendah memperoleh markah yang tinggi.

Nilai pekali menunjukkan keteguhan hubungan antara dua variabel.

Nilai pekali mengandungi nilai-nilai di antara sifar dengan 1.

Nilai pekali 1 menunjukkan hubungan variasi antara variabel-variabel yang berkaitan adalah hubungan sempurna.

Hubungan sempurna menjelaskan kepada kita bahawa sekiranya variasi satu variabel meningkat sebanyak seunit, variasi satu lagi variabel yang berkait juga meningkat sebanyak seunit.

Nilai pekali sifar menunjukkan tiada hubungan linear antara satu variabel dengan variabel lain.

Hubungan antara dua variabel dikatakan lemah apabila nilai pekali mendekati sifar dan dikatakan teguh apabila nilai pekali menghampiri 1.

RUJUKANhttp://aboutresearch.blogspot.com/2010/10/

kajian-korelasi.html

top related