islam di china 11.docx
Post on 03-Apr-2018
255 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 ISLAM DI CHINA 11.docx
1/5
15
ISLAM DI CHINA
China adalah antara negara paling awal menerima kedatangan Islam. Islam
sampai ke negara itu melalui perjuangan dan usaha gigih sahabat Rasulullah.
Sumbangan Islam kepada peradaban China sangat besar dan tidak boleh
dipadamkan dari catatan sejarah.
Ianya Berlaku sejak Rasulullah s.a.w lagi. Ini berdasarkan catatan sejarah
Dinasti Sui sampai di Teluk Parsi pada abad ke-5M dan telah ada penempatan
orang Arab di sekitar pelabuhan utama di China.Islam telah diperkenalkan sejak
zaman Rasulullah s.a.w. berdasarkan pendapat yang menyatakan Saad bin Lubayd
yang menyertai rombongan ke Habsyah pada 619M telah berdakwah ke China pada
630/631M.Beliau bersama sahabatnya yang dikenali sebagai Yusuf telah berdakwahdi Chuan Chow, Chang Chow dan Canton serta bertanggungjawab mendirikan
masjid Kwang Tah Se dan masjid Chee Lin Se. .
Menurut rekod Sejarah Dinasti Tang, Islam dibawa ke China oleh pendakwah
yang diketuai oleh Saad bin Abi Waqas iaitu Panglima Perang Laut Islam sewaktu
pemerintahan Maharaja Yung-Wei dalam Dinasti Tang pada abad ke-7M. Terdapat
pendapat yang menyatakan Islam dibawa ke China pada zaman Thai Sung (627-
655M) dan orang Islam yang pertama tiba di China ialah Abu Hamzah Ibn Hamzah
(anak kepada Hamzah bin Abi Talib, sepupu Rasulullah s.a.w). Beliau bersama 3000
orang Muhajirin telah berhijrah ke China dan menetap di kawasan San Gan
Foo.Menurut catatan rasmi Dinasti Tang (618-905M), Islam dibawa kira-kira pada
651/652M (kurun ke 7M) apabila satu utusan Islam yang dikirimkan oleh Khalifah
Othman b. Affan telah sampai ke Chang-an (kini Xian) ibu kota Dinasti Tang.
-
7/28/2019 ISLAM DI CHINA 11.docx
2/5
16
PERKEMBANGAN ISLAM DI CHINA
Dinasti SUNG (960-1279M) ialahDinasti yang berjaya menyatukan
kerajaan kecil di China. Aktiviti perdagangan antara orang Arab dan Cinasemakin meluas. Pedagang asing diberikan perlindungan oleh pemerintah,
dibenarkan berkampung dan bebas berdagang. Ramai pedagang Islam
datang dan ini meluaskan proses penyebaran Islam. Manakala DINASTI
YUAN (1127-1368M)didirikan oleh orang Monggol (diketuai oleh Genghis
Khan). Zaman Kublai Khan, kawasan selatan China pula tewas pada 1279M.
Dinasti Yuan memerintah seluruh China sehingga 1368M. Ramai ilmuwan dari
Asia Barat datang berkhidmat dengan kerajaan sebagai pentadbir, pakar
kewangan, arkitek, ahli sains dan matematik (mendapat kedudukan tinggi).
Mempengaruhi penduduk tempatan untuk masuk Islam.DINASTI MING (1368-
1644M)pula ialahDinasti Islam yang terbesar dan terkenal. Pentadbiran oleh
orang Cina Islam. Merupakan kejayaan besar masyarakat Islam di China.
Banyak masjid dibina. Ramai orang Islam dilantik oleh kerajaan. Ilmu sains
Islam bergiat cergas.DINASTI CHING (1644- 1912M)ditadbir oleh orang
Manchu. Kedudukan orang Islam tergugat. Diskriminasi terhadap orang Islam,
terutama yang bukan Cina. Berlaku reformasi yang dilakukan oleh orang Islam
menyebabkan berjuta rakyat Islam terbunuh.
-
7/28/2019 ISLAM DI CHINA 11.docx
3/5
17
FAKTOR PEMANGKIN ISLAMISASI DI CHINA
TOKOH-TOKOH ISLAM DI CHINA
LAKSAMANA CHENG HO
Ma San Pao ialah nama asalnya. Beliau berketurunan Sino Arab dari Yunnan
dan telah menjadi laksamana selama 30 tahun. Beliau menpunyai misi-misi
tertentu iaitu melakukan 7 pelayaran dan singgah di 30 negara Asia (termasuk
Melaka) dan Afrika.Sumbangan beliau kepada kebudayaan Islam ialah beliau
telah meletak batu asas pertukaran budaya di bumi Melayu,memperluaskan
budaya berdagang dan berlayar serta mencatat arah layar, mata angin, jarak
perjalanan dan tempat- tempat perhentian.
YUSOF MA ZHU (1640- 1711)
Tokoh Islam ini dilahirkan di Yunnan. Beliau sukabergaul dengan ulama Islam
dalam usaha menuntut ilmu Islam dan belajar sastera Arab dan Parsi. Yusof
Ma Zhu juga menjadi tenaga pengajar di Akademi Maharaja dan membuat
banyak penyelidikan mengenai Islam.Karya agung beliau ialah Arah Islam
(berkaitan sejarah, falsafah, Islamic law)
LIU ZHI (1665- 1745)
Beliau dilahirkan di Nanjing.Dikagumi oleh masyarakat Islam dan bukan Islam
kerana pengetahuan Islam yang luas.Karya agung beliau ialah- Tian Fang
Jian Li (Etika dalam Islam). Beliau juga telah melakukan kejayaan dalam
usaha memahami manusia dari perspektif Islam.
YUSOF MA DEXING (1794-1874)
Beliau dikenali sebagai Ma Fuchu di Yunnan dan telah tinggal di Arab selama
8 tahun. Beliau telah terlibat dalam Pemberontakan Orang Islam (1862-1872-
Yunnan). Beliau telah dibunuh oleh rejim Ching. Beliau terkenal kerana
pengetahuan Islam dan kefasihan (bahasa Arab dan Parsi).Karya agung
beliau ialah Kitab Ajaran Suci (terjemahan Al-Quran, Nahu, Sarf)Sumbangan kepada Kebudayaan Islam ialah menterjemahkan Al-Quran dan
-
7/28/2019 ISLAM DI CHINA 11.docx
4/5
18
juga menulis buku- buku Islam (bahasa Arab dan Parsi).
SUMBANGAN ISLAM DI CHINA
ASTRONOMI
Pembinaan makmal kaji bintang (Dinasti Yuan).
Tokoh utama dalam ilmu astronomi Tcha-Ma-Lou-Tin (Jamaludin).
Beliau mencipta berbagai alat kaji bintang dan cuaca serta kalendar (takwim
Wan-nien-li). Dijadikan takwim rasmi kerajaan mulai 1265 hingga 1281 masihi.
MATEMATIK
Pada zaman Dinasti Tang dan Sung, masyarakat Islam memperkenalkan
kaedah pengiraan Arab (Xiyi Lishu), kaedah 60 darjah (Chiu Ji Li-Zaman
Tang), algebra dan trigonometri.
PELAYARAN
Orang Islam membantu perkembangan pembinaan kapal dan menggerakkan
usaha pelayaran.
Contoh: Cheng Ho mulakan pelayaran ke luar China.
Turut majukan bidang pelayaran terutama soal peralatan untuk berlayar
seperti kepakaran astronomi, kompas dan kaedah ukuran air.
PERUBATAN
Kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan
ilmu perubatan China.
Beberapa karya dihasilkan sebagai panduan.
Bahan perubatan dibawa masuk ke China pada zaman Dinasti Tang dan
Dinasti Sung.
PEMBINAAN
Menggabungkan elemen tempatan dan senibina Islam bertujuan untuk
-
7/28/2019 ISLAM DI CHINA 11.docx
5/5
19
penyesuaian keadaan di situ. Contoh: Masjid Niukie yang berusia 700 tahun
dan Masjid Huaje Lane di Sian (Xian).
KESIMPULAN
Kedatangan Islam ke China membuktikan agama suci ini bersifat sejagat.
Perdagangan dan politik merupakan faktor utama kemasukan Islam di China.
Masyarakat Islam China berjaya membuktikan sumbangan Islam kepada
kemajuan peradaban China.
top related