imej vektor dan imej bitmap
Post on 11-Jan-2017
240 Views
Preview:
TRANSCRIPT
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
IMEJ VEKTOR DAN IMEJ BITMAP
1.0 PENDAHULUAN
Grafik merupakan antara media paling utama digunakan bagi memperlihatkan ketrampilan
sesebuah aplikasi multimedia, juga sebagai sumber penyampaian maklumat yang berkesan.
Grafik boleh ditafsirkan sebagai sebahagian daripada gambar , lukisan klip , gambar foto dan
lukisan garisan yang digunakan untuk menghasilkan latarbelakang , kandungan maklumat dan
kawalan pencarian di dalam produk multimedia. Grafik berkomputer merujuk kepada imej yang
dihasilkan menggunakan komputer. Imej berkomputer merujuk kepada imej yang mudah
seperti garisan atau bulatan ataupun yang kompleks seperti fractal. Grafik disimpan di dalam
pelbagai fail format dan boleh menampung saiz yang berkualiti serta penggunaan pelbagai
aplikasi. Grafik berkomputer terbahagi kepada dua iaitu imej Raster atau grafik Bitmap dan
imej Vektor atau grafik Metafile.
Secara keseluruhannya ia untuk mewakili sesuatu imej, Cuma perbezaannya ialah bagaimana
sesuatu imej itu diwakili. Imej memainkan peranan yang penting dalam pembangunan produk
multimedia. Tedapat dua jenis imej yang utama iaitu imej vektor dan imej bitmap. Namun
begitu, kedua-duanya mempunyai ciri-ciri dan konteks penggunaan yang berbeza.
2.0 GRAFIK BITMAP DAN IMEJ VEKTOR
Juga dikenali sebagai imej raster. Ia mewakili sesuatu imej sebagai susunan titik yang dikenali
sebagai piksel atau bit. Bitmap mewakili imej yang maklumatnya disusun dalam bentuk matrik
mudah yang menerangkan setiap piksel yang wujud dalam membentuk imej. Grafik bitmap
adalah kumpulan bit yang membentuk sebuah gambar. Gambar tersebut memiliki kandungan
satuan-satuan titik (pixel) yang memiliki warnanya masing-masing (bits) Imej yang biasa
disimpan secara komprehensif di dalam komputer adalah berbentuk imej raster atau bitmap . Ia
digunakan sebagai medan pertukaran imej yang dirujuk untuk menghasilkan imej 2 dimensi di
dalam paparan komputer. Bergantung kepada perkakasan dan keupayaan, ia dapat
memaparkan daripada 2 kepada lebih jutaan warna. Imej dapat dihasilkan dengan keadaan
yang sebenar iaitu gambar asli. Kebiasaannya imej bitmap wang dipaparkan pada skrin
Page 1
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
komputer mempunyai resolusi kira-kira 100 ppi. Walau bagaimanapun apabila membuat
cetakan, pencetak akan memerlukan data imej melebihi daripada monitor. Dalam usaha
menjadikan imej bitmap tepat dan kemas, pencetak biasanya memerlukan 150-300 ppi dan
imej yang muncul di skrin monitor menjadi lebih besar.
Manakala imej vektor juga dikenali sebagai imej lukisan (draw-type images) atau imej yang
berasaskan objek (object oriented images). Merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan
dengan menggunakan teknologi komputer menggunakan perisian-perisian tertentu dan diwakili
dalam bentuk geometri (arahan matematik) yang dibina daripada garisan lurus, oval,
lengkungan, bulatan dan sebagainya.Ini menjadikan grafik dalam bentuk vektor boleh diubah
saiz dalam skala besar tanpa menjejaskan resolusi sesuatu imej. Imej vektor adalah asas kepada
elemen lukisan atau objek seperti garis , bulatan , segi empat dan pelbagai imej lagi . Objeknya
terbentuk daripada suatu siri arahan yang mengarahkan cara bagaimana objek tersebut akan
dilukis. Apabila sesuatu garisan dibina, suatu set arahan akan dibentuk bagi menerangkan saiz,
kedudukan dan bentuk imej tersebut. Biasanya imej vektor disimpan melalui arahan sesiri yang
mewakili objek tunggal. Sebagai contohnya :
Garis : Garis x1 , y1 , x2,y2 ,warna
Segi Empat : Pandangan atas , tepi , tinggi , lebar , warna
Bulatan : Jejari , Warna , ketinggian.
3.0 CIRI-CIRI GRAFIK BITMAP
Ciri-ciri grafik bitmap iaitu tersusun oleh sebaran bintik-bintik (pixel) yang berbagai-bagai
warna. Pixel tersebar dalam pola grid. Pecah ketika diperbesarkan. Resolusi mengacu pada
jumlah pixel dalam foto dan biasanya dinyatakan sebagai dpi (titik per inci) atau ppi (pixel per
inci). Digunakan untuk gambar kompleks, berupa ragam warna dan bentuk yang beraneka
seperti foto dari hasil bidikan kamera. Fail imej bitmap mempunyai saiz yang besar. Dua faktor
yang memberi kesan kepada saiz sesebuah imej ialah :
Page 2
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
1. Resolusi (Resolution)
Bilangan piksel yang terdapat pada imej fail imej bitmap sangat bergantung kepada resolusi.
Setiap kali fail imej dicipta, resolusi imej perlu dinyatakan. Resolusi imej yang tinggi akan
menghasilkan imej yang lebih tajam dan licin, berbanding dengan resolusi imej yang rendah.
Semakin tinggi resolusi imej tersebut, semakin besar saiz failnya.
2. Kedalaman (depth)
Merujuk kepada penyataan warna dan keterangan (brightness) bagi setiap piksel individu.
Setiap piksel mengandungi 2 atau lebih warna. Kedalaman warna dapat digambarkan
melalui berapa banyak data dalam bits yang menghasilkan warna.
Contohnya:
1 bit menghasilkan 2 warna. (hitam atau putih)
2 bit menghasilkan 4 warna
4 bit menghasilkan 16 warna
8 bit (1 byte) menghasilkan 256 warna
16 bit (2 byte) menghasilkan 65,536 warna
24 bit (3 byte) menghasilkan 16,777,216 warna
Semakin besar kedalaman setiap piksel, akan menghasilkan saiz fail imej bertambah besar.
Sesuai digunakan untuk gambar-gambar dengan efek bayangan yang halus.
Manakala ciri-ciri imej vektor adalah grafik dengan imej vektor merupakan gambar yang
dibentuk oleh objek berupa garis dan lengkung. Kualiti hasil gambar tidak bergantung pada
resolusi gambar. Dalam penyimpanan fail Imej vektor hanya memerlukan ruang penyimpanan
yang relatif kecil. Format penyimpanan fail umumnya terdiri dari : *.eps,*.wmf, dan lain – lain.
Pilihan grafik yang paling tepat untuk mengolah atau membuat gambar logo atau gambar
percetakan. Mengubah sifat-sifat dari objek tidak akan mempengaruhi objek itu sendiri. Ukuran
gambar imej vektor dapat ditingkatkan dan dikurangkan untuk setiap baris, dan akan tetap
tajam baik di paparan atau di cetak. Gambar fleksibel memiliki resolusi bebas kerana dapat
menjadi output dengan kualiti tertinggi pada skala apapun. Imej vektor adalah asas kepada
Page 3
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
elemen lukisan atau objek seperti garis , bulatan , segi empat dan pelbagai imej lagi . Objeknya
terbentuk daripada suatu siri arahan yang mengarahkan cara bagaimana objek tersebut akan
dilukis. Objek seperti garisan, lengkungan, bulatan dan sebagainya dilukis dan diwakili dalam
bentuk geometrik (formula matematik). Apabila sesuatu garisan dibina, suatu set arahan akan
dibentuk bagi menerangkan saiz, kedudukan dan bentuk imej tersebut. Biasanya imej vektor
disimpan melalui arahan sesiri yang mewakili objek tunggal. Sebagai contohnya :
Garis : Garis x1 , y1 , x2,y2 ,warna
Segi Empat : Pandangan atas , tepi , tinggi , lebar , warna
Bulatan : Jejari , Warna , ketinggian
Perisian pengeditan imej vektor dikenali sebagai aturcara melukis (drawing program).
Contohnya Macromedia Freehand, Adobe Illustrator, Fractal Design Expression dan sebagainya.
4.0 KESESUAIAN PENGGUNAAN IMEJ BITMAP DAN IMEJ VEKTOR
Imej bitmap sesuai digunakan untuk keperluan dunia fotografi atau gambar-gambar yang
memiliki banyak warna kerana masing-masing pixel akan mengunci warna-warna yang
kemudiannya susun. Makin banyak pixel dalam satuan yang besar menjadikan kualiti gambar tu
semakin cantik. Contohnya jika kita ingin memanipulasi warna latarbelakang kita,
menghilangkan bintik-bintik hitam diwajah dan sebagainya, caranya mudah, dengan
memanipulasi dan menggantikan pixel-pixel yang ada dengan pixel baru yang warnanya
berbeza. Selain itu dengan Bitmap, kita boleh memanipulasi beberapa objek sehingga nampak
rapat dengan kita, memperbaiki kualiti warna gambar hingga memberikan efek-efek tertentu
pada warna gambar (cahaya, glowsi, dkk).
Contohnya:
Page 4
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Selepas Sebelum
Manakala bagi imej vektor amat popular digunakan bagi tujuan menyimpan fail-fail grafik
berkomputer dalam bentuk Clip Art dan kemudian dikomersialkan. Sering digunakan dalam
bidang teknikal seperti CAD/CAM,permodalan saintifik,senibina dan sebagainya yang
memerlukan keupayaan bagi proses memanipulasikan imej seperti memindah, memadam,
menukar saiz, membuat salinan dan lain-lain. Sering juga digunakan dalam dunia senibina grafik
dan multimedia terutamanya hasil sokongan perisian grafik komputer berasaskan vektor seperti
Macromedia Freehand, Adobe Iiiustrator, AutoCar,CorelDraw dan sebagainya. Ia selalu
digunakan oleh pereka-pereka grafik untuk menghasilkan lakaran-lakaran seperti kartun,
gambar rajah, carta dan logo. Imej animasi juga biasanya dicipta sebagai fail vektor, sebagai
contoh produk Shockwave Flash membolehkan kita membuat animasi 2-D dan 3-D. Imej vektor
sesuai untuk gambar-gambar yang warnanya sejenis atau tidak terlalu menggunakan berbagai
warna, contohnya logo-logo, kerana logo biasanya menggunakan beberapa garis lengkung atau
berbagai bentuk. Gambar akan dapat menjana line tersebut, dan apabila dibesarkan, bentuk
gambar tidak akan berubah, Sekiranya ingin membuat gambar dengan banyak lengkuk atau
sudut. Contohnya penggunaan dibidang reka bentuk pakaian hingga ke reka bentuk rumah.
Page 5
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Contohnya:
5.0 KAEDAH PENGHASILAN DAN OPERASI PENGIMEJAN IMEJ BITMAP DAN IMEJ VEKTOR
Terdapat 3 kaedah bagi menghasilkan imej jenis bitmap:
1. Dihasilkan dari awal dengan menggunakan Program Lukisan berasaskan komputer(Paint
Program).
2. Menggunakan Screen Capture
3. Scanner, kamera digital atau video capture
Perisian pengedit bitmap (bitmap editor) sering dipanggil Aturcara mengecat (paint program).
Antara perisian grafik yang popular digunakan bagi mengubah atau meminda imej jenis bitmap
ialah Adobe Photoshop, Macromedia X-Res, Corel Draw, Corel Photo-Paint, Fractal Design
Painter dan aturcara Paint. Operasi Pengeditan imej bitmap adalah :-
Page 6
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Aliasing (Jagged)
Keadaan di mana sempadan imej kelihatan bergerigi dan tidak rata disebabkan oleh ketidak
selarasan antara baris mendatar dan baris menengak sempadan imej tersebut. Sharpen
merupakan satu operasi yang akan menambah contrast antara piksel-piksel yang bersebelahan
yang boleh mengakibatkan keadaan aliasing berlaku.
Anti-Aliasing
Satu proses untuk menjadikan bahagian tepi sesebuah imej itu kabur supaya imej tidak
kelihatan bergerigi. Ia bertujuan untuk menyingkirkan bahagian gerigi (jagged) atau bahagian
tepi yang kasar untuk menghasilkan sebuah imej yang lebih baik. Smooth merupakan satu
operasi yang mengurangkan contrast antara piksel yang bersebelahan.
Perisian pengeditan imej vektor dikenali sebagai aturcara melukis (drawing program).
Contohnya Macromedia Freehand, Adobe Illustrator, Fractal Design Expression dan sebagainya.
Operasi Pengeditan imej vektor ialah pengeditan Primitif yang melibatkan operasi
mengubahsuai bentuk objek, mengalih kedudukan objek, menyalin dan menampal. Setiap objek
mempunyai titik-titik pemegang (handles) yang boleh ditarik-tarik untuk dimanipulasikan. Objek
boleh diubah bentuknya seperti stretching, perspective warp, horizontal and vertical flip,
scaling, rotating serta mengubah warnanya. Ada di antara melukis yang membenarkan
beberapa objek disediakan secara automatik daripada dua objek asas. Proses ini dinamakan
sebagai morphing. Rendering merupakan suatu proses yang akan menukarkan suatu model
objek ke bentuk imej. Format fail grafik vektor akan menentukan cara atau arahan bagaimana
grafik tersebut akan disimpan.
Page 7
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
6.0 FORMAT FAIL IMEJ BITMAP DAN IMEJ VEKTOR
Antara format fail imej bitmap adalah seperti berikut :-
a) BMP (Windows bitmap)
Format piawaian yang disediakan oleh kebanyakan perisian imej dipersekitaran
Windows. Imej boleh dieksport dalam kedalaman berbeza seperti 1-bit, 4-bit, 8-
bit atau 24-bit.
Imej 4-bit dan 8-bit boleh dimampat mengguna pengekodan RLE(Run-Length
coding) yang merupakan kaedah pemampatan Lossless.
b) PCX (Zsoft Paintbrush graphics format)
Piawaian yang disediakan untuk perisian imej pada mesin IBM dan yang serasi
dengannya.
c) TIFF Tagged Image File Format)
Format yang digunakan oleh kebanyakan perisian pengimbas (scanner).
Format ini boleh dimampatkan. Pemampatan TIFF menggunakan pengekodan
LZW (Lempel-Ziv-Welch coding) yang merupakan kaedah pemampatan Lossless.
d) GIF (Graphic Interchange Format)
Format imej meluas digunakan bagi WWW. Ia hanya menggunakan 256 warna
atau kurang. Ini menyebabkan sai failnya dapat dikurangkan dan disesuaikan
untuk menghantar imej melalui talian telefon.
e) JPG (Platform-independent graphics format)
Format imej yang dimampatkan mengguna kaedah JPEG yang merupakan
pemampatan secara Lossy. Format ini sesuai untuk imej yang diimbas dan ingin
digunakan pada WWW.
Page 8
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Manakala format fail untuk imej vektor adalah seperti berikut:-
i. CDR (CorelDRAW)
Format yang disediakan untuk perisian CorelDRAW
ii. CGM (Computer Graphics Metafile)
format fail vektor paling digunakan secara meluas. Ia merupakan program
melukis yang popular termasuklah program persembahan grafik yang
menyokong fail CGM.
Antara produk perisian terbesar yang mampu mengeksport dan mengimport
fail CGM ialah CorelDRAW, Lotus Freelance Graphics, Harvard Graphics dan
Micrografx Designer.
iii. DRW (Micrografx Designer)
format fail grafik yang digunakan oleh Micrografx Designer, program melukis
yang dihasilkan untuk kegunaan PC.
Program-program yang menyokong format fail ini ialah Word untuk
Windows, Ami Pro dan PageMake.
iv. DXF
Dicipta oleh Autodesk AutoCAD. Ia adalah format untuk Lukisan Kejuruteraan
dan senibina. Ia digunakan oleh program AutoCAD dan program yang sesuai
dengan AutoCAD.
Kebanyakkan program penerbitan desktop dan grafik tidak boleh
mengimport fail DXF tanpa penterjemah walaupun CorelDRAW yang
membenarkan pengguna membuka fail DXF dan menyimpannya di dalam
format berbeza.
v. EPS (Encapsulated PostScript)
Dibangunkan oleh Adobe Systems. Format popular untuk penghasilan grafik
pada pencetak postscript. Ia mempunyai saiz fail yang besar dan berkualiti
tinggi.
Page 9
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Ia menyimpan kedua-dua imej bitmap dan vektor
Apabila fail EPS dipaparkan, ia akan kelihatan seperti imej vektor biasa atau
dikelabukan dalam kotak bersama label pengenalan. Apabila kotak ini
dipaparkan selepas mengimpot grafik EPS, ini bermakna program yang
sedang digunakan tidak tahu mentafsir bahasa PostScript yang
membentukkan imej.
Tetapi apabila ia dicetak menggunakan pencetak melalui PostScript imej
terbabit akan muncul seperti biasa.
Apa yang membezakan di antara PostScript dan Encapsulated PostScipt atau
EPS adalah pada fail EPS di mana kod tambahan tersebut akan memberitahu
program yang akan menerima fail terbabit bahawa fail grafik terbabit akan
dihantar.
vi. GEM (GEM metafile)
Format GEM dicipta khusus untuk persekitaran GEM ( Digital Research ). Ia
merupakan format berasaskan objek untuk fail grafik.
Contohnya, IMG adalah format bitmap yang digunakan oleh program GEM
seperti Ventura Publisher. Format ini mempunyai banyak penghadkan
termasuklah jumlah bilangan titik dibenarkan dalam sesuatu imej dan jumlah
bilangan bentuk dibenarkan.
Kebanyakan aplikasi Windows tidak menyokong GEM dan format ini juga
tidak boleh digunakan pada Macintohs.
vii. HPGL (Heelett-Packard Graphics Language)
format digunakan khusus untuk pemplotan. Ia mula-mula dibangunkan
sebagai format fail piawai pemplotan fail output.
Ia tidak sesuai untuk aplikasi biasa kecuali untuk menghasilkan hanya garisan
seni.
Page 10
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Ia tidak boleh mengawal pengisian warna atau menggelapkan bahagian
tertentu bagi sesuatu bentuk tertutup.
Terdapat sebilangan besar program CAD menghasilkan output fail HPGL dan
beberapa program penerbitan desktop terkenal mengimpot fail ini tetapi
sokongan adalah terhad.
viii. PIC (Picture format)
Terdapat 2 jenis fail PIC.
Pertama Jenis format bitmap yang digunakan bersama program cat dipanggil
Pictor ( PC Paint).
Manakala yang kedua menyimpan fail berorientasikan objek daripada Lotus
1-2-3 di dalam bentuk carta daripada program bercirikan penggrafan data
berjadual.
ix. PICT (Macintosh format)
PICT adalah format yang dipilih oleh Macintosh. Kebanyakan aplikasi Mac
berkebolehan untuk menyimpan tangkapan skrin dan fail grafik dalam format
PICT.
Grafik bitmap dan berorientasikan objek boleh disimpan dalam format PICT.
Semua aplikasi dalam Mac juga boleh membaca fail grafik dalam format PICT.
Format ini tidak disediakan untuk pengguna PC kerana fail PICT memerlukan
pennyahkodan yang hanya disediakan oleh sistem pengoperasian Mac.
x. WMF (Windows metafile)
Format bagi Windows meta file. Ia merupakan piawaian bagi struktur fail
grafik vektor dalam persekitaran windows.
Boleh menyimpan kedua-dua grafik bitmap dan grafik berorientasikan objek
dalam fail WMF.
Page 11
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Namun terdapat hanya sebilangan kecil program yang boleh mengecam
WMF di luar Windows. Piawai WMF adalah lebih diminati oleh pembangun
perisian daripada pengguna akhir dan ianya juga merupakan salah satu
kelebihan format ini iaitu mudah untuk ditulis dalam kod perisian.
Kemungkinan pengguna Windows sendiri tidak menyedari yang mereka ada
menggunakan fail WMF. WMF juga adalah salah satu format di mana objek
Clipboard akan disimpan.
7.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN IMEJ BITMAP DAN IMEJ VEKTOR
KELEBIHAN IMEJ BITMAP KELEMAHAN IMEJ BITMAP
Sesuai digunakan sekiranya tahap imej
yang mendalam (detail) serta imej
sepeti mana di dalam kehidupan yang
sebenar diperlukan.
Bitmap mampu menyimpan sejumlah
besar maklumat mengenai imej
tersebut dan ini membolehkan ianya
diubahsuai dengan tahap
pengubahsuaian yang tinggi dan
mendalam sehinggalah anda boleh
mengubah warna setiap piksel yang
ada pada imej tersebut.
Ia bergantung kepada resolusi dan
biasa membentuk saiz fail yang besar.
Menukar saiz atau skala sesebuah imej
bitmap sebenarnya hanyalah
merupakan proses memaparkan piksel
imej yang semakin dibesarkan atau
dikecilkan.
Ini akan mewujudkan masalah dalam
menangani kualiti sesebuah imej
memandangkan sesebuah perisian
grafik perlu menambah atau
membuang piksel yang tertentu bagi
memenuhi keperluan saiz imej yang
dikehendaki.
Page 12
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
Imej yang terhasil dari proses
pengecilan/pembesaran saiz ini
biasanya kabur, bergerigi dan tidak
menarik. Apbila imej bitmap
dibesarkan, piksel imej tersebut akan
turut membesar dan seterusnya
mengubah maklumat bagi setiap piksel
yang ada.
KELEBIHAN IMEJ VEKTOR KELEMAHAN IMEJ VEKTOR
Imej vektor sesuai bagi melakukan
pemanipulasian imej yang mana ianya
boleh diubah suai saiznya di dalam
pelbagai sudut dan arah tanpa
mengubah kualiti imej tersebut.
Kelebihan imej vektor adalah
kurangnya jumlah data untuk
memaparkan imej dan tidak
memerlukan ingatan yang banyak
untuk disimpan memandangkan data
bagi imej tersebut hanya mengandungi
beberapa set arahan berdasarkan
kepada lukisan yang dikehendaki .
Semua arahan komputer ini dikodkan
Kelemahan imej vektor pula adalah
imej yang dipaparkan adalah dalam
lingkungan aras yang terhad . Imej
vektor yang ringkas tidak dibiarkan
bersendirian seperti gambar foto
melainkan imej raster disimpan
sebagai komponenn objek yang
merupakan bahagian daripada imej
vektor.
Imej vektor dihasilkan sepenuhnya
oleh komputer. Oleh itu, ia kurang
realistik dan tidak memenuhi ciri-ciri
objek yang sebenar di dalam
kehidupan yang sebenar.
Semakin kompleks imej vektor yang
Page 13
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
dalam satu set arahan yang kecil. Ini
membolehkan sebuah imej yang
komplek disimpan sebagai satu fail
yang hanya memerlukan beberapa
ratus kilobyte sahaja.
Walaubagaimanapun , imej bitmap
menyediakan jumlah pixel yang sesuai
untuk ketinggian , kedalaman dan
kesesuaian warna , manakala imej
vektor pula ia bergantung kepada
arahan lukisan yang sedikit .
dilukis semakin besar saiz failnya, ini
menyebabkan proses pemaparan imej
pada skrin semakin lambat.
8.0 PERBEZAAN ANTARA IMEJ VEKTOR DAN IMEJ BITMAP
Grafik Vektor Grafik Bitmap
Ia dikenali sebagai imej jenis lukisan / imej berasaskan objek.
Ia dikenali sebagai imej raster.
Ia dibina daripada koleksi objek seperti garisan lurus, garisan bujur dan garisan kotak.
Ia dibina daripada piksel / bit iaitu satu susunan titik-titik
Saiz fail atau ruang storan yang diperlukan untuk menyimpannya adalah kecil. Ini adalah kerana grafik jenis ini disimpan berdasarkan set-set arahan komputer / lakaran pada komputer.
Saiz fail atau ruang storan yang diperlukan untuk menyimpannya adalah besar. Ini adalah kerana grafik jenis ini disimpan dalam bentuk bit.
Ianya diwakili dalam bentuk geometrik (arahan matematik) yang dibina daripada garisan lurus, oval, lengkungan, bulatan dan
Bitmap mewakili sesebuah imej yang maklumatnya disusun dalam bentuk matrik mudah yang menerangkan setiap dot atau
Page 14
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
sebagainya. Imej jenis vektor dibina berdasarkan garisan pada dua penjuru yang bertentangan. Apabila suatu garisan dibina, satu set arahan akan dibentuk bagi menerangkan saiz, kedudukan dan bentuk imej tersebut. Gabungan pelbagai bentuk objek yang dihubungkaitkan antara satu sama lain membentuk suatu imej yang lebih bermakna.
piksel yang wujud dalam membentuk sesuatu imej
Imej ini sesuai dan mudah untuk dikendalikan bagi tujuan mengubahsuai atau manipulasi imej. Saiz, kedudukan serta bentuknya boleh diubah suai di dalam pelbagai sudut dan arah tanpa gangguan terhadap kualitinya.
Menukar saiz atau skala sesebuah imej bitmap sebenarnya hanyalah merupakan proses memaparkan piksel imej yang semakin dibesar atau dikecilkan. Imej yang terhasil dari proses pengecilan dan pembesaran saiz ini biasanya akan kelihatan kabur, bergerigi dan tidak begitu menarik perhatian.
Semua imej vektor adalah dihasilkan oleh komputer maka ini bermakna ianya adalah kurang realistik ataupun kurang memenuhi ciri-ciri objek sebenar di dalam kehidupan sebenarnya.
Semakin tinggi nilai piksel sesebuah imej bagi satu unit lokasi, semakin baik resolusi dan semakin jelas sesebuah imej tersebut
Semakin kompleks imej yang dilukis semakin besar saiz failnya dan semakin lambat untuk ianya dipaparkan pada skrin. Kepakaran di dalam grafik berkomputer juga amat diperlukan bagi menghasilkan sebuah imej vektor yang berkualiti tinggi
Pengimbas imej (scanner) merupakan antara perkakasan yang boleh digunakan bagi memperolehi imej jenis bitmap
Imej ini amat sesuai bagi tujuan menyimpan fail-fail grafik berkomputer dalam bentuk Clip Art yang kemudiannya digunakan serta dipasarkan secara komersial dengan meluasnya. Ia juga sering digunakan terutamanya di dalam bidang teknikal seperti CAD/CAM ('Computer Aided Design / Manufacture'), permodelan saintifik, senibina,
Imej bitmap sesuai digunakan sekiranya tahap imej yang agak mendalam serta kualiti paparan imej seperti mana di dalam kehidupan yang sebenar diperlukan.
Page 15
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
senireka dan sebagainya. Semua bidang ini memerlukan keupayaan bagi proses memanipulasikan imej seperti memindah, memadam, menukar saiz, membuat salinan dan lain-lain.
Contoh perisian: Macromedia Freehand, Adobe Illustrator, AutoCad, Corel Draw dan sebagainya.
Contoh perisian : Adobe Photoshop, Painter dan Macromedia X-Res.
Contoh perbezaan imej Vektor dan imej Bitmap
Page 16
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
9.0 KESIMPULAN
Page 17
STIV 1023 ASAS SISTEM MULTIMEDIA
RUJUKAN
http://tuanzawari.blogspot.my/2013/01/jenis-jenis-grafik.html
Nor Anita Fairos bt. Ismail Fsksm, UTM
http://r.search.yahoo.com/_ylt=AwrsASPHN5dXAGAAwoAPQgx.;_ylu=X3oDMTByZXNnbDRwBHNlYwNzcgRwb3MDMgRjb2xvA3NnMQR2dGlkAw/RV=2/RE=1469556808/RO=10/RU=http%3a%2f%2fwww.gmm.fsksm.utm.my%2f~sca3103%2fcgibin%2fbahan_kuliah%2fanita%2fBab%25207%2520%2520Penggunaan%2520Grafik%2520Dalam%2520MM.pdf/RK=0/RS=kTOsqDx2iBXVUafnD_EWKScDUu0-
http://www.angelfire.com/pa5/software_application/grafik.htm
Page 18
top related