huraian fpk
Post on 28-Apr-2015
40 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
DARULAMAN 06000, JITRA, KEDAH.
DISEDIAKAN UNTUK:EN. MOHAMAD YAZI BIN
KERYA
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN“BERKETRAMPILAN DAN
BERAKHLAK MULIA”
DISEDIAKAN OLEH:ROZANA BINTI RASPIN
NUR NADIAH BINTI GHANI
1. DEFINISI BERKETRAMPILAN
Ketrampilan membawa maksud bagaimana seseorang dapat berhubung dengan insan yang lain. Ia juga meliputi beberapa aspek seperti pemikiran, kepercayaan dan perasaan.
Rakyat yang berketrampilan yang dimaksudkan dalam konsep ini ialah rakyat yang berupaya menjalankan setiap tugas berdasarkan rasa tanggungjawab yang tinggi.
CIRI-CIRI RAKYAT
MALAYSIA YANG BERKETRAMPIL
AN
Mempunyai kecekapan dan
kompetensi diri.
Berkebolehan untuk
menjalankan tugas dengan
sempurna.
Berpandangan jauh dan
berinisiatif.
Memupuk pembawaan
diri yang baik.
Memiliki ciri-ciri seperti berilmu
pengetahuan dan berkelayakan yang
sesuai dengan tugas yang
dipertanggungjawabkan.
KEPENTINGAN
Melahirkan masyarakat yang produktif, bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah.
Bukan itu sahaja, individu tersebut juga akan memiliki pengetahuan dan kelayakan yang sesuai dengan tugas, mempunyai kemahiran dalam menjalankan tugas dan melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna.
Seterusnya dapat memberi sumbangan terhadap pembangunan Negara.
2. DEFINISI BERRAKHLAK MULIA
Rakyat yang berakhlak mulia:Rakyat yang memiliki budi pekerti
yang baik, tingkah laku yang
sopan, berdisiplin dan bersepadu.
CIRI-CIRI RAKYAT MALAYSIA YANG BERAKHLAK MULIA
Mempunyai perwatakan diri yang baik
Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup
Mengetahui nilai baik dan buruk
Menyedari kesan daripada perbuatan baik dan buruk
Menghayati nilai, kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan
Yakin kepada nilai murni.
KEPENTINGAN
• Sekiranya golongan awal kanak-kanak sudah dapat menguasai dan mengamalkan sifat-sifat ini dan tahu membezakan yang baik dan buruk dalam kehidupan mereka, sudah pasti mereka akan menjadi insan yang berguna.
• Rakyat yang seperti ini akan memberi sumbangan kepada keluarga, bangsa dan Negara.
KESIMPULAN
Nilai-nilai yang dibincangkan di atas boleh dipupuk dan diperkembangkan lagi dengan pelbagai cara, antaranya ialah dengan guru
mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif dan melalui pengajaran sesuatu subjek di sekolah. Dengan kata lain, guru adalah antara individu yang memainkan
peranan penting dalam menyemai nilai-nilai tersebut ke dalam diri setiap insan.
Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin & Zakiah Noordin, (2012).
Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Sufean Hussin, (1993).Pendidikan Di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Choong Lean Keow, (2008). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
BAHAN RUJUKAN:
top related