guru dan perundangan

Post on 23-Apr-2017

257 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Guru dan PerundanganCHOO YIK TZELIM YI MING(PEMULIHAN A)

Pengenalan• Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan

sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati.

• Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kakitangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

• Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telah dibuat pindaannya pada 2002.

• Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi dengan teliti demi menjayakan matlamat pendidikan negara.

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993  (Pindaan 2002)• Mula berkuatkuasa pada 20 Jun 2002.

• Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain.

Rasional Peraturan Tatatertib Ini Dilaksanakan Adalah Untuk Memastikan Pegawai Awam• melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan

bertanggungjawab.

• meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri

• menjaga imej perkhidmatan awam

Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993, (pindaan) 2002 (p.u.a.246). yang telah mula dikuatkuasakan pada 20.6.2002, antara peraturan yang dimasukkan dalam peraturan ini adalah seperti yang berikut:

• jenis-jenis kesalahan yang membolehkan diambil tindakan tatatertib• jenis-jenis tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap pegawai

yang melakukan kesalahan• hukuman tindakan tatatertib

Peraturan 3a• Penjawat awam wajib mematuhi peraturan-peraturan yang

telah ditetapkan dan tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai yang ingkar.

Peraturan 3b• Seseorang pegawai dikehendaki memberi aku janji

sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (PU.A.176) Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan

Peraturan 3c• Menjadi tanggungjawab seseorang pegawai untuk menjalankan

kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan segera terhadap mana pegawai yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini.

• Pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dan tidak bertanggungjawab dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib

Tatakelakuan Yang Ditegah Sama Sekali Atau Boleh Dibuat Dengan Kebenaran

Peraturan 4a (Gangguan Seksual)

• Keadaan yang menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut.

• Gangguan tidak terhad kepada perlakuan di tempat kerja atau dalam waktu kerja.

• Termasuk perbuatan dalam menyatakan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada atau di hadapan orang lain.

• Tidak kira sama ada lisan, bertulis atau apa jua perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain.

Peraturan 23 (ketidakhadiran tanpa cuti)

Peraturan 23 (peraturan lain yang berkaitan)

Pakaian

Antara contoh pelanggaran peraturan adalah seperti;• Memakai singlet atau baju-T, tanpa kolar• Memakai sarong, seluar pendek dan lain-lain

Menyalahgunakan dadah• Perkhidmatan pegawai boleh ditamatkan atas kepentingan

awam sekiranya pelanggaran peraturan seperti menghisap ganja, morfin, heroin atau menagih dadah.

Menerima/ memberi keraian• Seseorang penjawat awam tidak boleh menerima / memberi

keraian sekiranya keraian itu dapat dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas rasmi untuk kepentingan peribadi.

Contoh pelanggaran peraturan ini adalah seperti kontraktor meraikan ketua jabatan yang menjadi ahli lembaga tender seperti (keraian = belanja makan, hotel, tambang bercuti dan lain-lain).

• Perlu membuat pengisytiharan harta secara bertulis

Meminjam Wang• Tidak boleh terlibat dalam kes perhutangan kewangan yang

serius

Penerbitan Buku dan Karya• Seseorang pegawai juga tidak boleh menerbitkan atau menulis

buku, majalah atau karya lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat.

Antara contoh perlanggaran peraturan ini adalah seperti menulis atau menerbit buku dengan menggunakan maklumat rasmi terperingkat (rahsia besar, rahsia dan sulit).

Tidak Boleh Membuat Pernyataan Awam

• Pernyataan berhubung dasar-dasar, keputusan atau isu-isu kerajaan tentang sesuatu hal.

Contoh, membuat perjelasan tentang sesuatu peristiwa berkaitan dengan kerajaan.

Tidak Boleh Terlibat Dengan Kegiatan Politik•  Pegawai Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan

Profesional dilarang melibatkan diri dalam kegiatan politik atau memakai lambang parti politik kecuali kumpulan sokongan setelah mendapat kebenaran bertulis.

Sekian, terima kasih..

top related