fungsi tulang

Post on 01-Jul-2015

2.466 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Fungsi Tulang

FUNGSI HURAIAN CONTOH

PergerakanMemberi keupayaan pada tubuh untuk bergerak

Tulang-tulang akan bertindak sebagai tuas bagi menghasilkan pergerakanapabila otot yang melekat pada tulang berkontraksi.

Sendi lengan dan kaki, sendi lutut yang melibatkan tibula, fibula dan femur.

Perlindungan melindungi struktur-struktur penting dalam tubuh

Rangka melindungi organ dalaman yangpenting.

Tulang rusuk melindungi paru-paru dan jantung.

Tengkorak melindungi otak

Sokongan Menyokong tubuh manusia

supaya tegak

Tanpa tulang, manusia tidak mampu berdiri tegak kerana otot dan urat manusia tidak mampu menyokong berat badan.

Tulang belakang menegakkan badan

Memberikan struktur/bentuk muka

FUNGSI HURAIAN CONTOH

Pembentukan sel-sel darah Tulang menyimpan sum-sum yang bertugas menghasilkan darah.

Sum-sum dalam tulang menghasilkansel darah merah, sel darah putih dan platlet.

Tempat simpanan bahan galian bagi badan

Tulang menyimpan mineral seperti kalsium dan fosforus. Mineral ini akan dikeluarkan untuk kegunaan bahagian lain pada tubuh apabila diperlukan.

Lemak disimpan dalam kaviti tulang. Jikadiperlukan, lemak akandiserap ke dalam darahdan digunakan sebagai sumber tenaga.

Struktur Tulang

Struktur tulang menyediakan rangka tuas yang teguh bagi

membolehkan pergerakan dalam

aktiviti fizikal.

tulang berlaku secara diameter dan secara

memanjang.

Terdiri daripada empat lapisan iaitu :

PeriosteumTulang mampatTulang berongga Sum-sum tulang.

Struktur Tulang

PERIOSTEUM

Lapisan pertama pada tulang dan mempunyai selaput luar yang nipis.

Terdiri daripada osteoblas (sel pembentukan jaringan tulang). Ia menyediakan saluran darah dan saraf ke tulang.

Tempat melekatnya otot-otot rangka ke tulang dan berperan dalam memberikan nutrisi, pertumbuhan dan reparasi tulang rosak.

PERIOSTEUM

TULANG MAMPAT (DIAFISIS)

Lapisan kedua pada tulang dan mempunyai tekstur yang halus

dan keras serta disaluti periosteum.

Banyak mengandung kapur (Calsium Phosfat dan Calsium

Carbonat) sehingga tulang menjadi padat dan kuat.

Tulang kompak paling banyak ditemui pada tulang kaki dan

tulang tangan.

TULANG BERONGGA (EPIFISIS)

Lapisan ketiga dan terletak pada kedua-

dua hujung tulang panjang.

Memiliki banyak rongga yang diisi

oleh sumsum merah yang dapat menghasilkan sel-

sel darah.

Tulang spongiosa terdiri dari kisi-kisi tipis tulang yang

disebut trabekula.

TULANG BERONGGA (EPIFISIS)

Lapisan terakhir dan yang paling dalam adalah sumsum tulang

Sumsum tulang berperan penting dalam tubuh kita kerana berfungsi memproduksi sel-sel darah yang ada dalam tubuh.

Sumsum tulang wujud seperti jelly yang kental dan dilindungi oleh tulang spongiosa

SUMSUM TULANG

SUMSUM TULANG

Rangka Aksial

• Tengkorak• Tulang veterbra• Sangkar Toraks

Tengkorak

Merupakan struktur bertulang yang

melindungi otak dan bahagian teratas saraf

tunjang serta menyokong mata dan struktur-

struktur lain pada muka Tengkorak terbentuk daripadabeberapa jenis tulang :• Sutur• tulang parietal• tulang frontal• soket mata• tulang hidung• tulang pipi (tulang zygomatic) • rahang bawah (mandible).

Tengkorak yang terbina daripada tempurung kepala dan tulang muka yang dapat dibahagikan kepada dua iaitu tulang kranium

dan tulang muka.

Tulang kranium berfungsi melindungi otak manusia dan bersendi dengan rahang bawah.

Manakala tulang muka pula berfungsi melindungi mata dan telinga yang keseluruhannya bersendi dengan turus vetebra.

Tulang Veterbra

Bahagian ini terdiri daripada 33 ruas tulang vetebra iaitu :

1. Serviks (7 ruas) -Menyokong kepala dan leher

2. Toraks (12 ruas) -Membentuk satu sauh atau sebagai pengangkut bagi tulang rusuk

3. Lumbar (5 ruas) -Membantu menyokong berat badan dan memberikan kestabilan pada badan

4. Sakrum (5 ruas)-Menyokong pelvis, dan akhir iaitu koksiks (4 ruas) yang membentuk bahagian hujung tulang belakang.

top related