anatomi(fungsi tulang)

Upload: nain-zul

Post on 16-Jul-2015

832 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJ 3106FUNGSI TULANGDIBENTANG OLEH: AHLI :MOHD ZULKARNAIN BIN ABDULLAH MOHD MUNIRUL HAKIM BIN IDRIS SITI NOR SHAFIQAH BT MAT NOR SHAZNEEZA NAZNEEM BT ABDUL WAHAB WAN SITI NOOR AINASYARAH BT WAN HUSIAN KELAS : PK-MP PR-2

FUNGSI ASAS TULANGPenyokong Tulang membentuk rangka tubuh dan menyokong tisutisu lembut dan memberikan perlekatan pada banyak otot dan ligamen Ianya melindungi organ dalaman daripada kecederaan. Misalnya otak dilindungi tulang kranium, jantung dan paru-paru dilindungi oleh tulang rusuk dan organ pembiakan dilindungi tulang pelvis.

Perlindungan

Pergerakan

Pelekatan otot untuk membantu proses pergerakan dan proses kontrasi bagi menghasilkan pergerakan. Contohnya memegang, melentur, menarik dan menolak.

Simpanan mineral

Tulang bertindak sebagai tempat simpanan kalsium, fosforus, sodium,potasium dan mineral lain bagi menghasilkan sel pembina tulang

Penghasilan sel darah

Sum-sum merah pada beberapa tulang berupaya menghasilkan sel darah merah, beberapa sel darah putih dan platelet. Proses ini dikenali sebagai hematopoiesis atau hemopoiesis.

FUNGSI TULANG RAWANPENYOKONG Membentuk sebahagian besar rangka tubuh fetus Bagi orang dewasa, ianya membentuk rangka bagi bahagian yang mudah lentur. PERGERAKAN Permukaan rawan yang licin itu meliputi permukaan artikular tulang mampu mengurangkan pergeseran semasa pergerakan sendi. PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN Penting untuk perkembangan dan pertumbuhan tulang panjang sebelum dan selepas bayi dilahirkan. PENYEMBUHAN TULANG Ianya penting dalam penyembuhan tulang yang fraktur/patah.

FUNGSI TULANG KRANIUMFRONTAL Membentuk dahi dan lantai bagi kaviti anterior kranial PARIETAL Membentuk bahagian sisi bumbung kranium Ia bercantum dengan tulang frontal pada sutur koronal dan dibahagikan kepada parietal kiri dan parietal kanan oleh sutur sagital

SPHENOID Berbentuk seperti kupu-kupu dan bersambung dengan tulang-tulang kranial lain.

OSIPITAL Membentuk bahagian posterior dan bahagian bawah kaviti posterior kranium.

TEMPORAL Membentuk dinding lateral dan sebahagian lantai kranium.

ETIMOID Tidak tentu bentuk dan terletak di antara obit mata dan ia membentuk sebahagian kecil lantai kaviti anterior kranial.

FUNGSI TULANG MUKA NASALTulang kecil yang membentuk jambatan hidung. ZIGOMATIK Membentuk pipi. MAKSILA Membentuk lantai bagi orbit mata, sebahagian besar lelangit keras yang menutupi kaviti oral dan menyokong gigi pada rahang atas. MANDIBLE Tulang muka paling besar dan membentuk rahang bawah dan menyokong gigi.

LAKRIMAL Tulang muka paling kecil. Terletak di dinding anteriomedial orbit dan mengandungi kanal lakrimal yang mengalirkan air mata dari mata ke kaviti nasal. VOLMER Membentuk 1/3 daripada bahagian bawah badan septum dan kaviti nasal. PALATIN Berbentuk L dan membina bahagian posterior palatin keras. INFERIOR KONKAE Terletak daripada dinding lateral sehingga ke kaviti nasal. Membantu menghasilkan permukaan yang luas bagi pembersihan udara yang dinafaskan.

FUNGSI TULANG BELAKANGMenyokong berat badan dan oleh sebab itu ia melengkung membentuk huruf S.

Lengkungan ini membenarkan tulang belakang menyerap hentakan dan tekanan yang terhasil semasa bergerak.

Foramen vertebrata terikat kepada badan, satu gelang tulang yang membentuk tiub bagi melindungi saraf tunjang.

Sayap terunjur di kedua-dua belah lengkungan saraf, di antara sayap dan badan ialah satu lubang atau liang di sebelah menyebelah ruang tulang. Ia membekalkan tempat keluar untuk saraf-saraf *periferi.

* Terdiri daripada saraf kranial, saraf spinal dan ganglia

FUNGSI TULANG TANGANKLAVIKEL Tulang berbentuk S , berupaya membina cantuman lengan atas dengan tulang aksial SKAPULA Bercantum dengan tulang klavikel dan humerus pada sendi akromioklavikular.

HUMERUS Terdapat satu liang/foramen di tengah tulang ini di mana saluran darah memasuki tulang tersebut. Di bahagian distal terdapat satu fosa olekranon di mana tulang ulna bercantum.

ULNA Mempunyai cuaran olekranion yang bercantum dengan bahagian troklea tulang humerus pada hujung proksimal dan bercantum dengan tulang karpal pada hujung distal.

RADIUS Bercantum dengan bahagian kapitulum humerus pada hujung proksimal dan dengan tulang karpal pada hujung distal.

FUNGSI TULANG KAKIFEMUR Ia mengambil dan menyebarkan tekanan yang dihasilkan oleh pergerakan manusia dan juga berat badan manusia itu sendiri.

PATELA Satu tulang sesamoid dan melindungi sendi lutut pada bahagian anterior. Bertindak sebagai takal untuk meningkatkan keberkesanan penguncupan sesetengah otot peha.

TIBIA DAN FIBULA Tibia adalah tulang medial dan fibula membentuk tulang lateral.

RUJUKANhttp://sectiocadaveris.wordpress.com/artikel-kedoktoran/anatomi-sistem-rangka/ http://face-and-emotion.com/dataface/anatomy/cranium.jsp http://www.dls.ym.edu.tw/neuroscience/spinal.html http://www.slideshare.net/enabdacrazie/sistem-saraf http://www.daviddarling.info/encyclopedia/C/clavicle.html http://www.medicalartlibrary.com/shoulder-joint.html http://bio.bd.psu.edu/cat/skeletal_system/appendicular_skeleton.htm#humerus http://www.daviddarling.info/encyclopedia/F/femur.html http://www.pawfectchihuahuas.com/LuxatingPatella.html http://www.daviddarling.info/encyclopedia/T/tibia.html Abdul Hamid Abdul Rashid. 2000. Anatomi Umum. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur Eric Wise. 1998. Laboratory Manual Anatomy And Phisiology. McGraw-Hill Higher Education. New York.