full assignment baru anali
Post on 27-Jun-2015
817 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Wacana merupakan kesatuan fikiran atau idea yang teguh dan melebihi batasan ayat. Kesatuan
fikiran ini terbentuk melalui jalinan unit-unit bahasa yang tersusun rapi dan kesinambungan
untuk melahirkan suatu kesatuan bahasa yang utuh. Wacana bahasa Melayu terdiri dalam dua
bentuk iaitu lisan dan tulisan. Unsur-unsur yang membina wacana ini ialah melalui kata, frasa,
klausa, dan ayat disusun rapi untuk menampakkan hubungan dan perkembangan fikiran yang
berkesinambungan serta menghasilkan kesatuan fikiran atau idea yang utuh. Wacana tidak dilihat
melalui binaan ayatnya sahaja malah wacana dapat dilihat melalui konteks ayat tersebut dan idea
yang ditonjolkan melalui ayat tersebut.
Beralih pula kepada analisis wacana. Persoalan berkaitan pemilihan perkataan ‘analisis’
berbanding kaedah kajian lain seperti fonologi atau morfologi. Hal ini demikian kerana analisis
wacana tertumpu kepada proses pencerakinan secara eksplisit. Analisis wacana merupakan
instrumen yang boleh digunakan untuk mengkaji teks bukan sahaja daripada aspek linguistik
malah lebih luas. Bidang ini dapat menghuraikan makna di dalam teks bukan sahaja daripada
bidang bahasa, bahkan bidang ini dapat menghuraikan dunia nyata melalui teks ataupun lisan.
Kebiasaannya analisis wacana membahagikan wacana atau lakuan bahasa yang besar kepada
beberapa bahagian kecil mengikut kriterianya. Pembahagian tersebut dilakukan untuk mengenal
pasti identiti penutur atau penulis, batasan idea, topik, dan aspek kajian mengenai bahasa yang
melibatkan kedudukan ayat, pola nahu mengikut penutur, dan sebagainya. analisis ini juga boleh
menekankan aspek kajian terhadap maklumat di dalam wacana tersebut.
Analisis wacana juga dapat dilakukan dengan melibatkan persoalan-persoalan secara
sistematik, yang melibatkan perspektif teoretikal dan ujian sistematik. Oleh itu analisis wacana
1
perlu bersifat pencerakinan bahagian besar kepada kecil, pencerakinan mengikut fungsi
bahagian, mengikut pemeran, latar iaitu keadaan wacana itu disampaikan. analisis wacana yang
dikaji di dalam kajian ini melibatkan kajian terhadap wacana perbahasan parlimen. wacana
perbahasan meliputi perbincangan biasa, perdebatan antara pasukan, mesyuarat formal,
perundingan, seminar, persidangan, muzakarah, dan perbahasan parlimen. Kesemua jenis
perbahasan ini merupakan peristiwa bahasa pertuturan, walaupun kebanyakan daripada
perbahasan-perbahasan yang disebut itu mempunyai bahan-bahan bertulis seperti kertas kajian
atau kertas panduan, bahan-bahan ini bukan merupakan ‘perbahasan’ kecuali apabila
dikemukakan dan dibincangkan. Peristiwa adanya perbincangan inilah yang memberi ciri
perbahasan itu.
Perbincangan merupakan kegiatan bahasa yang menunjukkan adanya usaha
mempertahankan, menyokong, atau menentang sesuatu butiran yang diperkatakan. Butiran ini
terdiri daripada cadangan atau kenyataan yang dibuat oleh pihak lain. Sokongan atau tentangan
kepada butiran tersebut dipanggil sebagai hujah. Oleh itu hujah hendaklah terdiri daripada butir
buah fikiran yang mewajarkan sokongan atau tentangan yang dibuat.
2.0 KONSEP WACANA
Wacana berasal daripada bahasa Jawa iaitu wocono. Wocono pula berasal daripada woco yang
bermaksud baca. Dalam bahasa Inggeris Discourse berasal daripada bahasa Latin iaitu discursus
yang bermakna larian ke dan dari. Selain itu istilah wacana dalam bahasa Perancis ialah discours,
al-makalah bagi bahasa Arab atau tamhwa dalam bahasa Korea.
Menurut Crystal (1992) beliau mentakrifkan wacana sebagai regangan bahasa yang
berkesinambungan (khususnya bahasa lisan) yang lebih besar daripada ayat,lazimnya
2
membentuk satu unit kesatuan. Menurut Chafe (dalam sanat Md Nasir:2008), wacana
digunakan dengan pelbagai maksud oleh pelbagai pengkaji. Tetapi, secara umumnya wacana
merupakan sesuatu yang melampaui sempadan ayat yang terpisah-pisah. Salkie (1995)
mendefinisikannya sebagai regangan bahasa yang mungkin lebih daripada satu ayat. Dijk (1997)
menyatakan konsep wacana kabur kerana fenomena yang rencam, namun menurut beliaun suatu
bentuk penggunaan bahasa yang melibatkan komunikasi dan interaksi. Werth (1999) melihat
wacana sebagai suatu peristiwa bahasa yang sempurna yang mempunyai awal dan akhir.
Johnstone (2002) wacana dilihat sebagai contoh sebenar komunikasi melalui bahasa.
Pelbagai takrifan mengenai wacana telah dibuat oleh para sarjana, oleh itu seharusnya
takrifan analisis wacana perlu turut diketahui, manakala bagi Tannen (1989) beliau mentakrifkan
analisis wacana ialah kajian tentang bahasa, tetapi bukan sahaja kajian tentang bahasa
sebagaimana pendekatan kajian bahasa lain. Bagi Brown dan Yule (1988) mendefinisikan
analisis wacana sebagai analisis bahasa dalam konteks sosial dan kognitifnya. Manakala
Renkema (1993) mendefinisikan analisis wacana sebagai disiplin yang menumpukan perhatian
kepada penyelidikan hubungan antara bentuk dan fungsi dalam komunikasi verbal. Bagi
Fairclough (2003), analisis wacana bukan sekadar analisis teks, malah adalah analisis ‘ayunan’
antara fokus terhadap teks khusus dan fokus terhadap ‘susunan’ wacana yang dibentuk dan
membentuk praktis sosial. Daripada beberapa pengertian yang dilakukan peranan yang dibawa
oleh analisis wacana tidak hanya terbatas kepada bidang bahasa sahaja malah kajian ini melebihi
segala bidang.
3
2.1 KONSEP PERBAHASAN
Menurut Asmah Haji Omar (2000), dalam bukunya yang bertajuk Wacana Perbincangan,
Perbahasan dan Perundingan, perbahasan membawa maksud semua kegiatan interaksi
bahasa yang melibatkan perbincangan yang ditimbulkan oleh terdapatnya konflik antara
orang-orang yang mengambil bahagian atau pemeran. Perbahasan meliputi perbincangan
biasa, perdebatan antara pasukan, mesyuarat formal, seminar, perundingan, persidangan,
muzakarah, perbahasan Parlimen dan wacana. Perbahasan yang timbul menggambarkan
terdapatnya perbezaan pendapat. Hal ini disebabkan adanya kepentingan yang berbeza.
Sungguhpun begitu, perbahasan turut membawa penyelesaian kepada sesuatu konflik.
Penyelesaian boleh mengambil bentuk jalan tengah atau kompromi, iaitu kedua-dua pihak
memilih untuk mengalah separuh jalan kepada pihak yang lain. Perbahasan bagi
menyelesaikan sesuatu konflik sering diadakan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa,
dan untuk menyelesaikan pertikaian kaum atau peperangan dan sebagainya. Dalam kajian ini,
seperti yang telah dinyatakan dalam objektif kajian sebelum ini, pengkaji akan menumpukan
perbahasan jenis perbahasan Parlimen.
Definisi Perbahasan Parlimen
Asmah Haji Omar dalam Wacana Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan, (2000),
mentakrifkan bahawa perbahasan Parlimen merupakan perbahasan yang dilakukan ketika
Parlimen bersidang bagi membincangkan perkara-perkara yang berhubung dengan
pemerintahan negara, antaranya ialah Belanjawan Negara. Perbahasan jenis ini mempunyai
jadual masa tertentu dalam satu-satu tahun, dan jangka masa sesuatu sidang Parlimen itu juga
4
ditetapkan untuk sekian minggu, dalam tiap-tiap kali persidangan. Hal ini bermaksud bahawa
perbahasan berterusan selama berhari-hari, kecuali hari cuti, untuk beberapa minggu.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini berfokus kepada penelitian beberapa aspek dalam wacana bahasa Melayu. Kajian ini
semestinya meliputi penganalisisan data untuk mengenal pasti dan mengkaji dengan terperinci
tentang wacana bahasa Melayu dalam teks perbahasan Parlimen. Beberapa aspek penting yang
akan diberi tumpuan antaranya ialah :
i. Mengkaji ciri-ciri wacana bahasa Melayu yang terdapat dalam teks perbahasan
Parlimen dan menganalisis data daripada teks perbahasan Parlimen yang
menjadi bahan kajian.
4.0 BAHAN KAJIAN
Kajian ini menggunakan korpus daripada teks perbahasan yang disampaikan oleh Yang
Berhormat Haji Abd Rahman Yusof iaitu Ahli Parlimen Kemaman. Teks yang disampaikan ini
bertajuk Perancangan Jangka Panjang Ketiga. Teks ini disampaikan pada 3 April 2001 ketika
persidangan parlimen diadakan.
5.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini melibatkan kaedah kajian pustaka sahaja. Kajian
pustaka mengambil beberapa bahan untuk dijadikan sebagai data kajian di samping sebagai
rujukan yang digunakan sepanjang kajian ini dilakukan.
5
Kaedah Kepustakaan
Penelitian terhadap beberapa naskhah buku yang berkaitan dengan bidang kajian telah dilakukan.
Antaranya ialah buku yang bertajuk Analisis Wacana oleh Idris Aman (2010), dan Wacana
Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan oleh Asmah Haji Omar (2000). Kajian ini turut
merujuk pada bahan-bahan ilmiah yang lain iaitu seperti jurnal, tesis, artikel-artikel yang
berkaitan dengan analisis wacana.
6.0 ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Dengan menggunakan pendekatan Beaugrande dan Dressler (1981) yang telah menyatakan
terdapat tujuh ciri-ciri wacana iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerima/khalayak, maklumat,
keadaan, dan interteks. Berikut dinyatakan analisis yang telah dilakukan berdasarkan korpus
yang diguna. Korpus yang digunakan ialah wacana perbahasan parlimen yang bertarikh 3 April
2001.
6.1 Tautan
Tautan dikenali dengan konsep kohesi yang dikaitkan dengan keserasian hubungan antara
satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk
menghasilkan sebuah wacana yang mantap. Keserasian ini selalunya dikaitkan dengan
kesinambungan kata, frasa, dan idea. Tautan amat penting kerana tautan ini mewujudkan
kesinambungan antara teks dengan bahagian yang lain sehingga terbentuk satu kesatuan.
Menurut Idris Aman (2010) tautan atau pautan merujuk aspek formal bahasa dalam wacana atau
teks, ia juga dikatakan tentang organisasi sintaktik wacana atau teks, iaitu wadah ayat-ayat
digembleng secara sepadu dan berkaitan dengan memanfaatkan alat-alat kebahasaan untuk
menghasilkan wacana( tulisan atau tuturan). Berdasarkan pendekatan Halliday dan Hassan(1976)
6
terdapat dua jenis tautan, iaitu tautan nahuan atau perkataan dan tautan leksikal, iaitu tautan
ayat. Tautan nahuan terdiri daripada penggunaan kata rujukan, penggantian, pelenyapan, dan
kata penghubung. Tautan leksikal pula merujuk kepada pengulangan kata yang sama atau
sinonim, pengulangan kata sinonim, dan pengulangan kata sekelompok. Berikut adalah contoh
dan huraian berdasarkan teks yang dikaji:
6.1.1 Perulangan Kata Nahuan
a) Tautan Rujukan (Kata Tunjuk)
1) a)Secara kasarnya apa yang hendak diperkatakan oleh laporan tersebut ialah projek
MSC di Malaysia menempuh kegagalan dan kerajaan mesti keluarkan lebih banyak
wang lagi untuk menjayakan projek impian Perdana Menteri ini
2) a)Apa yang mengejutkan ialah konsesi atau tender ini diberikan kepada syarikat yang
baru ditubuhkan dan tidak mempunyai pengalaman atau "track record" dengan izin
mengendalikan sistem pengkomputeran hospital. b)Malah sistem ini…
3)a)Kita tidak mahu tragedi Perwaja berulang lagi dimana kerajaan terpaksa
menanggong kerugian lebih dari RM10.0 billion dan terus menanggung berbillion
ringgit lagi setiap tahun untuk penerusan operasinya.
Contoh 1 menunjukkan tautan frasa menggunakan kata tunjuk. Perkataan ini digunakan untuk
merujuk kepada projek MSC. Sekaligus menunjukkan pertautan di dalam ayat tersebut. contoh 2
juga menunjukkan tautan antara ayat 1 dan ayat 2. Sistem ini merujukkan kepada frasa sistem
pengkomputeran hospital. Contoh 3 pula menggunakan kata rujukan –nya untuk merujukkan
kepada ayat sebelumnya iaitu tragedi Perwaja. Berdasarkan contoh-contoh di atas jelas
menunjukkan adanya unsur tautan rujukan dalam teks tersebut.
7
b) Tautan Rujukan (Kata Ganti Nama Diri)
1) a) Bagaimana sebuah projek mewah yang menelan belanja berbillion ringgit boleh
retak sedangkan ia diawasi sendiri oleh Perdana Menteri. b) Bagaimana beliau akan
mengawasinya dari atas sana sedangkan semasa berada di Putrajaya pun keretakan
boleh berlaku.
2) Bill Gates mengakui "sekiranya dikeluarkan 20 orang terbaik beliau…
3)..melainkan rakyat sudah tidak mempercayai lagi segala kata-kata Perdana Menteri
kita.
Contoh 1 menunjukkan tautan antara ayat (a) dan (b). Contoh 1 memperlihatkan penggantian
frasa nama iaitu perdana menteri dengan kata ganti nama diri ketiga iaitu beliau dalam ayat (b).
begitu juga dengan contoh 2 yang menunjukkan penggantian kata nama khas kepada kata ganti
nama ketiga iaitu beliau untuk menggantikan fungsi kata nama khas Bill Gates. Contoh 3 juga
menunjukkan proses yang sama dengan contoh 1 dan 2 kerana memperlihatkan penggantian
fungsi kata nama am kepada kata ganti nama ketiga iaitu rakyat kepada kita.
c) Tautan Penggantian
1) Baru-baru ini laporan Mckinsey & Co, Penasihat dan Perunding kerajaan untuk
project Multimedia Super Corridor [MSC] telah membentangkan satu laporan
mengenai kedudukan muktakhir Multi Media Super Corridor [MSC]. Menurut laporan
tersebut…
Tautan penggantian ialah tautan yang menggantikan fungsi ayat sebelumnya. berdasarkan data
ayat (a) ialah laporan Mckinsey & Co, Penasihat dan kerajaan untuk projek digantikan dengan
perkataan laporan tersebut. ayat ini menunjukkan terdapatnya proses tautan penggantian.
d) Tautan Kata Penghubung
8
1) Saya minta satu "Kertas Putih" dibentangkan di parlimen ini untuk membuat
penentuan samaada kerajaan harus meneruskan atau membuat pengubahsuaian atau
tinggalkan sahaja projek impian ini.
Tautan kata penghubung melibatkan penggunaan kata hubung seperti dan, tetapi, atau,
bagaimanapun, dan sebagainya. berdasarkan data yang diperoleh terdapat penggunaan kata
hubungan atau iaitu penghubung antara dua ayat.
6.1.2 Tautan Perulangan Leksikal (TPL)
TPL dibezakan daripada yang lain dengan kriteria bentuk leksikal dan makna. Bentuk yang
diulang sama ada mempunyai makna yang sama. Dalam kajian ini bentuk tersebut d di bawah
jenis yang sama dari aspek analisis. Tautan leksikal terdiri daripada pengulangan kata yang sama
atau hampir sama, pengulangan kata sinonim, dan penggunaan kata sekelompok.
1) Secara kasarnya apa yang hendak diperkatakan oleh laporan tersebut ialah projek MSC
di Malaysia menempuh kegagalan dan kerajaan mesti keluarkan lebih banyak wang lagi
untuk menjayakan projek impian Perdana Menteri ini
2) a)"Tireless innovation Constant change Robust financials. Outstanding leadership.
Impeccable intergrity. Hire the super-smart and the talented. Dinstinctive personality.
Operational excellence. Aligning resources. Unique marketing. Knowledge-based
dominance. Have a global all-star team. Take-no-prisoners philosophy. A winning
culture. Built-to-last. Tenacity. And it must be in the ‘DNA’ ."b) Inilah intipati yang
diperlukan untuk Malaysia menjadi multimedia…
3) Walaubagaimanapun sistem ini tidak dapat berfungsi dengan memuaskan kerana
syarikat yang mendapat kontrak ini tidak mempunyai "competency" untuk pengendalian
sistem 3CI yang diperlukan oleh Angkatan Tentera dan terpaksa ditinggalkan. Kerana
kegagalan melaksanakan sistem 3CI sekarang
Contoh 1 menunjukkan ciri perulangan leksikal yang hampir sama yang berbentuk frasa. Iaitu
projek MSC dan projek impian Perdana Menteri merupakan perulangan frasa yang hampir sama.
9
Contoh 2 pula merupakan ciri perulangan kata sekelompok. Hal ini demikian kerana, ayat (a)
merupakan ayat merujuk kepada intipati yang diperlukan untuk Malaysia. Ayat(a)
dikelompokkan dalam ayat seterusnya iaitu ‘intipati’. Contoh 3 pula merupakan contoh
perulangan kata yang sama. Dalam ayat (a) sistem 3C1 diulang pada ayat (b).
6.2 Runtutan
Runtutan atau koheran ialah kesinambungan sesuatu idea yang terdapat dalam sesebuah wacana
sehingga menjadikan wacana tersebut sebuah wacana yang mempunyai makna atau difahami.
Oleh itu runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap
sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna yang dapat difahami. Menurut idris aman
(2010) ciri runtutan merupakan aliran idea teras dalam wacana atau teks.
1) a) Dasar ini digubal bagi mengatasi ketidakseimbangan ekonomi masyarakat Melayu
dan Bumiputera dengan syarat usaha membanteras kemiskinan terus dibuat tanpa
mengira kaum.b) Dasar tersebut dinamakan Dasar Ekonomi Baru yang juga…
2) a) Kerajaan juga cuba menggalakkan penggunaan teknologi maklumat oleh pasukan
Angkatan Tentera. b)Satu kontrak bernilai RM600 juta telah diberikan kepada sebuah
syarikat untuk membolehkan Angkatan Tentera melaksanakan sistem 3CI iaitu
COMPUTER, COMMUNICATION, COMMAND AND INFORMATION
3) a) Sejak itu orang Melayu mula mengatur langkah di bawah Parti KeADILan
Nasional dan PAS dalam memenuhi tuntutan kontrak sosial mereka.b) Mereka
menuntut diadakan REFORMASI dan mendesak kerajaan melaksanakan keadilan
sosial..
Berdasarkan data yang diperoleh berikut beberapa huraian dapat dilakukan. Contoh 1 melihatkan
runtutan idea antara ayat (a) dan (b). Ayat (b) merupakan idea teras bagi ayat sebelumnya. Dasar
ekonomi merupakan idea teras yang cuba dikupas oleh penulis. Melalui dasar ini dapat
mengatasi ketidakseimbangan ekonomi dan membanteras kemiskinan yang merupakan isi bagi
10
idea teras. Seterusnya contoh 2 pula menunjukkan usaha kerajaan dalam menggalakkan
penggunaan teknologi maklumat oleh pasukan Angkatan tentera dalam ayat (a) nak usaha yang
dijalankan, iaitu dengan memberi kontrak dan pelaksanaan sistem 3C1 dijelaskan di dalam ayat
(b). Contoh 3 idea terasnya ialah tuntutan kontrak sosial mereka dalam ayat (a) dan tuntutan itu
diterangkan dalam ayat (b), iaitu REFORMASI dan pelaksaan keadilan sosial. Contoh yang
dinyatakan merupakan data yang diambil daripada korpus yang dikaji. Melalui data yang
diperolehi menunjukkan terdapat kesinambungan idea dalam teks ini yang menjadikan wacana
yang dikaji ini dapat difahami.
6.3 Tujuan
Sesuatu wacana yang diucap itu mestilah mempunyai tujuan tertentu sama ada wacana tersebut
berbentuk tulisan mahupun lisan. Tujuan sesuatu wacana itu ditentukan oleh penulis atau
pembicaranya. Sebuah wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang
komunikatif. Tujuan ini juga akan menentukan jenis wacana yang digunakan sama ada berbentuk
fakta atau imaginatif. Menurut Idris Aman (2010) tujuan tidak semestinya dinyatakan secara
lansung malah boleh juga secara tidak lansung, asalkan masih boleh diikuti oleh penerima
wacananya melalui unsur-unsur linguistik yang digembleng dan soal situasi. Secara keseluruhan
teks perbahasan ini bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap kerajaan dan rakyat bahawa
negara semakin menghadapi krisis kewangan berikutan daripada hutang dan bajet yang
dikeluarkan untuk projek-projek mega. Tujuan ini jelas ditunjukkan melalui ucapan yang
disampaikan oleh Yang Berhormat Haji Abd Rahman Yusof:
Seperti yang telah dinyatakan oleh Idris Aman (2010) tujuan itu tidak disampaikan secara
lansung dan boleh juga secara lansung bergantung kepada khalayaknya. Oleh itu teks ini
11
disampaikan secara berperingkat iaitu dengan mengaitkan isu kewangan dan sejarah perkauman
yang berlaku di dalam negara ini, pembahas menyampaikan ideologinya untuk menarik dan
memberi kesedaran masyarakat. hal ini demikian berlaku apabila akhir ucapannya menunjukkan
beliau mahu menarik masyarakat untuk menyokong Barisan Alternatif berbanding UMNO.
Contoh 1 dan 2 di atas merupakan potongan ayat yang disampaikan oleh Yang Berhormat.
Berdasarkan penggunaan perkataan seperti regim UMNO jelas menunjukkan pemikirannya
bertentangan dengan parti politik tersebut. Dapat disimpulkan tujuan wacana ini adalah untuk
memberi kesedaran kepada masyarakat dan kerajaan terhadap kewangan negara, meluahkan rasa
kesal terhadap sikap pemimpin negara yang dianggap tidak wajar dalam mengeluarkan
perbelanjaan, dan mengubah persepsi masyarakat untuk menyokong Barisan Alternatif dengan
imbalan mendapat kebebasan dan keadilan yang sebenar.
6.4 Khalayak/ Penerima
Sesuatu wacana sama ada bentuk tulisan mahupun lisan perlulah mempunyai pembaca atau
pendengar kerana pembaca atau pendengar merupakan golongan penerima/ khalayak pendengar
merupakan hubungan antara penutur dengan pendengar manakala khalayak pembaca pula ialah
hubungan antara penulis dengan pembaca. Memandangkan perbahasan merupakan perbincangan
yang melibatkan interaksi bahasa antara pemeran, oleh itu wacana perbahasan tidak hanya
dipandang melalui teks. Teks hanya bahan bertulis yang disediakan untuk pembahas. Perbahasan
berlaku apabila teks tersebut dikemukakan dan dibincangkan, peristiwa adanya perbincangan ini
yang memberi ciri kepada perbahasan tersebut. menurut Idris Aman (2010) kebolehterimaan
bermaksud idea, gagasan, atau mesej yang diutarakan dalam wacana mesti mampu difahami atau
diikuti oleh khalayaknya. Oleh itu urutan ayat atau teks dalam bentuk bertulis atau ujaran dalam
pertuturan perlu diberi perhatian.
12
Seperti yang telah dinyatakan bahawa perbahasan berlaku apabila teks tersebut
disampaikan, oleh itu khalayak bagi wacana ini terdapat dua kategori iaitu secara lansung dan
tidak lansung. Teks ini disampaikan ketika persidangan parlimen, sudah tentu melibatkan
khalayak pendengar dan penutur. Pendengar merupakan khlayak secara lansung kerana khalayak
ini berada di dalam dewan tersebut dan mengikuti secara lansung perbahasan tersebut. antaranya
ialah Yang di Pertua, Perdana Menteri, dan wakil rakyat merupakan pemeran utama di dalam
perbahasan. Manakala pemeran kedua ialah tidak terlibat dalam aktiviti perbahasan tersebut
namun kehadiran mereka penting dalam persidangan iaitu setiausaha, wartawan, dan tetamu
yang hadir untuk menyaksikan perjalanan persidangan tersebut. pemeran-pemeran ini merupakan
khalayak secara lansung bagi perbahasan parlimen. Khalayak ini dapat memahami ujaran dan
idea-idea yang diketengahkan melalui nada, intonasi, gerakan tubuh badan, mimik muka saat
teks ini disampaikan.
Teks yang dikemukan ini disebarluas melalui media massa, dan masyarakat dapat
membaca teks tersebut. Secara tidak lansung masyarakat dapat mengetahui maklumat-maklumat
yang disampaikan ketika persidangan. Hubungan ini merupakan secara tidak lansung kerana
mereka tidak berada di dalam persidangan tersebut namun dapat mengetahui maklumat yang
disampaikan melalui penyebaran teks-teks ini di dalam media massa. Hubungan yang terlibat
ialah hubungan antara pembaca dan penulis. Begitu juga dengan khalayak lansung ialah
hubungan antara pendengar dan penutur. Khalayak juga dapat memahami maklumat yang
disampaikan melalui penggunaan ayat yang sesuai.
6.5 Maklumat
13
Asmah Haji Omar memberi takrif bahawa maklumat merupakan perkara yang penting
dalam wacana. Maklumat boleh dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu maklumat lama dan
maklumat baru. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal
dan diulang-ulang dalam konteks berikutnya. Maklumat baru ialah maklumat yang baru
sahaja dinyatakan oleh penulis kerana khalayak tidak mengetahui maklumat tersebut
sebelum ini.
Menurut Idris Aman (2010:38) dalam bukunya yang bertajuk Analisis Wacana,
maklumat ialah berita, keterangan, idea, fikiran, fakta, susulan dan lain-lain yang ingin
diutarakan oleh penulis atau pewacana kepada khalayaknya. Wacana yang baik mesti
mengandungi maklumat baru kepada khalayaknya. Berikut merupakan contoh dari dapatan
kajian yang telah dikaji.
1) Beliau cukup berminat melaksanakan projek-projek mega yang kebanyakannya
menempa kegagalan dan kerugian yang kemudiannya terpaksa diselamatkan oleh
kerajaan. Kini kerajaan melalui dana-dana rakyat seperti Petronas, Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja, Tabong Haji, Tabong Amanah Pencen, Permodalan
Nasional, Khazanah Holding, Danaharta, Danamodal, Bank Pembangunan dan
pelbagai institusi lagi telah digunakan untuk menyelamatkan projek-projek golongan
kapitalis kroni ini.
2) Baru-baru ini laporan Mckinsey & Co, Penasihat dan Perunding kerajaan untuk
project Multimedia Super Corridor [MSC] telah membentangkan satu laporan
mengenai kedudukan muktakhir MultiMedia Super Corridor [MSC]. Menurut
laporan tersebut kedudukan MSC tidak menggalakkan dan kerajaan terpaksa
menyediakan lebih banyak infrastruktur kegunaan Teknologi Maklumat untuk
memberangsangkan pertumbuhan MSC.
3) Sampai bila rakyat akan dikhayalkan dengan impian-impian gila ini. Sampai bila
rakyat akan diperbodohkan bahawa projek- projek ini menguntungkan mereka.
14
Dalam contoh 1), ayat 1 merupakan maklumat lama kerana ayat tersebut telah dinyatakan
pada peringkat awal dan diulang dalam konteks berikutnya. Dapat dilihat dalam ayat 1
tersebut melalui perkataan ‘kerajaan’ yang merupakan konteks maklumat lama. Seterusnya,
ayat 2 adalah maklumat baru kerana pendengar baru sahaja mengetahui perkara tersebut iaitu
ayat 2 yang terdapat pada konteks ‘kini kerajaan melalui dana-dana rakyat...’. Ayat ini
merupakan maklumat baru kerana pada ayat sebelumnya, ia hanya menerangkan tentang
kerajaan dan pada konteks berikutnya, perkara utama yang dibincangkan, iaitu kerajaan
diperkembangkan lagi melalui perkataan melalui dana-dana rakyat.
Berdasarkan contoh 2), ayat 1 merupakan maklumat lama dan diulang-ulang dalam
konteks yang berikutnya. Perkataan yang menjadi maklumat bagi ayat tersebut ialah
‘Multimedia Super Corridor’ dan sentiasa diulang-ulang dalam ayat yang berikutnya. Ayat
2 pula maklumat baru yang baru sahaja diketahui oleh pendengar tentang kedudukan
‘Multimedia Super Corridor’. Perkataan ‘Multimedia Super Corridor’ dalam ayat ini turut
diulang-ulang seperti yang terdapat dalam ayat yg pertama. Tujuan perkataan tersebut
sentiasa diulang dalam ayat-ayat berikut adalah bagi memberi penekanan kepada
pendengar atau pembaca tentang apa yang cuba disampaikan oleh penutur tentang
‘Multimedia Super Corridor’.
Seterusnya ialah contoh 3). Dalam ayat 1, maklumat tersebut adalah maklumat lama
iaitu yang terdapat pada perkataan ‘sampai bila rakyat’. Ayat 2 pula adalah maklumat baru.
Dalam maklumat baru tersebut, ayat ‘sampai bila rakyat’ diulang-ulang oleh penutur bagi
menekankan kefahaman kepada pendengar tentang hujahan penutur tersebut yang ingin
menegakkan hak dan keadilan untuk rakyat.
15
6.6 Keadaan
Keadaan berkaitan dengan factor untuk menjadikan sesuatu wacana itu relevan dengan situasi
sesuatu ujaran tersebut. Wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengan keadaan dan juga
pemeran yang ditujukan wacana itu. Pemilihan kata, frasa atau ayat adalah penting dalam
melihat kesesuaian wacana dan keadaan. Dalam hubungan antara penghasil wacana dengan
khalayak, jika wacana tersebut dalam bentuk lisan, maka hubungan yang wujud antara penutur
dengan pendengar adalah hubungan secara langsung manakala hubungan antara pembaca dengan
penulis adalah hubungan tidak langsung. Selain itu, sesuatu wacana yang dihasilkan juga
mestilah sesuai dengan laras yang digunakan. Sebagai contoh, seseorang penutur itu akan
menggunakan bahasa yang formal sekiranya sasaran wacananya terdiri daripada orang yang
belum dikenali atau yang mempunyai status yang lebih tinggi daripada penutur. Bahasa mesra
atau bahasa tidak formal digunakan apabila khalayaknya terdiri daripada orang yang dikenali dan
mempunyai hubungan rapat dengan penutur. Hubungan antara penutur dengan khalayak
berkaitan dengan tujuan dan penerimaan sesuatu wacana, iaitu penghasil wacana berkaitan
dengan tujuan, manakala penerima wacana berkaitan dengan khalayak. Berikut merupakan ciri
keadaan bagi teks yang telah dikaji.
Teks yang dikaji merupakan teks Perbahasan Parlimen Perancangan Jangka Panjang
Ke-3 yang dibahas oleh YB Abd Rahman Bin Yusof, ahli parlimen Kemaman. Perbahasan
Parlimen ini dilakukan ketika Parlimen bersidang untuk membincangkan perkara-perkara
yang berhubung dengan pemerintahan Negara, antaranya Belanjawan Negara.
Hubungan yang wujud ialah hubungan secara langsung di antara peserta-peserta dalam
perbahasan Parlimen yang terdiri daripada ahli Parlimen atau wakil rakyat, termasuk Perdana
16
Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri. Mereka ini merupakan pemeran
utama perbahasan Parlimen. Selain itu, terdapat pemeran yang tidak ikut serta dalam
perbahasan tetapi kehadirannya adalah untuk menjaga ketertiban perjalanan perbahasan.
Pemeran ini dikenali sebagai Speaker atau Yang Dipertua Dewan. Bahasa yang digunakan
adalah bahasa formal dan laras bahasa yang digunakan dalam teks perbahasan ini ialah laras
ekonomi kerana teks tersebut membincangkan tentang Belanjawan Negara.
6.7 Interteks
Asmah Haji Omar (2000) mendefinisikan interteks ialah sesuatu wacana itu bergantung
kepada wacana lain yang memainkan peranan penting bagi membantu kefahaman seseorang
atau khalayak tentang wacana yang sedang dibaca atau didengarinya. Kefahaman seseorang
atau khalayak terhadap sesebuah wacana bergantung pada pengetahuannya terhadap perkara
yang dibaca atau didengarinya. Menurut Idris Aman (2010) dalam bukunya iaitu Analisis
Wacana, sesuatu wacana atau teks lazimnya tercipta atau terbina daripada keterjalinan wacana
atau teks terdahulu. Ia membawa maksud bahawa sesuatu wacana bukanlah berciri baru
secara keseluruhan, tetapi amat berkait rapat dengan sejarah. Berikut adalah contoh yang telah
didapati daripada teks kajian.
1) Bill Gates mengakui “sekiranya dikeluarkan 20 orang terbaik beliau,
Microsoft akan menjadi sebuah syarikat yang tidak penting lagi.”
2) Sewaktu dikenakan hukuman penjara dahulu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim
pernah menyatakan sesuatu yang sukar difahami ketika itu. Beliau berkata
“kerajaan boleh memenjara jasad beliau tetapi tidak boleh memenjara
semangat dan perjuangan beliau.”
17
Dalam contoh 1), jenis interteks yang dikaji merupakan jenis petikan kata-kata tokoh. Petikan
kata-kata tersebut merupakan petikan dari tokoh yang dikenali sebagai Bill Gates. Sebagai
contoh, terdapat kata-kata Bill Gates yang menerangkan tentang keadaan syarikat Microsoft
yang membolehkan khalayak atau pendengar lebih memahami tentang maksud yang cuba
disampaikan oleh penutur atau pewacana. Melalui kata-kata tersebut, dapat dilihat bahawa
Bill Gates membuat andaian tentang keadaan syarikat Microsoft tesebut apabila
menyingkirkan 20 orang terbaik beliau. Beliau membuat kesimpulan di atas akibat tindakan
tersebut bahawa syarikat Microsoft akan menjadi sebuah syarikat yang tidak berguna lagi
pada masa akan datang.
Seterusnya adalah contoh 2), juga merupakan petikan daripada kata-kata tokoh. Dalam
contoh tersebut, dapat dilihat pewacana telah memetik kata-kata daripada Dato’ Seri Anwar
Ibrahim yang pernah dipenjarakan suatu ketika dahulu. Pewacana menggunakan kata-kata
tersebut bagi menguatkan lagi hujahan yang diberikan. Secara tidak langsung, hujahan yang
disampaikan oleh pewacana tersebut akan mudah difahami oleh pendengar atau ahli dewan
tentang apa yang pewacana ingin sampaikan, iaitu tentang semangat kepimpinan yang
dimiliki oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
18
7.0 KESIMPULAN
Berdasarkan pengumpulan dan huraian data yang dilakukan berdasarkan korpus yang dikaji,
menunjukkan korpus yang dikaji mempunyai ciri-ciri wacana yang telah ditekan oleh sarjana
iaitu tautan, turutan, tujuan, khalayak, maklumat, keadaan, dan interteks. Unsur-unsur wacana
yang terdapat berdasarkan data yang dikumpulkan menunjukkan teks yang dihasilkan
mempunyai kesinambungan idea yang dapat memberi kafahaman kepada khalayak. Pelbagai
proses dan praktis dalam masyarakat yang terzahir bentuk wacana yang dapat dikupas dari
dimensi linguistik. Potensi bahasa turut digembleng bagi memerihal dan menjelaskan proses
masyarakat.
19
top related