folio ansur maju
Post on 02-Jul-2015
304 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Saya sangat bersyukur kepada tuhan kerana diberi kesempatan
untuk menyiapkan folio ansur maju ini. Banyak yang telah saya pelajari
sepanjang saya menghadiri kuliah berkaitan dengan ansur maju ini.
Ilmu ini boleh membantu saya dalam meningkatkan kefahaman dalam
pengajaran dan pembelajaran berkaitan acara olahraga selepas ini.
Mr. Gan Ee Ka banyak memberi tunjuk ajar sepanjang saya
menghadiri kuliah beliau. Kuliah ini dijalankan di dewan tanjung di
mana semua pelajar KPLI wajib menghadiri kuliah ini. Maklumat-
maklumat berkaitan ansur maju dan kepegawaian teknik telah
disampaikan dengan berkesan sekali oleh Mr. Gan Ee Ka. Walaupun
kadangkala saya berasa mengantuk semasa menghadiri kuliah beliau,
tetapi saya berusaha sedaya upaya untuk menahan rasa mengantuk
dan memberikan sepenuh perhatian sepanjang Mr. Gan Ee Ka
mengajar.
Apa yang Mr. Gan Ee Ka sampaikan sepanjang menghadiri kuliah
beliau amat berguna kepada saya kerana ia menjadi satu ilmu yang
baru kepada saya. Selama ini saya tidak tahu-menahu langsung
tentang acara-acara yang dipertandingkan di sukan olimpik iaitu acara
balapan dan acara padang apatah lagi tentang peraturan-peraturan
yang perlu dipatuhi jika ingin menyertai sesuatu pertandingan.
Begitu juga dengan kepegawaian teknik. Sebelum ini saya tidak
mengambil tahu langsung tentang teknik-teknik yang perlu diketahui
jika ingin menjadi pegawai bagi sesuatu kejohanan. Setelah
menghadiri kuliah yang disampaikan oleh Mr. Gan Ee Ka, saya
merasakan saya telah diberi pendedahan yang lebin mendalam
berkaitan dengan acara-acara olahraga. Ilmu ini sangat berguna
kepada saya untuk dipraktikkan selepas saya tamat kursus perguruan
ini dan saya berharap ilmu ini dapat digunakan dengan berkesan di
sekolah yang akan saya mengajar nanti.
Saya menghadapi kesukaran untuk membuat persediaan
menghadapi ujian kepegawaian teknik kerana dua minggu sebelum
ujian tersebut, saya terlibat dalam aktiviti perkhemahan Bina Insan
Guru (BIG) dan minggu seterusnya saya menyertai perkhemahan unit
beruniform. Disebabkan saya merasakan masa sangat suntuk untuk
saya membuat persediaan, saya membuat keputusan untuk membawa
bersama nota2 kepegawaian teknik supaya saya boleh membuat
sedikit ulangkaji semasa menghadiri perkhemahan unit beruniform ini.
Pada 18 April 2009, saya menduduki ujian kepegawaian teknik.
Ketika ujian dijalankan, saya sangat bersyukur kerana soalan latihan
yang telah saya buat sebelum ini banyak membantu saya ketika
menjawab soalan ujian kepegawaian teknik ini. Walaupun ada
sesetengah soalan yang mengelirukan saya tetapi secara keseluruhan
saya telah mencuba menjawab ujian ini dengan sehabis baik dan saya
berpuas hati dengan cara saya menjawab ujian ini.
Saya sangat berharap saya mendapat keputusan yang
cemerlang dalam ujian ini. Menghadiri kuliah dan membuat ulangkaji
bersama-sama Mr. Gan Ee Ka dan rakan-rakan yang lain sangat
membantu saya ketika saya menjawab soalan ujian ini. Oleh itu, saya
sangat berterima kasih kepada Mr. Gan Ee Ka kerana bersusah-payah
mengajar kami tentang kepegawaian teknik. Begitu juga dengan
rakan-rakan yang banyak membantu saya memahami nota-nota
kepegawaian teknik dan membuat ulangkaji bersama-sama.
Kumpulan saya yang dianggotai oleh Fatimahtol Norimah,
Azariah, Nurul Balqis, Siti Nursyazrah dan saya sendiri telah mendapat
tajuk lari pecut, lompat jauh dan lempar cakera untuk tugasan amali
ansur maju ini. Kami berlima mengulangkaji buku acara olahraga untuk
mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan dengan ketiga-tiga
acara ini untuk diajar kepada rakan-rakan sekelas yang lain. Banyak
informasi yang kami perolehi berkaitan dengan latihan ansur maju
yang boleh dilakukan untuk acara lari pecut, lompat jauh dan lempar
cakera.
Semasa latihan amali ansur maju dijalankan bersama-sama
rakan-rakan sekelas, saya merasa sangat gembira dan seronok kerana
dapat mencurahkan sedikit ilmu yang saya pelajari dari buku olahraga
untuk diajar kepada rakan-rakan sekelas. Rakan-rakan sekelas juga
memberikan kerjasama yang baik sepanjang latihan ansur maju ini
dijalankan. Banyak teknik-teknik berkaitan acara olahraga dapat
dipelajari bersama dan buat pertama kali saya berpeluang memegang
alatan acara olahraga yang selama ini saya hanya dapat lihat menerusi
kaca televisyen seperti cakera.
Saya merasa amat gembira kerana berkesempatan untuk
mempelajari mengenai teknik-teknik acara olahraga dan bepeluang
merasai sendiri pengalaman membuat latihan ansur maju ini secara
amali. Saya berharap segala ilmu yang telah saya pelajari sepanjang
saya menghadiri kuliah kepegawaian teknik, acara olahraga dan
latihan ansur maju dapat dimanfaatkan untuk masa akan datang.
Akhir sekali, berbanyak-banyak terima kasih saya ucapkan
kepada Puan Yew Lee Heang kerana telah banyak membantu saya dan
rakan sekelas ketika latihan ansur maju diadakan. Puan Yew Lee
Heang banyak memberi tunjuk ajar dan memperbetulkan kesilapan
yang dilakukan oleh saya dan rakan sekelas berkaitan teknik yg betul
dalam menjalankan latihan ansur maju ini. Puan Yew Lee Heang
banyak berkorban masa dan tenaga dalam memastikan kami dapat
menjalankan latihan ansur maju ini mengikut garis panduan yang betul
dan dapat menyiapkan segala latihan ansur maju ini mengikut jadual
yang telah ditetapkan. Diharap saya dapat mempraktikkan apa yang
telah diajar oleh Puan Yew Lee Heang pada masa-masa akan datang.
Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap
empat tahun. Sukan ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan semula
oleh seorang bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin pada
akhir abad ke-19. Sukan ini yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim
Panas telah diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika
Perang Dunia. Pada tahun 2004, Sukan Olimpik ke-28 telah kembali
diadakan di tempat asalnya di Athens, Greece.
Selain itu, Sukan Olimpik Musim Sejuk dimulakan pada tahun 1924.
Namun begitu, sukan ini tidak lagi diadakan serentak dengan Sukan
Olimpik Musim Panas pada 1994, sebaliknya dua tahun selepas.
Asal sukan Olimpik tidak lagi diketahui tetapi banyak lagenda tertulis
bersama sama sukan ini. Sambutan pertama Sukan Olimpik yang
direkodkan adalah pada 776 SM, walaupun tarikh ini bukanlah kali
pertama Sukan Olimpik diadakan. Pada masa itu, hanya satu acara
dipertandingkan.
Pada awal kewujudannya, olimpik purba hanya disertai oleh kaum
lelaki sahaja. Hadiah yang berupa mahkota atau kalungan yg diperbuat
daripada daun zaitun. Selain itu pemenang juga akan menjadi pujaan
ramai dan menjadi sangat dihormati. Mereka juga akan dijadikan puisi
atau dibuat satu ukiran patung khas untuk mereka. Sebab itulah
mereka bersemangat untuk menang. Sukan yang dipertandingkan
lebih kepada yang memantingkan kekuatan seperti gusti, melempar
cakera dan merejam lembing.
Sejak itu, sukan mula menjadi penting dalam Yunani Purba dan
mencapai kegemilangannya pada abad ke-6 dan ke-5 sebelum Masihi.
Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu sebagai
penghormatan kepada Zeus (patung besarnya ada di bandar Olympia).
Pemenang sukan ini akan dihormati dan dimasukkan ke dalam puisi
dan dijadikan patung.
Sukan ini semakin hilang kepentingannya dengan penaklukan Rom ke
atas Yunani (sekarang dikenali sebagai Greece). Apabila Kristian
menjadi agama rasmi Empayar Rom, Sukan Olimpik dilihat festival
orang tidak beragama (pagan) dan pada 393, Maharaja Theodosius
mengharamkan Olimpik, dan ini menandakan berhentinya sukan
Olimpik selama ribuan tahun sehinggalah diadakan semula pada abad
ke-19.
Seperti yang dinyatakan, sukan olimpik juga dikenali sebagai sukan
olimpik musim panas. Terdapat satu lagi sukan olimpik yang diberi
nama olimpik musim sejuk di mana olimpik musim sejuk hanya
menawarkan acara-acara di atas ais atau yang berkaitan dengannya.
Olimpik musim panas dijalankan setiap 4 tahun sekali manakala
olimpik musim panas juga turut dijalankan 4 tahun sekali tapi 2 tahun
selepas olimpik musim panas..
Lima cecincin Olimpik ini direka bentuk pada tahun 1913, dan diguna
buat pertama kali dalam Olimpik Musim Panas 1920 di Antwerp.
top related