falsafah pendidikan kebangsaan dan penterjem

Post on 08-Jan-2016

131 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

rujukan ilmiah

TRANSCRIPT

falsafah pendidikan kebangsaan dan penterjem.ahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

BILKANDUNGANMUKASURAT

1.0 1.1

2.0

2.12.22.32.42.52.62.72.8

2.9

3.0

3.13.23.33.4

4.0

5.0

6.0

6.1

7.0PengenalanHasrat FPK.

Falsafah Pendidikan kebangsaan( FPK ) dan penterjemahan dalamprosespengajarandan pembelajaran.Bentuk pendidikan di MalaysiaSejarah pendidikan sebelum penjajahan asing.Pendidikan semasa penjajahan Inggeris.Sejarah pendidikan selepas kemerdekaan.Proses pengajaran dan pembelajaran yang disarankan dalam FPKMatlamat pendidikan yang dihasratkan dalam FPKMatlamat kepada individu ( intrinksik )Matlamat kepada sumbangan oleh individu kepada keluarga, masyarakat, dan negara.Penterjemahan FPK menerusi Pengajaran dan Pembelajaran.

Penterjemahan Pengetahuan,Kemahiran, nilai-nilai murni, dan Elemen Merentas Kurikulum ( EMK ) menerusi tema / tajukyang terdapat di dalam mata pelajaran BAHASA MALAYSIATahun 2.PengetahuanKemahiranNilai nilai murniElemen Merentas Kurikulum (EMK )

Peta minda hubungkait antarakomponen Pengetahuan,kemahiran,Nilai-nilai Murni dan EMK dalam penterjemahan FPK.

Aplikasi komponen pengetahuan kemahiran,Nilai-nilai Murni dan EMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran danjangkaanterhadap modal insan.

Proses menterjemahkan komponen pengetahuan kemahiran, nilai dan EMK dalam proses Pengajaran dan PembelajaranContoh rancangan pengajaran harian.

Rujukan.

1.0 PENGENALAN1.0.1Hasil daro pembacaan, dapat dihuraikan bahawa falsafah (philosophy) berasal dari dua perkataan Yunani iaitu Philo dan Sophia. Philo bermakna mencintai dan Sophia bermakna kebijaksanaan atau hikmah.Oleh itu, falsafah bermaksudpemikiran, pandangan yang benar, rasional dan bernas1.0.2Selain itu juga berbagai maksud dan definisi falsafah diberikan oleh tokoh-tokoh falsafah.Menurut Pluto, falsafah ialah usaha mengetahui segala yang berhubung dengan manusia dan kehidupannya untuk mencapai hakikat kebenaran.Al-Farabipula mendefinisikan falsafah sebagai ilmu tentang alam yang maujud dan bertujuan menyelidiki hakikat yang sebenarnya.1.0.3Falsafahtelah dihasilkan dengantujuan untuk mencari dan membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedomanuntuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan dalam menterjemahkan Falsafah Pendidikan kebangsaan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.1.0.4Pendidikan pula berasal daripada perkataaneducare yang bermasud memelihara atau mengasuh.Dalam buku Falsafah dan Pendidikan di Malaysia yang dikarang olehChoong Lean Keow (2009:81). Beliau memetikmakna pendidikan daripada kamus pendidikan yang membawa maksud pendidikan ialah satu proses yang meneluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia.Ia juga satu proses yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta memperkembangkan peribadi. pendidikan dilaksanankan.1.0.5Falsafah Pendidikan ialah gabungan diantara perkataan falsafah dan pendidikan, jadi Falsafah Pendidikan ialah haluan pendidikan bagi menjayakan progran pengajaran dan pembelajaran supaya impaknya adah sesuai dan selari dengan mencapai setiap hasrat dan harapan negara.Bagi Mok Soong Sang (2009:126) falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, hala tuju, dan pandangan yang dihubungkaitkan dengan pendidikan.1.0.6Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah digunakan di Malaysiabertujuan menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan.Melalui FPK, sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan ke hadapan dengan mengungkapkan dengan jelas prinsip dan nilai asas yang menjadi dasar dan membentuk sistem pendidikan Malaysia bermula daripada peringkat rendah kepada peringkat tertinggi.Esei ini akan membincangkan mengenai perkaitan di antara setiap elemen dalammenterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke dalam Pengajaran dan Pembelajaran.1.0.7FPK yang digunakan adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara falsafah tradisional dan falsafah progresif. FPK juga merangkumi falsafah aliran epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme, perenilaisme, progresifivisme dan eksistensialisme.1.0.8FPK digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalamLaporan dan Dasar Pendidikan, termasuklah Rukun Negara..1.0.9FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu serta negara. Secara keseluruhannya. FPKdan FPG ini pula digubal berdasarkan kepada beberapa pertimbangan yang terdapat dalam kenyataan di bawah;Penyata Razak1965 dan Laporan Rahman Talib 1960Akta Pelajaran 1961Laporan Jawatankuasa Mengkaji Semula Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979Rukun NegaraPrinsip-Prinsip PendidikanMatlamat Pendidikan.1.0.10Kurukulum yang dirancang di Malaysia iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dilaksanakan selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) supaya tenaga kerja yang lahir pada masa datang memenuhi kehendak negara dan selaras dengan sifat-sifat Malaysia yang bukan sahaja mempunyai pembagai kaum malahan mempunyai cabaran ekonomi, sosial dan rohani yang melampau dalam mengapai cita-cita untuk menjadi negara maju pada tahun 2020.

1.1 Hasrat FPK:1.1.1Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.1.1.2Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan penting dalam menjayakan hasratserta cita-cita negara. Untuk menjayakan matlamat FPK, tanggungjawab besar digalas oleh guru.1.1.3FPGdigubal bertujuan menyokong sistem pendidikan negara. Untuk menyesuaikan diri kepada perubahan ini, seseorang perlu melengkap diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang terkini dari semasa ke semasa. Ini kerana proses pendidikan berlangsung berterusan dalam diri seseorang kerana manusia perlu menyesuaikan diri mereka dengan pelbagai perubahan dan cabaran. Justeru itu, pendidikan sepanjang hayat adalah selaras dengan hasrat FPK.

2.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK ) dan penterjemahan dalam proses Pengajaran dan pembelajaran.Saya yakin bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi teras kepada sisitem pendidikan kebangsaan. FPK ialah gambaran cita-cita serta hala tuju kepada semua usaha dan perjuangan. Program dan aktiviti pendidikan ialah terbitan daripada prinsip dan nilai yang terdapat dalam FPK. FPK yang ideal diikuti dengan kurikulum yang mantap dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah rumusan ke arah kecemerlangan pendidikan.2.1. Bentuk pendidikan diMalaysia.2.1.1Saya dapati bahawa, Akta pendidikan 1996 merupakan satu kesinambungan dengan Akta Pendidikan 1961, sebagai sebuah Akta untuk melihatkan negara yang memunyai masyarakat majmuk hidup bersatu padu di bawah satu bumbung demokrasi melalui perlembagaan yang telah dibuat sebegitu rupa. Dalam suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-centristic" yang masyarakatnya mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman "Cultural pluralism" tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Bagi mewujudkan proses pemasyarakatan ini, Pendidikan adalah merupakan satu kaedah terpenting. Mendaulatkan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan untuk semua kaum adalah termasuk dalam ciri ini2.1.2Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara. Dalam soal ini sepanjang tempoh negara kita merdeka sampai ke hari perkara ini amat diambil perhatian. Melalui Akta Pendidikan 1996 dengan jelas telah menyentuh tentang perkara ini.2.1.3Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melaluiPenyata Razak dan Rahman Talib.. Walaupun tidak sepenuhnya. Dengan cara menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dengan jelas kepada kita hasrat kerajaan untuk menyetukan kaum dengan menggunakan bahasa Melayu dan satu bentuk kurikulum yang sama.2.1.4Akta Pendidikan 1961telah lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia(1971) yang menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Hal ini telah menampakkan bahasa Melayu bukan sahaja untuk dijadikan bahasa untuk pembinaan pemuafakatan tetapi juga sebagai bahasa ilmu. Menjelang tahun 1983, semua kursus di institusi pengajian tinggi (sastera, Sains, Kejuruteraan, Perubatan , Undang-undang dan sebagainya) dikehendaki diajar dalam bahasa Melayu kecuali beberapa kursus yang dilonggarkan penggunaan bahasa pengantar itu. Hal ini kerana semua pelajar yang memasuki universiti-universiti selepas itu adalah daripada aliran Melayu. Ini semua adalah wujud hasil dari kesinambungan dari Akta Pendidikan 1961 dan berdasarkan Laporan Tun Hussein Onn (1971) .2.1.5Berikut adalah kronologi bahasa Melayu sebagai bahasa di sekolah-sekolah:aMerupakan mata pelajaran wajib di sekolah rendah dan menengah.b.Semua sekolah Inggeris ditukar menjadi sekolah Rendah Kebangsaanc.Bahasa pengantar tingkat 1d.Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sasterae.Bahasa pengantar jurusan sastera tahun satu di universitif..Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sainsg.Bahasa pengantar semua peringkat persekolahanh.Bahasa pengantar semua kursus di universiti2.1.6Perkembangan pendidikan hendaklah sejajar dengan perkembangan negara. Lantaran itu masyarakat kian maju sesuai dengan penggunaan sains dan teknologi. Pelajaran dan kurikulum pendidikan haruslah berkembang selari untuk memenuhi guna tenaga dan dan melahirkan masyarakt yang berilmu pengetahuan. Beberapa buah sekolah yang bercorak teknik dan vokasional ditubuhkan.

2.2Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan Asing2.2.1. Hasil dari pembacaan, saya dapati bahwa sistem pendidikan adalah berasaskansistem pondokyang diadakan di madrasah dan di sekolah-sekolah agama. Sekolah agama atau madrasah pesat dalam tahun 7920-an hingga 1940-an. Contohnya, di Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah. Sekolah agama atau madrasah lebih sistematik daripada sekolah pondok, iaitu dari segi kurikulum (berstruktur), waktu belajar (tetap) dan peralatan (kerusi meja). Ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar yang bennoral tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada sekolah agama atau madrasah. Sekolah-sekolah ini tidak dapat melahirkan masyarakat Islam yang moden kerana tiada penekanan kepada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.2.2.2Sekolah vernakularmerujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil. Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi. Pagi meliputi Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam dan mata pelajaran vokasional. Petang merangkumi Bahasa Arab dan al-Qur'an2.2.3Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu pada waktu itu. Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah maktab perguruan, iaitui. MPSI Tanjung Malim pada tahun 1922 danii. MPPM di Melaka pada tahun 1935.2.2.4Sekolah vernakular Cinaditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah baru Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga sekolah Cina yang dibuka oleh orang perseorangan. Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa pengantar, manakala guru-guru dan buku teks diimpot dari Negara China.2.2.5Sekolah vernakular 'I'amilmenggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Guru, kurikulum dart buku teks diimpot dart India. Contohnya, SJK (T) Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak.2.2.6Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuat kuasa, di mana semua estet vang mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajib menyediakan sekolah yang bertujuan rnembasmi buta huruf.2.2.7Sekolah Inggerishanya terdapat di kawasan bandar dart menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan di kalangan anak bangsawan Melayu pada tahun 1905. Penang Free School (1816 ) merupakan sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-guru yang mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri daripada paderi yang mendapat pendidikan di Eropah.

2.3Pendidikan Semasa Penjajahan Inggeris2.3.1 Saya kupaskan secara umum galuran pendidikan zaman penjajahan.Ciri-cirinyaa. Setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum.b. Kurikuium sekolah berbeza.c. Lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah.d. Bahasa pengantar berlainan,2.3.2Pada tahun 1855, sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan diikuti dengan dua buah sekolah Melayu di Singapura, iaitu di Telok Belanga dan Kampung Gelam.Pada zaman pernerintahan British di Tanah Melayu, sekolah Inggeris mula diperkenalkan. Contohnya,King Edward VII, Taiping di Perak dan Clifford School, Kuala Lipis, Pahang.2.3.3Sekolah pondok masih diteruskan di kalangan penduduk Melayu. Sekolah vokasional Melayu juga telah diadakan untuk melatih kumpulan buruh.2.3.4Senario di sekolah-sekolah Cina pula agak berbeza kerana sekolah-sekolahini dibiayai oleh masyarakat Cina yang terdiri daripada golongan peniaga. Sekolah-sekolah Cina ini berkembang pesat dan diteruskan ke peringkat sekolah menengah.2.3.5Sekolah-sekolah tamil mula berkembang selaras dengan perkembangan dalam sektor perladangan kopi, getah dan kelapa sejak tahun 1870-an. Sekolah Tamil telah diadakan untuk majikan estet dan hanya di peringkat sekolah rendah sahaja. Kanun Buruh diterima pakai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun 1923 membuat peruntukkan agar sekolah-sekolah Tamil diberi kemudahan mengajar kepada anak-anak pekerja buruh.2.3.6Jawatankuasa Wooley pada tahun 1870-an telah membuat penelitian dan mencadangkan agar alternatit lain diperoleh clan hasil daripada laporan ini, maka sistem "bekerja sambil belajar" telah diperkenalkan.2.3.7Dalarn aspek latihan, guru-guru pada awalnya dihantar ke Kolej Raffles dan ke luar negara untuk tujuan latihan. Maktab Perguruan Sultan Idris (1922 ) dan Maktab Latihan Perguruan Perempuan Melayu di Melaka ditubuhkan (1935) untuk melatih guru-guru dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.2.3.8Pendudukan Jepun telah banyak menjejaskan perkembangan di dalam bidang pendidikan. Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu, sekolah dan kolej berfungsi kembali setelah proses membaiki bangunan dan melengkapkan kemudahan serta peralatan sekolah siap selepas tahun 1946.

2.4 Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan2.4.1. Saya berhasrat menghuraikan bahawa terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan selepas kemerdekaan.2.4.2 Laporan Barnes (1950).Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat keduclukan clan memperbaiki pendidikan orang Melayu. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:a. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.b. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar.c. Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.d. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.2.4.3 Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah:a. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.b. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.2.4.4Laporan Fenn-Wu (1951).Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952).2.4.5Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah:a. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga diadakan.b. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.c. Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.2.4.6Ordinan Pelajaran (1952)menyatakan bahawa:a. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu.b. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.c. Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.d. Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan.2.4.7Dalam era pendidikan ini, kurikulum yang digunakan berbeza antara kaum. Di mana sekolah menggunakan bahasa pengantar masing-masing dan lokasi sekolah juga berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing-masing. Apa yang jelas pada ketika ini adalah bahawa fikiran clan aspirasi yang berlainan di kalangan masyarakat pada masa itu.

2.5Proses pengajaran dan pembelajaran yang disarankan dalam FPK2.5.1Melalui rujukan yang saya lakukan, saya yakin di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai Dasar Pendidikan Kebangsaan.2.5.2Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.2.5.3Bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggung jawab dipikul oleh mereka yang bergelar guru dalam menerapkan segala aspek dalam kalangan pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul dan dalam melaksanakan tanggungjawab ini, sudah pastilah penekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui pengubalan kurikulum terpaksa dilakukan.2.5.4Perlaksanaan kurikulum baru KBSR dan KBSM adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Penggubalan semula Falsafah Pendidikan Negara yang dahulunya hanya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan, menyebabkan berlakunya keperluan untuk mengkaji semula keseluruhan system dalam pendidikan kebangsaan. Kesinambungan daripada perubahan ini, maka terhasilnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Kurikulum ini digubal bagi memastikan setiap murid diberi peluang untuk mendapatkan kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan kehidupan yang diperlukan.2.5.5Falsafah KBSR ialah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan penegasan terhadap kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. KBSR turut memberi penekanan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari aspek JERIS serta pemupukan dan perkembangan bakat seseorang individu itu.Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai pula ialah:a. Murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan.b. Murid dapat menguasai kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah rendah iaitu Bahasa Melayu.c. Pembinaan sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai nilai kemanusiaan dan kerohanian yang berlandaskan RUKUN NEGARA dapat dipupuk dikalangan murid.d. Murid dapat bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain serta mempunyai semangat kerjasama dan toleransi.e. Murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.2.5.6 KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidangkomunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu.Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta matapelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah matapelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Reakreasi yang mengandungi matapelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.2.5.7Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan.2.5.8Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu.( Abdullah Hasan,1996).2.5.9Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid(Roselan Baki,2003).2.5.10Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tami disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid. Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan.2.5.11Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid.2.5.12Objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitkan dengan Falsafah Pendidikan Negara, dengan meneliti objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia. Jika ia mempunyai kaitan, kita telah pun berada di jalan yang betul dalam usaha untuk memartabatkan semangat Falsafah Pendidikan melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang di ajar di sekolah rendah di Malaysia.2.5.13Menurut kandungan Sukatan Pelajaran, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, murid-murid dapat:a. Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan.b. Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila.c.Membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;d. Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburane.Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;2.5.14KBSR menekankan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.KBSR menitikberatkan soal nilai-nilai murni dan semangat patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Terdapat 2 masa untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ini melambangkan KBSR amat menitikberatkan soal kesihatan para pelajar dan boleh berekreasi dan menenangkan fikiran dengan bersenam dan bersukan.2.5.15Pengenalan Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah mempunyai beberapa bahagian, iaitu Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum.

2.6 Matlamat pendidikan yang dihasratkan dalam FPK2.6.1Saya dapati juga FPK membantu Malaysia mencapai matlamat pendidikan. Matlamat pendidikan Malaysia adalah adalah seperti berikut:-Melahirkan rakyat yang bertanggungjawabdan boleh memenuhi kewajipan sebagai warga MalaysiaMenghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan kepada kemajuan dan pembangunan.Melahirkan rakyat yang memahami danmenerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan.Melahirkan rakyat yang setia kepada Raja dan cintakan negara.Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi demi mewujudkan perpaduanMengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan kurang berada.2.6.2Dalamaspek individuFPK berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelaktual dan sosial. Aspeksosialpula FPK kerajaan sebenarnya berhasrat melahirkan masyrakat yang penuh dengan nilai-nilai murni serta memahami warisan ekologi dan budaya masyarakat lain. Ini perlu agar tidak terjadinya perselisihan antara kaum.Bidang ekonomipula kerajaan amat berharap agar individu yang berkemahiran dalam apa jua bidang ekonomi dapat dilahirkan agar ekonomi Malaysia berkembang dengan sempurna. Kerajaan sebenarnya berhasrat untuk melahirkan masyarakat yang boleh menghormati perlembagaan, menghormati Raja dan merialisasikan sistem demokrasi negara.2.6.3Bagi Ee Ah Meng (1996:98)FPK adalah penting kerana dengan FPK ia memberi hala tuju dan panduan kepada segala usaha yang diikhtiarkan untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan, menyatukan matlamat-matlamat pendidikan, sebagai dasar pembentukan (Kurikullum Bersepadu Sekolah Rendah) KBSR dan (Kurikullum Bersepadu Sekolah Menengah) KBSM, mengawal penyelewengan, mengelakkan kesulitan yang timbul dalam pendidikan, dan menjadi pertimbangan asas bagi merancang pembaharuan atau perubahan dalam bidang pendidikan.2.6.4 Bagi mencapai pelaksanaan falsafah, Kementerian Pendidikan telah merangka satu sukatan pelajaran bagi setiap subjek yang diajar di sekolah. Untuk Bahasa Melayu dinamakan Sukatan Pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Bahasa Melayu untuk digunakan di sekolah rendah, manakala Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Bahasa Melayu untuk kegunaan di sekolah menengah.2.6.5 Dalam sukatan berkenaan digarisi satu matlamat pendidikan, iaitu;Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan ini untuk memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian.2.6.6Setiap sukatan mata pelajaran bagi sekolah rendah dan menengah mempunyai objektif masing-masing. Objektif ini akan berubah-ubah setiap kali semakan dilakukan. Hal ini bagi memenuhi keperluan semasa dan demi satu sistem pendidikan yang berkesan. Objektif Sukatan Pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Bahasa Melayu (edisi semakan) cetakan tahun 2003 ialah sebagaimana di bawah.a.. mendengar dengan teliti serta memahami dan menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;b. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.c. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;d. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;e. menyemai budaya membaca sebagai satu amalan dalam kehidupan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan;f. memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis;g. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan bentuk kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan sesuai dan betul;h. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis;i. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu;j. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan negara.

2.7 Matlamat kepada individu ( intrinksik )2.7.1Saya kupaskan 13 tuntutan atau hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kesemua tuntutan atau hasrat itu mempunyai perkaitan dengan Matlamat Pendidikan dan Objektif Pendidikan. Antara matlamat FPK kepada individu adalah(a) Pendidikan suatu usaha berterusanManusia masih dituntut untuk terus belajar, meningkatkan pengetahuan, kematangan dan kepakaran. Sebenarnya, proses pendidikan terus berlangsung dalam diri seseorang. Hal ini selaras dengan Matlamat pendidikan agar manusia terus menimba ilmu, dan Objektif Pendidikan ke V, iaitu menyemai budaya membaca sebagai satu amalan dalam kehidupan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan;(b) Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduMatlamat Pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi. Bahasa merupakan salah satu alat yang dapat menggerakkan potensi individu. Hal ini banyak ditegaskan sebagai Objektif Pendidikan misalnya, memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis; atau mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan bentuk kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul. Sesetengah individu mempunyai bakat dan keupayaan untuk memajukan dirinya.(c) Insan yang seimbang dan harmonis intelekYang dimaksudkan seimbang dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah memberi tempat yang sewajar dan adil kepada semua keperluan pendidikan manusia khususnya dari segi pertumbuhan akal, perkembangan sahsiah secara sihat dan bersepadu. Harmonis pula ialah wujudnya keserasian antara pertumbuhan dan perkembangan fizikal dengan pertumbuhan dan perkembangan rohani. Keserasian itu merupakan makanan intelek. Antara ciri-ciri individu yang seimbang dan harmonis inteleknya ialah;Sempurna kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira,Sentiasa berusaha mencari, membaiki, meningkat, mengamal dan menyebarkan ilmu,Sentiasa berfikir keatif dan kritis, dan mencerakinkan pemikirannya untuk menghasilkan idea-idea bernas dan menjawab permasalahan masyarakat,Berupaya memanfaatkan ilmu untuk kemajuan diri dan orang lain.(d) Insan yang seimbang dan harmonis rohaniYang dimaksudkan rohani ialah merujuk pembentukan dan pembinaan watak dan kejatidirian manusia. Sebagai warga Malaysia, seharus sistem pendidikan melahirkan watak dan kejatidirian watak yang sesuai dengan agama, adat dan sosio budaya Malaysia, sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara. Ciri-ciri individunya ialahMenyedari adanya Pencipta dan mempercayai-Nya,Menyedari dan mengamalkan sikap bertanggungjawab kepada agama, diri, masyarakat, bangsa dan negara,Menghargai dan mensyukuri anugerah Tuhan,negara, masyarakat dan keluarga,Memumpuk dan membina disiplin diri, danMembentuk akhlak mulia dan tingkah laku sopan.(e) Insan yang seimbang dan harmonis emosiSeimbang dan harmonis emosi dapat menjana tingkah laku dan pemikiran sihat, matang dan bertolenrasi antara individu. Pendidikan mengasuh perasaan dan pemikiran sihat.Ciri-ciri emosi yang seimbang dan harmonis ialah;Berperasaan tenang dan tingkah laku terkawal,Mempunyai rasa kasih sayang terhadap semua makhluk,Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan dan menghormati orang lain,Menghargai dan menyayangi keindahan alam,Menghargai dan menghormati keindahan buatan manusia selagi ia tidak bertentangan dengan agama dan adat budaya, danSelalu bersikap matang dan terbuka.(f) Insan yang seimbang dan harmonis jasmaniKeseimbangan dan keharmonian jasmani merujuk kesihatan tubuh badan. Walaupun merujuk tubuh badan, kesihatannya bukan bergantung pada penjagaan tubuh badan semata-mata, melainkan juga perlu penjagaan emosi. Jasmani yang seimbang dan harmoni merangkumi;Sihat badan dan sihat emosi,Sentiasa melakukan riadah, yoga atau bermeditasi,Sentiasa sedar, mencungkil, mengembangkan dan memanfaatkan bakat dan keupayaan.Sentiasa amal sikap mencuba dan berdikari,Menggunakan bakat dan keupayaan diri untuk kesejahteraan diri dan masyarakat, danBerusaha meningkatkan daya pengeluaran.(g) Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhanMalaysia percaya peranan agama sebagai pembentuk dan pembina watak manusia berharmonis. Manusia yang patuh dan percaya kepada Tuhan akan dipercayai menjadi tonggak kedamaian, keamanan dan keharmonian masyarakat. Ciri-ciri insan yang percaya dan patuh kepada Tuhan ialah;Mengakui dan percaya tentang wujudnya Tuhan,Mengakui bahawa manusia dan alam tidak wujud dengan sendiri,Mengakui bahawa segala tabii, kejadian dan fenomena alam ditetapkan oleh Tuhan,Menyedari bahawa manusia bertanggungjawab memakmurkan alam,Menyedari bahawa manusia bertanggungjawab terhadap perbuatannya,Sentiasa berusaha memperkukuhkan amalan keagamaan, danSentiasa berusaha melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan.(h) Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuanPendidikan percuma dari tahun satu hingga tingkatan enam yang diberikan kepada setiap warganegara adalah bukti kesedaran kerajaan terhadap kepentingan ilmu. Pelbagai usaha dilakukan untuk membina insan berilmu dan berdaya saing. Ciri-ciri insan berilmu ialah;Mencintai ilmu pengetahuan,Gemar membaca dan menimba ilmu,Sentiasa berusaha menambahkan ilmu pengetahuan,Bersedia untuk diajar dan belajar,Berfikiran luas, terbuka, kritis dan matang,Berusaha mengamal dan menyebarkan ilmu pengetahuan yang ada, danSentiasa menggalakkan orang lain menambah ilmu pengetahuan.(i) Rakyat Malaysia yang berketerampilanRakyat yang berketerampilan adalah merujuk kepada mereka yang mempunyaikecekapan dan kebolehan tinggi melaksanakan tanggungjawab dan tugas. Insan yang berketerampilan ialah;Mempunyai kelayakan dan kebolehan yang sepadan dengan jawatan dan tugas,Mempunyai pengetahuan luas untuk melaksanakan sesuatu tugas,Dapat melaksanakan tugas dengan cepat, cekap, dan sempurna, danHasil kerjanya memuaskan pengguna dan pelanggan.(j) Rakyat Malaysia yang berakhlak muliaAkhlak atau moral sangat penting bagi setiap individu. Walaupun perlakuan berakhlak tidak boleh diwarisi,namun amalan akhlak boleh dipelajari dan diamalkan. Orang yang berakhlak akan dipandang mulia dan dihormati. Antara ciri-ciri rakyat yang berakhlak mula ialah;Mempunyai pengetahuan tentang nilai-nilai murni, tatasusila dan adab,Mempunyai kesedaran tinggi terhadap perbuatan baik dan perbuatan buruk, danSentiasa mengamal dan mengutamakan nilai-nilai murni, tatasusila dan beradab dalam setiap perlakuan,(k) Rakyat Malaysia yang bertanggungjawabMasyarakat juga mempunyai kepercayaan dan keyakinan tinggi apabila berurusan dengan individu yang bertanggungjawab. Antara ciri-ciri rakyat yang bertanggungjawab ialah;Menyedari dan faham bahawa setiap tugas adalah amanah,Menyedari dan faham setiap tugas perlu dilaksanakan dengan cekap, cepat dan sempurna,Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti mutu kerja,Sentiasa berusaha meningkatkan kuantiti pengeluaran,Sentiasa mematuhi peraturan, undang-undang, adab dan adat bangsa, danBerusaha memajukan diri, keluarga,masyarakat, agama, bangsa dan negara.(l) Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diriSihat fizikal ditandai keceriaan dan kelincahan diri, manakala sihat mental meliputi pemikiran dan perlakuan yang harmonis. Antara ciri-ciri kesejahteraan diri ialah;Mempunyai fikiran yang waras, jiwa yang tenang dan badan yang sihat,Mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi sebarang cabaran,Sentiasa mewujudkan perhubungan yang harmonis dengan orang lain,Matang bertindak dalam apa jua situasi, danBerkelakuan tenang dan tidak terburu-buru.(m) Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara secara ikhlas.Antara ciri-cirinya ialahSentiasa berusaha memupuk perpaduan rakyat melalui pelbagai aktiviti sihat,Berusaha memajukan membangunkan diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara,Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang, danSentiasa patuh pada prinsip dan Rukun Negara.

2.8Matlamat sumbangan oleh individu kepada keluarga, masyarakat, dan negara.2.8.1Saya yakin Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi asas dan sumber inspirasi kepada semua rangka ke arah pembangunan pendidikan ini sebenarnya mempunyai beberapa unsur-unsur penting yang perlu difahami oleh setiap ahli masyarakat sama ada warga pendidik, para pelajar, mahupun sesiapa sahaja rakyat Malaysia.2.8.2Unsur yang pertama ialah Pendidikan Suatu Usaha Berterusan. Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan lagi. Jika dilihat dari perspektif lain, pendidikan suatu usaha berterusan ini membolehkan berlakunya perkembangan ilmu yang kritikal, seimbang dan mampu untuk melahirkan modal insan yang menjadi matlamat utama negara kita pada masa sekarang.2.8.3Unsur kedua Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah memperkembang potensi individu. Potensi individu ini boleh dibahagikan pula kepada 4 iaitu unsur intelek, jasmani, emosi, dan rohani. Melalui pendidikanlah potensi individu boleh di perkembangkan dan di gilap.Unsur jasmaniialah unsur fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting untuk kecerdsan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang amat berkait rapat.Unsur emosipula ialah berkaitan dengan jiwa individu yang mana memberi kawalan kuat kepada semangat perpaduan dan sebagainya. Perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik dalam bermasyarakat.Unsur rohanipula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan.Unsur intelekiaitu berkaitan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah negara yang sukar dapat diselesaikan dengan berkesan.2.8.4Perkembanganpotensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.Ini merangkumi perkembangan individu yang maksima pada jalan atau cara yang tepat bagi membantu menggilap potensi yang ada dalam diri individu agar dapat menyumbangkan kebaikan.2.8.5Unsur keempat ialah insan yang seimbang dan harmonis iaitu insan yang berilmu pengetahuan, mempunyai akhlak mulia, percaya dan yakin kepada tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, sihat tubuh badan, serta matang dari segi emosi dan sosialnya. Insan yang seimbang dan harmoni ini mempunyai jasmani, emosi, rohani dan intelek yang telah diperkembangkan secara kritikal dan bersepadu. Hal ini dapat dilihat dalam kehidupan harian atau tingkah laku individu yang bertanggungjawab, menghormati orang lain, mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan tenang dan cepatdalam siyuasi menang-menang untuk semua pihak.2.8.6Unsur seterusnya iaitu unsur kelima ialah kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Perkara ini memberi penekanan kepada beberapa perkara penting seperti mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusi dan alam dijadikan oleh Pencipta, mengetahui tentang percaturan yang telah dilakukan oleh Tuhan, faham bahawa manusia dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan, menjauhi kemungkaran dan melakukan kebaikan, mengikuti dan mengamalkan ajaran agama, dan yang terakhir sekali ialah sentiasa mengukuhkan kepercayaan beragama.2.8.7Unsur keenam iaiah rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Ini bermaksud bersedia berkongsi ilmu dan menggunakan ilmu untuk manfaat bersama. Antara ciri-ciri individu yang berilmu pengetahuan ialah individu yang mencintai ilmu pengetahuan, minat mentelaah, berfikiran global, berusaha berkongsi ilmu dan menambah ilmu pengetahuan.2.8.8Unsur yang ketujuah ialah rakyat Malaysia yang berketrampilan iaitu rakyat yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, malahan rakyat yang mahir dalam melakukan tugasan dan mampu menjadi rakyat yang inovatif. Selain itu, rakyat yang berketrampilan juga merupakan rakyat yang melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya dengan adanya kemahiran yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak. Rakyat perlu mampu untuk menilai mana satu yang baik dan mana satu yang buruk dan kebolehan berfikir jauh dalam menimbang kesan dan akibat sesuatu perkara dan yakin dalam perkara murni yang dilakukan.2.8.9Unsur ke sembilan iaitu unsur rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Mengetahui tugas dan tanggungjawab merupakan amanah yang wajib dilaksanakan dengan sempurna. Undang-undang, perlembagaan negara perlulah dihormati dan dipatuhi agar keamanan negara, perpaduan kaum dan kemasyhalatan masyarakat dapat dijaga dan diteruskan.2.8.10 Unsur kesepuluh adalah rakyat Malaysia yang mampu menikmati kesejahteraan diri iaitu yang berupaya menangani masalah hidup, mampu berfikir secara waras, mempunyai tubuh badan sihat dan mempunyai kemahiran dalam menjalin perhubungan yang baik.2.8.11Unsur kesebelas ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, dan negara. Wujudnya rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan akan membantu pembangunan negara dengan melahirkan keluarga yang harmoni dan mempunyai nilai-nialai murni seperti semangat kerjasama dan perpaduan. Perkara yang lebih penting ialah adanya rakyat yang mampu menguasai teknolongi dan ilmu-ilmu lain bagi memaksimakan pembangunan negara kita.2.9Penterjemahan FPK menerusi Pengajaran dan Pembelajaran.2.9.1Saya meletakkan keyakinan tinggi bahawa Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah mempunyai beberapa bahagian, iaitu Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum.2.9.2 Merujuk kepada kemahiran bahasa ianya meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa ini teras kepada penguasaan bahasa baku.2.9.3Kemahiran Mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memberikan maklum balas dan memahami perkara yang didengar dalam situasi pengucapan.2.9.4Kemahiran Bertuturmerujuk kepada keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan pendapat, perasaan, maklumat serta idea yang bernas dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Lazimnya Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur dijalankan serentak dan dikenali sebagai Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Hal ini disebabkan, dalam Kemahiran Mendengar akan melibatkan pertuturan.2.9.5Kemahiran Membacamerujuk kepada keupayaan murid membaca ayat dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.2.9.6Kemahiran Menulismerujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan cantik. Murid juga digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka bagi menghasilkan penulisan bahan berunsurkan pengetahuan dan penulisan imaginatif.2.9.7Hasil Pembelajaranialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dicapai oleh murid. Murid perlu menguasai kemahiran bahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, hasil pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai hasil pembelajaran. Selain itu, hasil pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.2.9.8Sistem Bahasadalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, kosa kata, peribahasa, ejaan, dan sebutan dan intonasi. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat mata-mata pelajaran di peringkat rendah.2.9.10Pengisian Kurikulumterdiri daripada elemen yang menggabungkan aspek ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosio-budaya, dan kemahiran bernilai tambah.2.9.11Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (HSPBM) pula memperincikan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita cita murni semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. HSPBM memperjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Hasil pembelajaran dibahagikan kepada tiga aras, iaitu aras asas, aras sederhana, dan aras cemerlang.2.9.12HSPBM menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun, dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. HSPBM diharapkan dapat membantu para guru merancang dan melaksanakan P&P secara berkesan.2.9.13Guru digesa melakukan aktiviti yang memberi penekanan kepada unsur bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi , kemahiran belajar cara belajar, dan pelbagai lagi. Nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan..

3.0 Penterjemahan Pengetahuan,Kemahiran, nilai-nilai murni, dan Elemen menerusi tema / tajukyang terdapat di dalam mata pelajaran BAHASAMALAYSIATahun 2.

3.1.Pengetahuan3.1.1Melalui pembacaan, saya dapati setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara.3.1.2Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai nilai positif untuk perpaduan kaum.3.1.4Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai Dasar Pendidikan Kebangsaan

3.2Kemahiran3.2.1Saya yakin, bahawa Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah kemahiran yang dapat digunakan dalam setiap sesi pengajaran. Kemahiran ini dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan melaksanakan aktiviti pengajaran secara berkesan.3.2.2Kemahiran Berfikir Kreatif ialah kemahiran mencerna dan menghasilkan idea baharu yang mementingkan keindahan. Kemahiran Berfikir Kreatif akan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti menjana idea, membuat inferens,,menghubung kait, meramal, membuat hipotesis, mensintesis, mengitlak, menganalogi, membuat gambaran mental, reka cipta,3.2.3Kemahiran Berfikir Kritis ialah membuat analisis, membuat penilaian, membuat sintesis, membuat kritikan dan menilai kemunasabahan sesuatu idea. Kemahiran Berfikir Kritis akan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran sepertimencirikan, membandingbezakan, mengumpul dan mengkelaskan, membuat urutan, menganalisis, menila, membuat kesimpulan.3.2.4Kemahiran Berfikir Menaakul ialah kemahiran membuat pertimbangan secara logik dan rasional terhadap beberapa contoh sebelum membuat kesimpulan. Aktiviti menaakul melibatkan hipotesis, pengumpulan, strategi berfikir, mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah, membuat keputusan,3.2.6Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi bermaksud kebolehan, keupayaan menggunakan alat-alat ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara berfikrah, terancang, kesesuaian, dan berkesan. Dalam konteks pengajaran, ICT digunakan sebagai persembahan dan demonstrasi.3.2.7Kemahiran Belajar Cara Belajar. Pusat Perkembangan kurikulum (2001b) menegaskan Belajar Cara Belajar (BCB) sebagai satu proses teknik belajar sama ada belajar bersama guru mahupun belajar tanpa bersama guru. Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Hj. Nik Basri (2007), BCB melibatkan aspek kemahiran pengurusan kendiri, kemahiran mendengar, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran mengingat,.3.2.8Kemahiran Kajian Masa Depan.Pusat Perkembangan Kurikulum (2002b) Kemahiran Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu cara menyusun pemikiran atau cara kita mengkonsepsikan kehidupan. Antara aspek pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ialah membuat ramalan, menjangka akibat dan mengendalikan perubahan.3.2.9Kemahiran Kecerdasan Pelbagai merujuk kebolehan murid menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Dengan adanya kepelbagaian kemahiran murid mampu menjana idea untuk memajukan lapangan diceburi.. Pusat perkembangan Kurikulum (2001c) mencadangkan lapan jenis kecerdasan pelbagai yang sesui diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran murid, iaitu Kecerdasan Verbal-Linguistik, . Kecerdasan Logik -Matematik, Kecerdasan Visual-Ruang, Kecerdasan Kinestetik, Kecerdasan Muzik,Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Intrapersonal dan Kecerdasan Naturalis.3.2.10 Kemahiran Pembelajaran Kontekstual. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001d) Pembelajaran Kontekstual (PK) merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan atau menghubungkaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran, dan alam pekerjaan. PK menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on (mengamalkan) dan minds-on (memikirkan) dalam persekitaran pelbagai. Kemahiran Pembelajaran Kontekstual adalah seperti menghubung kait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan.3.2.11Kemahiran Pembelajaran Konstruktivisme. Menurut McBrien & Brandt, dan M. Briner yang dipetik oleh Pusat Perkembangan kurikulum (2001e) Konstruktivisme ialah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan dengan membina pengetahuan baharu atau konsep baharu secara aktif. Aspek pembelajaran Konstruktivisme ialah mengkonsepsikan idea, analisis, penghasilan, hipotesis atau tesis,

3.3 Nilai murni.3.3.1Melalui pembacaan, saya dapati bahawa Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada 1976 telah meneliti nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara kita, tidak hanya memfokuskan kepada agama Islam sahaja. Berasaskan kepada pandangan dan maklumbalas yang diperolehi , jawatankuasa ini yang dianggotai oleh wakil pelbagai agama telah menerima 16 nilai diajar dan diserapkan kepada semua pelajar untuk membentuk pelajar seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak.3.3.2Di sekolah penerapan nilai murni boleh disepadukan melalui elemen pertuturan, perlakuan,teladan, isyarat, kefahaman, interpretasi, konteksual. Tujuan pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga, komuniti dan masyarakat.3.3.3Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memperakui 16 nilai-nilai murni:-(a) Baik hati merupakan sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Ini meliputi aspek belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati, saling faham memahami dan sedia memaafkan.(b) Berdikari merupakan kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.(c) Bertanggungjawab pula memaparkan keupayaan bertindak sendiri, jaya diri dan yakin pada diri sendiri.(d) Hemah Tinggi merupakan berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain. Ciri-ciri berhemah tinggi adalah kesopanan, mengakui kesalahan, ramah mesra, hormat menghormati, menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan. Ini merangkumi hormat dan taat kepada ibubapa, hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin, hormat kepada raja dan negara, patuh kepada undang-undang, hormat kepada hak asasi, hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan, hormat kepada keperibadian individu.(e) Kasih sayang pula adalah perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. Rasa ini lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur kepentingan diri. Ini meliputi sayang kepada nyawa dan alam.(f) Cinta kepada negara pula memeparkan situasi cinta kepada keamanan dan keharmonian.(g) Keadilan perlu dizalirkan melalui perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.(h) Kebebasan yang dimaksudkan ini, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara.(i) Keberanian adalah kesanggunpan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Keberanian itu perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu mengakibatkan bencana. Nilai ini merangkumi berani dengan tidak membuta tuli, berani kerana benar, berani mempertahankan pendirian dan berani bertanggungjawab.(j) Kebersihan fizikal dan mental. Kebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental pula merangkumi pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian.(k) Kejujuran menuntut sikap dan perlakuan yang menunjukan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.(l) Kerajinan adalah suatu usaha berteruan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara.(m) Kerjasama adalah usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong royang, ketoleranan dan perpaduan.(n) Kesedaran adalah sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Ini termasuklah sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain.(o) Kesyukuran ialah perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi seperti berterima kasih,, mengenang budi dan penghargaan.(p) Rasional pula ialah kebolehan berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya, tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Umpamanya seperti boleh membuat pertimbangan, boleh membuat penakulan dan berfikiran logik dan terbuka.(q) Semangat Bermasyarakat merupakan kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat.3.3.4Teknik Penerapan Nilai Murni yang dikenalpasti melalui matapelajaran tertentu (Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam), penerapan nilam murni dalam matapelajaran lain,aktiviti ko-kurikulum, aktiviti persatuan sekolah. Begitu juga dengan penerangan melalui matapelajaran lain yang mungkin berlaku secara langsung misalnya melalui perlakuan atau interaksi. Di sini pelajar akan dapat melihat dan membandingkan serta mengaitkan apa yang dipelajari dalam matapelajaran khusus tadi dengan apa yang dilihat. Bimbingan guru-guru dan ibu bapa, kesedaran daripada pelajar itu sendiri amat penting dalam menetapkan situasi diri mereka sendiri.3.4EMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Rendah3.4.1 Saya yakin akan Elemen Merentas Kurikulum merupakanunsur nilai tambah dalam p&p dan elemen sedia ada. Ini merangkumi bahasa, pendidikan alam sekitar, nilai murni,sains dan teknologi serta patriotisme3.4.2 Elemen baru yang diaplikasikan adalah kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi3.4.3EMK diharapkan akan mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal insan.3.4.4Terdapat 5 fokus elemen keusahawanan iaitusikap,nilai moral dan etika,formulasi pengetahuan dan kemahiran teknologivokasional, pengetahuan dan kemahiran,pemikiran..3.4.5 Dalam KBSR penekanan adalah tidak terhad kepada perkara dalam sukatan sahaja. ini bertujuan meningkatkan minat murid untuk datang ke sekolah. Peluang murid berinteraksi antara satu sama lain dapat ditingkatkan. Sementara tema atau topik yang diminati untuk diajar boleh disesuaikan oleh guru.

4.0Peta minda hubungkait antarakomponen Pengetahuan,kemahiran,Nilai-nilai Murni dan EMK dalam penterjemahan FPK.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

5.0 Aplikasi komponen pengetahuan kemahiran, Nilai-nilai Murni dan EMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran danjangkaanterhadap modal insan.5.1Mengalas tugas mendidik mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, saya yakin bahawa insan seimbang seperti yang dihasratkan melalui Falsafah Pendidikan kebangsaan perlulah seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya.5.2Estetika mengikut Kamus Dewan adalah merujuk perkara yang berkaitan dengan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan ( terutamanya ) dalam bidang seni. Ini bermakna nilai nilai estetika diajar dalam setiap disiplin ilmu atau mata pelajaran seperti Pendidikan Seni, Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.5.3Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid (1988)mentakrifkan nilai murni sebagai: "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia"5.4Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri iaitu percaya dan patuh kepada tuhan, berilmu pengetahuan,berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara,berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negaradan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.5.5Keseimbangan dan keharmonian yang terdapat dalam FPN akan dapat dicapai jika nilai-nilai murni ini dapat direalisasikan melalui kurikulum (khususnya dalam pendidikan formal dan tidak formal) supaya ilmu pengetahuan akan dapat diperkembangkan sebagai khalifah Allah dimukabumi ini, manusia hendaklah menyeru dan menyedarkan sesama manusia yang lain.5.6Guru wajar menerapkan nilai murni yang disalurkan itu tidak terdapat secara khusus di dalam subjek tersebut tetapi diterapkan secara tidak formal seperti komunikasi yang baik antara guru dan murid, yang akan mempengaruhi penanaman nilai dalam jiwa pelajar.5.7Sebagaimana yang kita tahu matlamat dasar pendidikan negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin, berpengetahuan, bertanggungjawab, berkebolehan berwawasan dan terlatih.5.8Kesan daripada apa yang dipelajari mereka boleh jelaskan kepada orang lain samada melalui bentuk penerangan, perbincangan melihat ataupun perubahan perlakuan sendiri. Penerapan nilai itu mestilah bersahaja dan tidak langsung dan sentiasa berterusan.5.9Di Malaysia dewasa ini isu-isu penerapan nilai murni semakin ketara dan menonjol. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif di mana: " Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran dan akan diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan."

6.0Proses menterjemahkan komponen pengetahuan kemahiran, nilai dan EMK dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran

Contoh Rancangan Pengajaran Harian.

MATAPELAJARANBahasa Melayu

TAHUN2 Arif

BILANGAN MURID26 orang murid.

TEMAKesihatan dan Kebersihan.

TAJUKMakanan Berkhasihat dan Seimbang.

TARIKH09.04.2012

MASA7.40 pagi-8.40 pagi (60 Minit)

STANDARD PEMBELAJARAN:OBJEKTIF/HASIL PEMBELAJARAN1.3.1 / literasi 3.2

Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat;Kognitif :Menyatakan maksud makanan seimbang dengan menggunakan laras bahasa yang betul.Afektif:Mengamalkan gaya hidup sihat.Psikomotor:Memberi respon berkaitan maklumat dengan menggunakan bahasa yang betul.

SISTEM BAHASATatabahasa:Ayat tunggal, ayat majmuk, ayat perintah.Kosa Kata:seimbang,karbohidrat,vitamin,resipi

PENGISIAN KURIKULUMIlmu:Bahasa Melayu, Pendidikan KesihatanNilai:Taat kepada ibu bapa, kebersihan fizikal dan mental.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT)Kemahiran Berfikir :Menjana idea, menghubungkait, merumus.Kemahiran Belajar :Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.Kecerdasan Pelbagai:Verbal linguistik

PENGETAHUAN SEDIA ADAMurid dapat menceritakan pengetahuan danpengalaman mereka mengenai makanan seharian.

BAHAN BANTU MENGAJARLCD, Power point dan Lembaran kerja.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUMKreatif dan InovatifTeknologi.

FasaIsi KandunganAktiviti Pengajaran dan PembelajaranNota

Aktiviti GuruAktiviti Murid

Langkah 1(Set Induksi)(5 Minit)

Merangsang minat murid.

1.Guru mengucapkan salam. Guru memaparkan sebiji buah limau.

2.Guru meminta seorang murid membuat reaksi makan buah epal didalam kelas sambil berdialog:2.1 Wah,sedapnya.2.2 Cikgu masih ada lagi beberapa biji buah limau, ada sesiapa yang ingin makan bersama cikgu?2.3Murid yang dapat jawab soalan cikgu, akan beri buah limau ini.

3.Guru mengujarkansoalan kepada murid.3.1 Di manakah boleh kita lihat buah ini ditanam? Atau3.2Apakah khasiatbuah limau ini?4.Guru mengaitkan buah limau dengan tajuk pembelajaran pada hari ini.1.Murid menjawab soalan dan memerhatikan lakonan sepontan.

2.Murid akan member reaksi secara spontan apabila melihat rakannyamakan buah epal.Murid memberi respons kepada soalan guru.

3.Murid bersedia ingin menjawab soalan yang dikemukankan.

Strategi/Teknik:-Soalan lisan.

-menghubungkait

Langkah 2(10 minit)Penerangandan mencari maksud dan khasiat makanan seimbang1.Guru mengajukan soalan berkaitan makanan yang dimakan olehmurid pada setiap hari.2.Guru memberi penerangan dan kemudian meminta murid membaca petikan yang diberi secara individu. Murid diminta mencari maksud dan khasiat makanan seimbang.

3. Murid dikehendaki menyatakan hasil dapatan mereka secara lisan.

4.Guru memantau aktiviti murid sambil mendengar laporan dapatan mereka.

1. Murid menjawab soalan secara lisan berkaitan soalan yang diajukanoleh guru.

2. Murid membaca petikan secara senyap individu. Murid mengariskan ayat berkaitan maskud dan isi penting tentang khasiat makanan.

3.Murid menyatakan secara lisan hasil dapatan mereka.Strategi/Teknik:a. Peneranganb. inkuiri penemuan.

BBB:petikan.

Langkah 3(20 minit)Aplikasi IdeaKlasifikasikan makanan seimbang.1.Guru meminta muridmenyatakancontoh secara lisan makanan yang mengandungi lemak, vitamin, protein, garam mineral dan karbohidrat.(melayari internet)

2.Guru meminta murid mengklasifikasikan makanan seimbang dalam lembaran kerja.2.1 karbohidrat2.2 vitamin2.3 protein2.4 garam mineral2.5 lemak

3.Guru meminta beberapa orangmurid membacakanjawapan mereka di hadapan kelas.

4.Guru meminta murid-murid lain membandingkan dan memberikan respon berkaitan perbezaan hasildapatan mereka.

1. Murid membaca petikan dan mencari isi penting untuk mencari makananan yang mengandungi:i.Lemak( santan, minyak)ii.Vitamin(buah-buahan, sayur-sayuran)iii.Protein(ayam, daging, ikan, susu)iv.Karbohidrat(roti, nasi, jagung)v.Garam-mineral (udang,ketam)

2.Murid mengklasifikasikanmakanan seimbang dalam lembaran kerja.

3. Beberapa orang murid membaca dapatan jawapan mereka di hadapan kelas.

4. Murid-murid lain mendengar dan membandingkan jawapan mereka. Murid mmberi respon secara lisan dalam sesi perbincangan.Strategi/Teknik:-Membaca petikan.-Inkuiri induktifterbimbing.

Penekanan kepada makanan seimbang

Lembaran kerja 1

-laporan dan menyatakan respon.-perbincangan

Langkah 4(20 minit)Menyatakan makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat

1.Guru memaparkangambar bersiri makanan yang biasa dinikmati oleh muridmelalui paparan projektor ohp slide power point.

2. Murid diminta menyatakanpendapat secara lisan berkaitan khasiatmakanan.(samada berkhasiat atau tidak).

2.1 Jenis-jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat.i-roti dan susuii-makanan ringaniii-gula-gulaiv-buah-buahanv-aiskrim

3.Guru menerangkankepentingan makananseimbang, berkhasiat dan kesan jika tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang.

4.Beberapa orang murid diminta menggayakan watakindividu yang sihat dan kurang sihat.

5. Guru meminta murid-murid mengadili rakan mereka yang telahmenggayakan lakonan terbaik.

1.Murid melihat gambar makanan yang ditunjukan oleh guru.

2.Murid menyatakanpendapat secara lisan berkaitanmakanan berkhasiat dan tidak berkhasiat.

3.Murid mendengar penerangan guru berkaitan kepentingan makanan seimbang.

4.Murid melakonkan aksi individu yang:i-sihat/cergasii-tidak sihat/lemah

5.Murid menjawab soalan berpandu daripada lembaran kerja yang diberi.Strategi/Teknik:

-Perbincangan.-power point(Slide 1)

- Berlakon

-Lembaran kerja

Langkah 6(Penutup)(5 minit)Membuatrumusan pengajaran dan pembelajaran.

Menyatakan nilai-nilaimurni yangterdapat semasasesi pengajarandanpembelajaran.1. Guru memaparkansoalan teka-teki melalui hp projector kepada murid untukmenguji kecerdasan pemikiran mereka.-Contohteka-teki :1. Rasa manis sekali,Bungkusannya berwarna-warni,Banyak makan sakit gigi, barulah ingatnasihat ibu dan bapa. Siapakah aku?

2. Guru meminta murid menyata nasihat dari teka-teki diberi.

3. Guru menegaskan nilai patuh akan nasihat ibu bapa dan kepentingan mengamalkan penjagaan kesihatan.

1.Murid menjawab soalan teka-teki daripada guru.

2. Murid menyatakasecara lisan kepentingan kesihatan dan nilai murnipatuh terhadap nasihat ibu bapa.Teori KecerdasanPelbagai.

-Slide2

7.0Rujukan.Pusat perkembangan Kurikulum KPM, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi, Kuala Lumpur, KPM, cetakan pertama 2001, hlmn 3,4,5,6,7,8,9,10,11.

Raminah Hj Sabran, Wong Khek Seng, Kok Meng Kee, Ace Ahead Teks STPM Pengajian Am Kertas 1&2, Kuala Lumpur: Oxford fajar Sdn Bhd, cetakan kedua 2010, hlmn , 3, 5, 6, 7,

Sufean Hussin (2004). Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn 7, 8, 9.

Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail, Zaini Othman, Kenegaraan Malaysia, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd, 2005, hlmn 1, 2,3, 4, 5, 79, 80, 183, 184, 185, 208.

Mok Song Sang, Falsafah Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, PTS, cetakan pertama 2001, hlmn 12,13, 26,48.

Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan.,Tanjung Malim:, Quantum Books, ctakan pertama 2006, hlmn 16, 17, 18.

Atan Long., Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan pertama 1976, hlmn 28, 29.

Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. 2008. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung Malim: Quantum Books, 2008, hlmn 14, 15,16, 34, 35.

Edaris Abbu Bakri, Pengurusan Strategik:Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, 2004, halaman 8.

Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz., Pedagogi Asas Pendidikan,Kuala Lumpur, Kayazano Enterpris, 2004, hlmn 6, 7, 21,22.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, (http:// ms.wikipedia.org/wiki/ Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan 8 Ogos 2005)

Ariedrifke, "Implikasi Falsafah Pendidikan", Pendidikan html, 4 April 2004(http://ariedrifke.blogspot.com/2010/04/implikasi-falsafah-pendidikan.html)

top related