falsafah pendidikan islam

Post on 21-Oct-2015

77 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

Falsafah Pendidikan IslamAhli Kumpulan:1. Ching Suit Li (K)2. Chan Mee Ting3. Jocelyn Lee Chia Sin4. Katherine Heng Man Lee5. Yew Pei JiaUnit: S1 PISMP BC/PJ/KS 1

Pengenalan Falsafah pendidikan islam

Dibentang oleh: Chan Mee Ting

Definisi

• Satu proses berterusan untuk merubah, melatih dan mendidik akal, jasmani dan rohani manusia berasaskan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu.

Tujuan

• Menyebarkan pengalaman dan kebudayaan manusia dari satu generasi ke satu generasi yang lain.

Kategori Penyebaran Pengalaman

• Kemahiran• Pengetahuan Teknikal

Al-QuranHadis

Definisi Falsafah Pendidikan Islam

Falsafah pendidikan yang berteraskan roh Islam, iaitu falsafah

Islam untuk pendidikan

Menyediakan manusia dengan ilmu pengetahuan yang cukup agar kenal diri, tugas dan tanggungjawabnya,

serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan

tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. 【Omar al-

Syaibani, 1991】

Definisi Falsafah Pendidikan IslamSuatu usaha yang berterusan dalam

menyampaikan ilmu, membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup

sebagai hamba Allah SWT yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri,

masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan

abadi di akhirat.

Menyediakan manusia dengan ilmu pengetahuan yang cukup agar kenal diri, tugas dan

tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan

tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. 【Omar al-Syaibani, 1991】

Tujuan Pendidikan Islam Menurut Para Tokoh

• Menyediakan manusia bagi menghadapi masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.

Yusuf al-Qardawi (1980) dalam Zawawi Hj Ahmad

(1984)

Tujuan Pendidikan Islam Menurut Para Tokoh

1. Membantu pembentukan akhlak yang mulia.

2. Persiapan untuk kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.

3. Persiapan untuk mencari rezeki dan pemeliharaan dari segi kemanfaatan.

Omar al-Syaibani (1991)

Tujuan Pendidikan Islam Menurut Para Tokoh

4. Menumbuhkan roh ilmiah kepada pelajar dan memuaskan keinginan erti untuk mengetahui.

5. Menyiapkan pelajar dari segi profesional, teknik dan perusahaan supaya mereka dapat menguasai profesion tertentu, dapat mencari rezeki dan hidup dengan mulia di sampping memelihara dari segi kerohanian dan keagamaan.

Omar al-Syaibani (1991)

Matlamat Pendidikan Islam1. Berkelakuan baik

2. Mencapai kesempurnaan rohnya3. Melakukan amal baik dan mulia4. Mengamalkan budaya yang halus;

dan5. Memelihara kebersihan, keikhlasan

dan amalan baik.(BPG, 2002)

Konsep falsafah pendidikan islam

Dibentang oleh: Chan Mee Ting

Mohd Kamal Hassan(1984)

Falsafah Pendidikan Islam menekankan konsep:Pendidikan seumur hidupPembangunan menyeluruh dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI)Menyampaikan dua fungsi, iaitu sebagai

hamba (abid) dan khalifahMemakmurkan alamKesepaduan iman, ilmu dan amal solehAl-falah

Prinsip falsafah pendidikan islam

Dibentang oleh: Chan Mee Ting

Omar al-Syaibani (1991)

Prinsip yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Islam: Sesuai dengan roh Islam, akidah dan undang-

undang Islam. Berkaitan dengan realiti masyarakat. Pembinaannya berkaitan dengan aspek kehidupan

manusia yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman kemanusiaan.

Bersifat universal didasarkan kepada faktor sosial, budaya, spiritual, ekonomi dan lain-lain.

Bersifat memilih supaya ia sesuai dengan roh Islam.

Bebas daripada sebarang percanggahan. Didasarkan dengan contoh yang jelas. Dinamik dan mempunyai contoh-contoh yang

jelas.

Tokoh-tokoh islam yang terkemuka

Dibentang oleh: Yew Pei Jia : Jocelyn Lee Chia

Sin

Ibn Khaldun (1332-1406 M)

Riwayat Hidup• Nama beliau Wali al-Din ‘Abd

al-Rahman ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan ibn Khaldun

• Beliau dilahirkan di Tunis (1332 M) dan meninggal dunia di Keherah (1406 M).

Dikenali sebagai…..

pemikir dan ahli sejarah

Muslim

pakar sejarah Arab

teragung

Bapa Sejarah Kebudayaan

dan Sains Sosial Moden

pendidik yang terkenal pada abad yang ke-

14

Orang terawal mengembangkan

falsafah yang tidak berasaskan

keagamaan

Sumbangan

Hasil kerja dalam falsafah sejarah dan sosiologi (Umraniyat)

Sejarah dunia dikenali al-Muqaddimah (pendahuluan)

Hasil Karya Ibn Khaldun

Bidang sejarah

Universal History

Sejarah Magrib

Pandangan Ibn Khaldun Terhadap

PendidikanBelajar daripada mudah kepada yang lebih susah.

Kanak-kanak perlu diberikan contoh-contoh konkrit.

Jadual kanak-kanak disuruh belajar haruslah disusun dengan baik.

Contoh teladan yang baik harus didedahkan mendidik kanak-kanak.

Kanak-kanak harus dibentuk dengan cara lemah lembut bukannya dengan kekasaran.

Jangan dibebankan dengan perkara-perkara diluar kemampuan mereka.

Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa.

Al-Farabi (870-950 M)

Riwayat Hidup• Nama sebenarnya Abu Nasr

Muhammad Ibn Muhammad Ibn Tarkhan Ibn Uzlaq al-Farabi.

• Beliau dilahirkan di Wasij, iaitu di wilayah Transosiana, di negara Turkestan pada tahun 257 H bersamaan 870 Masihi

Sumbangan

Al-Farabi

Seorang Ilmuwan yang Terulung dalam Bidang Falsafah

Banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori socrates, plato, dan aristotle untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan.

Dikenali sebagai guru kedua, selepas Aristotle sebagai guru pertama.

Orang terawal menulis mengenai ilmu logik yunani secara teratur dalam bahasa arab.

Menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam

kehidupan manusia.Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politik. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna.

Dikenali sebagai Aristotle kedua.

Ilmu merupakan segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.

Mengemukakan banyak pandangan yang mendahului

zamannya.

Keadilan itu merupakan sifat semula jadi manusia,manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semula jadi tersebut.

Antara karya yang dihasilkan:

"Madinah al-Fadhilah" Pemikiran, idea dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik.

" Ihsa’ al-Ulum" dan "Kitab al-Jam".

Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle.

Dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi

di zamannya.

"Kunci Ilmu" yang disiapkan

oleh anak muridnya yang

bernama Muhammad Al

Khawarismi pada tahun

976M

"Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M.

• Seorang pemuzik

yang handal

mencipta satu jenis alat muzik yang dikenali

sebagai gambus.

menghasilkan sebuah buku berjudul“Al-Musiqa” yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam

yang dianggap sebagai sebuah buku terpenting dalam

bidang berkenaan.

Bidang Perubatan

• Pandangannya ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Hal ini disebabkan oleh

jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan

itu menurut keperluan anggota tubuh badan.

Ibn Rushd(1128-1198 M)

Riwayat Hidup Ibn Rushd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibn Ahmad dilahirkan di Cordova yang terletak di Tanah Andalusia atau Sepanyol pada tahun 1128 Masihi.

Beliau ialah ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam.

Beliau juga terkenal di Barat sebagai ‘Averroes’.

Beliau ialah pemikir Muslim agung dan terkenal sebagai ahli Sains ternama, serta seorang doktor yang ulung dan Hakim Besar (Kadi Agung) di Sepanyol Muslim semasa abad ke-12.

Beliau pernah bertugas sebagai doktor istana di Andalusia.

SumbanganIbn Rushd terkenal sebagai

penterjemah hasil kerja Aristotle. Ibn Rushd telah menghasilkan bukunya

yang terkenal, iaitu Al-Taysir.Buku tersebut diterjemahkan ke dalam

bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment.

Antara karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibn Rushd adalah Kulliyah fit-Thibb yang mengandungi 16 jilid berkaitan perubatan secara umum.

Antara lain penulisan beliau :-1. Mabadil Falsafah (Pengantar

Ilmu Falsafah)2. Tafsir Urjuza (membicarakan

perubatan dan tauhid)3. Kasyful Adillah (mengungkap

persoalan falsafah dan agama.4. Taslul (mengenai ilmu kalam)5. Tahafatul Tahafut (ulasannya

terhadap buku Imam al-Ghazali yang berjudul Tahafatu Falaiafah)

Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam tulisan beliau mempengaruhi ahli falsafah Barat.

Dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu Voltaire dan Rousseau yang terpengaruh oleh falsafah Ibn Rushd mencetuskan era Renaissance di Perancis sehingga mengubah wajah Eropah keseluruhannya.

Pemikiran beliau memungkinkan masyarakat Barat keluar dari zaman kegelapan menuju ke era kemajuan industri yang pesat. (revolusi perindustrian).

Hospital Les Quinze-Vingt merupakan hospital pertama di Paris didirikan oleh Raja Louis IX yang kaedah perubatannya merupakan hasil daripada idea dan pemikiran Ibn Rushd.

Ibn Rushd juga telah menulis sebuah buku mengenai muzik yang diberi judul De Anima Aristotles (dikenali juga sebagai Commentary on the Aristotle’s De Animo).

Pembicaraan Ibn Rushd banyak tertumpu pada persoalan yang berkaitan dengan metafizik, terutamanya ketuhanan.

Ibn Rushd berpendapat bahawa agama dan falsafah adalah saling bersetuju. (Raslan, 1997; Ead 1998).

Menurut Ibn Rushd, manusia tidak menguasai penuh takdirnya, atau tersedia ditentukan baginya. (Ead, 1998).

Ibn Rushd berpendapat bahawa Islam menghasratkan pengetahuan sebenar yang didefinisikan sebagai pengetahuan tentang Tuhan dan ciptaan- Nya. Ia juga termasuk cara mencapai kepuasan di dunia dan cara mengelakkan kesengsaraan di akhirat. (Ead, 1998).

Ibn Rushd menekankan kepentingan menjaga kesihatan.

Beliau pernah menyatakan bahawa

demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali seumur hidup.

Kehebatan beliau dalam bidang perubatan juga merangkumi pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia.

Ibn Rushd turut menjangkau bidang yang berkaitan dengan kemasyarakatan.

Beliau cuba membuat pembahagian masyarakat itu kepada dua golongan,iaitu golongan elit (terdiri daripada ahli falsafah) dan masyarakat awam.

Pembahagian strata sosial ini merupakan asas pengenalan pembahagian masyarakat berdasarkan kelas.

Pandangan Ibn Rushd Terhadap Pendidikan

• Beliau menyatakan Islam menghasratkan pengetahuan sebenar yang didefiniskan sebagai pengetahuan tentang Tuhan dan ciptaan-Nya.

• Ini juga termasuk hal mengetahui cara mencapai kepuasan di dunia dan juga cara mengelakkan kesengsaraan di akhirat.

Imam al- Ghazali (1058-1111M)

Riwayat Hidup • Imam al-Ghazali dilahirkan di Kota

Tus yang terletak di negeri Turasan pada 1058 Masihi.

• Nama penuh beliau ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali al-Tusi al-Shafi’e.

• Beliau digelar sebagai Hujjatul Islam kerana kehebatannya mempertahankan Islam.

• Beliau lebih dikenali dengan nama Latin, iaitu ‘Algazel’ bagi kalangan ilmuwan Barat.

• Antara gelaran lain yang diberikan adalah ‘Siraj al-Mujtahidin’ dan Zainal Abidin.

• Beliau merupakan salah seorang tokoh pemikir Islam yang amat terkenal.

• Beliau sangat tinggi ilmunya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, akidah, fiqah, ilmu kalam, tasawuf pendidikan, politik dan lain-lain.

Sumbangan • Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa, untuk

mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, seseorang itu hendaklah mempunyai ilmu dan diamalkan dengan baik dan ikhlas hanya kerana Allah S.W.T.

• Menurut Al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan ialah matematik, logik, fizik, metafizik, politik, dan etika.

• Beliau merupakan ahli pemikir Islam yang telah meninggalkan jasa yang dapat dinilai melalui hasil-hasil karyanya.

• Kitab-kitab yang telah ditulis oleh Imam al-Ghazali dianggarkan melebihi 400 buah dalam pelbagai bidang seperti teologi, falsafah, sains, dan ilmu sufi.

• Antara kitab-kitab yang ditulis: 1. Ar-Risalah al-Ladunniyyah 2. Al- Munqidh Min ad-Dalal 3. Bidayah al-Hidayah 4. Minhaj al-’Abidin 5. Tahafut al-Fa 6. Ihya’ Ulumiddin

Pandangan Al-Ghazali Terhadap Pendidikan

• Beliau berpendapat bahawa proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.

Pandangan Tokoh-Tokoh Islam

Yang Lain

Dibentang oleh: Ching Suit Li

1. Mohammad Qath

• Pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan.

2. Dr. Mohd Athiyah al-Abrasyi

• Beliau memandangkan proses pendidikan sebagai pembinaan tingkah laku manusia yang berakhlak tinggi dan mulia di bawah teras ajaran agama Islam.

3. Amar al-Shaibani

• Beliau berpendapat pendidikan adalah digunakan untuk melatih manusia membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat.

4. Hamka• Nama penuh ialah Haji Abdul Malik Karim

Amrullah, merupakan tokoh pendidikan Islam yang paling berpengaruh di Indonesia pada abad ke-20.

• Menurut beliau, pendidikan ialah suatu proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti sikap merendahkan diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya.

5. Muhammad Qutb• Pendidikan merupakan satu proses

untuk membina manusia secara menyeluruh (jasad, intelek dan rohnya, kehidupan kebendaan dan rohaninya serta setiap aktiviti hidupnya. Ia bersifat menyeluruh dan bersepadu, juga cenderung ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelektual dan kerohanian manusia.

Implikasi falsafah pendidikan islam terhadap pendidikan

di malaysia

Dibentang oleh: Katherine Heng Man Lee

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang digubal oleh ideologi-ideologi negara beraspirasikan Falsafah Pendidikan Islam berteraskan konsep kesepaduan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) telah diwujudkan.

1

FPN secara langsung menunjukkan bagaimana teori menyepadukan antara elemen roh, jasad dan akal yang bakal menghasilkan manusia yang mempunyai keseimbangan emosi.

2

Dua bentuk kurikulum mengamalkan sistem pendidikan bersepadu, iaitu KBSR dan KBSM telah diwujudkan untuk memberi penekanan asas kepada usaha pembentukan sahsiah, peribadi, emosi dan semangat tanggungjawab.

3

Menghasilkan bangsa yang maju, bertamadun, berdaya saing dan tahan diuji baik dari segi mental mahupun emosi.

4

Idea-idea yang disarankan oleh tokoh-tokoh Islam diselitkan dalam ciri-ciri FPN banyak memberikan kekuatan dan petunjuk kepada sesiapa sahaja.

5

Falsafah Islam menekankan pengamalan nilai-nilai murni dalam kehidupan yang menjadi pedoman hidup seseorang insan.

6

Falsafah Pendidikan Islam menekankan aspek kerohanian dan juga memberikan perhatian kepada aspek intelek yang dapat melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan.

7

Fahaman idealistik dan realisme serta usaha untuk membentuk individu yang beriman serta melahirkan manusia yang berbudi bahasa.

8

Rumusan...

Dibentang oleh: Ching Suit Li

• Kesimpulannya, falsafah merupakan unsur yang paling utama dalam bidang pendidikan.

• Falsafah Pendidikan Islam telah menggariskan sikap manusia yang hendak dibentuk.

• Jadi, kita yang sebagai pendidik haruslah bekerjasama dalam membentuk insan yang berkualiti dan mampu bersaing dengan dunia globalisasi.

Sekian, terima kasih.

top related