eem 522 kaedah startegi mengajar moral
Post on 15-Jul-2015
135 Views
Preview:
TRANSCRIPT
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
1
ASSIGNMENT
SEPTEMBER 2013 SEMESTER
SUBJECT CODE
: EEM 522
SUBJECT TITLE
: KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN
MORAL
PROGRAMME : BACHELOR OF EDUCATIION
STUDENT’S NAME
: INTAN NURBAIZURRA MOHD ROSMI
MATRIC NO.
: E30103110097
ACADEMIC FACILITATOR
: ENCIK RAHIM B. MUSTHAFFA
LEARNING CENTRE
: KUANTAN
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
2
ISI KANDUNGAN
i. SOALAN 1 3 - 8
ii. SOALAN 2 9 - 20
iii. RUJUKAN 21
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
3 1.0 SOALAN 1
Perkembangan sistem pendidikan kini semakin berkembang pesat dan acapkali diberi
pembaharuan. Kajian demi kajian telah dijalankan oleh ahli psikologi dan para rasionalis
bagi mengenalpasti tingkahlaku, pemikiran, perkembangan kognitif dan sosial manusia.
Penemuan-penemuan berdasarkan kajian-kajian ini telah memberikan impak yang positif dan
mewujudkan pelbagai teori-teori yang dapat membantu para pendidik dalam mendidik modal
insan kini. Hasil kajian ini juga telah membantu para cendekiawan untuk mengenalpasti
beberapa pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap
perkembangan murid dari segi mental, fizikal, emosi dan juga moral.
Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral, pendekatannya telah dibentuk
berdasarkan kepada teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan proses perkembangan
moral dan pembentukan sahsiah individu. Dengan menguasai pendekatan ini, guru dapat
memilih teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan mengambil kira
tahap kematangan pemikiran moral murid, kesesuaian nilai, situasi dan isu moral yang
hendak diterapkan dalam satu pengajaran. (Rahmad Sukor bin Ab Samad, 2006).
Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru di alaf baru ini perlu beriltizam,
berorentasikan maklumat, berwawasan, berpandangan global dan positif serta
berpengetahuan dan mahir dalam teknologi pendidikan. Justeru guru haruslah mendalami
pendekatan dalam pendidikan moral demi mewujudkan suasan pembelajaran yang menarik,
kondusif serta berkesan
Pendidikan Moral merupakan matapelajaran yang diajar di sekolah rendah dan sekolah
menengah dimana skop subjek ini diajar kepada murid yang bukan beragama Islam dan
dalam masa yang sama murid beragama Islam akan di ajar dengan subjek Pendidikan Islam.
Komponen Pendidikan Moral memberi tumpuan kepada pemupukan nilai dan membina
kekuatan kerohanian dan moral melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni yang
terdapat dalam agama serta budaya masyarakat Malaysia. Pelaksanaan Dasar Pendidikan
Negara, Wawasan 2020, PIPP dan perlembagaan Malaysia sebagai sebuah negara yang
bermasyarakat majmuk bertepatan dengan subjek Pendidikan Moral yang menjadi salah satu
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
4 alat bagi mencapai matlamat pendidikan dan aspirasi masyarakat dan negara. Malah, dalam
Transformasi Pendidikan Malaysia 2013-2020 menyebut tentang ‘ melahirkan rakyat
Malaysia dengan penghayatan nilai ‘ serta merancang memperkukuhkan elemen subjek ini
menjelang 2017. Dalam memilih pendekatan yang bersesuaian dalam menyampaikan
pengajaran yang berkesan, peranan guru dan murid sangat penting dalam menjayakan
pengajaran dan pembelajaran yang efektif dalam bilik darjah. Mengikut Kamus Dewan
( 1988 ) , pendekatan adalah cara atau langkah yang diambil bagi memulakan dan
melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Berdasarkan konteks pendidikan,
ianya boleh memberi makna cara mendekati sesuatu. Sebagai contoh , menentukan objektif
pembelajaran untuk mengajar sesuatu matapelajaran. Secara ringkasnya, pendekatan merujuk
kepada cara bagaimana sesuatu matapelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektif
pembelajaran sekaligus bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi
pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Di dalam pengajaran dan pengajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Moral terdapat pelbagai
pendekatan yang boleh diguna pakai dan disesuaikan dengan tajuk yang akan diajar. Beberapa
pendekatan pendidikan moral telah dikenalpasti untuk membantu guru dalam usaha
melaksanakan proses pemupukan penghayatan dan amalan nilai-nilai murni di kalangan
pelajar sekolah di Malaysia. Pendekatan dalam bidang pendidikan pula merujuk kepada satu
set teori pembelajaran yang diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan
objektifnya. Pendekatan harus berlandaskan model, prinsip atau teori pembelajaran.Terdapat
7 Pendekatan Pendidikan Moral. Berikut merupakan 7 pendekatan yang di guna pakai dalam
pendidikan moral iaitu Pendekatan Pemupukan Nilai, Pendekatan Bertimbang Rasa,
Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif, Pendekatan Analisis Nilai, Pendekatan Tindakan
Sosial, Pendekatan Penjelasan Nilai dan Pendekatan Pembinaan Rasional.
Pendekatan Bertimbang Rasa adalah bertujuan untuk mempengaruhi atau menanamkan ke
dalam diri pelajar beberapa nilai tertentu yang dikendaki, yang mana nilai-nilai itu pula
dipandang sebagai standard atau peraturan-peraturan tingkahlaku yang berpunca daripada
budaya atau masyarakat. D.P. Superka (1976). Pendekatan ini digunakan bagi mengajar pola
perlakuan positif bagi amalan seseorang. Kebaikan pelaksanaan pendekatan ini di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran moral adalah ia dapat memupuk pelajar untuk bersikap perihatin
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
5 terhadap orang lain dan belajar membuat keputusan dengan mengambil kira perasaan orang lain.
Murid juga belajar untuk mengambil tindakan yang sesuai dan betul dan sesuatu situasi.
Pendekatan ini juga dapat menyemai nilai bertimbang rasa terhadap keperluan, perasaan serta
kepentingan diri sendiri dan juga orang lain. Dalam erti kata lain murid tidak bersikap
pentingkan diri sendiri dalam membuat sesuatu keputusan.
Dalam menyelesaikan masalah atau sesuatu situasi murid didedahkan dengan proses membuat
pilihan dengan mengenalpasti pilihan, menimbangkan kesan pilihan tersebut serta membuat
keputusan yang terbaik untuk semua pihak. Pelaksanaan pendekatan ini juga merangkumi
pelbagai teknik dapat memudahkan guru untuk merancang pembelajaran yang sesuai mengikut
pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral murid. Keburukan pendekatan ini pula,
murid cenderung untuk memikirkan kepentingan orang lain terlebih dahulu sebelum diri mereka.
Di khuatiri murid akan meminggirkan kepentingan diri sendiri demi menjaga kepentingan orang
lain. Selain dari itu jika guru memilih untuk melaksanakan pendekatan ini, guru haruslah
menggabungkannya dengan pendekatan yang lain agar sesi pengajaran dan pembelajaran lebih
seimbang. Ini kerana pendekatan ini tidak menggunakan penggabungjalinan pendekatan kognitif,
fizikal dan sosial.
Pendekatan bertimbang rasa seharusnya diterapakan dan diguna pakai dalam
kurikulum pendidikan moral di malasyia. Dengan penggunaan pendekatan ini, secara tidak
langsungakan memberikan pelajar nilai atau input tambahan yang bukan bersifat pengajaran
dam p e mb e la j a r a n s e ma t a - ma t a . T e t a p i j uga b o le h d iguna k a n d a n
d ia p lik a s ik a n d a la mkokurikulum dan kehidupan seharaian. Pelajar dapat
mengunakan akal fikiran denganmembuat pertimbangan yang sejawarnya jika
menghadapi konflik semasa di dalam kelas,melakukan aktiviti persatuan atau kelab dan
sebagainya.Falsafah pendidikan kebangsaan adalah untuk melahirkan manusia yang seimbang
d a r i a s p e k j a s ma n i, e mo s i , r o ha n i d a n in t e le k . J e la s d is in i
me nun j uk k a n b a ha w a , p e nd e k a t a n b e r t imb a ng r a s a s e d ik i t s e b a nya k
me mb a n t u s e s e o r a ng ind iv id u un t uk berlaku adil, bertindak dengan menggunakan
akan dan penaakulaan moral yang betul dand a p a t me ne r a p k a n s ik a p k a s ih s a ya ng .
K e p e n t inga n d a n ha s i l ya ng a k a n d ip e r o le h i d a r ip a d a p e nd e k a t a n in i
a d a la h b e r s e s ua ia n d e nga n ma t la ma t fa ls a fa h p e nd id ik a n kebangsaan.
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
6 Sifat semula jadi manusia lahir daripada pertimbangan hati dan fikiran yang waras dalam segala
aspek.Dengan adanya pendekatan ini dalam pendidikan moral, pengurusan bilik
darjah yang melibatkan kerjasama serta beberapa pihak dapat diatas. Caranya
adalah dengan menimbang setiap pendapat dan teguran dengan lebih bijak.
Proses bertimbang rasa juga memberikan kepuasan setiap individu yang terlibat.
Contohnya, sebagai seorang ketua dalam bilik darjah, dia perlu menimbang baik
buruk keputusan yang dibuat dan me n c a p a i k a t a s e p a k a t s up a ya s e mua
p iha k b e r p ua s ha t i d e nga n k e p u t us a n ya ng a k a n d i la k uk a n . S e c a r a
t id a k la ngs ung , p r o s e s b e r t imb a ng r a s a d a la m d ir i ind iv id u d a p a t
diwujudkan.
Pendekatan yang kedua merupakan pendekatan moral kogintif. Pendekatan perkembangan
kognitif dikemukakan oleh Dewey. Seterusnya dikembangkan oleh Jean Piaget dan Kohlberg.
Piaget berusaha mendefinisikan tingkat perkembangan moral pada kanak-kanak melalui
pengamatan dan wawancara. Hasil pengamatannya, atas pertanyaan mengapa mereka patuh
kepada peraturan, Piaget dapat kesimpulan bahawa perkembangan kemampuan kognitif pada
kanak-kanak mempengaruhi pertimbangan moral mereka.
Kohlberg juga mengembangkan teorinya berdasarkan kepada andaian umum tentang teori
perkembangan kognitif dari Dewey dan Piaget di atas. Kohlberg mendefinisikan kembali dan
mengembangkan teorinya menjadi lebih terperinci. Kanak-kanak membina maklumat secara
aktif semasa meneroka dunia sekelilingnya Mereka mengadaptasikan pemikiran dengan
memasukkan idea-idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu perkara.
Piaget menyatakan, perkembangan kanak-kanak dan remaja mempunyai dua peringkat iaitu
peringkat heteronomus (umur 4 hingga 7 tahun). Pada peringkat ini, beliau menganggap kanak-
kanak memandang perundangan sebagai tidak dapat diubah. Peringkat kedua adalah autonomus
iaitu perkembangan moral yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas. Pada
peringkat ini, mereka sedar peraturan yang dikenakan ke atas mereka dikuatkuasakan oleh
manusia juga. Teori ini menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu merujuk kepada
aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep,
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
7 menyelesaikan masalah dan sebagainya. Menurut Piaget, perkembangan kognitif seseorang
kanak-kanak adalah mengikut siri urutan yang berperingkat. Piaget membahagikan
perkembangan itu kepada empat peringkat iaitu sensori motor, operasi, operasi yang konkrit serta
operasi yang formal. Pendekatan perkembangan kognitif piaget mudah digunakan dalam proses
pendidikan di sekolah, kerana pendekatan ini memberikan penekanan pada aspek perkembangan
kemampuan berfikir. Oleh kerana pendekatan ini memberikan perhatian sepenuh kepada isu
moral dan penyelesaian masalah yang berhubung dengan pertentangan nilai tertentu dalam
masyarakat, penggunaan pendekatan ini menjadi menarik. Penggunaannya dapat menghidupkan
suasana kelas. Pendekatan ini juga memiliki kelemahan-kelemahan. Salah satu kelemahannya
dikemukakan oleh Hersh, et. al. (1980), pendekatan ini menampilkan bias budaya barat. Antara
lain kelemahan ialah sangat menjunjung tinggi kebebasan peribadi yang berdasarkan filsafat
liberal. Dalam proses pendidikan dan pengajaran, pendekatan ini juga tidak mementingkan
kriteria benar salah untuk suatu perbuatan. Yang dipentingkan adalah alasan yang dikemukakan
atau pertimbangan moralnya.
Teori Perkembangan Kognitif Piaget terhadap pengajaran dan pembelajaran. Daripada teori ini,
seseorang guru perlu sedar bahawa pada peringkat awal, kanak-kanak seperti di kelas tadika
perlu didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri daripada objek-objek besar iaitu
yang senang dilihat dan disentuh. Manakala pada peringkat Tahun Dua dan Tiga, kanak-kanak
bersifat egosentrik. Oleh itu, tajuk-tajuk seperti Rumah Saya, Keluarga Saya adalah sesuai
disediakan sebagai bahan bacaan dan tulisan. Pelbagai jenis alat bantu mengajar diperlukan
untuk mengajar kanak-kanak di peringkat sekolah rendah disebabkan perkembangan kognitif
yang terhad.
Murid-murid di peringkat sekolah rendah juga masih belum bersedia menyelesaikan masalah
abstrak atau dalam bentuk hipotesis. Oleh itu, banyak contoh konkrit dan analogi diperlukan
untuk memudahkan pemahaman murid-murid sekolah rendah. Isi pelajaran dan aktiviti pelajaran
yang disediakan perlu selaras dengan peringkat perkembangan kognitif murid-murid. Sekiranya
tidak, bahan atau aktiviti pelajaran tersebut mungkin akan membosankan murid-murid atau
terlalu sukar bagi mereka. Setiap tajuk pelajaran perlu disusun dan dipertingkatkan. Ini
membolehkan penyampaian tajuk pelajaran daripada peringkat yang senang kepada peringkat
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
8 yang susah. Cara seperti ini akan menjamin murid-murid memperolehi hasil pembelajaran yang
maksimum.
Jelaslah disini, pendekatan dalam pendidikan moral yang dibentukkan adalah berasaskan kepada
pelbagai teori yang berkaitan dengan perkembangan moral dan pembentukan sahsiah individu.
Dengan menguasai pendekatan-pendekatan ini, guru dapat memilih teknik pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai untuk mengembang ketiga-tiga aspek dalam pendidikan moral iaitu
pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral. Selain daripada itu, seorang guru harus
mewujudkan satu suasana atau iklim moral dalam pembelajaran dan pembelajaran pendidian
moral. Iklim atau suasana moral akan wujud jika adanya amalan nilai-nilai murni di kalangan
pelajar dan guru sendiri.
Justeru sebagai pendidik dari kalangan yang digelar professional, guru haruslah peka akan setiap
sesi pengajaran dan pembelajaran di bawah kelolaan mereka agar murid mendapat manfaat
semaksimum yang mungkin semasa pembelajaran tersebut dijalankan. Pembelajaran bermakna
amat ditekankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memastikan anak didik memperolehi
ilmu yang bermanfaat dan dapat diamalkan di dalam kehidupan mereka. Walaupun pendidikan
moral merupakan satu mata pelajaran minor di sekolah ia penting bagi melahirkan individu yang
seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani, intelek dan sosial.
Oleh yang demikian pendekatan, teknik, kaedah dan strategi pelaksanaan bagi sesuatu mata
pelajaran haruslah dikuasai oleh pendidik agar dapat merangka dan menyusun atur aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan menarik dan berkesan
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
9 2.0 RANCANGAN MENGAJAR HARIAN PENDIDIKAN MORAL
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Pendidikan Moral
Tahun : 5 Arif
Tarikh : 28 Ogos 2013
Masa : 8.00-9.00 pagi
Bil. Murid : 20 orang
Bidang pembelajaran: 4. Nilai Berkaitan Dengan Diri dan Alam Sekitar
Nilai : 4.2 Menyayangi alam sekitar
Tema : Sumber alam sumber berharga
Tajuk : Sumber alam digunakan sebaik mungkin
I. Amalan bersederhana dalam penggunaan sumber-sumber alam yang bernilai :
- Projek mengurangkan sisa, mengguna dan mengitar semula sisa
Isu/ Situasi: Fikir Dahulu Sebelum Buang
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat;
1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua cara penggunaan sumber alam dengan betul.
2. Menghuraikan sekurang-kurangnya dua kesan kepupusan sumber alam dengan jelas.
3. Menyatakan reaksi dan perasaan mereka terhadap tindakan membazirkan penggunaan
sumber alam.
4. Menghasilkan satu bekas meletak alat tulis dengan menggunakan botol minuman.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid selalu makan atau minum daripada makanan yang
dibungkus atau ditinkan.
Pende Pendekatan : Pemupukan Nilai
Alat Bahan Bantu Mengajar:
Buku teks ms 92 -95, Buku Latihan, Komputer/ LCD, Gambar hasil kraftangan, jambangan
bunga, tin/botol minuman, gam dan gunting
Kemahiran Generik : KBKK (membanding-beza), KMD
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
10
Langkah P&P/ masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan (Kaedah/ teknik,
ABM, Nilai,
ICT, KBKK,
KMD)
Set Induksi
(5 minit)
Lagu `Hijau ‘ Zainal Abidin.
Guru meminta murid untuk memberi perhatian
terhadap lagu yang di perdengarkan
menerusi youtube. Guru memaparkan
seni kata lagu di
layar putih. Murid diminta
menyanyi lagu `Hijau’ bersama-sama.
Murid diminta memberi maksud
beberapa perkataan dalam seni kata lagu.
Guru mengaitkan jawapan murid
dengan tajuk.
- Sumbangsaran - Nyanyian
- Youtube ’ Hijau ’ Zainal
Abidin. - Cintai dan hargai alam
sekitar.
Langkah 1
(15 minit) Fikir Dahulu Sebelum Buang
- Cara penggunaan sumber alam.
- Kesan kepupusan sumber alam
Guru meminta murid untuk memberikan
perhatian kepada video klip mengenai
kitar semula di layar putih.
Guru dan murid
berbincang mengenai video klip
yang dipaparkan. Murid diminta
merujuk buku teks
m.s 92-93 Murid membaca
petikan.
- Perbincangan kelas.
- Buku teks m.s 92-93
- Menjana idea
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
11 Guru dan murid
berbincang berdasarkan soalan
dalam buku teks. Murid diminta
Menyenaraikan cara penggunaan sumber alam dan kesan
kepupusan sumber alam.
Langkah 2
(10 minit)
Fikir Dahulu Sebelum Buang
Betul
- Kongsi kereta - Menggunakan kenderaan awam
- Menutup dapur gas selepas memasak
- Menutup pili selepas mencuci kereta
Salah - Membiarkan air
melimpah - Membuang sampah merata.
Murid berbincang secara berpasangan
tentang penggunaan sumber alam yang
betul atau salah. Mengisi borang
`GO’.
Meluahkan perasaan terhadap tindakan seseorang
yang membazirkan sumber alam.
- Perbincangan dan
pembentangan. - Rasional
- Buku teks m.s 92-93
- ̀ GO’ Banding Beza
- KMD (perasaan)
Langkah 3
(20 minit)
Menghasilkan bekas alat tulis dengan menggunakan
tin atau botol minuman terpakai/ terbuang.
Murid diminta bersedia untuk
melakukan projek. Guru memaparkan
contoh hasil
kraftangan yang telah siap.
Guru menunjukkan cara membuat bekas alat tulis.
Murid melakukan aktiviti.
Guru meminta murid mempamerkan hasil
masing-masing.
- Demonstrasi Projek
- Komputer/ LCD
- Kreativiti
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
12 Langkah 4
(5 minit) Pengukuhan Murid diminta
menjawab soalan latihan dengan
menandakan ( ) pada ruang yang
betul.
- Latihan bertulis
-Buku teks m.s 95)
- Buku Latihan - Yakin
Penutup
(5 minit)
Rumusan Murid diminta
menyanyikan semula `Hijau ’.
Dua orang murid
diminta membuat kesimpulan
pembelajaran hari ini.
Guru meminta
murid membawa tin botol minuman ke
sekolah untuk projek seterusnya.
- Nyanyian
-Komputer/LCD - Cintai dan hargai alam
sekitar.
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
13 2.1 REFLEKSI
Bagi memudahkan saya membuat refleksi untuk pengajaran makro kali ini, saya telah
meminta seorang rakan sekerja membuat pemantauan ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Selesai sahaja melaksanakan pengajaran dan pembelajaran hari ini, saya meminta rakan
memberi pandangan dan komen terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang telah
dilaksanakan. Hasil daripada perbincangan kami, terdapat beberapa kekuatan yang telah dikenal
pasti sepanjang proses pengajaran makro dilaksanakan.
Kekuatan yang amat ketara dalam pengajaran makro kali ini ialah dari aspek kelantangan
suara. Guru berupaya mengemukakan soalan dengan jelas dan respon murid juga agak
menggalakkan. Soalan yang dikemukakan oleh guru dapat didengar dengan jelas dan ini
memudahkan proses pengajaran diteruskan tanpa ada sisipan pengulangan langkah pengajaran.
Kelantangan suara ini menunjukkan ketegasan guru dalam menyampaikan isi pelajaran. Murid
memberi perhatian semaksimum dan ini memudahkan pencapaian objektif pembelajaran yang
telah dirancangkan. Murid-murid juga tidak bertindak mengganggu rakan lain sepanjang proses
pengajaran makro ini. Keadaan ini memperlihatkan sikap murid-murid yang hormat kepada guru
sebagai seorang pendidik yang menyampaikan ilmu pengetahuan.
Selain itu, penggunaan kemudahan Teknologi Maklumat iaitu tayangan youtube dan
video klip oleh guru telah menarik perhatian murid di samping memudahkan murid melihat
paparan gambar, petikan dan latihan penilaian dengan lebih jelas. Dengan menggunakan bahan
bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran yang lebih
interaktif dan cergas sekaligus menepis tanggapan streotaip yang menyatakan bahawa proses
pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Moral adalah membosankankan kerana hanya
bergantung kepada papan tulis dan kertas sebak semata-mata. Murid kelihatannya melibatkan
diri secara aktif di samping kewujudan suasana kelas yang kondusif melancarkan lagi proses
pengajaran guru.
Sehubungan itu, kawalan kelas guru juga baik dan tidak terdapat gangguan daripada
murid ketika proses pengajaran makro dijalankan. Tindakan guru yang membahagikan murid-
murid kepada tiga kumpulan murid memudahkan guru mengawasi tindakan dan prilaku murid
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
14 supaya dalam terkawal serta tidak menimbulkan suasana kelas yang bising. Keadaan ini
memudahkan guru menreuskan aktiviti pembelajaran yang telah dirancang dengan lancar dan
selesa serta mengikut langkah dalam rancangan pengajaran harian yang telah dibuat.
Isi pelajaran dapat disampaikan oleh guru mengikut perancangan yang dibuat dalam
rancangan pengajaran harian. Guru dapat mempelbagai aktiviti pembelajaran untuk tujuan
penyampaian isi pelajaran secara mudah, lancar dan tersusun mengikuti langkah pengajaran yang
dibuat. Sehubungan itu, tindakan guru membuat aktiviti perbincangan secara berkumpulan
memperlihatkan guru menekankan pembelajaran berpusatkan murid. Aktiviti berkumpulan ini
menggalakkan kolaborasi di kalangan murid di samping meningkatkan pemikiran secara reflektif
terhadap isi pelajaran yang boleh dikongsi bersama dengan rakan lain.
Terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan yang telah dikenal pasti ketika
menjalankan pengajaran makro ini. Kelemahan yang amat jelas berlaku sepanjang pelaksanaan
pengajaran makro ini ialah guru menghadapi masalah dalam pengurusan masa mengikut tempoh
masa yang telah dibuat dalam rancangan pengajaran harian. Berdasarkan kepada rakaman yang
telah dibuat, guru telah menggunakan masa yang lebih bagi setiap langkah pengajaran bermula
dengan set induksi ataupun kemahiran memulakan pengajaran. Keadaan ini disebabkan oleh
gangguan-gangguan lain walaupun masa keseluruhan pengajaran tidak terjejas.
Guru juga lebih banyak mengemukakan soalan walaupun murid memberi respon yang
memberangsangkan. Murid tidak menggunakan sepenuhnya kemahiran berfikir secara kritis
dalam mengemukakan soalan kepada guru. Keadaan ini disebabkan masih ramai murid malu
bertanya menyebabkan guru terpaksa mengemukakan banyak soalan dengan tujuan murid
terlibat dalam aktiviti pembelajaran terutamanya ketika melibatkan perbincangan secara kelas.
Perkara jelas berlaku ketika pelaksanaan aktiviti pembelajaran banyak melibatkan guru yang
memberi pendapat dan ulasan. Murid-murid hanya menjawab ketika ditanya dan tidak bertindak
secara kendiri serta perlu dibimbing sepenuhnya sepanjang pengajaran makro ini. Peranan guru
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
15 sebagai fasilitator tidak dapat diterapkan sepenuhnya di samping tidak menggalakkan pemikiran
secara reflektif di kalangan murid-murid.
Akibat terlalu terikat dengan tempoh masa, guru kelihatan tergopoh-gapah untuk
menghabiskan setiap langkah pembelajaran. Keadaan ini menyebabkan murid juga terpaksa
bertindak pantas dengan setiap aktiviti pembelajaran guru. Setiap ahli kumpulan murid juga
tidak berpeluang untuk memberi idea atau pandangan dan hanya bergantung harap kepada
jawapan rakan semata-mata.
Berdasarkan kepada kekuatan dan kelemahan yang telah dikenal pasti melalui pengajaran
makro ini, guru perlu membuat penambaikan bagi meningkatkan tahap keberkesanan dan kualiti
pengajaran pada masa akan datang. Kelemahan yang melibatkan pengurusan masa, guru perlu
mendisiplinkan diri mengikut masa yang telah dicadangkan dalam penulisan rancangan
pengajaran harian. Guru perlu memastikan setiap langkah dalam proses pengajaran mengikut
masa yang ditetapkan supaya aktiviti pembelajaran yang berikutnya tidak terjejas. Tindakan ini
bertujuan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar,
berkesan dan bermakna. Bukan setakat itu sahaja, guru yang menepati masa akan memudahkan
mereka menjalankan proses pengajaran yang bermula dengan set induksi sehinggalah penutup.
Selain itu, guru perlu memantau perbincangan murid dari meja ke meja supaya mereka
tidak tersalah konsep terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Guru harus memberi peluang
kepada murid untuk memikirkan jawapan bagi setiap aktiviti berkumpulan dengan tujuan
menggalakkan pemikiran secara kritis di kalangan murid serta meningkatkan kolaborasi mereka.
Dengan itu, murid seharusya diberi masa berbincang dalam kumpulan di mana wakil setiap
kumpulan perlu menulis dan membentangkan hasil perbincangan di samping murid lain memberi
maklum balas terhadap pembentangan rakan mereka. Tindakan ini bertujuan melatih murid
secara berfikir secara kritis dan mampu memberi komen terhadap rakan dan bukannya
mengharapkan sepenuhnya jawapan daripada guru. Oleh itu, komen dan pandangan yang
diberikan oleh rakan tadi boleh dijadikan sebagai hasil perbincangan secara kelas untuk
mendapat keputusan muktamad yang boleh dikongsikan bersama.
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
16
Guru juga harus bertindak sebagai fasilitator iaitu menekankan pembelajaran berpusatkan murid.
Murid-murid harus diberi peluang memberi pandangan dan menerokai setiap soalan yang
dikemukakan. Guru hanya sebagai pemerhati dan mengawal aktiviti pembelajaran murid supaya
tidak menyimpang dari isi pelajaran yang diajar. Selain itu, penambahbaikan yang perlu seperti
ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas
perlu dititikberatkan. Dengan itu, guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan
dalam RPH bagi melancarkan proses PnP. Hal ini juga akan memudahkan guru menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan berkesan.
Jelaslah disini dapat disimpulkan bahawa strategi dan kaedah mengajar serta bahan bantu
mengajar adalah sebahagian daripada faktor yang membantu sesuatu pengajaran dan
pembelajaran dapat mencapai matkamatnya. Sebagai seorang guru yang berdedikasi aspek
tersebut tidak boleh dipandang ringan. Pengajaran guru yang menggunakan strategi dan kaedah
yang betul berbanding dengan guru yang mengajar secara melulu tentu sekali mempunyai
perbezaan yang ketara dari segi penerimaan dan tumpuan pelajar, aktiviti yang dijalankan dalam
pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian pelajar. Apa yang penting, seseorang guru yang
dedikasi perlu menyedari hakikat bahawa pengajaran yang menggunakan strategi dan kaedah
yang betul lebih diharapkan oleh anak didik yang dahagakan ilmu daripada gurunya.
Kesimpulannya sekiranya kesemua faktor di atas dapat diberi perhatian yang sewajarnya oleh
para guru, maka pembelajaran Pendidikan Moral akan mencapai matlamat seperti yang
diharapkan. Justeru itu mata pelajaran Pendidikan Moral tidak lagi dilabelkan sebagai mata
pelajaran yang membosankan atau sebagai mata pelajaran picisan sahaja.
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
17 2.3 GAMBAR & BAHAN BANTU MENGAJAR
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
18
LATIHAN PENGUKUHAN
NAMA : .............................................................
KELAS : .............................................................
NYATAKAN TINDAKAN YANG BETUL DAN TINDAKAN YANG SALAH MENGENAI
PENGGUNAAN SUMBER ALAM DALAM RUANG YANG DI SEDIAKAN
TINDAKAN YANG BETUL TINDAKAN YANG SALAH
1.
2.
3.
4.
5.
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
19 LIRIK LAGU : HIJAU
PENYANYI : ZAINAL ABIDIN
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau
Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat
Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini
Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama
Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
20 Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-hijau-zainal-
abidin.html#ixzz2lxq2qRHU
YOUTUBE LAGU HIJAU www.youtube.com/watch?=BnoYNt-f2UE
VIDEO KLIP www.youtube.com/watch?v=KPgzgunEZ20
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
21
RUJUKAN
Abdul Rahman Md. Aroff.1999. Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang,
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Koo, K.P. & Tang, C.Y. ( 1990 ). Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________
EEM 522 KAEDAH & STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
22

23

24

25

26

27

28

29
top related