dirgahayu bahasaku - komsas tingkatan 5

Post on 19-Jul-2015

358 Views

Category:

Education

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

DIRGAHAYU BAHASAKU

RANGKAP 1

Status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan digunakan secara

rasmi dan dijadikan bahasa pertuturan utama oleh rakyat yang

mengenang budi, patuh dan setia.

RANGKAP 2

Bahasa Melayu merupakan maruah bangsa Malaysia yang perlu

dipertahankan kedudukannya agar terus kukuh dan teguh. Keampuhan

bahasa Melayu membolehkan kehidupan menjadi lebih bijaksana dan

sejahtera.

RANGKAP 3

Pejuang bahasa memiliki semangat waja dan cekal untuk mendaulatkan

bahasa di tanah air tercinta dan mengembangkan pengaruhnya ke

seluruh dunia.

RANGKAP 4

Sejarah telah mencatatkan zaman kemasyhuran bangsa Mereka

berjaya menjalinkan hubungan dengan negara-negara di seluruh

kepulauan nusantara. Bahasa Melayu turut dipandang tinggi serta

berperanan sebagai bahasa pengantar dan bahasa perhubungan pada

masa itu.

RANGKAP 5

Bahasa Melayu yang indah kata-katanya dan kaya dengan pelbagai

ilmu, sering dengan kesopanan bangsa Melayu berupaya untuk terus

berkembang maju di arena antarabangsa dan semakin menempa

kejayaan pada alaf baru.

TEMA

Kedulatan bahasa Melayu yang tinggimartabatnya wajar dipertahankan.

PERSOALAN

PERSOALAN

BENTUK SAJAK

Sajak “Dirgahayu Bahasaku” ini berbentuk bebas. Sajak ini tidak terikat dengan ciri- ciri khusus sepertiatau syair.

Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.

Bilangan baris dan kata dalam setiap rangkap tidaksama.

Bilangan suku kata dan setiap beris terdiri daripadaenam hingga enam belas suku kata.

Rima akhir sajak ini ialah

Rangkap pertama – abcd

Rangkap kedua – aabab

Rangkap ketiga – aaabb

Rangkap keempat – aaabb

Rangkap kelima – abaccaa

UNSUR KEINDAHAN

Pemilihan kata atau diksi yang indah danpembinaan ungkapan oleh pengarangbegitu indah dan berkesan. Contohnya:

Bahasa itu maruah bangsa – rangkap 2, baris1

bahasamu bahasa minda – rangkap 5, baris 4

Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak“dirgahayu bahasaku” termasuklah:

Hiperbola. Contonya:

Gagah pelautku membelah lautan – rangkap 4, baris 3

Perlambangan atau imejan. Contohnya:

tempatmu di singgahsana – rangkap 1, baris 1

Metafora. Contohnya:

Lautan bijaksana – rangkap 2, baris 4

Mutiara silam – rangkap 4, baris 5

Sinkope. contohnya:

Merentas dunia tak bertepi – rangkap 3, baris 5

Inversi. Contohnya:

Gagah pelautku membelah lautan – rangkap 4, baris 3

(sepatutnya: pelautku gagah membelah lautan)

Anafora. Contohnya:

Bak bangsaku memilikimu

Bak bangsaku mendaulatkanmu – rangkap 2, baris 2 dan 3

Perulangan atau repetisi. Contohnya:

Ke barat dan ke timur menjalin menjalin persaudaraan – rangkap 4, baris 2

Dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam – rangkap 4, baris 4

ANTARA UNSUR BUNYI YANG DIGUNAKAN DALAM SAJAK “DIGAHAYU BAHASAKU” TERMASUKLAH;

Asonansi

• Perulangan bunyi vokal a:

setia dan amanah – rangkap 1, baris 1

Dirgahayu bahasaku – rangkap 5, baris 1

• Perulangan bunyi vokal e:

Cekal dan waja semangat pejuangku – rangkap 3, baris 1

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan – rangkap 4, baris 1

• Perulangan bunyi vokal i:

yang mesti dipelihara martabatnya – rangkap 2, baris 2

di bumi bertuah ini – rangkap 3, baris 4

• Perulangan bunyi vokal u:

dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam – rangkap 4, baris 5

menusuk kalbu lagu bahasamu – rangkap 5, baris 3

Aliterasi

• Perulangan bunyi konsonan b:

di bumi bertuah ini – rangkap 3, baris 4

bahasamu bahasa minda– rangkap 1, baris 4

• Perulangan konsonan m:

dari pulauke pulau menggilap mutiara silam – rangkap 4, baris5

NADA

Sajak “Dirgahayu Bahasaku” bernadapatrioti.sajak ini sesuai untukmenggambarkan perasaan penyajak yang cinta akan bahasa Melayu yang tinggimartabat dan kedudukannya.

NILAI

Cinta akan bahasa kebangsaan

Rakyat diseru agar mencintai dan mendaulatkanbahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini.

Tanggungjawab

Rakyat bertanggungjawab memastikan bahasa Melayusebagai bahasa kebangsaan.

Hemah tinggi

Rakyat menyajungi kedaulatan bahasa Melayu sebagaibahasa kebangsaan.

Kesyukuran

Bersyukur kerana bahasa Melayu merupakan bahsailmu yang terkenal dan digunakan secara meluas

Bersungguh-sungguh

Rakyat perlu bersungguh dalam memartabatkanbahasa Melayu.

PENGAJARAN

Kita hendaklah cinta akan bahasaMelayu yang menjadi bahasa rasmi

negara Malaysia.

Kita hendaklah terus mengekalkankedaulatan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan.

Kita mestilah mempertahankan martabatbahasa Melayu sebagai lambang jati diri

bangsa daripada dicemari oleh bahasa asing.

Kita hendaklah cinta akan bahasaMelayu yang menjadi bahasa rasmi

negara Malaysia.

Kita hendaklah cinta akan bahasaMelayu yang menjadi bahasa rasmi

negara Malaysia.

SEKIAN TERIMA KASIH

KUMPULAN 2 :ATIQAH

AZMEERA

ASYIQIN

INTAN SYAKINA

ADILA

top related