contoh dan latihan karangan

Post on 21-Jul-2015

5.996 Views

Category:

Documents

13 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

CONTOH DAN LATIHAN KARANGANBAHASA MALAYSIA TAHUN 4, 5,6

TAJUK TAJUK KARANGAN

Keluarga Saya Jiran Saya Sekolah Saya Orang yang Disayangi Hobi Saya Kantin Sekolah Saya Aku Sebuah Basikal Saya Sepasang Kasut

KELUARGA SAYAPENDAHULUAN - Tempat tinggal- bilangan ahli keluarga ISI-ISI PENTING -Belajar dalam tahun empat dan enam -ayah pengurus- bertanggungjawab -ibu-suri rumah sepenuh masa -bersiar-siar pada masa lapang PENUTUP -gembira mempunyai keluarga yang bahagia

Keluarga SayaNama saya Jin Er. Saya berusia sebelas tahun. Saya tinggal di Taman Kajang. Saya mempunyai keluarga yang bahagia. Saya merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Saya mempunyai seorang kakak dan seorang adik lelaki. Saya dan adik belajar di SJKC Sungai Chua. Saya belajar dalam tahun lima. Adik saya pula belajar dalam tahun tiga. Kakak saya berumur tiga belas tahun . Dia belajar di SMK Jalan Bukit. Ayah saya bernama Kim Long. Dia berusia 43 tahun. Dia merupakan seorang pengurus di sebuah syarikat elektronik

di bandar Kajang. Ayah saya seorang yang bertanggungjawab kepada keluarga . Ayah juga seorang yang tegas dan penyayang. Ibu saya pula bernama Siew Ling. Dia merupakan suri rumah sepenuh masa. Dia berusia 38 tahun. Ibu saya pandai memasak dan rajin mengemas rumah. Ibu selalu bercerita kepada kami tentang kisah teladan. Pada masa lapang, ayah akan membawa kami bersiar-siar di tepi tasik. Ayah juga akan membawa kami sekeluarga melancong ke tempat-tempat menarik semasa cuti sekolah.

Ayah dan ibu amat menyayangi kami. Kami sangat gembira kerana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.

Keluarga SayaNama saya Jin Er. Saya berusia sebelas tahun. Saya tinggal di Taman Kajang. Saya mempunyai keluarga yang bahagia. Saya merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Saya mempunyai seorang kakak dan seorang adik lelaki. Saya dan adik belajar di SJKC Sungai Chua. Saya belajar dalam tahun lima. Adik saya pula belajar dalam tahun tiga. Kakak saya berumur tiga belas tahun . Dia belajar di SMK Jalan Bukit. Ayah saya bernama Kim Long. Dia berusia 43 tahun. Dia merupakan seorang pengurus di sebuah syarikat elektronik

di bandar Kajang. Ayah saya seorang yang bertanggungjawab kepada keluarga . Ayah juga seorang yang tegas dan penyayang. Ibu saya pula bernama Siew Ling. Dia merupakan suri rumah sepenuh masa. Dia berusia 38 tahun. Ibu saya pandai memasak dan rajin mengemas rumah. Ibu selalu bercerita kepada kami tentang kisah teladan. Pada masa lapang, ayah akan membawa kami bersiar-siar di tepi tasik. Ayah juga akan membawa kami sekeluarga melancong ke tempat-tempat menarik semasa cuti sekolah.

Ayah dan ibu amat menyayangi kami. Kami sangat gembira kerana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.

Jiran SayaJiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Amalan hidup berjiran merupakan amalan yang mulia. Jiran saya bernama Encik Kamal. Beliau berasal dari Kelantan. Encik Kamal bekerja sebagai doktor di Hospital Ampang. Isteri Encik Kamal, iaitu Puan Rosnah bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Taman Jasmin. Mereka mempunyai tiga orang cahaya mata. Anak-anak Encik Kamal dan Puan Rosnah sangat baik hati dan berhemah tinggi. Anak Sulung mereka

bernama Salina. Dia sedang melanjutkan pelajaran di universiti. Anak kedua mereka bernama Munira. Dia merupakan kawan baik saya. Kami sering ke sekolah dan mengulang kaji pelajaran bersama sama. Anak bongsu mereka bernama Ikhwan. Dia masih belajar di tadika. Encik Kamal seorang jiran yang baik hati dan harus dicontohi. Beliau suka menolong jiran yang susah. Beliau sering mengadakan rumah terbuka dan mengundang jiran-jiran ke rumah mereka. Hobi Encik Kamal sekeluarga ialah berjoging dan berkelah. Kadang-kadang, mereka mengajak saya

bernama Salina. Dia sedang melanjutkan pelajaran di universiti. Anak kedua mereka bernama Munira. Dia merupakan kawanbaik saya. Kami sering ke sekolah dan mengulang kaji pelajaran bersama sama. Anak bongsu mereka bernama Ikhwan. Dia masih belajar di tadika. Encik Kamal seorang jiran yang baik hati dan harus dicontohi. Beliau suka menolong jiran yang susah. Beliau sering mengadakan rumah terbuka dan mengundang jiran-jiran ke rumah mereka. Hobi Encik Kamal sekeluarga ialah berjoging dan berkelah. Kadang-kadang, mereka mengajak saya

untuk menyertai aktiviti hujung minggu mereka. Saya berasa sungguh seronok. Saya berharap agar kami akan terus hidup berjiran sampai bila-bila. Saya bersyukur kerana mempunyai jiran yang baik seperti Encik Kamal.

Jiran SayaJiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan _________ kita. Amalan hidup berjiran merupakan amalan yang mulia. Jiran saya bernama Encik Kamal. Beliau berasal dari __________. Encik Kamal bekerja sebagai _________________ ______. Isteri Encik Kamal, iaitu Puan Rosnah bekerja sebagai ______ di Sekolah Menengah Taman Jasmin. Mereka mempunyai tiga orang ___________. Anak-anak Encik kamal dan Puan Rosnah sangat _________dan berhemah tinggi. Anak Sulung mereka

bernama Salina. Dia sedang melanjutkan pelajaran di _______. Anak kedua mereka bernama Munira. Dia merupakan _______ baik saya. Kami sering ke _______ dan mengulang kaji pelajaran bersama sama. Anak bongsu mereka bernama Ikhwan. Dia masih belajar di _______. Encik Kamal seorang jiran yang baik hati dan harus dicontohi. Beliau suka ________ jiran yang susah. Beliau sering mengadakan rumah terbuka dan mengundang jiran-jiran ke _____ mereka. Hobi Encik Kamal sekeluarga ialah berjoging dan _______. Kadang-kadang, mereka mengajak saya

untuk menyertai aktiviti hujung minggu mereka. Saya berasa sungguh _______. Saya ________ agar kami akan terus hidup berjiran sampai bila-bila. Saya bersyukur kerana mempunyai jiran yang baik seperti Encik Kamal.

SEKOLAH SAYA

SEKOLAH SAYAPendahuluan sebuah sekolah rendah. Nama sekolah-SJKC Sungai Chua. terletak tidak jauh dari bandar Kajang. beberapa buah blok. terdapat bilik kelas, pusat sumber, bilik guru, bilik sains, kantin, kedai buku, perpustakaan Isi 1 ramai murid - kira-kira 1600 orang murid. Tahun Satu dan Dua belajar pada sesi petangTahun Tiga hingga Enam belajar pada sesi pagi.

Isi 2 - Guru Besar - Puan Yeo Sew Kee. - tegas dan bertanggungjawab. - terdapat lebih kurang 80 orang guru. - rajin dan mengajar murid dengan bersungguhsungguh. Isi 3 - sekeliling sekolah - bersih dan cantik. - tidak membuang sampah di merata-rata. - dijaga oleh beberapa orang pekerja yang rajin. Penutup - bertuah dan bangga - belajar bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama sekolah

SEKOLAH SAYAPendahuluan - sebuah sekolah rendah. - Nama sekolah-SJKC Sungai Chua. - terletak tidak jauh dari bandar Kajang. - beberapa buah blok. - terdapat bilik kelas, pusat sumber, bilik guru, bilik sains, kantin, kedai buku, perpustakaan Saya belajar di sebuah sekolah rendah. Nama sekolah tersebut ialah SJKC Sungai Chua. Sekolah saya ini terletak tidak jauh dari bandar Kajang. Sekolah saya terdiri daripada beberapa buah blok. Di blok tersebut terdapat bilik kelas, pusat sumber, bilik guru, bilik sains, kantin, kedai buku, perpustakaan, bilik muzik dan lain-lain lagi.

Isi 1 - ramai murid - kira-kira 1600 orang murid. Tahun Satu dan Dua belajar pada sesi petang- Tahun Tiga hingga Enam belajar pada sesi pagi. Terdapat ramai murid belajar di sekolah ini. Terdapat kira-kira 1600 orang murid yang belajar dalam Tahun Satu hingga Tahun Enam. Murid Tahun Satu dan Dua belajar pada sesi petang manakala murid Tahun Tiga hingga Enam belajar pada sesi pagi.

Isi 2 - Guru Besar - Puan Yeo Sew Kee. - tegas dan bertanggungjawab. - terdapat lebih kurang 80 orang guru. - rajin dan mengajar murid dengan bersungguhsungguh. Nama Guru Besar sekolah saya ialah Puan Yeo Sew Kee. Beliau seorang guru yang tegas dan bertanggungjawab. Semua murid menghormati beliau. Di sekolah saya terdapat lebih kurang 80 orang guru. Guru-guru di sekolah ini rajin dan mengajar murid dengan bersungguh-sungguh.

Isi 3 - sekeliling sekolah - bersih dan cantik. - tidak membuang sampah di merata-rata. - dijaga oleh beberapa orang pekerja yang rajin. Keadaan di sekeliling sekolah saya bersih dan cantik. Murid-murid tidak membuang sampah di merata-rata. Mereka membuang sampah di dalam tong sampah. Kawasan sekolah saya juga dijaga oleh beberapa orang pekerja yang rajin.

Penutup - bertuah dan bangga - belajar bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama sekolah Saya berasa bertuah dan bangga kerana dapat belajar di sekolah ini. Saya akan belajar bersungguhsungguh untuk mengharumkan nama sekolah saya ini di seluruh negara.

SEKOLAH SAYASaya belajar di sebuah sekolah rendah. Nama sekolah tersebut ialah SJKC Sungai Chua. Sekolah saya ini terletak tidak jauh dari bandar Kajang. Sekolah saya terdiri daripada beberapa buah blok. Di blok tersebut terdapat bilik kelas, pusat sumber, bilik guru, bilik sains, kantin, kedai buku, perpustakaan, bilik muzik dan lain-lain lagi. Terdapat ramai murid belajar di sekolah ini. Terdapat kira-kira 1600 orang murid yang belajar dalam Tahun Satu hingga Tahun Enam. Murid Tahun Satu dan Dua belajar pada sesi petang manakala murid Tahun Tiga hingga Enam belajar pada sesi pagi.

Nama Guru Besar sekolah saya ialah Puan Yeo Sew Kee. Beliau seorang guru yang tegas dan bertanggungjawab. Semua murid menghormati beliau. Di sekolah saya terdapat lebih kurang 80 orang guru. Guru-guru di sekolah ini rajin dan mengajar murid dengan bersungguh-sungguh. Keadaan di sekeliling sekolah saya bersih dan cantik. Murid-murid tidak membuang sampah di merata-rata. Mereka membuang sampah di dalam tong sampah. Kawasan sekolah saya juga dijaga oleh beberapa orang pekerja yang rajin. Saya berasa bertuah dan bangga kerana dapat belajar di sekolah ini. Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama sekolah saya ini di seluruh negara.

ORANG YANG SAYA SAYANGIPendahuluan -orang yang saya sayangi ialah. -nama-berumur.tahun - mempunyai wajah yang menarik - berbadan sederhana Isi 1 -seorang yang yang penyayang -sayang akan saya dan keluarga

Isi 2 - Mengambil berat semasa saya sakit - Membawa ke klinik, - Menjaga, memasak makanan kegemaran Isi 3 Mengemas dan membersihkan rumah -rumah menjadi kemas dan bersih Penutup -berharap hidup bahagia - Taat dan menghomati beliau - Menjaga beliau apabila dewasa

HOBI SAYAPendahuluan - mempunyai hobi- hobi saya- membaca buku cerita - dilakukan pada masa lapang Isi 1 - dapat menambahkan pengetahuan - dapat mengetahui cerita yang menarik - mengetahui cerita tentang manusia dan haiwan

Isi 2 - dapat menghiburkan hati - berasa gembira membaca cerita yang lucu dan menarik Isi 3 - menambahkan kosa kata - menulis karangan dengan baik Penutup - meneruskan hobi ini sehingga dewasa - tidak membuang masa dengan membuat perkara tidak berfaedah

Kantin Sekolah SayaPendahuluan -mempunyai sebuah kantin -terletak di tepi blok D-berhampiran kelas 4K -besar dan bersih Isi 1 -menjual pelbagai jenis makanan dan minuman -makanan-mi goreng, nasi lemak, roti canai, kuih -minuman-air kotak, Milo,air mineral,oren,cincau

Isi 2 -dijual dengan harga yang berpatutan -ramai murid membeli makanan dan minuman -beratur semasa membeli Isi 3 -duduk makan di tempat yang disediakan -meletakkan pinggan dan mangkuk di dalam bekas Penutup -waktu rehat tamat-menjadi sunyi -pekerja kantin akan membersihkan kawasan kantin

BAHASA MALAYSIACONTOH KARANGAN DAN LATIHAN JENIS KARANGAN: AUTOBIOGRAFI

AUTOBIOGRAFITAJUK-TAJUK 1. Aku Sebuah Buku 2. Aku Sebuah Basikal 3. Aku Sehelai Baju Batik 4. Aku Sebuah Telefon Bimbit 5. Aku Sebatang Pokok Buluh 6. Saya Sepasang Kasut 7. Saya Sebuah Komputer 8. Saya Sebuah Kotak Pensel 9. Saya Sebatang Pokok Kelapa

AKU SEBUAH BASIKAL

RANGKA KARANGAN Aku Sebuah BasikalPENDAHULUAN - Beroda dua dan dilahirkan di Pulau Pinang ISI-ISI PENTING - apabila siap dipasang , aku disemburkan cat berwarna hitam - berkenalan dengan rakan-rakan yang lain - dibeli oleh seorang pemuda-dihadiahkan kepada adiknya - digunakan untuk ke sekolah- diletakkan di dalam garaj

Sambungan

RANGKA KARANGAN Aku Sebuah Basikal

PENUTUP - akan terus berbakti kepada tuan aku

Sambungan

CONTOH 1 Aku Sebuah Basikal

Aku sebuah basikal. Aku mempunyai dua roda. Nama aku Juara. Aku dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Aku diperbuat daripada besi waja, getah, kaca dan plastik. Apabila badan aku siap dipasang, aku disemburkan dengan cat berwarna hitam. Setelah kering, aku dibalut dengan plastik yang jernih. Kemudian aku dihantar ke sebuah kedai menjual basikal. Setelah sampai di kedai basikal, aku diletakkan

Sambungan

tanda harga. Aku berkenalan dengan rakan-rakan yang lain. Rakan-rakan aku memuji kecantikan bentuk badan aku . Pada suatu hari, seorang pemuda datang ke kedai tersebut. Setelah melihat beberapa buah basikal yang dipamerkan, pemuda itu membuat keputusan untuk membeli aku. Dia membeli aku untuk dihadiahkan kepada adiknya. Setiap hari aku digunakan oleh tuan aku untuk ke sekolah. Apabila sampai di sekolah, dia meletakkan aku di bawah garaj lalu menguncinya. Setiap hujung minggu pula, dia akan membersihkan aku.

Sambungan

Aku berasa sungguh bertuah mempunyai seorang tuan yang penyayang. Aku berharap agar terus dapat berbakti dan memberikan keselesaan kepada tuan aku.

LATIHAN Aku Sebuah Basikal Aku sebuah________. Aku mempunyai dua_____. Nama aku _______. Aku dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Aku diperbuat daripada __________, getah, kaca dan ________. Apabila badan aku siap dipasang, aku disemburkan dengan cat berwarna _____. Setelah kering, aku dibalut dengan _________ yang jernih. Kemudian aku dihantar ke sebuah ______ menjual basikal. Setelah sampai di kedai basikal, aku __________

Sambungan

tanda harga. Aku __________ dengan rakan-rakan yang lain. Rakan-rakan aku memuji kecantikan bentuk badan aku . Pada suatu hari, seorang ____________ datang ke kedai tersebut. Setelah melihat beberapa buah basikal yang dipamerkan, pemuda itu membuat keputusan untuk _______ aku. Dia membeli aku untuk dihadiahkan kepada _______nya. Setiap hari aku digunakan oleh tuan aku untuk ke _______. Apabila sampai di sekolah, dia meletakkan aku di bawah ______ lalu menguncinya. Setiap hujung minggu pula, dia akan ____________ aku.

Sambungan

Aku berasa sungguh ________ mempunyai seorang tuan yang penyayang. Aku berharap agar terus dapat berbakti dan memberikan keselesaan kepada tuan aku.

SAYA SEPASANG KASUT

RANGKA KARANGAN Saya Sepasang KasutPENDAHULUAN - tempat dilahirkan-nama- warna-diperbuat daripada ISI-ISI PENTING - dibungkus- dihantar ke pasar raya- dipamerkan di atas rak - disukai ramai-dibeli oleh seorang wanita untuk anaknya - dipakai ke sekolah - terjatuh ke dalam longkang-dibersihkan

Sambungan

RANGKA KARANGAN Saya Sepasang Kasut

PENUTUP - gembira - menjaga saya - berjanji akan terus berkhidmat

Sambungan

Saya merupakan sepasang kasut sekolah yang terkenal. Saya dilahirkan di Subang Jaya. Nama saya Bagus. Badan saya berwarna putih. Saya diperbuat daripada kain yang bermutu tinggi. Apabila saya siap dibuat dan dibungkuskan, saya dan kawan-kawan telah dihantar ke pasar raya untuk dijual. Saya dipamerkan di atas rak. Di sini, saya mendapat kenalan baharu. Setiap hari banyak pelanggan yang mengunjungi pasa raya. Mereka terpesona melihat saya. Seorang wanita terus membeli saya untuk anaknya dengan harga RM19.90. Saya dibawa pulang dan diletakkan di dalam almari bersama-sama pakaian seragam sekolah yang lain

CONTOH 1 Saya Sepasang Kasut

Sambungan

Setelah sekolah dibuka, saya dipakai oleh anak tuan saya ke sekolah. Saya berbangga dapat berkhidmat kepada seorang budak untuk mendapat pendidikan. Setiap hari, saya menyumbangkan khidmat dengan penuh ikhlas. Malang tidak berbau, badan saya menjadi kotor kerana terjatuh ke dalam longkang. Anak tuan saya membersihkan badan saya dengan berus dan sabun. Selepas itu dia menyapukan kapur dan menjemur di bawah sinaran matahari. Saya berasa sangat gembira dengan sikap anak tuan saya. Dia menjaga saya , bagai menatang minyak yang penuh. Oleh itu, saya berjanji akan terus memberi khidmat yang terbaik kepadanya.

Sambungan

Saya merupakan sepasang kasut sekolah yang terkenal. Saya dilahirkan di Subang Jaya. Nama saya Bagus. Badan saya berwarna putih. Saya diperbuat daripada kain yang bermutu tinggi. Apabila saya siap dibuat dan dibungkuskan, saya dan kawan-kawan telah dihantar ke pasar raya untuk dijual. Saya dipamerkan di atas rak. Di sini, saya mendapat kenalan baharu. Setiap hari banyak pelanggan yang mengunjungi pasa raya. Mereka terpesona melihat saya. Seorang wanita terus membeli saya untuk anaknya dengan harga RM19.90. Saya dibawa pulang dan diletakkan di dalam almari bersama-sama pakaian seragam sekolah yang lain

CONTOH 1 Saya Sepasang Kasut

Sambungan

Setelah sekolah dibuka, saya dipakai oleh anak tuan saya ke sekolah. Saya berbangga dapat berkhidmat kepada seorang budak untuk mendapat pendidikan. Setiap hari, saya menyumbangkan khidmat dengan penuh ikhlas. Malang tidak berbau, badan saya menjadi kotor kerana terjatuh ke dalam longkang. Anak tuan saya membersihkan badan saya dengan berus dan sabun. Selepas itu dia menyapukan kapur dan menjemur di bawah sinaran matahari. Saya berasa sangat gembira dengan sikap anak tuan saya. Dia menjaga saya , bagai menatang minyak yang penuh. Oleh itu, saya berjanji akan terus memberi khidmat yang terbaik kepadanya.

top related