borang pengesahan status tesis*** - fp.utm.my filebapa menghantar anak mereka ke kelas tuisyen di...
Post on 11-Apr-2019
245 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PSZ 19 :16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***
JUDUL: KAJIAN TENTANG FAKTOR UTAMA YANG MENDORONG IBU BAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR
TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya BUANDA @ ARBAYA BINTI WARITH . ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah ) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaannya seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Naskah salinan didalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis
daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang
dipersetujui kelak. 5. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 6. * * Sila tandakan ( )
DR. MOHD RIZAL MOHD SAID _________________________________ __________________________________
( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA ) Alamat Tetap : KG. KUNAK 3, PETI SURAT 12, 91207 KUNAK, SABAH.
Tarikh : 2 MEI 2008 Tarikh : 2 MEI 2008
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD Disahkan Oleh
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. *** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus atau penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
TANDA TANGAN PENUL S I
DR. MOHD RIZAL MOHD SAID
Nama Penyelia
TANDA TANGAN PENYELIA
i
KAJIAN TENTANG FAKTOR UTAMA YANG MENDORONG IBU BAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN
UNIVERSITI, SKUDAI JOHOR.
BUANDA @ ARBAYA BINTI WARITH
Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL, 2008
ii
PENGESAHAN PENYELIA
Saya / Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/
kami* ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )
Tanda tangan : _________________________________
Nama Penyelia : DR. MOHD RIZAL BIN MOHD SAID
Tarikh : 2 MEI 2008
iii
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tanda tangan : _____________________________
Nama Penulis : BUANDA @ ARBAYA BINTI WARITH
Tarikh : 2 MEI 2008
iv
Dedikasi Kepada…
Insan Tersayang
Inak dan Bapak, Adik-adik,
Suami dan anak-anak.
v
PENGHARGAAN Syukur alhamdulillah kepada Allah SWT, kerana dengan izinNya juga saya telah
berpeluang menyiapkan kajian ini sepenuhnya. Setinggi penghargaan kepada Pensyarah
Pembimbing Dr. Mohd Rizal Mohd. Said yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar
dan panduan sehingga kajian ini dapat berada pada landasan yang betul. Tunjuk ajar
beliau telah memberikan saya keyakinan untuk meneruskan kajian ini. Tanpa bimbingan
beliau tidak mungkin saya dapat menyiapkan kajian ini. Bagi saya beliau merupakan
pakar rujuk untuk memastikan kajian saya ini kelak mencapai objektifnya.
Istimewa buat keluarga yang disayangi, ibu bapa saya yang menjadi pelita
sepanjang perjalanan kehidupan ini, adik beradik saya , suami dan anak-anak yang telah
banyak berkorban sepanjang saya menjalankan kajian ini. Tanpa kalian saya tidak akan
berada seperti yang ada sekarang.
Kepada pihak yang terlibat sepanjang kajian ini. Responden yang telah
memberikan kerjasama yang begitu baik dan juga kaki tangan pejabat Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, yang telah banyak mempermudahkan
prosedur sepanjang kajian ini.
Jasa kalian akan menjadi kenangan yang tidak dapat dinilai dengan material
semata-mata. Semoga Allah SWT juga yang membalasnya.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mendorong ibu bapa
menghantar anak mereka ke kelas tuisyen. Faktor tersebut ialah faktor masa, tahap
pendidikan ibu bapa, pencapaian akademik anak dan kepercayaan terhadap kelas
tuisyen. Ia juga bertujuan untuk mengetahui sejauh mana pembolehubah-pembolehubah
yang dinyatakan mempengaruhi keputusan dikalangan ibu bapa untuk menghantar anak
mereka ke kelas tuisyen. Seramai 120 orang ibu bapa di lima buah pusat tuisyen di
sekitar Taman Universiti, Skudai Johor telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini
menggunakan kaedah deskriptif yang menggunakan soal selidik yang dibina setelah
berbincang dengan pensyarah pembimbing. Data-data dikumpul menggunakan teknik
pemprosesan data SPSS (Statistical Package for the Social Sciences). Dapatan data
kajian diproses dan menggunakan frekuensi, peratus dan min sebagai perbandingan.
Secara umumnya, keputusan kajian telah menunjukkan bahawa faktor-faktor yang
dinyatakan mempunyai pengaruh yang berbeza. Kajian juga menunjukkan bahawa
kepercayaan responden terhadap kelas tuisyen merupakan faktor utama. Walaupun,
kajian telah dapat memberikan sedikit maklumat tentang kesemua faktor yang
dinyatakan, kajian yang selanjutnya adalah diperlukan terutamanya dalam membuat
kajian khusus tentang faktor-faktor lain yang mempengaruhi persepsi ibu bapa terhadap
kelas tuisyen.
vii
ABSTRACT
This study aims at looking into the factors that influence the cause of why
parents deliver their children go to tuition class. They include the factors of time factor,
education achievement of parents, academic achievement of children and their trust
tuition class. A hundred and twenty parents of around Taman Universiti Skudai Johor
are involved in this study. For this purpose, the study uses a method of deskriftive which
is being modified from the previous data. This data are then scrutinized using the
technique of Statistical Package For Social Sciences (SPSS) and collected for processing
using the techniques of frequency, percentages and mean for est. In general, the result
of the study has shown that the time factors, academic achievement factor, and the factor
of trust. The study also shows that the respondents agree trust factor to be the prime
factor. Based on the Frequency Analysis which is conducted upon each item, the parents
However, the study has given some information about the reason why parent deliver
their child go to tuition class. An extended study is needed so as to focus on an intricate
study on factors influencing the parents reason, and why there send their children go to
tuition class.
viii
KANDUNGAN
BAB
PERKARA
MUKA
SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI RUJUKAN xiv
1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 11
1.8 Daftar Istilah 11
ix
1.8.1 Ibu Bapa
1.8.2 Tuisyen
1.8.3 Masa
1.8.4 Tahap Pendidikan
1.8.5 Prestasi
1.8.6 Kepercayaan
1.9 Penutup 14
2 SOROTAN KAJIAN 15
2.1 Pengenalan 15
2.2 Faktor Masa Yang Mendorong Ibu Bapa Menghantar
Anak Mereka Ke Kelas Tuisyen
17
2.3 Faktor Tahap Pendidikan Ibu Bapa Yang Mendorong
Mereka Menghantar Anak Ke Kelas Tuisyen
18
2.4 Faktor Pecapaian Akademik Anak Menyebabkan Ibu
Bapa Menghantar Anak Mereka Ke Kelas Tuisyen
19
2.5 Faktor Kepercayaan Terhadap Kelas Tuisyen
Menyebabkan Ibu Bapa Menghantar Anak Mereka Ke
Kelas Tuisyen
21
2.6 Penutup 25
3 METODOLOGI KAJIAN 26
3.1 Pengenalan 26
3.2 Rekabentuk Kajian 27
3.3 Instrumen Kajian 28
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 30
3.5 Kajian Rintis 31
3.6 Prosedur Kajian 32
3.7 Analisis Data 33
3.8 Penutup
34
x
4 ANALISIS DATA 35
4.1 Pengenalan 35
4.2 Bahagian A
4.2.1 Taraf Pendidikan Ibu Bapa
4.2.2 Bilangan Anak
4.2.3 Peperiksaan Penting Yang Dihadapi Oleh Anak
4.2.4 Anak Belajar Dalam Tingkatan
36
4.3 Bahagian B
4.3.1 Faktor Masa
4.3.2 Faktor Tahap Pendidikan Ibu Bapa
4.3.3 Faktor Prestai Pencapaian Anak
4.3.4 Faktor Kepercayaan Terhadap Kelas Tuisyen
38
37
42
47
51
4.4 Penutup 56
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 58
5.1 Pengenalan 58
5.2 Perbincangan
5.2.1 Faktor Masa
5.2.2 Faktor Tahap Pendidikan Ibu Bapa
5.2.3 Faktor Prestasi Pencapaian Akademik Anak
5.2.4 Faktor Kepercayaan Terhadap Kelas Tuisyen
59
60
62
63
65
5.3 Rumusan 66
5.4 Cadangan 68
5.5 Masalah- Masalah Kajian 69
5.6 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 70
5.7 Penutup
71
Rujukan 72
Lampiran A - D 76-98
xi
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Tahap Persetujuan dan Skor 27
3.2 Bilangan Sampel daripada Populasi 31
3.3 Nilai Alpha Kajian Rintis 32
3.4 Tafsiran Nilai Markat Min Kajian 33
4.1 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 36
4.2 Taburan Responden Mengikut Bilangan Anak 37
4.3 Taburan Responden Mengikut Peperiksaan Penting
Yang Akan Di Hadapi Oleh Anak Mereka
37
4.4 Taburan Responden Mengikut Tingkatan / Tahun
Anak
38
4.5 Frekuensi, Peratus dan Min Bagi Item Persoalan
Kajian 1
39
4.6 Purata Keseluruhan Bagi Persoalan Kajian 1 42
4.7 Frekuensi, Peratus dan Min Bagi Item Persoalan
Kajian 2
44
4.8 Purata Keseluruhan Bagi Persoalan Kajian 2 47
4.9 Frekuensi, Peratus dan Min Bagi Item Persoalan
Kajian 3
48
4.10 Purata Keseluruhan Bagi Persoalan Kajian 3 51
4.11 Frekuensi, Peratus dan Min Bagi Item Persoalan
Kajian 4
52
4.12 Purata Keseluruhan Bagi Persoalan Kajian 4 55
xii
SENARAI GAMBAR RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA
SURAT
1.3 Carta Alir Prosedur Kajian 32
4.1 Carta Pai – Purata Peratusan Bagi Persoalan Kajian 1 43
4.2 Carta Pai – Purata Peratusan Bagi Persoalan Kajian 2 47
4.3 Carta Pai – Purata Peratusan Bagi Persoalan Kajian 3 51
4.4 Carta Pai – Purata Peratusan Bagi Persoalan Kajian 4 55
4.5 Carta Bar – Purata Peratusan Bagi Keseluruhan
Kajianan 1
56
4.6 Carta Pai – Tahap Aspek Kajian Faktor Pendorong
Ibu Bapa Menghantar Anak Mereka Ke Kelas
Tuisyen.
57
xiii
SENARAI RINGKASAN
ICT - Internet Communication Technology
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PKK - Pusat Perkembangan Kurikulum
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru
SBT - Skim Baucar Tuisyen
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPVM - Sijil Pelajaran Vokasioanal Malaysia
SPSS - Statistical Package For The Social Science
STPM - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
A Borang Soal Selidik 76-82
B Surat Pengesahan Item Soal Selidik 83-84
C Surat Pengesahan Status Pelajar 85
D Data SPSS 86-96
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pendidikan merupakan isu yang sering diperkatakan masyarakat hari ini kerana
ia merupakan agenda penting kearah pembentukkan masyarakat berilmu pengetahuan
terutama dalam melahirkan generasi muda yang mampu mencorak masa depan sesebuah
negara. Menurut Awang Had Salleh (1985), untuk melahirkan masyarakat yang
berdisiplin dan bermotivasi perlulah menyediakan generasi muda dengan ilmu atau
pendidikan. Pendidikan boleh disampaikan dengan dua cara iaitu dengan pendidikan
tidak formal yang dilakukan di rumah dan pendidikan formal yang diterima di sekolah-
sekolah. Menurut beliau lagi, masyarakat yang berdisiplin sahaja sebenarnya tidak
memadai, tetapi untuk maju kehadapan, perlu ada daya usaha, keinginan dan cita-cita
untuk meningkat maju. Masyarakat yang ingin maju hendaklah berdisiplin dan
bermotivasi tinggi yang dapat dilakukan menerusi pergerakan yang cergas, mencapai
kesempurnaan dan sentiasa produktif serta berkualiti tinggi dalam apa juga usaha yang
dilakukan.
Oleh kerana itu untuk terus maju kehadapan mahu atau tidak masyarakat
terpaksa berubah dari segi sikap dan gaya pemikiran. Menurut Atan Long (1979)
kekuatan atau kelemahan sesebuah masyarakat bergantung kepada ahli-ahli masyarakat
yang memberikan sumbangan kepada keutuhan dan kemajuan serta perkembangan
2
masyarakat berkenaan. Sesebuah masyarakat perlu sanggup berubah atau anjakan
paradigma dan menerima perubahan untuk terus hidup dan berkembang mengikut
kemajuan zamannya. Jika tidak, mereka akan ketinggalan zaman atau pun tertinggal
dalam meneruskan kehidupan yang terus berubah. Perkembangan tersebut dapat dirasai
dalam semua aspek kehidupan terutamanya dalam bidang pendidikan dan pekerjaan.
Sejajar dengan perkembangan tersebut program pembangunan sumber tenaga
manusia perlu dirancang dan mempunyai hala tuju untuk memenuhi dan menangani
perubahan dan keperluan negara dimasa depan. Untuk memastikan agenda
pembangunan insan tersebut, pembangunan pendidikan haruslah diberi keutamaan.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat termasuk ketua-ketua keluarga, pemimpin
politik dan masyarakat bersama-sama berganding bahu bagi meyahut cabaran dan
merealisasikan usaha tersebut iaitu untuk melahirkan rakyat yang cemerlang.
Untuk menyahut cabaran tersebut, kerajaan Malaysia telah bertindak membuat
perubahan drastik dalam dasarnya. Pembangunan pendidikan 2001-2010 dirangka
berasaskan Dasar Wawasan Negara untuk melahirkan bangsa Malaysia yang berdaya
tahan, membangun dan meningkatkan daya saing antara bangsa, menggalakkan
masyarakat yang saksama, membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan
mengekalkan pertumbuhan ekonomi serta memperkukuhkan pembangunan sumber
manusia. Seterusnya menjadi hasrat Bahagian Pembangunan Dasar Pendidikan untuk
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek mewujudkan dan meningkatkan
kreativiti dan inovasi dikalangan pelajar, menggalakkan dan meningkatkan budaya ilmu,
membudayakan sains dan teknologi, pendidikan sepanjang hayat serta menyediakan
sistem pendidikan yang cekap dan bertaraf dunia untuk membolehkan Malaysia menjadi
pusat kecemerlangan pendidikan (Bahagian Pembangunan Dasar Pendidikan 2001).
Hala tuju pembangunan insan melalui perspektif pendidikan salah satunya memberi
penekanan kepada sains dan teknologi memerlukan individu yang cemerlang dalam
pencapaian akademik mereka. Ini kerana penguasaan mata pelajaran seperti matematik
dan sains amat penting sebagai tiket dalam bidang tertentu.
3
Salah satu dari dasar tersebut iaitu dasar pembelajaran sepanjang hayat
contohnya, telah menggalakkan masyarakat meningkatkan pengetahuan masing-masing.
Perubahan globalisasi juga pendorong kepada keadaan dimana masyarakat menghadiri
kelas tuisyen tanpa had umur untuk mendalami sesuatu bidang. Misalnya, untuk
mendalami pengguasaan bahasa asing, terdapat individu yang sanggup mengikuti kelas
tuisyen.
Begitu juga dengan dasar pendemokrasian pendidikan yang merupakan salah
satu dari dasar dalam pembangunan pendidikan negara. Dasar tersebut telah memberi
peluang kepada ibu bapa memilih untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk
anak-anak mereka. Jika masyarakat tidak memahami dan menghayati arus perubahan
dalam dunia pendidikan dan persekitaran yang tidak merangsang pemupukan budaya
ilmu tersebut, maka akan wujudlah ramai pelajar yang akan tercicir dan tidak tahu hala
tuju mereka. Taraf pendidikan dan pengetahuan keibubapaan yang semakin meningkat
di kalangan masyarakat telah menyebabkan mereka ingin memastikan anak mereka
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan untuk bersaing dalam apa sahaja bidang
dalam dunia globalisasi kini.
Atas kesedaran tersebut telah mendorong kepada kecenderungan di kalangan ibu
bapa kini untuk menghantar anak mereka ke kelas tuisyen atau mendapatkan khidmat
tutor secara peribadi untuk anak mereka di rumah. Dorongan yang menebal untuk
melihat kejayaan anak-anak mereka setanding dengan anak-anak orang lain dalam
pencapaian akademik di sekolah selalunya menjadi faktor utama mengapa sebahagian
besar ibu bapa sanggup berbelanja lebih asalkan anak mereka tidak ketinggalan dalam
perlumbaan mengejar kecemerlangan dalam peperiksaan. Hasrat ini tidak sukar dipenuhi
kerana pusat-pusat tuisyen yang tumbuh bagai cendawan dimusim hujan di seluruh
negara sedia menawarkan khidmat mereka (Ahmad Kamil Mohamed, 2007).
Malahan dikalangan ibu bapa yang lebih berkemampuan, mengeluarkan
sejumlah wang untuk menggaji guru-guru memberi tuisyen khas untuk anak mereka di
4
rumah bukanlah satu beban. Galakan dari ibu bapa yang begitu tinggi telah
menyebabkan permintaan terhadap kelas tuisyen semakin meningkat. Oleh itu tidak
menghairankan kalau kita dapati ada setengah pusat tuisyen yang beropeasi tidak lebih
daripada seperti sekolah biasa. Juga tidak memeranjatkan bilangan pelajar di dalam satu
kelas adakalanya melebihi jumlah pelajar di sebuah kelas biasa di sekolah. Di dalam
kelas yang saiznya tidak ubah seperti kelas biasa di sekolah amatlah mustahil untuk
setiap orang pelajar diberikan perhatian yang khusus sedangkan matlamat sebenar
mengapa mereka ke pusat tuisyen ialah untuk mendapat layanan istimewa selain
daripada membantu mereka menyelesaikan masalah dalam pelajaran yang mereka
hadapi di sekolah. Ini kerana terdapat segelintir pelajar yang memerlukan perhatian
secara peribadi daripada seorang guru untuk belajar dengan lebih berkesan (Ahmad
Kamil Mohamed,2007).
Situasi yang berlaku seperti di atas telah menyebabkan ada pihak yang
menyarankan supaya Kementerian Pendidikan mengambil langkah memantau operasi
pusat-pusat tuisyen di seluruh negara, ia memang baik dan perlu diberikan perhatian
segera. Kita tidak mahu ibu bapa dan juga para pelajar menjadi mangsa kepada
pengendali pusat tuisyen yang cuma bermotifkan keuntungan semata-mata. Bukan
sedikit ibu bapa yang terpedaya dengan pelbagai tawaran dan kemudahan menarik yang
ditawarkan oleh pusat-pusat tuisyen dalam iklan promosi mereka. Ekoran itu kerajaan
telah mengeluarkan pekeliling tentang garis panduan bagi guru-guru yang ingin
mengajar di kelas tuisyen.
Budaya masyarakat kini yang lebih terdorong untuk menghantar anak mereka ke
kelas tuisyen. Sebenarnya, mengapa tuisyen ini dilihat dan menjadi begitu penting oleh
masyarakat kita hari ini? Tuisyen kini tidak lagi dilihat sebagai sekadar untuk
membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu di sekolah, tetapi
sudah menjadi sebahagian daripada aktiviti yang perlu dilalui oleh seorang pelajar selain
daripada belajar di sekolah itu sendiri.
5
Fenomena pergi ke kelas tuisyen mungkin tidak wujud langsung pada zaman
dahulu. Waktu itu, murid-murid sekolah bergantung sepenuhnya kepada tunjuk ajar di
samping bahan-bahan yang diperoleh daripada guru-guru di sekolah. Malah, kelas
tambahan yang dianjurkan oleh sekolah juga tidak ada dalam kamus pelajar pada waktu
itu. Di rumah pula, ibu bapa walau pun tidak berpelajaran tinggi namun masih punyai
masa untuk menggalakkan anak mengulang kaji pelajaran anak mereka (Ahmad Kamil
Mohamed,2007). Kekurangan yang dialami oleh pelajar-pelajar bukan menjadi batu
penghalang untuk mereka mengecapi kejayaan seperti yang dinikmati oleh pelajar masa
kini. Kalau pun tidak setanding pelajar sekarang, apa yang lebih membanggakan ialah
pelajar-pelajar yang lahir bukan sahaja baik pencapaian akademiknya malah terjamin
akhlaknya.
Melihat kepada keghairahan ibu bapa dan kegilaan anak-anak sekarang terhadap
tuisyen ini, tidakkah ini seolah-olah mencerminkan guru-guru di sekolah tidak boleh
diharapkan sepenuhnya. Sedangkan pada hakikatnya, masih ramai lagi guru-guru yang
berkebolehan di sekolah yang boleh dijadikan sumber rujukan para pelajar.
Walau apa pun hakikatnya yang berlaku di sekolah khususnya yang bersangkut
dengan sistem pembelajaran di sekolah itu sendiri, namun rata-rata pelajar yang terlibat
dengan tuisyen berpandangan bahawa masalah pelajaran mereka tidak dapat diselesaikan
sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah kerana saiz kelas yang terlalu besar dan guru
tidak punyai cukup masa untuk memberi tumpuan kepada mereka khususnya kepada
pelajar yang lemah (Normah Mohd Taib,1993). Oleh itu, berpaling kepada guru tuisyen
merupakan jalan penyelesaiannya. Ini ditambah lagi dengan beban kerja guru yang
semakin bertambah yang tentunya tidak hanya terbatas setakat mengajar pelajar di dalam
kelas sahaja. Ada yang terpaksa melakukan kerja-kerja perkeranian yang tidak
sepatutnya mereka lakukan lalu mereka tidak punya masa yang terluang untuk
mendekati pelajar yang menghadapi masalah dalam pelajaran.
6
Malah sebahagian ibu bapa berpendapat bahawa mereka terpaksa menghantar
anak mereka ke pusat tuisyen kerana sistem persekolahan yang ada sekarang tidak
menyediakan peluang untuk anak-anak mereka mendapat perhatian yang khusus
daripada para guru, justeru bilangan pelajar yang begitu besar dalam sesebuah kelas.
Dasar sistem pendidikan negara yang terlalu mementingkan peperiksaan juga
turut dilihat sebagai penyumbang kepada bertambahnya pusat-pusat tuisyen dewasa ini.
Bagi ibu bapa yang ingin melihat anak-anak mereka berjaya, sama ada mahu atau tidak,
anak-anak mereka akan dipaksa menghadiri kelas-kelas tuisyen (Ahmad Kamil
Mohamed, 2007).
1.2 Latar Belakang Masalah Menurut Dr Novandri Hasan Basri (2002), sekarang, hampir semua ibubapa dan
masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang lebih tinggi. Orang dewasa kini telah pun
berjaya melalui sistem persekolahan. Ini menghasilkan satu masyarakat yang juga
mempunyai ilmu-ilmu yang dahulunya hak ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-guru.
Lantaran itu, mereka mengganggap guru-guru di sekolah hanya sebagai objek penyalur
formal ilmu sahaja.
Kekurangan sebenar yang berlaku di sekolah biasa merupakan pendorong ibu
bapa mencari alternatif lain untuk anak mereka mendapatkan bimbingan. Bilangan
pelajar yang ramai dalam satu-satu masa menyebabkan guru tidak dapat memberika
perhatian secara individu. Menurut Awang Iskandar (2000) dalam Norhaslinda sikap
tidak ambil berat guru bagi memahami dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh
pelajar mungkin menimbulkan rasa kecewa dan putus asa dikalangan pelajar. Selain itu
kurangnya timbang rasa dan bantuan guru terhadap pelajar menyebabkan tidak wujud
7
kemesraan serta hubungan dua hala di antara guru dengan pelajar. Selain dari mengajar,
guru juga dibebankan dengan pelbagai tugas seperti penasihat aktiviti ko-kurikulum,
pengurusan bengkel dan hal-hal pentadbiran. Beban tugasan ini menyebabkan guru-
guru tidak dapat memberikan komitmen yang tinggi terhadap pembelajaran. Akibat dari
situasi ini keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga tidak dapat
dioptimumkan.
Sistem pendidikan di Malaysia juga merupakan pendorong kepada ibu bapa
untuk menghantar anak mereka ke kelas tuisyen supaya anak mereka tidak ketinggalan
berbanding pelajar lain. Dalam Seminar Kebangsaan Penilain KBSM yang bertemakan
Isu dan Hala Tuju Strategik ke Arah Abad 21, Zalina Yahya (1996) dipetik sebagai
menyatakan pendidikan KBSM diperingkat sekolah menjurus ke arah berorientasikan
peperiksaan. Pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran serta pelbagai usaha
sekolah lebih menekankan perkembangan potensi intelek dan meningkatkan prestasi
pencapaian peperiksaan semata-mata. Sebagai contoh, pencapaian dan kecemerlangan
seseorang pelajar dinilai dengan pencapaian dalam peperiksaan wajib iaitu UPSR, PMR,
SPM dan STPM. Dalam aspek penilaian diperingkat sekolah, ia dilakukan melalui
pemantauan pencapaian kemajuan pelajar secara berterusan, ujian merupakan rujukan
kreteria perkembangan pelajar dalam aspek afektif, disamping dalam peperiksan awam
pada peringkat kebangsaan (Ariffin Ba’ada, 2003).
Persaingan yang begitu sengit masa kini untuk mendapatkan kecemerlangan
dalam keputusan peperiksaan bukan saja dipikul oleh pelajar tetapi juga ibu bapa. Ibu
bapa mengalakkan anak mereka atau memaksa anak mereka ke kelas tuisyen semata-
mata untuk memastikan anak mereka berjaya. Motivasi dan dorongan ibu bapa
sebenarnya memainkan peranan penting. Menurut Brophy J (1987) dalam Ariffin
Ba’ada, motivasi belajar dapat dibangkitkan melalui modeling, jangkaan dan harapan
dari orang- orang yang signifikan seperti ibu bapa atau guru. Ia juga datang dari
perasaan atau penilaian murid terhadap aktiviti sekolah, sama ada bermakna atau tidak.
Sekiranya mereka rasa penting, mereka akan lakukan dengan baik. Adalah menjadi tugas
serta tanggungjawab ibu bapa untuk membantu dan membimbing anak-anak
8
menyelesaikan kerja rumah, mengurus masa belajar di rumah, memberikan motivasi dan
mengatasi masalah mereka (Kelly, 1996).
Perkembangan ini telah mendorong kepada permintaan terhadap kelas tuisyen
yang semakin meningkat. Ibu bapa semakin sedar akan tanggungjawab dan peranan
mereka dalam menggalakkan anak mereka mencapai kecemerlangan. Ibu bapa sanggup
membelanjakan sejumlah wang untuk menghantar anak mereka ke kelas tuisyen.
1.3 Pernyataan Masalah
Kini semakin ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka mengikuti
kelas tuisyen sama ada tuisyen yang dibuat secara persendirian atau pun di pusat tuisyen.
Kemudahan pembelajaran yang disediakan oleh kerajaan di sekolah formal biasa seolah
tidak meyakinkan ibu bapa dan mereka beranggapan bahawa anak mereka masih
memerlukan kelas tuisyen. Ilmu keibubapaan yang semakin meningkat juga sepatutnya
menyedarkan ibu bapa bahawa mereka perlu meluangkan masa untuk meninjau
perkembangan pelajaran anak mereka. Namun begitu masih ramai ibu bapa yang
sanggup menghantar anak mereka ke kelas tuisyen walaupun mereka merupakan
golongan yang berpelajaran dan berpendapatan tinggi. Ibu bapa sanggup
membelanjakan wang untuk membiayai kelas tuisyen anak mereka dengan harapan anak
mereka dapat menguasai mata pelajaran tertentu dan mendapat keputusan cemerlang
dalam peperiksaan. Oleh yang demikian pengkaji ingin mengkaji sama ada faktor masa,
tahap pendidikan ibu bapa, prestasi pencapaian akademik anak atau kepercayaan ibu
bapa terhadap kelas tuisyen menyebabkan mereka memilih untuk menghantar anak-anak
mereka ke kelas tuisyen.
9
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
1.4.1. Mengenalpasti sama ada masa merupakan faktor utama yang mendorong
ibu bapa menghantar anak mereka ke kelas tuisyen.
1.4.2. Mengenalpasti sama ada taraf pendidikan ibu bapa merupakan faktor
utama yang mendorong ibu bapa menghantar anak mereka ke kelas
tuisyen.
1.4.3. Mengenalpasti sama ada pencapaian akademik anak merupakan faktor
utama yang mendorong ibu bapa menghantar anak mereka ke kelas
tuisyen.
1.4.4. Mengenalpasti sama ada keyakinan terhadap kelas tuisyen merupakan
faktor utama yang mendorong ibu bapa menghantar anak mereka ke kelas
tuisyen.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan yang akan di kaji dalam kajian ini adalah seperti berikut :
1.5.1 Apakah faktor masa menyebabkan ibu bapa menghantar anak
mereka ke kelas tuisyen
1.5.2 Apakah faktor taraf pendidikan ibu bapa menyebabkan mereka
menghantar anak ke kelas tuisyen
10
1.5.3 Apakah faktor pencapaian akademik menyebabkan ibu bapa
menghantar anak mereka ke kelas tuisyen.
1.5.4 Apakah faktor keyakinan terhadap kelas tuisyen menyebabkan ibu
bapa menghantar anak mereka ke kelas tuisyen.
top related