bidang kajian sintaksis

Post on 29-Jun-2015

1.622 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Kumpulan 1:Najihah Isa

Noradila AbdullahMuhammad Faisal Razalli

Raja Mohd Fakimi Raja Mahamud

“Bidang Kajian Sintaksis”

Pengenalan kepada Sintaksis

Bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur,dan binaan atau konstruksi ayat.

Kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Struktur Binaan AyatSetiap pembentukan ayat dalam sesuatu

bahasa itu dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi.

Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-wenang dan tidak tersusun,tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen.

Contoh ayat:1. Ahmad tertidur.2. Ahmad3. tertidur

Jelas bahawa dalam contoh binaan ayat 1,terdapat hanya dua perkataan, iaitu Ahmad dan tertidur. Namun,pada umumnya,ayat Bahasa Melayu jauh lebih panjang dan kompleks daripada ayat 1.

PEMBAHAGIAN SUBJEK DAN PREDIKAT

Setiap penutur asli sesuatu bahasa mempunyai kecekapan berbahasa atau daya pengetahuan untuk mengetahui struktur unsur atau struktur konstituen setiap ayat.

Kebolehan memenggal ayat kepada bahagian-bahagiannya iaitu pemenggalan frasa subjek dan frasa predikat.

Bil Subjek Predikat

1 Petani itu membajak sawahnya setiap hari.

2 Abu bermain bola.

3 Ali guru sementara di sekolah itu.

4 Guru itu menyemak rekod kehadiran muridnya setiap hari.

Apa yang dikatakan sebagai subjek kepada sesuatu ayat ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan.

Subjek bertindak atau berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.

Predikat pula ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

Dalam kebanyakan bahasa, subjek bertindak atau berfungsi sebagai frasa nama.

Setiap ayat yang tidak mempunyai frasa nama sebagai subjek tidak dapat diterima dalam ayat bahasa Melayu.

Bil Subjek Predikat

1 Gemuk sekali pergi ke sekolah.

2 Tinggi sungguh membina bangunan itu.

3 Bersukan menjadi kegemarannya.

4 Mencari rotan

adalah hobinya pada waktu lapang.

Petani itu membajak sawahnya setiap hariAyat

Subjek Predikat

Petani itu membajak sawahnya setiap hari

sawah nya setiap hari

Pembahagian atau pemenggalan kepada frasa subjek dan predikat bagi sesuatu ayat tidak boleh dilakukan tanpa peraturan atau secara ad hoc.

Contohnya, unsur ‘itu’ dan ‘membajak’ tidak boleh digabungkan menjadi sesuatu binaan kerana bentuk tersebut termasuk ke dalam kelompok berasingan.

Contoh lain:Pemuda itu mengecat rumahnya setiap hari.Kereta itu memecut dengan laju.Ahmad membayar hutangnya setiap bulan.*penggosok itu memandikan rumahnya setiap saat.

*ayat tersebut menunjukkan bentuk dan makna yang ganjil. Tetapi merupakan satu binaan ayat dalam tatabahasa bahasa Melayu dan dianggap gramatis kerana mematuhi peraturan atau rumus binaan ayat bahasa Melayu.

Setiap mengecat tahun pemuda itu rumahAyat di atas dianggap tidak gramatis

kerana perkataan-perkataannya tidak tersusun mengikut rumus struktur ayat bahasa Melayu walaupun ia adalah perkataan bahasa Melayu.

Kesimpulannya, pengetahuan tentang struktur unsur ayat sesuatu bahasa yang ada pada seseorang penutur asli membolehkan ia mengenal pasti dan menentukan ayat yang gramatis dengan yang tak gramatis dalam bahasa.

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan

Walaupun bilangan ayat sesuatu bahasa itu memang tidak ada hadnya, demikian juga panjang pendeknya dan kemajmukannya, semua ayat yang terbentuk masih tetap mematuhi dan pasti berasal daripada satu ayat dasar, iaitu pola ayat yang menjadi sumber kepada pembentukan atau terbitan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

Dalam bahasa Melayu, misalnya, semua ayat, sama ada yang pendek atau yang panjang, yang berbentuk ayat mudah atau ayat kompleks, yang berstruktur biasa atau songsang, pasti dapat dikembalikan kepada bentuk asalnya, iaitu salah satu daripada empat pola ayat dasar yang berikut :

Subjek Predikat

Pola 1 Frasa Nama(Ali

Frasa Namaguru)

Pola 2 Frasa Nama(Adikku

Frasa Kerjasedang tidur)

Pola 3 Frasa Nama(Pegawai itu

Frasa Adjektifamat rajin)

Pola 4 Frasa Nama(Rumahnya

Frasa Sendi Namadi Kampung Baru)

Kalau bahasa Melayu mempunyai empat pola ayat dasar, tidak bererti bahasa-bahasa yang lain mempunyai bilangan pola ayat dasar yang sama. Bahasa Inggeris misalnya hanya mempunyai satu pola ayat dasar iaitu pola frasa nama + frasa kerja, seperti :

Frasa Nama Frasa Kerja

Ali is a teacher.

My brother is sleeping.

The officer works downtown.

His house is by the roadside.

Daripada ayat dasar kita dapat membina ayat-ayat yang lebih panjang atau lebih kompleks, yang kita namai ayat terbitan.

Ayat terbitan terbentuk apabila beberapa unsur, baik unsur perkataan mahupun unsur frasa ditambah pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar.

Misalnya, bentuk ayat dasar bahasa Melayu, seperti yang diberikan dapat diperkembang menjadi ayat-ayat terbitan berikut :

Subjek Predikat

Ali guru sementara di sekolah itu.

Adik bongsuku sedang tidur di serambi rumah.

Pegawai kanan pejabat itu

amat rajin dan cekap pula.

Rumah kediamannya di Kampung Baru dalam Wilayah Persekutuan.

Susunan Dalam AyatPembentang :

Muhammad Faisal Bin Razalli

HuraianAyat dibahagikan kepada dua jenis iaitu

susunan biasa dan susunan songsang.Susunan biasa bermaksud binaan ayat yang

mempertahankan pola ayat dasar, iaitu unsur frasa subjek mendahului frasa predikat.

Susunan songsang pula terhasil apabila frasa predikat yang mendahului frasa subjek.

Contoh Ayat Susunan BiasaSubjek Predikat

1. Adik bongsuku Sedang tidur di serambi rumah.

2. Cikgu Ahmad Sedang menanda kertas jawapan peperiksaan.

Contoh Ayat Susunan SongsangPredikat Subjek

1. Sedang tidur di serambi rumah

adik bongsuku.

2. Sedang menanda kertas jawapan peperiksaan

Cikgu Ahmad.

Sekian…Terima Kasih

top related