bahan bukti tentang penggunaan bahasa melayu klasik

Post on 17-Jun-2015

2.788 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BAHAN BUKTI TENTANG PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KLASIK

Ahli kumpulan:ZaimZizi

Salihin

• Masyarakat Melayu mampu merakamkan bahasa mereka dan dapat mengungkapkan pelbagai perkara dengan adanya tulisan Jawi

• Menerusi tulisan ini,maka bahasa Melayu dapat menjelaskan sesuatu perkara dalam pelbagai genre

• Oleh itu,bukti yang memaparkan bahasa Melayu klasik ini lebih luas berbanding bahasa Melayu kuno dan praklasik,iaitu meliputi:-

1.Batu bersurat2.Batu Nisan3.Hukum Kanun4.Surat Awal5.Naskhah Sastera Klasik

Batu Bersurat

Batu Bersurat Di Pagar Ruyung

• Ditemui di Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1356 M

• Memperlihatkan pengaruh Arab,tetapi masih ditulis dalam huruf India.

• Mengandungi prosa Melayu kuno serta beberapa baris sajak Sanskrit

• Bahasa yang digunakan agak berbeza daripada bahasa Melayu kuno kerana terdapat perbezaan dari segi bentuk kata

• Contohnya:-

tida tyadamar- ber-ni- di-

Batu Bersurat Di Minye Tujuh

• Bertarikh 1380 M.• Karangan pada batu nisan ini berupa

puisi Sanskrit yang disebut sebagai upajati dan merupakan sajak Melayu tertua• Tulisan pada batu tersebut ialah

tulisan India (Kawi) dan Arab,tetapi bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu

• Yang berikut merupakan transliterasi dan terjemahan Batu Bersurat Minye Tujuh yang dilakukan oleh Hooykaas (Hashim Musa, 2003:43-45) :

Teks Minye Tujuh Terjemahan

Hijrat nabi mungstapa yang prasida tujuh ratus asta puluh

sawarsa haji catur dan dasa wara sukra raja iman warda (?)

rahmat-Allah

Setalah hijrah Nabi kekasih yang telah wafat tujuh ratus delapan puluh satu tahun bulan Zulhijjah 14 hari Jumaat, Ratu Iman Warda

(Rahmat Allah bagi Baginda)

Gutra baru bahasa mpu hak kadah pase ma taruk tasih tanah

samuha ilahi ya rabbi tuhan samuha taruh dalam swarga

tuhan tatuha

Dari suku Barubasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai menaruk di laut dan darat semesta.Ya Allah, Ya Tuhan

semesta, taruhlah baginda dalam syurga Tuhan

Batu Bersurat Di Sungai Teresat, Terengganu

• Ditemui pada tahun 1887 di Kampung Buluh, di tebing Sungai Teresat berhampiran Kuala Berang, Terengganu

• Menurut Syed Muhammad Naquib, tarikh yang tercatat pada batu bersurat ini ialah 22 Februari 1303 M(4 Rejab 702 Hijrah)

• Terdapat percampuran perkataan asli bahasa Melayu dengan bahasa Sanskrit,bahasa Jawa,dan bahasa Arab

• Pengaruh bahasa Arab dan Melayu semakin ketara pada batu bersurat ini berbanding bahasa Sanskrit• Batu bersurat ini mencatatkan

peraturan-peraturan dan undang-undang yang dilaksanakan di kawasan didirikan batu bersurat tersebut

• Tulisan yang digunakan bagi menulis bahasa Melayu pada batu bersurat ini ialah tulisan Jawi

• Hal ini bererti tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu

• Batu bersurat ini merupakan tulisan bahasa Melayu yang paling awal dijumpai tertulis dengan menggunakan aksara Arab yang diadaptasi sebagai aksara Jawi(Hashim Musa, 2003)

• Batu bersurat ini dikatakan sebagai catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu di atas batu kerana selepas itu bahan bukti bahasa Melayu klasik lebih banyak tertera dalam bentuk persuratan

top related