bab 3 perniagaan a 3

Post on 08-Jun-2015

3.569 Views

Category:

Documents

19 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

3.4

GALAKAN & PERLINDUNGAN PERDAGANGAN

KANDUNGAN SUBTOPIK

Pemasaran Antarabangsa Peranan MATRADE Perlindungan Perdagangan Organisasi dan Blok Perdagangan

Antarabangsa Galakan-Galakan Perdagangan

Antarabangsa Sekatan-Sekatan Perdagangan

Antarabangsa

PEMASARAN ANTARABANGSA

Kerajaan telah menubuhkan satu agensi untuk menggalakkan firma-firma tempatan menyertai pemasaran antarabangsa iaitu MATRADE.MATRADE – Malaysia External Trade Development CorporationDitubuhkan di bawah Akta Parlimen pada Julai 1992 untuk menggalakkan eksport negara dan bertanggungjawab membantu pengeksport dan pengilang tempatan menerokai pasaran baru.

PERANAN MATRADE

Menggalak, membantu dan membangunkan perdagangan luar dengan tumpuan kepada eksport barang siap dan separa siap serta barang import terpilih.Menggubal dan melaksanakan strategi pasaran eksport nasional.

Mengendalikan penyelidikan pasaran dan membina kepakaran perdagangan dan mewujudkan pengkalan data yang komprehensif mengenai maklumat perdagangan.Menganjurkan program latihan bagi meningkatkan skil pemasaran antarabangsa kepada pengeksport Malaysia.

PERANAN MATRADE

Memajukan dan melindungi kepentingan perdagangan antarabangsa di luar negara.Mewakili Malaysia di forum antarabangsa.Membangun, menggalak, menyelaras dan membantu dalam bidang perkhidmatan berkaitan perdagangan.

PERANAN MATRADE

Menasihati kerajaan berkaitan perdagangan dan bertindak sebagai ejen kerajaan dalam perdagangan.Menemukan antara pengeksport tempatan dengan pengimport luar negara.

PERANAN MATRADE

PERLINDUNGAN PERDAGANGAN

Pertahankan negara (melindungi firma tempatan).

Melindungi industri yang baru. Melindungi pekerja domestik daripada

tenaga buruh asing. Mewujudkan persaingan yang adil dan

saksama. Membalas tindakan/menentang dasar

lambakan.

PERLINDUNGAN PERDAGANGAN

Lambakan – Jualan barang di luar negara pada harga yang lebih rendah dari kos pengeluaran, harga pasaran tempatan atau harga di negara ketiga. Tujuannya adalah untuk menjual barangan yang pengeluarannya berlebihan tanpa memberi kesan kepada harga di pasaran tempatan.

PERLINDUNGAN PERDAGANGAN

Subsidi – Sumbangan kewangan oleh kerajaan bertujuan untuk menggalakkan eksport atau melindungi daripada barangan import. Contohnya: pemberian geran, kos pinjaman yang rendah bagi pembeli asing atau pengeksport dan faedah dari segi cukai.

ORGANISASI & BLOK PERDAGANGAN ANTARABANGSA

•Pusingan Uruguay dan WTO

•AFTA•NAFTA•EC

•EAEC•APEC•ASEAN•IMT-GT•IMS-GT•BIMP-EAGA

• Diwujudkan bagi memastikan dasar perlindungan tidak menyekat pertumbuhan perdagangan antarabangsa.

• Bermula dengan GATT (Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan) – General Agreement on Tariffs and Trade.

ORGANISASI & BLOK PERDAGANGAN ANTARABANGSA

• GATT diwujudkan oleh 23 buah negara pada tahun 1947 dan berpusat di Geneva.

• Objektif utama ialah untuk mengurangkan halangan kepada perdagangan bebas dan menghapuskan diskriminasi dalam perdagangan antarabangsa.

ORGANISASI & BLOK PERDAGANGAN ANTARABANGSA

• GATT telah dikendalikan dalam 8 sesi yang dikenali sebagai pusingan.

• Pusingan pertama dalam tahun 1947 manakala pusingan terakhir pada tahun 1986 di Punta del Este, Uruguay. Juga dikenali sebagai Pusingan Uruguay.

ORGANISASI & BLOK PERDAGANGAN ANTARABANGSA

PUSINGAN URUGUAY• Tujuan ialah untuk membebaskan

perdagangan antarabangsa daripada halangan perdagangan tidak adil yang bertentangan dengan prinsip GATT.

• Kejayaan utama: pengurangan tarif antara negara industri daripada purata 40% kepada 5% (sewaktu 7 pusingan GATT yang pertama) dan selepas Pusingan Uruguay, berjaya diturunkan lagi kepada 1/3 tahap ini.

WTO• World Trade Organization –

Pertubuhan Perdagangan Sedunia.

• Ditubuhkan di Geneva pada 1 Jan. 1995 hasil dari perundingan Pusingan Uruguay (1986-1994).

• Dianggotai oleh lebih 133 negara ahli.

WTO

• Antara isu utama ialah:– Halangan ke atas pelaburan

langsung asing.– Perlindungan kerajaan ke atas

teknologi baru untuk melindungi industri domestik.

– Undang-undang anti-lambakan (dumping).

WTO

• Fungsi-fungsi WTO:– Menangani masalah negara

anggota.– Mengendalikan perjanjian

perdagangan WTO.– Mengendalikan forum perundingan

perdagangan.– Memberi bantuan teknikal dan

latihan kepada negara-negara sedang membangun.

WTO

• Fungsi-fungsi WTO:–Mengawasi polisi perdagangan negara anggota.

–Bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa lain berkaitan perdagangan.

KESIMPULAN:

GATT

PUSINGAN URUGUAY

WTO

EC (European Community)• Kesatuan Eropah – dibentuk pada

1957. Juga dikenali sebagai Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC) atau Pasaran Bersama Eropah (European Common Market).

• 15 buah negara ahli (Belgium, Jerman, Perancis, Itali, Luxemborg dan Belanda, diikuti Denmark, Ireland, UK, Greek, Portugal dan Spain, kemudian Austria, Finland dan Sweeden).

EC (European Community)

• Objektif utama ialah untuk menghapuskan halangan perdagangan antara ahli (Single European Act).

• Merupakan pasaran import dan eksport terbesar di dunia.

• Akhirnya dikenali sebagai EU (European Union) melalui Perjanjian Maastricht dan mewujudkan satu matawang tunggal – EURO.

NAFTA•North America Free Trade

Agreement – Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara.

•Perjanjian komprehensif yang dianggotai oleh USA, Kanada dan Mexico.

NAFTA•Ditubuhkan pada 1 Jan 1994,

bertujuan memansuhkan halangan tarif dan bukan tarif ke atas 99% barangan dagangan antara ketiga-tiga negara dalam tempoh 10 tahun.

KESIMPULAN :

•EC dan NAFTA merupakan blok perdagangan paling menonjol kerana merangkumi 50% perdagangan dunia di samping melibatkan perjanjian seperti dasar pertahanan, dasar luar dan sosial.

APEC

• Dibentuk pada November 1989.• 21 buah negara ahli merangkumi

setengah daripada pengeluaran dunia dan 46% barang dagangan.

• Delegasinya terdiri daripada Menteri Luar dan Menteri Perdagangan.

KERJASAMA EKONOMI ASIA PASIFIK

APEC

• Dianggotai oleh Australia, China, Korea, Filipina, USA, Thailand, Vietnam, Brunei, Peru, Jepun, Papua New Guinea, New Zealand, Singapura, Malaysia, Taiwan, Mexico, Kanada, Indonesia, Rusia, Chile dan Hong Kong.

KERJASAMA EKONOMI ASIA PASIFIK

APEC

• Tujuan APEC ialah:– Menggalakkan semangat perkongsian

dan kerjasama ekonomi multilateral.– Menghalang tekanan perlindungan

tekanan dan menyediakan cara yang berkesan untuk berurusan dengan konflik ekonomi.

KERJASAMA EKONOMI ASIA PASIFIK

APEC

• Tujuan APEC ialah:– Mengembangkan kegiatan

ekonomi dan kerjasama dalam bidang teknikal.

KERJASAMA EKONOMI ASIA PASIFIK

ASEAN

• Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara.

• Kawasan perdagangan bebas utama di Asia.

• Dibentuk pada tahun 1967.

Association of Southeast Asian Nations

ASEAN

• Dianggotai oleh Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Myanmar, Laos dan Kemboja.

• Menggalakkan kerjasama pelbagai bidang termasuk industri dan perdagangan.

Association of Southeast Asian Nations

ASEAN

•Negara ahli dilindungi daripada halangan tarif dan bukan tarif.

•Mempunyai saiz pasaran yang besar dan mempunyai banyak perbezaan seperti jumlah penduduk dan Keluaran Negara Kasar (KNK).

Association of Southeast Asian Nations

AFTA

• Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN dan ditubuhkan pada 1 Jan. 1993.

• Tujuannya adalah untuk mengurangkan tarif ke atas perdagangan bersama kepada maksimum 5% dan membentuk pasaran bersama menjelang 2008.

ASEAN FREE TRADE AREA

AFTA

• Objektif:– Untuk meningkatkan kedudukan

ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang berdaya saing.

– Mengecualikan halangan cukai– Membolehkan ASEAN memenuhi

keperluan pasaran global.

ASEAN FREE TRADE AREA

EAEC

• Perundingan Ekonomi Asia Timur• Satu projek ASEAN yang dikemukakan

oleh PM Malaysia pada tahun 1990 dan disahkan pada tahun 1992.

• Tujuannya adalah untuk mengadakan forum perundingan berkaitan isu ekonomi dan perdagangan untuk kepentingan bersama negara-negara rantau Asia Timur.

EAST ASIA ECONOMIC CAUCUS

EAEC

• Negara-negara anggota:– Negara-Negara

ASEAN– Jepun– Korea Selatan– Taiwan– Hong Kong– China

EAST ASIA ECONOMIC CAUCUS

IMT-GT

Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (Indonesia, Malaysia, Thailand – Growth Triangle).

Jalinan ekonomi 3 negara yang berkongsi persamaan dari perspektif sosial dan ekonomi.

IMT-GT

Merangkumi kawasan seluas 324 561 km persegi yang meliputi 4 wilayah Indonesia (Acheh, Sumatera Utara, Sumatera Barat dan Riau), 4 negeri utara Malaysia (Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak), dan 5 wilayah sempadan selatan Thailand (Songkhla, Yala, Pattani, Narathiwat dan Satun).

IMS-GT

Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Singapura (Indonesia, Malaysia, Singapore – Growth Tiriangle).

Ditandatangani di Johor pada 17 Dis. 1994. Merangkumi wilayah Riau, Sumatera Barat,

Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Singapura.

IMS-GT

Menggalak pembangunan, pengembangan dan integrasi dalam bidang perdagangan dan pengangkutan, komunikasi, pertanian, perhutanan, perkembangan infrastruktur industri dan industri sokongan.

Memaksimumkan peluang atau memperkuatkan hubungan 2 hala dan 3 hala.

BIMP-EAGA

Brunei, Indonesia, Malaysia, Philippines – East ASEAN Growth Area.

Dipersetujui pada Mac 1994.Objektif: Untuk memajukan prospek

pembangunan melalui kerjasama ekonomi serantau.

BIMP-EAGA

Merangkumi Brunei, Kalimantan Timur dan barat serta wilayah Sulawesi Utara (Indonesia), Sabah, Sarawak dan Labuan (Malaysia) serta Mindanao dan Palawan (Filipina).

top related