bab 1.konsep ilmu

Post on 14-May-2015

697 Views

Category:

Documents

8 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Di akhir kursus ini pelajar akan dapat: Memahami konsep-konsep yang

terpenting dalam ajaran Islam. Menghayati konsep-konsep tersebut

dalam kehidupan seharian baik semasa belajar di universiti mahupun setelah keluar ke tengah masyarakat.

Meyakini bahawa Islam satu-satunya cara hidup yang diredhai Allah.

Melahirkan pelajar yang dapat memahami dan menghayati Islam sebagai satu sistem hidup yang lengkap dan sempurna

TEST - 20 MARKAH (5 Feb 2014) KEM BINA INSAN – 20 MARKAH (15 @

23 Jan 2014) ASSIGNMENT – 10 MARKAH (7 Jan

2014) ARTICLE REVIEW – 10 MARKAH (7 Jan

2014) FINAL – 40 MARKAH

Berasal dari Bahasa Arab yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu perkara dengan sebenar.

Dalam Bahasa Inggeris ilmu selalunya disebut sebagai ‘sciences’.

Ilmu dan pengetahuan (knowledge) sebenarnya mempunyai makna yang sama walaupun dari segi penggunaannya kadang-kadang berbeza.

Dari segi istilah :1.  Ilmu ialah fahaman subjek mengenai objek yang dihadapi.

2. Ilmu merupakan himpunan pengetahuan manusia yang dikumpulkan melalui proses pengajian dan dapat diterima oleh rasio.

3. Ilmu adalah usaha pemahaman manusia yang disusun dalam satu sistem mengenai kenyataan, struktur, bahagian-bahagian dan hukuman tentang hal ehwal yang diselidik (alam dan manusia) sejauh yang dapat dijangkau oleh pemikiran yang dibantu oleh pancaindera manusia yang kebenarannya diuji secara empiris dan experimental.

Rosenthal dalam bukunya ‘knowledge Triumphant’ membahagikan 107 buah definisi ilmu dalam Islam kepada 12 kategori mengikut aspek atau sifat serta cirri-ciri ilmu yang hendak ditonjolkan di dalam definisi berkenaan.

Ilmu ialah proses mengetahui dan bersamaan dengan orang yang mengetahui dan apa yang diketahui. Ilmu adalah sifat yang membolehkan seseorang itu mengetahui.

Ilmu adalah kognisi (makrifat). Ada sebelas takrif dalam hal ini.

Contoh : Ilmu adalah kognisi tentang sesuatu

benda menurut hakikatnya yang sebenar.

Ilmu adalah proses memperolehi atau mencari melalui persepsi mental.

Ilmu adalah proses membuat penjelasan, penegasan atau pengithbatan dan penentuan.

Ilmu adalah rupa bentuk sesuatu makna, sesuatu konsepsi atau tasawwur dan pengesahan akan sesuatu kebenaran.

Ilmu adalah kepercayaan.

Ilmu adalah ingatan, imaginasi, imej pandangan atau pendapat.

Ilmu sebagai gerak geri (iaitu gerak hati).

Ilmu sebagai hubungan.

Ilmu ditakrifkan dalan kontek hubungannya dengan amal perbuatan.

Ilmu adalah lawan kejahilan.

Ilmu sebagai gerak geri (iaitu gerak hati).

Ilmu sebagai hubungan.

Ilmu ditakrifkan dalan kontek hubungannya dengan amal perbuatan.

Ilmu adalah lawan kejahilan.

Ilmu sebagai hasil intuisi yang datang dari luar atau sebagai hasil renungan akal.

Ilmu sebagai hasil intuisi yang datang dari luar atau sebagai hasil renungan akal.

Islam meletakkan ilmu dan orang yang berilmu di tempat yang tinggi. Firman Allah bermaksud :

“Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang yang diberikan ilmu di kalangan kamu.” (Q; al – Mujadalah ; 11)

Merupakan perintah yang utama dan

pertama yang diturunkan Allah kepada manusia muslim.

1.2      Kedudukan Ilmu dan Kepentingannya

ان� �نس� ل�ق� اإل� ل�ق� * خ� ب�ك� ال�ذ�ي خ� م� ر�  ب�اس�� أ ر� اق�

 ب�ال�  * ال�ذ�ي ع�ل�م� �م �ك�ر� ب#ك�األ� ر� � و� أ ر�  * اق�  ع�ل�ق% م�ن�*   ي�ع�ل�م� ا ل�م� ان� م� �نس�  اإل� ل�م� * ع�ل�م� ق�

Firman Allah bermaksud: “Bacalah dengan nama Tuhan mu yang

menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah. Yang mengajarkan manusia dengan perantaraan qalam. Yang mengajarkan manusia apa yang mereka tidak ketahui.”

(Q; al-Alaq ; 1-5)Ayat tersebut mengandungi dua persoalan

utama iaitu :- Perintah supaya manusia membaca dan mencari ilmu pengetahuan.- Memerintah manusia supaya berfikir dan mengkaji tentang kejadian alam dan manusia.

Ayat tersebut menyeru manusia supaya membaca kerana membaca melibatkanproses pemikiran mental yang tinggi serta memerlukan  penghayatanpentafsiran dan pengenalan.

Melalui ayat ini juga ALLAH SWT memerintahkan kita untuk berfikir tentangbagaimana alam terjadi dan hikmah atas setiap  kejadian dan yang  paling penting  memikirkan siapakah yang mencipta alam ini.

Islam melarang umatnya melakukan sesuatu perkara tanpa ilmu yang membolehkan mereka untuk membezakan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk. Firman Allah bermaksud :

“Jangan kamu mengikut sesuatu perkara yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenai (baik-buruk)nya.”

Agama dalam Islam adalah ilmu, kerana Islam tidak hanya bersandarkan kepada perasaan atau ikutan (taqlid buta) semata-mata, malah didasarkan kepada pengkajian, renungan dan ilmu pengetahuan.

Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu. Sabda Rasulullah bermaksud ;“Menuntut ilmu adalah fardu ke atas setiap individu muslim”

Ilmu menjadi alat dan syarat perlaksanaan dan penerimaan ibadat.

Dapat dilihat dari beberapa sudut :A. Dari segi hukum mempelajari. B. Dari segi sumberC. Dari segi cara memperolehiD. Dari segi hubungannya dengan syariat

A. Dari segi hukum mempelajari. Ia terbahagi kepada dua :

Ilmu Fardhu Ain : merupakan ilmu yang wajib dituntut oleh setiap individu muslim meliputi soal-soal :  Aqidah tauhid  Ibadat-ibadat fardu Ilmu untuk membaca Al-Quran Akhlak Dan lain-lain perkara yang menjadi

kewajipan kepada individu tersebut waktu itu. 

Ilmu fardu kifayah : iaitu ilmu yang mana sebahagian dari Umat Islam wajib menguasainya dan tidak menjadi kewajipan kepada setiap orang. Ianya meliputi :

Mempelajari ilmu yang berkaitan akidah ketuhanan secara mendalam.

Ilmu yang berhubung dengan akidah syariat secara detail.

Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia umat Islam seperti astronomi, matematik , fizik, kedoktoran dan lain-lain.

Ilmu syariat iaitu segala yang berkaitan dengan al-Quran dan al-Sunnah yang secara langsung menyentuh persoalan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan sesama manusia.

Ilmu bukan syariat : iaitu yang berkaitan dengan kehidupan dunia dan kemajuannya.

Ilmu aqli : iaitu yang bersumberkan kepada akal semata-mata.

Ilmu naqli : Ilmu yang diambil atau bersumber dari wahyu Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasul-Nya.

Ilmu kasbi iaitu yang diperolehi melalui jalan pengkajian dan pembelajaran seperti ilmu matematik, kedoktoran, kejuruteraan dan lain-lain.

Ilmu laduni (wahbi) : iaitu ilmu pemberian langsung dari Allah melalui ilham dan wahyu

Wahyu yang mana kebenarannya adalah bersifat mutlak.

Akal iaitu yang meliputi apa yang dinamakan sebagai instict atau gharizah atau naluri intelligence iaitu kepintaran atau kemampuan untuk memahami.

Pancaindera seperti penglihatan, pendengaran, rasaan dan lain-lain.

Ilham iaitu melalui renungan hayalan dan seumpamanya.

Ilmu sangat berkait rapat dengan iman dan amal.

Seseorang tidak dikatakan berilmu melainkan apabila mereka beriman.

Seseorang tidak dikatakan beriman melainkan apabila dia beramal dengan apa yang diyakininya.

Seseorang yang tidak dapat beriman dan

beramal dengan sebenar melainkan apabila merteka berilmu.

Niat yang ikhlas dan bersih dari sifat mazmumah.

Bertujuan mencari kebenaran dan berpegang dengan kebenaran tersebut.

Keredhaan Allah menjadi matlamat utama.

Mengetahui hairiaki ilmu dan mendahulukan mana yang fardu serta dipelajarinya secara berperingkat-peringkat

Jauhkan diri dari perkara-perkara khilafiah (perbezaan pendapat) supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Memahirkan ilmu yang dipelajari sebelum berpindah kepada ilmu yang lain.

Jauhkan diri dari mempelajari ilmu untuk menang dalam hujah dan perdebatan dengan orang lain.

Menghormati dan sentiasa salam kepada guru.

Berbaik sangka terhadap guru.

Tidak bertanya kepada guru diwaktu mereka sedang menyampaikan kuliah.

Apabila guru masuk ke dalam majlis hendaklah menghormatinya dan jauhkan diri dari bercakap-cakap, berbisik-bisik dan seumpamanya.

Tidak meninggalkan majlis ilmu melainkan dengan keizinan darinya.

top related