konsep tasawuf yang muktabar dalam akidahqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/konsep... ·...

38
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam AkidahJurnal Qalbu 4.3 (Dis 2017), 42-79 42 KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAH Jahid Sidek 1 Abstrak: Makalah ini membahaskan tentang konsep tasawuf yang muktabar dalam akidah. Akidah yang dimaksudkan di sini ialah akidah Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah (ASWJ). Justeru, tasawuf yang muktabar dari sisi akidah adalah tasawuf yang bebas daripada akidah dan keyakinan yang bercanggah dengan Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah. Tasawuf adalah kesepaduan di antara aspek-aspek akidah dan syariah yang menatijahkan penghayatan akhlak yang sunniyyah. Tasawuf merupakan roh agama. Sebagaimana jasad tidak akan hidup tanpa roh, maka begitulah agama tidak akan hidup tanpa tasawuf. Tasawuf adalah amalan yang mampu meningkatkan akidah dan syariat. Dengan pengamalan tasawuf, pengetahuan akidah dapat ditingkatkan ke tahap dhawqiy ruhiy dan mencapai makrifatullah yang sebenar-benarnya. Penyimpangan akidah dan syariat dapat dikawal dengan ilmu dan pimpinan yang benar. Selain daripada aspek ilmu dan amalan yang sahih, institusi Shaikh yang berautoriti juga amat berperanan bagi mengawal penyimpangan- penyimpangan yang mungkin berlaku pada sesetengah pengamal. Kata kunci: Tasawuf, Muktabar, Akidah HONORABLE TASAWUF CONCEPT IN AKIDAH Abstract This article discusses about the concept of the venerated tasawuf in akidah. Akidah here is akidah Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah (ASWJ). Hence, the venerated tasawuf in akidah is tasawuf that free from deviant in akidah Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah (ASWJ). Tasawuf combines aspects of akidah and syariat that causes the life of good behaviour, sunniyyah. Tasawuf also the soul of our religion. Like the body without a 1 Dr. Jahid Sidek memperolehi Ph.D pada tahun 1992 dalam bidang Pengajian Islam (Usuluddin) daripada Universiti Malaya. Beliau merupakan Mantan Prof. Madya Jabatan Dakwah dan Pembagunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, ahli Jalsah Turuq Sufiyyah Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah (PRIM), Astana Budi, Lorong Beringin, Batu 17 Kuang, Bandar Baru Sungai Buloh. Beliau juga adalah shaikh mursyid bagi Tariqah Naqshbandiyyah Khalidiyyah.

Upload: dongoc

Post on 03-Feb-2018

255 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

42

KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM

AKIDAH

Jahid Sidek1

Abstrak:

Makalah ini membahaskan tentang konsep tasawuf yang muktabar dalam

akidah. Akidah yang dimaksudkan di sini ialah akidah Ahli al-Sunnah

Wa al-Jama’ah (ASWJ). Justeru, tasawuf yang muktabar dari sisi akidah

adalah tasawuf yang bebas daripada akidah dan keyakinan yang

bercanggah dengan Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah. Tasawuf adalah

kesepaduan di antara aspek-aspek akidah dan syariah yang menatijahkan

penghayatan akhlak yang sunniyyah. Tasawuf merupakan roh agama.

Sebagaimana jasad tidak akan hidup tanpa roh, maka begitulah agama

tidak akan hidup tanpa tasawuf. Tasawuf adalah amalan yang mampu

meningkatkan akidah dan syariat. Dengan pengamalan tasawuf,

pengetahuan akidah dapat ditingkatkan ke tahap dhawqiy ruhiy dan

mencapai makrifatullah yang sebenar-benarnya. Penyimpangan akidah

dan syariat dapat dikawal dengan ilmu dan pimpinan yang benar. Selain

daripada aspek ilmu dan amalan yang sahih, institusi Shaikh yang

berautoriti juga amat berperanan bagi mengawal penyimpangan-

penyimpangan yang mungkin berlaku pada sesetengah pengamal.

Kata kunci: Tasawuf, Muktabar, Akidah

HONORABLE TASAWUF CONCEPT IN AKIDAH

Abstract

This article discusses about the concept of the venerated tasawuf in

akidah. Akidah here is akidah Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah (ASWJ).

Hence, the venerated tasawuf in akidah is tasawuf that free from deviant

in akidah Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah (ASWJ). Tasawuf combines

aspects of akidah and syariat that causes the life of good behaviour,

sunniyyah. Tasawuf also the soul of our religion. Like the body without a

1 Dr. Jahid Sidek memperolehi Ph.D pada tahun 1992 dalam bidang Pengajian

Islam (Usuluddin) daripada Universiti Malaya. Beliau merupakan Mantan Prof.

Madya Jabatan Dakwah dan Pembagunan Insan, Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya, ahli Jalsah Turuq Sufiyyah Jabatan Mufti Negeri Sembilan,

Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah (PRIM), Astana Budi, Lorong Beringin,

Batu 17 Kuang, Bandar Baru Sungai Buloh. Beliau juga adalah shaikh mursyid

bagi Tariqah Naqshbandiyyah Khalidiyyah.

Page 2: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

43

soul is the same as religion without tasawuf. Tasawuf is the ritual that

can improve the akidah and syariat. With the ritual of tasawuf, the

knowledge of akidah can be improved to dhawqiy ruhiy stage and get the

real makrifatullah. The akidah and syariat that are deviant can be

controlled with real knowledge and leadership. Apart from the aspect of

authentic knowledge and practice, the authoritative Shaikh institution

also plays a role in controlling the possible deviations of some

practitioners.

Keywords: Tasawuf, Muktabar, Akidah

Pendahuluan

Kertas kerja ini akan menjelaskan konsep tasawuf yang muktabar

dalam akidah. Tasawuf yang muktabar dalam akidah, juga

bermakna muktabar dalam syariat, kerana akidah dan syariat tidak

boleh dipisahkan. Tasawuf adalah sebatian antara kedua-duanya

yang tidak boleh dipisahkan sama sekali. Mungkin tajuk yang

diberikan di atas bermaksud, agar tinjauan yang dibuat dalam

kertas kerja ini lebih menumpukan aspek akidah berbanding

dengan aspek syariat. Akidah yang dimaksudkan disini ialah

akidah Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah (ASWJ).

Tasawuf yang muktabar dalam akidah dapat ditinjau dari

beberapa aspek penting:

Pertama dari aspek sumbernya iaitu al-Quran dan sunnah

yang ditafsirkan dengan tafsiran yang muktabar.

Kedua dari aspek kedudukan dan peranan tasawuf dalam

akidah iaitu bagaimana tasawuf dapat menjadi satu benting akidah

ASWJ dan bagaimana ianya begitu penting dalam meningkatkan

ilmu dan kefahaman tauhid ke tingkat hakikat dan ma‘rifah?

Ketiga dari aspek amalan, bagaimana amalan dalam

tasawuf dilakukan dengan sebaik-baiknya yang menepati motif

tauhid yang sebenar?

Keempat dari aspek berbagai prinsipnya yang penting,

bagaimana prinsip tersebut merupakan satu mekanisma yang

memenuhi tuntutan akidah?

Kelima dari aspek disiplin pemantauan akidah, bagaimana

pemantauan akidah memberi kesan yang sangat positif?

Keenam berbagai-bagai isu dan masalah yang timbul

sepanjang zaman, dari dulu sehingga ke hari ini, iaitu isu dan

masalah yang timbul dari dalam dan luar tasawuf.

Page 3: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

44

Kedudukan Tasawuf Dalam Islam

Tasawuf adalah merupakan satu madrasah kerohanian Islam yang

lahir bersama lahirnya Islam. Kandungan dalam tasawuf adalah

merupakan amalan Rasulullah s.a.w., golongan sahabat, tabi’in,

tabi at-tabi’in dan para salaf al-salih. Amalan tasawuf adalah

sunnah muttaba’ah. Ianya menjadi salah satu dari tiga rukun

agama Islam, iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Shaikh Abu al-Hasan

al-Bushanji (W. 282H) seorang sufi, menegaskan dengan katanya:

التصوف اليوم اسم بال حقيقة وقد كان حقيقة بال

اسم

Maksudnya: “Tasawuf pada hari ini

(masa hidupnya Shaikh Abu al-Hasan al-

Bushanji) ada namanya tanpa ada

hakikatnya. Sesungguhnya pada masa

dahulu (zaman nabi s.a.w, sahabat,

tabi’in, tabi’ at-tabi’in) tasawuf ada

hakikatnya tanpa ada namanya.”2

Imam Muslim dalam kitab sahihnya meriwayatkan sebuah

hadith dari Umar al-Khattab yang megisahkan pertanyaan Jibril

a.s. kepada Rasulullah s.a.w. mengenai Islam, Iman dan Ihsan.

Mengenai Islam Rasulullah s.a.w memberi jawapan dengan

menyebutkan rukun Islam yang lima; mengenai Iman Rasulullah

s.a.w. menjawap dengan rukun Iman yang enam; mengenai Ihsan

Rasulullah s.a.w menjawap dengan sabdanya:

تراه اإلحسان أن تعبد هللا كأنك تراه فإن لم تكن

فإنه يراك

Maksudnya: “Ihsan anda beribadat

kepada Allah seolah-olahnya anda

melihatnya, jika anda tidak seolah-olah

melihatnya sesungguhnya Allah melihat

anda”.

2 Hujwiri, Ali ibn Uthman, Kashf al-Mahjub. Kaherah: Al-Majlis al-A‘la li al-

Shu’un al-Islamiyyah, 1974, hlm. 239.

Page 4: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

45

Ihsan yang disebut dalam hadith ini adalah asas ilmu dan

amalan tasawuf. Jadi ilmu Ihsan adalah ilmu tasawuf. Shaikh

Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi, dalam kitabnya al-Shari‘ah

wa al-Tariqah menegaskan dengan kata-katanya, yang bermaksud:

“Tariqat sebenarnya adalah nama yang

sama maknanya dengan Ihsan yang

tersebut dalam hadith. Ia merupakan

jalan yang menyampaikan Ihsan. Ihsan

juga disebut dan dikenali dengan

tasawuf atau suluk. Anda boleh namakan

ilmu Ihsan itu dengan apa-apa istilah.

Semua lafaz istilah itu berlainan tetapi

maksudnya sama.”3

Dalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang jelas yang

dapat dijadikan dalil yang membuktikan tasawuf memang lahir

bersama lahirnya Islam. Allah berfirman:

ي م مأ هو ٱلذي بعث في ٱلأ يأ وا مأ يتأ أ سو ا م ن

مة وإن كانوا حكأب وٱلأ كت م ٱلأ م مأ ويع ي تهۦ ويزك ءاي

بين ل مل لفي ض ) ٢(من قبأ

(Al-Jumu’ah 62:2)

Maksudnya: “Dialah (Allah) yang telah

mengutuskan seorang rasul (Nabi

Muhammad s.a.w) dalam kalangan

orang-orang (Arab) yang Ummiyyin,

dari bangsa mereka sendiri, yang

membacakan kepada mereka ayat-ayat

Allah (mengajar ummatnya mengenal

Allah), dan membersihkan mereka (dari

iktiqad yang sesat), serta mengajarkan

mereka Kitab Allah (hukum-hakam) dan

Hikmah (pengetahuan yang mendalam

mengenai hukum-hukum syara‘)…”

3 Kandahlawi, Muhammad Zakariyya bin Muhammad Yahya al-, Al-Shariah wa

al-Tariqah. t.tp. tt., hlm. 99.

Page 5: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

46

Tazkiyyah ( م ي yang tersebut dalam ayat ini bermaksud ilmu ( ويزك

tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati,

kerana ilmu ihsan atau tasawuf tujuannya membersihkan zahir dan

batin manusia.

Hubungan Tasawuf dengan Akidah

Hadith Ihsan di atas adalah merupakan kata-kata atau ungkapan

yang menjadi anak kunci (keyword) yang penting untuk melihat

dan memahami dengan tepat hubungan tasawuf dengan akidah dan

syariat. Berdasarkan hadith Ihsan tersebut dapat dirumuskan

beberapa kesimpulan:

1) Tasawuf adalah merupakan natijah amalan yang

menggabungkan akidah dengan syariat atau tauhid dengan

fekah.

2) Tasawuf adalah amalan yang mampu meningkatkan

kedua-dua bidang akidah (tauhid) dan syariat (fekah).

3) Hanya dengan tasawuf akidah atau tauhid dapat dicapai

setinggi-tingginya iaitu hakikat dan ma‘rifah.

4) Tasawuf adalah ilmu dan amalan yang menumpukan

aspek rohani (hati, roh dan sirr) secara dhawqi ruhiy.

5) Tasawuf adalah merupakan roh bagi agama. Sebagaimana

jasad tidak akan hidup tanpa roh, maka begitulah agama

tidak akan hidup tanpa tasawuf.

Menurut seorang ahli hadith, al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali dalam

kitabnya Jami’ al-‘Ulum wa-Hikam bahawa apa bila seseorang

berada di tingkat Ihsan seperti yang disebutkan di dalam hadith,

orang tersebut melalui dua tahap. Tahap pertama ketika berada

dalam keadaan “seolah-olah melihat Allah”. Di tahap ini orang

tersebut telah dikurniakan oleh Allah ma‘rifah, boleh digelarkan

sebagai arif. Bagaimanapun di tahap ini sifat kehambaannya

belum sempurna, masih banyak kekurangannya. Oleh kerana itu

orang tersebut dikenalai sebagai arif naqis.4

Tahap kedua ialah ketika berada dalam keadaan “Allah

sentiasa melihat atau memantau dirinya”. Pada tahap ini orang

tersebut telah dikurniakan oleh Allah sifat kehambaan yang

sempurna dan hati yang ikhlas. Oleh sebab itu orang tersebut

4 Ibn Rajab, ‘Abd al-Rahman ibn Shihab al-Din, Jami’ al-‘Ulum wa-Hikam, Juz.

1. Beirut: Mu’assah al-Risalah, hlm. 125-134.

Page 6: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

47

digelarkan sebagai arif kamil, kerana sifat kehambaannya telah

disempurnakan oleh Allah.

Ihsan yang tersebut bila dipandang dari sudut dhawqi

ruhiy, di tahap pertama orang tersebut sedang difana’kan oleh

Allah, berada di dalam fana’ fi ‘llah. Di tahap kedua pula orang

tersebut telah dikeluarkan oleh Allah dari fana’ fi ‘llah ke medan

baqa’ bi ‘llah.

Dapat disimpulkan tasawuf yang muktabar dalam akidah

ialah tasawuf yang diletakan dengan teguh dan sempurna di atas

asas akidah ASWJ. Tasawuf telah berjaya menjadi satu madrasah

yang penting memainkan peranan dalam usaha menjaga keutuhan

dan kesucian akidah ASWJ. Disamping itu tasawuf dapat

meningkatkan akidah ASWJ ke tahap setinggi-tingginya dari

tingkat ilmu dan kefahaman bertempat di akal, meningkat kepada

hakikat dan ma’rifah di hati dan roh.

Tokoh-tokoh tasawuf adalah merupakan tokoh-tokoh akidah

ASWJ. Golongan sufiyyah sepanjang zaman dari dulu dan

sekarang dapat sanjungan sebagai ulamak ASWJ. Imam ‘Abd al-

Qahir al-Baghdadi dalam kitabnya Usul al-Din dan al-Farq Bayna

al-Firaq menegaskan dengan kata-katanya yang bermaksud:5

“Golongan yang ke enam (di antara golongan ASWJ) ialah

golongan ahli zuhud dan ahli tasawuf yang mempunyai pandangan

yang tajam (dalam memahami agama). Mereka hidup dengan cara

serdahana, membuat berbagai latihan kerohanian. Mereka mampu

mengambil iktibar atau pengajaran yang benar dan mendalam

mengenai ajaran agama. Mereka bersifat redha dengan apa yang

Allah takdirkan. Mereka bersifat qana’ah (berpada) dengan rezeki

yang Allah kurniakan. Mereka tidak mengejar kemewahan.

Mereka menyedari sedalam-dalamnya bahawa pendengaran,

penglihatan (akal) dan hati akan disoal kelak (di akhirat) mengenai

baik atau buruknya. Mereka sentiasa muhasabah diri sampai

mengenai perkara-perkara yang sehalus-halusnya atau sekecil-

kecilnya. Mereka membuat persediaan yang baik untuk kehidupan

hari akhirat. Mereka bercakap menggunakan ibarat dan isyarat,

mengikut cara ahli hadith. Mereka tidak bercakap perkara yang

kosong dan sia-sia. Mereka tidak melakukan kebaikan kerana riak

5 Baghdadi, ‘Abd al-Qahir ibn Tahir, Al-Farq bayna al-Firaq wa Bayan al-Firaq

an-Najiyyah minhum. Kaherah: Maktabah Ibn Sina, hlm. 273-274.

Page 7: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

48

dan tidak meninggalkan amalan yang baik disebabkan malu

kepada manusia. Agama mereka adalah tauhid sebenar dan

menafikan penyamaan Allah dengan makhluk. Mazhab mereka

mengenai kerohanian ialah menyerah kepada Allah dan tawakal.

Mereka taat kepada perintah Allah, menyerah penuh sebagai

hambaNya. Mereka redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh

Allah dengan hati dan perbuatan. Al-Quran ada menyebutkan hal

keadaan mereka seperti itu.” Firman Allah:

ل فضأ ذو ٱلأ تيه من يشاء وٱلل يؤأ ل ٱلل لك فضأ ذ

عظيم ٢١ٱلأ

(Al-Hadid 57:21)

Maksudnya: “…yang disediakan bagi

orang-orang yang beriman kepada Allah

dan Rasul-rasulNya; yang demikian

ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya

kepada sesiapa yang dikehendakiNya;

dan Allah sememangnya mempunyai

limpah kurnia yang besar…”

Imam Ghazali pula berkata:

لسابقون لطريق اإني مت يقيا أن الصوفية هم

هللا خاصة وأن سيرتم أحسن السير وطريقم

لطرق وأخالقم أزكى الخالق ...فان اأصوب

جميع حركاتم وسكاتم في ظاهرهم وباطم

مقتبسة من نو مشكاة البوة

Maksudnya: “Sesungguhnya aku tahu

secara pasti bahawa golongan sufiyyah

adalah mereka yang khusus bersungguh-

sungguh mengutamakan jalan Allah.

Sirah zahir dan batin mereka adalah

sebaik-baik sirah. Perjalan mereka

adalah perjalanan yang paling benar.

Akhlak mereka adalah sebersih-bersih

akhlak. Sesungguhnya gerak dan diam

Page 8: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

49

mereka sama ada zahir mahupun batin

adalah imbasan dari cahaya permata

kenabian.”6

Berasaskan al-quran dan sunnah

Tasawuf yang muktabar dalam akidah dapat dilihat dari keteguhan

memegang dua sumbernya iaitu al-Quran dan sunnah. Apa juga

isu dan masalah akidah baik mengenai asas-asasnya mahupun

persoalan furu’nya dirujuk kepada al-Quran dan hadith. Tentunya

al-Quran dan hadith yang dihurai dan ditafsirkan mengikut

pandangan ulamak ASWJ atau pandangan ahli tafsir yang berada

dalam arus perdana Islam. Shaikh Abu al-Qasim Junayd al-

Baghdadi (W. 297H) menegaskan dengan katanya yang terkenal:

ما هذا مقيد بالقران والسة

Maksudnya: “Ilmu (tasawuf) kita ini

tercanai dengan al-Quran dan sunnah”7

Oleh kerana para salik tidak ada kemahiran dan keahlian mengenai

al-Quran dan sunnah maka untuk menentukan mereka tetap

berpegang kepada al-Quran dan sunnah, dalam fekah, diwajibkan

keatas mereka mengikut salah satu mazhab sunni yang empat,

Hanafi, Maliki, Shafi’i atau Hanbali. Mereka tidak dibenarkan

mengikut mazhab yang lain seperti Syiah dan seumpamanya. Di

dalam akidah diwajbkan keatas mereka berpegang teguh kepada

mazhab atau aliran ASWJ.

Apa juga natijah atau pengalaman amalan dalam

perjalanan mujahadah para salik, wajib dirujuk kepada al-Quran

dan sunnah. Jika di dapati berlawanan dengan al-Quran dan

sunnah, wajiblah ditinggalkan atau diabaikan. Oleh sebab itulah

maka shaikh mursyid yang menbimbing para muridnya mestilah

mengetahui tafsiran ayat-ayat al-Quran dan hadith, khasnya yang

berkaitan dengan akidah dan syariat yang diperlukan atau yang

asas.

6 Ghazali, Muhammad bin Muhammad al-, Al-Munqidh min al-Dhalal, dlm.

Majmu‘at Rasa’il. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t., hlm. 57-58. 7 ‘Isa, ‘Abd al-Qadir, Haqa’iq ‘an al-Tasawwuf, Halab: Dar al-‘Irfan, 2001.

Page 9: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

50

Berpegang dengan prinsip-prinsip aswj.

Tasawuf yang muktabar dalam akidah tetap berpegang dengan

beberapa prinsip akidah ASWJ antaranya ialah:8

1) Tanzih atau taqdis, maksudnya Allah tetap Maha Suci

daripada diserupakan dengan makhluk. Allah tidak

berjisim, tidak bertempat, tidak ada arah seperti depan,

belakang, kiri, kanan, atas dan bawah. Zat Allah tidak

boleh dikenal, hanya Allah sahaja yang mengenal ZatNya.

Usaha mengenal ZatNya dilarang. Allah berfirman:

سهۥ نفأ كم ٱلل ٢٨ويحذ

(Ali Imran 3:28)

Maksudnya: “…dan Allah memberi

amaran supaya kamu tidak mengenal

ZatNya…”

Permasalahan Ayat-Ayat Mutasyabihat

Firman Allah:

ت هن هو ٱلذي كم حأ ت م ه ءاي أ ب م كت ك ٱلأ يأ أنزل

غ مأ زيأ ا ٱلذين في قوب فأمت ب ب وأخر متش

كت أم ٱلأ

هۦ وي تغاء تأأ ة وٱبأ فتأ تغاء ٱلأ ه ٱبأ أ به م فيتبعون ما تش

و وما م تأأ م يعأ أ ع سخون في ٱلأ وٱلر ٱلل يهۥ إ

ب ا وما يذكر إ د نأ يقولون ءاما بهۦ كل م

ب ب لأ لوا ٱلأ ٧أو

(Ali Imran 3:8)

Maksudnya: “ Dialah (Allah) yang telah

menurunkan al-Quran; sebahagian dari

al-Quran itu adalah ayat-ayat muhkamat

(ayat-ayat yang terang dan jelas

maknanya) ; ayat-ayat muhkkamat itulah

merupakan kandungan al-Quran yang

8 GhazzÉlÊ, Imam AbË ×Émid MuÍammad bin MuÍammad al-IljÉm al-‘AwwÉm

an ‘Ilm al-KalÉm, dlm. Majmu‘at RasÉ’il. Beirut: DÉr al-Kutub al-‘Ilmiyyah,

t.t..

Page 10: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

51

asas , banyaak dan penting; dan

sebahagian yang lain ayat mutasyabihat;

Adapun mereka yang dalam hati mereka

ada penyakit penyimpangan dari

kebenaran , sentiasa suka mengikuti ayat

mutasyabihat itu untuk menimbulkan

fitnah dan mahukan takwilannya

mengikut sesuka hati mereka; dan tidak

ada sesipa yang mengetahui

takwilannya, kecuaali Allah; adapun

orang yang benar dan teguh ilmu mereka

berksta : “kami beriman dengan ayat-

ayat itu; semuanya dari sisi Tuhan kami

(Allah); dan tidak ada yang mampu

taadhakkur kecuali golongaan ulul-

albab”

Mengenai ayat-ayat mutasyabihat ulama’ tasawuf

berpegang kepada akidah ASWJ iaitu tidak menggunakan

pengertian makna zahir perkataan atau makna hakiki, tetapi

menerima ayat mutasyabihat tersebut dengan makna yang Allah

kehendaki yang Allah sendiri tahu; atau ditakwilkan dengan

takwilan yang sesuai dengan sifat-sifat Allah dan tidak ditentukan

dengan hanya satu takwilan sahaja.

Lebih jauh lagi tasawuf mengajarkan pengamalnya supaya

membersihkan diri zahir dan batin dari unsur syirik jali dan khafi.

Kedua-dua syirik ini dianggap oleh golongan sufiyyah sebagai

sama sahaja dan mesti dijauhkan.

Menurut sufiyyah, syirik jali disebabkan waham pada

akal, maka waham tersebut boleh dihapuskan demgan ilmu tauhid

yang benar. Sebab itu para salik diwajibkan menuntut ilmu tauhid

selain dari ilmu fekah dan tasawuf. Syirik khafi pula disebabkan

waham di dalam hati atau roh . Ianya hanya akan hilang Allah

limpahkan nur al-wisal ke dalam hati. Ibn ‘Ata’illah menyebutkan:

أود غيك ألواد ليخرجك من سجن وجودك إلى

فضاء شود

Maksudnya; “Allah melimpahkan

(dalam hati) tanda nur warid al-wisal

Page 11: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

52

supaya mengeluarkan diri anda dari

penjara wujud diri anda sendiri, ke

luasnya medan musyahadah pandangan

mata hati”.

Untuk menajamkan lagi kefahaman dan kesedaran para

salik mengenai syiri khafi, maka ditekankan seccara bersunggh-

sungguh larangan pergantungan hati kepada yang lain dari Allah,

seperti bergantung kepada makhluk atau amal atau merasa ada

amal.

2) Tasdiq iaitu beriman hingga sampai tahap tasdiq apa-apa

kepercayaan yang disampaikan oleh Rasulullah

s.a.w.seperti yang dimaksudkan dalam sabdanya.Tasawuf

sememangnya menitik beratkan tercapainya tahap tasdiq

bukan hanya mengenai iman, tetapi juga mengenai

berbagai sifat hati (maqamat qalbiyyah).Misalnya as-sidq

fi al-tawbah.

3) Al-‘Ajzu atau mengakui diri lemah. Maksudnya mengakui

dirinya tidak boleh mengetahui apa yang dimaksukan oleh

Allah yang sebenar, bukan menjadi urusan dan

perkerjaannya.

4) Sukut atau mediamkan diri. Maksudnya jangan bertanya-

tanya tentang maksudnya yang sebenar, dan jangan

menyelaminya secara medalam. Sedar bertanya

mengenainya adalah bid’ah. Menyelami sedalam-

dalamnya boleh kufur tanpa disedari. Tasawuf

mengajarkan mengenai ayat- ayat mutasyabihat wajib

berpegang dengan kaedah ASWJ.

5) Imsak, tidak boleh menghuraikan sesuatu lafaz dengan

bahasa-bahasa lain, tidak boleh menambah atau

mengurangkan dan sebagainya.

6) Al-Kaff, tidak tercari-cari atau terfikir-fikir mengenai

masalah akidah. Tasawuf mengajarkan agar para salik

tidak cenderog hati untuk memikir-mikir berbagai

pengalaman rohani, tetapi mereka hendaklah segera

kembali mengharap kurnia dan rahmat Allah dengan

membaca doa munajat yang diajarkan:

إلي أنت مقصودي وضاك مطوبي ) )

Page 12: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

53

7) Taslim, menerima dan menyerahkan masalah akidah

kepada pakarnya. Tidak boleh diitikadkan sesiapa pun

tidak tahu maksudnya, sehingga Rasulullah s.a.w. dan

para sahabat dan para wali pun disangka tidak tahu.

Tasawuf juga mewajibkan para salik sentiasa bersikap

demikian serta semua isu dan masalah mesti dirujuk

kepada shaikh mereka.

Dhikrullah Dan Tafakkur

Telah diterangkan di atas tasawuf sama maknanya dengan ihsan.

Ihsan pula adalah amalan yang meningkatkan akidah dan syariat

hingga ke tahap ihsan. Akidah meningkat bertambah sempurna,

dari ilmu dan kefahaman akidah di akal, ke tahap hakikat dan

ma’rifah di hati dan roh. Apakah amalan yang dapat segera

meningkatkan akidah? Rasulullah s.a.w telah memberikan

jawapanya, apabila Saidina Ali bertanya kepadanya mengenai

soalan yang sama. Sabdanya:

و جراأيا ى يك بدوام ذكرهللا سرا

Maksudnya: “Ya Ali, wajiblah engkau

sentiasa dhikrullah secara sir atau

jihar.”9

Berdasarkan kepada hadith nabi tersebut amalan yang

menyegerakan peningkatan akidah hingga sampai kepada hakikat

dan ma’rifah ialah sentiasa kekal dhikrullah. Imam Abu al-Qasim

Junayd al-Baghdadi (W. 297H) menegaskan dengan katanya:

حد ا العم بل يصل اذكر هللا كن قوي في هذ

الى هللا ا بدوام الذكر

Maksudnya: “Dhikrullah adalah rukun

yang utama di dalam ilmu (tasawuf) ini,

bahkan seseorang (salik) tidak akan

sampai kepada (hakikat dan ma’rifah)

9 Hadith riwayat al-Thabrani dan al-Bazzar dengan isnad yang hasan.

Page 13: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

54

Allah kecuali dengan terus kekal

berzikir.”10

Menerusi dhikrullah seseorang mukmin akan dikurniakan

oleh Allah musyahadah hati terhadap ayat-ayat Allah yang berada

di alam malakut. Ayat 190 dan 191 surah Ali ‘Imran menjadi bukti

yang jelas bahawa hanya dengan dhkirullah Allah akan kurniakan

musyahadah hati terhadap ayat-ayat Allah yang tersirat dalam

semua kejadianNya. Golongan ulu ‘l-albab dikurniakan oleh Allah

musyahadah ayat-ayat Allah di alam malakut kerana mereka

sentiasa berzikir dan bertafakur, seperti yang Allah sebutkan

dalam ayat 191 surah Ali ‘Imran.

Apa yang dicapai menerusi kaedah mengenal Allah secara

dhawqi ini ialah peningkatan ilmu dan kefahaman yang berkaitan

dengan Allah kepada haqiqat dan al-ma’rifah secara wahbiy

(kurniaan Allah secara langsung).

Empat Tingkat Dhikrullah

Menerusi tingkat-tingkat dhikrullah, dapat juga dilihat bagaimana

peranan dhikrullah dalam peningkatan ilmu dan amal. Menurut

Ibnu Ata’illah ada empat tingkat dhikrullah;

1) Dhikr ghaflah,

2) Dhikr yaqadzah,

3) Dhikr hudur

4) Dhikr ghaybah.11

Di tingkat pertama, dhikr ghaflah hati masih berada dalam

keadaan lalai (ghaflah) walaupun dhikr sudah diamalkan. Siapa

sahaja yang berhati lalai maka ia tergolong dalam golongan orang

awam. Bila dhikr meningkat kepada dhikr yaqadzah, maka hati

yang lalai bertukar menjadi sedar (yaqazah). Hati menjadi

yaqazah kerana Allah telah limpahkan ke dalam hati nur al-

intibah. Dengan peningkatan keadaan hati tersebut maka hati

mula dapat digunakan untuk memahami apa juga perkara yang

tidak boleh difahami oleh akal. Orang yang berhati yaqazah ini

digelarkan sebagai golongan salik.

10 Qushayri, Abu al-Qasim al-, Al-Risalah al-Qushayriyyah. Beirut: Maktabah

al-‘Asriyyah, 2005, hlm. 221. 11 Ibn ‘Ajibah, Ahmad ibn Muhammad, Ib’ad al-Ghumam ‘an Iqaz al-Himam fi

Sharh al-Hikam. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2009, hlm. 105.

Page 14: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

55

Bila dhikr berada ditingkat hudur dan ruang hati telah

diterangi dengan nur al-iqbal maka ruang hati semakin terang dan

hati juga semakin tertumpu dan asyik kepada Allah. Keupayaan

hati untuk memahami berbagai isyarat daripada Allah akan dapat

lebih diterima dan difahami. Hamba Allah seperti ini akan menjadi

semakin hampir kepada Allah dan sifat kehambaannya juga

semakin sempurna. Dengan ini dapat kita lihat bagaimana ia dapat

peningkatan ilmu dan amal. Orang mukmin di tingkat ini dikenali

dengan gelaran khawwas (salik yang khawwas).

Akhir sekali bila dhikr sampai ke tingkat yang tertinggi

iaitu tingkat ghaybah, maka ruang hati telah dipenuhi dengan

limpahan nur al-wisol. Dengan itu maka hamba Allah ini

disampaikan oleh Allah kepada hakikat dan ma’rifah. Sifat

kehambaannya menjadi sempurna. Hamba Allah ini sampai ke

tingkat Ihsan dan menjadi seorang muhsin. Orang ini juga

digelarkan sebagai khawwas al-khawwas (salik yang khawwas al-

khawwas)

Dapat kita simpulkan dari tingkat-tingkat dhikr di atas,

seseorang dapat mencapai peningkatkan ilmu dan amal. Dengan

kata-kata yang lebih tepat, menerusi dhikrullah akidah dapat

ditingkatkan sampai di kemuncaknya, iaitu hakikat dan ma‘rifah.

Amalan juga akan menjadi sebaik-baik amal.

Page 15: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

56

Jadual 1: Peringkat-peringkat zikir

Daripada unsur dhikrullah inilah maka timbulnya amalan

tarekat. Oleh itu dhikrullah yang dimaksudkan adalah dhikrullah

yang diajarkan dalam salah satu daripada mana-mana turuq

sufiyyah. Oleh yang demikian maka sangat tepat apa yang telah

ditegaskan oleh Sheikh Muhammad Zakariyya Kandahlawi,

tarekat adalah jalan yang menyampaikan seseorang ke tingkat

ihsan.

Institusi Shaikh

Tasawuf yang muktabar dalam akidah mesti ada pimpinan shaikh,

kerana tasawuf adalah madrasah kerohanian yang merupakan

duplicate atau salinan madrasah kerohanian Rasulullah s.a.w.

Bagaimana para sahabat dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. maka

begitulah para salik dalam tasawuf mesti dipimpin oleh shaikh

yang berkelayakan yang memenuhi syarat-syarat yang telah

ditetapkan. Keperluan pimpinan shaikh bagi para salik, menurut

Shaikh Abdul Qadir Al-Jilani (W. 562H) adalah merupakan

keperluan semulajadi yang tidak boleh ditinggalkan. Malaikat

yang di langit pun dipimpin oleh guru iaitu Adam a.s.

sebagaimana yang diceritakan oleh Allah dalam al-Quran.

مأ قال مائ ا أنبأهم بأسأ فم مأ مائ م بأسأ ـادم أنبئأ قال ي

ض أ ت وٱلأ و م ب ٱلس م غيأ أ ألمأ أقل لكمأ إن ي أ

دون وما م ما تبأ أ تمون وأ ٣٣كتمأ تكأ

(Al-Baqarah 1: 33)

Maksudnya: “Allah berfirman: Wahai

Adam! Terangkanlah nama benda-benda

ini semua kepada mereka (malaikat).

Maka setelah Nabi Adam menerangkan

(mengajarkan) nama benda-benda itu

kepada mereka, Allah berfirman:

Bukankah Aku telah katakan kepada

kamu, bahawasanya Aku mengetahui

segala rahsia langit dan bumi dan Aku

mengetahui apa yang kamu nyatakan

dan apa yang kamu sembunyikan?”.

Page 16: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

57

Allah berfirman:

وكونوا مع ا ٱلذين ءاموا ٱتقوا ٱلل أي دق ي ين ٱلص

١١٩

(At-Tawbah 9:119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang

beriman bertaqwalah kamu kepada Allah

dan hendaklah kamu berserta dengan

golongan sodikin”.

Allah SWT juga berfirman:

وٱتبعأ سبيل منأ أناب إلي

(Al-Luqman 31 :15)

Maksudnya: “…dan ikutilah jalan orang-

orang yang benar-benar kembali

kepadaKu (zahir dan batin, iaitu orang

yang bergelar منيبين yang disebut oleh

Allah di dalam Ar-Rum: 31)”.

Shaikh Dr. Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya

Qadhiyyat al-Tasawwuf,12 menegaskan dengan katanya:

و بد فى التصوف من شرط جوهري. هو

وهى ”البركة"دق أالتأثير الروحى أو بتعبير

تتأتى ا بواسطة شيخ. ومن ها كانت السسة.

وهل السسة ا بركات تتقل من شيخ الى مريد

Maksudnya: “Dalam tasawuf mestilah

ada suatu syarat yang terpenting iaitu

kesan rohani, atau dengan kata-kata

yang lebih tepat lagi, ialah keberkatan.

Keberkatan itu tidak akan sampai

kecuali dengan wasitah atau perantaraan

seorang shaikh. Dari sinilah maka

timbullah salasilah. Salasilah itu

sebenarnya tidak lain dari keberkatan

12 Mahmud, Shaykh ‘Abd al-Halim, Qadiyyat al-TaÎawwuf: al-Munqidh min al-

DhalÉl. Kaherah: Dar al-Ma‘arif, t.t..

Page 17: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

58

dari berbagai keberkatan yang berpindah

dari seorang Shaikh kepada seorang

murid.”

Institusi shaikh ini adalah merupakan salah satu

mekanisme kawalan dan peningkatan akidah ASWJ. Di atas telah

diterangkan bahawa golongan sufiyyah adalah merupakan salah

satu golongan dari pelbagai golongan ASWJ. Para shaikh sentiasa

memantau akidah para muridnya menerusi kedua-dua kaedah

mekanisma dakwah bi ‘l-lisan dan bi ‘l-hal.

Menerusi shaikh juga, haqiqat dan ma‘rifatullah akan

dilimpahkan oleh Allah ke dada atau hati para murid, sebagaimana

Allah limpahkan hakikat dan ma‘rifah daripada hati Jibril ke hati

Rasulullah s.a.w., dan daripada hati Rasulullah s.a.w. ke hati para

sahabat. Dalam akidah ASWJ sememangnya mengakui adanya

ilmu yang didapati dengan usaha ikhtiar (kasbiy), dan di samping

itu ada ilmu yang mesti didapati menerusi kurniaan Allah (secara

wahbiy). Oleh sebab itulah maka para salik diwajibkan melakukan

atau melaksanakan suhbah (selalu berdampingan) bersama shaikh

mereka, seperti sahabat melakukan suhbah bersama Rasulullah

s.a.w.

Menghubungkan Syariat Dengan Hakikat

Tasawuf yang muktabar dalam akidah tidak memisahkan antara

syariat dengan hakikat sama sekali, malahan bersungguh-sungguh

untuk mengukuhkan hubungan kedua-duanya. Sebenarnya, syariat

dan hakikat dalam hubungan ini, sangat berkaitan dengan istilah

zahir dan batin. Iaitu zahir syariat dan batin syariat. Seperti

firman Allah Ta’ala:

ري ة لذكأ و ١٤وأقم ٱلص

(Taha 20:14)

Maksudnya: “Dirikanlah sembahyang

untuk mengingati Aku.”

Kelakuan sembahyang (rukun qawliy, rukun fi`liy), adalah zahir

Syariat, sedangkan mengingati Allah dalam hati adalah batin

Syariat. Sebab itulah sesetengah orang sufi menyabutkan: “Syariat

itu adalah zahir Hakikat dan Hakikat itu adalah batin Syariat”

atau “Syariat itu ialah jasad Hakikat dan Hakikat itu pula ialah

ruh Syariat.”

Page 18: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

59

Sebagaimana ruh tidak boleh dipisahkan daripada

manusia, kalau dipisahkan, jasad jadi mayat dan ruh hilang lenyap,

maka begitulah antara Syariat dan Hakikat, tidak boleh dipisahkan.

Kalau dipisahkan rosak kedua-duanya. Misalnya, ajaran fahaman

agama kebatinan, mereka memisahkan antara Syariat sembahyang

dan Hakikat sebahyang. Mereka sembahyang di dalam hati, dan

mereka istilahkannya dengan solat daim. Mereka memahami ayat

14 surah Taha yang tersebut di atas, bahawa tujuan solat adalah

mengingti Allah. Maka apabila mereka mendakwa bahawa telah

mengingati Allah, maka mereka telah solat. Sebenarnya, mereka

tidak melakukan kedua-keduanya, sembahyang mereka tidak

lakukan, mengingati Allah pun tidak lakukan. Kerana,

sembahyang itu adalah pintu untuk sampai kepada hakikat

mengingati Allah. Bila sembahyang tidak dilakukan, maka tidak

masuk kepada hakikat mengingati Allah. Allah berfiman:

ا ب و بيوت منأ أبأ توا ٱلأ وأأ

(Al-Baqarah 1: 189)

Maksudnya: “Hendaklah kamu masuk

ke rumah melalui pintu-pintunya.”

Berdasarkan kepada ayat di atas, orang-orang sufi

mengunakan ayat tu sebagai dalil secara Isyhariy, iaitu kalau

masuk ke sebuah rumah mestilah melalui pintunya, maka

begitulah juga seorang yang mahu masuk ke dalam hakikat,

mestilah menerusi pintu Syariat. Oleh itu, orang-orang sufi

membuat ungkapan yang tekenal: “Syariat adalah pintu Hakikat”

atau “yang zahir adalah pintu bagi yang batin”.

Contohnya, pada syariat atau zahirnya, orang sembahyang

mengadap ka`bah untuk menyampaikan hakikat menghadap zat

Allah yang Wajibal Wujud, yang tidak ada sesuatu serupa

denganNya. Bila seorang yang sembahyang, tidak mengadap

ka`bah atau kiblah, maka tidak sah, kerana tidak ada syariatnya

dan juga tidak akan sampai kepada hakikat menghadap zat Allah

S.W.T.

Contoh lain ialah, Nabi Musa, untuk sampai kepada

hakikat wujud Allah, dikehendaki oleh Allah untuk merenung

bukit Tur Sina’ dengan mata kepala dan juga dengan mata hati.

Bila Bukit Tursina itu hilang atau lenyap dari pandangan hati

Page 19: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

60

barulah nabi Musa sampai kepada hakikat wujud Allah. Ternyata

yang zahir pintu kepada yang batin atau syariat adalah pintu

hakikat, kedua-duanya tidak boleh di pisahkan.

Kesimpulannya, jelaslah Hakikat dan Ma`rifah itu sangat

penting seperti juga Syariat dan Tarekat. Kerana inilah, maka

Imam Malik mengatakan:

“Siapa belajar dan beramal dengan

Fekah sahaja, ia jadi fasik (dosa besar),

dan siapa yang belajar dan beramal

dengan Tasawuf sahaja dia jadi zindik

(terkeluar dari Islam). Siapa yang

menggabungkan kedua-duanya (Fekah

dan Tasawuf), maka ia akan sampai

kepada Hakikat.”

Menitik beratkan aspek rohani

Tasawuf yang muktabar dalam akidah juga menitik beratkan aspek

rohani. Telah diterangkan di atas, tasawuf adalah ilmu dan amalan

yang menumpukan aspek rohani (hati, roh dan sirr) secara dhawqi

rohiy. Tumpuan aspek rohani adalah selaras dengan kehendak

Islam sebenar. Rasulullah s.a.w. bersabda:

إنما المال باليات وانما لكل امرء ما نوى

Maksudnya: “Bahawasanya berbagai

amalan (disertai) dengan berbagai niat

dan hanyasanya bagi seseorang (dapat

kebaikan dari amalannya) setakat apa

yang diniatkan”.

Amalan ialah gerak jasad (حركة الجسم(, niat pula adalah

gerak hati (حركة القب). Bila gerak hati baik maka amalan pun jadi

baik. Sebaliknya bila gerak hati buruk maka amalan pun jadi

buruk. Oleh sebab itu, tasawuf menekankan usaha dalam aspek

hati. Rasulullah s.a.w. bersabda:

ذا صحت صح الجسد جسد مضغة إالإن في أ

إذا فسدت فسد الجسد كه أ وهي القبوكه

Maksudnya: “Sesungguhnya dalam jasad

anak Adam, ada satu mudghah, bila

Page 20: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

61

ianya baik, maka baiklah (perbuatan)

seluruh anggota. Sebaliknya, jika

mudghah itu rosak, maka rosaklah

(perbuatan) seluruh anggota. Mudghah

itulah hati.”13

Rasulullah s.a.w juga bersabda:

و إلى صوكم أجسامكمإن هللا يظر إلى

ولكن يظر إلى قوبكم

Maksudnya; “Sesungguhnya Allah tidak

melihat (menilai dan mengira) tubuh

badan kamu semata-mata, juga tidak

melihat rupa kamu, akan tetapi Allah

melihat hati kamu.”14

Tasawuf telah menggunakan kaedah takhalli (mujahadah

membuangkan sifat-sifat buruk madhmumah) dan tahalli

(menghiaskan sifat-sifat baik mahmudah) sebagai mekanisma

memperbaiki dan membersihkan aspek rohani (hati). Kedua-dua

mujahadah tersebut dilakukan dengan mengharap semata-mata

kepada kurnia dan rahmat Allah. Hanya dengan kurnia dan

rahmat-Nya, kedua-dua mujahadah akan berhasil. Allah berfirman:

ل ٱلل فضأ نأ ولوأ متهۥ ما زكى مكم م حأ كمأ و يأ يم سميع ي من يشاء وٱلل يزك كن ٱلل

ا ول أحد أبد ا

٢١

(An-Nur 24: 21)

Maksudnya: “… dan kalaulah tidak

kerana limpah kurnia Allah dan

rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak

ada seorang pun di antara kamu menjadi

bersih selama-lamanya; akan tetapi

Allah membersihkan sesiapa yang

dikehendaki-Nya dan ingatlah Allah

13 Hadith Muttafaq ‘alayhi. 14 Hadith riwayat Muslim daripada Saidina Abi Hurairah r.a..

Page 21: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

62

Maha Mendengar lagi Maha

Mengetahui.

Natijahnya ialah terbentuknya ahwal qalbiyyah dan

maqamat qabiyyah yang baik. Akan terbentuklah ahwal qalbiyyah

seperti hati yang yaqazah (hidup dan sedar) hudur (kuat

tumpuannya kepada Allah), salim (hati yang hanya di dalamnya

Allah sahaja), mutmainnah, ikhlas, khusyuk, lembut dan

sebagainya. Apabila ahwal qalbiyyah baik, maka maqamat

qalbiyyah jadi baik. Hati akan bersifat taubat, sabar, syukur, takut

kepada Allah, roja’ (bergantung kepada rahmat Allah), zuhud,

tawakal, reda dan mahabbah.

Tanpa Unsur-Unsur Akidah Yang Salah

Tasawuf yang muktabar dalam akidah mestilah bersih dari semua

unsur akidah juga syariat yang menyalahi Islam. Shaikh mursyid

yang sebenar yang memenuhi syarat shaikh, mampu menjaga apa

juga unsur-unsur yang salah dari meresap dan mempengaruhi para

muridnya. Antara unsur-unsur yang menyalahi akidah dan syariat

adalah seperti berikut:

1) Fahaman golongan hululiyyah yang mengiktikadkan Allah

mesra dalam makhluk seperti mesranya gula dalam air,

terutamanya di dalam makhluknya yang cantik seperti

manusia yang cantik. Anggota kumpulan ini melihat

kejadian yang cantik akan disembah. Antara pemimpin

mereka bernama Abu Hilman Dimshaqi. Fahaman ini telah

diijmakkan oleh jumhur ulama, terkeluar daripada Islam.

2) Fahaman golongan ittihadiyyah yang mengiktikadkan

tuhan dan makhluknya bersatu dalam keadaan tuhan tetap

tuhan, makhluk tetap makhluk seperti bila kita paku papan

atau kayu, papan tetap papan, paku tetap paku. Kumpulan

ini juga telah diijmakkan oleh ulama, terkeluar daripada

Islam.

3) Fahaman golongan mushabbihah (golongan yang

menyerupakan Allah dan makhluk seperti Allah bertangan,

bertangan, bermata, berjari, berwajah, bertempat, duduk di

arash dan sebagainya), mujassimah dan seumpamanya.

Page 22: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

63

4) Fahaman akidah agama kebatinan yang mengiktikadkan

seseorang yang solat yang disembah dialah menyembah

berdasarkan firman Allah:

بدون أ أنا فٱ ه إ إل ٢٥

(Al-Anbiya’ 21:25)

Maksudnya: “… Bahawa sesungguhnya

tiada Tuhan (yang berhak disembah)

melainkan Aku, oleh itu beribadatlah

kamu kepadaKu”

5) Kepercayaan yang diasaskan kepada kashaf atau sangkaan

atau mimpi atau suara yang didengar dan sebagainya,

semata-mata dengan meninggalkan al-Quran dan sunnah.

Kepercayaan jenis ini berpengaruh luas di kalangan

pengamal tasawuf sekarang. Misalnya, dakwaan kononnya

tokoh-tokoh ulama tertentu yang sudah meninggal, datang

menemui seorang individu dan akhirnya individu tersebut

menjadi muridnya.

6) Akidah yang diasaskan kepada pengalaman rohani yang

menyalahi al-Quran dan sunnah seperti dakwaan boleh

pergi ke arash, melawat syurga dan neraka, melawat tujuh

lautan, melihat makhluk yang ajaib, dapat mempelajari

makna al-Quran yang berada di Luh Mahfuz, kembara roh

ke mana sahaja yang dikehendaki dengan menaiki

kenderaan kalimah Allah, kebolehan melawat Jibril pada

malam tertentu atau sebaliknya, dilawati Jibril pada waktu-

waktu tertentu, melihat nabi-nabi dan rasul-rasul yang

terdahulu, melihat Sayyidah Maryam, kepercayaan orang

yang sudah mati dipercayai pada hakikatnya masih hidup

semata-mata didasarkan individu tersebut menemuinya dan

berbual-bual, kepercayaan menemui wali-wali Allah dari

seluruh dunia dan diajak masuk ke dalam mesyuarat exco

wali Allah. Diberi berbagai gelaran yang molok-molok

Page 23: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

64

oleh para wali Allah seperti gelaran Qutub, Sultan Arifin,

Abdal, Autad dan sebagainya.dan berbagai-bagai lagi.

7) Berbagai kepercayaan agama yang bukan Islam seperti

kepercayaan roh shaikh atau roh wali-wali tertentu kembali

ke pusat ibadat atau tempat-tempat tertentu, terutamanya

pada masa-masa tertentu, kerana itu perlu disediakan

hidangan.

8) Kepercayaan wali-wali Allah mempunyai power atau

kuasa yang luar biasa.

Pemantauan Akidah

Dalam disiplin tasawuf yang muktabar dalam akidah mempunyai

pemantauan akidah dengan jelas. Pemantauan akidah dalam

tasawuf dapat dilihat dari 2 sudut, pertama dari sudut adab, kedua

dari sudut berbagai larangan yang mesti dijaga dan dijauhkan.

Pemantauan akidah dari sudut adab adalah berkaitan

dengan adab terhadap Allah dan terhadap guru.

Adab terhadap Allah yang paling penting ialah sentiasa

ingat namaNya, merasakan kewujudanNya, merasakan sifat-sifat

kebesaranNya dan dan sifat-sifat kesempurnaanNya sehingga hati

benar-benar takut kepada Allah dan bergantung harap kepada

rahmatNya. Adab ini dirumuskan oleh golongan sufiyyah dari

firman Allah SWT:

ا وطمعا ف ا وه خوأ وٱدأ

(Al-A’raf 7:56)

Maksudnya: “…Hendaklah kamu sebut

dan ingatkan Allah (dalam keadaan hati

kamu) takut kepada kebesaranNya dan

bergantung kepada rahmatNya yang

sempurna...”

Adab terhadap Allah yang disebutkan adalah satu

mekanisme yang paling baik dan berkesan dalam usaha menjaga

akidah dan hubungan seseorang dengan Allah SWT.

Adab terhadap guru juga adalah didasarkan kepada adab

sahabat terhadap Rasulullah s.a.w. Dalam tasawuf adab tasawuf

perlu dijaga sebaik-baiknya, kerana adab terhadap guru dianggap

anak tangga yang menyampaikan adab terhadap Allah. Bila

Page 24: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

65

seseorang salik gagal menjaga adab terhadap guru, maka bererti

gagallah juga dalam adab terhadap Allah. Selalu disebutkan oleh

golongan sufiyyah, keredhaan guru adalah anak tangga yang

menyampaikan keredhaan Allah. Di atas telah diterangkan dari

shaikh atau guru Allah akan limpahkan keberkatan atau syafaat ke

dalam hati murid. Jika buruk adab terhadap guru, maka Allah tidak

akan melimpahkan keberkatan gurunya ke dalam rohani murid

tersebut.

Pemantauan Akidah Dari Sudut Larangan adalah seperti di

bawah ini:

a) Terasa Ada Amalan

Maksudnya seseorang itu merasakan bahawa dirinya telah banyak

berbuat amal soleh; banyak sembahyang, banyak puasa, banyak

zikir, banyak sedekah dan sebagainya lagi. Jika ada rasa demikian

maka rosaklah perjalanan kerohaniannya. Rasa yang demikian itu

bukan sahaja akan menimbulkan sifat riak, ujub dan sebagainya

tetapi ianya boleh menyebabkan syirik atau menyengutukan Allah.

Oleh kerana itu seseorang salik itu dikehendaki merasa-rasakan

secara bersungguh-sungguh bahawa segala amalnya yang soleh itu

adalah kurnia Allah semata-mata, hal Allah semata-mata, dari

Allah semata-mata.

Setelah rasa begitu dapat dihayati sebenar-benarnya, maka

InSyaAllah ia akan dikurniakan oleh Allah Tauhid Af’al atau

tauhid pada perbuatan Allah, di mana seorang itu pada peringkat

tersebut dapat melihat keesaan perbuatan Allah semata-mata akan

tercapailah ketiga-tiga syarat bagi penerimaan amal iaitu ikhlas,

fana’ (amalan diri dalam perbuatan Allah) dan benar-benar berasa

bahawa tidak ada daya dan kekuatan kecuali Allah semata-mata.

Kesimpulannya: Bila terasa ada amal maka Tauhid Af’al tidak

akan tercapai.

b) Panjang Angan-Angan Keduniaannya

Saidina Ali (r.a.) pernah menyebutkan bahawa panjang angan-

angan keduniaan adalah punca segala kesalahan atau dosa. Orang

yang panjang angan-angan keduniaannya sentiasa lena dihayun

oleh berbagai jenis angan-angannya. Pada setiap saat hatinya

berkata-kata: “Aku akan buat ini, buat itu. Kalau aku buat ini

akan jadi begini dan kalau aku buat yang lain akan jadi begitu…”

Page 25: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

66

Tegasnya ia akan dilamun oleh berbagai fikiran dan

rancangannya sendiri yang tidak akan ada titik perhentiannya sama

sekali. Hal demikian adalah mengambarkan bahawa

orang tersebut jahil terhadap Tauhid, sebab orang yang jahil

Tauhid itu menurut Ibn Ata’illah hatinya sentiasa berkata:

“Apakah yang akan aku buat.”

Orang yang benar Tauhidnya pula menurut beliau, hatinya

sentiasa berkata:”Apakah yang Allah akan buat terhadap dirinya

itu”. Di samping itu orang yang panjang angan-angan keduniaan

itu hatinya akan menjadi gelap disebabkan berbagai gambaran

kebendaan sentiasa memenuhi ruang di hatinya sehingga Allah

tidak akan mendapat ruang di hati lagi, pada hal hati itu untuk

Allah. Nabi bersabda, ertinya: “Hati itu rumah Allah” Maksudnya

hati itulah tempat yang dipilih dan dibersihkan oleh Allah dan

dimuliakan sebagai jalan perhubungan antara Allah dengan

hambaNya. Oleh itu hati itu tidak boleh dimasuki sesuatu yang

lain dari Allah.

Samalah keadaan hati itu seperti Kaabah, kerana Kaabah

itu adalah dikatakan sebagai Rumah Allah. Kalau Kaabah itu mesti

bersih dari perkara-perkara yang boleh menjatuhkan kesuciannya,

maka begitu jugalah dengan hati, ia mesti bersih dari sesuatu yang

mengotori ruang hati serta mengelapkannya.

Dari angan-angan keduniaan itu maka akan timbullah

berbagai sifat tercela seperti tamak, hasad dengki, gemar

kemasyhuran dan sebagainya. Perlu diingatkan bahawa sebahagian

daripada angan-angan keduniaan itu ialah angan-angan seorang itu

mengenai akhirat, tetapi cita-cita dan angan-angan itu telah

dikotori oleh berbagai kehendak nafsunya.

Ramai orang terjerat di dalam perangkap ini tidak dapat

menyedari dirinya itu sendiri. Misalnya, seorang itu

membanyakkan usahanya berzikir siang dan malam, tetapi hati

kecilnya terlintas bahawa dengan berbuat demikan maka ia akan

cepat menjadi wali atau menjadi seorang shaikh atau lekas fana’

dan sebagainya. Sepatutnya ia bercita-cita supaya dapat

ma’rifatullah dan keredhaanNya.

Demikian juga seorang salik yang berhenti dari kerja

mencari rezeki atau berhenti dari belajar Ilmu Islam kerana

didorong supaya cepat naik maqam atau cepat mencapai matlamat

perjalanannya; kononnya jika ia menumpukan zikir dan beramal

Page 26: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

67

ibadat sahaja maka cepatlah sampai kepada matlamat yang dituju.

Sebenarnya hal demikian itu masih dipenuhi nafsu keduniaan yang

pada zahirnya macam cita-cita akhirat.

c) Perasan Dirinya Telah Menjadi Wali

Sifat demikian adalah berlawanan dengan kehendak Allah, kerana

Allah melarang seseorang itu dari perbuatan mengaku diri sendiri

itu suci dan bersih. Allah berfirman,

م بمن ٱتقى أ هو أ ٣٢فال تزكوا أنفسكمأ

(An-Najm 53:32)

Maksudnya: “Maka janganlah kamu

mengaku bahawa diri kamu itu suci.

Dialah (Allah) yang lebih mengetahui

tentang orang-orang yang bertakwa.”

Sebuah hadith qudsi menyebutkan yang bermaksud:

“Tanda kecelakaan (masuk neraka) itu

empat perkara: (Pertama), Lupakan

dosa-dosa yang dilakukan, pada hal

dosa-dosa itu masih utuh di sisi Allah.

(Kedua), Ingatkan berbagai kebaikan

yang dilakukan, pada hal ia tidak tahu

samada kebaikan itu diterima atau

ditolak oleh Allah. (Ketiga),

Memandang orang yang di atas

mengenai hal keduniaan. (Keempat),

Memandang orang yang di bawah (lebih

rendah) mengenai hal-hal agama. maka

Allah berfirman (kepada orang ini):

"Aku mahukan orang ini, tetapi ia tidak

mahukan Aku, maka Aku pun

tinggalkan sahaja”

Sebenarnya, bila seseorang itu tinggi darjatnya di sisi

Allah, maka ia akan terasa rendah; bila ruhaninya bersih, maka ia

terasa kotor dan banyak dosa; bila telah menjadi wali, maka terasa

dirinya masih jauh dari kecintaan Allah. Sebaliknya, orang yang

masih bergelumang dengan dosa itu biasanya merasakan dirinya

sudah bersih, sudah menjadi wali Allah. Oleh yang demikian

Page 27: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

68

seseorang itu yang terasa telah menjadi wali itu telah tersimpang

jauh dari arah perjalanannya yang sebenar. Ia tidak akan sampai ke

matlamat yang dituju dan ia tetap jatuh tersungkur yang sukar

untuk bangun semula.

d) Memandang Makhluk

Bila ramai orang berada di sekelilingnya, kerana menyokong dan

menyukainya maka ia berasa seronok, suka dan senang hati.

Sebaliknya, bila orang ramai menjauhkan diri daripadanya maka ia

berasa susah hati. Sifat demikian boleh merosakkan keruhanian

seseorang salik, kerana pada hakikatnya ia masih memandang

makhluk dan tidak memandang Allah. Di samping itu, sifat

demikian itu menunjukkan bahawa ia masih sukakan

kemasyhuran, kemuliaan, keagungan dan sifat-sifat lain yang

seumpamanya.

Semua sifat tersebut adalah pakaian Allah bukan pakaian

makhluk atau manusia. Ibrahim bin Adham berkata: “Seseorang

yang tidak meninggalkan kemuliaan kepada kehinaan, ia tidak

akan sampai ke darjat orang yang solihin”. Seorang murid Shaikh

Abu Yazid Al-Bustami pernah mengadu kepadanya bahawa ia

telah beramal di bawah pimpinan Shaikh Abu Yazid selama 30

tahun, tetapi ia terasa tidak mendapat apa-apa perubahan, masih

tetap di tahap dahulu juga, maka apakah yang menyebabkan jadi

begitu? Shaikh Abu Yazid Al-Bustami menjelaskan bahawa jika

muridnya itu beramal selama 1,000 tahun lagi pun, tetap tidak

akan berubah keadaan dirinya itu, kecuali ia membuang semua

sifat berasa mulia dan tinggi di mata masyarakat itu.

Seorang itu dikehendaki menjadi hamba Allah, bukan

hamba manusia. Bila seseorang itu suka kepada manusia, maka ia

jadi hamba manusia, bukan hamba Allah. Seorang hamba Allah

hanya sibuk dengan Allah, senang dengan Allah, cinta hanya

terhadap Allah, harapannya hanya pada Allah dan tidak kepada

yang lain.

e) Tenggelam Dalam Kasyaf Dan Mimpi

Sifat tersebut akan mendorongkan salik untuk berpegang terhadap

berbagai tafsiran kasyaf dan mimpi yang dialaminya itu. Lama

kelamaan ia akan disesatkan oleh syaitan menerusi tafsiran-

tafsiran kasyaf mimpi itu sendiri, tanpa dapat menyedari kesalahan

dirinya itu sampai bila-bila. Malahan setiap ia beramal, maka ia

Page 28: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

69

mengharapkan untuk mendapat kasyaf dan mimpi yang baik-baik

atau yang ia anggap dapat menguntungkan dirinya.

Bagaimana akibatnya nanti bila dia itu terkasyaf atau

bermimpi bahawa si pulan itu berzina, si pulan bin pulan itu mesti

dibunuh dan sebagainya lagi? Tentu akan menimbulkan fitnah

besar di dalam masyarakat. Ternyata orang yang berpegang

terhadap kasyaf dan mimpi itu telah hanyut dari tujuan

perjalanannya yang dirumuskan dalam doa munajatnya sendiri.

f) Seronok Dengan Dhikrullah

Sifat ini juga dilarang, kerana ianya boleh melalaikan seseorang

itu dari mengingati Allah yang sebenar. Apa yang disuruh oleh

Allah ketika berzikir atau berwirid itu ialah mengingati Allah,

seronok dan senang hati terhadap Allah, bukan terhadap wirid dan

zikir yang dibaca itu. Jika seronok dan senang hati dengan wirid

dan zikir yang dibacakan itu, maka samalah juga ia seronok

mendengar lagu atau nyanyian dari penyanyi.

Sifat tersebut akan menjadi hijab, kerana seseorang akan

terhenti di tahap wirid dan zikirnya itu sahaja, sedang

perjalanannya yang sebenar masih jauh lagi.

Bagaimana jika seseorang itu mendapat mimpi? Jika

mimpi itu baik maka hendaklah ia bersyukur dan jika sebaliknya

maka hendaklah ia berlindung dengan Allah, jalan terus, jangan

dihiraukan sangat mimpi itu.

g) Berpuas Hati Dengan Waridat Atau Natijah Zikir

Demikian juga berbagai pemandangan ruh atau mata hati terhadap

rahsia-rahsia perjalanan menuju Allah itu adalah juga termasuk di

dalam makna al-waridat itu.

Di kalangan ahli Tariqat di Malaysia ini, al-waridat itu di

istilahkan sebagai natijah-natijah zikir. Al-Imam Al-Ghazali

mengibaratkan orang yang berasa seronok dan lazat dengan al-

waridat itu seperti anak-anak kecil yang menangis, lalu diberikan

gula-gula atau anak-anak patung, maka iapun merasa seronok lalu

diam dan berhenti dari menanggis, kerana ia puas hati dengan

gula-gula atau anak-anak patung itu.

Al-Imam al-Ghazali juga mengambarkan bahawa

perjalanan ruhani seseorang menuju Allah itu dapat disamakan

dengan perjalanan seseorang menemui raja yang bersemayam di

atas singgahsana di dalam istananya; bila seseorang yang mahu

Page 29: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

70

menemuinya maka keluar dari rumahnya untuk menemui raja itu,

sudah tentu akan mengambil masa yang lama disebabkan

perjalanannya yang jauh itu; dalam perjalanannya itu tentu ada

kampung, kebun, ladang, dan berbagai pemandangan lagi; bila

sampai di kawasan istana pula tentulah pemandangan lebih

menarik dan indah. Jika seseorang salik itu tertarik dengan

pemandangan-pemandangan itu semua dan berasa seronok, sudah

tentulah ia akan terlupa tujuan asal untuk menemui raja itu.

Apa yang paling membahayakan ialah seseorang itu

berasa telah sampai kepada raja yang dituju, pada hal ia masih

jauh lagi dari istana atau mungkin juga ia masih berlegar-legar di

halaman istana. Oleh yang demikian, maka sifat berasa lazat,

seronok dengan al-waridat itu menjadi hijab hati atau ruhani yang

merosakkan perjalanannya. Lebih hebat lagi bila seseorang itu

telah dihantui dan dicandui oleh perasaan seronok dan lazat

dengan al-waridat tersebut.

Di tahap tersebut, orang tersebut akan dihanyutkan oleh

al-waridat itu sendiri, sehingga bila satu masa nanti al-waridat

terasa tidak ada maka hati kecilnya mula berperangsangka buruk

terhadap Allah, dirinya sendiri, terhadap gurunya dan para

sahabatnya.

Bagaimana mahu menerima al-waridat itu? Terimalah

dengan bersyukur kepada Allah, jika ianya tidak berlawanan

dengan Al-Quran dan sunnah Nabi dan jika tidak berlawanan

dengan kata-kata ulama yang arif billah. Tetapi janganlah

dihiraukan sangat al-waridat tersebut. Jika al-waridat tersebut

berlawanan dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi atau pandangan

ulama arif billah, maka hendaklah ianya kita sisihkan sahaja,

jangan pandang langsung.

Di sinilah letaknya bahawa seseorang itu mesti terus

menimba ilmu, tauhid, feqah dan tasauf, kerana tanpa ilmu sukar

untuk menentukan al-waridat itu hak atau batil.Seorang yang tidak

mahu mengerjakan sembahyang, tidak mahu menceburkan diri

dalam masyarakat atau sebagainya, pada hal gurunya tidak ada

mengajarkan demikian adalah berpunca dari kesilapannya sendiri

iaitu terlalu berpegang terhadap al-waridat, walaupun ia jahil

mengenai Al-Quran, Sunnah Nabi dan pandangan para ulama yang

sebenarnya.

Page 30: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

71

h) Negatif Dengan Janji-Janji Baik Allah

Allah SWT menyuruh hamba-hambaNya untuk berbuat baik,

malahan Allah SWT menyuruh supaya para hambaNya itu

berlumba-lumba untuk berbuat berbagai kebaikan. Allah SWT

berfirman,

ت ر خيأ تبقوا ٱلأ فٱسأ

(Al-Baqarah 1:148)

Maksudnya: “Hendaklah kamu

berlumba-lumba untuk membuat

berbagai kebaikan.”

Kebaikan yang Allah perintahkan untuk dilakukan selain

daripada perkara-perkara yang difardhukan adalah terlalu banyak.

Oleh itu, seseorang, setelah menunaikan yang difardhukan, maka

hendaklah ia aktif, cergas dan bersegera berbuat kebaikan.

Ingatlah bahawa orang yang berhenti (waqif) itu adalah

orang yang masih mula berjalan, seorang salik pula adalah

berjalan terus (sair) sedang seorang yang telah sampai kepada

hakikat (wasil) pula adalah sentiasa terbang, bukan hanya

ruhaniyahnya tetapi juga aspek zahirnya.

Contoh kita ialah Nabi Muhammad s.a.w. Tidakkah

Baginda itu sentiasa aktif, cergas dalam hidupnya untuk berbuat

kebaikan yang sebaik-baiknya. Sebab itulah Allah menyatakan

bahawa hamba-hamba Allah yang sebenarnya itu ialah mereka

yang mendengar ajaran Allah lalu melakukan yang terbaik sekali.

سهۥ ل فيتبعون أحأ قوأ تمعون ٱلأ ٱلذين يسأ

(Az-Zumar 39:18)

Maksudnya: “Hamba-hamba Allah yang

sebenar itu ialah mereka yang

mendengar ajaran Allah lalu diikuti

(dibuat) dengan sebaik-baiknya…”

i) Berpegang Kepada Sangkaan-Sangkaan

Perjalanan ruhaniyah adalah amat sulit dan banyak liku-likunya

yang mudah menyesatkan, lebih sulit dan lebih bahaya lagi jika

dibandingkan dengan perjalanan di dalam hutan dara yang terlalu

Page 31: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

72

tebal. Oleh itu ia perlukan ilmu yang tepat dan benar sebagaimana

yang ada di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi serta yang terdapat

di dalam kitab-kitab yang muktabar.

Jika seseorang hanya berpandu kepada sangkaan-

sangkaannya sahaja, sudah tentulah ia akan sesat. Dari sudut yang

lain pula dapat kita gambarkan bahawa jalan keruhanian itu seperti

sebuah cermin yang bersih, tetapi ada garis pembahagi sebelah kiri

dan kanan; sebelah kiri adalah iblis dan kesesatan sedang sebelah

kanan adalah yang hak atau yang benar yang dikehendaki oleh

Allah.

Tetapi garis pembahagi di cermin yang memisahkan kiri

dan kanan itu tidak nampak dan terlalu sukar untuk dilihat

sehingga orang yang berjalan di atasnya telah jauh terseleweng ke

kiri, tetapi ia masih yakin berada di sebelah kanan (Ia telah sesat,

tetapi ia merasakan masih berada di dalam kebenaran).

Hanya bila kita berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah

serta pandangan ulama yang arif billah sahajalah yang dapat

menyedarkan diri samada kita telah sesat atau berada di dalam

kebenaran Allah. Kebanyakan kesesatan dan tindakan serta

tingkah laku pengamal-pengamal ilmu tasawuf yang menyalahi

syariat Islam adalah berpunca dari sangkaan-sangkaan mereka

sendiri seperti yang disebutkan itu.

j) Waspada Terhadap Syaitan

Penipuan syaitan mudah berlaku di kalangan orang jahil,

terutamanya seseorang yang jahil murakkab iaitu ia jahil dan tidak

mahu belajar serta tidak mahu mendengar kebenaran yang

disampaikan kepadanya, malahan ia bersikap bodoh sombong

dengan sifat kejahilan dirinya itu.

Contoh-contoh penipuan syaitan itu ialah seperti tidak

mahu sembahyang kononnya ia telah melakukan sembahyang

daim (hatinya terus sembahyang tanpa putus), berjudi itu rezeki

yang Allah beri juga seperti sumber-sumber rezeki lainnya, kerana

hakikat rezeki itu datangnya dari Allah belaka; berdoa itu syirik

kerana bila berdoa bererti menuduh Allah tidak tahu untuk

mengurus diri para makhluknya, sembahyang itu syirik kerana ada

niat sengaja aku sembahayang, tidak sembahyang dosa besar, dosa

besar diampunkan, tetapi syirik tidak diampunkan.

Oleh itu tidak melakukan solat adalah lebih baik daripada

melakukannya. Kata-kata si jahil seperti itu adalah merupakan

Page 32: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

73

kata-kata loyar buruk semata-mata. Mereka akan dimasukkan ke

neraka oleh Allah dengan cara yang amat menyakitkan hatinya.

Tegasnya Allah akan berloyar buruk terhadap mereka.

Misalnya, orang itu akan dimasukkan di dalam satu bekas

dan bekas itu dimasukkan ke neraka; bila mereka bertanya

mengapa mereka dimasukkan ke neraka, maka Allah menjawab

bahawa Allah tidak membakar mereka tetapi hanya mahu

membakar bekas itu sahaja.

Berbagai Isu Dan Masalah Akidah Dalam Tasawuf

Ada beberapa isu dan masalah yang perlu kita sebutkan dan

bincangkan di sini khasnya isu dan masalah yang berkaitan dengan

masalah khilafiah. Antaranya ialah masalah Konsep Wahdat al-

Wujud, Nur Muhammad, Rabitah Shaikh,Tawasul, Martabat

Tujuh, Pembahagian Tasawuf Sunni dan Falsafi, Kekeramatan,

Fana’ Fillah, Yaqazah dan lain-lain.

Sebelum kita membincangkan masalah-masalah tersebut,

kita perlu menyedari dengan jelas pandangan beberapa ulama’

tasawuf, bahawa istilah-istilah dalam tasawuf khasnya yang

menyentuh pengalaman mujahadah rohani secara dhawqi hanya

ulama’ tasawuf sahaja yang dapat memahami konsepnya yang

sebenar. Ulama’ yang bukan sufi tidak boleh membincangkannya.

Jika ulama’ yang bukan sufi yang paling bijak sekalipun tidak

mampu menjelaskan maksud istilah-istilah tasawuf dengan betul

dan tepat. Istilah tasawuf yang kelihatan paling mudah pun

ternyata mereka tidak tahu maksudnya yang sebenar. Sebagai

contoh, makna ghaflah (hati yang lalai) dan yaqazah (hati yang

sedar), mereka tak akan mampu menjelaskan konsep kedua-

duanya dengan betul dan tepat, walaupun dilihat dari segi zahir

istilah tersebut sesiapa pun faham. Hanya seorang yang pernah

dikurniakan oleh Allah dihilangkan ghaflah hatinya dan

ditukarkan dengan yaqazah yang akan dapat menjelaskan maksud

kedua-dua istilah tersebut. Setengah Ulama’ tasawuf menegaskan

dengan ungkapan mereka yang terkenal,

من لم يذق يدي

Maksudnya: “Siapa tak merasai realiti

pengalaman rohani secara zhawqi, ia

tidak akan tahu sebenar-benarnya”.

Page 33: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

74

1) Konsep Wahdat al-Wujud.

Bagi golongon sufiyyah, tidak ada apa-apa masalah yang berat.

Shaikh Dr Abdul Halim Mahmud dapat menyelesaikan maknanya

dengan mudah iaitu beliau menambahkan satu perkataan di hujung

wahdat al-wujud iaitu dengan kalimah Allah, maka jadilah

wahdatu wujudi ‘llah. Oleh itu wahdat al-wujud bermakna keesaan

wujud Allah. Setengah orientalis menterjemahkan wahdat al-

wujud dengan the oneness of god. Malangnya ada sarjana Islam

menterjemahkan wahdat al-wujud dengan panteisme. Panteisme

lebih menepati dengan fahaman Hululiyyah dan Ittihadiyyah.

Shaikh Abd al-Wahhab Sh’arani (w, 974) dalam kitabnya al-

Yawaaqit wa al-Jawahir menegaskan sesiapa yang mahu

mengetahui maksud Wahdat al-Wujud sebenar, hendaklah

membaca dan telitikan terlebih dahulu kitab-kitab tauhid yang

dikarang oleh Ibnu ‘Arabi. Pandangan tauhid Ibnu ‘Arabi adalah

serupa dengan pandangan tauhid ASWJ. Kerana itu, tidak

munasabah konsep Wahdat al-Wujud berlawanan dengan fahaman

tauhid yang menjadi pegangan Ibnu ‘Arabi sendiri.15

2) Nur Muhammad

Mengenai Nur Muhammad juga masalah khilafiyyah. Punca

berlakunya khilaf ialah mengenai dalil hadith yang diriwayatkan

oleh Imam Abd al-Razzaq al-San‘ani dalam al-Musannaf.

Golongan yang menolak konsep Nur Muhammad berpendapat

mengenai hadith mengenai Nur Muhammad adalah hadith yang

dhaif. Golongan yang menerima konsep Nur Muhammad

menegaskan hadith yang diriwayatkan oleh Imam ‘Abd al-Razzaq

itu hadith sahih. Di samping itu ada 2 ayat al-Quran yang

menyebutkan secara langsung mengenai Nur Muhammad. Salah

satunya ialah firman Allah:

بين ب م وكت نو ن ٱلل ١٥قدأ جاءكم م

(Al-Maidah 5:15)

Maksudnya: “Sesungguhnya telah

datang kepada kamu daripada Allah satu

15 Sha‘rani, Shaykh ‘Abd al-Wahhab al-, al-Yawaqit wa al-Jawahir fÊ

Bayan ‘Aqa’id al-Akabir. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 1997.

Page 34: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

75

nur dan sebuah kitab yang nyata

kebenarannya.”

Kalimah Nur dalam ayat tersebut, semua ahli tafsir menafsirkan

dengan makna Nabi Muhammad s.a.w. Ayat kedua ialah:

ا ير ا ا م نهۦ وسراج ا بإذأ يا إلى ٱلل ٤٦ودا

(Al-Ahzab 33:46)

Maksudnya: “Dan juga sebagai penyeru

(umat manusia seluruhnya) kepada

agama Allah dengan taufiq yang

diberiNya dan sebagai lampu yang

menerangi”.

ا ير ا ا م Juga ditafsirkan oleh setengah ahli tafsir dengan makna وسراج ا

Nabi Muhammad s.a.w.

3) Rabitah Shaikh

Mengenai Rabitah Shaikh,, pamphlet yang dikeluarkan oleh

setengah pihak berkuasa agama menjelaskan hukumnya haram

seperti menyembah berhala atau menyembah Waad dan Suad yang

dilakukan oleh umat Nabi Nuh a.s. Jabatan yang sama

mengeluarkan satu pamphlet yang lain pada tahun 2010,

menjelaskan Rabitah Shaikh harus.

4) Tawassul

Tawassul pula adalah merupakan masalah khilafiyyah yang sudah

lama bermula dari kemunculan Ibnu Taimiyyah (w, 728H) dengan

pandangannya yang sangat ganjil kerana berlawanan dengan

pandangan ulama’ yang berada di arus perdana pada masa itu.

Banyak kitab telah ditulis kesalahan pandangan Ibnu Taimiyyah

mengenai Tawassul.

5) Martabat Tujuh

Martabat Tujuh juga bukanlah masalah yang besar dan rumit.

Mereka yang tidak menerima konsep Martabat Tujuh pun, pada

hakikatnya berada dalam Martabat Tujuh, tanpa disedari oleh

mereka. Ketujuh-tujuh martabat terdapat dalam al-Quran.

Wahdah, Ahadiah (daripada Ahad), Wahidiah (daripada al-

Wahid), Alam Misal (dalam al-Quran dicontohkan para Malaikat

mengetahui anak-anak Adam a.s. akan membuat kerosakan dan

Page 35: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

76

pembunuhan, mereka dapat tahu daripada Alam Mithal, Di zaman

nabi Allah Yusuf a.s. bermimpi 7 ekor lembu gemuk diikuti

dengan 7 ekor lembu kurus adalah Alam Mithal, wujudnya Alam

Arwah tidak boleh dinafikan. Demikian juga Alam Ajsam iaitu

alam nyata ini dan akhir sekali Alam al-Insan al-Kamil. Al-

Marhum Prof Hamka, yang pada mulanya menolak Martabat

Tujuh, akhirnya beliau menjumpai dalilnya di dalam Al-Quran,

lalu beliau mengakui kebenarannya.

Pembahagian Tasawuf Sunni dan Falsafi

Sebenarnya pembahagian tersebut dilakukan oleh tokoh-tokoh di

luar tasawuf. Secara ringkas mereka mengakui kebenaran Tasawuf

Sunni kerana disandarkan kepada al-Quran dan sunnah, sedangkan

Tasawuf Falsafi lebih banyak dipengaruhi oleh berbagai konsep

yang diragukan kebenarannya seperti kasyaf, karamah, fana’ dan

lain-lainnya. Tasawuf Falsafi juga dianggap banyak dipengaruhi

unsur-unsur mistik dari agama lain. Ramai tokoh-tokoh besar

Islam telah menolak adanya Tasawuf yang tidak didasarkan

kepada al-Quran dan sunnah. Al-Hafiz Imam as-Sayuti (w. 911H)

dalam kitabnya Ta’yid Haqiqatil-‘Aliyyah menegaskan kalaulah

tasawuf itu tidak ada dalilnya dalam sunnah tentulah ahli hadith

seperti dirinya atau seperti Ibnu Hajar Asqolani, atau Abu Nuaym

al-Isfihani merupakan orang yang mula-mula mengatakannya.16

Kesimpulannya pembahagian tersebut merupakan satu isu untuk

memomok-momokkan atau menakut-nakutkan, membimbang-

bimbangkan peminat dan pengamal tasawuf.

1. Kekeramatan

Mengenai kekeramatan, sememangnya wujud di dalam Islam.

Ulama’ Tasawuf menegaskan kalau nabi dan rasul dikurniakan

Allah mukjizat, maka para wali Allah dikurniakan karamah. Orang-

orang yang soleh kadang-kadang dikurniakan ma’unah. Wujudnya

kekeramatan bagi para wali dan ma’unah bagi orang saleh tidak

dapat dinafikan. Apa yang menjadi masalah ialah berbagai

dakwaan bohong yang selalu berlaku dalam masyarakat Islam.

Demikian juga perbezaan antara karamah, ma’unah dengan sihir

dan istidraj masyarakat Islam tidak dapat membezakannya. Selalu

16 Sayuti, Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman ibn al-Kamal Abi Bakr al-, Ta’yid al-

Haqiqah al-‘Aliyyah wa Tashyid al-Tariqah al-Shadhiliyyah. Beirut: Dar al-

Kutub al-‘Ilmiyyah, 2006.

Page 36: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

77

berlakulah kekeliruan mengenai masalah tersebut. Dalam tasawuf

cukup jelas, karamah yang dikehendaki ialah karamah

maknawiyyah. Seperti Ilmu yang luas dan mendalam yang Allah

kurniakan lalu diabadikan sebahagiannya dalam kitab-kitab yang

mereka karang. Seperti juga al-Quran adalah mukjizat Rasulullah

s.a.w. yang terbesar dan kekal hingga hari kiamat.

2. Yaqazah

Yaqazah biasanya diertikan dan dimaksudkan melihat Rasulullah

s.a.w. dalam keadaan jaga atau di dalam mimpi. Menurut Imam

Sayuti dalam kitabnya Tanwir al Halak Fi Jawazi Ru’yatin-Nabi

Wal Malak,17 berlakunya pada orang-orang yang layak adalah

harus, yang menjadi masalah ialah berbagai dakwaan yang bohong.

Golongan sufiyyah tidak terlibat dengan dakwaan yang bohong

tersebut. Pengakuan setengah sufi, bahawa mereka pernah

dikurniakan oleh Allah melihat nabi mempunyai maksud atau

motif sebagai iktibar bukan untuk kebanggaan.

Kesimpulan

Kesimpulannya semua isu dan masalah yang disebutkan tidaklah

meninggalkan impak buruk yang besar dalam tasawuf yang

muktabar di bidang akidah.

Pada hakikatnya, ajaran tasawuf dan tarekat adalah bersumber

daripada al-Qur’an dan al-Sunnah serta berpandukan pada amalan

para Salaf al-Salih. Daripada perbincangan kita sebelum ini

dapatlah disimpulkan bahawa tasawuf dan tarekat adalah ilmu,

metodologi dan tradisi ASWJ yang sahih dan muktabar yang

diwarisi daripada Rasulullah s.a..w dan Salaf al-Salih secara

bersanad daripada satu generasi demi satu generasi. Ia adalah

perincian bagi aspek al-Ihsan sebagaimana yang disebutkan dalam

Hadith Jibril. Malah sebagaimana yang ditegaskan oleh Shaikh

Muhammad bin Siddiq al-Ghumari bahawa barang siapa yang

menolak tarekat sufiyyah iaitulah aspek al-ihsan tersebut, maka

seseungguhnya agamanya adalah cacat.18

17 Sayuti, Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman ibn al-Kamal Abi Bakr al-, Tanwir al-

Halak fi Ru’yat al-Nabiyyi wa al-Malak. Kaherah: Dar al-Ameen, 1993. 18 Isa, ‘Abd al-Qadir, Haqa’iq ‘an al-Tasawwuf, Halab: Dar al-‘Irfan, 2001, hlm.

25.

Page 37: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

78

Rujukan

Baghdadi, ‘Abd al-Qahir ibn Tahir, Al-Farq bayna al-Firaq

wa Bayan al-Firaq an-Najiyyah minhum. Kaherah:

Maktabah Ibn Sina, hlm. 273-274.

Ghazali, Muhammad bin Muhammad al-, Al-Munqidh min

al-Dhalal, dlm. Majmu‘at Rasa’il. Beirut: Dar al-

Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t..

____________, al-IljÉm al-‘AwwÉm an ‘Ilm al-KalÉm,

dlm. Majmu‘at RasÉ’il. Beirut: DÉr al-Kutub al-

‘Ilmiyyah, t.t..

Hujwiri, Ali ibn Uthman, Kashf al-Mahjub. Kaherah: Al-

Majlis al-A‘la li al-Shu’un al-Islamiyyah, 1974.

Ibn ‘Ajibah, Ahmad ibn Muhammad, Ib’ad al-Ghumam ‘an

Iqaz al-Himam fi Sharh al-Hikam. Beirut: Dar al-

Kutub al-‘Ilmiyyah, 2009..

Ibn Rajab, ‘Abd al-Rahman ibn Shihab al-Din, Jami’ al-

‘Ulum wa-Hikam, Juz. 1. Beirut: Mu’assah al-

Risalah, 1999.

‘Isa, ‘Abd al-Qadir, Haqa’iq ‘an al-Tasawwuf, Halab: Dar

al-‘Irfan, 2001.

Kandahlawi, Muhammad Zakariyya bin Muhammad Yahya

al-, Al-Shariah wa al-Tariqah. t.tp. t.t..

Mahmud, Shaykh ‘Abd al-Halim, Qadiyyat al-TaÎawwuf: al-

Munqidh min al-DhalÉl. Kaherah: Dar al-Ma‘arif,

t.t..

Page 38: KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAHqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/KONSEP... · tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis

2017), 42-79

79

Qushayri, Abu al-Qasim al-, Al-Risalah al-Qushayriyyah.

Beirut: Maktabah al-‘Asriyyah, 2005, hlm. 221.

Sayuti, Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman ibn al-Kamal Abi Bakr

al-, Ta’yid al-Haqiqah al-‘Aliyyah wa Tashyid al-

Tariqah al-Shadhiliyyah. Beirut: Dar al-Kutub al-

‘Ilmiyyah, 2006.

_____________, Tanwir al-Halak fi Ru’yat al-Nabiyyi wa

al-Malak. Kaherah: Dar al-Ameen, 1993.

Sha‘rani, Shaykh ‘Abd al-Wahhab al-, al-Yawaqit wa al-

Jawahir fÊ Bayan ‘Aqa’id al-Akabir. Beirut: Dar

Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 1997.