bab 1 konsep teknologi

Post on 24-Jan-2016

65 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

EDU 3053

TRANSCRIPT

Bab 1

Konsep Teknologi Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran

Pengenalan dan Konsep Teknologi

Teknologi ialah keupayaan menggunakan pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan (Galbriath, 1967)

Pengetahuan saintifik- Himpunan ilmu dan pengetahuan yang telah

diuji dan dinyatakan dalam bentuk satu set prinsip am.

- Contohnya: daun memerlukan karbon dioksida, air, dan sinaran matahari dalam proses fotosintesis.

Pengetahuan lain yang tersusun- Walaupun belum diuji dan dibuktikan secara

saintifik , tetapi diterima amalannya sebagai suatu pengetahuan yang benar berdasarkan pengalaman dan pengamatan manusia terhadap sesuatu tindakan.

Teknologi ianya sesuatu yang telah wujud sejak dari zaman kewujudan tamadun manusia ia juga sesuatu yang rapat dengan kehidupan manusia. Teknologi sesuatu yang berkembang mengikut peredaran zaman. Kini ia sangat membantu dalam proses pembelajaran kita.

Definisi yang pertama tentang teknologi pengajaran yang dikenali sebagai komunikasi audiovisual pada tahun 1963

Definisi dalam pengajaran yang seterusnya, iaitu definisi yang dikaitkan dengan mereka bentuk, membina, mengguna pakai, mengurus, menilai, menganalisis, serta mengguna pakai teori dan amalan daripada bidang-bidang lain.

Domain Teknologi dalamPengajaran dan Pembelajaran

Domain Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Domain teknologi pengajaran dan pembelajaran telah melalui dua fasa iaitu :

fasa pertama (1977) – AECT fasa kedua (1994) – Seels dan Richey

Domain Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Fasa Pertama

Dalam fasa pertama, domain teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tiga fungsinya iaitu :

a. Pengurusan pengajaran b. Pengembangan pengajaran c. Sumber pembelajaran

Fungsi pengurusan pengajaran

- Pengurusan organisasi- Pengurusan kakitangan

Fungsi Pengembangan Pengajaran

penyelidikan teori,reka bentuk, Penerbitan,penilaian,pemilihan logistik,

penggunaan,pengedaran

Fungsi Sumber Pembelajaran

Mesej,manusia,bahan,peralatan,teknikseting

pelajar

a. Fungsi pengurusan pengajaran - Bertujuan untuk mengarah,menyelaras,dan

mengawal fungsi yang seterusnya. - Bertanggungjawab memastikan teknologi dalam

pengajaran berjalan dengan lancar. - Disokong oleh dua pihak iaitu; 1.pengurusan organisasi 2.pengurusan kakitangan.

1.0 pengurusan organisasi

- Melaksanakan urusan mentadbir projek yang mencakupi

perkara-perkara seperti ;I. Mengenal pasti keperluan organisasiII. Menentukan matlamat dan objektifIII. Anggaran perbelanjaanIV. Urusan pembelianV. Prosedur pentadbiran bagi hubungan dalam dan

luar organisasi

2.0 pengurusan kakitangan

- Meliputi tugas yang berhubung dengan pengambilan, penyediaan, dan penilaian pekerja.

- Bertanggungjawab memastikan hubungan baik antara pekerja dengan cara mewujudkan keberkesanan komunikasi.

b. Fungsi Pengembangan Pengajaran- Mencakupi aspek menganalisis masalah-masalah

pembelajaran dan seterusnya mereka bentuk, melaksana dan melakukan penilaian dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

- Fungsi ini dapat dilaksanakan melalui beberapa peringkat berikut ;

1. peringkat penyelidikan 2. peringkat mereka bentuk pengajaran 3. peringkat penerbitan 4. peringkat penilaian dan pemilihan 5. peringkat penggunaan 6. peringkat Logistik

c. Fungsi Sumber Pembelajaran - pihak atau bahan-bahan yang berupaya untuk

menyelesaikan masalah. - terdiri daripada Mesej, manusia, bahan, peralatan,

teknik, dan seting - hasil yang telah melalui proses-proses dalam domain pengurusan dan domain pengembangan pengajaran

fungsi contohMesej isi pelajaran

Manusia ibu bapa, guru, dan pelajar

Bahan buku, nota, pita rakaman, modul pembelajaran dan cakera padat

Peralatan projektor, perakam video, pemain cakera padat, televisyen, dan radio.

Teknik perbincangan, sumbanga saran, lawatan, projek, mel elektronik dan lain-lain

Seting bilik darjah, pusat sumber, makmal, bilik muzik, dan bilik seni.

Domain Teknologi dalam P&P Fasa Kedua

TEKNOLOGI ?Dalam kes ini kita boleh melihatnya

dari dua sudut; 1. Teknologi sebagai benda dan

2. Teknologi sebagai proses sosial. (Naughton J, 1986 - Technology in

Schools)

Teknologi sebagai benda yang merupakan penggunaan pengetahuan saintifik kepada tugas yang praktikal dengan organisasi yang melibatkan 2 M's (men and machines) orang dan mesin.

Teknologi sebagai proses sosial iaitu penggunaan kemahiran saintifik dan lain-lain bidang pengetahuan tersusun kepada tugas yang praktikal dengan susunan sistem berhieraki yang mana melibatkan 'men and machines'

Jadi teknologi bukan saja alat untuk perkembangan sains tetapi juga 'perubah' dalam proses sosial.

Hierra, A (1973): Teknologi merupakan suatu set peralatan dan kemahiran yang digunakan untuk memenuhi keperluan komuniti.

Teknologi boleh dijelaskan satu 'proses' - sesuatu yang mana manusia lakukan untuk menyelesaikan masalah atau untuk mencapai tujuan dan 'produk/menghasilkan' seperti peralatan-peralatan, sesuatu yang boleh dirasa dan wujud dan boleh digunakan untuk memenuhi keperluan kommuniti. (Alexander, R.J. ,1980).

Pada tahun 1994- AECT mendefinisikan teknologi dlm P&P yang lebih terkini degan menegaskan bahawa teori dan amalan ialah asas dalam setiap tindakan.

Domain Teknologi dalam P&P Yang Terkini

oReka Bentuk-reka bentuk sistem pengajaran-reka bentuk mesej-strategi pengajaran -ciri- ciri pelajar

oPengembangan/pembangunan-teknologi percetakan-teknologi audiovisual-teknologi berasaskan komputer-teknologi bersepadu

o Penilaian-analisis masalah-pengukuran rujukan kriteria-penilaian formatif-penilaian sumatif

o Pengurusan-pengurusan projek-pengurusan sumber-pengurusan sistem penyampaian -pengurusan maklumat

o Penggunaan-penggunaan media difusi dan inovasi-pelaksanaan polisi dan peraturan

Tujuan teknologi dalam skop P&P yang melepasi persekitaran bilik darjah:

Melahirkan pekerja yang mahir dan produktif

Mewujudkan masyarakat yang bermaklumat serta bijak menggunakan maklumat.

Mewujudkan sistem penyampaian dalam pengajaran bagi membantu mengurangkan masalah pembelajaran dan latihan dalam kalangan pelajar.

Membuka peluang pendidikan yang adil kepada seluruh masyarakat melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Prinsip-prinsip dalam teknologi pendidikanIa hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan

tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan.

ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa.

Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu:    sebelum kegunaan – merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran.    semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek- aspek penting yang dapat membantu pembelajaran.    selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan- soalan, kesimpulan dan penilaian.

ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah.

Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada:    - pengenalan topik    - perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep    - penutup dan kesimpulan topik pelajaran    - penilaian kefahaman terhadap topik

Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang pembelajaran

1.8 Peranan & Kepentingan Teknologi dalam P&PPembelajaran Kendiri:-P&P dapat dijalankan tanpa kehadiran guru

dengan guna bantuan teknologi.-melatih pelajar bertanggungjawab terhadap

perkembangan dan prestasi akademik tanpa bergantung kepada bantuan guru.

-cth: kumpul maklumat dan sediakan peta minda dan bahan grafik untuk senang difahami.

Meningkatkan Keberkesanan Pembelajaran.-bantu guru dalam menyampaikan isi kandungan

pelajaran.-senang difahami oleh murid sekiranya guru

menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang mampu menterjemaahkan maksud yang jelas berhubung dengan penerangan guru.

-cth:dalam tajuk pencemaran sungai, guru boleh tunjuk video aktiviti manusia yang menyebabkan sungai tercemar.

Peluang Belajar Kepada Semua-proses pembelajaran lebih terbuka dan bebas.-peluang belajar kepada semua walaupun tanpa

guru atau sekolah.a-pelajar mampu belajar menguasai sebarang

ilmu dan kemahiran melalui komputer.

BIBLIOGRAFIhttp://www.ctl.utm.my/publications/manu

als/mm/elemenMM.pdf

http://www.geocities.com/ramanujan_asasno/noorhakimi.htm

http://www.educ.upm.edu.my/~rj/5.html

top related