assignment en azmi..gaya bahasa
Post on 08-Jul-2015
195 Views
Preview:
TRANSCRIPT
2.0 ASPEK GAYA BAHASA
Apabila sesebuah pengucapan dilontarkan atau dilantunkan, kita selalunya akan mendapati
terdapat satu bentuk ,rupa atau corak gaya bahasa yang akan digunakan oleh seseorang.
Begitulah juga apabila kita membaca atau mendengar. Selalunya gaya bahasa ini dilakukan
secara sedar atau tidak. Kebolehan gaya bahasa ini terletak pada sejauh mana seseorang
penutur atau penulis itu mahir dan cekap berbahasa. Di dalam bidang kesusasteraan, karya
puisi adalah karya yang begitu kaya dengan penggunaan gaya bahasa.
Orang-orang tua kita dahulu boleh dikatakan sebagai golongan yang memang cekap dan
mahir di dalam menggunakan gaya bahasa semasa mereka berkarya. Kemampuan mereka
menggunakan gaya bahasa yang indah sama ada semasa menulis atau bercakap tidak boleh
disangkal. Keindahan ini dapat kita lihat dalam karya-karya mereka yang diwarisi sehingga
kini seperti di dalam pantun, syair, gurindam, seloka, peribahasa dan sebagainya. Sebagai
contoh simpulan bahasa “berhati batu” yang bermaksud seseorang yang berperangai degil,
tolol dan tidak mendengar kata. Di sinilah dapat kita lihat betapa halusnya bahasa yang
digunakan oleh orang-orang tua dulu yang amat menjaga ketertiban dan kehalusan budi
bahasa di dalam kehidupan.
2.1 Definisi Gaya Bahasa
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat 2005, gaya dapat ditakrifkan sebagai sikap, kesukaan,
ketaksukaan dan cara berkelakuan yang menjadi cirri seseorang . Gaya dalam bidang
penghasilan karya bertulis ialah corak, bentuk, rupa atau pengetahuan tentang penggunaan
kata-kata dan penyusunan ayat. Gaya juga bermaksud satu cara menulis atau bercakap.
Bahasa pula adalah satu alat perhubungan dan terbina daripada kalimat-kalimat. Bloch &
Trager mendefinisikan bahasa sebagai salah satu sistem lambang-lambang pertuturan yang
arbitrari yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung. Manakala mengikut
Kamus Dewan Edisi Keempat 2005, bahasa ditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi suara
yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok manusia (antara seseorang
individu dengan individu yang lain). .
Oleh itu gaya bahasa dapatlah ditakrifkan sebagai cara penulis menggunkan bahasa sebagai
alat untuk menyampaikan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema atau persoalan
melalui karya mereka. Pendita Za’aba mentakrifkan gaya bahasa sebagai rupa susuk bahasa
yang dipakai apabila bercakap atau mengarang. Gaya bahasa juga dikatakan sebagai kekuatan
perbandingan yang dipakai di dalam sesuatu karya. Dengan itu dapatlah disimpulkan bahawa
gaya bahasa merupakan satu corak, bentuk kata-kata dan penyusunan kalimat yang digunakan
sewaktu berhubung diantara satu sama lain secara lisan mahupun tulisan.
Semua pengarang atau penulis akan mencuba sebaik mungkin untuk mencari satu gaya
bahasa yang terbaik sebagai satu cara untuk menarik minat pembaca dalam menghasilkan
satu karya yang hebat. Oleh itu, apabila kita membaca apa jua bentuk tulisan, kita pasti akan
tersua dengan pelbagai gaya bahasa yang cuba digunakan. Cara bagaimana gaya bahasa
digunakan merupakan satu kekuatan berkarya bagi seseorang pengarang. Gaya bahasa ini
dapatlah diibarat sebagai perencah atau penambah perisa untuk menyedapkan sesuatu
makanan yang dimasak.
2.2 Jenis-jenis Gaya Bahasa.
Secara umumnya gaya bahasa dapatlah dibahagikan kepada empat jenis iaitu:
2.2.1- Gaya bahasa perbandingan
2.2.2- Gaya bahasa sindiran
2.2.3- Gaya bahasa penegasan
2.2.4- Gaya bahasa pertentangan
2.3 Gaya Bahasa di dalam Peribahasa
Gaya-gaya bahasa di dalam peribahasa adalah seperti:
2.3.1- Diksi
2.3.2- Simili
2.3.3- Metafora
2.3.4- Personafikasi
2.3.5- Hiperbola
2.3.6- Perlambangan
2.3.7- Inversi
2.3.1 – Diksi
Diksi bermaksud pemilihan atau penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk
mengungkan idea, peristiwa dan lain-lain secara bertulis ataupun lisan. Penulis atau pencipta
peribahasa ini akan memilih kata-kata yang sesuai dengan tema dan persoalan, latar, watak,
mesej yang ada pada ketika peribahasa itu diungkapkan. Sewaktu mencipta peribahasa,
penulis akan merujuk pada persoalan semasa yang berlaku ketika itu. Contohnya apabila
bercakap tentang adat yang mesti dijaga walau apapun yang terjadi. Antara peribahasa yang
berkaitan dengan adat ialah:
a) Dek sukar berkampuh ijuk, nan adat diturut juga. Ertinya: adat yang tidak boleh
ditinggalkan walaupun hidup melarat.
b) Di manabumi dipijak, di situ langit dijunjung. Ertinya: hendaklah menurut adat dan
aturan tempat yang kita diami.
Begitulah juga apabila persoalan, watak atau mesej lain yang dipilih. Kata-kata yang dipilih
itu selalunya akan bersesuaian serta sedap didengar supaya orang yang mendengar tidak
akan terasa hati dan dapat memahami tujuan atau maksud pengungkap peribahasa tersebut.
2.3.2- Simili
Perbandingan yang digunakan oleh penulis bagi menyatakan sesuatu perkara dimana ia
digunakan secara jelas untuk mengungkapkan peribahasa itu. Kata-kata yang biasa digunakan
adalah seperti bagai, umpama, ibarat dan sebagainya. Contohnya seperti:
a) Dicecah orang bagai garam. Ertinyaperempuan yang baru sahaj berkahwin lalu
bercerai.
b) Diidam seperti babi lemak. Ertinya dendam yang tidak habis.
c) Didului bak melanting babi. Ertinya mendului membuat sesuatu pekerjaan itu,
kadang-kadang berhasil baik.
d) Dikembar seperti benang. Ertinya perempuan yang menduakan suaminya.
e) Diluar bagai madu, di dalam bagai empedu. Ertinya lahirnya baik, batinnya jahat.
f) Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau. Ertinya orang pendiam yang
tangkas bekerja dan berfikir.
2.3.3- Metafora
Perbandingan secara langsung di antara satu benda dengan benda yang lain yang ada sifat
kesamaannya. Misalnya, matahari disifatkan sebagai raja siang. Bulan dikatakan sebagai
dewi malam. Pemilihan kata yang digunakan akan menjadi makna yang lain daripada makna
yang tersurat. Ia dalah gabungan antara kata konkrit dan abstrak. Ia berfunggsi untuk
menggerakkan imaginasi pembaca. Contohnya seperti:
a) Diam penggali berkarat. Penggali dibandingkan sebagai ilmu.
b) Diam-diam lepu. Lepu dibandingkan sebagai musuh yang pendiam.
c) Di bawah ketiak orang. Ketiak orang dibandingkan sebagai kekuasaan orang.
2.3.4- Personafikasi
Memberi watak manusia kepada yang bukan manusia. Misalnya, daun kelapa yang disifatkan
sebagai manusia yang boleh melambai, menggamit, bersiul dan sebagainya. Lalu ditulis
sebagai “daun nyiur melambai-lambai”, “daun kelapa menggamit manja” dan sebagainya.
a) Di mana bunga kembang, disitu kumbang banyak. Bunga kembang dimaksudkan
sebagai gadis dan kumbang pula dibandingkan sebagai anak-anak muda.
b) Di mana buah masak, di situ burung banayk tampil. Buah masak diibaratkan sebagai
kesenangan dan burung pula sebagai orang.
c) Di mana kayu bengkok,di sanalah musang meniti. Musang dalam peribahasa ini
bermaksud pencuri.
d) Di mana kelintung berbunyi, di situ kerbau tinggal diam. Kerbau di smakan sebagai
rakyat jelata.
2.3.5- Hiperbola
Hiperbola juga bermaksud bahasa yang melampau-lampau atau bahasa besar. Perkataan ini
juga berasal dari perkataan Latin “ballein” (yang bermaksud melemparkan), iaitu satu gaya
bahasa yang cuba menunjukkan atau membesar-besarkan ataupun melebih-lebihkan sesuatu
perkara atau benda. Contohnya: “darah mengalir menganak sungai” (yang hendak
diibaratkan ialah darah yang mengalir terlalu banyak sehingga penuh anak-anak sungai), “air
yang melimpah-ruah", “kilat sambar-menyambar”, “hancur lebur” dan sebagainya. Ia
berfungsi untuk memukau pembaca.
a) Dikerkah dia menampar pipi, dibakat dia melilit punting. Ertinya tidak mahu
mendiamkan diri terhadap perlakuan yang tidak baik.
b) Dikulum menjadi manikam, dimuntahkan menjadi sekam. Ertinya diam itu lebih baik
dari berkata-kata.
c) Diindang ditampi teras, dipilih antah satu-satu. Ertinya jika hendak mencari isteri,
menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.
2.3.6- Perlambangan
Perlambangan bermaksud symbol yang membawa makna tertentu. Di dalam peribahasa
sememangnya perkataan-perkataan yang digunakan membawa makna yang tertentu.
Contohnya seperti penggunaan madu yang bermaksud sesuatu yang baik dan hempedu pula
pastinya membawa maksud jahar. Begitu juga dengan perkataan bunga dan kumbang di mana
bunga pasti bermaksud perempuan atau wanita dan kumbang pula bermaksud anak muda atau
lelaki.
2.3.7- Inversi
Ia merupakan gaya bahasa pembalikan penyusunan kata dalam satu-satu kalimat. Bahagian
yang penting (predikat) mendahului cerita. Dalam istilah lama (isyilah Zaaba), ia dikenali
sebagai “ayat kena buat” atau ayat pasif. Misalnya: “Air itu diminum oleh saya”, “buku tadi
dibeli oleh ibuku”, “Gambar yang cantik ini dilukis oleh adik saya” dan lain-lain lagi. Ia
bertujuan untuk menimbulkan kelainan penyebutan atau pengucapan bunyi. Contohnya
seperti ditambat tidak bertali, ditatng di anak lidah, ditebuk tikus, ditelan tak sengkang dan
banyak lagi.
Penutup
Semua pengarang atau penulis pasti akan mencuba sebaik mungkin untuk mencari satu gaya
bahasa yang terbaik sebagai satu cara untuk menarik minat pembaca dalam menghasilkan
satu karya yang hebat. Oleh itu, apabila kita membaca apa jua bentuk tulisan, kita pasti akan
tersua dengan pelbagai gaya bahasa yang cuba digunakan. Cara bagaimana gaya bahasa
digunakan merupakan satu kekuatan berkarya bagi seseorang pengarang. Gaya bahasa ini
dapatlah diibarat sebagai perencah atau penambah perisa untuk menyedapkan sesuatu
makanan yang dimasak.
RUJUKAN
Abdullah Hussain. (2004). Kamus istimewa peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Fuad Mat Hassan & Zaitul Azma Zainon Hamzah (2010). Pengkategorian peribahasa
Melayu berdasarkan Aspek Nilai dan Pemikiran: Satu Analisis Pragmatik. Selangor:
Universiti Putra Malaysia.
Aripin Said (1992). Peribahasa dan Pembangunan Masyarakat. Kuala Lumpur: Pelita Bahasa,
Disember 1992: hlm. 46-47
Asmah Hj. Omar (1986). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Indrawati Zahid (1998). Peribahasa Melayu: Satu Klasifikasi yang Tiada Penentu. Kuala
Lumpur: Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 42, (11): hlm. 978-984.
top related