assignment edu3108.doc
Post on 26-Oct-2015
129 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU EDU 3108
A. PENDAHULUAN
Pada hari ini, para pendidik telah memainkan peranan penting di dalam
merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik
pada hari ini juga telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan
kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan
negara.
Guru merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan
keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan
keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi, muallim,
muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi
kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan,
komitmen dan hubungannya dengan Allah. Perpaduan kaum dapat dicapai
sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara
satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.
Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan
betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan
jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan
guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa
berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya
diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia
melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara
professional dan kreatif.
Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran
Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah
memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa. Sebelum
merdeka lagi sudah ada perbincangan mengenai perkara ini iaitu sebelum
Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura (1949) terdapat satu
symposium mengenai ‘Pendidikan Universiti dan Laporan Carr-Saunders’. Di
1
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU EDU 3108
dalam symposium tersebut perbincangan mengenai peranan universiti dan
kedudukan profesion perguruan turut diadakan ( Lim Tay Boh 1948). Di antara
perkara pokok yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah
untuk mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik nanti
akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan
usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat di
dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa
kini.
B. KONSEP PROFESION
Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai
ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi,
khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan,
mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod
etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang
berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956).
Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya
yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan
latihan yang khas.( contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.)
Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara
ringkas konsep profesionalisme sebagai :
Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai
kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta
mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.
Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation)
daripada profesion ( Awang Had Salleh 1980 ).
2
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU EDU 3108
Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh
organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal
kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut .Nilaitara ini menjadi garis panduan
dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya.
C. MAKSUD ETIKA
Etika mengikut bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku
atau kesusilaan,(Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995). Etika juga boleh dianggap
sebagai prinsip moral atau set prinsip moral, ( Kamus Oxford, 1994). Dari
perspektif islam pula etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-
Quran dan ketakwaan kepada Allah.
Oleh itu, Etika Perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau
tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan
ibu bapa pelajar. Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan
profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:
a. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam
profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
b. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab
guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih
faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
c. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini
menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.
d. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini
ataupun di negara lain.
e. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini
dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi
sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
3
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU EDU 3108
D. AKAUNTABILITI KEGURUAN
i. Konsep Akauntabiliti
Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai
bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu.
Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk
memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi
kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut .
Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan
justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang
telah diambil.
ii. Akauntabiliti Keguruan
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud
berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas
merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah,
masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.
iii. Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di
bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru
juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid
berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap
adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani,
emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah
membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang
bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu
4
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU EDU 3108
memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat
terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan
berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus
juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana
seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang
demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di
benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya. 3.2 Diri
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar
dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di
kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang
ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru
hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi
pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan
kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan
tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap
peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah
memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh
melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang
boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.
iv. Akauntabiliti Guru Terhadap Sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga
bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah.
Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti
terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas
mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti
sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia
mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran
sekolah.
5
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU EDU 3108
v. Akauntabiliti Guru Terhadap Masyarakat Dan Negara
Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk
menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-
prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar
dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru
hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil
bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru
hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu
bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam
segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa
berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar,
masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar
yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia,
bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di
tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli
masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan
ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima
oleh masyarakat .
vi. Akauntabiliti Guru Terhadap Profesion Keguruan
Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan
berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi
pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan
seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak
pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi
6
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU EDU 3108
pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru
juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang
betul dan tepat.
E. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU DALAM MENGAMALKAN
AKAUNTABILITI
Ada murid yang belajar hanya dari guru di sekolah, disuapi ilmu dan didik
habis-habisan. Ada yang hanya belajar dari katak yang melompat atau angin yang
menghembus pelan lalu berubah menjadi badai yang memporak-perandakan kota
dan desa. Ada yang belajar dari buah manggis yang jatuh di samping bulan yang
tergantung di langit tanpa tangkai. Ada guru yang banyak berkata tanpa berbuat.
Ada yang lebih pandai berbuat daripada berkata. Ada yang mengadunkan kata
dan perbuatan. Yang istimewa di antara mereka adalah apabila kita melihatnya
terus akan mengingatkan kita kepada Allah, ucapannya akan menambah amalan
kita dan amalnya membuatkan kita semakin cinta akhirat. Inilah guru yang sukar di
cari ganti, tetapi ianya dapat diasus di setiap peringkat.
Guru merupakan asas kepada sesuatu pembangunan, dalam erti kata yang
lain guru ialah insan yang berperanan dan bertanggungjawab dalam mendidik di
setiap peringkat masyarakat. Dalam merempuh arus pembangunan di seluruh
pelusuk dunia ini, pelbagai cabaran yang harus diredah oleh guru bagi mendidik
masyarakat supaya tidak terjerumus ke dalam kegelapan kejahilan. Oleh itu
peranan dan tanggungjawab guru menjadi semakin rumit.
Dari segi bahasanya, peranan seorang guru bermaksud bidang tugas yang
dipegang olehnya. Manakala tanggungjawab seorang guru pula membawa
maksud kewajipan yang dipikul olehnya. Oleh yang demikian guru bukanlah hanya
berperanan dalam mendidik masyarakat sejagat, bahkan ianya juga
bertanggungjawab atas setiap yang dididiknya.
Sebagai seorang guru, kita haruslah mengetahui segala peranan dan
tanggungjawab kita. Ini kerana ramai yang bergelar guru tetapi mengabaikan
7
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU EDU 3108
setiap tanggungjawab. Di sini marilah kita menghayati setiap peranan dan
tanggungjawab guru.
i. Guru Sebagai Tenaga Pendidik
Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu dia juga dilatih
untuk menguasai segala kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan
segala ilmu kepada seluruh masyarakat khususnya kepada pelajarnya. Oleh itu
guru sebagai pengamal ilmu perlulah memainkan peranan bagi menyampaikan
ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada pelajarnya.
Guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu pengetahuan
khususnya kemahiran mengajar seperti:
Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia.
Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta
mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala.
Memperolehi ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar.
Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang dapat mewujudkan murid
menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dengan sempurna.
Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru haruslah menyedari
tugas dan amanah yang telah diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi
yang akan menjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu
diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran pada setiap
zaman. Untuk menghadapi cabaran ini, guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha
melengkapkan diri mereka dari masa ke semasa.
Sekolah sebagai satu institusi masyarakat perlu mementingkan perkembangan
dan perubahan tingkahlaku pelajar dan kehendak masyarakat. Justeru itu,
8
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU EDU 3108
persekolahan yang berorganisasi itu perlu memainkan peranan dalam
mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik, misalnya
perkara-perkara yang berkaitan dengan moral. Oleh itu guru di sekolah perlu
memainkan peranan sebagai agen memodenkan masyarakat dalam semua
bidang perkembangan semasa dan kemajuan. Ini bermakna pendidikan di sekolah
perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan
pelajar serta membawa perubahan semasa.
ii. Guru Sebagai Pengarah Pembelajaran
Di dalam kelas, guru berperanan sebagai pengarah pembelajarana. Segala
gerak kerja yang berlaku haruslah dirancang dengan sempurna. Walaupun begitu,
guru-guru juga perlu untuk merangka aktiviti yang baru bagi mengelakan
kebosanan. Hal mengenai ini sering kali berlaku kepada pelajar-pelajar yang di
peringkat menengah. Bagi mengelakan masalah ini, segala pembelajaran tidak
harus di lakukan sepenuhnya di dalam kelas, bahkan ianya akan menjadi lebih
seronok sekiranya di lakukan di luar kelas.
iii. Guru Sebagai Ibu Bapa Kepada Pelajar
Ibu bapa merupakan guru yang paling utama dalam membentuk akhlak anak-
anak mereka ketika mana bersama dengan mereka . setelah musim persekolahan
bermula, kebanyakan pelajar menghabiskan masa mereka di sekolah. Oleh yang
demikian gurulah yang berhak bertindak sebagai ibu bapa mereka yang kedua.
Sekolah juga merupakan sebuah institusi sosial yang melatih generasi muda
supaya berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Hal ini dapat dicapai sekiranya
guru-guru memberi perhatian yang bersungguh-sungguh bagi menangani gejala
sosial yang dihadapi oleh masyarakat.
Dalam menangani masalah sosial pelajar ini semua pihak perlu merasa ini
adalah tanggunjawab bersama. Pihak sekolah dan guru-guru perlu memainkan
peranannya manakala masyarakat dan ibu bapa perlu memberi kepercayaan
9
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU EDU 3108
kepada pihak sekolah dalam melaksanakan tugas berat ini. Namun demikian,
kebelakangan ini terdapat petanda peranan sekolah dalam menangani masalah
akhlak dan moral terlalu lemah. Ini disebabkan oleh kelemahan-kelemahan guru
dan ibu bapa seperti hubungan interpersonal yang renggang, guru yang kurang
bermotivasi dan berdedikasi, hubungan guru dan murid yang tidak harmoni,
kurang keperihatinan yang ditunjukkan oleh guru-guru terhadap masalah murid,
tekanan sosial dan emosi yang tinggi yang dihadapi oleh murid di sekolah,
Masalah sosial yang membabitkan murid sekolah semakin meningkat dan
membimbangkan kerana sekolah yang merupakan institusi sosial semakin
renggang hubungannya dengan masyarakat setempat. Banyak masalah murid
dan masalah masyarakat dengan sekolah khususnya yang bersabit dengan hal-
hal personal murid dan hal pendidikan masyarakat setempat tidak dapat ditangani
dengan berkesan oleh pihak sekolah.
Pengasingan sekolah daripada masyarakat semakin menjadi-jadi berikutan
dengan tindakan yang diambil oleh pihak sekolah menguatkuasakan perintah dan
amaran-amaran keras terhadap ibu bapa yang dianggap sebagai penceroboh.
Hubungan yang terlalu formal yang dikuatkuasakan oleh pengetua atau guru
besar di setengah-setengah sekolah menjadikan sekolah seolah-olah satu institusi
sosial yang berjauhan antara dua pihak. Ini menyebabkan banyak konflik dan
masalah yang timbul di antara guru-guru, murid, ibu bapa dan masyarakat
setempat.
iv. Guru Sebagai Pendisiplin
Guru juga insan yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta
membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai
dan norma masyarakat. Sejak kewujudan institusi persekolahan di negara ini, tiap-
tiap buah sekolah sama ada sekolah menengah ataupun sekolah rendah perlu
melantik seorang guru yang bertindak sebagai guru disiplin. Tugas guru disiplin ini
10
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU EDU 3108
adalah untuk memastikan tiap-tiap pelajar di sekolah tersebut mengikut undang-
undang yang ditetapkan. Pelajar-pelajar yang didapati melakukan kesalahan akan
dipantau oleh guru disiplin.
Guru disiplin amat dihormati dan ditakuti oleh kebanyakan pelajar. Denda yang
setimpal akan dikenakan sekiranya pelajar tersebut melakukan kesalahan. Isunya
sekarang, adakah tugas guru disiplin sekarang dihormati dan menjadi batu
penghalang kepada pelajar untuk melakukan sesuatu kesalahan?. Kehadiran guru
disiplin di sekolah seolah-olah tidak dihiraukan oleh pelajar hatta pihak sekolah
sendiri. Sekolah lebih memberi tumpuan untuk meningkatkan pencapaian
akademik pelajar. sesetengah sekolah sanggup untuk memperuntukan sejumlah
wang ke arah kecemerlangan akademik dengan mengabaikan masalah-masalah
displin pelajar. Pihak pentadbir akan mendabik dada sekiranya sekolahnya
terdapat ramai pelajar mendapat ‘A’ dalam peperiksaan ataupun 100% lulus
dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Sekolah tidak mengambil kira nilai-nilai
yang ditonjolkan oleh setiap pelajarnya asalkan matlamatnya tercapai iaitu
mendapatkan sebanyak mungkin pelajar mendapat ‘A’.
Masalah pelajar tidak menghormati guru disiplin semakin runcing apabila
terdapat campurtangan ibu bapa yang lebih menyebelahi pelajar. Terdapat satu
kes pada penghujung tahun 1996, seorang guru disiplin dihadap ke muka
pengadilan kerana merotan seorang murid yang melakukan kesalahan disiplin.
Seolah-olah di sini guru disiplin tidak dihiraukan di sekolah. Dengan demikian guru
disiplin akan merasa tugas dan komitmen yang disumbangkan untuk mengawal
disiplin dan salah laku pelajar adalah sia-sia dan tidak memberi kesan . Oleh itu
unit displin di sekolah-sekolah sekarang ini tidak dapat menolong untuk
membenteras gejala sosial dengan sewajarnya.
v. Guru Sebagai Contoh Model Hidup
11
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU EDU 3108
Guru adalah sebagai contoh hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh
teladan kepada pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah
dapat diterapkan dalam jiwa pelajar.
Pada masa kini, masyarakat Malaysia merupakan masyarakat perindustrian
yang maju dalam teknologi telah mengalami perubahan sosial yang pesat. Oleh itu
guru di sekolah juga hendaklah memainkan peranan sebagai agen memodenkan
masyarakat dalam semua bidang bagi mencapai kemajuan. Ini bermakna,
pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan
perkembangan sifat perseorangan pelajar mengikut arus pembaharuan semasa.
Ini selaras dengan wawasan negara, yang mementingkan kemajuan teknologi
maklumat supaya konsep pendidikan negara bercorak ke arah bercirikan teknologi
secara saintifik. Dalam kata lain tanggungjawab guru ini menjadi semakin berat
dan komplek kerana rakyat masa depan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja
perlu diterapkan dari segi pemikiran dengan nilai teknologi tinggi semata-mata,
tetapi perlu diseimbangkan dengan nilai moral dan etika yang murni.
Jika kita lihat untuk mengimbangi faktor ini sukar untuk dicapai. Selaras
dengan kemajuan teknologi. Kini masalah keruntuhan moral pelajar semakin
menjadi-jadi. Baru-baru ini di dalam akhbar tempatan turut menyuarakan pendapat
dan rungutan ibu bapa mengenai masalah anak dan komputer. Seorang bapa
mengadu tingkahlaku anaknya berubah menjadi liar dan berperangai tidak
senonoh berikutan dengan pertambahan pengetahuan dan maklumat dari internet
yang tidak bertapis. Pelajar mudah mendapatkan sebarang maklumat sama ada
sesuai atau tidak dengan cara yang lebih mudah di zaman kemajuan teknologi
maklumat kini. Penerapan nilai murni dan ketahanan jiwa pelajar perlu disemai
oleh guru sebagai pendidik di sekolah di samping ibu bapa di rumah. Sekiranya ia
tercicir dari landasan untuk mencapai hasrat ini maka akan timbul masalah di
kalangan pelajar seperti wujudnya pelbagai masalah yang menjurus mereka ke
arah keruntuhan akhlak remaja masa kini. Sehubungan dengan itu guru perlu
12
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU EDU 3108
berpaling kepada tugas-tugas yang lebih mencabar dan menguji kewibawaan guru
tersebut di samping tugas utamanya sebagai penyampai ilmu pengetahuan.
vi. Guru Sebagai Kaunselor
Masalah disiplin yang kian menjadi-jadi dewasa ini, pihak kementerian
pendidikan tidak berdiam diri malah telah mengambil berbagai-bagai langkah
untuk mengatasinya. Antaranya program penting telah diambil ialah mewajibkan
tiap-tiap buah sekolah mengadakan unit kaunseling untuk membantu pelajar yang
bermasalah. Pada awal tahun 1996 kementerian pendidikan telah mengarahkan
tiap-tiap buah sekolah di Malaysia menempatkan sekurang-kurangnya dua orang
kaunselor sepenuh masa bagi menangani masalah pelajar tidak hanya dari sudut
akademik malah termasuk masalah peribadi pelajar. Kaunselor perlu prihatin dan
peka terhadap setiap masalah pelajar.
Namun persoalannya, mampukah program seumpama ini menangani atau
sekurang-kurangnya mengurangi masalah pelajar dari sudut akademik, peribadi
ataupun tingkahlaku pelajar ?. Jika dikaji dengan mendalam, unit kaunseling yang
beroperasi di sekolah telah wujud sejak tahun 1964 lagi, tetapi lebih dikenali
sebagai perkhidmatan bimbingan kerjaya. Bimbingan kaunseling dan Pembimbing
Rakan Sebaya (PRS) pula mula dikenali dalam tahun 1980 an. Kewujudan PRS
ini seolah-olah tidak memberi sebarang makna kerana peranannya agak kabur
dan tidak ditonjol sepenuhnya. Kewujudannya seperti kelab dan persatuan ko-
kurikulum yang lain di sesebuah sekolah. Buktinya, sehingga hari ini masih lagi
terdapat pelajar-pelajar yang terbabit dengan pelbagai masalah sosial atau kes
salah laku seperti kes juvana yang menyebabkan pihak polis terpaksa campur
tangan terutamanya di sekolah yang terletak di kawasan-kawasan bandar. Berita-
berita ini sering di dedahkan di dada-data akhbar. Menurut laporan yang
13
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU EDU 3108
dikeluarkan oleh majalah MASSA, Mac 1997, jumlah tangkapan pelajar dalam
pelbagai salah laku meningkat iaitu pada tahun 1994 jumlah tangkapan 3247
pelajar, tahun 1995 jumlah tangkapan 4192 pelajar dan pada tahun 1996 jumlah
tangkapan meningkat lagi dari tahun sebelumnya iaitu sebanyak 4601 pelajar.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak polis Bukit Aman Kuala
Lumpur, jumlah tangkapan kes juvana mengikut pecahan umur 10 tahun hingga
18 tahun dari tahun 1993 hingga 1995 amat membimbangkan. Dalam tahun 1995,
bilangan pelajar yang ditanggap kerana kes juvana sahaja dari umur 10 tahun
hingga 18 tahun adalah seramai 4,192 orang. Ini belum lagi dicampur dengan
jumlah pelajar yang terbabit dengan kesalahan tingkahlaku. Walaupun tidak
semua tangkapan kes juvana melibatkan pelajar sekolah tetapi secara
rambangnya tahap umur 10 tahun hingga 18 tahun melayakkan mereka
dikategorikan sebagai pelajar. Sekiranya mereka tidak terkandas dalam
peperiksaan, dibuang sekolah atau malas belajar mereka masih di alam
persekolahan.
Menyedari hakikat inilah, Kementerian Pelajaran mengambil keputusan untuk
mewujudkan perkhidmatan kaunselor sepenuh masa yang bersifat proaktif dan
bertaraf profesional di setiap sekolah menengah secepat yang mungkin.
Walaupun begitu, kewujudan kaunselor sepenuh masa masih lagi belum cukup
untuk mengurangkan permasalahan ini. Bagi langkah berjaga-jaga semua guru di
setiap peringkat haruslah di beri khusus sebagai kaunselor. Hal ini bagi
meperbanyakkan kaunselor di setiap sekolah. Guru-guru haruslah sentiasa
memantau segala gerak kerja murid-muridnya supaya mereka tidak terjerumus ke
dalam alam yang tidak berfaedah.
Mewujudkan ramai kaunselor di tiap-tiap buah sekolah amat dialu-alukan.
Bagaimanapun, selain daripada menumpukan perhatian di dalam mewujudkan
kaunselor di sekolah-sekolah, perkara penting yang perlu di beri perhatian ialah
kemudahan untuk kaunselor menjalankan tugas mereka. Guru-guru perlu di beri
14
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU EDU 3108
kefahaman mengenai tugas kaunselor agar pihak guru dan kaunselor dapat
bekerjasama antara satu sama lain.
Kehadiran guru kaunselor di sekolah-sekolah dijangkakan dapat menangani
masalah pelajar kerana mereka dapat memberikan tuampuan sepenuhnya kepada
pelajar. Sebelum ini guru ‘biasa’ ditugaskan sebagai kaunselor secara tidak
langsung. Beban tugas mengajar tidak dapat memberi peluang kepada guru untuk
memberi perhatian yang sewajarnya kepada pelajar yang bermasalah. Kehadiran
guru kaunselor di sekolah amat penting kerana selain daripada menyelesaikan
setiap permasalahan pelajar malah beritndak membentuk generasi yang
berketrampilan dalam apa jua bidang yang diceburi di samping mengenali hakikat
diri mereka.
Kesimpulan
Sebagai seorang guru yang berada di alam yang serba canggih ini kita
haruslah bergerak pantas seperti mana alam ini bergerak. Seorang guru yang
ketinggalan akan menyebabkan kecuaian terhadap muridnya. Bagi cadangannya
di sini, saya menyarankan kepada seluruh warga yang bergelar pengajar supaya
menimba segala ilmu pendidikan supaya kita tidak terleka seperti katak yang
berada di bawah tempurung. Guru merupakan seorang pendidik yang di beri
amanah supaya membimbing masyarakat ke jalan yang berilmu bukanlah sebagai
pembimbing kejalan keduniaan semata-mata. Ingatlah wahai guru-guru sekalian
bahawa setiap yang kumu pimpin akan disoal kelak.
15
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU EDU 3108
Rujukan
Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim :
Quantum Books.
Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur :
Fajar Bakti.
Awang Had Salleh, 1980. “ Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan kini
dan arah yang dituju”. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember.
Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman.
Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
16
top related