asigment k hidup sem 1
Post on 31-Jul-2015
747 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SOALAN TUGASAN
Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai suatu keadaan terpelihara atau terhindar daripada
bahaya, bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Jika
dilihat dari konteks keselamatan kerja ia boleh didefinisikan sebagai ilmu dan penerapan
teknologi untuk meningkatkan keselamatan yang berkaitan dengan alat kerja, proses
kerja, tempat kerja dan kawasan lingkungannya.
Jawab persoalan berikut berasaskan penyataan yang dinyatakan di atas merujuk kepada
bengkel Kemahiran Hidup di sekolah anda.
1. Huraikan punca-punca kemalangan dalam kerja-kerja mekanikal. Anda juga
dikehendaki menjelaskan contoh proses kerja mekanikal yang boleh menyebabkan
kemalangan berlaku.
(10
markah)
2. Huraikan langkah-langkah keselamatan yang boleh di ambil oleh pihak pengurusan
sekolah anda untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan.
(5 markah)
3. Program pencegahan kemalangan diperkenalkan untuk mencegah kemalangan
berlaku di bengkel kemahiran hidup.
Huraikan perlaksanaan pencegahan kemalangan yang dilaksanakan di sekolah
anda. Huraian perlu menyentuh langkah-langkah pencegahan dan tindakan
pencegahan.
(10
markah)
4. Jelaskan tindakan yang perlu anda ambil jika berlaku kemalangan semasa
menjalankan kerja amali di bengkel kemahiran hidup.
(10
markah)
(Jumlah : 35 markah)
1
PENGENALAN
Bengkel Kemahiran Hidup adalah tempat melakukan aktiviti kemahiran yang
pelbagai. Aktiviti pembelajaran dan amalan kerja praktis memerlukan organisasi dan
peraturan keselamatan yang menyeluruh. Organisasi bengkel dan peraturan keselamatan
diwujudkan agar:
1. Proses pembelajaran berjalan dengan lancar melalui interaksi antara guru dengan
murid.
2. Kerja-kerja praktis membuat aktiviti, proses dan projek dapat dilaksanakan dengan
teratur dan sistematik.
3. Keadaan bengkel sentiasa bersih, kemas, serta selamat digunakan.
4. Perkakas, peralatan dengan dan bahan-bahan disusun dengan teratur agar mudah
untuk diambil.
Sesebuah bengkel yang bersih, kemas dan teratur dapat diwujudkan melalui
kerjasama murid-murid di bawah penyeliaan guru.
Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai suatu keadaan di mana keadaan di
sekeliling terpelihara dan terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan yang boleh
menyebabkan berlakunya kemalangan. Keselamatan kerja pula ditakrifkan sebagai ilmu
dan penerapan teknologi untuk meningkatkan keselamatan yang berkaitan dengan alat
kerja, proses kerja, tempat kerja dan kawasan lingkungannya.
Setiap pelajar perlu mematuhi peraturan-peraturan bengkel untuk mengelakkan
kemalangan, kecederaan dan kerosakan alatan tangan. Peraturan keselamatan bengkel
terdiri daripada aspek keselamatan yang perlu diutamakan merangkumi :
1. Keselamatan diri
2. Keselamatan alatan dan bahan
3. Keselamatan tempat kerja
2
Berita mengenai kemalangan di tempat kerja sering kita dengari sama ada melalui
media atau apa yang kita lihat sendiri. Sama ada berita kemalangan yang dilaporkan
sudah kerap kali berlaku atau berulang atau kemalangan itu berlaku di tempat yang sama
atau di tempat lain. Kejadian seperti ini memberi gambaran, bagaimana kita sering tidak
mengambil peduli apa yang telah berlaku dan kesan daripadanya berlaku kemalangan
yang dianggap sebagai lumrah kehidupan pada masa sekarang.
PERATURANKESELAMATAN
BENGKEL
Keselamatandiri
Keselamatanalatan dan
bahan
Keselamatantempatkerja
3
Punca-punca kemalangan dalam kerja-kerja mekanikal boleh berlaku akibat
daripada :
1. PUNCA-PUNCA KEMALANGAN DALAM KERJA-KERJA MEKANIKAL
Seringkali kita melihat dan mendengar kemalangan yang berlaku dalam bidang
kerja mekanikal adalah berkait dengan penggunaan jentera atau alat pengendaliannya.
Antara punca kemalangan utama yang berlaku adalah akibat daripada kecuaian atau
kalalaian pengendalinya sendiri. Di dalam bengkel Kemahiran Hidup di sekolah
adakalanya berlaku kemalangan yang berpunca daripada kecuaian pelajar itu sendiri. Apa
yang terjadi adalah pelajar itu sendiri yang tidak mahu mematuhi arahan yang telah
ditetapkan apabila berada di dalam bengkel.
Antara masalah lain yang timbul adalah sikap pelajar yang degil menggunakan
peralatan mesin atau perkakas yang lain dengan cara yang salah atau menggunakan
peralatan di dalam bengkel sambil bergurau senda bersama pelajar yang lain. Dari segi
pemilihan alatan juga hendaklah di ambil kira, iaitu jenis dan saiz alatan penting dalam
penggunaannya serta alatan berada dalam keadaan baik. Contohnya, menggunakan
gergaji yang salah dalam proses memotong kayu atau mengetuk paku dengan playar atau
gandin kayu. Keadaan ini akan menyebabkan berlaku kemalangan kecil seperti luka atau
cedera.
PUNCA KEMALANGAN DALAM KERJA-KERJA MEKANIKAL
PUNCA KEMALANGAN DALAM KERJA-KERJA MEKANIKAL
1. Kecuaian atau kelalaian pekerja1. Kecuaian atau kelalaian pekerja
2. Keadaan peralatan atau perkakasan2. Keadaan peralatan atau perkakasan
3. Keadaan benda kerja dan kawasan kerja
3. Keadaan benda kerja dan kawasan kerja
4
Selain daripada itu juga, seseorang yang tergesa-gesa melakukan sesuatu kerja
tanpa mendengar arahan atau membaca arahan dan amaran menyebabkan sesuatu yang
tidak diingini akan berlaku sekiranya kita tidak memperdulikan arahan atau amaran
tersebut. Contohnya, semasa kerja-kerja elektrik, pelajar haruslah memasang mentol
yang telah diberi dan mendengar arahan terlebih dahulu, sekiranya tidak mengikut arahan
tersebut sudah pastilah berlaku litar pintas atau kejutan elektrik.
Kekemasan diri juga penting dalam mengendalikan sesuatu di dalam bengkel
Kemahiran Hidup. Keadaan diri yang tidak kemas seperti berambut panjang, pakaian
yang terlalu longgar atau besar, memakai barang perhiasan dan sebagainya akan
mendatangkan kecelakaan pada diri sendiri. Kadang kala ada juga pelajar yang memakai
kasut selipar semasa menjalankan kerja amali, jika sesuatu alatan yang berat terjatuh, ini
akan mengakibatkan kecederaan.
Seterusnya punca kemalangan dalam kerja-kerja mekanikal akibat kecuaian
pelajar itu sendiri adalah tidak menggunakan peralatan perlindungan dengan cara yang
betul. Contohnya, tidak menggunakan pelindung muka atau cermin keselamatan (gogel)
apabila melakukan kerja yang boleh membahayakan mata dan tidak memakai sarung
tangan semasa kerja-kerja pertanian yang melibatkan baja atau racun.
Punca-punca kemalangan dalam kerja mekanikal yang lain adalah dari segi
peralatan dan perkakasan dalam bengkel Kemahiran Hidup. Akibat daripada kelalaian
guru atau pelajar, ada sesetengah peralatan yang ada dalam bengkel Kemahiran Hidup
tidak diperiksa dengan baik. Contoh situasi yang boleh menyebabkan kemalangan akibat
daripada alatan atau perkakasan yang tidak diperiksa ialah mata pahat yang tumpul, kikir
yang sudah hilang hulunya (pemegang), mata gerudi yang longgar, gergaji yang tumpul
dan bebagai-bagai lagi. Ini semua boleh mengundang kemalangan terutama pelajar yang
masih kurang pengetahuan dalam bidang yang baru dipelajarinya.
Selain daripada itu juga ada segelintir pelajar yang mengambil sikap tidak peduli
dan tidak mahu bertanggungjawab apabila ada sesuatu alatan yang didapati rosak atau
tidak boleh digunakan. Mereka tidak melaporkan sebarang kerosakan pada guru,
malahan alat tersebut terus digunakan . Ini akan mengakibatkan alatan yang rosak itu
akan terus digunakan oleh pelajar yang lain. Sepatutnya sebarang kerosakan atau
kehilangan alatan atau bahan perlulah dilaporkan pada guru untuk direkodkan dan
diselenggarakan.
5
Keadaan peralatan dan perkakasan yang akan digunakan oleh seseorang pelajar,
perlulah memahami dan mengetahui cara mengguna dan memberhentikan mesin.
Mengubah kedudukan sebarang pengadang dan penutup mesin semasa mesin sedang
bergerak akan mengundang bahaya. Seseorang yang tidak mengetahui bagaimana
caranya mengendali sesuatu mesin akan mengakibat berlakunya kemalangan. Selain itu
juga pelbagai alatan yang digunakan tidak disimpan di tempat yang selamat atau dalam
erti kata yang lain dibiarkan bersepah. Contohnya paku-paku kecil yang digunakan oleh
pelajar dalam kerja kayu dibiar bertaburan. Ini sudah tentulah akan menyebabkan
berlakunya kecederaan.
Keadaan benda kerja dan kawasan kerja yang tidak sempurna juga adalah
punca kemalangan dalam kerja-kerja mekanikal di sekolah. Kemudahan keselamatan
yang terdapat di sekeliling adakalanya tidak diambil peduli oleh segelintir pelajar yang ada
di dalam bengkel.
6
2. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Kenapakah langkah-langkah keselamatan mesti dipatuhi semasa di dalam bengkel
Kemahiran Hidup di sekolah ? Langkah-langkah keselamatan mesti dipatuhi adalah untuk
menjaga keselamatan pelajar itu sendiri, menjaga keselamatan rakan sekerja serta
melindungi alat atau mesin yang digunakan.
Langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil untuk mengelakkan berlakunya
kemalangan di bengkel Kemahiran Hidup di antaranya ialah :
a. Keselamatan diri
Memakai pakaian yang sesuai semasa menjalankan kerja amali seperti
apron.
Memakai kasut yang bertutup dan bertapak getah ketika bekerja.
Melipat lengan baju jika memakai baju yang berlengan panjang.
Pastikan mengikat rambut yang panjang dan kain tudung yang kemas bagi
murid perempuan.
Sentiasa patuhi arahan guru, jangan masuk dan keluar bengkel tanpa
kebenaran guru.
Jangan bermain atau bergurau ketika berada di dalam bengkel.
Melaporkan sebarang kecederaan atau kemalangan dengan segera kepada
guru untuk mendapatkan rawatan.
Pakaian yang sesuai semasa berada di dalam bengkel
7
b. Keselamatan alatan dan bahan
Alatan dan bahan di dalam bengkel diletakkan di tempat yang dikhaskan,
seperti kayu, logam, paku dan skru.
Alatan disusun pada rak atau panel alatan dengan teratur.
Bahan mudah terbakar seperti cat,syelek, thinner, turpentin dan spirit di
simpan dalam bekas khas yang jauh daripada sumber api serta labelkan
nama bahan-bahan ini.
Gunakan peralatan dan bahan dengan cermat, bersihkan alatan dan simpan
semula di tempat asal selepas digunakan.
c. Keselamatan tempat kerja atau bengkel
Ruang tempat kerja perlu sentiasa bersih, kemas dan teratur.
Pastikan alat kawalan dan perlindungan elektrik di bengkel berfungsi dengan
baik.
Lantai bengkel perlu kering dan tidak ada sebarang kesan minyak.
Kerja -kerja membersih dan mengemas bengkel perlu dilakukan setiap kali
selepas pembelajaran berakhir.
Pastikan tempat kerja mempunyai cahaya yang cukup terang dan peredaran
udara yang baik.
Sekiranya timbul keadaan yang berbahaya, laporkan kepada guru dengan
segera
Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel.
Pastikan kotak pertolongan cemas disediakan dalam bengkel. Kotak
pertolongan cemas mengandungi bahan-bahan seperti:
a. Ubat kuning atau iodin
b. ubat antiseptik
c. kapas atau kain kasa
d. pembalut atau plaster
e. gunting
f. forsep dan pin
Kotak pertolongan cemas mengandungi bahan-bahan yang diperlukan untuk
merawat kecederaan ringan. Ubat-ubat yang tersimpan di dalam kotak pertolongan cemas
mesti dilabelkan dan disimpan di tempat yang mudah dilihat dan mudah diambil apabila
berlaku kemalangan atau kecederaan dalam bengkel.
8
Pastikan setiap bengkel dilengkapi dengan alat pemadam api. Alat pemadam api
yang biasa diletakkan di bengkel adalah dari jenis ABC yang mengandungi bahan yang
sesuai untuk memadam semua jenis punca api samada kayu, kertas, minyak, gas dan
elektrik.
Contoh Organisasi Bengkel dan Keselamatan di Sekolah
9
3. PROGRAM PENCEGAHAN KEMALANGAN DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
Kemalangan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan atau kejadian yang tidak
dijangkakan atau diduga. Peristiwa atau kejadian ini berlaku tanpa disengajakan akibat
sebab-sebab yang kita tidak ketahui. Seseorang pekerja yang melakukan pekerjaan yang
tidak selamat dan bekerja dalam persekitaran yang tidak selamat boleh menyebabkan
sesuatu kemalangan itu berlaku.
Di sesebuah sekolah berbagai program pencegahan kemalangan dilaksanakan,
terutamanya di bengkel atau makmal. Perlaksanaan ini menjurus kepada bagaimana
pihak sekolah dapat membendung berlakunya sesuatu kemalangan samada melibatkan
pelajar atau pun tidak.
Di antara program pencegahan kemalangan yang boleh dilaksanakan di Bengkel
Kemahiran Hidup adalah seperti memberi penerangan secara ringkas kepada pelajar
semasa awal waktu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, kedudukan alatan yang
tersusun tidak boleh disentuh atau diguna tanpa kebenaran guru pada masa itu.
Selain itu, kerjasama pelajar untuk memberitahu guru mengenai sesuatu alatan
yang rosak adalah amat diperlukan supaya kerosakan tersebut dapat dibaiki atau
digantikan dengan peralatan yang baru. Contohnya, soket elektrik yang rosak perlu
diambil tindakan segera bagi mengelakkan litar pintas, renjatan elektrik atau sebarang
kejadian yang tidak diingini.
Mengadakan satu taklimat untuk menunjukkan kepada para pelajar bahan-bahan
yang merbahaya di dalam bengkel dan perlu disimpan di tempat yang betul merupakan
salah satu program pencegahan kemalangan yang boleh dijalankan di sekolah.
Contohnya, bahan seperti racun, thinner, spirit dan sebagainya perlu disimpan di tempat
selamat dan jauh daripada gas.
Kesemua program pencegahan kemalangan yang dinyatakan adalah bertujuan
untuk menghindarkan daripada berlakunya kemalangan yang boleh menyebabkan
kecederaan atau keadaan yang membahayakan kepada pekerja atau pelajar, guru dan
kakitangan lain serta kelengkapan dan peralatan itu sendiri.
10
Langkah-langkah pencegahan kemalangan yang dilaksanakan di sekolah
antaranya ialah :
Penyusunan alatan dan bahan yang teratur adalah salah satu langkah mencegah
kemalangan di dalam bengkel. Ini boleh menghapuskan gangguan yang boleh
menghalang terjadinya sesuatu kemalangan. Lebihan kayu, logam, paku dan skru yang
bersepah boleh dielakkan, dengan menyusun atur bahan tersebut supaya tidak ada
berlaku kemalangan. Walau bagaimanapun, cara atau budaya kerja yang kita amalkan
perlulah sistematik dan berkualiti. Selain daripada itu juga masalah pelajar yang terlalu
ramai semasa kerja amali boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.
Langkah–langkah untuk mencegah kemalangan seterusnya ialah menggunakan
alat-alat yang selamat semasa di bengkel. Apa yang dimaksudkan di sini adalah
seseorang guru sebelum melakukan kerja amali, mestilah memeriksa dahulu alatan yang
5. Memakai pakaian perlindungan
5. Memakai pakaian perlindungan
4. Melatih pekerja
4. Melatih pekerja
3. Papan kenyataan yang mempunyai maklumat arahan keselamatan.
3. Papan kenyataan yang mempunyai maklumat arahan keselamatan.
2. Menggunakan
alat-alat yang selamat.
2. Menggunakan
alat-alat yang selamat.
1. Menghapuskan gangguan.
1. Menghapuskan gangguan.
LANGKAH-LANGKAH
MENCEGAH KEMALANGAN DI
BENGKEL KH
LANGKAH-LANGKAH
MENCEGAH KEMALANGAN DI
BENGKEL KH
11
hendak digunakan dan memastikan alatan tersebut dalam keadaan yang baik. Pastikan
juga alatan dalam keadaan selamat digunakan dan juga sesuai dengan kerja yang
hendak dilakukan. Contohnya gergaji, tukul, playar muncung tirus, gas memasak dan lain-
lain lagi. Bagi seorang guru perlulah menunjuk cara bagaimana pelajar-pelajar
mengendalikan sesuatu alatan tersebut dengan mengikut langkah-langkah yang betul.
Seorang pelajar pula hendaklah mengikut arahan guru, terutamanya dalam kerja
berkaitan dengan alatan yang berbahaya dan mesin. Contohnya, tangan mestilah tidak
berminyak, bergris atau basah semasa memegang alat-alat tangan. Ada sesetengah
pelajar suka bermain soket pada plag di bengkel, keadaan ini akan mengundang bahaya
jika berlaku kejutan elektrik. Apabila selesai melakukan sesuatu kerja amali bersihkan
alatan dan simpan semula alatan ditempat yang dikhaskan. Ini dilakukan untuk
mengelakkan berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini seperti tersalah mengambil
alat. Kemungkinan berlaku kemalangan kerana pelajar belum mengenali alatan
sepenuhnya. Bagi mengelakkan kemalangan berlaku pelajar haruslah melaporkan kepada
guru alatan yang rosak, hilang dan berbahaya, supaya tindakan segera diambil.
“DI LARANG MEROKOK DI KAWASAN INI”, “ KAWASAN LARANGAN”, “ZON
MERBAHAYA”, “ UTAMA KESELAMATAN”. Kita sering melihat perkataan seperti ini di
kawasan bengkel Kemahiran Hidup di mana-mana sekolah. Walaupun pelajar tahu
mengenai perkara seperti ini namun ada juga yang kurang memberi perhatian.
Papan kenyataan yang mempunyai maklumat amaran keselamatan perlu ada
di sekolah-sekolah untuk mencegah kemalangan yang berlaku. Pelajar juga harus
didedahkan dengan kenyataan seperti ini terutamanya pelajar yang kurang memberi
perhatian. Ini boleh dilakukan seperti membawa pelajar ke kawasan yang ada papan
maklumat ini dan menerangkan bagaimana serta kenapa perlu ada papan kenyataan ini,
dengan cara ini boleh mengelakkan kemalangan dari berlaku.
Melatih pekerja atau pelajar juga adalah salah satu langkah untuk mengelakkan
kemalangan berlaku di bengkel Kemahiran Hidup. Seoarang pekerja atau pelajar yang
terlatih atau dalam erti kata yang lain ialah mahir sudah mencukupi untuk mengelak
kemalangan dari berlaku.
Seorang guru Kemahiran Hidup perlu mengambil tahu dan juga melatih pelajar-
pelajar mengenali keseluruhan isi bengkel dan memahami keperluan yang ada dalam
12
bengkel, dengan cara ini pelajar akan mematuhi arahan dan mengamalkan sikap ambil
tahu dan menjaga keadaan bengkel supaya sentiasa selamat. Contohnya pelajar-pelajar
akan berbaris dahulu diluar bengkel sehingga menerima arahan guru dan masuk ke
dalam bengkel tanpa bermain atau bergurau senda dengan pelajar yang lain. Melatih
pelajar seperti ini juga dapat memberi sesuatu pengetahuan kepada mereka kenapa
pentingnya mereka memahami keseluruhan peraturan dan juga keselamatan dalam
bengkel Kemahiran Hidup.
Langkah untuk mengelak berlaku kemalangan seterusnya ialah memakai
peralatan perlindungan perlindungan seperti pakaian, kasut, topi keselamatan dan
sebagainya. Seseorang pelajar yang menggunakan bengkel perlulah mematuhi arahan
untuk mengelakkan berlakunya kemalangan. Sentiasalah memakai kasut yang bertutup
dan bertapak getah, memakai gogal dan sarung tangan semasa menggunakan mesin
gerudi, selain daripada itu juga pakaian yang dipakai hendaklah tidak terlalu longgar serta
memakai apron. Sekiranya pelajar itu seorang pelajar perempuan yang bertudung,
tudung hendaklah dimasukkan ke dalam baju dan pakai baju berlengan pendek atau
gulung baju yang berlengan panjang. Bagi pelajar lelaki rambut mestilah pendek dan tali
leher hendaklah ditanggalkan atau dimasukkan ke dalam baju supaya kemas.
Pakaian yang sesuai semasa berada di dalam bengkel
13
Konsep am dan etika serta budaya kerja murid Kemahiran Hidup Bersepadu
Sekiranya semua pelajar dapat mematuhi keselamatan di dalam bengkel dan dapat
mendisiplinkan diri seperti mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan bengkel,
ia akan dapat mencegah daripada berlakunya kemalangan. Langkah-langkah yang
dinyatakan seperti diatas haruslah menjadi satu amalan yang perlu di patuhi.
Perlaksanaan seperti ini kebanyakannya telah diamalkan di seluruh sekolah-sekolah serta
diamalkan di dalam bengkel Kemahiran Hidup. Pihak sekolah juga menyediakan tindakan
pencegahan bagi mengelakkan kemalangan berlaku. Antara tindakan pencegahan yang
dilaksanakan ialah :
MEMBERSIHMembersih diri dan aspek fizikal dan mental
MENILAIMenilai diri sendiri dan tempat kerja
MENYUSUN ATURMelaksanakan sistem penyimpanan alatan dan bahan
TINDAKAN PENCEGAHAN
1.Sistem keselamatan kebakaran
2. Latihan keselamatan
3. Penyediaan laporan bertulis
4. Rekod keselamatan dan kemalangan
a. Pencegahan kebakaran b. Perlindungan kebakaran
14
MENDISIPLINSenantiasa mempraktikkan peraturan keselamatan
Di sesebuah sekolah sistem keselamatan kebakaran merupakan langkah
persediaan pencegahan dan perlindungan awal di sesebuah bangunan. Sistem
keselamatan ini bertujuan untuk persediaan bagi menghadapi risiko-risiko yang bahaya.
Terdapat dua kategori dalam sistem kebakaran ini iaitu pencegahan kebakaran dan
perlindungan kebakaran.
Kemusnahan dan kehilangan harta benda serta nyawa dalam kebakaran adalah
sesuatu yang amat menyedihkan. Di sekolah beberapa langkah telah diambil semasa
berlaku kebakaran. Memberi pendidikan dan latihan awal dalam sesi ceramah atau
semasa pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup dapat mencegahnya berlaku
kebakaran. Selain daripada itu pelajar-pelajar di sekolah didedahkan dengan jenis
pemadam api, bahan yang mudah terbakar dan cara bagaimana menggunakan alat
pemadam api sekiranya berlaku kebakaran kecil.
Beberapa langkah telah diperkenalkan kepada pelajar-pelajar untuk menghadapi
kebakaran kecil. Antara langkah-langkah yang diperkenalkan ialah:
Pastikan semua pelajar telah meninggalkan bangunan
Pastikan juga pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah dihubungi melalui
nombor 994
Pastikan api tidak merebak ke kawasan yang lebih luas
Pastikan tiada halangan untuk memadamkan api kebakaran itu
Pastikan juga mengetahui cara dan mahir menggunakan alat pemadam api
Alat pemadam api jenis debu Alat pemadam api jenis kering karbon dioksida
15
Latihan kebakaran hendaklah diadakan di sekolah untuk memastikan semua orang
dapat bertindak balas dengan cepat dan peka terhadap peraturan dan prosedur pelan
kecemasan setiap bangunan. Ini dapat menjimatkan masa bergerak meninggalkan
bangunan yang berlaku kebakaran.
Gambar 1 :
Gambar 2 :
Gambar-gambar menunjukkan prosedur yang betul menggunakan alat pemadam
api.
1. Tarik pin picu pada bahagian atas alat pemadam api.
2. Arahkan muncung pemancut ke punca api.
3. Tekan pemicit sambil berdiri jarak kira-kira 2.5 meter dari punca api.
4. Alihkan muncung pemancut ke kanan, ke kiri, ke belakang dan ke hadapan punca
api sehingga api padam.
5. Pastikan api tidak menyala semula.
Pihak sekolah juga menerima bantuan Jabatan Bomba untuk membuat
pemantauan bagi memastikan sistem pencegahan kebakaran yang sedia ada dalam
keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Selain daripada itu ada pihak
ataub badan kejuruteraan yang mengkaji dan meneliti pelan-pelan bangunan dan bahan-
bahan keperluan di dalam bangunan selama, terutamanya di bengkel Kemahiran Hidup.
16
Banyak alatan yang berada dalam bengkel boleh menyebabkan kebakaran .
Penyelenggaraan peralatan perlu untuk memastikan berada dalam keadaan selamat.
Terdapat perlindungan kebakaran yang diambil dalam melaksanakan tndakan
pencegahan. Perlindungan pasif adalah perlindungan kebakaran pada bangunan yang
mengambil kira kelengkapan laluan kecemasan, ruang akses perkakasan dan ketahanan
struktur bangunan. Perlindungan aktif pula ialah sistem kebombaan yang dipasang pada
sesebuah bangunan yang merangkumi cara tindakan mengesan, memberi amaran,
mengawal dan memadam kebakaran sama ada secara automatik atau manual.
Di sekolah juga disediakan laporan keselamatan untuk menangani tindakan
pencegahan seperti menyediakan loporan bertulis sebagai persediaan jika berlaku
kemalangan atau kebakaran. Persediaan ini dapat menyelesaian masalah jika berlaku
sesuatu yang tidak diingini. Pihak sekolah akan melaporkan segera kepada jabatan
pendidikan atau pihak yang berkaitan mengenai sesuatu kemalangan yang berlaku.
Selain daripada itu bengkel Kemahiran Hidup di sekolah juga menyediakan buku
rekod keselamatan dan kemalangan bertujuan untuk merekodkan sesuatu kejadian.
Tujuan menyimpan rekod ialah :
1. membantu untuk membuat laporan yang lengkap dan tepat
2. sebagai panduan keberkesanan langkah pencegahan
3. penilaian keberkesanan program keselamatan
4. menjelaskan keadaan bahaya dan tidak selamat
5. menjadi sumber rujukan bagi analisis yang dijalankan
Contoh buku rekod keselamatan dan kemalangan :
Tarikh Nama Kelas/
Ting.
Kemalangan/Kecederaan Tindakan T/Tangan
Guru
4.2.07 Arif bin Abu 6 Maju Luka pada tapak tangan Menyapu ubat
akriflarin
17
4 . TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL JIKA BERLAKU KEMALANGAN DI
BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan di bengkel Kemahiran Hidup,
seseorang guru atau pelajar akan memberi rawatan awal dahulu seperti:
pertolongan cemas
merawat luka-luka ringan
rawatan bagi luka yang besar
Menelefon pusat pekhidmatan
Memberi rawatan pertolongan cemas sangat perlu kerana ia adalah bantuan
segera yang diberi kepada orang yang cedera sebelum diberi rawatan oleh doktor atau
jururawat. Memberi rawatan pertolongan cemas di bengkel memerlukan seseorang itu
mempunyai kemahiran asas,pengetahuan, latihan dan kepakaran. Guru atau pelajar-
pelajar yang lain perlu mengetahui serba sedikit mengenai pertolongan cemas.
Di sekolah, tempat kerja atau di rumah, bila dikaitkan dengan keselamatan kita
mesti terfikir mengenai peti pertolongan cemas. Setiap bengkel Kemahiran Hidup di
sekolah perlu ada peti pertolongan cemas yang lengkap. Peti pertolongan cemas ini perlu
diletakkan ditempat yang mudah nampak dan senang diambil oleh sesiapa pun. Dalam
situasi ini jika berlaku kemalangan, seperti pelajar yang terjatuh di dalam bengkel atau
tangan terkena pisau,seseorang guru itu perlulah merawat dengan mengambil iodine
bersama dengan antiseptic untuk di beri rawatan.
Peti Pertolongan Cemas (First Aid Kit)
Proses pertolongan cemas ini bermula antara seseorang yang cedera dengan
orang yang memberi rawatan. Kadangkala kita perlu memberi bantuan apabila seseorang
pelajar itu mengalami luka dan berlaku kehilangan darah yang banyak. Oleh itu guru
haruslah berhati-hati dalam menmberi bantuan kecemasan kepada pelajar. Kemungkinan
18
luka yang dialami daripada objek seperti kaca memberi kesan yang mendalam kepada
pelajar dan boleh menyebabkan pelajar tadi pengsan.
Rawatan yang diberikan kepada pelajar yang mengalami luka-luka kecil ialah :
1. cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air panas
2. jika luka tersebut kotor, bersih dengan menggunakan air yang mengalir
3. keringkan luka tadi dengan menggunakan tisu atau tuala yang steril
4. tutup sementara luka dengan mengguna pembalut kasa. Bersihkan sekeliling luka
dengan sabun dan air. Buang pad kapas daripada luka dan selalulah
menggunakan pad kapas yang bru setiap kali mengesat luka.
5. lap luka hingga kering dan kemudian balut dengan pembalut atau plaster
Dalam bengkel Kemahiran Hidup juga ada kalanya berlaku kecederaan yang
serius, dimana kecederaan itu serius ini kemungkinannya pendarahanyang teruk. Jadi
perlulah seorang guru atau pelajar yang lain memberi bantuan segera. Rawatan yang
diberikan ialah :
1. Tanggalkan pakaian untuk mendedahkan luka., ini bertujuan untuk melihat jika ada
objek lain seperti kaca yang terlekat pada badan.
2. Tuamkan ke atas luka dengan tapak tangan dan lakukan dengan pembalut yang
bersih supaya tidak dijangkiti kuman.
3. Baringkan mangsa, keadaan ini akan mengurangkan pengaliran darah ke bahagian
yang tercedera dan mengurangkan renjatan
19
Bersihkan luka dengan antiseptik
Sapukan luka dengan akriflarin
Balutkan luka dengan kain kasa atau plaster dengan cermat
Langkah-langkah merawat kecederaan ringan
4. Balut luka dengan sempurna dan jangan terlalu ketat.
5. Sokong atau ampu dengan baik anggota yang tercedera seperti dilakukan pada
tulang yang patah.
Dengan memberi rawatan seperti ini berkemungkinan dapat meringankan
kesakitan pelajar tersebut. Tindakan seperti ini perlulah dilakukan dengan segera sebelum
mendapat rawatan daripada doktor. Apa yang penting di sini guru perlulah memain
peranan yang penting dan prihatin dengan kemalangan yang berlaku. Selain dari itu juga
seorang pelajar yang mengalami kecederaan haruslah memberi kerjasama dengan guru
agar luka atau kesakitan yang dialami dapat dirawat dengan segera.
Sekiranya berlaku kecederaan seperti luka dari terbakar, akan mengakibatkan
melecur. Guru haruslah merawat kesan selaran atau melecur untuk menghalang renjatan,
mengelakkan jangkitan dan melegakan kesakitan. Pesakit mungkin akan mengalami akan
mengalami loya dan muntah dengan denyutan nadi menjadi cepat tetapi lemah. Apabila
seorang pelajar itu melecur apa yang perlu dielakkan ialah ;
Jangan sentuh bahagian yang cedera
Jangan pecahkan apa-apa kesan melecur yang mengelembung
Jangan sapu losyen, atau krim ke tempat yang cedera
Guru juga hendaklah memberi rawatan sementara apabila pelajar itu melecur dengan ;
1. Perlulah menghentikan kesan terbakar dengan penyejukkan pantas untuk
menghalang kerosakan yang lebih teruk. Curahkan air sejuk dengan banyak
pada bahagian yang terlibat
2. Untuk kesan melecur di tangan,cuci dibawah air yang mengalir.
3. Lindungi bahagian yang terbakar. Sekiranya dibiarkan ia akan dijangkiti
kuman.
4. Dapatkan bantuan yang sepatutnya secepat mungkin kecuali terbakar di
permukaan yang sangat kecil.
Seorang guru itu tidak boleh meninggalkan pelajar begitu sahaja kerana ia akan
menambahkan kesakitan tanpa sokongan moral. Guru haruslah meminta bantuan segera,
sekiranya kemalangan itu mengakibatkan kecederaan yang serius terutamanya kesan
daripada terbakar. Walaupun diberi rawatan, perlulah membawa pelajar tadi untuk
20
mendapat rawatan daripada doktor. Seseorang pelajar haruslah mendapat rawatan yang
lengkap daripada pihak hospital supaya dapat mengetahui sejauh mana kecederaannya
sama ada serius atau tidak.
Tindakan seterusnya yang perlu diambil apabila berlaku kemalangan dalam
bengkel Kemahiran Hidup ialah memberitahu pihak sekolah seperti Guru Besar atau
Pengetua. Makluman ini perlu diberitahu untuk menjauhi sesuatu yang tidak diingini
apabila ada ibubapa yang datang ke sekolah mendakwa ada kes yang cuba
disembunyikan. Ibubapa juga perlu dimaklumkan jika berlaku kemalangan. Sekiranya
pelajar tersebut di bawa ke hospital, pihak sekolah haruslah memaklumkan kejadian ini
dengan segera, supaya tidak timbul salah faham antara guru dan ibubapa.
Telefon pusat perkhidmatan kecemasan atau Jabatan Bomba, jika berlaku
kebakaran yang serius. Ini adalah penting bagi mengelakkan kebakaran ke tempat yang
meluas dan merebak ke tempat lain. Guru juga haruslah mengawal pelajar agar tidak
mengambil tindakan terburu-buru hingga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.
21
KESIMPULAN
Berdasarkan huraian-huraian di atas, jelas kepada kita bahawa terdapat pelbagai
punca yang menyebabkan terjadinya kemalangan dalam kerja-kerja mekanikal. Bagi
mengelakkan tejadinya kemalangan di dalam bengkel Kemahiran Hidup, langkah-langkah
pencegahan perlu diambil, kerana ‘beringat sebelum kena’.
Pelaksanaan program-program pencegahan juga perlulah mendapat kerjasama
pelbagai pihak supaya program yang dirancang dapat dijalankan dengan baik dan
mendapat manfaat daripadanya, terutama pelajar-pelajar sekolah.
Apa yang penting ialah di sekolah, guru-guru KH perlu memainkan peranan dan
sentiasa memantau pergerakan murid serta memperingati mereka tentang peraturan-
peraturan keselamatan di dalam bengkel supaya tidak terjadi kemalangan yang tidak
diingini.
22
top related