amali penyejatan

Post on 25-Apr-2015

438 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

NAMA : NORZURAIDAH BT JAAFAR

KUMPULAN : SAINS 1 / PPG KOHORT 2

SOALAN : Sabri ingin mencari jawapan kepada persoalan adakah luas

permukaan mempengaruhi kadar sejatan air?

Rancang satu eksperimen untuk menyelesaikan persoalan ini.

EKSPERIMEN PENYEJATAN AIR

Tajuk : Penyejatan air

Tujuan : Untuk mengkaji hubungan antara luas permukaan bekas yang

terdedah dengan kadar penyejatan air

Teori Penyejatan merupakan suatu proses yang melibatkan perubahan

fasa jirim: atom atau molekul dalam cecair mendapat tenaga yang

cukup untuk bertukar kepada gas pada sebarang suhu yang kurang

daripada takat didih bahan itu apabila bahan itu terdedah kepada

atmosfera. Ia merupakan proses yang berlawanan bagi

pemeluwapan.

Proses ini merupakan cara yang penting bagi air untuk diserap

semula ke dalam kitaran air daripada bentuk cecair kepada bentuk

wap di atmosfera. Lautan, laut, tasik, dan sungai membekalkan

lebih kurang 90% daripada lembapan atmosfera melalui proses

sejatan, dengan 10% lagi melalui proses transpirasi tumbuhan.

1

Hipotesis : Semakin bertambah diameter permukaan bekas terdedah

Semakin berkurang isipadu air yang tinggal dalam bekas

Radas/ : Silinder penyukat, tiga bekas berlainan saiz permukaan

Bahan air

Pembolehubah

Dimanipulasikan : Diameter permukaan bekas yang terdedah

Pembolehubah

bergerakbalas : Isipadu air yang tinggal dalam bekas selepas ujikaji

Pembolehubah

dimalarkan : 1. Isipadu air sebelum ujikaji dijalankan

2. Tempat ujikaji dijalankan

3. Jenis air

Prosedur : 1. Radas disusun seperti dalam rajah di bawah.

2. Sebanyak 100 ml air disukat menggunakan silinder

penyukat dan dituang ke dalam 3 bekas yang berbeza

2

3. Setiap bekas telah dilabel sebagai bekas A, bekas B dan

bekas C.

4. Setiap bekas dijemur di kawasan lapang selama 1 jam.

5. Isipadu air dalam setiap bekas disukat selepas 1 jam.

6. Keputusan yang diperolehi dicatatkan dalam jadual

di bawah.

Pemerhatian :

Bekas A B C

Diameter permukaan bekas yang terdedah / cm 10 12 14

Isipadu air dalam bekas sebelum ujikaji / ml 100 100 100

Isipadu air dalam bekas selepas 1 jam/ml 93 92 91

Jadual 1

Perbincangan :

Penyejatan ialah satu proses dimana cecair berubah menjadi gas Berbeza

dengan pendidihan, penyejatan hanya berlaku di permukaan cecair pada sebarang

suhu ( bawah 100 C ). Berdasarkan data yang diperolehi dalam jadual diatas isipadu

air dalam setiap telah berkurangan dan kadar sejatan palingg tinggi telah berlaku pada

bekas yang mempunyai permukaan terdedah yang paling luas. Selain daripada luas

permukaan, faktor-faktor lain yang mempengaruhi kadar sejatan ialah kelajuan tiupan

angin, dan juga suhu persekitaran.

Hipotesis bagi ujikaji ini boleh diterima iaitu senakin besar luas permukaan terdedah,

semakin bertambah isipadu yang tersejat.

Kesimpulan :

3

Semakin bertambah kuas permukaan bekas yang terdedah,

Semakin bertambah kadar penyejatan air.

4

top related