abstrak sebenar
Post on 06-Jul-2018
242 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/17/2019 ABSTRAK sebenar
1/19
SEMESTER 2SESI 2015/2016
KPF3012PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:
FALSAFAH DAN DASAR
TAJUK
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK EBRONICA IVYANAK DEHAN D20141066846
KUMPULAN KULIAH: D
PENSYARAH : ENCIK ZAINI BIN ABDULLAH
Tarikh Serah : 15 APRIL 2016
ASAS FALSAFAH DALAM PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKANKEBANGSAAN (FPK):
PENGARUH FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT (FPB) TERHADAPPEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
-
8/17/2019 ABSTRAK sebenar
2/19
ISI KANDUNGAN
ABSTRAK 1
1.0 Pengenalan 1
2.0 Sorotan Penulisan: Analisis Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2
3.0 Pernyataan Masalah 3
4.0 Objektif dan Persoalan 4
5.0 Metadologi 4
6.0 Analisis Dapatan dan Perbincangan
6.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) 5-8
6.2 Falsafah Pendidikan Barat (FPB) 9-12
6.3 Pengaruh Falsafah Pendidikan Barat terhadap pembentukan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan 12-15
7.0 Penutup 15
Bibliografi 16-17
-
8/17/2019 ABSTRAK sebenar
3/19
1
ABSTRAK
Perubahan yang sering berlaku dalam aliran-aliran falsafah pendidikan adalah cukup menarik
untuk dipelajari dan diambil sebagai iktibar dan begitu juga dengan sejarah pembentukan
pendidikan adalah sangat menarik untuk diketahui sebagai pengetahuan sepanjang hayat.
Peranan pendidikan sebagai salah satu usaha untuk membekalkan ilmu kepada masyarakat
adalah sangat penting dalam pembangunan manusia dan tamadun. Asas-asas dalam pemikiran
aliran-aliran falsafah mempunyai banyak perkaitan dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
Penulisan esei ilmiah ini adalah bertujuan untuk membincangkan Falsafah Pendidikan Barat
yang telah dijadikan sebagai asas kepada pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh
itu, persoalan yang ingin dijawab melalui penulisan ini ialah apakah pengaruh Falsafah
Pendidikan Barat terhadap pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu juga, satu
analisis deskriptif berkenaan dengan pengaruh Falsafah Pendidikan Barat terhadap pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah diberikan dengan lebih lanjut.
1.0 Pengenalan
Falsafah pendidikan adalah sesuatu perkara yang sangat penting dalam pelaksanaan
sesuatu sistem pendidikan. Setiap negara mempunyai falsafah-falsafah yang berbeza yang
digunakan dan ianya tidak sama atau berbeza dengan negara lain. Menurut Abd. Fatah Hasan
(2001), falsafah pendidikan ialah suatu kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang
membincangkan pelbagai hal mengenai pendidikan dan pengajaran yang perlu dilaksanakan
atau dijalankan di sekolah atau di dalam bilik-bilik darjah. Pendidikan dan kehidupan berkait
rapat kerana pendidikan menentukan corak serta mutu kehidupan manusia. Pendidikan yang
utuh dan baik akan melahirkan manusia dan juga bangsa yang kuat dan mulia. Sebaliknya,
pendidikan yang lemah dan rapuh mengakibatkan manusia dan bangsa itu menjadi rendah dan
hina. Di Malaysia, konsep pendidikan ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
merupakan falsafah yang akan menentukan haluan, asas dan sumber aspirasi bagi semua usaha
dan rancangan dalam bidang pendidikan.
-
8/17/2019 ABSTRAK sebenar
4/19
2
2.0 Sorotan Penulisan: Analisis konteks Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Barat
Sorotan kajian merupakan sebuah pernyataan atau fakta yang menyokong sesuatu objektif.
Ia membuktikan bahawa teori yang digunakan bukanlah hanya rekaan. Di dalam sorotan
kajian ini, ia mengandungi penyataan yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih oleh penyelidik.
Sumber-sumber kajian diambil daripada buku, artikel dan jurnal.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan sebuah falsafah yang telah
diperkenalkan pada tahun 1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan falsafah yang
telah melalui beberapa pembaharuan atau penambahbaikkan dari Falsafah Pendidikan Negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan falsafah yang menjadi landasan kepada sistem
pendidikan kebangsaan. Falsafah tersebut merupakan sebuah gambaran kepada cita-cita serta
hala tuju kepada semua usaha dan perjuangan rakyat negara ini melalui proses pendidikan. Namun begitu, hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan mungkin
tidak dapat dicapai atau direalisasikan sekiranya ianya tidak difahami dan tidak dihayati serta
dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh oleh semua pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung.
Falsafah Pendidikan Barat pula merupakan falsafah yang bersifat umum. Falsafah
tradisional dan moden merupakan pembahagian bagi Falsafah Pendidikan Barat. Kedua-dua
falsafah tradisional dan falsafah moden adalah berbeza dari segi matlamat dan kaedah.
Falsafah tradisional mengambil kira bahawa matlamat adalah di luar kawalan individu di mana
manusia bebas memilih kaedah untuk mencapai matlamat. Bagi falsafah moden pula, individu
dipercayai dapat atau mampu untuk menentukan matlamat dan kaedah untuk mencapai
matlamat.
Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dikatakan mempunyai perkaitan dengan
Falsafah Pendidikan Barat. Dipercayai terdapat beberapa aliran di dalam Falsafah Pendidikan
Barat mempunyai kaitan dengan huraian-huraian yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Aliran yang dimaksudkan adalah aliran dari falsafah tradisional dan falsafah
moden. Oleh itu, analisis lebih mendalam dilakukan untuk mendapat maklumat berkaitan
dengan aliran-aliran Falsafah Pendidikan Barat yang telah mempengaruhi pembentukan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Negara ini.
-
8/17/2019 ABSTRAK sebenar
5/19
3
3.0 Pernyataan Masalah
Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan falsafah yang menggambarkan hasrat negara
untuk menghasilkan warganegara yang baik iaitu insan yang berilmu, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan, sejahtera diri dan mampu menjaga keharmonian keluarga,
masyarakat dan negara. Hasrat negara ini telah dijayakan melalui pendidikan yang merupakan
proses yang berterusan. Pendidikan di sekolah perlulah berasaskan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu seimbang dari seluruh aspek iaitu intelek, rohani, emosi dan
jasmani.
Masalah yang berbangkit adalah pada hari ini, pendidikan di sekolah adalah tidak
mengikut atau tidak berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Timbul isu seperti
“Masalah 3m di Malaysia. Pelajar? Guru? Sistem?”. Pendedahan 60 peratus pelajar tahap satu
di sekolah seluruh negara masih belum dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulisdan mengira (3M) oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat
mengejutkan rakyat negara ini. Menurut salah seorang tokoh pendidikan, Profesor Emeritus
Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, keadaan ini berlaku mungkin berpunca kerana guru zaman
sekarang hanya menolong pelajar membuat persiapan menghadapai peperiksaan sahaja tetapi
tidak mendidik (Berita Semasa). Ia juga dipercayai berlaku kerana pihak sekolah dan pihak
guru lebih menumpukan kepada pencapaian akademik dengan harapan untuk menaikan tahap
“A” dalam mata pelajarannya. Ini menyebabkan pelajar hanya memberi fokus kepada bidang
akademik sahaja dan bertungkus-lumus untuk mendapatkan “A” dalam peperiksaan. Hal ini
telah menyebabkan pelajar hanya cemerlang dalam akademik dan bukan dalam sukan atau
kokurikulum yang lain.
Kelemahan sistem pembelajaran sekarang juga menyebabkan guru-guru tidak dilatih
dengan sempurna untuk benar-benar menjadi seorang pendidik. Mengulas isu yang sama,
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru nasional (PIBGN), Prof. Madya
Dr. Mohd Ali Hassan berkata, beliau terkejut dengan perkembangan itu dan menganggap
masalah tersebut tidak bleh dipandang ringan. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan pula berpendapat, masalah itu timbul kerana Malaysia
masih kekurangan program televisyen yang kreatif untuk menarik minat kanak-kanak (Berita
Semasa)
-
8/17/2019 ABSTRAK sebenar
6/19
4
4.0 Objektif dan Persoalan
4.1 Objektif
Secara umumnya, penulisan esei ilmiah ini adalah bertujuan untuk menganalisis pengaruh
Falsafah Pendidikan Barat terhadap pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Secara
khususnya, penulisan esei ilmiah ini adalah bertujuan untuk:
i. Mengenalpasti latar belakang Falsafah Pendidikan Kebangsaan
ii. Mengenalpasti komponen-komponen Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iii. Mengenalpasti latar belakang Falsafah Pendidikan Barat
iv. Mengenalpasti aliran-aliran dalam Falsafah Pendidikan Barat
4.2 Persoalan
i. Bagaimanakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan ditubuhkan?ii. Apakah komponen-komponen yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan?
iii. Bagaimanakah Falsafah Pendidikan Barat ditubuhkan?
iv. Apakah aliran-aliran yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Barat?
5.0 Metadologi
Bagi mendapatkan maklumat yang mencukupi bagi analisis yang dijalankan, pengkaji telah
menggunakan kaedah resensi perpustakaan untuk mengumpul data. Kajian telah dilakukan
dengan membuat pencarian buku-buku ilmiah di Perpustakaan Tunku Bainun Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI), bahan-bahan dari laman web dan bahan sekunder.
Bahan-bahan yang dijadikan sebagai bahan rujukan adalah seperti buku, artikel, jurnal dan
sumber internet. Kaedah ini dapat membantu pengkaji dalam menghasilkan dapatan kajian dan
objektif kajian tercapai.
Kajian perpustakaan merupakan kajian yang melibatkan penghasilan sebuah penulisan
yang bertujuan untuk mengulas isi ilmu termasuklah penemuan kajian dan juga secara teorinya
dan kaedah sumbangan berkaitan dengan sesuatu topik. Kajian perpustakaan merupakan
sebuah kajian yang brasaskan sumber sekunder dan ianya tidak melaporkan apa-apa kajian
baru mahupun asli. Kebiasaannya ia dikaitkan dengan kajian yang bersifat akademik.
-
8/17/2019 ABSTRAK sebenar
7/19
5
6.0 Analisis Dapatan dan Perbincangan
6.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Falsafah Pendidikan Negara lahir atau diwujudkan hasil daripada proses yang agak
panjang iaitu satu proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia semenjak merdeka lagi.
Sejak itu, pelbagai usaha telah diambil kira bagi membina satu sistem pendidikan yang
berteraskan falsafah, budaya dan nilai “Bangsa Malaysia” sendiri dan berdasarkan matlamat
pembangunan yang sesuai dengan keadaan dan keperluan bangsa kita. Di Malaysia, falsafah
pendidikan negara telah difikirkan sejak awal 1980-an lagi dan telah diistiharkan pada tahun
1988. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan dasar pelajaran yang diterbitkan
pada 1979 adalah sebuah permulaan kepada pembentukan Falsafah Pendidikan Negara yang
lebih jelas.
Pernyataan Falsafah Pendidikan Negara adalah seperti berikut:“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan keluarga”
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988)
Dalam Akta Pendidikan 1996, Falsafah Pendidikan Negara mengalami sediki tambahan
dalam perkataannya dan kemudiannya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan kebangsaan
(FPK):
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah falsafah yang digubal dengan
mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu,
-
8/17/2019 ABSTRAK sebenar
8/19
6
masyarakat dan negara (Mok Soon Sang 1993). Penggubalannya juga memerlukan
pertimbangan dibuat ke atas kes beberapa faktor iaitu faktor agama yang dianuti oleh rakyat,
faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya, faktor politik yang
menentukan ideologi negara yang juga mempengaruhi dasar pendidikan, faktor ekonomi yang
mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan
negara, faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas dan faktor sejagat
yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa
dan keupayaan rakyat memberi sumbangan ke arah persefahaman antarabangsa
Prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Berdasarkan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, terdapat 15 huraian
secara ringkas berkaitan dengan prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Yang pertama adalah pendidikan satu usaha yang berterusan. Pendidikan merupakan proses
pemerolehan dan perpindahan pengetahuan, nilai-nilai murni, adab dan akhlak serta
kemahiran-kemahiran dari satu generasi ke satu generasi. Prinsip kedua adalah perkembangan
potensi individu. Potensi merupakan bakat dan keupayaan yang dianugerahkan oleh Tuhan
pada seseorang indidvidu sejak dilahirkan. Potensi meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi
dan jasmani yang perlu dicungkil, diperkembang dan dipertingkatkan secara berterusan
melalui proses pendidikan. Ketiga, prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah
perkembangan menyeluruh dan bersepadu. Pengembangan potensi individu dilakukan ke
peringkat optimum dengan cara mengintegrasikan bakat dan kebolehannya yang saling berkait
antara satu sama lain.
Prinsip keempat adalah insan harmonis yang seimbang. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
merupakan falsafah yang bertujuan untuk mewujudkan manusia yang baik dan sempurna.
Manusia yang dimaksudkan adalah insan yang memiliki kedamaian jiwa, personaliti yang
tidak bercanggah di antara akal, rohani dan jasmani serta boleh menyeimbangkan unsur-unsur
akal, rohani dan emosi serta jasmani secara serentak, selaras dan sentiasa terikat kepada
kepercayaan serta kepatuhan kepada Tuhan. Prinsip kelima adalah unsur intelek. Unsur intelek
ini meliputi aspek-aspek seperti hikmah, daya pemikiran yang logik, analitis, kreatif dan
inovatif serta ilmu pengetahuan yang benar. Keenam, unsur rohani dan emosi yang meliputi
aspek keyakinan terhadap Tuhan, kepercayaan beragama, kemantapan jiwa, penghayatan
-
8/17/2019 ABSTRAK sebenar
9/19
7
nilai-nilai murni dan norma masyarakat, berbudi pekerti mulia, berbakti dan berkorban untuk
negara. Prinsip ketujuh adalah unsur jasmani yang merujuk kepada kecergasan fizikal,
kesihatan diri, pemanafaatan anggota dan tenaga fizikal. Kelapan adalah kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Ini bermakna seseorang individu yakin bahawa manusia dan alam
tidak terjadi secara tersendiri tetapi ada Penciptanya dan hukum-hukum alam adalah
hukum-hukum Tuhan dan manusia dianjurkan mengkaji fenomena alam. Manusia hendaklah
memikul amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam mentadbir dan memakmurkan
alam.
Kesembilan pula adalah rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Ini bermakna
penduduk Malaysia memiliki ilmu yang benar dan menggunakannya untuk manfaat diri dan
orang lain. Ke-10 adalah rakyat Malaysia yang berketrampilan. Rakyat yang mempunyai ilmu
pengetahuan dan kemahiran tinggi sentiasa rela memberikan sumbangannya demi kemajuandan kesejahteraan agama, bangsa dan negara. Ke-11 adalah rakyat Malaysia yang berakhlak
mulia. Ini merujuk kepada penduduk yang memiliki tingkah laku yang baik hasil dari
dorongan di dalam jiwa. Proses pembentukan akhlak hendaklah berteraskan ilmu, keyakinan
dan amalan. Prinsip ke-12 adalah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Prinsip
bertanggungjawab ini bermakna penduduk hendaklah amanah terhadap Tuhan, Negara,
masyarakat dan diri dan seterusnya mereka akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab
dengan baik. Prinsip ke-13 adalah rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati
kesejahteraan diri. Pendidikan hendaklah menghasilkan individu yang berupaya mencapai
keseimbangan dan keharmonian diri dan dengan itu akan memiliki jiwa yang tenang, damai
dan sejahtera. Prinsip ke-14 pula adalah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan yang
bermaksud penduduk Malaysia rela berbakti dan berkorban untuk masyarakat dan negara dan
prinsip ke-15 adalah keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Pendidikan
adalah bertujuan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang makmur dan sejahtera hasil
daripada hubungan yang harmonis di antara penduduk dengan Tuhan, penduduk sesama
penduduk dan penduduk dengan alam.
Tuntasnya, pendidikan hendaklah dapat membina kesedaran masyarakat tentang
ketuhanan dan kesediaan untuk mematuhi-Nya. Sejajar atau seiring dengan falsafah yang
berpaksikan kepada ketuhanan, pendidikan berhasrat untuk melahirkan rakyat yang berilmu,
berakhlak, bertanggungjawab serta boleh menikmati kebahagiaan hidup dan sedia berbakti
-
8/17/2019 ABSTRAK sebenar
10/19
8
untuk mesyarakat dan negara.
Konsep Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Konsep asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan merangkumi aspek ontologi iaitu teori
kejadian, epistemologi iaitu teori ilmu dan aspek aksiologi iaitu teori nilai. Aspek ontologi
iaitu teori kejadian yang merujuk kepada aliran falsafah yang meneliti hakikat kewujudan
manusia, makhluk-makhluk lain, alam semesta dan Tuhan. Analisis decara sistematik dan
logik tentang persoalan sifat semual jadi alam semesta dan makhluk-makhluk dalam alam,
kewujudan dan kekuasaan Tuhan dan keupayaan akal dan hasil fikiran manusia. Epistemologi
pula merupakan falsafah yang bersifat inkuiri tentang kebenaran dan jenis ilmu pengetahuan
yang dipelajari, samada dalam situasi pendidikan formal ataupun yang bukan formal dengan
menghuraikan takrif, punca, sumber dan peranan ilmu. Bagi aksiologi pula iaitu teori nilai, iamerupakan cabang falsafah yang menganalisis sifat, punca dan kepentingan nilai-nilai. Ia
ternasuk etika iaitu tentang peradaban moral dan estetika iaitu tentang kesenian dan kehalusan
pekerti dan kejadian alam dan manusia.
Rangka Pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah ingin melahirkan insan yang seimbang
dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
adalah berteraskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan yang Maha Esa.
Pengoperasian Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula menjelaskan bagaimana aspirasi yang
terkandung dalam falsafah tersebut dilaksanakan di dalam program pendidikan bagi semua
peringkat iaitu peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi,
corak dan proses pendidikan. Seterusnya adalah hasil. Sebagaimana yang dihasratkan oleh
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kesan terakhir pendidikan adalah ingin melahirkan rakyat
Malaysia yang mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, patuh kepada ajaran agama, berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta berkeupayaan
mencapai kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan diri. Disamping itu, ia juga ingin
melahirkan rakyat yang mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
-
8/17/2019 ABSTRAK sebenar
11/19
9
6.2 Falsafah Pendidikan Barat
Falsafah Pendidikan Barat merupakan salah satu falsafah pendidikan yang telah dilahirkan
daripada mazhab falsafah umum Barat. Falsafah Pendidikan Barat membincangkan
aspek-aspek pendidikan yang telah muncul di dalam masyarakat barat. Falsafah Pendidikan
Barat telah dibahagikan kepada dua iaitu tradisional dan moden. Falsafah Pendidikan Barat
Tradisional terbahagi kepada aliran perenialisme dan aliran essensialisme manakala bagi
Falsafah Pendidikan Barat Moden pula terdiri daripada aliran progresivisme, aliran
rekonstruktivisme dan aliran eksistensialisme.
Falsafah Pendidikan Barat Tradisional
Falsafah Pendidikan Barat Tradisional melibatkan dua jenis aliran iaitu Aliran
Perenialisme dan Aliran Essensialisme. Aliran Perenialisme merupakan sebuah aliran yangdapat dirumuskan sebagai aliran yang membentuk keperibadian serta pembentukkan
unsur-unsur rasionaliti dalam diri para pelajar. Terdapat empat aspek yang diberi penekanan
berdasarkan aliran tersebut iaitu jenis kurikulum yang digunakan, peranan guru, peranan para
pelajar dan kaedah mengajar. Kurikulum yang diketengahkan adalah berkaitan dengan bidang
kemanusiaan dan juga kesusasteraan dan tokoh-tokoh bagi aliran tersebut juga menyatakan
bahawa kurikulum yang digunakan haruslah dipraktikkan secara sama rata bagi semua pelajar.
Bidang-bidang tersebut merupakan bidang yang mengandungi sifat ketelusan yang kukuh
berkaitan dengan fitrah manusia dan antara mata pelajaran yang dicadangkan adalah
matematik, bahasa, sastera, seni dan sains. Guru turut memainkan peranan bagi Aliran
Perenialisme. Guru bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat dan pengetahuan
kepada para pelajar. Begitu juga dengan pelajar, memainkan peranan sebagai seorang yang
menerima maklumat yang disampaikan oleh guru. Kedua-dua pihak perlu memainkan peranan
dan saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan penyampaian maklumat
adalah berkesan. Kaedah pengajaran yang diberi penekanan adalah kaedah didaktik dimana
guru akan mengajar dan pelajar akan mendengar serta belajar segala isi yang disampaikan
tanpa sebarang soalan. Ini bermakna guru mempunyai suatu kuasa pakar dan tidak akan
memberi layanan terhadap sebarang pendangan pelajar mereka. Keadah ini juga dikenali
sebagai “ One-way Communication ”.
Aliran Esensialisme pula merupakan sebuah aliran yang menumpukan kepada
-
8/17/2019 ABSTRAK sebenar
12/19
10
perkara-perkara asas sahaja, iaitu apa yang perlu diketahui seseorang individu agar menjadi
ahli masyarakat yang produktif. Matlamat pendidikan bagi Aliran Esensialisme adalah
pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh murid
serta penghayatan budaya. Aliran Esensialisme turut memberi tumpuan atau mementingkan
empat aspek iaitu jenis kurikulum, peranan guru, peranan murid dan kaedah mengajar.
Dari aspek kurikulum, Aliran Esensialisme memberi penekanan terhadap kemahiran asas
seperti membaca, mengira dan menulis (3M). Matapelajaran seperti sains, sejarah, seni dan
muzik merupakan mata pelajaran yang wajib dipelajari. Pada masa yang sama juga penerapan
nilai-nilai masyarakat turut dipelajari melalui kurikulum. Ini termasuklah nilai-nilai sosial dan
kebudayaan golongan kelas atasan dalam masyarakat dan nilai-nilai politik. Guru merupakan
individu yang dianggap sebagai pakar dalam pelbagai disiplin dan sebagai role model yang
perlu dicontohi. Guru adalah golongan yang perlu diberi penghormatan diatas penguasaan,kepakaran dan kewibawaannya sebagai seorang guru. Menurut Brickman (1958), ahli-ahli
essensialisme meletakkan guru-guru ditengah-tengah alam pendidikan. Bahan pengajaran yang
diguna pakai atau kurikulumnya dalam proses pendidikan adalah ditetapkan oleh guru. Oleh
sebab itu, mereka mengganggap bahawa inisiatif dalam pendidikan terletak di bahu guru dan
bukan di bahu pelajar. Guru juga bertanggungjawab dalam mengajar nilai-nilai tradisional
selain daripada menjadi model bernilai yang dicontohi. Pelajar memainkan peranan untuk
menumpukan perhatian dan berusaha bagi mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Usaha
pelajar untuk memperoleh ilmu perlulah dipupuk untuk kebaikan mereka sendiri. Dari kaedah
mengajar pula, kaedah yang digunakan adalah kaedah didaktik 1 iaitu pelajar tidak digalakkan
untuk terlibat dalam proses spekulasi reflektif yang dilihat sebagai satu perkara yang hanya
membuang masa sahaja.
Falsafah Pendidikan Barat Moden
Falsafah Pendidikan Barat Moden melibatkan tiga jenis aliran iaitu Aliran Progresivisme,
Aliran Rekonstruktivisme dan Aliran Eksistensialisme. Aliran Progresivisme merupakan
sebuah aliran yang telah diperkembangkan daripada Aliran Pragmatisme. Aliran ini
berpendapat bahawa perubahan dilihat sebagai intipati bagi realiti. Ilmu dipercayai bersifat
relatif dan tentatif bagi menerangkan realiti masa kini dan tidak boleh dianggap sebagai benar
1 Kaedah didaktik: Istilah didactic yang berasal dari kata didasco, didaskein yang merujuk kepada bagaimana caramembimbing kegiatan belajar murid dengan berkesan
-
8/17/2019 ABSTRAK sebenar
13/19
11
buat selama-lamanya kerana masih boleh diubah. Pendidikan dikatakan bermatlamat untuk
menyediakan murid agar mampu melakukan penyesuaian terhadap perubahan dalam
kehidupan seharian. Menurut ahli-ahli falsafah Aliran Progresivisme, ilmu hanyalah
merupakan satu keterangan tentatif yang berpadanan dengan realiti masa kini. Aliran tersebut
mempunyai pendangan yang tersendiri dari aspek tumpuan jenis kurikulum, peranan guru,
peranan murid dan kaedah mengajar. Kurikulum bagi aliran tersebut adalah ianya memberi
peluang kepada pelajar untuk membuat pilihan berkaitan dengan mata pelajaran yang mereka
ingin pelajari. Pembelajaran dikatakan lebih berkesan kerana pelajar dapat memaksimumkan
kebolehan mereka dan juga potensi diri mereka dengan adanya peluang untuk mempelajari apa
yang mereka minati. Guru pula berperanan sebagai seorang pembimbing dan membantu para
pelajar bagi menangani masalah dalam persekitaran yang sentiasa berubah-ubah. Guru adalah
seorang pengurus yang bertanggungjawab bagi mewujudkan suasana pembelajaran yangkondusif serta membimbing pelajar ke arah yang produktif. Kaedah pengajaran yang diberi
penekanan adalah pendekatan induktif yang memberi peluang kepada para pelajar untuk
memberi penjelasan bagi isu-isu berkaitan dengan pendidikan yang timbul sera meningkatkan
pemahaman mereka berkaitan dengan fenomena yang berlaku dalam persekitaran mereka yang
sentiasa berubah-ubah.
Aliran Rekonstruktivisme pula berkaitan dengan proses membina dan membaiki semula
masyarakat. Tujuan utama pendidikan adalah menghapuskan penyakit sosial dan mengasaskan
corak budaya baru. Matlamat utama aliran ini adalah manusia dan pembaharuan dan
perubahan. Sekolah telah dilihat sebagai pemangkin penting untuk meningkatkan keadaan
manusia melalui pembaharuan pendidikan dan sosial. Aliran ini berusaha untuk menggunakan
sekolah untuk mencipta sebuah masyarakat baru. Agen kepada pembaharuan dan penyelesaian
bagi masalah sosial dalam kalangan masyarakat adalah guru dan pelajar. Kandungan
kurikulum dalam pendidikan terdiri daripada pelbagai masalah dari segi sosial, ekonomi,
politik yang dihadapi manusia dan meliputi juga masalah peribadi dan sosial yang dihadapi
oleh pelajar. Kaedah yang digunakan bagi penyelesaian masalah adalah kaedah organisasi
berstruktur yang terdapat dalam disiplin sains sosial dan proses siasatan atau penyelidikan
saintifik. Guru perlu berperanan dalam menyedarkan pelajar dengan masalah yang dihadapi
oleh manusia, membantu mereka mengenalpasti masalah yang ingin diberi perhatian atau
tumpuan oleh para pelajar dan memastikan bahawa pelajar mempunyai kemahiran yang akan
-
8/17/2019 ABSTRAK sebenar
14/19
12
membolehkan mereka mengatasi masalah. Kaedah mengajar yang digunakan adalah
berpusatkan pelajar dimana pelajar akan menyelesaikan masalah melalui aktiviti,
sumbangsaran, main peranan dan simulasi.
Aliran Eksistensialisme pula lebih berfokuskan kepada fitrah kewujudan manusia.
Seseorang manusia perlualh bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri dan mereka
mempunyai kebebasan untuk menentukan matlamat serta membuat keputusan sendiri tanpa
merujuk kepada sebarang autoriti luar. Berpegang kepada konsep tersebut, sistem sekolah dan
guru tidak mempunyai hak bagi menekankan matlamat pendidikan kepada murid. Oleh itu,
matlamat pendidikan tidak digariskan. Ahli-ahli falsafah bagi aliran tersebut tidak menyokong
kurikulum yang memperuntukkan pelajar untuk menguasai keputusan dan generalisasi yang
dibuat oleh orang lain sebaliknya mereka suka kepada kurikulum yang menggalakkan
pembentukan realiti perseorangan bagi setiap individu. Guru pula hanya memainkan peranansebagai pemangkin yang memberi peluang pendidikan bagi pelajarnya untuk meluahkan
perasaan dan emosi dan kaedah pengajaran yang digunakan adalah berpusatkan aktiviti serta
berpusatkan pelajar.
6.3 Pengaruh Falsafah Pendidikan Barat terhadap pembentukan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan
Apakah pengaruh yang telah dibawa oleh Falsafah Pendidikan Barat terhadap
pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan? Terdapat beberapa aliran falsafah Falsafah
Pendidikan Barat Tradisional dan Moden yang telah mempengaruhi pembentukan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Menurut Tajul dan Nuraini (1992), sumbangan kurikulum
essensialisme yang dapat dilihat dalam perkembangan sistem pendidikan di Malaysia ialah
guru sebagai model, penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran, mata pelajaran
dibahagikan kepada teras dan elektif dimana menggambarkan mata pelajaran penting dan
kurang penting seperti pelaksanaan KBSM dan penekanan 3M dalam pelaksanaan KBSR
(Abdul Rahman dan Zakaria Kasa, 1986). Matlamat bagi pendidikan di Malaysia adalah untuk
menyatupadukan rakyat dan dapat membekalkan pekerja-pekerja mahir untuk pembangunan
ekonomi Negara serta melahirkan rakyat yang berdisiplin. Matlamat tesebut adalah kesan
daripada fahaman essensialisme yang menganggap individu sebagai alat demi kepentingan
pembangunan Negara daripada individu.
-
8/17/2019 ABSTRAK sebenar
15/19
13
Menurut Mok Soon Sang (2010) pula bagi Aliran Parenialisme, ianya juga bermatlamat
untuk menyatupadukan rakyat dan dapat membekalkan pekerja-pekerja mahir untuk
pembangunan ekonomi Negara serta melahirkan rakyat yang berdisiplin. Matlamat ini dikira
sebagai lebih mengutamakan Negara daripada individu itu sendiri dan ia menunjukkan sistem
pendidikan lama di Malaysia bersifat tradisional. Falsafah yang terlalu progresif tidak sesuai
untuk diserapkan dalam Dasar Pendidikan Negara kita, namun begitu, beberapa prinsip dalam
Aliran Parenialisme boleh diterima dan dipilih kerana aliran parennialisme mementingkan
nilai. Tertanamnya nilai-nilai dalam diri pelajar akan dapat menyeimbangkan antara
pembangunan manusia sebagai insan dan kemajuan sains dan teknologi. Tambahan pula,
Aliran Parennialisme dipercayai dapat membantu melahirkan rakyat yang berkualiti. Sama
seperti matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengharapkan penerapan nilai-nilai
kepada pelajar agar mereka menjadi masyarakat yang berakhlak mulia.Aliran Progresivisme pula menekankan galakkan terhadap hubungan sosial dan kehidupan
demokratik sebagai objektif pendidikannya. Walaupun falsafah pendidikan progresivisme
tidak diamalkan secara sepenuhnya di Negara ini tetapi secara tidak langsung kita dapat
melihat perkaitannya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan
masyarakat yang berilmu pengetahuan dan bertanggungjawab serta usaha mewujudkan
masyarakat yang maju dan berilmu. Aliran ini mahukan perkembangan para pelajar dari segi
intelek dan fizikal dan oleh sebab itu, pelajar telah diberikan kuasa dan kebebasan untuk
mengembangkan bakat dalam pembelajaran mereka. Pelajar diberi kebenaran untuk meneroka
dan menyelesaikan masalah dan juga diberi pendedahan tentang masalah yang timbul
diperingkat global. Ia akan melahirkan sikap yang berkeyakinan dalam diri pelajar dan mereka
akan bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi dugaan dan cabaran pada masa
akan datang (Abdul Rahman dan Zakaria Kasa, 1986). Progresivisme amat mementingkan
operasi penyelidikan dan aliran ini mempercayai ianya akan dapat melahirkan masyarakat
saintifik, progresif dan inovatif agar dapat menyumbang dalam perkembangan teknologi
Negara. Aliran progresivisme telah memberi sedikit aspirasi terhadap pembentukan falsafah
pendidikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menyatupadukan antara
perkembangan potensi pelajar yang seimbang serta unsur spiritual. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan mempercayai bahawa kemajuan tanpa agama akan menyebabkan manusia hilang
pedoman serta nilai dalam diri akan terhakis dan menjadikan manusia bersifat ego.
-
8/17/2019 ABSTRAK sebenar
16/19
14
Berdasarkan maklumat berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Barat dan juga perkaitan diantara kedua-dua falsafah tersebut, jelas bahawa
Falsafah Pendidikan Barat mempengaruhi pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari
aspek-aspek tertentu. Falsafah pendidikan essensialisme, parenialisme dan progresivisme
merupakan aspek pendidikan yang telah mempengaruhi tebentuknya Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Hanya beberapa ciri-ciri yang sesuai sahaja yang diambil kira dan diserap ke
dalam sistem pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan gabungan
daripada aspek-aspek nilai yang baik yang terdapat dalam aliran falsafah pendidikan
tradisional dan moden. Pendekatan yang diambil oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini
boleh dipanggil sebagai falsafah pendidikan eklektisisme yang berasal daripada perkataan
eclectic yang membawa maksud memilih daripada pelbagai sistem atau falsafah atau tercipta
daripada pelbagai sumber. Dengan adanya sistem pendidikan sekarang, diharapkan ianya dapatmenghasilkan individu dan masyarakat yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi
rohani, sihat dan kebersih dari segi mental dan fizikal serta dapat memberi bakti kepada
agamanya, bangsanya dan Negara dan seterusnya dapat menyumbangkan tenaga kearah
menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju pada tahun 2020.
Keharmonian, kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah Negara amat bergantung kepada
masyarakat dan juga rakyat yang hidup di dalamnya sama seperti yang dipentingkan dalam
aliran parenialisme iaitu kerasionalan dalam matlamat sistem pendidikan untuk memperbaiki
status manusia. Bagi mencapai matlamat masyarakat harus memperbaiki status dan kualitinya
dan dengan cara ini mereka akan mampu berfungsi dengan baik dan bukan sekadar mengejar
kebendaan sahaja tetapi memperbaiki diri untuk menjadi seseorang yang mencapai tahap
kenali diri dan tahap kerasionalan yang tinggi. Abdul Rahman dan Zakaria Kasa (1986)
menyatakan disamping mengejar pembangunan kemajuan sains dan teknologi, industri
seharusnya mengekalkan nilai kemanusiaan yang murni. Wawasan bagi falsafah pendidikan
adalah untuk melahirkan rakyat yang berakhlak, bermoral, beretika dan berestetika dan ianya
hampir tepat dengan sebahagian pemikiran parenialisme.
Dalam aliran falsafah pendidikan progresivisme pula, ianya merupakan satu hala tuju
yang bebas dalam sesuatu proses pembelajaran. Aliran tersbut ingin melihat pelajar bebas
membesar dan berkembang melalui pengalaman yang digunakan sebagai kaedah dalam
pembelajaran wujudnya suatu perkaitan diantara falsafah progresivisme dengan falsafah
-
8/17/2019 ABSTRAK sebenar
17/19
15
pendidikan kebangsaan bagi mencapai matlamat pendidikan tetapi falsafah pendidikan
kebangsaan lebih menyeluruh dalam mewujudkan masyarakat yang berilmu dan seimbang dari
segi intelek, rohani, jasmani dan emosi dimana manusia diletakkan sebagai insan dan
pendidikan berpaksikan Tuhan.
7.0 Penutup
Falsafah Pendidikan Barat merupakan sebuah falsafah yang memainkan peranan penting
terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan
sebuah falsafah yang mempunyai atau menyertakan beberapa ciri-ciri yang diterapkan dari
Falsafah Pendidikan Barat. Falsafah Pendidikan Barat merupakan sebuah falsafah yang
terbahagi kepada dua bahagian iaitu falsafah tradisional dan falsafah moden. Kedua-dua
bahagian ini mempunyai objektif pendidikan tertentu dan kurikulum yang tertentu dan secarakeseluruhannya, ianya menumpukan kesemuanya berdasarkan faktor kurikulum, peranan guru,
kaedah mengajar dan peranan murid. Bukan itu sahaja, terdapat juga aliran dalam Falsafah
Pendidikan Barat yang memberikan tumpuan terhadap pembinaan insan yang berketrampilan
dan aspek ini juga terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan adalah sebuah falsafah yang telah menjadi landasan kepada sistem pendidikan
kebangsaan. Ia merupakan sebuah gambaran kepada cita-cita serta hala tuju kepada semua
usaha dan perjuangan rakyat negara ini melalui proses pendidikan. Hasrat yang terkandung di
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak dapat direalisasikan dan tidak bermakna jika
ianya tidak dapat difahami dan dihayati serta dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh oleh
semua pihak yang teribat dalam bidang pendidikan. Tanggungjawab untuk merealisasikan
hasrat ini adalah terletak dibahu guru dalam menerapkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
kepada pelajar-pelajar.
-
8/17/2019 ABSTRAK sebenar
18/19
16
Bibliografi
Abdul Rahman Haji Abdullah. (2005). Wacana Falsafah Ilmu: analisis konsep-konsep dan
Falsafah Pendidikan Negara . Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributions Sdh.
Bhd.
Abdul Rahman dan Zakarian Kasa. (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan: edisi ketiga .
Serdang: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Adnan Baharom, Ishak Saat. (2007). Tinta Ilmu . Pulau Pinang: Penerbitan Institut Perguruan
Tuanku Bainun
Ann. (2012, Mei, 9). Maksud Falsafah dan Falsafah Pendidikan. Diakses pada 15 Mac 2016
dan diperoleh daripada http://duniaparasarjana.blogspot.my/2012/05/
maksud-falsafah-dan-falsafah-pendidikan.htmlBerita Semasa. ( ). Masalah 3M di Malaysia. Pelajar?Guru?Sistem?. Diakses pada 15 Mac
2016 dan diperoleh daripada http://www.beritasemasa.com.my/masalah-3m
-di-malaysia-pelajar-guru-sistem.
Chegunaz. (2012, Mei, 20). Asas Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Diakses
pada 15 Mac 2016 dan diperoleh daripada http://chegunaz.blogspot.my/2012/05/
asas-pembentukan-falsafah-pendidikan.html.
Drs. H.M. Djumransjah, M. Ed. (2004). Pengantar Filsafat Pendidikan . Indonesia: Bayumedia
Publishing.
Dr. Tajul Ariffin bin Nordin, Dr. Aini bte Dan. (1992). Pendidikan dan Wawasan 2020 . Kuala
Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd.
Haris Md. Jadi. (1990). Etnik, Politik dan Pendidikan . Selangor: Percetakan Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Gassi Kekcok. (2011, Mei, 24). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, Objektif dan
Organisasi Kandungan. Diakses pada 15 Mac 2016 dan diperoleh daripada
http://amirgassi.blogspot.my/2011/05/falsafah-pendidikan-kebangsaan-matlamat.
Html.
Major Pra Blog. ( ). Falsafah Barat(Pendidikan). Diakses pada 13 Mac 2016 dan diperoleh
daripada http://majorpra.blogspot.my/2010/12/falsafah-baratpendidikan.html .
Meor1980. (2011, November, 1). Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Diakses pada 13 Mac
http://duniaparasarjana.blogspot.my/2012/05/http://www.beritasemasa.com.my/masalah-3m-di-malaysia-pelajar-guru-sistemhttp://chegunaz.blogspot.my/2012/05/http://amirgassi.blogspot.my/2011/05/falsafah-pendidikan-kebangsaan-matlamat.http://majorpra.blogspot.my/2010/12/falsafah-baratpendidikan.htmlhttp://majorpra.blogspot.my/2010/12/falsafah-baratpendidikan.htmlhttp://amirgassi.blogspot.my/2011/05/falsafah-pendidikan-kebangsaan-matlamat.http://chegunaz.blogspot.my/2012/05/http://www.beritasemasa.com.my/masalah-3m-di-malaysia-pelajar-guru-sistemhttp://duniaparasarjana.blogspot.my/2012/05/
-
8/17/2019 ABSTRAK sebenar
19/19
2016 dan diperoleh daripada http://meor1980-guruwawasan.blogspot.my/2011/11/
falsafah-pendidikan-kebangsaan.html.
Mok Soon Sang. (2010). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia . Selangor: Multimedia
Marketing Sdn. Bhd.
( ). ( ). Falsafah dan Konsep Pendidikan . Diakses pada 13 Mac 2016 dan diperoleh
daripada file:///C:/Users/ASPIRE%20ES1/Downloads/falsafahpendidikanbarat.pdf.
http://meor1980-guruwawasan.blogspot.my/2011/11/http://file///C//Users/ASPIRE%20ES1/Downloads/falsafahpendidikanbarat.pdf.http://file///C//Users/ASPIRE%20ES1/Downloads/falsafahpendidikanbarat.pdf.http://meor1980-guruwawasan.blogspot.my/2011/11/
top related