2. persekitaran pemasaran
Post on 25-May-2015
9.300 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Persekitaran Pemasaran
Adalah diharapkan pelajar-pelajar dapat: menjelaskan konsep persekitaran pemasaran membezakan konsep persekitaran mikro dan
persekitaran makro menerangkan elemen-elemen dalam
persekitaran mikro dan persekitaran makro sebuah firma
menjelaskan bagaimana elemen-elemen persikitaran mikro dan persekitaran makro mempengaruhi aktiviti pemasaran sesebuah firma
Objektif Pembelajaran
Apakah Persekitaran Pemasaran?
Persekitaran pemasaran sesebuah firma terdiri daripada pemain dan kuasa luar yang mempengaruhi keupayaan pengurus pemasaran untuk membangun dan mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan sasaran.
Terdiri daripada: Persekitaran mikro Persekitaran makro
Persekitaran Pemasaran
Persekitaran mikro sesebuah firma terdiri daripada pemain-pemain yang hampir dengan firma yang mempengaruhi keupayaan firma untuk mengekalkan hubungan dengan pelanggan mereka. Persekitaran makro terdiri daripada kuasa kemasyarakatan yang mempengaruhi semua firma dalam sesebuah industri.
Persekitaran Pemasaran
Persekitaran pemasaran mempengaruhi kemampuan firma untuk memudahkan pertukaran dengan pelanggan dalam tiga cara:
ia mempengaruhi gaya hidup ia membantu menentukan keupayaan seorang pengurus pemasaran
ia mempengaruhi keputusan seorang pengurus pemasaran
Persekitaran Mikro
Firma itu sendiri
Orang tengah
Pesaing
Pembekal
Pelanggan
Pemain-pemain
Orang awam
Persekitaran Mikro
Firma itu sendiriSesebuah firma terdiri daripada beberapa buah jabatan antaranya pengurusan tertinggi, kewangan, penyelidikan dan pembangunan, pembelian, operasi, perakaunan dan sumber manusia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti pemasaran produk keluarannya.
Persekitaran Mikro
Pembekal adalah pihak yang bertanggung jawab untuk membekalkan sumber yang diperlukan oleh sesebuah firma untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan.
Persekitaran Mikro
Perantara pemasaran atau yang biasa dikenali sebagai orang tengah merupakan pihak yang terlibat dalam membantu firma pengeluar mempromosi, mengedar dan menjual produk mereka kepada pengguna.
Persekitaran Mikro
Penjualsemula / Pengedar
Firma pengedaran
fizikalAgensi
perkhidmatan pemasaran/
pakar pemasaran
Perantara kewangan
Jenis-jenis Perantara Pemasaran
Persekitaran Mikro
Perantara pemasaran terdiri daripada:• Penjualsemula / Pengedar - firma saluran pengedaran
yang membantu firma pengeluar mencari pelanggan dan/atau menjual produk pengeluar kepada pelanggan.
- terdiri daripada pemborong dan peruncit
Persekitaran Mikro
• Firma pengedaran fizikal - firma ini membantu
pengeluar untuk memindahkan dan menyimpan produk pengeluar daripada kilang pengeluaran asal ke destinasi yang ditetapkan dengan bantuan firma-firma pergudangan dan pengangkutan.
Persekitaran Mikro
• Agensi perkhidmatan pemasaran/ pakar pemasaran
- merupakan agensi pengiklanan, firma media, firma-firma penyelidikan pemasaran, dan firma perundingan pemasaran yang bertanggungjawab membantu pengeluar dalam menyasar dan mempromosi produk keluaran mereka kepada pengguna yang tepat.
Persekitaran Mikro
• Perantara kewangan - terdiri daripada bank, firma insuran,
firma penyedia kredit dan firma-firma lain yang membantu pengeluar membiayai aktiviti pengeluaran dan juga melindungi pengeluar daripada sebarang risiko daripada penjualan dan pembelian produk.
Persekitaran Mikro
Pesaing merupakan mana-mana firma lain yang bersaing dengan firma sedia ada untuk mendapatkan pengguna yang sama bagi memenuhi kehendak dan keperluan yang sama.

Pihak awam adalah sebarang kumpulan yang mempunyai minat sebenar atau potensi dan mengugat/megesani keupayaan sesebuah organisasi untuk mencapai objektifnya. Pihak awam terdiri daripada:
• Pihak pembiayaan • Pihak media • Kerajaan
Persekitaran Mikro
Pelanggan merupakan pengguna runcit, pengguna industri atau kerajaan yang membeli produk keluaran sesesuatu firma untuk kegunaan akhir.
Persekitaran Makro
Faktor Demografi.
Faktor Semulajad
i
Faktor Politik dan Undang-
undang
Faktor ekonomi
Faktor Teknologi
Faktor-faktor
Faktor Sosiobuda
ya
Persekitaran Makro
Demografi adalah satu bidang yang mengkaji tentang populasi manusia berdasarkan saiz, ketumpatan, lokasi, usia, gender, ras, pekerjaan dan dan lain-lain statistik.
Perubahan dalam ciri demografi sesuatu populasi akan mengubah gaya hidup dan seterusnya penggunaan produk

Faktor ekonomi terdiri daripada: Pendapatan pengguna ialah sejumlah wang yang diperolehi melalui upah, sewa, pelaburan, pencen dan dividen bagi satu tempoh masa tertentu. Firma lebih berminat terhadap pendapatan bolehguna (pendapatan setelah ditolak cukai)
Persekitaran Makro
Pengguna kelas atasanPengguna daripada kumpulan ini adalah merupakan pengguna produk mewah.
Pengguna kelas pertengahanPengguna daripada kumpulan ini sangat berhati-hati dengan perbelanjaan mereka.
Golongan pengguna berdasarkan pendapatan
Persekitaran Makro
Pengguna kelas bekerjaPengguna dalam kumpulan ini perlu cuba sedaya upaya untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan mereka.
Pengguna kelas bawahanPengguna kumpulan ini terdiri daripada individu di bawah bantuan kebajikan dan pesara. .
Golongan pengguna berdasarkan pendapatan
Persekitaran Makro
Faktor ekonomi terdiri daripada: Corak perbelanjaanPerbezaan corak perbelanjaan memberikan kesan yang besar terhadap permintaan di pasaran.
Persekitaran Makro
Faktor semulajadi terdiri daripada sumber semulajadi yang diperlukan sebagai input pengeluaran atau yang dipengaruhi oleh aktiviti pemasaran.
Persekitaran Makro
Faktor semulajadi terdiri daripada sumber semulajadi yang diperlukan sebagai input pengeluaran atau yang dipengaruhi oleh aktiviti pemasaran.
Peningkatan kesedaran pengguna terhadap persekitaran telah menyebabkan firma membangunkan strategi dan amalan persekitaran hijau yang berterusan.
Persekitaran Makro
Teknologi adalah aplikasi pengetahuan dan alat untuk menyelesaikan masalah dan melaksanakan tugas-tugas dengan lebih cekap.
Ia termasuklah pembangunan dan penggunaan mesin, produk dan proses.

Faktor Politik dan Undang-undangFirma memerlukan dasar kerajaan untuk melindungi mereka daripada firma lain dan juga pengguna, melindungi perekacipta teknologi baru dan melindungi kepentingan masyarakat secara umum.

Faktor sosiobudaya merujuk kepada sebarang pengaruh kepada masyarakat dan budayanya yang akan menyebabkan perubahan dalam sikap, kepercayaan, norma, adat dan gaya hidup.
Rumusan
Faktor sosiobudaya merujuk kepada sebarang pengaruh kepada masyarakat dan budayanya yang akan menyebabkan perubahan dalam sikap, kepercayaan, norma, adat dan gaya hidup.
Persekitaran Makro
Persekitaran pemasaran di mana firma beroperasi dengan jelasnya mempengaruhi aktiviti pemasaran. Oleh yang demikian adalah penting bagi sesebuah firma peka dan memahami semua aspek persekitaran mikro dan makro dan bagaimana persekitaran tersebut mempengaruhi aktiviti pemasaran sesebuah firma.
top related