121455070-refleksi-perkhemahan
Post on 22-Dec-2015
21 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
REFLEKSI PERKHEMAHAN
Nama: G.Mariyal A/P Ganarokiam
No. Kad Pengenalan: 771028-10-5898
Kursus: Sains Ambilan Khas
Saya ingin bersyukur dan terima kasih kepada Tuhan kerana telah melindungi
saya dan semua rakan-rakan saya yang terlibat dalam Perkhemahan Laman Tiga
Budaya. Kami berjaya menempuhi segala halangan dan kekangan dengan berjaya
sekali. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam mengendalikan program ini.
Kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa dan peserta Perkhemahan ini
merupakan tunggak utama kejayaan program ini. Dalam pada ini, saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada Puan Pensyarah yang telah
menganjurkan program ini bagi melahirkan guru yang berdisplin dan berkeyakinan diri
yang tinggi. Sekalung penghargaan kepada pensyarah yang sudi memberi pendedahan
dan informasi bersama kami di sepanjang perkhemahan ini. Segala maklumat yang
disampaikan dapat dijadikan sebagai pedoman dan ilmu pada masa akan datang.
Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu perkhemahan ini tidak
dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Kami telah menjalani satu perkhemahan selama 3 hari 2 malam di Taman Tema
Asahan Jasin Melaka pada 11 hingga 13 Oktober 2014. Pelbagai aktiviti yang menarik
telah dilaksanakan sepanjang saya berada disana. Disana saya dapat mempraktikkan
ilmu yang telah diajar oleh pensyarah kami sepenuhnya dalam pelbagai hal.
Perkhemahan ini adalah wajib disertai oleh semua guru PPG. ini.
Secara jujur, sebelum perkhemahan saya berasa takut dan kurang berkeyakinan
untuk pergi berkhemah dengan keadaan akan dihadapi di sana nanti. Namun persepsi
saya telah bertukar apabila saya telah berada di kem tersebut dan merasakan
perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan memberi pengalaman yang cukup manis
buat saya. Di samping itu, saya juga telah mengeratkan hubungan silaturrahim dengan
rakan-rakan yang lain.
Sebelum perkhemahan ini diadakan, suatu ahli jawatankuasa telah dilantik untuk
mengendalikan perkhemahan kami . Kami telah berbincang mengenai perkara-perkara
penting yang perlu disiapkan untuk perkhemahan tersebut sebelum kami bertolak dari
Institut Perguruan. Kami meneliti perkara-perkara yang diperlukan satu persatu
sebelum perkhemahan ini. Setiap ahli jawatankuasa telah melakukan tugas masing-
masing dengan sikap penuh bertanggungjawab.
Sebelum perkhemahan dimulakan, AJK Aktiviti telah membuat perbincangan
dimana kami meneliti aktiviti yang perlu dijalankan di di Taman Tema Asahan Jasin
Melaka .Di sini, saya telah mendapati kerjasama antara semua rakan-rakan
seperjuangan sangat erat dan kukuh untuk menjayakan perkhemahan ini.
Semua guru perlu mengambil bahagin kerana ia adalah aktiviti wajib.Setiap
orang. Markah juga akan diambil bagi pertandingan ini. Seterusnya bagi menyeimbangi
kemasukan ahli-ahli dalam pertandingan yang diadakan saya mencadangkan agar
semua ahli perlu mengambil bahagian dalam acara Malam Kebudayaan yang akan
diadakan pada hari malam itu.
Saya berasa sangat mudah untuk berkomunikasi dengan semua ahli .Tidak
banyak masalah yang timbul semasa saya membahagikan tugas kepada semua ahli
mengikuti aktiviti yang akan diadakan. Semua ahli memberikan komitmen yang tinggi
apabila diberikan satu tanggungjawab kepada mereka. Menguruskan jadual aktiviti
menjadi satu pengalaman yang berguna kepada saya dan apabila saya berada di
sekolah kelak saya dapat mengaplikasi ilmu yang saya perolehi. Cara menguruskan
sebuah ahli kumpulan dengan mengambil kira keperluan semua orang tanpa
menyinggung perasaan mana-mana ahli juga turut saya pelajari.
Acara rasmi pertama yang diadakan pada hari pertama ialah perjumpaan semua
ahli. Semua guru diberi nasihat agar mendengar segala arahan Komenden Kem dan
mematuhi arahan tersebut. Selain itu, penerangan tentang tugas rondaan malam dan
kawalan keselamatan juga turut diberi.
Kesimpulannya, pelbagai manfaat yang saya dapat daripada mengikuti
perkhemahan ini. Saya melihat perkhemahan ini memberi impak yang positif kepada
diri saya dimana saya telah mempelajari banyak perkara dan benda baru dalam hidup..
Memang pada mulanya, saya tidak suka dan tidak berminat dengan perkhemahan ini
namun setelah berada di kem ini saya menjadi sangat berminat dengan aktiviti
perkhemahan ini. Tidak ada langsung rasa menyesal saya selama mengikuti
perkhemahan ini.
Saya akan bawa ilmu ini kepada anak-anak murid saya di sekolah kelak. Banyak
perkara yang telah saya pelajari dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial
semasa perkhemahan ini. Saya dapat memupuk sikap bertolak ansur, sifat sabar,
setiakawan, bekerjasama dan bekerjasama antara ahli pasukan ialah antara perkara
yang dapat saya pelajari disini dan saya percaya ianya tidak boleh dijual beli. Saya
akan gunakan ia untuk menjadi insan yang lebih baik dimasa hadapan dan juga guru
yang cemerlang.
top related