08 tajuk 2 modul kajian tindakan ppg

Post on 19-Dec-2015

61 Views

Category:

Documents

12 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Modul KT

TRANSCRIPT

BMM3153 PENYELIDIKAN TINDAKAN II

TAJUK 2 Prosedur Mengorganisasi Seminar Kajian Tindakan

Seminar Kajian Tindakan merupakan aktiviti yang wajib dilalui oleh pelajar yang

telah melaksanakan penyelidikan di setiap Institusi Pendidikan Guru Kampus di

Malaysia. Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini akan dibentangkan dalam

seminar dan akan dibahaskan seterusnya diedarkan kepada para peserta seminar.

2.0 TEMA SEMINAR

Tentukan idea atau persoalan pokok kepada gagasan pemikiran yang menjadi asas

kepada penganjuran seminar. Tema-tema ini bergantung kepada kursus yang

ditawarkan serta perlu mempunyai satu idea yang dapat diungkapkan dalam satu

atau dua frasa kata.

Contoh tema:

“Transformasi Masyarakat Melalui Pendidikan Bahasa Melayu”

“Membudayakan Kajian Tindakan Transformasi Pengajaran”

2.1 TAJUK SEMINAR

Tentukan tajuk berdasarkan tema yang telah diputuskan

Contoh tajuk:

“Seminar Antarabangsa Pendidkan Islam dan Moral kali ke-14”

“Seminar Kajian Tindakan Pendidikan Bahasa Melayu PISMP (PJJ) 2015”

Gambarajah 1

Tajuk: Seminar Nasional Pendidikan Bahasa Melayu

Tema: Merumuskan Konsep dan Idea Kurikulum Perguruan Bahasa Melayu

4

BMM3153 PENYELIDIKAN TINDAKAN II

Gambarajah 2

Tajuk: Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP

Tema: “Penyelidikan Tindakan Menjana Inovasi Dan Kreativiti Pendidik”

2.2 JAWATANKUASA KERJA

2.2.1 Perlantikan Jawatankuasa kerja

Pihak pengajur perlu melantik jawatankuasa kerja yang terdiri daripada

pengarah seminar hingga kepada jawatankuasa kerja mengikut keperluan

dan bidang tugas masing-masing sebelum menganjurkan seminar.

Antara jawatan yang perlu diwujudkan ialah:

Penaung – Pegawai pengurusan Tertinggi dalam organisasi atau

Jabatan (contoh: Pengarah IPGK)

Penasihat – Terdiri daripada Ketua Jabatan atau Ketua Eksekutif

(contoh Ketua Jabatan)

Pengarah Seminar – Terdiri daripada pelajar

Setiausaha

Bendahari

Jawatankuasa Kerja

Urus setia seminar

2.2.2 Mesyuarat Penyelarasan

Tujuan utama mesyuarat adalah menyelesaikan masalah. Oleh itu ahli

jawatankuasa perlu mengadakan mesyuarat penyelarasan bagi

menyelesaikan masalah yang berbangkit menerusi perbincangan yang

akhirnya akan membuat keputusan dan melaksanakannya secara

5

BMM3153 PENYELIDIKAN TINDAKAN II

kolektif. Peranan Pengarah Seminar sebagai pengerusi mesyuarat

amat penting semasa mengendalikan mesyuarat kerana jika pengerusi

mesyuarat kurang mahir mengendalikan mesyuarat maka masalah

yang sedikit akan berpanjangan.

Terdapat sembilan perkara yang perlu diputuskan dalam penyelarasan

pertama:

Tema Seminar

Tajuk Seminar

Objektif Seminar

Rasional

Tarikh, masa dan tempat

Implikasi

Penyertaan Seminar

Kertas Kerja

Pembiayaan

2.3 LOKASI

Memilih lokasi atau tempat yang sesuai untuk mengadakan seminar. Lokasi ini

bergantung kepada keperluan dan kos. Biasanya seminar ini dijalankan di dewan

IPGK masing-masing, atau boleh juga di jalankan di dewan-dewan luar IPGK sama

ada di dalam negara atau di luar negara dengan mendapat kebenaran daripada

pihak pengurusan IPGK masing-masing serta bergantung kepada kos kewangan

yang telah diluluskan.

2.4 KOS

Perbelanjaan menganjurkan seminar perlu dinyatakan serta sumber-sumber

kewangan yang akan digunakan untuk tujuan membiayai seminar tersebut. Butir-

butir secara terperinci tentang pembiayaan tersebut perlu dinyatakan sebagai

lampiran dalam kertas kerja.

Contoh kos:

sewaan

kenderaan

6

BMM3153 PENYELIDIKAN TINDAKAN II

makan dan minum

cenderahati

alat tulis

siaraya promosi

7

top related