majutan - forestry.ns.gov.my · sambutan hari hutan antarabangsa peringkat kebangsaan 2013 16...

24
MAJUTAN Diterbitkan sejak 1932 Edisi Januari-April 2013 Untuk Kakitangan Jabatan Perhutanan www.forestry.gov.my Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Lawatan Ke Taman Negeri Endau-Rompin Perhimpunan Bulanan Siri 2/2013 Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2013 Projek Perhutanan Masyarakat Lawatan Ke Tapak Tanaman Pokok Nadir 09 15 21 13

Upload: others

Post on 22-Oct-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • MAJUTANDiterbitkan sejak 1932

    Edisi Januari-April 2013 Untuk Kakitangan Jabatan Perhutanan www.forestry.gov.my Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    Kementerian SumberAsli dan Alam Sekitar

    Lawatan Ke Taman Negeri

    Endau-Rompin

    Perhimpunan Bulanan Siri 2/2013

    Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2013

    Projek Perhutanan Masyarakat

    Lawatan Ke Tapak Tanaman Pokok Nadir

    09 15 2113

  • MAJUTAN EDISI JAN-APRIL 20132

    Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    Assalamualaikum W. B.T dan Salam Sejahtera,

    Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memanjatkan kesyukuran terhadap Ilahi di atas kejayaan dan kesungguhan sidang redaksi yang telah berjaya menerbitkan Buletin MAJUTAN Edisi Januari hingga April 2013. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua warga kerja JPSM yang telah menyumbang artikel untuk MAJUTAN edisi ini. Buletin MAJUTAN Edisi Januari hingga April 2013 kembali lagi dengan penyampaian berita dan peristiwa yang penuh berinformasi. Melangkah ke tahun baru 2013, warga JPSM telah melafaz ikrar serta dengan azam dan tekad yang baru supaya kita lebih berdaya maju dan proaktif dalam menjalankan tugas yang pastinya akan lebih mencabar. Program- program yang dirancang

    telah berjaya diadakan dengan lancar hasil kerjasama semua warga kerja JPSM dan ianya telah dimuatkan dalam MAJUTAN ini untuk dikongsi bersama semua warga JPSM.

    Sekian, terima kasih.

    Pihak Jawatankuasa Majutan mengalu-alukan sebarang bentuk Cadangan / Artikel / Rencana / Komen daripada seluruh warga Perhutanan.

    SILA MAJUKAN KEPADA ALAMATEmel : [email protected] , [email protected] , [email protected]

    SIDANG REDAKSI MAJUTAN 2013PENASIHATYBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. RahimKetua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    PENGERUSIYBhg. Dato’ Masran bin Md SallehTimbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar dan Perancangan)

    KETUA PENGARANGYBhg. Dato’ Hj. Nor Akhirrudin bin MahmudPengarah Kanan Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan

    JAWATANKUASA MAJUTAN 2013PENGARANGMohd Radhi Chu bin Abdullah

    PENOLONG PENGARANG 1Asiah binti Yaacob

    PENOLONG PENGARANG 2Kumaresan Sivakave

    KONSEP DAN REKA BENTUKNorica Okang

    URUSAN PERCETAKAN & EDARANKamal Kusyairi bin Abd Ghani

    WAKIL JABATAN PERHUTANAN NEGERIJOHORThilagawathy a/p Raja

    KEDAHSiti Sarah binti Shaharuddin

    KELANTANSuryani binti Mohd Nordin

    MELAKAWan Yusof bin Wan Karim

    NEGERI SEMBILANSiti Norhayati binti Mohamad Mastar

    PAHANGMelati binti Yusof

    PERAKAzni Rahman bin A.Wahid

    PERLISAhmad Fikri bin Mistar

    PULAU PINANGSiti Nursyuhada binti Md Hassan

    SELANGORTharmizie bin Sagiran

    TERENGGANUShahril bin Mohamad

    WAKIL BAHAGIAN IBU PEJABAT PERHUTANANPERANCANGAN & EKONOMI HUTANKamal Kusyairi bin Abd Ghani

    PENGURUSAN HUTANIzaidah binti Talib

    SILVIKULTUR & PEMELIHARAAN BIOLOGI HUTANRegina Mariah Jong

    LADANG HUTAN DAN PERLINDUNGAN HUTANKhairunnisa binti M. Mamat

    HAL EHWAL ANTARABANGSAHarry Yong

    LATIHAN PERHUTANANDurrutul Ain binti Ahmad Zainudin

    PENGUATKUASAAN HUTANAhmad Faizal bin Yusof

    KEJURUTERAAN HUTANAb. Rashid bin Othman

    KHIDMAT PENGURUSANHairul bin Abdul Hamid

    PENGURUSAN MAKLUMATMutia Anggerek binti Jusoh

    TEKNIKAL & INDUSTRI KAYUZulazfar Husaini bin Abdullah Sani

    PERUNDANGAN DAN PENDAKWAANReanee Lee

    FOREST ECO-PARK & HUTAN TAMAN NEGERIHj. Helmy Tariq bin Othman

    KOMUNIKASI KORPORAT & PERHUBUNGAN AWAMSiti Syafiqah binti Yusop

    SEKRETARIAT BAKAUSulahi @ Suhaili bin Hj. Rosli

    SETIAUSAHA PUSPANITAZuraida binti Mohd Aziz

    SETIAUSAHA PKSIPMuhammad Ezhar bin Yusuf

    JURUFOTODzulkifli bin TukimanHairul bin Abdul Hamid

    Dari Meja Ketua Pengarang

    KANDUNGANEDISI JANUARI-APRIL 2013MAJLIS MEMPERBAHARUI IKRAR PERINGKAT JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG 3

    KURSUS DENDROLOGI BAGI PEKERJA AWAM KHAS JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMBILAN 4

    KURSUS DENDROLOGI BAGI PENGAWAS HUTAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMBILAN 4

    LAWATAN KE TAMAN NEGERI ENDAU-ROMPIN 5

    MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H PERINGKAT JAJAHAN KELANTAN BARAT 6

    PROGRAM PENANAMAN POKOK DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN INDRA PETRA 2, GUA MUSANG 6

    PROJEK SKIM INSENTIF RAKYAT JABATAN PERHUTANAN NEGERI KELANTAN 7

    KURSUS UKURAN TANAH 2013 JABATAN PERHUTANAN NEGERI KELANTAN 7

    KURSUS ICT BIL. 1/2013 - PENYELENGARAAN LAMAN WEB MENGGUNAKAN CONTENT MANAGEMENT SYSTEM (CMS) 7

    KURSUS PEMANTAUAN DAN PENILAIAN POKOK BAHAYA 8

    PROGRAM MESRA JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP) 2013 8

    LATIHAN PERTAHANAN DIRI & KETAHANAN LASAK JPSM 9

    PERHIMPUNAN BULANAN SIRI 2/2013 9

    THE CONFERENCE ON PERAK CENTRAL FOREST SPINE: THE OFFING OF THE STATE’S BIODIVERSITY BASTION 10

    ANJURAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK

    GOTONG-ROYONG MEMBERSIH BALAI PEMERIKSAAN HUTAN (BPH) PASIR DUSUN 11

    KURSUS QUANTUM GIS 11

    KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG 12

    KARNIVAL ANTARABANGSA BIO KELANTAN 2013, PERSIDANGAN DAN PAMERAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI KELANTAN 12

    KURSUS INVENTORI HUTAN SELEPAS TEBANGAN (POST-F) JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMBILAN 13

    PROJEK PERHUTANAN MASYARAKAT 13

    LAPORAN BENGKEL PENGEMASKINIAN DATA BANCIAN PETAK CONTOH KEKAL (PCK) DAN DATA FENOLOGI BIL.1/2013 14

    KURSUS ASAS KOMPUTER DAN INTERNET JABATAN PERHUTANAN NEGERI KELANTAN 14

    PROGRAM PENANAMAN POKOK DI SEKOLAH MENENGAH DATO ISMAIL GONG KEDAK, PASIR PUTEH, KELANTAN 14

    KARNIVAL BERSAMA PELANGGAN SEMPENA SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2013 15

    SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN 2013 16

    KURSUS JURUAUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2008 17

    KURSUS ICT BIL. 3/2013-MULTIMEDIA PRESENTATION 17

    KURSUS MENEMBAK KHAS JKPOH BIL. 1/2013 17

    TAKLIMAT MC & I (HUTAN ASLI) JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMBILAN 18

    KLINIK KESEDARAN DAN DIALOG KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN BAGI SEKTOR PERHUTANAN 18

    KURSUS PENGUATKUASAAN SIASATAN, PENGUASAAN AKTA PERHUTANAN NEGARA 1984 DAN ENAKMEN INDUSTRI 19

    BERASASKAN KAYU (EIBK)

    PROGRAM RIADAH BERBASIKAL DAN GOTONG–ROYONG PERDANA JABATAN PERHUTANAN NEGERI KELANTAN 19

    LAWATAN BERILMU KE PETRONAS PENAPISAN (TERENGGANU) SDN. BHD. 20

    KURSUS DI AMBANG PERSARAAN TAHUN 2013 20

    LAWATAN KETUA PENGARAH PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA KE TAPAK PROJEK TANAMAN POKOK NADIR 21

    KURSUS PENGGUNAAN SISTEM PEMANTAUAN HUTAN MENGGUNAKAN REMOTE SENSING (FMRS PLUS) 22

    TAKLIMAT KESEDARAN BAHAYA KEBAKARAN 23

    KEPENTINGAN PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANG 24

  • MAJUTAN EDISI JAN-APRIL 2013 3

    Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    KUANTAN, 9 Januari 2013 – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah menganjurkan satu majlis memperbaharui ikrar bagi tahun 2013 serta perasmian bangunan baru Pejabat Hutan Daerah Kuantan / Pekan / Maran yang bertempat di Pejabat Hutan Kuantan, Pekan dan Maran. Bersempena majlis ini juga turut diadakan program penanaman pokok di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Garuda, Kuantan, Pahang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abdul Rahman bin Haji Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan

    Perhutanan Semenanjung Malaysia. Majlis ini telah dihadiri oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, guru serta pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Garuda. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memperbaharui ikrar bagi kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bagi tahun 2013. Selain itu, majlis ini juga bertujuan mewujudkan rasa tanggungjawab dan kecintaan kepada alam sekitar dan pemuliharaan alam semulajadi di kalangan generasi baru.

    MAJLIS MEMPERBAHARUI IKRAR PERINGKAT JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANGDisediakan oleh: Melati binti Yusof, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

    Bacaan ikrar di ketuai oleh Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

    Pameran oleh Unit Hutan Lipur Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

    Ketibaan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia. Bacaan ikrar oleh Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

  • MAJUTAN EDISI JAN-APRIL 20134

    Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    PORT DICKSON, 15 Januari 2013 - Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah menganjurkan Kursus Dendrologi bagi Pekerja Awam Khas selama tiga (3) hari bermula 15 - 17 Januari 2013 bertempat di Pusat Edu Ecotourism Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson yang telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Roslee bin Jamaludin, Timbalan Pengarah Perancangan dan Pengurusan. Seramai 40 orang kakitangan pekerja awam

    khas telah menghadiri kursus tersebut di mana Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah menjemput Encik Mohd Nasir bin Mohd dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sebagai tenaga pengajar. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengecaman daun dan pokok yang menjadi tonggak di dalam bidang Perhutanan sekaligus melahirkan kakitangan yang cekap terhadap

    pengecaman daun dan pokok. Selain itu, kandungan kursus ini ialah mengulangkaji teknik pengenalan pokok/struktur kayu, teknik-teknik pengecaman daun serta batang, pengecaman kayu di lapangan dan juga pengecaman herba.

    PORT DICKSON, 21 Januari 2013 - Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah menganjurkan Kursus Dendrologi bagi Pengawas Hutan bertempat di Pusat Edu Ecotourism Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson yang telah dirasmikan Encik Nor Zaidi bin Jusoh, Timbalan Pengarah Silvikultur dan Perlindungan Hutan. Seramai 40 orang kakitangan Pekerja Awam Khas telah menghadiri kursus tersebut di mana Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah menjemput Renjer Hutan iaitu Encik Anuar bin Wok dan Encik Zailan bin Mohamed Yusof dari

    FORTRAIN. Kursus ini diadakan adalah untuk mengulangkaji pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengecaman daun dan pokok yang menjadi tonggak di dalam bidang Perhutanan sekaligus melahirkan kakitangan yang mahir dalam pengecaman daun dan pokok di mana perkara yang ditekankan di dalam kursus ini ialah mengenai teknik pengenalan pokok/ struktur kayu, teknik-teknik pengecaman daun serta batang, pengecaman kayu di lapangan dan juga pengecaman herba.

    KURSUS DENDROLOGI BAGI PEKERJA AWAM KHAS JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMBILANDisediakan Oleh: Siti Norhayati binti Mohamad Mastar, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

    KURSUS DENDROLOGI BAGI PENGAWAS HUTAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMBILANDisediakan Oleh: Siti Norhayati binti Mohamad Mastar, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

    1. Encik Mohd Nasir bin Mohd sedang menyampaikan ceramah2. Peserta kursus sedang mendengar taklimat3. Peserta sedang menjalani ujian pengecaman4. Tenaga pengajar menunjukkan cara pengecaman daun dan pokok

    1. Peserta kursus sedang menjalani ujian pengecaman daun2. Peserta kursus sedang mendengar ceramah3. Majlis Penyampaian cenderahati

    01

    01

    02

    02

    03

    03

    04

  • MAJUTAN EDISI JAN-APRIL 2013 5

    Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    KUALA ROMPIN, 22 Januari 2013 – Bahagian Forest Eco Park dan Hutan Taman Negeri, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Taman Negeri Endau-Rompin, Pahang bersempena dengan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pembangunan dan Pengurusan Hutan Lipur dan Hutan Taman Negeri Bil. 1/2013. Seramai 30 orang Pegawai yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai daripada Bahagian Forest Eco Park dan Hutan Taman Negeri, Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) dan kakitangan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah mengikuti lawatan ini. Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan dan menambahkan pengetahuan mengenai keindahan alam semulajadi dan kekayaan biodiversiti yang boleh didapati di Taman Negeri Endau-Rompin selain daripada berkongsi pengalaman dan idea bagi meningkatkan lagi pembangunan dan pengurusan kedua-dua kawasan ini. Selain itu juga, ahli mesyuarat juga telah berpeluang melihat keindahan Air Terjun Mahkota yang terdapat di kawasan Taman Negeri Endau-Rompin.

    Taman Negeri Endau-Rompin

    Taman Negeri Endau-Rompin terletak di dalam Hutan Simpan Lesong di mana ianya merangkumi kawasan yang bersempadan di antara Negeri Pahang dan Negeri Johor. Kerajaan Negeri Pahang telah mengenalpasti dan mewartakan kawasan

    seluas 40,197 hektar sebagai Taman Negeri. Taman Negeri Endau-Rompin merupakan kawasan yang mempunyai ciri-ciri yang menarik dari segi kepentingan flora dan fauna, geologi dan sejarah. Ianya amat berharga dan berpotensi untuk dibangunkan sebagai taman semulajadi yang bertaraf antarabangsa sejajar dengan konsep pelancongan ekologi.

    Kawasan Taman Negeri Endau-Rompin, Pahang merupakan kawasan yang mempunyai keindahan semulajadi yang unik serta hutan ’pristine’ yang susah didapati di kawasan lain. Matlamat penubuhan taman ini ialah untuk melindungi, memelihara dan mengurus secara berkekalan ke atas alam semulajadi dan juga menggalakkan kepada pemahaman dan penghargaan orang ramai terhadap warisan semulajadi untuk keselesaan generasi kini dan akan datang. Ini adalah kerana taman ini mempunyai aset kepentingan dari segi kajibumi, kajipurba, sejarah, etnobotani dan sains dalam memajukan pendidikan, kesihatan, nilai estetik dan rekreasi orang ramai.

    Di Taman Negeri Endau-Rompin ini terdapat hutan asli yang dikelaskan sebagai ’Tropical Lowland Evergreen Rainforest’ dan Hutan Bukit Dipterokarp. Hal Ini menjadikan kawasan ini sebahagian daripada rangkaian simpanan ’Hutan Tropika’ antarabangsa. Kawasan hutan ini merupakan hutan yang paling kaya yang mengandungi beribu-ribu spesies flora dan fauna. Di samping itu, kewujudan taman

    ini akan dapat memberi perlindungan kepada hidupan liar seperti Badak Sumbu Sumatra yang terancam akibat daripada pembangunan di kawasan sekeliling.

    Taman Negeri Endau-Rompin merupakan salah satu kawasan kepelbagaian hayat yang tinggi di mana ianya mempunyai spesies flora dan fauna yang endemik di kawasan tersebut. Spesies-spesies seperti periuk kera (Nepenthes spp), Pokok Sang, Pokok Serdang (Livingstonia endauaansis), lumut, paku-pakis dan sebagainya. Berikut adalah spesies flora dan fauna yang direkodkan oleh penyelidik dari pelbagai kepakaran iaitu :-

    • 14,500spesiestumbuhan• 200spesiesmamalia• 600spesiesburung• 140spesiesular• 150spesieskatakdan,• 1000spesiesserangga

    Kawasan semulajadi yang menjadi tarikan utama kepada Taman Negeri Endau-Rompin adalah seperti Air Terjun Seri Mahkota, Puncak Guntung Keriong yang mempunyai kawasan ’plateu’ yang menarik, Padang Tujuh yang mempunyai pelbagai spesies flora yang cantik seperti orkid liar, periuk kera dan sebagainya, Ulu Kemapan, Sungai Kinchin yang menjadi habitat kepada pelbagai spesies ikan seperti Ikan Sebarau, Kelisa, Kelah, Baung dan sebagainya. Kawasan-kawasan ini dihubungkan oleh denai-denai hutan yang terdapat di Taman Negeri Endau-Rompin.

    LAWATAN KE TAMAN NEGERI ENDAU-ROMPIN Disediakan Oleh: Hj. Helmy bin Tariq, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pembangunan dan Pengurusan Hutan Lipur dan Hutan Taman Negeri Bil. 1/ 2013

    Kawasan persekitaran Air Terjun Seri Mahkota yang merupakan air terjun terdapat di Taman Negeri Endau-Rompin, Pahang.

  • MAJUTAN EDISI JAN-APRIL 20136

    Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    TANAH MERAH, 24 Januari 2013 – Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434h Peringkat Jajahan Kelantan Barat telah diadakan pada 12 Rabiulawal 1434H bersamaan 24 Januari 2013 bertempat di Masjid Ismail Tanah Merah. Penyertaan peserta adalah meliputi semua Pejabat Kerajaan Negeri, Persekutuan, Badan Berkanun dan NGOs. Pejabat Hutan jajahan Kelantan Barat telah menghantar penyertaan

    seramai 21 pegawai dan kakitangan dalam menjayakan majlis tersebut. Nama kontinjen adalah Al- Shajarah. Objektif sambutan adalah untuk memupuk rasa cinta kepada Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW serta mengerat perhubungan silaturrahim antara Anggota Perkhidmatan Awam, NGOs dan lain-lain agensi di Jajahan Tanah Merah .

    GUA MUSANG, 27 Januari 2013 - Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah bersama dengan pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Indra Petra 2, Gua Musang bagi menjayakan Program Gotong Royong yang telah diadakan pada 27 Januari 2013. Pihak Jabatan telah memberi sumbangan sebanyak 60 pokok hiasan bagi menghiasi kawasan sekeliling sekolahtersebut. Pihak sekolah juga dibantu dalam kerja-kerja menanam pokok. Sebelum upacara penanaman pokok berlangsung

    taklimat mengenai kepentingan hutan dan cara penanaman pokok telah disampaikan oleh Renjer Hutan Unit Silvikultur & Perlindungan kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat dengan program tersebut. Semoga dengan adanya program kesedaran yang sering dijalankan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan bersama dengan pihak sekolah dapat memupuk kesedaran mengenai kepentingan hutan di kalangan murid-murid dan guru-guru di sekolah.

    MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434HPERINGKAT JAJAHAN KELANTAN BARATDisediakan oleh: Muhamad Hafni bin Ahmad Saraji & Sanja a/p Boon Kong, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

    PROGRAM PENANAMAN POKOKDI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN INDRA PETRA 2, GUA MUSANGDisediakan oleh: Disediakan oleh: Nur Ain binti Mustapa, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

    Kontinjen Al-Shajarah bergambar beramai-ramai

    Pelajar-pelajar sedang menanam pokok di persekitaran kawasan sekolah

    Pelajar-pelajar sedang menanam pokok di persekitaran kawasan sekolah

    Perarakan Kontinjen Al-Shajarah

  • MAJUTAN EDISI JAN-APRIL 2013 7

    Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    JELI, 27 Januari 2013 – Skim Insentif Rakyat merupakan salah satu projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) dengan objektif untuk meningkatkan sosio ekonomi penduduk setempat disamping mengurangkan tekanan ke atas sumber sedia ada di kawasan Hutan Asli. Projek ini adalah sambungan daripada projek tahun 2011 yang diadakan di Jeli dengan penyertaan seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada penduduk kampung di sekitar Kampung Pasir Dusun, Jeli.

    Pada kali ini setiap peserta diberi 300 anak pokok karas untuk ditanam di tanah masing – masing manakala JPNK akan memantau perkembangan projek dan memberi khidmat nasihat kepada para peserta dari semasa ke semasa.

    MACHANG, 04-06 Februari 2013 - Jabatan PerhutananNegeri Kelantan telah menganjurkan Kursus Ukuran Tanah bertempat di Pusat Latihan Perhutanan Bukit Bakar, Machang. Seramai 40 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada Pengawas Hutan dan Pekerja Rendah Awam Khas. Objektif kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk:

    1.Meningkatkan pengetahuan asas dan meningkatkan tahap kemahiran kakitangan dalam melaksanakan kerja di lapangan dengan sempurna, betul, tepat dan cepat.

    2.Membolehkan kakitangan berkeyakinan tinggi dan menghasilkan mutu kerja yang lebih tinggi dalam penyediaan pelan ukur iaitu dengan lebih sempurna, tepat, betul dan cepat semasa menjalankan tugas harian.

    Renjer Hutan Unit Silvikultur dan Renjer Hutan Pejabat Jajahan Kelantan Selatan telah dijemput sebagai pengajar pada kursus kali ini.

    PROJEK SKIM INSENTIF RAKYAT JABATAN PERHUTANAN NEGERI KELANTAN Disediakan oleh : Suryani binti Mohd Nordin,Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

    KURSUS UKURAN TANAH 2013 JABATAN PERHUTANAN NEGERI KELANTAN Disediakan oleh : Nur Ain binti Mustapa, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

    KURSUS ICT BIL. 1/2013 - PENYELENGARAAN LAMAN WEB MENGGUNAKANCONTENT MANAGEMENT SYSTEM (CMS) Disediakan oleh : Mohd Azizul bin Zulkifli, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    Penduduk kampung yang terlibat dengan Skim Insentif Rakyat bergambar kenang-kenangan bersama pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

    Peserta kursus sedang menyediakan tugasan

    IPJPSM,5-6Februari2013-BahagianPengurusanMaklumatB(PM) dengan kerjasama Bahagian Latihan Perhutanan B (LP) Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) telah menganjurkan Kursus ICT Bil. 1/2013 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Bahagian Pengurusan Maklumat, IPJPSM. Penceramah dan fasilitator bagi kursus ini ialah dari Syarikat Aidan Technologies Sdn. Bhd. seramai lima (5) peserta dari Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan sebelas (11) peserta dari Jabatan Perhutanan Negeri yang terlibat telah menyertai kursus ini. Antara objektif kursus ini ialah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai kaedah pembangunan dan pengemaskinian serta penyelenggaraan laman web dengan menggunakan Content Management System (CMS) dan juga untuk meningkatkan kemahiran pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk

    menguruskan laman web di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri.

    Kursus ICT Bil. 1/2013 dimulakan dengan Pengenalan Kepada Joomla Sebagai Content Management System (CMS). Peserta kemudian didedahkan cara Pemasangan Aplikasi dan Konfigurasi Sistem Joomla. Pada sesi petang, peserta diajar mengenai Pengurusan Kandungan dan Rangka Asas. Pada hari kedua,kursus dimulakan dengan Pemahaman kepada Sistem Menu dan Pengurusan Media, Modul / Komponen Tambahan dan Pengurusan Pengguna Joomla. Secara umumnya, peserta berpendapat persembahan penceramah adalah memuaskan dan penceramah-penceramah yang ada perlu dikekalkan untuk sesi kursus yang seterusnya.

  • MAJUTAN EDISI JAN-APRIL 20138

    Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    PORT DICKSON, 13 Februari – Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah menganjurkan Kursus Pemantauan dan Penilaian Pokok Bahaya bertempat di Pusat Edu Ecotourism Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson. Kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Roslee bin Jamaluddin, Penolong Pengarah Perancangan dan Pengurusan Hutan. Seramai 40 orang kakitangan yang bertugas di Hutan-hutan Lipur Negeri Sembilan telah menghadiri kursus ini. Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah menjemput Tuan Hj. Helmy Tariq bin Othman dari Bahagian Forest Eco-Park dan Taman Negeri Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sebagai tenaga pengajar bagi kursus ini.

    Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk mengetahui kaedah-kaedah mengenalpasti, mengurus, mengawal dan memantau pokok-pokok bahaya khususnya di kawasan hutan lipur. Peserta kursus telah didedahkan dengan mengenalpasti pengurusan pokok bahaya, menilai individu pokok serta tahap kecacatan, mengenalpasti tahap bahaya pada pokok serta cara-cara penyelenggaraan dan kaedah-kaedah rawatan serta kawalan pokok bahaya.

    KUANTAN, 16 Februari 2013 – Satu Program MesraJawatankuasa Penduduk telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan bertempat di Kampong Jawa, Kuantan, Pahang. Program ini disertai oleh penduduk kampung, belia, kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Agensi Swasta Non-Government Organization (NGO) dan Jabatan Kerajaan yang lain. Sempena program ini juga, turut diadakan pameran, pertandingan bola futsal dan bola jaring yang disertai oleh Agensi-

    agensi yang terlibat. Tujuan program ini adalah bagi menjalinkan hubungan mesra di antara Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) serta Agensi-agensi swasta, NGO dan Jabatan Kerajaan dengan penduduk di kawasan setempat. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi pendedahan dan penerangan kepada penduduk berkaitan dengan fungsi-fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Agensi Swasta dan NGO serta Jabatan Kerajaan yang lain.

    Aktiviti yang dijalankan sepanjang Kursus Pemantauan dan Penilaian Pokok Bahaya

    1. Program bersama pelanggan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di Kg Tengah2. Jabatan dan Agensi lain yang terlibat dengan pameran semasa program ini berlangsung3. Perasmian penutup oleh Yang Berhormat ADUN Teruntum

    KURSUS PEMANTAUAN DAN PENILAIAN POKOK BAHAYADisediakan oleh: Siti Norhayati binti Mohamad Mastar, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

    PROGRAM MESRA JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP) 2013Disediakan oleh: Melati binti Yusof, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

    01 02 03

  • MAJUTAN EDISI JAN-APRIL 2013 9

    Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    BANGI, 18 - 22 Februari 2013 – Bahagian Penguatkuasaan Hutan, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan kerjasama dari pihak Aikido Yoshikan Shudokan Martial Arts Center telah mengadakan satu kursus latihan pertahanan diri (kekangan & penyingkiran). Kursus ini telah diadakan bertempat di Aikido Yoshikan Shudokan Martial Arts

    Center Seri Kembangan, Selangor. Seramai 35 peserta telah mengambil bahagian termasuk Pegawai-pegawai Hutan Daerah, Pegawai-Pegawai Kanan dan juga anggota berpakaian seragam. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran pengendalian diri semasa melakukan tangkapan oleh anggota penguatkuasaan.

    KUALA LUMPUR, 18 Februari 2013 - Perhimpunan bulanan IPJPSM Siri 2/2013 kali ini diadakan sempena majlis Aku Janji Pengarah-Pengarah Negeri dan juga Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM). Selain itu, majlis diserikan lagi dengan Pelancaran dua (2) buah buku terbitan terbaru JPSM iaitu Buku “An Economic Analysis Of Swiftlet Edible Bird’s Nest Industry” dan buku “ Proceedings of the 16th Malaysian Forestry Conference”.

    Pada majlis yang sama juga IPJPSM telah berjaya melaksanakan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2008 dan Majlis

    penyampaian Sijil telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Masran bin Md Salleh kepada YBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim. Selain itu, seramai 6 kakitangan IPJPSM dianugerahkanSijil Anugerah Khas melebihi 30 tahun perkhidmatan iaitu Encik Muhammad bin Murad (Pemelihara Hutan G48) dari Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Encik Zubait bin Said (Pemelihara Hutan G48) dari Bahagian Latihan Perhutanan, Encik Abdul Kadir bin Uda Umor (Pembantu Penerbitan N17) dari Bahagian Pengurusan Hutan, Encik Zainal Abidin bin Joid (Penolong Jurutera J36) dariJabatan Perhutanan Negeri Perak, Encik Mahad bin Talib (Pembantu Tadbir N22)

    dari Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan dan Puan Norbadiah binti Abidin (Pembantu Tadbir N22) dari Bahagian Khidmat Pengurusan.

    Penyampaian Sijil Anugerah Pembaca Bulan Januari 2013 berjaya disandang oleh Puan Nor Masitah binti Mazleen@Mazlan dari Bahagian Pengurusan Hutan dan seorang kakitangan IPJPSM yang telah bertukar iaitu Encik Ridzuan bin Osman (Jurutera Awam J44) dari Bahagian Kejuruteraan Hutan ke Jabatan Kerja Raya, Daerah Cameron Highland, Pahang.

    LATIHAN PERTAHANAN DIRI & KETAHANAN LASAK JPSMDisediakan oleh: Ahmad Faizal bin Yusof, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    PERHIMPUNAN BULANAN SIRI 2/2013Disediakan Oleh: Kamal Kusyairi bin Abd Ghani, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    Gambar 1, 2 & 3 menunjukkan sesi pendedahan dan kemahiran pengendalian diri

    1. YBhg. Dato’ Prof. Dr. KPPSM sedang menyampaikan ucapan amanat kepada warga kakitangan Jabatan Perhutanan

    2. YBhg. Dato’ Prof. Dr. KPPSM semasa pelancaran dua (2) buah buku terbitan terbaru JPSM iaitu Buku “An Economic Analysis Of Swiftlet Edible Bird’s Nest Industry” dan Buku “Proceedings of the 16th Malaysian Forestry Conference”

    3. YBhg. Dato’ Prof. Dr. KPPSM menyampaikan Sijil Anugerah Khas kepada kakitangan yang berkhidmat melebihi 30 tahun.

    4. Penyampaian Sijil: JPSM telah berjaya melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 dan dianugerahkan Sijil MS ISO 9001:2008 bagi tempoh 3 tahun lagi

    5. YBhg. Dato’ Masran bin Md Salleh mewakili warga Kakitangan Jabatan Perhutanan yang menyambut hari lahir pada bulan Februari dalam upacara memotong kek

    01

    01 02 03

    04 05

    02 03

  • MAJUTAN EDISI JAN-APRIL 201310

    Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    IPOH, 19 Februari 2013 – Kerajaan Negeri Perak melalui usaha Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah menganjurkan persidangan Central Forest Spine (CFS) yang bertempat di Riverfront Hotel & Suites, Ipoh. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Y.B Dato’ Dr. Mah Hang Soon dan dihadiri lebih kurang lima ratus (500) tetamu daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Tujuan persidangan ini dianjurkan adalah untuk menwar-warkan sokongan Kerajaan Negeri Perak terhadap pelaksanaan Central Forest Spine (CFS) melalui tapak projek perintis yang dilaksanakan di Gerik dalam menyokong usaha-usaha Kerajaan Persekutuan. Sepanjang persidanganiniberlangsung,sebanyakenam(6)kertaskerjatelah dibentangkan iaitu:-

    I. “The Pragmatism of The Tropical Rainforest Living Collection” oleh YABhg. Tun Jeane binti Abdullah, Pengerusi Tropical Rainforest Conservation & Research Centre.

    II. “Improving Connectivity in The Central Forest Spine Landscape” oleh Encik Hari Ramalu, Pengurus Projek, UNDP Malaysia.

    III. “The Royal Society’s SE Asia Rainforest Research Programme; 25 Years of Research at Danum Valley in Sabah” oleh Dr. Stephen Sutton, The Royal Society’s SE Asia Rainforest Research Programme, Sabah.

    IV. “Science - Based Corridor Connectivity: A Case Study of The Belum-Temenggor Primary Linkage” oleh Dato’ Dr. Dionysius S.K Sharma, Executive Director, World Wide- Fund for Nature (WWF) Malaysia.

    V. “Monitoring of Small Vertebrates at Ecological Linkage Belum - Temenggor Forest Reserve” oleh Encik Mohammad Shahfiz bin Azman, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.

    VI. “Experience in Incroporating Smart Green Insfrastructure for Wildlife Crossing in Peninsular Malaysia” oleh Dr. Sivananthan T. Elagupillay, Pengarah Bahagian Eko- Pelancongan PERHILITAN.

    Sidang kemuncak bagi acara ini adalah Majlis Menandatangani Perjanjian di antara Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Perhutanan Negeri Perak bersama Tropical Rainforest Conservation & Research Centre Berhad berkaitan dengan projek “The Establishment and Operation of The Tropical Rainforest Living Collection Banun and Related Objectives” yang telah disaksikan oleh Y.A.B Dato’ Seri DiRaja Menteri Besar Perak dan turut dilancarkan adalah program “1 Million Trees” pada sebelah malam majlis tersebut.

    THE CONFERENCE ON PERAK CENTRAL FOREST SPINE: THE OFFING OF THE STATE’S BIODIVERSITY BASTION ANJURAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAKDisediakan oleh: Azni Rahman bin A.Wahid & Ahmad Syarilizwan bin Talib Jabatan Perhutanan Negeri Perak

    Majlis Perasmian oleh Y. B Dato’ Dr. Mah Hang Soon

    Ketibaan Y. B. Dato’ Dr. Mah Hang Soon bersama Tetamu Kehormat

    Nyanyian Koir oleh Kumpulan Bayu Rimba Jabatan Perhutanan Negeri Perak

    Ketua Pengarah IPJPSM bergambar kenangan bersama kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Perak

    Tetamu Kehormat dan para peserta

    Perasmian Program “1 Million Trees” oleh Y. A. B. Menteri Besar Perak

  • MAJUTAN EDISI JAN-APRIL 2013 11

    Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    PASIR DUSUN, 24 Februari 2013 – Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Barat (PHJKBT) telah menerima kunci bangunan baru BPH Pasir Dusun daripada Unit Kejuruteraan Hutan, Kota Bharu pada 6 Februari 2013. Satu program Gotong-Royonguntuk membersih dan mencuci Balai Pemeriksaan Hutan (BPH) Pasir Dusun telah diadakan pada 24 Februari 2013 yang melibat penyertaan seramai 50 orang pegawai dan kakitangan PHJKBT. Objektif program adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama

    antara pegawai dan kakitangan PHJKBT dan juga memupuk kesedaran dan mengalakkan kakitangan memberikan keutamaan kepada kebersihan dan keceriaan. Di antara aktiviti yang diadakan menebang dan pengalihkan pokok tumbang, memotong rumput, mencuci dan membersihkan bangunan. Juga diadakan majlis penyerahan kunci BPH oleh Pegawai Hutan Jajahan Kelantan Barat kepada pegawai BPH Pasir Dusun.

    IPJPSM, 25 Februari 2013 – Bahagian Pengurusan Maklumat B(PM) dengan kerjasama Bahagian Latihan Perhutanan B(LP), Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) telah menganjurkan kursus Quantum GIS bertempat di Bilik Mesyuarat, Bahagian Pengurusan Maklumat, IPJPSM. Penceramah dan fasilitator bagi kursus ini ialah dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa iaitu Encik Abbas bin Abdul Wahab dan Encik Mohd Rizal bin Shamsuddin. Seramai 20 peserta kursus yang terdiri daripada Pegawai dan kakitangan dari Seksyen Geoformatik, Bahagian Pengurusan Maklumat telah menghadiri kursus ini. Penceramah dan fasilitator bagi kursus ini ialah Encik Abbas bin Abdul Wahab dan Encik Mohd Rizal bin Shamsuddin dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.

    Objektif kursus ini ialah untuk melatih para peserta menggunakan perisian Open Source iaitu Quantum GIS (QGIS) untuk mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan perisian komersial GIS yang melibatkan kos perolehan dan penyelenggaraan yang tinggi. Pada hari pertama kursus ini dimulakan dengan Pengenalan dan Penggunaan QGIS, cara menginstall dan dimana boleh didapati QGIS ini. Pada sebelah petang, sesi Hands–on menggunakan perisian QGIS, peserta diberi pendedahan mengenai fungsi-fungsi yang terdapat dalam perisian. Pada hari kedua, sambungan sesi Hands-on penggunaan perisian iaitu spatial analysis seperti Filter Data By SQL Query (Query Builder), Save Selected Output Dan Edit Attribute By Field Calculator Practical.

    GOTONG-ROYONG MEMBERSIHBALAI PEMERIKSAAN HUTAN (BPH) PASIR DUSUNDisediakan oleh:Muhamad Hafni bin Ahmad Saraji & Sanja a/p Boon Kong, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

    KURSUS QUANTUM GISDisediakan oleh: Noorazila binti Yatim, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    Kakitangan Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Barat bersama-sama membersihkan kawasan pejabat

    Kakitangan mengalihkan pokok yang tumbang di kawasan pejabat

    Sesi latihan Hands On penggunaan Fungsi Perisian Quntum GIS

  • MAJUTAN EDISI JAN-APRIL 201312

    Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    TUMPAT, 27 Februari 2013 - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. Seramai 37 orang peserta lawatan yang mengunjungi Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. Peserta lawatan terdiri daripada Renjer, Pengawas Hutan, Pekerja Awam Khas, Ketua Kerani dan Kerani. Tempat yang dikunjungi adalah di Pusat Konservasi Biodiversiti Hutan Paya laut dan Pesisiran Pantai, Tumpat. Tempat tersebut dipilih kerana peserta lawatan ingin melihat dengan lebih dekat lagi tanaman bakau yang di

    terdapat di Negeri Kelantan. Peserta telah diberi taklimat oleh wakil Pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan iaitu Cik Nur Ain binti Mustapa mengenai spesies – spesies bakau dan kepentingan bakau yang terdapat di Delta, Tumpat. Peserta juga berpeluang menaiki bot untuk melihat bakau – bakau yang terdapat di sekitar Delta, Tumpat. Aktiviti yang seterusnya adalah pemberian cenderamata dan sesi bergambar sebagai kenang – kenangan.

    KOTA BHARU, 28 Februari 2013 - Karnival Antarabangsa Bio Kelantan 2013 telah berlangsung pada 28 Februari 2013 hingga 02 Mac 2013. Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah terlibat dalam pameran tersebut berkonsepkan herba, ini bersesuaian dengan tema Karnival Antarabangsa Bio Kelantan pada kali ini iaitu “Mengembalikan Kegemilangan Tamadun Islam Melalui Bioteknologi” bagi menyuntik semangat dan kekuatan para ilmuan, para pelajar dan usahawan bioteknologi untuk mengembleng tenaga dan minda dalam meneroka bidang bioteknologi. Objektif utama Karnival Antarabangsa Bio Kelantan 2013 adalah menarik minat para pelabur dan usahawan menceburi bidang bioteknologi sekaligus membuka ruang kerjasama antara pelabur dengan Kerajaan Negeri Kelantan

    melalui Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. dan mewujudkan ruang perkongsian ilmu pengetahuan, penemuan terbaru dan pengalaman pemain industri, penyelidik dan usahawan dalam bidang bioteknologi. Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah memilih produk teh karas dan teh f5 untuk dipamerkan dan dijual semasa pameran berlangsung. Teh Karas dan teh f5 dihasilkan daripada pokok karas dan pengeluaran teh karas dan teh f5 adalah daripada Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Dengan konsep herba ini, pengunjung dapat mengenali pokok-pokok herba atau tumbuh-tumbuhan ubatan tradisional tempatan dengan lebih dekat lagi. Para pengunjung yang berminat dapat melihat pokok-pokok herba tradisional dan diberi galakan untuk tujuan aktiviti – aktiviti pertanian.

    KUNJUNGAN HORMAT DARIPADAJABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANGDisediakan oleh: Suryani binti Mohd Nordin, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

    KARNIVAL ANTARABANGSA BIO KELANTAN 2013, PERSIDANGAN DAN PAMERAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI KELANTANDisediakan oleh : Suryani binti Mohd Nordin, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

    Peserta dibawa melawat kawasan tanaman pokok bakau

    Bahan – bahan pameran seperti bongkah kayu karas, buku – buku herba, teh karas dan teh f5

    Urusetia JPN Kelantan bertugas di gerai pameran

    Pengunjung-pengunjung mengunjungi gerai pameran Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

    Peserta lawatan bergambar kenang-kenangan

  • MAJUTAN EDISI JAN-APRIL 2013 13

    Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    MANTIN, 5 Mac 2013 – Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah menganjurkan satu Kursus Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) bertempat di Dewan Seminar Tapak Semaian Mantin. Kursus ini telah dihadiri oleh 40 orang kakitangan beruniform dan pihak kontraktor yang terlibat secara langsung di dalam aktiviti Post-F. Renjer Hutan iaitu Encik Mohammed Noor bin Dollah telah dijemput sebagai tenaga pengajar bagi kursus tersebut. Diakhir kursus ini peserta dapat mengetahui maklumat kedudukan stok, isi kandungan, keadaan dan taburan semua pokok bagi mendapatkan gambaran sesebuah isi hutan berdasarkan reka bentuk dan pelaksanaan kerja-kerja Post-F selaras dengan manual perhutanan.

    Peserta telah dibawa ke lapangan bagi memberikan kefahaman yang lebih mendalam berkenaan kerja-kerja Post-F. Latihan pengecaman daun dan pokok juga telah dijalankan semasa kursus berlangsung. Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Encik Nor Zaidi bin Jusoh, Penolong Pengarah Silvikultur dan Perlindungan Hutan.

    GERIK, 8 Mac 2013 – Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah melancarkan Projek Perhutanan Masyarakat Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) yang telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Zambry Bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak bertempat di Gerik, Perak. Majlis mengadakan simbolik penanaman anak pokok Petai (Parkia sp) sebanyak 1,300 anak pokok. Projek Perhutanan Masyarakat Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kemar, Hulu Perak yang merupakan projek infastruktur penggerudian dan pembinaan sebuah sistem telaga tiub (tube well system) yang tidak melebihi 100m dengan menggunakansaluranpaipbersaiz6inci.Denganadanyapampenyedut 5.3 hp ini, air dapat disalurkan ke tangki air takungan yang berkapasiti 10,000 galen yang dapat menampung keperluan air kepada hampir 1,000 orang penduduk. Projek ini telah bermula pada 3 Ogos 2012 yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 150,000.00. Kos tersebut telah disumbangkan oleh para pengusaha pembalakan di kawasan RPS Kemar

    yang mana mereka menyedari bahawa projek ini merupakan salah satu tanggungjawab korporat (CSR) terhadap masyarakat setempat. Menyedari bahawa kawasan perkampungan ini terletak jauh daripada sumber air terawat, projek ini merupakan salah satu inisiatif bagi membekalkan sumber air bersih yang cukup kepada penduduk setempat. Anak pokok ini telah ditanam dengan jarak tanaman 3m x 10m di kawasan yang berkeluasan 3 hektar. Kesemua anak-anak pokok petai ini diselenggara sendiri oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) RPS Kemar dan dibantu secara teknikal oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Projek Perhutanan Masyarakat ini juga secara tidak langsung memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan memelihara hutan di samping sebagai salah satu punca pendapatan masyarakat melalui sumber hutan. Aktiviti menanam pokok buah-buahan hutan turut dilakukan di sekitar kawasan penempatan supaya hasil tanaman tersebut dapat dinikmati bersama.

    KURSUS INVENTORI HUTAN SELEPAS TEBANGAN (POST-F)JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMBILANDisediakan oleh: Siti Norhayati binti Mohamad Mastar, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

    PROJEK PERHUTANAN MASYARAKATDisediakan oleh: Nor Hidayah Binti Abdul Rashid, Jabatan Perhutanan Negeri Perak

    1. Para peserta yang menghadiri kursus ini 2. Majlis Penyampaian cenderamata kepada Pengajar3. Gambar 3 & 4 menunjukkan aktiviti yang dijalankan semasa kursus

    YAB Menteri Besar Perak menyampaikan cenderahati kepada salah seorang wakil penduduk orang asli

    YAB Menteri Besar Perak bersama penduduk orang asli melakukan upacara penanaman pokok petai

    YAB Menteri Besar Perak bersama Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah diberi penerangan mengenai sistem telaga tiub (tube well system) oleh salah seorang wakil penduduk kampung

    01

    02

    03

    04

  • MAJUTAN EDISI JAN-APRIL 201314

    Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    KUALA LUMPUR, 11 - 13 Mac 2013 - Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan, IPJPSM telah berjaya menganjurkan Bengkel Pengemaskinian Data Bancian Petak Contoh Kekal (PCK) dan Data Fenologi 2013. Bengkel ini adalah bertujuan untuk mengemaskini data PCK dan Data Fenologi yang telah dimasukkan ke dalam sistem e-PCK dan

    e-FORGRIS. Secara keseluruhannya, bengkel Pengemaskinian Data Bancian Petak Contoh Kekal (PCK) dan Data Fenologi Bil. 1/2013 ini memberikan banyak impak serta dapat membantu dalam meningkatkan keupayaan sistem e-PCK bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

    MACHANG, 12 - 14 Mac 2013 - Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah menganjurkan Kursus Asas Komputer Dan Internet bertempat di Bilik Komputer, Bahagian Teknologi Maklumat, Blok 6, Tingkat 2, KotaDarulnaim, Kelantan. Seramai 30 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada Pengawas Hutan dan Pekerja Rendah Awam Khas. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat jabatan telah dijemput sebagai pengajar pada kursus kali ini.

    PASIR PUTEH, 18 Mac 2013 – Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah mengadakan program bersama dengan pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ismail Jalan Lapangan Terbang (TUDM) Gong Kedak, Pasir Puteh. Pada program tersebut sebanyak 200 pokok hiasan telah disumbangkan oleh pihak jabatan bagi menghiasi kawasan disekeliling sekolah tersebut. Pihak sekolah juga telah dibantu oleh pihak jabatan dalam kerja – kerja penanaman pokok.

    Sebelum upacara penanaman pokok berlangsung taklimat mengenai kepentingan hutan dan cara penanaman pokok telah disampaikan oleh Renjer Hutan Unit Silvikultur & Perlindungan kepada guru – guru dan murid – murid yang terlibat dalam program tersebut. Semoga dengan adanya program kesedaran yang sering dijalankan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan bersama dengan pihak sekolah dapat memupuk kesedaran mengenai kepentingan hutan dikalangan pelajar- pelajar dan guru – guru di sekolah.

    LAPORAN BENGKEL PENGEMASKINIAN DATA BANCIAN PETAK CONTOH KEKAL (PCK) DAN DATA FENOLOGI BIL.1/2013Disediakan Oleh: Nurfazliza binti Kamarulbahrin, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    PROGRAM PENANAMAN POKOK DI SEKOLAH MENENGAH DATO ISMAIL GONG KEDAK, PASIR PUTEH, KELANTANDisediakan oleh: Suryani binti Mohd Nordin, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

    KURSUS ASAS KOMPUTER DAN INTERNETJABATAN PERHUTANAN NEGERI KELANTANDisediakan oleh: Nur Ain binti Mustapa, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

    Sesi bergambar peserta bengkel dan urusetia Peserta bengkel sedang melaksanakan latihan amali sistem e-PCK dan e-FORGRIS

    Peserta memberi perhatian terhadap taklimat yang disampaikan

    Pelajar sekolah menanam pokok untuk menambah keceriaan kawasan sekolah

    Pelajar sedang menanam pokok di kawasan sekolah

  • MAJUTAN EDISI JAN-APRIL 2013 15

    Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    Para tetamu yang hadir cuba merasai pengalaman memegang ular

    Tetamu yang mengunjungi gerai pameran Tetamu kehormat yang melawat ke gerai pameran barangan kraftangan

    Karnival bersama Pelanggan yang dirasmikan oleh wakil MB Pahang, YB Dato’ Hj. Ishak bin Hj. Muhamad

    KARNIVAL BERSAMA PELANGGAN SEMPENASAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2013Disediakan oleh: Siti Syafiqah binti Yusop, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    PEKAN, 20 Mac 2013 – Karnival Bersama Pelangan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah diadakan bertempat di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan, Pahang bersempena dengan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2013. Bertemakan “Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat”, karnival ini telah berjaya menarik kehadiran lebih 1000 pengunjung. Sejumlah 21 gerai pameran yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan telah mengambil bahagian dalam karnival ini.

    Agensi-agensi tersebut adalah terdiri daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Pusat Latihan Perhutanan Terengganu (PLPT), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM), Jabatan Pengairan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Asian Peatland Forest Project (APFP), Persatuan Kebajikan Nelayan-nelayan Pantai Pulau Pinang (PIFWA),

    Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pejabat Kesihatan Daerah Pekan dan Kuantan Specialist Hospital (KPJ) telah mengambil bahagian di karnival ini.

    Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang karnival ini berlangsung antaranya ialah kempen menderma darah, pemeriksaan kesihatan percuma, jualan produk herba kesihatan, aktiviti rendaman kaki dalam minyak herba, jualan buku-buku terbitan oleh Jabatan Perhutanan Negeri, pertandingan kuiz dan juga bimbingan kerjaya. Pertandingan kuiz yang dikendalikan oleh JPN Pahang mengenai ‘Teka Berat Kayu Chengal’ dan ‘Teka Biji Benih Meranti’ telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung yang hadir. Kuiz yang dikendalikan oleh JPN Negeri Sembilan pula tidak kurang hebatnya apabila ‘Teka Berat Ular Sawa’ dan ‘Teka Panjang Ular Sawa’ sangat menarik perhatian pengunjung. Jabatan Perhutanan Negeri Perak juga tidak ketinggalan apabila turut mengadakan kuiz ‘Teka Jumlah Biji Benih Bakau’. Secara keseluruhannya karnival ini telah mencapai objektifnya untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai peranan serta fungsi JPSM dalam melaksanakan tanggungjawab dalam mengurus, merancang, melindungi dan membangunkan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) selaras dengan Dasar Perhutanan Negara (DPN) 1978 (Pindaan 1992).

  • MAJUTAN EDISI JAN-APRIL 201316

    Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN 2013Disediakan oleh: Siti Syafiqah binti Yusop, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    PEKAN, 21 Mac 2013 – Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kampus Pekan, Pahang Darul Makmur telah dipilih sebagai lokasi tapak Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 dan perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang. Hari Perhutanan Sedunia telah disambut di seluruh dunia pada 21 Mac setiap tahun sebagai simbolik kepada usaha-usaha ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.

    Buat pertama kalinya sambutan Hari Perhutanan Sedunia telah disambut di Malaysia pada tahun 1974 dan Sarawak telah dipilih sebagai tuan rumah buat julung kalinya. Manakala di Semenanjung Malaysia pula, ianya telah disambut buat pertama kalinya pada tahun 1977. Sejak 1984, sambutan Hari Perhutanan Sedunia Peringkat Kebangsaan telah diadakan setiap tahun secara bergilir-gilir di antara negeri-negeri dengan tema-tema yang tertentu mengikut kesesuaian semasa. Lembaran sejarah telah bermula pada tahun 2013 apabila Hari Perhutanan Sedunia telah digantikan dengan Hari Hutan Antarabangsa (International Day of Forests) iaitu selaras dengan resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations General Assembly) yang bersidang pada bulan November 2012. Justeru, sambutan Hari Hutan Antarabangsa pada tahun ini

    merupakan kesinambungan sambutan Hari Perhutanan Sedunia Ke-42 dan merupakan sambutan buat kali kedua pernah diadakan di Negeri Pahang Darul Makmur. Negeri Pahang pernah menjadi tuan rumah kepada sambutan Hari Perhutanan Sedunia Peringkat Kebangsaan buat kali pertamanya pada tahun 1996 yang telah diadakandi Taman Pertanian Indera Mahkota yang sekarang ini dikenali sebagai Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Bertemakan “Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat” (Forests for Community Livelihood) tema ini secara langsungnya melambangkan semangat serta fokus yang tinggi dalam usaha Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui agensinya untuk sama-sama meningkatkan kesedaran dalam aspek pemeliharaan, pembangunan dan pengurusan hutan secara berkekalan bagi semua jenis hutan demi kepentingan generasi masa kini dan akan datang.

    Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang majlis sambutan ini berlangsung seperti aktiviti menanam 1000 pokok pelbagai spesies nadir, Karnival Bersama Pelanggan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia serta pameran dari pelbagai agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) serta Badan-Badan Berkanun Kerajaan. Majlis sambutan pada kali ini adalah sangat meriah dan telah berjaya menarik kehadiran lebih daripada 1,500 pengunjung.

    Ketibaan YAB Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang Aktiviti menanam pokok oleh VVIP

    Kunjungan para VVIP ke Karnival bersama Pelanggan

    Para VVIP bergambar kenangan

    Aktiviti menanam pokok oleh para tetamu

    Pemeriksaan kesihatan oleh Kuatan Specialist Hospital

  • MAJUTAN EDISI JAN-APRIL 2013 17

    Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    KEPONG,26-28Mac2013–BahagianPerancangandanEkonomiHutan,IPPSMtelahmenganjurkan Kursus Juruaudit Dalaman MS ISO 9001:2008 kepada Juruaudit Dalaman. Kursus ini telah disertai seramai 28 Pegawai Kanan dari Gred G41 – G48 daripada Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri. Kursus ini disampaikan oleh Cik Roslaini binti Khaidir daripada AJA EQS Certification (M) Sdn.Bhd.

    Tujuan kursus ini diadakan secara umumnya adalah untuk memahami tugas dan tanggungjawab Juruaudit Dalaman serta fungsi Audit Dalaman dalam penyelenggaraan dan penambahbaikan sistem pengurusan. Selain itu, juruaudit juga akan memahami hubungan Plan (Rancang), Do (Laksana), Check (Periksa), Act (Tindakan) (PDCA) dan modul bagi Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan Proses, Tujuan dan Struktur ISO 9001:2008.

    IPJPSM, 27 Mac 2013 – Bahagian Pengurusan Maklumat B(PM) dengan kerjasama Bahagian Latihan Perhutanan B(LP), Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) telah menganjurkan Kursus ICT Bil. 3/2013 – Multimedia Presentation bertempat di Bilik Mesyuarat, Bahagian Pengurusan Maklumat, JPSM. Penceramah dan fasilitator bagi kursus ini ialah Cik Erni Marlina bintiMohamedRoslandanEncikMohamadHazwanbinMohamad.Seramai16peserta daripada warga Ibu Pejabat terdiri daripada Pegawai G27 hingga G41 dan peserta daripada G17 telah menyertai kursus ini.

    Antara objektif kursus ini ialah untuk meningkatkan kemahiran semua peserta dalam penggunaan perisian persembahan khususnya dalam menggunakan aplikasi Windows Movie Maker dan Microsoft Powerpoint dan juga mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi dan mempertingkatkan mutu penyediaan persembahan multimedia untuk kegunaan dalam atau luar Jabatan.

    KUALA TERENGGANU, 01 April 2013 – Program Menembak Khas Ahli Jawatankuasa Pemantauan Operasi Hutan (JKPOH) telah dianjurkan bertempat di Lapang sasar Menembak Gong Kuin, Tok Jembal, Kuala Terengganu, Terengganu. Program

    ini diketuai YBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia. Seramai 35 peserta telah mengambil bahagian termasuk Pegawai-Pegawai Hutan Daerah dan Pegawai-Pegawai Kanan.

    Persediaan Perbincangan Kumpulan

    Kursus ICT Bil. 3/2013 - Multimedia Presentation

    Sesi bergambar sebagai kenangan Sesi latihan menembak yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. KPPSM

    Majlis Penyampaian Cenderahati

    KURSUS JURUAUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2008Disediakan oleh: Nuridayu binti Abdul Rahim, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    KURSUS ICT BIL. 3/2013-MULTIMEDIA PRESENTATIONDisediakan oleh: Mohd Azizul bin Zulkifli, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    KURSUS MENEMBAK KHAS JKPOH BIL 1/2013Disediakan oleh: Shahril bin Mohamad, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

    Aktiviti menanam pokok oleh VVIP

    Kunjungan para VVIP ke Karnival bersama Pelanggan

  • MAJUTAN EDISI JAN-APRIL 201318

    Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    PORT DICKSON, 2 April 2013 – Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah mengadakan satu taklimat MC&I (Hutan Asli) di Pusat Edu Ecotourism Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson. Taklimat ini telah disampaikan oleh Tuan Hj. Roslee bin Jamaluddin, Penolong Pengarah Perancangan dan Pengurusan Hutan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Seramai 35 orang kakitangan telah menghadiri taklimat tersebut. Tujuan taklimat ini diadakan untuk memberi kefahaman kepada Pegawai Kanan dan Kakitangan yang menjalankan tugas di lapangan berkenaan pengurusan hutan berdasarkan kriteria-kriteria dan indikator yang telah ditetapkan.

    PORT DICKSON, 5 April 2013 – Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan (JKKPNS) telah mengadakan satu dialog berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi sektor perhutanan. Program ini telah dimulakan dengan taklimat pengenalan JKKP dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang telah disampaikan oleh Encik Ihtifazuddin bin Omar, Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JKKP. Taklimat yang kedua berkenaan hazard di kawasan pembalakan telah diberikan oleh Encik Ahmad Nizam bin

    Muhamad, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Programinitelahdiakhiridengansesidialogbersama60orangkakitangan dan pelesen serta kontraktor pengusahasilan. Di akhir klinik ini peserta dapat menentukan tanggungjawab bagi kedua-dua pihak majikan dan pekerja terhadap keselamatan di tempat kerja selain melatih kakitangan Jabatan dalam pengurusan risiko di tempat kerja. Perasmian klinik ini telah disempurnakan oleh Dato’ Ahmad Fadzil bin Abdul Majid, Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan.

    Gambar kakitangan yang terlibat dalam Taklimat MC&I (Hutan Asli)

    1. Ketika sesi Soal Jawab bersama penceramah2. Penyampaian cenderahati3. Takilmat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan4. Peserta kursus mendengar taklimat

    TAKLIMAT MC & I (HUTAN ASLI)JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMBILANDisediakan oleh: Siti Norhayati binti Mohamad Mastar, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

    KLINIK KESEDARAN DAN DIALOG KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN BAGISEKTOR PERHUTANANDisediakan oleh: Siti Norhayati binti Mohamad Mastar, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

    01 02

    0403

  • MAJUTAN EDISI JAN-APRIL 2013 19

    Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    SETIU, 7 April 2013 − Kursus Penguatkuasaan Siasatan, Penguasaan Akta Perhutanan Negara 1984 dan EIBK telah diadakan pada 7 - 11 April 2013 di Merang Suria Resort, Setiu dan telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Azmi bin Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu. Seramai 45 orang peserta telah mengambil bahagian termasuk Pegawai-Pegawai Hutan Daerah, Pegawai-Pegawai Kanan dan

    juga anggota pakaian seragam. Kursus ini bertujuan untuk melatih dan memperkemaskan pegawai dalam menjalankan proses serbuan dan siasatan berhubung kes-kes kesalahan hutan serta industri berasaskan kayu. Kursus ini diadakan dengan kerjasama dari pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia.

    MACHANG, 11 April 2013 - Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah mengadakan Program Riadah Berbasikal dan Gotong – Royong Perdana Bagi Pemulihan Kawasan Ceroboh di HutanSimpanUluSatSebahagianKompartmen63dan64pada11 April yang lalu. Objektif utama program ini diadakan ialah untuk memulihkan kawasan Hutan Simpan yang telah diceroboh oleh penduduk kampung bagi tujuan penanaman pokok getah. Program ini melibatkan penyertaan seramai 150 orang kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.

    Program ini bermula di Pusat Latihan Perhutanan Bukit Bakar, Machang di mana aktiviti senamrobik diadakan sebelum pelepasan peserta berbasikal ke kawasan di Hutan Simpan Ulu Sat. Sebanyak 300 anak pokok yang terdiri daripada spesies Meranti Tembaga, Chengal dan Merawan Siput Jantan telah ditanam di kawasan ceroboh tersebut dan program ini berakhir dengan jamuan makan tenghari di Hutan Lipur jeram Linang.

    KURSUS PENGUATKUASAAN SIASATAN, PENGUASAAN AKTA PERHUTANAN NEGARA 1984 DAN ENAKMEN INDUSTRI BERASASKAN KAYU (EIBK)Disediakan oleh: Shahril bin Mohamad, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

    PROGRAM RIADAH BERBASIKAL DAN GOTONG–ROYONG PERDANA JABATAN PERHUTANAN NEGERI KELANTANDisediakan oleh: Nur Ain binti Mustapa, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

    Kakitangan JPN Terengganu bergambar bersama peserta kursus

    Upacara Program Riadah Berbasikal dan Aktiviti Gotong – Royong Perdana bermula

    Peserta berbasikal bergambar beramai-ramai sebagai kenangan

  • MAJUTAN EDISI JAN-APRIL 201320

    Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    DUNGUN, 14 April 2013 - Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) telah mengadakan Lawatan Berilmu ke Petronas Penapisan (Terengganu) Sdn. Bhd., di Kompleks Perindustrian Petroleum Kerteh, Dungun, Terengganu. Lawatan ini diketuai oleh Tuan Hj. Azmi bin Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu dan diiringi oleh 40 orang kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai Persekitaran Selamat dan Sihat (HSE) untuk menjalankan kerja-kerja di lapangan. Lawatan seperti ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kesedaran kakitangan JPNT mengenai kepentingan dalam mengutamakan keselamatan dan kesihatan persekitaran tempat bekerja.

    PULAU LANGKAWI, 23 - 26 April 2013 – BahagianKhidmat Pengurusan, IPPSM telah menganjurkan Kursus Di Ambang Persaraan bertempat di Grand Continental Pulau Langkawi, Kedah. Kursus ini diadakan khusus kepada kakitangan Jabatan yang di ambang persaraan. Penceramah yang dijemput untuk menyampaikan taklimat ini adalah Puan Norhanani binti Mohamad dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan juga Tuan Hj. Mohamad Salleh iaitu Penceramah bebas. Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi membantu bakal pesara dalam mengenalpasti segala keperluan ketika di alam persaraan serta memberi panduan dari aspek pengurusan diri, keluarga dan kewangan.

    LAWATAN BERILMU KE PETRONAS PENAPISAN (TERENGGANU) SDN. BHD.Disediakan oleh: Shahril bin Mohamad, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

    KURSUS DI AMBANG PERSARAAN TAHUN 2013Disediakan oleh: Puan Suhana@Noorhuda binti Suhaimi, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    Taklimat daripada Wakil Petronas Penapisan (Terengganu) Sdn. Bhd.

    Sesi bergambar peserta kursus

    YBhg. Dato’ Prof Dr. KPPSM hadir merasmikan kursus Sesi Taklimat Kursus

    Peserta kursus berpeluang mengikuti lawatan

  • MAJUTAN EDISI JAN-APRIL 2013 21

    Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    KOTA DAMANSARA, 27 April 2013 - Bersempena dengan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Peringkat Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Bil. 2/2013 dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Peringkat Jabatan Perhutanan Negeri Bil. 2/2013 yang diadakan pada 25 - 26 April 2013 di Negeri Selangor, YBhg. Dato’Prof. Dr. Hj. Abd Rahman bin Hj. Abd Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia diiringi Ahli-ahli Mesyuarat dan Ahli PUSPANITA, IPJPSM telah mengadakan lawatan ke kawasan Projek Tanaman Pokok Nadir di Hutan Simpan Kota Damansara, Selangor. Objektif Projek Tanaman Pokok Nadir ialah untuk memperkayakan kandungan pokok-pokok ini di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang miskin dan

    mengelak dari berlakunya kepupusan. Selain itu, kawasan ini boleh dijadikan sebagai sumber pendidikan kepada masyarakat khususnya pelajar sekolah terhadap kepentingan memelihara dan mengurus pokok ini secara berkekalan. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Ag Shaffie Ag Ahmadni, Pegawai Hutan Daerah Selangor Tengah dan Tuan Hj. Badrol Hisam bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Silvikultur dan Ladang Hutan mengenai Pengurusan Hutan Simpan Kota Damansara dan Projek Tanaman Pokok Nadir. YBhg. Dato’ Prof. Dr. KPPSM telah sudi untuk menyempurnakan aktiviti menanam pokok Melinjau (Gnetum gnemon) sebagai tanda kenangan dan acara akhir sempena lawatan ini.

    LAWATAN KETUA PENGARAH PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA KE TAPAK PROJEK TANAMAN POKOK NADIRDisediakan oleh: Noorshathiroh binti Saidin, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    Gambar kenangan setelah selesai proses penanaman pokok Nadir bersama YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia

    Penyampaian cenderahati kepada YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia

    Aktiviti menanam pokok

  • MAJUTAN EDISI JAN-APRIL 201322

    Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    IPOH, 29 - 30 April 2013 Kursus Penggunaan Sistem Pemantauan Hutan menggunakan Remote Sensing (FMRS Plus) telah diadakan bertempat di Techno-Trade Centre (PTTC), Ipoh, Perak. Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat B(PM) dengan kerjasama Bahagian Latihan Perhutanan B(LP) dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Objektif kursus ini adalah bertujuan bagi memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman pengguna serta untuk memperkenalkan versi baru Sistem PemantauanHutanMenggunakanRemoteSensing(FMRSPlus).Kursusinitelahdihadirisejumlah36pesertayangterdiridaripada 13 orang Pegawai Gred G27 hingga Gred G41 dan 23 orang kakitangan pakaian seragam daripada Gred G17 hingga GredG26yangterlibatsecaralangsungdalamtugasPengoperasianHutan,JabatanPerhutananNegeriPerak.Penceramahdan fasilitator bagi kursus ini ialah Cik Erni Marlina binti Mohamed Roslan dan Encik Wan Ahmad Zaky bin Abd. Halim dari Bahagian Pengurusan Maklumat, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

    Peserta kursus di beri taklimat menggunakan beberapa fungsi-fungsi baru dan modul tambahan yang ditambahbaik bagi memudahkan pengguna melaksanakan carian maklumat spatial dan memilih peta asas yang dikehendaki dengan mudah. Melalui FMRS Plus pengguna dapat melaksanakan aktiviti pemantauan dan dapat membantu mengesan perubahan kawasan hutan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) berdasarkan imej Remote Sensing yang beresolusi tinggi dan berasaskan web. Peserta kursus berpeluang melaksanakan latihan penggunaan sistem secara hands on bagi menguji sejauh mana pemahaman peserta terhadap maklumat yang telah dipelajari untuk di manfaatkan dalam urusan kerja seharian.

    Sepanjang kursus berlangsung, para peserta memberi kerjasama yang amat menggalakan. Berikut merupakan cadangan-cadangan pengukuhan untuk kursus ini di masa hadapan iaitu latihan perlu ditambah untuk memberi lebih pemahaman kepada peserta mengenai sistem, masa kursus ditambah dan kursus ini perlu diadakan secara berkala sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

    KURSUS PENGGUNAAN SISTEM PEMANTAUAN HUTANMENGGUNAKAN REMOTE SENSING (FMRS PLUS)Disediakan Oleh: Erni Marlina Mohamed Roslan, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia

    Sesi taklimat teknik cerapan data menggunakan peralatan GPS

    Sesi latihan secara hands on penggunaan sistem FMRS Plus

  • MAJUTAN EDISI JAN-APRIL 2013 23

    Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    Penyampaian cenderahati kepada penceramah

    Sesi taklimat mengenai kesedaran Bahaya Kebakaran

    KEPONG, 29 April 2013 – Bahagian Teknikal & Industri Kayu dengan kerjasama Bahagian Latihan Perhutanan, IPJPSM telah menganjurkan satu Taklimat Kesedaran Bahaya Kebakaran bertempat di Dewan Alwy, Kepong, Selangor. Penceramah taklimat ini ialah Encik Darren Yee daripada Fire Preven Society. Sejumlah 45 orang peserta yang merupakan kakitangan daripada Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Pusat Latihan Perhutanan Terengganu telah menyertai taklimat ini.

    Objektif taklimat adalah untuk memberi kesedaran akan bahaya kebakaran, kaedah-kaedah menyelamatkan diri, cara penggunaan alat pemadam api dan punca-punca utama berlakunya kebakaran.

    Secara keseluruhannya, taklimat ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada peserta tentang bahaya kebakaran sama ada di pejabat ataupun di rumah.

    TAKLIMAT KESEDARAN BAHAYA KEBAKARANDisediakan oleh: Zulazfar Husaini bin Abdullah Sani, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

  • MAJUTAN EDISI JAN-APRIL 201324

    Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

    Kepentingan Makanan Berkhasiat

    Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang berbahaya. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit berbahaya seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

    Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

    “ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”

    Sumber dari berita harian

    KEPENTINGAN PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANG

    Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

    1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

    Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

    2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

    Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

    3. Mampu mengawal kadar obesiti.

    Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

    4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

    Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

    Kesimpulannya

    Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya dan juga kesan positif daripada pemakanan yang baik. Jika kita masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.