276 lampiran a modul latihan kecerdasan emosi...

22
276 LAMPIRAN A MODUL LATIHAN KECERDASAN EMOSI GURU-GURU A. Objektif Latihan Memberikan kemahiran kepada peserta agar: i. Dapat mengenalpasti secara mandiri tentang kompetensi penting yang mesti wujud dalam diri seorang guru, seperti: kesedaran kendiri, penilaian kendiri yang tepat, keyakinan diri, kawalan kendiri, kebolehpercayaan, dorongan pencapaian, memahami orang lain mengembangkan petensi orang lain, mempengaruhi orang lain, dan pengurusan konflik. ii. Menganalisa dan memahami isu-isu penting yang menyebabkan terbelenggunya kompetensi tersebut. iii. Membina dan mengekalkan kompetensi tersebut dalam profesyen dan kehidupan seharian. B. Aktiviti Berkenalan 1. Untuk mencairkan kebekuan dalam kumpulan training dan membawa peserta melalui pengalaman sendiri untuk berkenalan dan berkomukasi secara efektif (elemen EQ) sebelum masuk ke sesi training yang sebenar. Aktiviti Mencari Kenalan Baru (CD ku) Masa 45 Minit Objektif Berkenalan dan membina hubungan dengan lebih berkesan dengan rakan-rakan baru Prosedur Activiti: Setiap peserta diberikan sehelai kertas berbentuk sekeping CD yang dibahagikan kepada empat bahagian Peserta diminta untuk menulis empat soalan kreatif (satu soalan untuk setiap bahagian CD) yang akan mereka tanyakan kepada rakan baru mereka. Contoh soalan kreatif: Apakah kegemaran, minat, harapan impian hidup, lagu&muzik kesukaan, tempat-tempat yang selalu dikunjungi.

Upload: haminh

Post on 20-Mar-2019

260 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

276

LAMPIRAN A

MODUL LATIHAN KECERDASAN EMOSI GURU-GURU

A. Objektif Latihan

Memberikan kemahiran kepada peserta agar: i. Dapat mengenalpasti secara mandiri tentang kompetensi penting yang mesti wujud

dalam diri seorang guru, seperti: kesedaran kendiri, penilaian kendiri yang tepat, keyakinan diri, kawalan kendiri, kebolehpercayaan, dorongan pencapaian, memahami orang lain mengembangkan petensi orang lain, mempengaruhi orang lain, dan pengurusan konflik.

ii. Menganalisa dan memahami isu-isu penting yang menyebabkan terbelenggunya kompetensi tersebut.

iii. Membina dan mengekalkan kompetensi tersebut dalam profesyen dan kehidupan

seharian.

B. Aktiviti Berkenalan

1. Untuk mencairkan kebekuan dalam kumpulan training dan membawa peserta melalui pengalaman sendiri untuk berkenalan dan berkomukasi secara efektif (elemen EQ) sebelum masuk ke sesi training yang sebenar.

Aktiviti Mencari Kenalan Baru (CD ku)

Masa

45 Minit

Objektif

Berkenalan dan membina hubungan dengan lebih berkesan dengan rakan-rakan baru

Prosedur Activiti:

• Setiap peserta diberikan sehelai kertas berbentuk sekeping CD yang dibahagikan kepada empat bahagian

• Peserta diminta untuk menulis empat soalan kreatif (satu soalan untuk setiap bahagian CD) yang akan mereka tanyakan kepada rakan baru mereka. Contoh soalan kreatif: Apakah kegemaran, minat, harapan impian hidup, lagu&muzik kesukaan, tempat-tempat yang selalu dikunjungi.

277

• Peserta diberi masa 10 minit untuk mendapatkan maklumat rakan-rakan baru mereka dengan soalan-soalan kreatif tersebut.

• Selepas sepuluh minit, peserta diminta berkumpul semula dan fasilitator meminta peserta untuk memperkenalkan diri masing-masing.

• Fasilitator meminta untuk menambahkan maklumat tentang diri peserta yang sedang berkenalan kepada peserta yang menanya tadi.

• Perkara yang sama dilakukan oleh fasilitator sehingga semua peserta habis berkenalan.

• Peserta yang mengumpulkan maklumat terbanyak tentang rakan baru mereka akan diberikan hadiah menarik dari trainer.

Tindakan trainer: • Trainer meminta pandangan peserta tentang apakah yang

dirasakan oleh peserta ketika sedang berkenalan • Trainer cuba menanya apakah yang telah dilakukan oleh

peserta untuk mencari kenalan dan mendapatkan informasi tentang rakan baru tersebut

• Trainer membuat satu rumusan (mengaitkan dengan EQ) tentang makna permainan “mencari kenalan baru”.

Note: Permainan diiringi dengan alunan muzik yang menyeronokan peserta untuk bermain.

Bahan Kertas dan Pensil/Pen

Falsafah Peserta menggunakan pelbagai kreativiti, kemahiran membina hubungan dan cara-cara mempengaruhi orang lain untuk mendapatkan maklumat tentang rakan-rakan yang baru

2. Menggiring peserta melalui Falsafal Pendidikan Peribadi (FPP) kepada Falsafah

Pendidikan Negara dan Profesyen (Fokus kepada EQ)

Aktiviti Falsafah Peribadi Ku (Puzzle)

Masa

1.15 Minit

Objektif

Mengenalpasti perlunya menghayati Falsafah Pendidikan dan Profesyen

Prosedur Activiti:

• Fasilitator menunjukkan bentuk kepingan “Puzzle” Pada scren paparan di hadapan

• Fasilitator membahagikan peserta kepada lima kumpulan, dan masing-masing kumpulan diberi sehelai kertas berbentuk

278

kepingan “puzzle” yang terdapat pada scren paparan. • Fasilator memberikan arahan, bahawa masing-masing ahli

dalam kumpulan adalah merupakan kepingan-kepingan “puzzle seperti yang terdapat pada screen.

• Fasilitator meminta peserta untuk mengisi Falsafah Peribadi pada kepingan “puzzle” masing-masing, seterusnya ditampalkan pada kepingan “Puzzle” kumpulan.

Cara permainan: • Permainan dimulakan dengan membaling anak dadu • Fasilitator meminta wakil kumpulan secara bergiliran untuk

membaling anak dadu (sebanyak tiga kali), untuk mendapatkan apakah kepingan “puzzle” yang keluar.

• Apabila wakil kumpulan berjaya membaling anak dadu sesuai dengan kepingan “puzzle” yang dimiliki, maka kumpulan tersebut akan menampalkan kepingan “puzzle mereka pada “Puzzle” yang berada di paparan hadapan.

• Prosedur yang sama akan dilakukan sehingga sebanyak yang mungkin “Puzzle” kumpulan dapat ditampal pada “puzzle” di hadapan.

Tindakan Trainer: • Trainer memerhati peserta sepanjang permainan dijalankan • Trainer membacakan Falsafah Peribadi yang ditulis pada

kepingan Puzzle yang ditampal di hadapan • Trainer meminta pandangan peserta, apakah yang mereka

fikirkan ketika mengisi kepingan “puzzle” masing-masing • Trainer cuba menanyakan, apakah yang dirasakan oleh

peserta ketika berjaya dan tidak berjaya membaling anak dadu

• Trainer membuat satu rumusan (mengaitkan dengan kepentingan EQ dalam FPN) daripada permainan “Puzzle” yang dilakukan

• Dengan mengelapkan suasana dalam ruangan training dan diiringi dengan muzik yang menyentuh hati, trainer cuba membawa peserta untuk merasakan “apakah yang berlaku kepada diri dan pelajar-pelajar” seandainya Falsafah Peribadi tidak selari dengan Falsafah profesyen dan FPN.

Bahan • Kertas yang telah digunting dalam bentuk kepingan Puzzle

• Pensil/pen • Dadu • Puzzle besar

Falsafah • Melaui pengalaman sendiri setiap individu mengenal sifat pendidik yang tulen dan berkesan

• Keterbukaan • Menyelaraskan Falsafah Pendidikan Peribadi dengan

Falsafah Pendidikan Negara dan Profesyen • Menjana daya usaha

279

C. Kompetensi EQ Yang Disentuh Dalam Latihan

(i) Kesedaran Emosi

Dapat memafkan diri sendiri setelah melakukan kesilapan yang dilakukan, kesilapan

yang dilakukan tersebut tidak memberi kesan berpanjangan terhadap perasaan

peribadi.

Aktiviti

“Monitor ku” Cermin Khidmat Bagi Tahu Siapa Aku? Dyad (berpasangan)

Masa

1.45 Minit

Objektif

Umum: • Mengenali emosi/perasaan sendiri dan orang lain Peserta dapat: (a) merasai dan menamakan emosi/perasaan yang dialami (b) menerima dan mengakui kesan emosi/perasaan pada diri

sendiri dan orang lain (c) mengenalpasti faktor penyebab tercetusnya

emosi/perasaan tersebut. (d) Mengenalpasti kepentingan untuk jujur emosi pada diri

sendiri.

Prosedur Activiti:

Permulaan Aktiviti ini dumulakan dengan penanyangan Flm Cermin Hikmat P.Ramlee (5 minit)! (a) Setiap peserta diberi sekeping cermin muka, kertas A4

yang dimasukan ke dalam sampul surat. (b) Aktiviti dilaksanakan bermula pada waktu pagi hari

pertama training, tengahari dan petang. (c) Aktiviti yang sama dilakukan sehingga ke penghujung

training EQ. Perlaksanaan aktiviti Langkah satu: Peserta diminta mencabut nama pasangan (Buddy) yang akan bersamanya dalam aktiviti ”monitorku ”. • Fasilitator meminta peserta menulis nama pada sehelai

kertas, dilipat dan dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan.

• Fasilitator membuat undian bertuah untuk mendapatkan

280

pasangan. • Peserta berkenalan secara ringkas dengan pasangang

masing-masing Langkah dua: Pada setiap pagi (permulaan), tengahari (pertengahan) dan petang (penutup). • Peserta diminta bersama cermin hikmat dan pasangan

masing-masing • Peserta diberi masa 3 minit untuk proses renungan ke

dalam diri (introspective journey) untuk melihat dirinya pada cermin khidmat, untuk membaca perasaan yang sedang dialami pada waktu itu .

Langkah tiga: Peserta membuat “ self-talk” tentang emosi • Peserta menyatakan (i) nama-nama perasaan/emosi yang

dialami, (ii) kesan emosi pada dirinya dan (iii) sebab timbulnya perasaan/emosi tersebut.

• Rakan (buddy) akan membantu untuk mencatatkan perkara tersebut (nama-nama emosi, kesan dan sebab timbulnya emosi di dalam ruang kertas A4 yang disediakan.

• Kedua-dua pasangan secara bergilir-gilir menjalankan aktiviti mengisi jadual ”siapa aku” tersebut.

• Semasa aktiviti, peserta digalakkan bermain-main dengan kata-kata “Wahai..wahai..Cermin khidmatku....berilah tahu siapa daku (mirra, mirra oh who am I ?)

Langkah empat: • Rakan (buddy) menyerahkan surat emosi kepada pasanganya • Peserta membacakan kandungan ”cermin khidmat” masing-

masing. • Kertas atau surat emosi tersebut di simpan dalam sampul

surat bernama dan beralamat sendiri • Fasilitator mengumpulkan surat-surat tersebut dan

mengedarkan semula setiap kali aktiviti Cermin Khidmatku dijalankan.

• Semasa aktiviti rakan/buddy membacakan emosi rakan, peserta digalakkan bermain-main dengan kata-kata.. ”Wahai..wahai..Cermin khidmatMu...ku beritahu siapa dirimu”

Memproses aktiviti Trainer mengemukakan beberapa soalan seperti;

• Bagaimana perasaan tuan/puan ketika menjalani aktiviti Cermin Khidmat? (seronok, puas dsb)

• Apakah kesan aktiviti tersebut (tahu, mengakui perasaan-jujur emosi) pada diri tuan/puan? ( lega, sejahtera)

281

• Apakah kesan aktiviti tersebut pada teman/rakan anda? (ketelusan/lebih kenali)

• Siapakah yang lebih mengenali perasaan tuan/puan? • Apakah kepentingan jujur dengan emosi pada diri sendiri

dan orang lain? • Bagaimanakah cara terbaik tuan/puan melayani

perasaan/emosi (positif atau negatif) yang dialami? • Seterusnya lampu dalam ruangan training digelapkan,

diringi dengan muzik lembut dan pemandangan yang indah pada screen di hadapan, trainer akan membawa lagi peserta untuk menyelami perasaan sebenar di dalam dirinya, dengan mengajukan soalan-soalan yang menyentuh perasaan.

• Sesi berakhir dengan menyalakan lampu ruangan training semula.

Peringatan Berikutnya: • Ulangi aktiviti cermin khidmat setiap pagi, selepas makan

tengahari dan sebelum pulang. • Ia boleh dijalankan secara tidak formal namun mengikut

langkah-langkah yang sama (boleh diubahsuai). Apa yang PENTING ialah mencatat nama-nama emosi yang dialami.

• Pastikan selepas mengisi surat emosi, rakan/buddy menyimpan semula surat tersebut ke dalam kotak yang disediakan.

• Di akhir progam, trainer akan memulangkan surat emosi kepada setiap peserta untuk tujuan refleksi.

Bahan • Cermin muka • Kertas • Sampul surat • Pensil/pen

Falsafah a. Memupuk sifat jujur emosi, mengambil berat dan bertanggungjawab pada kesejahteraan diri sendiri dan orang lain.

b. Memupuk sifat memahami dan menerima perasaan sendiri dan orang lain (be kind to our feelings)

c. Sesuatu tindakan yang dilakukan dalam keadaan sedar dan dengan penuh ketulusan akan membuahkan hasil yang di luar jangkauan serta berkekalan (terkesan dalam jangkamasa panjang)

d. Mendidik diri untuk jujur emosi (emotional honest) e. Setiap manusia merasa selesa untuk “jujur emosi” dalam

suasana selamat, selesa, memberi kepuasan, penuh penghormatan & percaya serta produktif. Safe, satisfying, caring and productive environment

f. Kebijaksaan menyalur atau mengurus emosi membina kefungsiaan / keberkesanan diri dan persekitaran

282

(ii) Penilaian Kendiri yang Tepat

Tahu apabila berfikir secara negatif terhadap diri (tidak yakin, tidak mampu, tidak

bersemangat dsb). Boleh menceritakan dengan tepat apa yang dialami kepada orang

lain, Boleh merasai perubahan fikiran apabila dirangsang oleh sesutu

perkara/peristiwa, Merasa berpuas hati apabila mengetahui kekuatan diri sendiri, dan

Tahu kesan tingkah laku ke atas orang lain.

Aktiviti 1

Menciptakan Kereta Baru (Kereta Baru Ku)

Masa

90 Minit

Objektif

Dapat menilai kekuatan dan kelemahan diri sendiri: • Menghargai kepentingan diri sendiri • Dapat mengenal pasti dan mempergunakan kekuatan diri

untuk meningkatkan produktiviti. • Dapat mngenal pasti kelemahan diri sendiri untuk

diperbaiki

Prosedur Activiti:

Pelaksanaan Permainan: a. Fasilitator membahagikan peserta kepada lima kumpulan,

masing-masing kumpulan diminta memberi nama kumpulan mereka dengan nama-nama Syarikat yang mereka sukai.

b. Fasilitator meminta setiap kumpulan memikirkan dan merekacipta sebuah ”kereta baru” di mana setiap ahli berperanan sebagai komponen-komponen penting yang menggerakan kereta baru tersebut.

c. Sebelum merekacipta kereta, ahli kumpulan diminta untuk berbincang bagi memikirkan peranan masing-masing dalam kereta yang akan dihasilkan.

d. Kumpulan diberi masa selama 30 minit untuk berbincang, merancang dan berlatih cara mengoperasikan kereta tersebut.

e. Setiap kumpulan diminta membuat demonstrasi tentang perjalanan, pergerakan, operasi kereta berkenaan.

f. Setiap ahli kumpulan yang berperanan sebagai komponen kereta yang direka, menunjukan peranan masing-masing semasa dalam mendemonstrasikan kereta yang telah dihasilkan.

Aktiviti Memproses: Trainer memudahkan cara perbincangan berdasarkan:

283

• Bagaimanakah perasaan tuan/puan berperanan sebagai komponen sebuah kereta yang direka?

• Apakah kepentingan setiap komponen yang wujud dalam kereta yang tuan/puan hasilkan?

• Apakah kekuatan dan kelemahan masing-masing komponen yang ada dalam kereta tang tuan/puan hasilkan?

• Apakah yang akan berlaku sekiranya komponen tersebut rosak ataupun tidak berfungsi?

• Apakah faktor yang membawa kejayaan tugas kumpulan tuan/puan?

• Apakah pembelajaran yang dapat tuan/puan ambil daripada permainan yang kita lakukan?

Note • Semasa merekacipta kereta, diiringi dengan muzik yang

menyeronokan peserat untuk bekerja • Semasa demonstrasi, peserta dihiburkan dengan muzik

yang boleh meningkat semangat untuk medemonstrasikan kereta mereka masing-masing.

Bahan • Kertas sebak

• Alat tulis • Gam • Crayon • Plastersin • Majalah • Akhbar (yang ada gambar)

Falsafah • Masing-masing individu menyedari kekuatan dan

kelemahan untuk menjayakan sesebuah projek • Pentingnya peranan individu dan sokongan ahli yang saling

bermotivasi dalam menjayakan sesuatu projek. • Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

Aktiviti 2

Saya Adalah Pendidik (Pendidik Berjaya)

Masa

90 minit

Objektif

Dapat menilai kekuatan dan kelemahan diri sendiri dan menyedari fungsi mereka sebagai pendidik. • Menghargai kepentingan diri sendiri sebagai seorang

pendidik. • Dapat mengenalpasti dan mempergunakan kekuatan diri

untuk meningkatkan imej profesyen. • Dapat mengenalpasti kelemahan diri sendiri untuk

diperbaiki ke arah yang lebih baik.

284

Prosedur Activiti:

• Dimulakan dengan filem “Cikgu Fauziah” bahagian 1 (5 minit) untuk melihat situasi di dalam kelas yang dikendalikan oleh Cikgu Fauziah.

• Selepas melihat film Cikgu Fauziah bahagian 1, trainer akan berinteraksi dengan peserta, dengan mengajukan beberapa pertanyaan yang berkaitan dengan perasaan yang dirasakan oleh peserta ketika melihat karenah pelajar-pelajar Cikgu Fauziah ketika beliau masuk ke dalam kelas untuk mengajar.

• Film Cikgu Fauziah akan dimainkan sehingga bahagian ke

3 dan proses berinteraksi antara trainer dengan peserta akan berterusan.

• Diringi dengan muzik lembut dan menyentuh hati, trainer akan membawa peserta untuk merasakan di di dalam diri masing-masing “apakah yang akan berlaku sekiranya guru-guru hari ini mempunyai sifat yang sama dengan “Cikgu fauziah”?

Bahan • CD Cikgu Fauziah

• Multi Media

Falsafah Masing-masing dapat menyedari peranan mereka sebagai seorang pendidik.

(iii) Kawalan Kendiri

Tidak cepat naik marah, Mampu bertindak dengan tenang, Mampu mengawal

perasaan, Sentiasa bertenang walaupun dalam keadaan tertekan, Boleh menenagkan

diri dengan cepat apabila dalam keadaan marah, Tidak mudah tersinggung, Dan tidak

kecil hati apabila dikritik.

Aktiviti

Bursa Saham Malaysia

Masa

90 Minit

Objektif

Membolehkan peserta supaya berfikir sebelum melakukan sesuatu, sabar & bertenang dalam suasana tertekan, mampu melihat orang daripada perspektif mereka dan mampu berfikir secara rasional.

285

Prosedur Activiti:

• Fasilitator membahagikan peserta kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari enam orang ahli.

• Setiap kumpulan dikehendaki menamakan kumpulan dengan satu nama syarikat yang disepakati oleh ahli-ahli kumpulan

• Fasilitator meminta masing-masing syarikat untuk melantik

A : Pengarah urusan B : Pengarah Eksekutif C : Pegawai penganalisis saham syarikat

Aktiviti: • Pegawai bursa saham memainkan peranan penting dalam

mengawal proses jual beli saham X & Y. • Pegawai Bursa Saham akan memberikan pilihan kepada

masing-masing Syarikat, apakah pilihan saham (Y atau X) syarikat tersebut untuk hari ini.

• Pegawai bursa saham akan memaparkan harga saham semasa pada skrin paparan.

• Aktiviti jual beli saham dilakukan sebanyak tiga kali oleh

pegawai Bursa Saham.

Bahan

• Kertas • Pensil/pen

Falsafah Melalui permainan Bursa Saham peserta dapat memahami

betapa pentingya mengawal emosi dalam bertindak

CONTOH PAPARAN HARGA BURSA SAHAM MALAYSIA DARI SEMASA KE SEMASA

HARGA BURSA SAHAM PUSINGAN 1

JUAL BELI SAHAM X SAHAM Y

6X -RM1000 4X 2Y RM1500 -RM1000 3X 3Y -RM2000 RM2000

2X Y RM3000 -RM1000

6Y RM1000

286

HARGA BURSA SAHAM MALAYSIA PUSINGAN 2

JUAL BELI SAHAM X SAHAM Y

6X -RM1000

4X 2Y RM 5000 -RM10000

3X 3Y -RM 15000 RM12000

2X Y RM 25000 -RM18000

6Y RM50000

HARGA BURSA SAHAM MALAYSIA HARI 3

JUAL BELI SAHAM X SAHAM Y

6X -RM2000

4X 2Y RM 16000 -RM12000

3X 3Y -RM 18000 RM 25000

2X Y RM 40000 -RM15 000

6Y RM 75000

(iv) Keyakinan Diri

Keyakinan diri menggambarkan keupayaan seseorang untuk menghargai diri sendiri

dan percaya dengan kebolehan diri dalam melakukan sesuatu tugas. Individu ini

mempunyai nilai diri yang tinggi dan sentiasa berpegang kepada prinsip hidupnya.

Mereka tidak mudah terpengaruh dengan gaya hidup orang lain. Individu ini juga

tidak mengharap bantuan orang lain jika mereka mampu melaksanakan sesuatu tugas

yang diamanahkan. Berani mengeluarkan pendapat dan idea walaupun mungkin tak

digemari oleh orang lain. Individu ini boleh membuat keputusan yang tepat walaupun

terdapat tekanan dan pandangan yang mengelirukan daripada orang lain.

Aktiviti 1

Think Tank Sdn. Bhd.

Masa

90 Minit

Objektif

Peserta dapat menunjukkan keyakinan diri menerusi ciri-ciri keyakinan diri seperti yang dinyatakan dalam konsep

287

keyakinan diri di atas

Prosedur Activiti:

Pelaksanaan: Aktiviti ini merupakan lanjutan daripada aktiviti Bursa Saham Kuala Lumpur. • Peserta masih tetap dalam kumpulan masing-masing yang

telah diberi nama dengan nama Syarikat, seperti dalam permainan Bursa Saham Kuala Lumpur.

• Di awal aktiviti fasilitator menaya semula kepada peserta, bagaimanakah keadaan kewangan Syarikat selepas aktiviti membeli saham sebentar tadi?

• Fasilitator akan mengajukan pertanyaan, apakah tindakan

Syarikat seterusnya untuk memulihkan keadaan kewangan Syarikat masing-masing?

• Seterusnya fasilitator menunjukkan iklan perniagaan,

melalui tayangan Vidio iklan perniagaan sebuah Syarikat yang berjaya di peringkat antarabangsa (Donal Trum). Fasilitator meminta peserta memperhatikan betul-betul iklan perniagaan tersebut.

• Iklan perniagaan ini bertujuan untuk mencari sebuah

Syarikat yang memiliki kayakinan yang tinggi untuk menguruskan satu perniagaan, yang akan diberikan modal. Dan keuntungan akan dibagi mengikut perjanjian.

• Setelah selesai tayangan vidio, fasiliitator meminta masing

kelompok (Syarikat) menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan kepada CEO Syarikat Antarabangsa tadi.

• Setelah kertas kerja tersebut selesai, fasilitator meminta

kumpulan tersebut membentangkan kertas kerja yang telah disiapkan tersebut kepada CEO Syarikat Antrabangsa.

• Masing-masing Syarikat akan diserang dengan dengan

pelbagai soalan untuk menguji kekuatan kertas kerja mereka, untuk melihat keyakinan mereka menjalankan perniagaan yang dirancang.

• Setelah semua Syarikat menyelesaikan membentangkan

kertas kerja mereka, CEO akan memilih salah satu Syarikat yang akan menjadi Patner perniagaannya.

• Aktiviti ditutup dengan menanda surat perjanjian

perniagaan antara Syarikat yang dipilih dengan CEO

288

Syarikat Atarabangsa. Aktiviti Memproses: Trainer memudahkan cara perbincangan berdasarkan: • Bagimana perasaan Tuan/puan melihat iklan perniagaan

yang ditanyangkan tadi? • Adakah tuan/puan yakin bahawa kertas kerja tuan adalah

yang terbaik, yang akan dipilih oleh CEO Syarikat antarabangsa?

• Apa yang tuan/puan lakukan dalam kumpulan sehingga tuan/puan yakin bahawa bahawa kertas kerja tuan/puan adalah yang terbaik?

• Bagaimana perasaan tuan/puan ketika orang lain menyangsikan perniagaan yang tuan/puan rancang?

• Apakah yang tuan/puan rasakan ketika Syarikat tuan/puan dipilih sebagai rakan perniagaan Syarikat antarabangsa?

• Apakah pembelajaran yang dapat tuan/puan ambil daripada aktiviti yang kita lakukan?

Bahan • Kertas Mahjung • Pen Marker

Falsafah Melalui aktiviti Think Tank Sdn. Bhd peserta dapat belajar

untuk pembinaan keyakinan diri

(v) Niat & Kebolehpercayaan

• Niat merujuk kepada keupayaan individu untuk mengetahui dorongan dalaman

(suara hati) dalam melakukan sesuatu.

• Keupayaan mengekalkan kejujuran dan jati diri yang tinggi. Sentiasa ikhlas dalam

menjalin hubungan dengan orang lain dan juga dalam melaksanakan tugasan yang

diamanahkan. Ini dapat dilihat daripada ketulusan mereka mengakui kesilapan

sendiri dan keberanian mereka untuk menegur perbuatan orang lain yang kurang

beretika. Mereka mempunyai pendirian yang tegas berasaskan prinsip yang

dipegang walaupun tidak disukai oleh orang lain.

289

Aktiviti

Melakar Duniaku

Masa

90 Minit

Objektif

• Membimbing peserta supaya sentiasa dapat mengenal pasti bisikan dalaman (suara hati) mereka dalam melakukan sesuatu.

• Membimbing peserta supaya sentiasa menjadi individu yang boleh dipercayai

Prosedur Activiti:

• Aktiviti ini biasanya dilaksanakan setelah makan tengah hari. Pada masa rehat fasilitator telah menyiapkan Kertas lukisan, beserta Pensil Warna pada kerusi masing-masing peserta.

• Diringi dengan muzik lembut, fasilitator membawa peserta latihan dalam suasana rileks melalui kaedah pernafasan secara berulang-ulang. Dalam pernafasan peserta diminta untuk mengosonkan minda mereka.

• Setelah Susana Nampak tenang, trainer memulakan aktiviti dengan membawa peserta kepada zaman masa-masa lalu mereka, untuk diimbas semula, dan diminta mereka menghadirkan semua pengalaman tersebut.

• Trainer terus memancing supaya peserta dapat mengimbas

semula pengalaman-pengalaman mereka sehingga mereka berada dalam ruang latihan.

• Setersunya peserta diminta untuk melakarkan perjalanan

pengalaman hidup mereka pada kertas lukisan yang terdapat pada kerusi metreka masing-masing.

• Peserta diberikan kebebasan untuk membuat lakaran

mereka.

• Terakhir diminta untuk berkongsi dengan semua rakan-rakan sesame latihan tentang perjalanan pengalaman hidup mereka tersebut.

Aktiviti Memproses: Trainer melakukan aktiviti memproses tentang aktiviti yang dilakukan tadi. Trainer cuba mencungkil makna daripada peserta latihan tentang aktiviti yang baru sahaja diselesaikan.

Bahan • Kertas Lukisan • Pensil warna

290

Falsafah Melalui aktiviti melakar duniaku, peserta dapat mempelajari bisikan dalaman (suara hati) mereka sebelum memulakan sesuatu tugasan.

(vi) Dorongan Pencapaian

Dorongan dalaman seseorang untuk mencapai suatu matlamat dan kecemerlangan.

Individu ini, meletakkan sasaran yang mencabar dengan resiko tertentu. Menimba

maklumat untuk mengurangkan ketidaktentuan dan mencari jalan untuk melakukan

sesuatu dengan lebih baik. Mereka juga sentiasa belajar pelbagai cara untuk

meningkatkan prestasi ke arah yang lebih baik.

Aktiviti

Survey

Masa

90 Minit

Objektif

Peserta dapat mengenal pasti kepentingan memiliki dorongan pencapaian di dalam kehidupan mereka

Prosedur Activiti:

• Fasilitator membahagikan borang survey yang telah disiapkan dalam kepada seluruh pesta latihan

• Fasilitator meminta semua peserta untuk menuliskan 5 perkara yang menjadi pendorong mereka untuk melakukan pekerjaan sehari-hari

• Peserta diminta menuliskan mengikut rengking, mulai dari yang paling prioriti (1) sehingga yang kurang priority (5).

• Fasilitator mengumpulkan semua kertas jawapanperserta

untuk dikira berama-sama

• Fasilitator akan mengira semua respons yang diberikan,dan meminta salah seorang peserta untuk menjadi saksi bagi mengesahkan jawapan peserta tersebut.

• Fasilitator mengira semua jawapan peserta, jumlah paling

banyak dianggap menjadi pendorong utama mereka dalam melaksanakan pekerjaan mereka.

• Salah seorang wakil peserta diminta untuk menanda

tangani hasil survei tersebut.

291

Aktiviti Memproses: Trainer melakukan aktiviti memproses tentang aktiviti yang dilakukan tadi. Trainer akan menjelaskan satu persatu perkara-pekara yang menjadi pendorong peserta untuk melaksanakan tugas harian mereka Trainer akan memproses satu persatu, apakah yang akan berlaku sekiranya perkara tersebut sentiasa menjadi pendorong mereka untuk bekerja. Trainer memberikan solusi tentang apakah sebaiknya dijadikan sebagai pendorong untuk melaksanakan tugas sehari-hari.

Bahan • Borang survey • Pensil • Kertas mahjung/papan putih • Pen marker

Falsafah Melalui aktiviti survey peserta dapat mempelajari pentingnya

dorongan pencapaian yang betul wujud di dalam diri seseorang.

(vii) Memahami Orang Lain

Kebolehan seseorang untuk mengesan perasaan orang lain daipada perspektif mereka,

dan menunjukkan minat yang mendalam ke atas kehendak dan masalah (concern) yang

dihadapi oleh individu lain tersebut. Memberikan perhatian terhadap tingkah laku

seseorang dan mahu mendengar secara aktif tentang apa sahaja yang dicurahkan oleh

seseorang tersebut. Individu ini juga sedia membantu berdasarkan pemahaman tentang

keperluan dan perasaan orang lain.

Aktiviti

Kes Study

Masa

90 Minit

Objektif

Memberikan pemahaman kepada peserta tentang kepentingan memahami orang lain.

Prosedur Activiti:

• Aktiviti ini diawali dengan penayangan video yang dapat menyentuh perasaan peserta,sehingga memancing mereka untuk dapat memahami apa yang sedang dirasakan oleh orang lain.

292

• Setelah penayangan video, mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan

• Fasilitator akan membacakan dan menunjukan beberapak

serius yang perlu mereka selesaikan, memandangkan tugas kita sebagai makhluk sosial

• Masing-masing kumpulan diminta memilih satu kes, dan

menyelesaikan kes tersebut secara berkumpulan

• Masing-masing kumpulan diminta untuk berbincang terlebih dahulu dan cuba merasakan keadaan yang dialami oleh individu yang terlibat di dalam kes tersebut sebelum membantu menyelesaikanya.

• Apabila telah selesai berbincang dan mencarikan solusi,

masing-masing kumpulan diminta untuk membentangkan cara-cara membantu yang mereka cadangkan.

Aktiviti Memproses: Trainer melakukan aktiviti memproses tentang aktiviti yang dilakukan. Trainer cuba merasakan contoh-contoh situasi yang ditunjukkan melalui video dan kes-kes yang ditunjukkan oleh fasilitator sebelumnya. Diiringi dengan alunan muzik lembut, trainer terus berusaha memancing perasaan peserta sehingga mereka dapat merasakan situasi tersebut. Trainer akan mengeluarkan makna daripada aktiviti yang dilakukan tadi dan berusaha membimbing peserta supaya mereka selalu sensitive dengan keadaan orang lain di dalam kehidupan seharian mereka.

Bahan • Vidio • Kes-kes sebenar yang berlaku di dalam kehidupan • Kertas mahjung • Pen marker

Falsafah Melalui aktiviti kes study peserta dapat mempelajari tentang kepentingan memahami orang lain di dalam kehidupan.

293

(viii) Mengembangkan Potensi Orang Lain

Individu ini dapat mengakui dan memberi ganjaran atas kekuatan dan pencapaian

orang lain. sentiasa memberikan maklum balas yang berguna dan mengenal pasti

keperluan orang lain untuk perkembangan diri mereka. Boleh menjadi pembimbing

dan menawarkan tugasan yang mencabar yang dapat membentuk kemahiran individu

lain.

Aktiviti

Sibuta dan Sicelik

Masa

90 Minit

Objektif

Memberikan pemahaman kepada peserta tentang pentingya mengembangkan potensi orang lain.

Prosedur Activiti:

• Fasilitator membahagi peserta dalam beberapa kumpulan, banyak kumulan bergantung kepada ramai peserta

• Masing-masing kumpulan akan menunjuk dua orang peserta sebagai sicelik, ahli kumpulan yang lain akan jadi sibuta

• Fasilitator mengarahkan peserta (sibuta dan sicelik) berdiri

pada garis yang telah ditetapkan.

• Sicelik akan memberikan arahan kepada sibuta daripada garisan tersebut, tidak boleh berjalandan memegang badan sibuta. Sicelik hanya memberikan arahan secara lisan.

• Di hadapan si buta dan sicelik, fasilitator meletakan benda-

benda pemainan (guli, mankok dan tali rapia yang telah dibuatkan bulatan untuk meletakan mangok tersebut). Bulatan tali tersebut diikat dengan 3 ikatan tali yang agak panjang yang boleh dipegang oleh beberapa orang.

• Sekarang Guli dalam keadaan berselerak, mangkok dan tali

tersebut dilatakan secara tepisah-pisah di hadapan sibuta.

• Melalui arahan sicelik, sibuta diminta mengutip semua guli dan dimasukan ke dalam mangkok. Guli mesti dimasukan semuanya, tidak boleh ada yang tertinggal.

• Setelah semua guli masuk ke dalam mangkok, sicelik

mengarahkan sibuta supaya mangkok tersebut diletakan di atas butalan tali.

294

• Setelah sibuta brjaya meletakan mangkok di atas bulatan tali, sicelik terus mengarahkan sibuta untuk mengangkat 3 ujung tali yang telah terletak diatasnya mangkok berisi guli.

• Dengan mengangkat 3 ujung tali tersebu, sicelik

mengarahkan sibuta untuk meletakanya pada tempat yang telah disediakan di hadapan mereka.

• Sibuta melalui arahan sicelik mesti meletakanmankok

tersebut betul-betul pada tempat yang telah disediakan.

• Sekranya mangkok jatuh, arahan yang sama diulang semula, sehingga berjaya.

• Masing-masing kumpulan melakukanya secar bergilir-gilir.

Aktiviti Memproses: Trainer melakukan aktiviti memproses tentang aktiviti yang dilakukan. Mula-mula trainer akan menanya sibuta tentang arahan yang diberikan oleh sicelik? Kemudian trainer cuba menanya kepada sicelik, apa yang mereka rasakan dalam meberikan arahan kepada sibuta? Setelah semua menyatakan pandangan mereka, trainer akan memberikan gambaran tentang susahnya mengembangkan potensi orang lain. Diiringi dengan alunan muzik lembut, trainer terus menerangkan falsafah disebalik aktiviti yang baru sahaja dilakukan.

Bahan • Penututp mata • Tali rafia • Guli • Tip Bainding

Falsafah Melalui aktiviti sibuta dan sicelik peserta dapat mempelajai

bagaimana susahnya mengembangkan potensi orang lain. Mereka perlu ada kemahiran yang mantap untuk membantu orang lai.

295

(ix) Mempengaruhi Orang Lain & Pengurusan Konflik

• Mempengaruhi orang lain merujuk kepada kemahiran individu dalam membujuk

orang lain, iaitu seseorang yang berkemahiran dalam mempengaruhi orang lain

dengan cara menyampaikan idea secara halus untuk menarik minat orang lain.

Individu ini pandai menggunakan strategi yang pelbagai (seperti pengaruh tak

langsung) untuk membina konsensus dan sokongan, serta mencetus suasana yang

dramatik untuk menonjolkan idea secara efektif.

• Seseorang yang berkemahiran dalam pengurusan konflik boleh menangani individu

yang sukar dihadapi serta boleh menenangkan keadaan yang tegang dengan

bijaksana. Mereka juga boleh mengesan potensi konflik berlaku dalam sesuatu

kedaan, menyelesaikan percanggahan pendapat secara terbuka dan membantu

meredakannya, menggalakkan perbahasan dan perbincangan terbuka serta mampu

merancang penyelesaian berbentuk tanpa merugikan salah satu pihak.

Aktiviti

Tolong Selamatkan Masa Depan Saya

Masa

90 Minit

Objektif

Memberikan pemahaman kepada peserta tentang pentingya keterampilan mempengaruhui orang lain dalam menyelesaikan konflik.

Prosedur Activiti:

• Bentuk aktiviti adalah persidangan (mensyuarat) untuk menjatuhkan hukuman buang sekolah kepada pelajar yang mempunyai kes berat (kategori kesalahan yang sukar untuk dimaafkan).

• Sekiranya kumpulan agak ramai buat dua kumpulan (maksimum 15 orang setiap kumpulan).

• Fasilitator akan meberikan tugasan masing-masing kepada

semua peserta:

- 2 orang sebagai pelajar yang akan dibicarakan (akan dibuang sekolah)

- 1 orang sebagai sebagai pengetua - 1 orang guru kanan disiplin - 1 orang sebagai penolong kanan kolej - 2 orang sebagai guru kelas (guru kelas masing-masing

296

pelajar yang bersalah) - 1 orang guru kaunseling - 2 orang sebagai setiausaha mesyuarat (stiausha 1 dan

setiausaha 2) - 2 orang sebagai ibubapa (ibubapa masing-masing pelajar

bersalah) - 2 orang jadi rakan rapat pelajar bersalah(1 orang masing-

masing pelajar)

• Fasilitator memberikan tugas masing-masing peserta mengikut peranan masing-masing melaui sehelai kertas yang telah disiapkan oleh fasiltator.

• Fasilitator memberikan masa lebih kurang 5 minit begi peserta untuk membaca peranan masing-masing, seperti yang telah dituliskan pada kertas tugasan yang berada pada masing-masing mereka.

• Fasilitator menjemput peserta untuk duduk di tempat

masing-masing pada tempat yang telah disediakan (susunan meja dibuat seperti dalam suasana persidangan).

Pelaksanaan Aktiviti: • Pengetua membuka persidangan, dan menerangkan tentang

persidangan yang akan dilakukan. • Pengetua menyuruh guru kanan disiplin untuk

membacakan kes-kes yang telah dilakukan oleh 2 orang pelajar.

• Kemudian masing-masing peserta mengikut fungsi masing.

• Masing-masing peserta akan mengemukakan alasan supaya hukuman buang sekolah yang akan dijatuhkan kepada 2 orang pelajar yang didapati bersalah berat itu dipertimbangkan semula.

• Pengetua akan mendengarkan semua alasan yang

dikemukakan oleh ahli-ahli yang terlibat.

• Setelah mendengar semua alasan untuk mohon mempertimbangkan hukuman tersebut daripada semua peserta yan terlubat, pengetua akan mebuat keputusan mesyuarat.

Aktiviti Memproses: • Trainer memproses perjalanan persidangan yang telah

dilakukan

297

• Trainer memandu peserta untuk menarik pembelajaran daripada perjalanan persidangan, melalui diskusi-diskusi selama persidangan dijalankan

• Trainer merumuskan hasil pembelajaran yang diperolehi oleh

masing-masing peserta

Bahan • Kertas tugasan peserta yang telah disiapkan oleh fasilitator • File simpanan kes pelajar • File sesi kaunseling • kertas • Pen • Tukul pengetuk meja

Falsafah Peserta dapat mengambil pelajaran daridapa perjalanan

persidangan, khasnya dalam mempengaruhi orang lain dan menyelesaikan konflik.

Note: Aktiviti-aktiviti dalam modul ini adalah sekedar untuk memandu peserta latihan

untuk dapat menarik pempelajaran melalui pengalaman daripada aktifiti-aktifiti

berkenaan. Yang paling penting adalah aktiviti memproses oleh juru latih terhadap

setiap aktiviti yang dijalankan. Justru, juru latih perlu lebih kreatif untuk membantu

mengukuhkan pembelajaran yang diperolehi oleh peserta melalui aktiviti-aktiviti yang

dilakukan.