amaran kepada guru ponteng sekolah

18
Amaran Kepada Guru Ponteng Sekolah ( Etika Penampilan Guru) Kategori: Berita JHEAINS (Pusat) Jumaat, 21 Mei 2010 Oleh: Ahmad Haji Yassin TAWAU - Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Haji Amri A Suratman memberi amaran bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah akan mengambil tindakan tegas termasuk tindakan tatatertib seperti termaktub dalam Perintah Am Negeri Sabah PANS kepada mana-mana guru-guru JHEAINS yang didapati ponteng mengajar atau menyerahkan tugas mengajar kepada orang lain. Amanat beliau disampaikan oleh Hajah Siti Afsah Kudi, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Khidmat dan Pengurusan ketika memberikan Taklimat Perjawatan kepada Guru-Guru JHEAINS di Tawau. Katanya, dari laporan yang beliau terima terdapat guru-guru yang ponteng mengajar selain terdapat kejadian menyerahkan tugas mengajar kepada orang lain. Ini satu tindakan yang tidak sihat dan boleh menjejaskan imej guru-guru JHEAINS. Katanya Jabatan

Upload: abdul-aziz

Post on 15-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Amaran Kepada Guru Ponteng Sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Amaran Kepada Guru Ponteng Sekolah

Amaran Kepada Guru Ponteng Sekolah ( Etika Penampilan Guru)

Kategori: Berita JHEAINS (Pusat)

Jumaat, 21 Mei 2010

Oleh: Ahmad Haji Yassin

TAWAU - Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Haji

Amri A Suratman memberi amaran bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah akan

mengambil tindakan tegas termasuk tindakan tatatertib seperti termaktub dalam Perintah Am

Negeri Sabah PANS kepada mana-mana guru-guru JHEAINS yang didapati ponteng mengajar

atau menyerahkan tugas mengajar kepada orang lain.

Amanat beliau disampaikan oleh Hajah Siti Afsah Kudi, Ketua Penolong Pengarah (KPP)

Bahagian Khidmat dan Pengurusan ketika memberikan Taklimat Perjawatan kepada Guru-Guru

JHEAINS di Tawau.

Katanya, dari laporan yang beliau terima terdapat guru-guru yang ponteng mengajar

selain terdapat kejadian menyerahkan tugas mengajar kepada orang lain. Ini satu tindakan yang

tidak sihat dan boleh menjejaskan imej guru-guru JHEAINS. Katanya Jabatan tidak akan

teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap guru tersebut. Kita mahu semua guru-guru

JHEAINS komited dengan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Mengulas mengenai perjawatan guru, menurut beliau guru-guru yang dulunya gred DG 6 yang

telah lulus Diploma akan dinaikkan pangkat kepada DG A 29. Bagi guru-guru Dg 17 mereka

perlu berusaha mendapat kelulusan Diploma supaya gred mereka dinaikkan ke gred DG A 29.

Page 2: Amaran Kepada Guru Ponteng Sekolah

FAKTOR GURU PONTENG

Menurut Cascio (2005), ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang

pekerja daripada melaporkan diri ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah

ditetapkan atas apa alasan sekalipun. Ini menunjukkan apabila seseorang pekerja itu tidak datang

ke pejabat pada waktu bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir. Sekiranya seseorang

pekerja tidak hadir tanpa sebarang sebab yang munasabah, ianya boleh dianggap sebagai ponteng

kerja. Perkara yang sama boleh diperkatakan kepada pelajar sekolah yang tidak ke kelas ataupun

sekolah pada waktu persekolahan tanpa sebarang alasan, mereka juga akan dianggap sebagai

ponteng sekolah.

Menurut Cascio (2005), ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang

pekerja daripada melaporkan diri ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah

ditetapkan atas apa alasan sekalipun. Ini menunjukkan apabila seseorang pekerja itu tidak datang

ke pejabat pada waktu bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir. Sekiranya seseorang

pekerja tidak hadir tanpa sebarang sebab yang munasabah, ianya boleh dianggap sebagai ponteng

kerja. Perkara yang sama boleh diperkatakan kepada pelajar sekolah yang tidak ke kelas ataupun

sekolah pada waktu persekolahan tanpa sebarang alasan, mereka juga akan dianggap sebagai

ponteng sekolah.

Dalam konteks guru pula, diakui terdapat segelintir dari guru yang terlibat dalam gejala

ponteng ini disebabkan sebab-sebab tertentu. Menurut Randolfi (1996), salah satu daripada kesan

tekanan yang terlalu tinggi dalam kalangan pekerja boleh mengakibatkanpelbagai kesan seperti

psikologi, fizikal, tingkahlaku dan organisasi di mana salah-satu daripada kesan organisasi ialah

ianya membawa kepada ketidakhadiran pekerja. Disebabkan kerjaya guru yang mencabar sudah

pastinya mereka akan berhadapan dengan pelbagai jenis tekanan sepanjang berada di sekolah.

Akibat daripada tekanan yang dihadapi, tidak mustahil bagi seseorang guru bertindak untuk

ponteng kerja seiring dengan kenyataan Randolfi.

Page 3: Amaran Kepada Guru Ponteng Sekolah

Kemungkinan guru bertindak demikian supaya mereka berada jauh dari sekolah dan

segala tekanannya untuk mendapatkan ketenangan jiwa. Perkara ini turut disokong oleh Ho

(1997), yang mengatakan tekanan di dalam organisasi semakin merisaukan pengamal

pengurusan kerana memberi kesan terhadap keberkesanan perjalanan sesebuah organisasi. Beliau

ini juga mengatakan, punca utama untuk pekerja bertindak tidak menghadirkan diri ke tempat

kerja adalah disebabkan masalah psikologi akibat tekanan kerja. Ketidakhadiran pekerja boleh

membawa masalah yang serius kepada organisasi lebih-lebih lagi apabila ianya berlaku secara

kerap. Segala aktiviti organisasi akan tergendala kerana mereka yang dipertanggungjawabkan

untuk melaksanakan tugas tersebut tidak mampu untuk menyelesaikannya mengikut perancangan

yang telah dibuat. Kegagalan pekerja menyiapkan tugasan mereka mengikut jadual akan turut

menggangu kelancaran tugasan pekerja lain dalam organisasi.

Bagi jangka masa panjang, organisasi akan menjadi semakin lemah kerana tidak

mempunyai kekuatan untuk membangun serta bersaing angkara sumber manusianya yang kerap

ponteng kerja. Perkara yang sama boleh berlaku ke atas sekolah jikalau guru-gurunya sering

mengamalkan perlakuan negatif ini. Ketiadaan guru ketika khidmat mereka ditagih akan

menjadikan pelajar hilang punca kerana kebergantungan mereka terhadap guru untuk

mendapatkan ilmu. Prestasi pelajar dalam peperiksaan juga akan menurun apabila guru gagal

untuk menghabiskan silibus pengajaran seperti yang terkandung dalam rancangan pengajaran

mereka.

Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga tidak akan berjalan dengan lancar tanpa kehadiran

guru untuk memberi khidmat nasihat dan panduan berguna kepada persatuan dan kelab.

Pentadbiran sekolah juga turut bergerak perlahan kerana tidak mendapat kerjasama penuh

daripada guru yang bertindak “menghilangkan diri” dalam memastikan segala laporan, kertas

kerja dan data pelajar dihantar tepat pada waktunya untuk memudahkan pihak sekolah membuat

perancangan tahunan.

Page 4: Amaran Kepada Guru Ponteng Sekolah

Menurut Fletcher (1988), tekanan di tempat kerja bukanlah suatu fenomena yang

terpencil, sebaliknya ianya merupakan sesuatu yang biasa berlaku. Kenyataan ini membuktikan

bahawa guru juga menerima tekanan di sekolah di mana ianya bukanlah satu perkara yang luar

biasa. Sesiapa sahaja yang sedang berada dalam keadaan tertekan sanggup melakukan apa sahaja

untuk memastikan mereka dapat keluar dari keadaan tersebut. Bagi guru yang sedang tertekan,

tidak mustahil mereka akan terfikir untuk ponteng kerja.

Secara umumnya faktor-faktor yang mendorong kepada kelakuan tersebut boleh dibahagikan

kepada tiga iaitu:

a)    Sikap guru itu.

Sikap guru ini termasuklah rasa bosan yang terbit dalam diri guru setelah mereka bertahun-tahun

di sekolah yang sama dan menjalani rutin harian yang sama. Guru tersebut akan mula berasa

bosan dengan perkara yang hampir sama dilaluinya setiap hari. Sikap guru yang tidak

bertanggungjwab dan tidak memegang amanah serta mengabaikan kod etika perguruan juga

cenderung melakukan kesalah ini secara tidak sengaja. Malah mereka tidak menyedari bahawa

mereka telah melakukan kesalahan yang amat berat dan melanggar etika keguruan dan secara

tidak langsung merendahkan martabat keguruan dalam diri mereka itu sendiri. Selain ini minat

yang hilang untuk mengajar juga merupakan salah satu faktor menyebabkan guru hilang motivasi

untuk memberi komitmen yang sepenuhnya kepada sekolah.

b)    Persekitaran

Apabila dikaitkan dengan persekitaran, guru yang ditugaskan di persekitaran sekolah yang

harmonis akan memberikan komitmen sepenuhnya berbanding sebaliknya. Rakan-rakan kerja

yang komited akan mempengaruhi sedikit sebanyak persembahan guru tersebut dalam

pekerjaannya. Sekiranya guru itu ditugaskan di sekolah yang persekirannya agak pasif maka

guru tersebut akan menjadi pasif dan akhirnya hilang motivasi kerja dan tidak memberi

komitmen yang sepenuhnya.

Page 5: Amaran Kepada Guru Ponteng Sekolah

c)    Bebanan kerja

Bebanan kerja guru yang semakin hari semakin meningkat merupakan salah satu faktor yang

menyumbang kepada masalah guru ponteng. Tekanan kerja yang dibebani kadang kala

menyebabkan mereka tidak bersedia untuk mengajar demi untuk menyiapkan tugasan yang

diberikan. Guru mengambil langkah mudah dengan meminta murid untuk melakukan kerja

masing-masing sementara guru tersebut menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya oleh

pihak pentadbir. Masalah bebanan kerja ini perlu diteliti semula kerana bebanan kerja yang

melampau akan menganggu proses P&P guru dan memberi tekanan emosi kepada guru

sehinggakan minatnya untuk mengajar terganggu.

Lagkah Mengatasi Masalah Perlanggaran Etika Guru.

Dalam memastikan guru menjaga keterampilan unggul dan tidak melanggari kod etika

keguruan, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia haruslah memberi kursus dan latihan yang

selengkapnya dalam melahirkan guru yang berwibawa pada masa akan datang.

Seterusnya kerjasama daripada pihak pentadbir yang terdiri daripada Guru Besar

mahupun Pengetua Sekolah yang tidak pilih kasih tetapi turut menilai prestasi guru-guru

bawahannya secara adil dan saksama. Pihak atasan juga tidak seharusnya memberi tekanan

kepada guru.

Selain daripada itu, guru-guru yang bakal dikeluarkan seharusnya menguasai elemen-

elemen yang terdapat dalam kod etika keguruan di Malaysia sebelum mereka di tempatkan untuk

mengajar kelak.

Pihak kementerian pelajaran juga hendaklah mengambil tindakan tegas kepada guru-guru

yang melanggar etika perguruan agar tidak lagi berlaku guru-guru yang melanggar etika

keguruan. Penegasan dalam undang-undang juga akan memberi kesedaran kepada guru-guru lain

agar tidak melakukan kesalahan yang sama dan berulang.

Kesimpulan, kesan-kesan yang dihadapi oleh guru antaranya ponteng kerja masih lagi

boleh dikawal oleh pihak sekolah. Namun, sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh

pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini membawa kesan

yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Boleh dikatakan tekanan dapat dikawal dengan

Page 6: Amaran Kepada Guru Ponteng Sekolah

baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan tekanan

tersebut. Pengurusan tekanan amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka

sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam dunia perguruan yang mendatang.

Perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan kerjaya seorang guru lebih

sukar ataupun complicated. Sekiranya guru tidak mampu mengawal diri dan tekanan mereka

dengan baik, sudah pastinya kerjaya mereka bukan sahaja akan berakhir lebih awal malahan

dikenakan tindakan-tindakan disiplin yang keras pula atas segala kesalahan yang dilakukan.

Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia pendidikan pada hari

ini ternyata menyebabkan guru juga perlu berubah, namun tidak ramai yang mampu untuk

membuat perubahan secara drastik menyebabkan tekanan mula menguasai mereka dan akhirnya

membawa kesan yang besar kepada sistem pendidikan yang dilaksanakan di sekolah amnya dan

di Malaysia khasnya.

Akhir sekali, sokongan yang berterusan daripada pihak pengetua sehinggalah kepada

kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin persekitaran tempat kerja yang harmoni dan

aman untuk semua pihak. Konflik yang sedang berlaku akan berterusan tanpa noktah sekiranya

masih tiada ruang untuk bekerjasama dibuka seluas-luasnya untuk kedua-dua belah pihak iaitu

pentadbiran dan akademik.

Page 7: Amaran Kepada Guru Ponteng Sekolah

Isu Kesantunan Guru (Murid di Tendang Oleh Guru Besar)

 Berdasarkan berita yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian, seorang murid tahun empat

yang mengalami kecederaan di bahagian belakang badannya, telah hantar ke hospital Tengku

Anis (HTA). Daripada sumber yang diperolehi, murid ini telah disepak oleh seorang guru besar

di sekoloah sekitar Pasir Puteh.

Murid tersebut bernama Muhammad Irfan Mohd Zakee Zakaria telah mendakwa dia telah

ditendang oleh guru besar selepas menulis jawapan mata pelajaran sains pada kertas jawapan,

dan bukannya pada kertas soalan seperti yang diarahkan oleh guru terbabit. Bapa kepada

Muhammad Ifran, Mohd Zakee Zakaria, 39, berkata belaiu mengetahui kejaidian yang berlaku

apabila beliau pulang dari kerja pada petang berkenaan. Daripada laporan yang dikemukan oleh

bapanya, muhammad irfan mengalami bengkak dan lembam di bahagian belakang badannya.

Beliau pada awalnya tidak menyangka keadaan tidak begitu serius dan tidak membawanya

mendapatkan rawatan.

Pada sebelah malamnya, Muhammad Irfan mengadu mengalami kesakitan dan sesak nafa

sehingga mukanya pucat dan  kebiruan. Lantas, beliau bergegas ke HTA untuk mendapatkan

rawatan dan beliau diberi ubat penahan sakit. Pegawau perubatan HTA yang merawat murid

terbabit telah menasihati bapanya untuk membuat laporan polis kerana bimbang kecederaan yang

dialami oleh Muhammad Irfan mempunyai kesan jangka panjang.

Selepas kejadian ini berlaku, terdapat individu yang mewakili guru besar ke rumahnya

bagi memohon maaf dan tidak memanjangkan kejadian ini kepada pihak media. Pegawai

Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Puteh, Ismail Ghazaki yang dihubungi, berkata beliau sudah

mengarahkan guru besar sekolah terbabit bagi menyediakan laporan bertulis berhubung kejadian

ini.

Implikasi Hujah Isu Kesantunan Guru

Berdasarkan berita yang disiarkan oleh Berita Harian, guru besar sekolah tersebut telah

menendang belakang murid tahun empat yang bernama Muhammad Irfan. Kesalahan yang

dilakukan oleh murid tersebut ialah murid tersebut menulis jawapan pada kertas jawapan yang

Page 8: Amaran Kepada Guru Ponteng Sekolah

disediakan dan bukan pada kertas soalan seperti yang diarahkan oleh guru besar bagi mata

pelajaran sains.

Isu ini perlu dilihat dari aspek kesantunan guru. Sebagai seorang guru sudah menjadi

amanah bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid. Dalam isu kesantunan, guru

perlu memperlihatkan sikap yang mengandungi nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan

sehari-hari. Sebagai seorang guru besar, beliau perlulah menjadi contoh kepada guru-guru yang

lain kerana beliau merupakan ketua bagi sesebuah sekolah. Sekiranya guru besar bertindak diluar

kesantunan yang telah digariskan, sudah pasti guru-guru lain akan mempertikaikan sikap guru

besar dan guru-guru yang lain tidak akan mengamalkan kesantunan. Oleh itu, guru besar perlulah

menunjukkan segala tindakan yang mempunyai nilai sopan-santun atau nilai etiket secara

beradab bukan sahaja di sekolah tetapi juga di luar sekolah.

Murid-murid mempunyai tahap pencapaian dan kefahaman yang berbeza dengan rakan-

rakan lain. Terdapat dalam kalangan murid yang cepat memahami arahan, isi pelajaran yang

disampaikan guru dan nasihat yang diberikan. Terdapat juga murid yang lambat dalam

memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru serta memahami dan mendengar arahan

yang disampaikan. Sebagai guru kita perlulah mengenal pasti murid-murid yang lemah agar

mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran. Murid-murid yang lemah ini memerlukan bantuan

serta perhatian yang lebih daripada guru agar mereka juga mampu bersaing dengan rakan-rakan

mereka yang lain.

Kesantunan guru terbahagi kepada tiga ciri iaitu kesantunan berpakaian, kesantunan

tingkah laku dan kesantunan berbahasa. Dalam isi guru besar menendang belakang murid, ia

melibatkan isu kesantuan tingkah laku dan kesantunan bahasa. Dalam hal ini, guru besar telah

melanggar kesantunan tingkah laku. Kesantunan tingkah laku adalah tatacara bertindak atau

gerak-geri guru ketika menghadapi sesuatu atau dalam situasi tertentu. Sepatutnya di dalam kes

ini, guru besar perlulah menasihati dan memberi peringatan secara tegas kepada murid-murid

tentang arahan soalan yang diberikan. Berkemungkinan murid yang melakukan kesalahan ini

tidak peka atau berkhayal semasa guru sedang memberi arahan tentang ujian atau peperiksaan

yang diduduki. Apabila guru mengulang semula arahan yang sepatutnya dilakukan oleh murid,

hal ini mempamerkan kesantunan tingkah laku guru yang mengambil berat terhadap murid-

murid. Namun, guru juga manusia biasa yang serba kekurangan dan mempunyai kelemahan yang

Page 9: Amaran Kepada Guru Ponteng Sekolah

tersendiri. Guru juga tidak dapat lari daripada mengalami tekanan hidup daripada sikap murid-

murid dan juga bebanan kerja yang semakin mencabar. Oleh itu, guru perlulah mempunyai

kesedaran untuk berfikir secara rasional sebelum bertindak.

Dalam aspek kesantunan tingkah laku, guru perlulah bijak dalam mengawal perasaan dan

bersikap profesional dalam menjalankan tugas. Dalam hal ini, berkemungkinan guru besar di

sekolah sekitar Pasir Puteh ini mengalami tekanan akibat bebanan kerja dan sikap yang

dipamerkan oleh murid. Namun guru besar perlulah mempunyai tingkah laku yang baik yang

menjadi contoh kepada seluruh warga sekolah. Dalam hal ini, guru besar tersebut perlulah bijak

dalam mengawal perasaannya dan tidak terbawa-bawa masalah atau bebanan kerja yang

dihadapai ke atas murid-murid yang masih lagi belum mengerti. Sekiranya guru besar mengawal

perasaannya dengan bijak, sudah pasti murid tahun empat itu tidak akan ditendang dan murid

tersebut sudah pasti tidak mengalami kecederaan di bahagian belakang badannya.

Selain itu, dalam kesantunan tingkah laku, guru perlulah menerapkan nilai mengambil

berat terhadap murid-murid. Dalam isu ini sekiranya, guru yang dipertanggungjawabkan untuk

menjaga kelas tahun empat tersebut memeriksa murid-murid yang sedang menjawab soalan

tersebut sudah pasti isu ini tidak akan berlaku kerana guru menyedari terdapat murid yang

melakukan kesalahan semasa menulis jawapan dan tidak mengikut arahan soalan yang

dikemukakan. Oleh itu, guru haruslah sentiasa mengawasi tingkah laku murid-murid kerana

sering kali terdapat murid-murid yang tidak memberi perhatian semasa guru memberi arahan di

hadapan kelas.

Sebagai guru apek kesantuan yang perlu dipamerkan ialah sifat sabar yang tinggi.

Profesion guru sememangnya memerlukan kawalan emosi serta kesabaran yang tinggi. Sikap

murid serta masalah mereka yang berbeza-beza menjadikan guru tertekan sekranya tidak dapat

bersabar dengan sikap murid. Sekiranya guru mendapati murid-murid tidak mengikut arahan

yang diberikan atau murid tidak memberi tumpuan semasa guru sedang mengajar di hadapan

kelas, guru perlulah bersabar dalam menangani masalah yang dilakukan oleh murid. Hal ini turut

terkandung dalam kesantunan guru. Guru perlulah berfikir secara rasional terhadapa segala

tindakan yang bakal dilakukan serta berfikir panjang tentang akibat yang bakal berlaku sekiranya

guru bertindak tanpa berfikir secara rasional. Oleh itu, guru perlu mengawal tingkah lakunya

Page 10: Amaran Kepada Guru Ponteng Sekolah

dengan memberi nasihat terlebih dahulu kepada murid-murid yang menimbulkan masalah di

dalam kelas.

Guru besar perlulah mempamerkan kesantunan tingkah laku yang baik serta menjadi

teladan bagi rakan sejawat yang lain. di dalam isu ini guru besar telah menendang murid

dibelakang kerana murid tersebut tidak menjawab soalan seperti yang diarahkan. Sebagai guru

besar, beliau perlulah menjaga imej sebagai ketua bagi guru-guru di sekolah. Sikap yang

dipamerkan ini merupakan sikap yang tidak dapat dijadikan teladan yang baik kepada rakan-

rakan yang lain. Kerana kesilapan murid yang kecil, guru besar telah mencederakan murid

tersebut sehingga murid tersebut mengalami sakit di bahagian belakang dan sukar bernafas. Guru

perlulah mempamerkan kesantuan dalam pengajaran dengan memberikan kasih sayang kepada

murid-murid dan bukan bertindak menghukum murid dengan hukuman ynag tidak setimpal

dengan kesalahan yang dilakukan.

Dalam aspek kesantunan juga, guru besar perlulah memohon maaf kepada ahli keluarga

murid berkenaan dan bukan menghantar wakil bagi memohon maaf kepada murid dan

keluarganya. Beliau perlulah mengakui kesalahan yang beliau telah lakukan dengan memohon

maaf atas kesalahan yang telah beliau lakukan.

Selain daripada kesantunan tingkah laku, guru juga perlu menitik beratkan kesantunan

berbahasa. Kesantunan berbahasa merupakan aspek yang penting kerana ianya mencerminkan

cara guru berkomunikasi sama ada dari segi verbal dan dari segi bahasa badan (non-

verbal). Ketika berkomunikasi, guru harus menyesuaikan diri dengan budaya persekitaran

masyarakat setempat dan perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengan situasi

ketika berkomunikasi.

Dalam hal ini, guru besar perlulah berkomunikasi dengan baik serta memberi arahan

yang jelas dan memastikan semua murid mengikut arahan yang diberikan. Oleh itu, sekiranya

guru besar berkomunikasi secara dua hala dengan baik sudah pasti murid akan memberi respon

yang baik dan mesej yang disampaikan dapat diterima dengan jelas dan berkemungkinan murid

tidak akan melakukan kesilapan semasa menjawab soalan yang diberikan.

Page 11: Amaran Kepada Guru Ponteng Sekolah

Rumusan dan Cadangan

Dalam kesantunan guru, terdapat beberapa model yang mampu dijadikan sebagai

panduan bagi membentuk kesantunan dalam diri guru. Bagi isu ini guru dapat mengaplikasikan

Model Prinsip Kerjasama (PK) Grice 1975, grice telah mencetuskan PK berasakan implikasi

perbualan dalam meneroka sesuatu kewajaran. Ini bermaksud guru perlu memberikan pendapat

atau berucap sebagaimana yang dikehendaki sahaja. Guru perlu mengambil kira ketepatan apa

yang dituturkan.

Grice telah mengemukakan beberapa prinsip yang dapat diaplikasikan oleh guru di

sekolah agar guru dapat menyampaikan maklumat dengan jelas dan dapat diterima oleh murid-

murid serta dapat mencegah daripada berlakunya hukuman yang tidak sepatutnya berlaku ke atas

murid-murid.

Prinsip yang dikemukan oleh Grice ialah kuantiti. Iaitu memberi maklumat yang cukup

berguna dan memastikan maklumat tidak melebihi daripada sepatutnya. Dalam hal ini, guru

perlulah menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan arahan soalan bagi menjawab soalan

dengan betul. Guru perlu mengelakkan daripada menyentuh perkara-perkara yang tidak berkaitan

kerana perbuatan ini akan mengelirukan murid dan maklumat utama yang ingin disampaikan

tidak dapat diterima dengan jelas.

Selain itu, Prinsip Kesantunan Leech (1983) juga dapat diaplikasikan semasa di sekolah.

Antara yang ditekankan dalam model ini ialah guru perlulah bertanggungjawab atas beban yang

dihadapinya. Guru perlu sedar bahawa guru mempunyai akauntabiliti yang tidak hanya mengajar

tetapi meliputi skop yang lebih luas. Oleh itu, guru perlu memberi contoh dan teladan yang baik

kepada murid-murid. Dalam isu ini, guru besar perlulah menyedari akauntabiliti yang dipikulnya,

kerana guru besar menjadi sumber rujukan utama kepada seluruh warga sekolah.

Selain itu, guru perlulah menanamkan sifat sabar yang tinggi di dalam diri.

Sememangnya manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesilapan yang pernah

dilakukan itu perlulah dikesali serta berazam untuk tidak mengulang semula kesalahan yang

dilakukan itu di masa hadapan. Begitu juga dalam hal ini. guru besar dan guru-guru lain perlulah

menanam sifat sabar yang tinggi di dalam diri agar dapat mengawal kemarahan apabila murid-

murid melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja kerana gurulah yang

Page 12: Amaran Kepada Guru Ponteng Sekolah

mencorakkan murid-murid mengikut acuan yang betul. Sekiranya guru tidak mempunyai

kesabaran yang tinggi sudah pasti isu memukul murid akan kembali berulang.

Sebagai guru juga, kita perlulah bersikap arif dan bijaksana dalam melakukan sesuatu

tindakan. Sekiranya kita gagal befikir dengan bijaksana, sudah pasti kita akan melakukan sesuatu

di luar jangkaan kita. Dalam kes ini guru besar tidak dapat berfikir secara bijaksana, beliau lebih

terikut kepada kemarahan beliau yang akhirnya menyebabkan beliau menendang murid di

bahagian belakang yang akhirnya mendatangkan kesan buruk kepada diri murid itu sendiri. Oleh

itu, guru perlulah berfikir adakah tindakan, hukuman yang dikenakan ke atas murid setimpal

dengan kesalahan yang mereka lakukan atau kita hanya terikut dengan sifat amarah yang ada di

dalam diri secara membuta tuli.