amanat rektor 2017 - kedah.uitm.edu.my · pdf fileasasnya inovasi dalam konteks kecemerlangan...

19
1 AMANAT REKTOR 2017 Oleh Dr Asmadi Mohammed Ghazali Rektor UiTM Cawangan Kedah lhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya maka dapat kita berhimpun pada pagi yang penuh rahmat ini bagi bersama-sama dalam Amanat Tahun Baharu 2017. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga UiTM Kedah yang hadir pada pagi ini dan bersama-sama turut serta dalam progam 10,000 langkah. Terima kasih juga kepada pihak KSUK sebagai penganjur program tersebut. Syukur ke hadrat Ilahi, tahun 2016 telah dapat kita dilalui bersama dengan pelbagai kenangan manis serta beberapa catatan kejayaan UiTM Kedah sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Kita juga telah melalui segala cabaran pada tahun-tahun yang lepas dengan semangat ukhuwah dan kerjasama. Mudah-mudahan ianya akan menjadi sumber kekuatan bagi kita untuk mengharungi cabaran pada tahun ini, Inshaa Allah. Marilah kita bersama-sama berdoa agar pada tahun ini, UiTM Kedah akan terus melakar nama dalam pelbagai lapangan samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Justeru, marilah kita bersama-sama untuk sentiasa komited dalam melaksanakan visi universiti untuk menjadi sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik, bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia, supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika. Secara dasarnya, kita melihat kehadiran tahun 2017 ini sebagai tahun yang mencabar kerana seperti yang kita ketahui peruntukkan kewangan telah dikurangkan di semua IPTA termasuklah UiTM. Namun begitu, saya ingin mengajak dan menyeru semua warga UiTM Kedah agar pada tahun ini, kita jadikan sebagai peluang untuk mempelajari dan membudayai pelbagai amalan penjimatan iaitu melalui pelbagai kaedah dan kreativiti yang sekaligus memberi kita pengetahuan dan kemahiran baharu. KEKUATAN Dari segi angka, saya ingin memaparkan angka-angka terkini sebagai maklumat yang perlu diketahui oleh warga UiTM Kedah sebagai sumber kekuatan kita iaitu a) Jumlah pelajar adalah seramai 3560 orang (Dijangka bertambah kepada 5536 orang pada September 2017 b) Kekuatan staf UiTM adalah seramai 579 orang (pensyarah = 316 orang, Pentadbir = 263 orang) c) Program akademik adalah sebanyak 23 program 1 Pra Diploma (Pra Perdagangan) 10 Diploma (Perakaunan; Grafik & Media Digital; Senireka Perindustrian; Pentadbiran Awam; Pengajian Perniagaan; Teknologi Pejabat; Pengajian Bank; Sains Komputer; Pengurusan Maklumat; Pengurusan Perpustakaan) 11 Sarjana Muda (Perakaunan; Senireka Perindustrian; Sains Pentadbiran; PP Pemasaran; PP Kewangan; PP Sumber Manusia; PP Pengurusan Operasi; PP Perniagaan Antarabangsa; PP Perbankan Islam; PP Ekonomi Perniagaan; SM Pengurusan Perpustakaan) 1 Sarjana (EMBA) A

Upload: lelien

Post on 07-Mar-2018

297 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMANAT REKTOR 2017 - kedah.uitm.edu.my · PDF fileasasnya inovasi dalam konteks kecemerlangan universiti adalah merujuk kepada inovasi yang berupaya untuk ... MINI KONVENSYEN KIK

1

AMANAT REKTOR 2017 Oleh

Dr Asmadi Mohammed Ghazali Rektor UiTM Cawangan Kedah

lhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya maka dapat kita berhimpun pada pagi yang penuh rahmat ini bagi bersama-sama dalam Amanat Tahun Baharu

2017. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga UiTM Kedah yang hadir pada pagi ini dan bersama-sama turut serta dalam progam 10,000 langkah. Terima kasih juga kepada pihak KSUK sebagai penganjur program tersebut.

Syukur ke hadrat Ilahi, tahun 2016 telah dapat kita dilalui bersama dengan pelbagai kenangan manis serta beberapa catatan kejayaan UiTM Kedah sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Kita juga telah melalui segala cabaran pada tahun-tahun yang lepas dengan semangat ukhuwah dan kerjasama. Mudah-mudahan ianya akan menjadi sumber kekuatan bagi kita untuk mengharungi cabaran pada tahun ini, Inshaa Allah.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar pada tahun ini, UiTM Kedah akan terus melakar nama dalam pelbagai lapangan samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Justeru, marilah kita bersama-sama untuk sentiasa komited dalam melaksanakan visi universiti untuk menjadi sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik, bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia, supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Secara dasarnya, kita melihat kehadiran tahun 2017 ini sebagai tahun yang mencabar kerana seperti yang kita ketahui peruntukkan kewangan telah dikurangkan di semua IPTA termasuklah UiTM. Namun begitu, saya ingin mengajak dan menyeru semua warga UiTM Kedah agar pada tahun ini, kita jadikan sebagai peluang untuk mempelajari dan membudayai pelbagai amalan penjimatan iaitu melalui pelbagai kaedah dan kreativiti yang sekaligus memberi kita pengetahuan dan kemahiran baharu. KEKUATAN

Dari segi angka, saya ingin memaparkan angka-angka terkini sebagai maklumat yang perlu diketahui oleh warga UiTM Kedah sebagai sumber kekuatan kita iaitu

a) Jumlah pelajar adalah seramai 3560 orang (Dijangka bertambah kepada 5536 orang pada September 2017

b) Kekuatan staf UiTM adalah seramai 579 orang (pensyarah = 316 orang, Pentadbir = 263 orang) c) Program akademik adalah sebanyak 23 program

1 Pra Diploma (Pra Perdagangan)

10 Diploma (Perakaunan; Grafik & Media Digital; Senireka Perindustrian; Pentadbiran Awam; Pengajian Perniagaan; Teknologi Pejabat; Pengajian Bank; Sains Komputer; Pengurusan Maklumat; Pengurusan Perpustakaan)

11 Sarjana Muda (Perakaunan; Senireka Perindustrian; Sains Pentadbiran; PP Pemasaran; PP Kewangan; PP Sumber Manusia; PP Pengurusan Operasi; PP Perniagaan Antarabangsa; PP Perbankan Islam; PP Ekonomi Perniagaan; SM Pengurusan Perpustakaan)

1 Sarjana (EMBA)

A

Page 2: AMANAT REKTOR 2017 - kedah.uitm.edu.my · PDF fileasasnya inovasi dalam konteks kecemerlangan universiti adalah merujuk kepada inovasi yang berupaya untuk ... MINI KONVENSYEN KIK

2

PERANAN & TANGGUNGJAWAB

Warga UiTM Kedah yang saya kasihi sekalian. Kita sebenarnya bertanggungjawab dan berperanan untuk melahirkan profesional dan semi professional bumiputera yang akan memberi impak yang besar terutamanya dari segi penyusunan dan keseimbangan sosioekonomi negara. Oleh itu, kewujudan UiTM terutamanya UiTM Kedah masih dan akan terus kekal relevan demi memastikan keutuhan survival bumiputera.

Selaras dengan hakikat ini, UiTM Kedah yang menghampiri usia 20 tahun ini perlu terus diperkasakan. Saya melihat perkara ini perlu melalui 2 proses yang sentiasa berlaku dalam keadaan serentak. Proses yang pertama melibatkan pemerkasaan dan pemantapan profesionalisme terhadap setiap warga UiTM Kedah dalam apa jua jawatan pun. Sesuai dengan tema kita pada tahun 2016 iaitu pemantapan profesionalisme. Nilai profesionalisme ini bukan sahaja melibatkan kepada pemerkasaan elemen pengetahuan dan kemahiran dalam jawatan dan bidang masing-masing malah melibatkan elemen kerohanian, jati diri dan integriti. Nilai profesionalisme yang mantap dan kukuh ini akan menjadi sumber atau asset kepada UiTM Kedah yang seterusnya akan ditumpukan ke proses yang kedua iaitu kepada usaha pembangunan graduan profesional bumiputera, yang menepati kehendak mahupun jangkaan pelanggan dan pemegang taruh. Kedua-dua proses akan sentiasa berfungsi dan seterusnya akan memastikan kelestarian UiTM Kedah untuk terus kekal berdaya maju. TEMA

Warga UiTM Kedah yang saya kasihi sekalian, tema UiTM Kedah pada tahun lepas ialah ‘Pemantapan Profesionalisme & Penjanaan Lestari’. Secara dasarnya tema ini dipilih adalah untuk memperkasakan elemen penjawatan setiap warga UiTM Kedah melalui conference, latihan, kursus, bengkel serta lain-lain pendekatan ilmiah dan kemahiran dalam usaha untuk memantapkan lagi tadbir urus UiTM. Justeru sebanyak RM414,709.90 (2015) dan RM155,207.69 (2016) telah digunakan untuk merealisasikan tema ini dan UiTM Kedah merupakan antara cawangan yang tertinggi menggunakan peruntukan Tabung Pengurusan Latihan.

Bagi tema ‘Penjanaan Lestari’ yang turut menjadi tema pada tahun 2016, secara asasnya tema ini diperkenalkan sebagai persediaan untuk menghadapi tahun 2017 di mana peruntukkan kewangan kepada setiap kampus cawangan telah dikurangkan. Justeru, pelbagai sumber dalaman dipergiatkan untuk sewaan pihak luar. Antaranya Dewan Perdana, Dewan Sri Jerai, Dewan Kuliah, kompleks sukan, padang, fasiliti & gelanggang permainan, kolej dan lain-lain kawasan bangunan dan rekreasi. Untuk tahun 2016, jumlah sewaan yang diperolehi sebagai hasil berjumlah RM228,499.76. Pihak pengurusan amat mengalakkan dan memberi sokongan yang padu kepada setiap inisiatif yang dijalankan oleh pihak fakulti, Felo PJI dan kumpulan seperti SIG PICE yang menganjurkan konferensi, seminar, bengkel dan pertandingan rekabentuk. Sepanjang tahun 2016, hasil penganjuran aktiviti tersebut adalah sebanyak RM70,889.97 telah diperolehi. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada penganjur ICMS, TESSHI, ICOMHAC, SESMA, I-CREATE, InDeLIB dan ICinfo. Selain itu pihak Pejabat Polis Bantuan dan Perpustakaan Sultan Badlishah, HEP dan HEA turut menyumbang kepada hasil denda tatatertib dan lalulintas yang berjumlah sebanyak RM44,159.00 pada tahun 2016. TEMA UiTM INDUK 2017

Pada tahun ini, tema tahun 2017 untuk UiTM induk seperti dalam Amanat Naib Canselor ialah ‘Inovasi Melonjak Persaingan Global’ iaitu sebagai satu usaha UiTM untuk melangkah lebih jauh dan meningkat ke tahap global menerusi inovasi. Sesuai dengan hasrat ini, UiTM Kedah akan turut

Page 3: AMANAT REKTOR 2017 - kedah.uitm.edu.my · PDF fileasasnya inovasi dalam konteks kecemerlangan universiti adalah merujuk kepada inovasi yang berupaya untuk ... MINI KONVENSYEN KIK

3

berpaksikan tema tersebut di mana elemen inovasi akan diadaptasikan dalam tema UiTM Kedah untuk tahun 2017. Sebelum tema yang baharu untuk UiTM Kedah diumumkan, maka adalah lebih baik untuk saya perjelaskan tema ‘inovasi’ seperti yang dimaksudkan oleh Y.Bhg Dato Naib Canselor. Secara asasnya inovasi dalam konteks kecemerlangan universiti adalah merujuk kepada inovasi yang berupaya untuk melancarkan urusan tadbir urus universiti melalui pengaplikasian teknologi terkini serta mampu menangani isu kekangan bajet di samping menghadapi persaingan yang tinggi dan globalisasi. TEMA UiTM KEDAH 2017

Tema UiTM Kedah pada tahun 2016 iaitu ‘Pemantapan Profesionalisme & Penjanaan Lestari’ masih relevan dengan persekitaran semasa dan mampu untuk menjadikan warga UiTM Kedah berdaya maju dan berdaya saing. Sebagai menyahut serta bergerak seiringan dengan elemen ‘inovasi’ seperti yang diwar-warkan oleh YBhg Dato Naib Canselor maka perlu ada suntikan yang mampu mempercepatkan kecemerlangan tadbir urus dan governan khasnya di UiTM Kedah.

Sebagai contoh, penerapan elemen inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran mampu membantu meningkatkan daya pemikiran, idea, kreativiti dan kualiti terhadap hasil pembelajaran pelajar. Aspek inovasi adalah penting kepada universiti kerana menggalakkan daya saing, menjana kreativiti dan meningkatkan produktiviti kerana ia penyumbang utama bagi peningkatan penjimatan tenaga, masa dan kos yang sekaligus mampu meningkatkan penghasilan produktiviti, hasil kerja serta perkhidmatan yang efisien. Perubahan inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti mengaplikasikan teknologi yang baharu serta perubahan sistem dan prosedur kerja yang lebih efektif. Kesimpulannya, daya saing sesebuah universiti amat bergantung kepada kemampuan sistem pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Justeru tema tahun 2017 untuk UiTM Kedah ialah ‘Pemerkasaan Inovasi Ke Arah Profesionalisme Cemerlang’.

Definisi literal untuk `permerkasaan’ adalah suatu usaha untuk menjadi unggul dan hebat. `Inovasi’ membawa maksud pembaharuan sesuatu perlaksanaan, perancangan atau sistem. `Profesionalisme’ pula adalah sifat-sifat yang merujuk kepada kemampuan, kemahiran dan cara perlaksanaan yang sewajarnya, manakala `cemerlang’ pula adalah sangat baik

Definisi konseptual untuk tema ini ialah – Fokus untuk memperkasakan inovasi di dalam setiap aspek tadbir urus di UiTM Kedah melalui elemen pengoperasian dan kesarjanaan yang meliputi aspek pengajaran dan pembelajaran serta setiap perkhidmatan sokongan kepada setiap sumber tenaga kerja di UiTM Kedah. Elemen profesionalisme yang cemerlang adalah diharapkan mampu memberi kesan positif kepada aspek kecemerlangan akademik yang bukan sahaja melahirkan warga UiTM Kedah yang cemerlang malah turut memberi kesan kepada melahirkan graduan yang holistik dan berketrampilan. Selain itu penjanaan sumber pendapatan yang konsisten dan penggunaan kewangan, tenaga, fasiliti dan kemudahan secara berhemah mampu menjadikan UiTM Kedah sebagai salah sebuah cawangan UiTM yang tersohor. Warga UiTM Kedah yang saya kasihi sekalian, oleh yang demikian, inovasi perlu menjadi teras dan strategi utama terhadap penumpuan kepada elemen profesionalisme melalui amalan-amalan berikut:

i. Memastikan keperluan pengetahuan dan kemahiran yang cemerlang mengikut profesyen. ii. Menggalakkan amalan terbaik melalui penambahbaikan proses kerja yang berproduktiviti

tinggi. iii. Memastikan penghasilan graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Page 4: AMANAT REKTOR 2017 - kedah.uitm.edu.my · PDF fileasasnya inovasi dalam konteks kecemerlangan universiti adalah merujuk kepada inovasi yang berupaya untuk ... MINI KONVENSYEN KIK

4

iv. Memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar dan pemegang taruh di tahap yang berkualiti

v. Membudayakan penjimatan kos serta penjanaan pendapatan. vi. Meningkatkan mutu kerja melalui pengamalan integriti serta tingkah laku yang cemerlang.

Saya percaya kita mampu untuk mencapainya. Saya tidak mampu melakukannya secara

berseorangan. Saya perlukan tuan-tuan dan puan-puan di hadapan saya ini untuk bersama-sama kita bersatu padu dan bekerja dalam satu pasukan. Apa yang kita perlukan ialah niat yang ikhlas, keyakinan diri yang mampan, perancangan yang konstruktif, strategi yang spesifik, serta kesungguhan dalam pelaksanaan. Insha Allah, walau apa jua cabaran yang mendatang, kita mampu menempuhi bersama-sama. REFLEKSI 2016 Tahun 2016 memperlihatkan kita banyak memperoleh kejayaan dari pelbagai sudut. Antara pencapaiannya adalah: Kecemerlangan warga UiTM Kedah

BEST PAPER AWARDS : The 3rd Annual International Conference in Islamic Economics (AICIE) 2016 Puan Sharifah Nazura Syed Noh

Puan Shahida Farhan Zakaria Prof Madya Dr Roshima Said Dr Noor Zahirah Mohd Sidek

Prof Madya Dr Abd Razak Ahmad

BEST PAPER PRESENTATION AWARDS : 2nd IEEE International Conference on Human Computer Interactions Puan Suhaiza Hanim Suroya Dr Hosam Faiq Al-Samarrie

BEST PAPER AWARD : International Conference on Advances in Buisness Management & Information

Technology / IIER Dr Intan Marzita Saidon

Dr Nadzri Ab Ghani Dr Rafisah Mat Radzi

INDEXED JOURNAL Journal of Creative Practices in Learning Teaching : Pengindeksan dari MyCite, Pusat

Sitasi Malaysia (MCC) Prof Madya Dr Kor Liew Kee En Francis Xavier A.S. Rajoo Jacqueline Chuah Bee Peng

Syazliyati Ibrahim Dr Mahazir Ismail

IDEA PITCH (i-Corporate Ethical Identity Indexing System) : Islamic Finance INNOFEST 2016

Prof Madya Dr Roshima Said Dr Noor Zahirah Mohd Sidek

Dr Noraizah Abu Bakar Dr Mahadir Ladisma

Page 5: AMANAT REKTOR 2017 - kedah.uitm.edu.my · PDF fileasasnya inovasi dalam konteks kecemerlangan universiti adalah merujuk kepada inovasi yang berupaya untuk ... MINI KONVENSYEN KIK

5

Erny Arniza Ahmad Dr Roziya Abu

Prof Normah Omar

MOST CITED ARTICLE : Social Responsibility Journal Prof Madya Dr Roshima Said

Top UiTM Journal Publication Award for Social Science & Humanity

Dr Mohd Ruzaimy Shaharudin

2nd Place: Poster Presentation. Office Administration: National Academic Colloquium 2016 Mohd Fazil Jamaludin

Marlina Muhamad Mohd Zulkhairi Abd Hamid

Mohd Shafiz Saharan Khairul Azfar Adzahar

AUDIT PENSIJILAN SEMULA QE/5S 2016/2017 : Perpustakaan Sultan Badlishah

NAIB JOHAN: Pertandingan Majlsi Rekabentuk Malaysia (MRM) – Kategori Professional

Zaidi Yusoff

PEWANI UiTM Kedah menjadi Juara Keseluruhan di Karnival Sukan PEWANI SeMalaysia 2016.

Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) sebanyak RM151,300.00 dengan tajuk penyelidikan Corporate Ethical Identity Index

Prof Madya Dr Roshima Said Dr Noor Zahirah Mohd Sidek

Dr Roziya Abu Puan Erny Arniza Ahmad

MINI KONVENSYEN KIK Peringkat Zon Utara (19 Oktober 2016)

Johan Keseluruhan - BFIT

Tempat Ketiga - LUMINIOUS

Anugerah Teknikal Terbaik - BFIT

Anugerah Fasilitator Terbaik – En Mohammad Abdullah

Anugerah Dokumentasi Terbaik – LUMINIUOS

Anugerah ICT Terbaik - SURIA

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) PERINGKAT UiTM SEMALAYSIA 2016

Johan Keseluruhan – BFIT

Anugerah Inovasi Teknikal – BFIT

Anugerah Dokumentasi Terbaik - LUMINOUS

Tahniah kepada kumpulan BFIT, LUMINIOUS & SURIA kerana berjaya ke peringkat akhir.

Anugerah Cemerlang oleh pihak RMI pada 18 Januari 2016 di Research Summit Day, DATC : Journal of Creative Practices sebagai Jurnal Berindeks MyCite

Prof Madya Dr Kor Liew Kee

Page 6: AMANAT REKTOR 2017 - kedah.uitm.edu.my · PDF fileasasnya inovasi dalam konteks kecemerlangan universiti adalah merujuk kepada inovasi yang berupaya untuk ... MINI KONVENSYEN KIK

6

Invention, Innovation & Design Exposition (IIDEX2016), DATC, Shah Alam (21 -23 September 2016)

4 Special Awards

14 Gold Medals

7 Silver Medals

4 Bronze Medals

The 3rd International Innovation, Design & Articulation (i-IDEA2016) – UiTM Perlis (27 – 29 April 2016)

1 Special Award

3 Gold Medals

2 Bronze Medals

International Innovation in Teaching & Learning (i-INTEL) – UiTM Kedah (27 – 28 July 2016)

1 Silver Medal

1 Bronze Medal

Innovation & Creative Education Aids Competition (iCREATE 2016) – UiTM Kedah (19 May 2016)

1 Silver Medal

International Exposition on Syariah Compliant Idea, Invention, Innovation & design (ISCIIID 2016) – UiTM Shah Alam (21 – 22 November 2016)

1 Silver Medal

Kecemerlangan Mahasiswa UiTM Kedah

Bil. Aktiviti Pencapaian

1. Kedah Got Talent Best of The Best

2. The 3rd Mandarin Singing Competition Naib Johan

3. The 1st Summit for Non-Native Speakers of Mandarin in Malaysia

2 Silver Awards Best Costume

Most Favourite Singer

4. International English Speech Contest 2016, Thailand Tempat Ke-2 & Ke-3

5. Pertandingan Deklamasi Puisi UiTM Se Malaysia 2016 Tempat Ke-3

6. Pertandingan Festival Nasyid IPT 2016 Saguhati

7. Festival Teater UiTM Se Malaysia 2016 (U-FEST) Anugerah Khas Juri

8. Pertandingan Deklamasi Puisi & Nyanyian Puisi Sempena Festival Lesung 2016

Juara

9. Liga Paintball Taha@U 2016 Johan Zon Utara Naib Johan

10. XPDC 60 Puncak Gunung Malaysia Book Of Records

11. Kawad Kemerdekaan 2016 Kawad Terbaik Badan Berkanun

Page 7: AMANAT REKTOR 2017 - kedah.uitm.edu.my · PDF fileasasnya inovasi dalam konteks kecemerlangan universiti adalah merujuk kepada inovasi yang berupaya untuk ... MINI KONVENSYEN KIK

7

Untuk aktiviti yang berkonsepkan kesukarelawanan dan kemasyarakatan, sebanyak 3 program kesukarelawanan (antarabangsa) dan 16 progam CSR (kebangsaan).

No AKTIVITI TEMPAT

1 Indochina Travelogue For Entrepreneurship, Cultural & Youth Volunteerism Program 2016

Ho Chi Minh City Vietnam, Phnom Penh Cambodia, Bangkok Thailand

2 Rescue Cambodia Kemboja

3 Pertukaran Budaya ASEAN Thepsatri Rajabhat Universiti, Thailand

No AKTIVITI

1 Entrepreneurship Benchmarking & Youth Volunteerism Program

2 Mahabah Felda ‘A Day In Estate’

3 Lawatan Ke Rumah Anak Yatim Che Bema Sg Layar

4 Corporate Social Responsibility SMK Bukit Selambau

5 CSR Day Of Economics Comittee

12. Komander Kesatria Endurance Challenge UiTM Pahang 2016 Tempat Ke-4

13. Jambori UiTM Perlis Tempat Ke-4

14. UiTM Kelantan Taekwondo Challenge 2016 3 emas, 1 gangsa

15. SP Plaza Tower Run 2016 Lelaki : Ke-3 Wanita : Ke-7

16. SP Half Marathon – 12KM & 21KM Wanita : Ke-8 & 9

17. Kejohanan Taekwondo Tertutup UMTA dan Jemputan Kebangsaan Negeri Perlis

1 emas, 1 perak, 2 gangsa

18. Kejohanan Taekwondo Terbuka Negeri Melaka 1 perak

19. Chyene ”Ride & Race” Padang Serai Challenge (MTB) Wanita : Ke-5 & 7

20. Larian Jerai Sempena BOMBA Semalaysia Wanita : Ke-8

21. Harian Metro (HM) MTB Jamboree 2016 Wanita : Ke-5 Lelaki : Ke-10

22. SP Mountain Bike Jamboree 2016 Wanita : Ke-6 & 7

23. Kejohanan Taekwondo Inter Kelab Malaysia (TM) 1 gangsa

Page 8: AMANAT REKTOR 2017 - kedah.uitm.edu.my · PDF fileasasnya inovasi dalam konteks kecemerlangan universiti adalah merujuk kepada inovasi yang berupaya untuk ... MINI KONVENSYEN KIK

8

6 Projek Homeless & Jelajah Masjid

7 1 SRN 1 Komuniti Kasih Sayang

8 Program Motivasi Bersama Sek.Keb.Bedong

9 Pickt It Up Malaysia

10 Persembahan Aidilfitri

11 Jom Soq

12 Informasi Penjana Transformasi

13 Ziarah Sahur

14 Larian Jerai Bersama Bomba

15 Sharing Ramadhan

16 Bakti Siswa Anak Angkat

Massive Open Online Courses (MOOCs)

MOOCs merupakan salah satu inisiatif pembelajaran atas talian yang telah berkembang di setiap IPTA dan inisiatif ini turut dilaksanakan di UiTM Kedah. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada warga pensyarah yang telah melibatkan diri dalam pembangunan MOOCs semenjak tahun 2016. Sehingga Mei 2016, sebanyak 4 program telah dianjurkan bagi memantapkan lagi kompetensi pensyarah dalam aspek ‘Blended Learning’, seperti di bawah: • Bengkel MOOCs, OER, CW & BL • Training of Trainers (i-Spring) • Blended Learning & e-Content (BLEC A: i-Spring) • Blended Learning & e-Content (BLEC A: Lecture Maker)

Pada tahun 2016 juga, sebanyak 7 kod kursus (MAF551, IDT311, IDT206, IDT160, IBM554,

LAW245, LAW309) telah didaftarkan bagi Projek e-kandungan Fasa 2 SME (i-spring). Baru-baru ini telah dikeluarkan satu pekeliling Bil 1 Tahun 2017 berkaitan MOOCS. Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan warga UiTM tentang perlaksanaan projek MOOCs di seluruh fakulti dan cawangan demi mencapai sasaran Naib Canselor yang mensasarkan 10% pensyarah terlibat dengan pembangunan MOOC menjelang tahun 2020. Perolehan Geran Penyelidikan

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemegang geran PRGS, ARAS, FRGS dan RAGS. Saya menyarankan pada Timbalan Rektor PJI dan HEA bersama-sama Ketua Pusat Pengajian dan Koordinator RMU untuk merancang strategi dan menyusun tenaga kerja fakulti untuk terus memberikan galakan dan motivasi yang berterusan kepada para pensyarah dalam mengambil peluang mendapatkan sebanyak geran yang ditawarkan. Saya percaya di dalam keadaan peruntukan kewangan yang terhad, geran penyelidikan mampu untuk terus memperkasakan profesionalisme para pensyarah dalam bidang masing-masing. Inilah platform atau peluang untuk mendapatkan sumber kewangan. Terima kasih kepada Dr Khairul kerana telah mengadakan Bengkel How To Win FRGS Grants? pada

Page 9: AMANAT REKTOR 2017 - kedah.uitm.edu.my · PDF fileasasnya inovasi dalam konteks kecemerlangan universiti adalah merujuk kepada inovasi yang berupaya untuk ... MINI KONVENSYEN KIK

9

bulan Januari yang lepas. Tingkatkan lagi kemahiran dalam proses memohon geran disamping mencari peluang-peluang geran melalui jabatan-jabatan kerajaan selain yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Sebagai contoh, geran penyelidikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan FAMA yang diperolehi oleh para pensyarah kita baru-baru ini. Berikut ialah geran-geran yang masih aktif lagi.

BIL TAJUK GERAN

1 i – CORPORATE ETHICAL IDENTITY INDEX Ketua : Prof Madya Dr Roshima Binti Haji Said

PRGS

2 INTEGRATING ENGLISH MEDIUM MATHEMATICS MOBILE APPLICATIONS TO TEACH LOW ACHIEVER STUDENTS IN TERTIARY CONTEXT Ketua : Kamarul Ariffin Bin Mansor

ARAS

3 ISLAMIC BIOETHICS AND HEALTH TECHNOLOGY ASSESSMENT (HTA): A NEW INTEGRATED MODEL Ketua : Dr Hafizah Binti Besar Sa'aid

FRGS

4 DEVELOPING A MODEL OF CAPACITY TO INNOVATE, ORGANIZATIONAL LEARNING AND PERFORMANCE: A FOCUS ON MALAYSIAN SMES Ketua : Dr Yanti Aspha Ameira Binti Mustapha

FRGS

5 STRESS, ANXIETY AND DEPRESSION SCORE USING DASS-21 AMONG ACADEMICIANS IN HIGHER EDUCATION INSTITUTION. Ketua : Kartini Binti Kasim

RAGS

6 I-PERFORMANCE RANKING MODEL OF TAKAFUL COMPANIES Ketua : Sharifah Nazura Binti Syed Noh

RAGS

7 THE ROLES OF RELATIONALISM ON CONTINUED USE OF DIGITAL LIBRARY Ketua : Seri Intan Idayu Binti Shahrul Asari

RAGS

8 MANAGERS’ MOBILE INFORMATION BEHAVIOR MODEL Ketua : Zuraidah Binti Arif

RAGS

9 NEW MODEL FOR ORGANIZING A GREEN SUSTAINABLE EVENT Ketua : Nur Diana Binti Hassan

RAGS

Operational Excellence (OE)

Warga UiTM Kedah yang saya kasihi sekalian, tadbir urus merupakan komponen utama bagi sesebuah organisasi. Kekuatannya secara langsung akan menjadi komponen penting dalam memastikan kemantapan organisasi berkenaan. Pembentukan bahagian kecemerlangan operasi (Operational Excellence – OE) merupakan satu pendekatan untuk memantapkan lagi operasi di UiTM. Untuk pelaksanaan OE di UiTM Kedah, seramai 15 orang warga UiTM dari kalangan akademik dan pentadbir yang telah dilantik bagi mewakili Bahagian HEA, Kewangan dan Pentadbiran. Terkini, sebanyak 38 proses kerja yang telah didaftarkan di dalam system OPIR (Online Process Improvement Register) dan 3 proses yang telah dipilih daripada 38 proses untuk dimurnikan pada fasa pertama ini. 3 proses tersebut ialah

Page 10: AMANAT REKTOR 2017 - kedah.uitm.edu.my · PDF fileasasnya inovasi dalam konteks kecemerlangan universiti adalah merujuk kepada inovasi yang berupaya untuk ... MINI KONVENSYEN KIK

10

Prosedur Perolehan Melalui Pembelian Terus

Penyediaan Jadual Waktu Pengawasan Peperiksaan Akhir

Pengurusan Kenaikan Pangkat Staf akademik ke gred DM52 Ketiga-tiga proses ini akan ditambah baik bagi mewujudkan system dan proses yang lebih cekap serta produktif.

Selain itu saya ingin membentangkan peratusan aduan & maklumbalas pelanggan mengikut bahagian bagi tahun 2016 agar dapat dibuat penambahbaikan untuk tahun 2017.

Bil Bahagian / Unit % Kepuasan Status

1 Pejabat Rektor 95.38 Capai

2 HEA 93.69 Capai

3 HEP 89.08 Tidak Capai

4 Pentadbiran 92.5 Capai

5 Pengurusan Fasiliti 82.76 Tidak Capai

6 PJI 93.65 Capai

7 PSB 91.83 Capai

8 Kewangan 90.44 Capai

9 Polis Bantuan 89.32 Tidak Capai

10 Kerjaya & Kaunseling 92.69 Capai

11 Teknologi Maklumat 90.96 Capai

12 Sukan 97.39 Capai

13 Kesihatan 90.79 Capai

14 Kokurikulum 90.6 Capai

15 Pengurusan Kolej 89.31 Tidak Capai

16 Peperiksaan 92.58 Capai

17 Kebudayaan 93.18 Capai

Peratusan Kampus 91.50 Capai

Tabung

Tabung Masih Ada Yang Sayang (MAYS) telah banyak membantu warga UiTM Kedah. Tabung ini masih lagi wujud dan perlu ditambah dari semasa ke semasa. Saya percaya tabung MAYS telah banyak membantu dalam meringankan beban para warga kita yang menghadapi kesulitan. Selain itu, saya memohon para warga UiTM Kedah yang budiman untuk meneruskan lagi sumbangan. Selain itu, terdapat 4 lagi tabung yang boleh dimanfaatkan melalui sumbangan dan pemotongan gaji iaitu Tabung Zakat, Tabung Amil, Tabung Pusat Islam dan Tabung Sedekah. Terima kasih saya ucapkan kepada penderma-penderma yang budiman. Semoga hasil tabungan ini dapat dipertingkatkan lagi. Pembangunan & Projek UiTM Kedah

Bagi tahun ini, kebanyakan projek pembangunan masih diteruskan melalui kelulusan pada tahun 2015 dan 2016. Berikut ialah antara projek yang dilaksanakan pada tahun ini.

Page 11: AMANAT REKTOR 2017 - kedah.uitm.edu.my · PDF fileasasnya inovasi dalam konteks kecemerlangan universiti adalah merujuk kepada inovasi yang berupaya untuk ... MINI KONVENSYEN KIK

11

PROJEK & AKTIVITI

1 Mengganti pagar sempadan & menaiktaraf pagar pintu masuk

2 Membina dan menyiapkan bangunan tambahan (annexe), bilik air & tandas di Kolej Masria &

Mahsuri

3 Membina sistem gelang pencawang elektrik (main intake)

4 Mengganti baru talang salur air hujan di bumbung & mengecat dinding di kompleks sukan

5 Mengganti dinding sekat bilik air sedia ada di perpustakaan

6 Membina sebuah pusat kesihatan

7 Membina dan menyiapkan makmal penjilidan di Perpustakaan Sultan Badlishah

8 Membaik pulih platform jurukamera di Dewan Perdana

9 Membina dan memasang tiang gantung streamer dan banner di sekitar Dewan Perdana

10 Membina & menyiapkan jalan sambungan dari bangunan akademik 1 ke Pusat Islam

11 Kerja kalis lembab di tandas bangunan pentadbiran

12 Kerja-kerja mengatasi masalah burung di Kolej Murni

13 Membina & menyiapkan tempat parkir motosikal berbumbung, tempat simpanan bang dan

kerja kalis lembab di Pusat Islam

14 Membekal & mengujiari peralatan pengujian KLE di bahagian Pengurusan Fasiliti

15 Merentang, mengujilari & menaiktaraf papan suis Pusat Islam

16 Cadangan Pembinaan Gelanggang Petanque di UiTM Cawangan Kedah

HAPPINESS INDEX

Kesemua kejayaan yang kita capai ini tidak membawa makna yang besar sekiranya warga tidak menunjukkan apresiasi dan keseronokan dalam mengharungi tugas mereka di universiti ini. Oleh itu, UiTM telah membentuk satu pasukan untuk membangunkan Indeks Kegembiraan, ataupun Happiness Index, agar dapat menjadikan universiti ini sebagai ‘Universiti Yang Penuh Kegembiraan’ atau ‘A Happy University’. Sebentar tadi tuan-tuan dan puan-puan telah mengisi borong soal selidik untuk indeks ini dan saya harapkan agar kegembiraan kita akan terus mekar di samping berkerja keras dalam memajukan karier kita. Ambil contoh itik angsa yang berenang di tasik. Dari permukaan atas tasik kelihatan ia berenang dengan bangga dan tenang tanpa sebarang masalah. Tetapi cuba bayangkan pandangan dari bawah tasik di mana kakinya sentiasa laju mengayuh tanpa henti. Untuk pengetahuan warga UiTM Kedah sekalian, sebelum ini terdapat satu lagi kajian oleh Bahagian Pembangunan Akademik, HEA UiTM Shah Alam yang bertajuk Mental Well Being / Happiness Score. Responden dipilih secara rawak dari semua cawangan UiTM. Soalan yang diberikan adalah berkitarkan mengenai hubungan responden dengan pihak pengurusan, fakulti, bahagian-bahagian lain, rakan sebaya dan persekitaran. Keputusan menunjukkan bahawa Kampus UiTM Kedah mencatat bacaan paling tinggi

Page 12: AMANAT REKTOR 2017 - kedah.uitm.edu.my · PDF fileasasnya inovasi dalam konteks kecemerlangan universiti adalah merujuk kepada inovasi yang berupaya untuk ... MINI KONVENSYEN KIK

12

berbanding semua cawangan. Indikator ini menunjukkan bahawa warga UiTM Kedah mempunyai tahap kegembiraan yang sangat baik.

CABARAN 2017

Dalam usaha kita untuk melonjakkan UiTM Kedah yang mendepani arus persaingan global pada tahun ini, kita harus lebih inovatif dalam semua aktiviti yang kita laksanakan. Inovasi akan menjadi game changer untuk kita lebih berdaya saing pada tahun ini. Walau bagaimanapun, kita akan berhadapan dengan beberapa cabaran dalam merealisasikan agenda ini:

a) Pertama, bilangan bakat (talent) perlu ditingkatkan lagi. Kita perlu mempunyai staf yang berkelayakan tinggi dengan skill sets yang mantap, lebih ramai pelajar cemerlang dan ramai professor madya dan profesor. Justeru, penghayatan terhadap inovasi dalam profesionalisme haruslah difokuskan dengan spesifik agar budaya dan teknik pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

b) Kedua, pemantapan tadbir urus melalui proses empowerment akan diteruskan. Namun, ini akan hanya boleh dilaksanakan sekiranya keupayaan dan skill sets semua staf di seluruh sistem adalah di tahap yang memuaskan. Ini bermaksud, untuk melahirkan graduan yang cemerlang dan tadbir urus universiti yang cemerlang maka warganya perlu cemerlang terlebih dahulu.

c) Ketiga, ketidakstabilan pertumbuhan industri dan ekonomi negara kesan daripada ekonomi global yang tidak menentu. Situasi ini turut akan mempengaruhi usaha untuk menjalin kerjasama antara universiti dengan industri, termasuklah dari aspek penempatan latihan profesional atau internship pelajar, seterusnya menjejaskan kadar kebolehpasaran graduan.

d) Keempat, teknologi dalam pembelajaran dan pengurusan di UiTM masih belum mencapai tahap yang membanggakan. Pelajar kita masih belum lagi didedahkan dengan pembelajaran berasaskan teknologi terkini. Manakala pengurusan kita masih lagi tidak mengimplementasi penggunaan teknologi sepenuhnya. Pengurusan tanpa kertas atau paperless perlu dibudayakan untuk mempercepatkan proses kerja serta menjimatkan kos. Dengan keadaan kewangan semasa, kita perlu mengguna teknologi ini dengan lebih strategik.

43

44

45

46

47

48

49

50

51

52

53

Campus1

Campus2

Campus3

Campus4

Campus5

Campus6

Campus7

Campus8

Campus9

Campus10

Campus11

Campus12

Kedah

Mental Well Being/ Happiness Score

Page 13: AMANAT REKTOR 2017 - kedah.uitm.edu.my · PDF fileasasnya inovasi dalam konteks kecemerlangan universiti adalah merujuk kepada inovasi yang berupaya untuk ... MINI KONVENSYEN KIK

13

e) Kelima, kita sedia maklum, semua universiti awam menghadapi pemotongan bajet pada tahun ini. Situasi ini memerlukan kita untuk mengubah cara kita berbelanja bagi mengurus kos dengan lebih baik dan seterusnya menjana pendapatan.

PENJANAAN & PENJIMATAN

Seperti yang kita semua ketahui berlaku penyusutan peruntukan perbelanjaan mengurus bagi tahun 2017 (RM1.671 bilion) kepada UiTM seperti yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Jika dibandingkan dengan tahun 2016 (RM2.234 bilion) maka berlaku penurunan sebanyak 26%. Setelah mengambil kira unjuran enrolmen pelajar dan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan pada tahun 2017, maka peruntukan perbelanjaan mengurus bagi UiTM Kedah untuk tahun 2017 adalah sebanyak RM13.6 juta iaitu RM11 juta (agihan pusat) dan RM3.6 juta (agihan dasar hasil pengurusan Perkhidmatan Pelajar) berbanding sebanyak RM18 juta pada tahun 2016. Memandangkan peruntukan tahun 2017 adalah amat terhad maka tiada peruntukan tambahan yang akan diberikan oleh pihak induk. Justeru adalah menjadi cabaran kepada kita untuk memainkan peranan di dalam menguruskan budget dan memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas. Elemen penjimatan akan diterapkan di samping menggiatkan lagi aktiviti penjanaan pendapatan dan melaksanakan pengurusan kos yang berkesan. Selain itu juga, kita akan turut menggunakan peruntukan sumber dalaman bagi menampung belanja operasi. Antara cadangan langkah-langkah penjimatan untuk budget tahun 2017 ialah sebagaimana berikut:

1. Elaun Lebih Masa

Hanya diperuntukkan RM400,000.00 sahaja untuk tahun 2017 iaitu sebanyak RM33,333 pada setiap bulan.

Sekiranya peruntukkan tersebut habis digunakan, maka gantian cuti rehat akan diberikan (Hampir RM762,000.00 digunakan pada tahun 2016)

2. Perbelanjaan Perjalanan & Sara Hidup

Hanya diperuntukkan RM270,000.00 sahaja untuk tahun 2017. (Hampir RM436,000.00 digunakan pada tahun 2016).

Gantian Kapal Terbang akan dikurangkan sebanyak RM100

Digalakkkan untuk menginap di Hotel UiTM, Intekma Resort, D’Art

Mengurangkan aktiviti pelajar di tempat yang jauh (kos perjalanan staf pengiring)

Bayaran Tambang Kapal Terbang (Beli & Tuntut)

Gantian Tambang Teksi sebanyak RM0.40 sekilometer. 3. Bekalan & Bahan-bahan Lain (Alatulis pejabat, komputer, kertas, perabot, penyiaran, buku,

bekalan am, pakaian seragam)

Diagihkan sebanyak RM200,800.00 (RM489,746.00 pada tahun 2016)

2 pasang pakaian, 2 pasang kasut sahaja 4. Latihan Staf

Diagihkan sebanyak RM40,000.00 (RM248.000.00 pada tahun 2016)

Kelulusan Latihan Staf menggunakan peruntukan Geran dan Tabung Amanah Jabatan

Kelulusan untuk Latihan Dalam Negeri sahaja.

UiTM Kedah akan menggiatkan aktiviti penjanaan pendapatan dan pelaksanaan pengurusan kos yang berkesan. Untuk tahun 2017, saya menyeru agar ada perubahan budaya dalam berbelanja di kalangan warga UiTM Kedah agar lebih berhemah dengan memberi penekanan kepada ‘Do More With

Page 14: AMANAT REKTOR 2017 - kedah.uitm.edu.my · PDF fileasasnya inovasi dalam konteks kecemerlangan universiti adalah merujuk kepada inovasi yang berupaya untuk ... MINI KONVENSYEN KIK

14

Less’ tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan. Selain itu kita juga akan menggunakan peruntukan sumber dalaman bagi menampung belanja operasi. Antara pendekatan yang akan diambil ialah

1. Pemantapan budaya penjimatan di kalangan warga UiTM Kedah. Sebagai contoh, berdasarkan Laporan Pembaziran Elektrik pada tahun 2016, sebanyak 202 kes yang melibatkan kegagalan menutup suis lampu dan alat penghawa dingin di sekitar bangunan di UiTM Kedah.

2. Pengurangan Perbelanjaan Utiliti – semakan semula polisi penggunaan bangunan (Dewan

Perdana, Dewan Sri Jerai, etc) bagi tujuan pembelajaran dan aktiviti program bagi mengurangkan perbelanjaan elektrik (alat hawa dingin)

3. Pemotongan 50% Corrective Maintenance bagi kontrak-kontrak perkhidmatan fasiliti 4. Pengurangan perbelanjaan bas 5. Pemberian pakaian seragam (2 pasang sahaja) 6. Pengurangan belanja perjalanan dalam negeri (bilangan staf yang minima, sidang video) 7. Pengurangan belanja menghadiri kursus / latihan (pertimbangan yang sesuai, penggunaan

geran) 8. Pengurangan perbelanjaan penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel

samada tempatan atau antarabangsa (kaji kadar keuntungan)

Penceramah di kalangan warga kampus

Meminimumkan perhiasan / persembahan

Mengadakan di dalam kampus 9. Pengurangan perbelanjaan keraian pejabat (hanya mesyuarat tertentu sahaja) 10. Pergurangan perbelanjaan alatulis (kurangkan cetakan, hard disk) 11. Pengurangan perbelanjaan tiket kapal terbang (kelas ekonomi tambang murah) 12. Pengurangan perbelanjaan staf kontrak (PTFT yang optimum) 13. Pengurangan elaun lebih masa (penggunaan ICT, syif, cuti gentian, bilangan staf) 14. Pengurangan perbelanjaan konvokesyen

0

5

10

15

20

25

30

35

Jan Feb Mac Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

Bila

nga

n K

es

Bulan

Bilangan Kes Pembaziran Elektrik Tahun 2016

Page 15: AMANAT REKTOR 2017 - kedah.uitm.edu.my · PDF fileasasnya inovasi dalam konteks kecemerlangan universiti adalah merujuk kepada inovasi yang berupaya untuk ... MINI KONVENSYEN KIK

15

15. Penggabungan aktiviti /program melalui kelab dan persatuan (kelab staf & pelajar) 16. Pengurangan masa untuk mesyuarat 17. Pemilihan hotel yang murah dan selesa 18. Menggalakkan pengajuran aktiviti / program yang mendapat tajaan kerajaan / swasta 19. Inisiatif Kesepunyaan & Keserakanan (Commonality & Collegiality). Berdasarkan amanat

Menteri Pendidikan Tinggi, satu Garis Panduan Konsep Kesepunyaan dan Keserakanan akan diterbit dan dilancarkan pada tahun 2017 dengan fokus kepada kerjasama antara IPTA dan IPTS dengan agensi kerajaan serta industri.

Perkongsian kemudahan asas (e.g. kolam renang)

Kerjasama dalam bentuk konferensi, aktiviti & program

Pertukaran pensyarah (melalui MOU)

Cth. UUM (Double Major, Edu-Tourism) 20. Budaya inovasi dan kreativiti di kalangan warga akademik dan pentadbiran (melalui KIK)

Berdasarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (2016), setiap universiti perlu menjalankan

usaha untuk menjana pendapatan sendiri dengan mensasarkan penjanaan pendapatan 30% daripada perbelanjaan operasi dengan mengoptimumkan sumber sedia ada. Justeru, antara strategi yang telah saya rancang untuk penjanaan pendapatan adalah seperti berikut:

1. Penubuhan Strategic Business Unit (SBU)

Pemasaran (marketing kit)

Sentiasa mencari peluang penjanaan

Memantau dan mengukur semua aktiviti penjanaan 2. Peningkatan hasil penganjuran Conference dan seminar 3. Peningkatan hasil denda (tatatertib, perpustakaan, lalulintas) 4. Sumbangan & pembabitan Alumni (eg. projek khas) 5. Peningkatan hasil penyelidikan & perundingan 6. Penganjuran kursus & bengkel melalui kepakaran fakulti & bahagian/unit.

Mewujudkan brochure / direktori kepakaran yang komprehensif

Cth; Modul Kemahiran Bahasa oleh APB 7. Penganjuran kem motivasi melalui penggunaan sumber dalaman 8. Sewaan bangunan / fasiliti sukan / dewan / tasik / rempuh halangan 9. Pengusahaan tanah

sewaan tanah untuk pertanian (pisang & nanas)

tapak perkhemahan & rekreasi dan kem latihan

tapak paint ball & wood ball

track mountain bike

golf - driving range

madu kelulut

ternakan ikan di Tasik Merbok 10. Batik Merbok, Batik Jerai, Batik Kedah Tua, Batik Agro 11. Edu-Tourism (Pakej Pelancongan) – Tapak Sungai Batu

APB UiTM Kedah Academic Study Tour

The Australian – APB Kedah Collaborative Learning Experience (TAACLE)

C&C dengan UUM untuk program Summer Program 12. Cenderahati

Page 16: AMANAT REKTOR 2017 - kedah.uitm.edu.my · PDF fileasasnya inovasi dalam konteks kecemerlangan universiti adalah merujuk kepada inovasi yang berupaya untuk ... MINI KONVENSYEN KIK

16

13. Merbok Creative Media (MCM) 14. Makmal Penjilidan 15. Pelaburan di institusi kewangan/bank (kajian keuntungan secara berkala dan komprehensif) 16. Aktiviti Pemborongan

INISIATIF 2017

Untuk mendepani semua cabaran dan mengatasi kekurangan pada tahun ini, kita harus membudayakan inovasi dalam semua proses kerja dan aktiviti di universiti ini. Kebajikan

Pertama, dari aspek kebajikan, kita akan terus memberi lebih perhatian kepada para pelajar kita yang memerlukan bantuan. Ramai para pelajar kita dari golongan yang kurang berkemampuan. Saya amat menyokong apa jua inisiatif yang telah dan bakal dijalankan oleh warga UiTM Kedah dalam membantu dalam apa jua cara sekalipun. Bahagian HEP perlu berperanan dengan lebih spesifik lagi dalam memastikan kebajikan para pelajar kita sentiasa terjamin.

Warga UiTM Kedah yang saya kasihi sekalian, tahniah di atas kesungguhan untuk melahirkan anak bangsa kita yang mempunyai ciri-ciri graduan holistik dan mempunyai daya saing selepas bergraduan nanti. Saya percaya para pensyarah dan staf pentadbiran sentiasa komited untuk mengilmukan anak bangsa, bukan sahaja ilmu akademik malah ilmu yang membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah. Jika berpeluang ketika selepas syarahan, selitkan dengan nasihat dan motivasi diri agar minda para mahasiswa sentiasa segar dengan pembudayaan ilmu sebenar di universiti yang kita cintai ini. Dalam erti kata lain, beri mereka ilmu, lengkapkan mereka dengan kemahiran mengikut bidang dan lestarikan mereka dengan sikap dan nilai-nilai terpuji. Staf pentadbiran juga digalakkan untuk memberi nasihat dan ilmu yang baik dan penggemblengan usaha ini oleh semua pihak akan melahirkan suatu suasana keilmuan yang mengcakupi semua bidang kehidupan Pengajaran & Pembelajaran Berinovasi

Kedua, kita perlu memikirkan pendekatan yang lebih berimpak tinggi bagi menjamin pendidikan tinggi yang berkualiti. Ini termasuklah proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi, seperti MOOCs, smart classrooms, flexible learning, collaborative learning environment, empowerment in teaching, problem based learning, work based learning dan professional recognition. Di samping itu, double major, double degree dan 2u2i perlu dipergiatkan lagi. Semuanya ini adalah untuk memastikan graduan kita mendapat pengalaman pembelajaran yang terkini, skill sets dan added values yang pelbagai, dan seterusnya mampu bersaing di persada global dari aspek kebolehpasaran mereka. Justeru, saya menyeru agar Ketua Pusat Pengajian dan para pensyarah perlu duduk berbincang bagi memikirkan halatuju fakulti dan bidang di samping merancang keperluan untuk menggunapakai konsep double major atau double degree. Dalam perkembangan terkini, pihak ACIS UiTM Kedah dan pihak UUM sedang merancang untuk melaksanakan konsep Double Degree iaitu gabungan Degree Muamalat dan Degree Kaunseling melalui plan pengajian selama 4 tahun. Saya berharap dengan kejayaan inisiatif ini akan memberi peluang dan dorongan kepada fakulti lain di UiTM Kedah.

Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) merupakan salah satu komponen yang penting di dalam

memantapkan dan menyokong elemen pengajaran dan pembelajaran. Dalam merealisasikan tema

UiTM Kedah pada tahun ini, sebanyak 20% dari peruntukkan untuk pembelian buku (RM320k) akan

diperuntukkan untuk pembelian bahan-bahan perpustakaan yang melibatkan elemen inovasi,

kreativiti, teknologi pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Untuk makluman warga UiTM kedah,

Page 17: AMANAT REKTOR 2017 - kedah.uitm.edu.my · PDF fileasasnya inovasi dalam konteks kecemerlangan universiti adalah merujuk kepada inovasi yang berupaya untuk ... MINI KONVENSYEN KIK

17

pembelian akan dibuat pada 6 hingga 9 Mac 2017 dan syarikat buku akan membawa bahan-bahan

untuk dipamerkan di PSB. Justeru adalah dipohon warga UiTM Kedah untuk memilih dan membuat

pilihan bahan-bahan tersebut. Selepas itu pihak PSB dengan bantuan panel-panel yang kita lantik khas

akan melihat kesesuaian bahan-bahan tersebut. Saya berharap agar tuan-tuan dan puan-puan dapat

dapat memanfaatkan peluang ini dalam usaha untuk memantapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran

dan sekaligus akan memberi impak kepada pengajaran dan pembelajaran. Selain dari itu pihak PSB

akan membantu pihak RMI UITM Kedah dalam memberi khidmat perundingan dan kaedah pencarian

bahan-bahan pengajaran, penyelidikan dan aktiviti ilmiah dari semasa ke semasa. Dalam masa yang

sama, PSB turut berperanan dalam memberi fokus perkhidmatan kepada pengurusan rekod dan arkib

UiTM Kedah.

Tadbir Urus Dalam urusan pentadbiran universiti, budaya inovasi akan dapat menjana hasil kerja yang lebih

cepat, berkualiti, efisien, efektif dan value added. Melalui perancangan dan strategi kecemerlangan operasi, sistem dan proses di UiTM yang berinovatif akan meletakkan pengurusan di tahap yang lebih baik. Saya telah menerangkan sebentar tadi bagaimana inisiatif penjanaan pendapatan dan budaya penjimatan harus diberi fokus yang menyeluruh. Justeru itu, senarai kemahiran tertentu untuk pentadbir perlu ditingkatkan dan deskripsi tugas (job description) perlu diperjelaskan agar mereka dapat meningkatkan prestasi dan produktiviti universiti. Bahagian pentadbiran perlu mengenalpasti apakah budaya kerja atau attitude yang signifikan untuk ditumpukan dalam usaha penjanaan dan penjimatan. Bahagian Kewangan juga adalah perlu untuk berperanan dalam melihat potensi-potensi yang strategik dalam meningkatkan hasil universiti seperti peluang perniagaan dan pelaburan, di samping menasihati dan memantau penubuhan SBU (Strategic Business Unit).

Dari aspek keberkesanan dan penggunaan teknologi secara optimum, pengurusan tanpa kertas (paperless administration) akan dipergiat secara berperingkat, terutamanya bagi tujuan komunikasi, hebahan, bahan mesyuarat atau penyediaan dokumen. Pada tahun ini peruntukan untuk bekalan bahan-bahan termasuklah bahan pejabat telah ditetapkan kepada RM200,800.00 berbanding RM489,746.00 pada tahun lepas. Disasarkan kos kertas, toner dan cetakan akan dikurangkan pada tahun ini. Menerusi inisiatif ini, di samping penjimatan kos, kita juga akan dapat menyokong usaha ke arah kelestarian alam sekitar.

Bagi meningkatkan lagi usaha pemerkasaan tadbir urus UiTM, pelantikan rektor dan timbalan-timbalan rektor telah dibuat melalui perancangan succession plan. Bagi yang terpilih, mereka ini akan menjalani proses profiling diri yang dikendalikan oleh pihak AKEPT. Calon-calon ini seterusnya akan ditemu duga oleh Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Naib Canselor.

Hubungan industri perlu terus dimantapkan oleh Bahagian PJI. Saya menyarankan agar banyak inisiatif dapat dilaksanakan adalah dengan mewujudkan hubungan dua hala yang baik dengan industri terpilih. Bagi tahun 2017, saya telah memilih Kulim Hi-Tech Park sebagai rakan industri yang dominan di samping rakan-rakan industri terpilih yang lain. Kulim Hi-Tech Park dipilih kerana mempunyai ciri-ciri Multinational Corporation (MNC) dan Government-Linked Corporation (GLC). Justeru saya berharap agar ada perbincangan dua hala antara pihak fakulti di UiTM Kedah bersama Bahagian PJI untuk usaha ini. Antara inisiatif yang boleh dilakukan ialah latihan sangkut (attachment) dengan industri berkaitan. PhD

Kita sedia maklum bahawa untuk menghasilkan graduan yang berkualiti, ianya perlu didukung oleh pensyarah yang bermutu tinggi dan komited. Sehubungan itu, jumlah pensyarah yang

Page 18: AMANAT REKTOR 2017 - kedah.uitm.edu.my · PDF fileasasnya inovasi dalam konteks kecemerlangan universiti adalah merujuk kepada inovasi yang berupaya untuk ... MINI KONVENSYEN KIK

18

berkelayakan PhD perlu ditingkatkan. Bagi UiTM Kedah, peratusan pensyarah yang mempunyai Phd ialah sebanyak 10%. Justeru, untuk menambahkan bilangan pemegang PhD, beberapa inisiatif sudah dirancang dan akan dilaksanakan.

Keusahawanan

Sasaran strategik UiTM untuk menghasilkan graduan dinamik dengan minda dan minat keusahawanan akan diteruskan. Ini seterusnya akan menghasilkan usahawan bumiputera yang berjaya dan mampu membantu pertumbuhan ekonomi negara. Justeru itu, saya berharap agar Bahagian PJI perlu memainkan peranan yang penting dalam memperkukuhkan hubungan dengan Alumni UiTM Kedah. Ini kerana alumni merupakan aset dan sumber penting bagi sesebuah universiti yang secara langsung akan memberi impak serta manfaat besar kepada universiti berkenaan. Sumbangan alumni adalah kritikal bagi UiTM dalam melahirkan graduan berminda global, menjana pendapatan dan menyokong misi dan visi universiti. Walaupun usia Alumni UiTM kedah masih muda namun usaha-usaha untuk memantapkan lagi hubungan strategik boleh dimulakan seawall mungkin. Sehubungan itu, pada tahun ini saya menyarankan agar hubungan antara UiTM kedah dengan alumni diperkukuhkan lagi melalui pelaksanaan aktiviti homecoming. Usaha untuk membudayakan minda keusahawanan perlu dimantapkan dari semasa ke semasa. Saya difahamkan bahawa felo-felo di bawah Bahagian PJI telah merancang pelbagai aktiviti dan program keusahawanan melalui seminar, kursus, karnival, ceramah, kolokium dan pelbagai bentuk strategi. Saya amat menyokong usaha-usaha tersebut dengan mengadakan penggabungan aktiviti sekiranya didapati impak setiap program adalah sama. Bagi tahun ini, UiTM Entrepreneurial Awards 2016/2017 akan mengukur prestasi dan penglibatan UiTM kedah dalam aspek keusahawanan. Justeru saya berharap agar UiTM kedah dapat memenangi anugerah daripada 4 kategori yang akan dipertandingkan iaitu Institutional Award, Best Student/Graduate Enterprise, Best Entrepreneurship Project dan Best Entrepreneurship Mentor / Coach. FOKUS UTAMA TAHUN 2017 Bagi tahun 2017 ini, strategi-strategi berikut perlu diberi perhatian. 1) Teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran a) meningkatkan keupayaan jalur lebar daripada 500 MB kepada 1GB bagi b) meningkatkan jumlah MOOCs 2) Menggalakkan kerjasama akademik antara fakulti dengan fakulti dan UiTM Kedah dengan universiti luar. a) membangunkan sekurang-kurangnya satu program Double Degree dan b) mewujudkan sekurang-kurangnya satu Joint Degree atau Dual Degree di peringkat Sarjana dan PhD dengan universiti terkenal luar negara. 3) Meningkatkan keberkesanan operasi. a) melalui pemurnian proses kerja OE b) membudayakan UiTM Happiness Index (PERMAI). 4) Penyelidikan berimpak tinggi. a) Meningkatkan jumlah Geran Penyelidikan

Page 19: AMANAT REKTOR 2017 - kedah.uitm.edu.my · PDF fileasasnya inovasi dalam konteks kecemerlangan universiti adalah merujuk kepada inovasi yang berupaya untuk ... MINI KONVENSYEN KIK

19

Pelihara Persepsi Warga UiTM Kedah yang saya hormati sekalian, untuk melestarikan hubungan yang baik antara

sesama warga maka elakkan daripada berlaku perpecahan di dalam setiap unit, bahagian dan fakulti. Perpecahan atau salah faham yang berlaku adalah daripada sifat seseorang yang suka melahirkan persepsi yang kurang baik. Dalam usaha untuk kita melestarikan hubungan silaturrahim, peliharalah persepsi. Kajilah dahulu segala berita yang kita dengar dari sesebuah pihak. Minta pandangan dan pendapat dari suatu pihak yang lain. Jangan sesekali kita mengeluarkan pendapat dan pandangan yang diambil oleh sesuatu pihak sahaja. Saya menasihatkan agar kita semua sentiasa berprasangka baik kepada semua pihak. Jangan lahirkan fahaman, pembawaan atau pendapat yang bersifat individualistik kepada rakan-rakan sekerja. Saya juga akui, kadangkala akan timbul suasana dimana pihak pengurusan juga berhadapan dengan percaturan dan perancangan yang tidak sistematik. Tidak ada perancangan yang sempurna disebabkan oleh tidak ada kesempurnaan kepada setiap manusia. Namun begitu pihak pengurusan akan sentiasa mencuba memberi perkhidmatan yang terbaik. Datanglah berbincang dengan saya atau ketua unit dan bahagian masing-masing. Namun saya percaya, warga UiTM Kedah sentiasa menyayangi UiTM dan sentiasa bersatu padu untuk menghadapi apa jua rintangan.

Bagi merealisasikan perancangan untuk tahun 2017 ini, saya memerlukan sokongan padu, komitmen, iltizam dan pemikiran inovatif dari semua warga UiTM. Sehubungan itu, inovasi dalam pelbagai aspek yang dinyatakan tadi akan memastikan kita memperoleh kejayaan yang lebih besar lagi pada tahun ini. Saya berharap budaya inovasi ini dapat diserap dalam kerja harian kita. Dalam mengharungi cabaran yang kompleks dari pelbagai dimensi, elemen yang penting untuk dihayati oleh semua warga UiTM ialah nilai diri yang terpuji. Integriti adalah faktor penting untuk kita memperoleh penghormatan dari komuniti sejagat. Saya berharap integriti akan terus menjadi DNA warga UiTM, sama ada dalam diri staf mahupun pelajar. Dengan itu, slogan UiTM Dihatiku bukan sahaja boleh dilihat dari sudut penjenamaan universiti, tetapi juga melambangkan nilai diri dan perwatakan mulia warga serta alumni UiTM. Di kesempatan ini juga saya ingin mengumumkan bahawa tahun 2017 merupakan Tahun Melawat UiTM Kedah yang disekalikan dengan sambutan 20 Tahun UiTM Kedah.

Akhir kata, kepada semua warga UiTM Kedah, saya sentiasa mendoakan agar tuan-tuan dan puan-puan serta keluarga, dilimpahi rahmat, terpelihara daripada fitnah dan musibah, serta beroleh keberkatan Allah SWT. Saya juga ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kerana anda semua tidak pernah jemu mencurahkan sumbangan yang tidak berbelah bahagi demi kecemerlangan UiTM Kedah. Semoga dalam tahun 2017 ini, semua warga universiti tercinta sentiasa dipermudah urusan, disemat rasa hormat, semangat juang, bekerja dalam satu pasukan, tidak kira apa pun jawatan, demi memperkasa anak bangsa, demi kelangsungan UiTM yang cemerlang dan gemilang. Marilah kita bersama-sama menadah tangan utk memohon kerahmatan daripada Allah. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.