amalifizik mahmud2(pgsr) (1)

Upload: qeena-qaleesya

Post on 06-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 AMALIfizik mahmud2(pgsr) (1)

    1/6

    AMALI 2 : Mengukur nilai pecutan sesebuah objek secara gerak jatuh bebas.

    TUJUAN : Menentukan nilai pecutan graviti bagi objek yang jatuh bebas.

    TEORI DAN PENGENALAN:

    Hukum Graviti Newton menyatakan Daya graviti Fgadalah daya yang dikenakan ke

    atas suatu objek oleh bumi. Daya itu berarah dan menuju ke pusat bumi.Pecutan

    yang terhasil akibat tindakan daya graviti ke atas apa-apa objek adalah sama, g.

    RADAS DAN PERALATAN:

    a) Pita detik

    b) Jangka masa detik

    c) Bekalan kuasa

    d) Wayar penghubung

    e) Silo tap

    f) Ladung (pemberat)

    Ladung dan pita detik

    Jangka masa detik

    Bekalan kuasa 12V

  • 8/3/2019 AMALIfizik mahmud2(pgsr) (1)

    2/6

    PROSEDUR:

    1. Kerusi diletakkan di atas meja. Jangka masa detik diletakkan pada bahagian

    atas kerusi.

    2. sehelai pita detik ditetapkan pada jangka masa detik dan kemudian silo tap

    pemberat pada hujung pita detik tersebut.

    3. Jangka masa detik dihidupkan kemudian pemberat tersebut dibiarkan jatuh

    secara bebas ke bawah.

    4. Jalur pita detik dipotong kepada setiap 2 detik dan disusun untuk menjadi

    sebuah graf.

    5. graf dibina daripada jalur-jalur tersebut dan nilai pecutan ditentukan.

    Gambar radas penyiasatan

  • 8/3/2019 AMALIfizik mahmud2(pgsr) (1)

    3/6

    KEPUTUSAN:

    Pengiraan berdasarkan formula :

    a. Masa ( t )

    Frekuensi jangkamasa detik ialah 1 saat untuk 60 detik. Oleh itu :-

    f untuk 1 detik = 0.02sf untuk 2 detik = 2(0.02) s

    = 0.04s

    b. Halaju.

    Halaju ialah jarak yang dilalui pada tempoh masa

    Halaju Awal ( u ) Halaju Akhir (v)

    Pita 1

    = 0.98 ms-1

    Pita 7

    = 3.35 ms-1

    c. Pecutan

    Pecutan ialah perubahan jarak pada 7 pita detik itu.

    Formula pecutan

    a = 9.88 ms--2

  • 8/3/2019 AMALIfizik mahmud2(pgsr) (1)

    4/6

    PERBINCANGAN:

    Nilai pecutan ladung dalam eksperimen di atas ialah 9.88 ms-2 iaitu hampir sama

    dengan daya tarikan graviti g iaitu 9.80 ms-2 . Ini adalah kerana Daya yang bertindak

    ke atas objek yang jatuh bebas ialah daya graviti. Namun begitu perbezaan nilai

    pecutan adalah kemungkinan besar berlaku kesilapan menarik pita detik untuk

    melancarkan jatuhan bebas ladung dan berlaku ralat ketika memotong pita kepada

    dua detik. Geraf jarak(m) lawan masa(s) yang dihasilkan menunjukkan berlaku

    pecutan , iaitu jarak semakin jauh apabila ladung menghampiri lantai ( pusat bumi ).

    Mengira detik yang terhasil

    KESIMPULAN:

    Didapati bahawa jisim yang jatuh bebas mempunyai pecutan yang sama dengan

    pecutan graviti, g senilai 9.8 ms-2 . Pecutan yang terhasil akibat tindakan daya graviti

    ke atas apa-apa objek adalah sama, g. Namun begitu jarak objek dengan pusat bumi

    mempengaruhi jarak yang diambil ( berdasarkan jarak antara dua titik pada pita

    terakhir )

  • 8/3/2019 AMALIfizik mahmud2(pgsr) (1)

    5/6

    SOALAN KEMAHIRAN & PENGUASAAN PENGETAHUAN:

    1. Adakah nilai pecutan yang diperolehi dari jisim objek yang berbeza-beza

    tersebut bersamaan dengan g (pecutan disebabkan tarikan graviti bumi)?

    Jelaskan. (6 markah)

    Ya. Nilai pecutan untuk objek yang berbeza-beza adalah bersamaan dengan

    dengan nilai g, 9.80 ms-2 . Ini dapat disokong melalui Hukum newton iaitu

    pecutan yang terhasil akibat tindakan daya graviti ke atas apa-apa objek yang

    jatuh bebas adalah sama ,g. Pecutan objek yang jatuh bebas disebabkan

    graviti adalah malar dan universal ,g.

    2. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat mengenai daya pada objek yang

    bergerak jatuh bebas? (5 markah)

    Daya itu bersih dan mempunyai arah iaitu menuju pusat bumi. Daya itu juga

    dikenali dengan Daya Tarikan Graviti . Hukum Graviti Newton menyatakan

    Daya graviti Fgadalah daya yang dikenakan ke atas suatu objek oleh bumi.

    3. Jika eksperimen ini dilakukan di bulan, adakah nilai pecutan pada jisim objek

    yang berbeza-beza tersebut didapati bersamaan dengan g? Jelaskan.

    (6 markah)

    Nilai pecutan objek di bulan adalah tidak sama dengan nilai pecutan di bumi.

    Ini adalah kerana nilai tarikan daya graviti ditentukan oleh jarak objek dari

    pusat bumi . semakin jauh objek dari pusat bumi maka semakin kecil nilai

    daya gravitinya . Ini bermakna nilai daya graviti di bulan adalah lebih kecil

    berbanding di bumi.

  • 8/3/2019 AMALIfizik mahmud2(pgsr) (1)

    6/6

    4. Apakah yang telah anda pelajari daripada kedua-dua aktiviti tersebut?

    (8 markah)

    Eksperimen tersebut telah mengajar saya untuk menyediakan radas seperti

    jangka detik, transformer dan pita detik disamping mempelajari bagaimana

    mengira halaju awal (u) dan halaju akhir (v) melalui pita detik dengan

    menggunakan formula jarak bahagi masa. Saya juga mendapati bahawa

    pecutan objek yang jatuh bebas adalah sama dengan daya graviti iaitu

    g 9.80 ms-2 . Saya berpendapat bahawa setiap benda yang bergerak adalah

    disebabkan oleh daya yang bertindak ke atasnya. Dalam eksperimen ini daya

    yang bertindak ke atas ladung ialah daya tarikan graviti g.