amaljaya.comamaljaya.com/guru/pgsr/alam belajar.docx · web viewkenali kanak-kanak dalam...

81
KENALI KANAK-KANAK Dalam perbincangan mengenai kanak-kanak ini, akan difokuskan kepada kanak-kanak pertengahan dan akhir. kanak-kanak pertengahan dan akhir ialah kanak-kanak yang berumur sekitar 6-12 tahun. Dengan kata lain kanak-kanak ini baru sahaja memasuki alam persekolahan iaitu sekolah rendah pada tahap umur ini. Perubahan rutin harian mereka amat ketara memandangkan sebelum tahap umur ini mereka belum memulakan sesi persekolahan. Di samping itu, mereka juga mula membina hubungan dan interaksi sosial dengan individu-individu di sekeliling mereka termasuklah ibu bapa, guru-guru dan rakan sebaya yang lain. Fokus utama perbincangan adalah Aspek-aspek Perkembangan Kanak-Kanak Pertengahan dan Akhir. Tumpuan akan diberikan kepada aspek Kognitif, Sosio-Emosi dan juga Fizikal. DI SEBALIK LUKISAN KANAK-KANAK Pepatah mengatakan bahawa seribu patah perkataan tidak mampu untuk menterjemahkan sebuah lukisan. Mungkin kata-kata ini benar kerana lukisan bukan untuk dihurai tetapi untuk dihayati. Pada tahap kanak-kanak pertengahan, peningkatan terhadap kemahiran motor kasar dan halus mereka membolehkan mereka mengekspresikan diri mereka melalui sebuah lukisan. Mereka mampu menggambarkan

Upload: vokien

Post on 01-Apr-2018

290 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

KENALI KANAK-KANAK

Dalam perbincangan mengenai kanak-kanak ini, akan difokuskan kepada kanak-kanak pertengahan dan akhir. kanak-kanak pertengahan dan akhir ialah kanak-kanak yang berumur sekitar 6-12 tahun. Dengan kata lain kanak-kanak ini baru sahaja memasuki alam persekolahan iaitu sekolah rendah pada tahap umur ini. Perubahan rutin harian mereka amat ketara memandangkan sebelum tahap umur ini mereka belum memulakan sesi persekolahan. Di samping itu, mereka juga mula membina hubungan dan interaksi sosial dengan individu-individu di sekeliling mereka termasuklah ibu bapa, guru-guru dan rakan sebaya yang lain. Fokus utama perbincangan adalah Aspek-aspek Perkembangan Kanak-Kanak Pertengahan dan Akhir. Tumpuan akan diberikan kepada aspek Kognitif, Sosio-Emosi dan juga Fizikal.

DI SEBALIK LUKISAN KANAK-KANAK

Pepatah mengatakan bahawa seribu patah perkataan tidak mampu untuk menterjemahkan sebuah lukisan. Mungkin kata-kata ini benar kerana lukisan bukan untuk dihurai tetapi untuk dihayati. Pada tahap kanak-kanak pertengahan, peningkatan terhadap kemahiran motor kasar dan halus mereka membolehkan mereka mengekspresikan diri mereka melalui sebuah lukisan. Mereka mampu menggambarkan perasaan mereka melalui sebuah lukisan. Lazimnya mereka melukis sesuatu yang disukai, yang disayangi dan perkara atau benda yang membuatkannya gembira dan sebaliknya jika emosi mereka sedih dan sebagainya. Mari kita lihat beberapa contoh lukisan kanak-kanak.

Melalui lukisan-lukisan ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak gemar melukis sesuatu yang menjadi milik mereka atau ibu bapa mereka. Contohnya seperti binatang peliharaan mereka seperti kucing, anjing dan sebagainya, kereta ibu bapa mereka, rumah dan lain-lain lagi.

ASPEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Aspek Perkembangan kanak-kanak akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu FIZIKAL, MENTAL dan SOSIO-EMOSI.

PERKEMBANGAN FIZIKAL

Perkembangan fizikal kanak-kanak merangkumi pertumbuhan fizikal, kemahiran pergerakan kasar dan halus.

Pertumbuhan Fizikal

Berat badan

Berat badan betambah dengan cepat pada peringkat awal kanak-kanak. Namun ketika peringkat kanak-kanak pertengahan dan akhir iaitu sebelum mereka baligh, berat kanak-kanak akan meningkat sebanyak paun 2.5 kilogram (5 paun) setiap tahun. Walau bagaimanapun, berat badan kanak-kanak perempuan adalah kurang berat daripada lelaki pada umur yang sama.

Ketinggian badan

Pada ketika ini, ketinggian badan kanak-kanak akan bertambah sebanyak 5 hingga 7.5 sentimeter (2-3 inci) setiap tahun. Kanak-kanak perempuan lebih rendah daripada kanak-kanak lelaki sebelum usia sebelas tahun. Kemudian pada usia dua belas atau tiga belas tahun, kanak-kanak perempuan menjadi lebih tinggi daripada kanak-kanak lelaki.

Pertumbuhan gigi

Manusia mempunyai dua set pertumbuhan gigi dalam seumur hidup. Pada ketika umur kanak-kanak 7 tahun, gigi susu mula tanggal.pertukaran gigi susu ke gigi kekal mengambil masa yang lama, iaitu dari hujung peringkat prasekolah hingga hujung peringkat kanak-kanak atau kira-kira dua belas tahun.

Rangka tulang

Pertumbuhan tulang berlaku dalam tiga cara, iaitu menjadi bertambah pnjng, lebih keras, dan berkurang atau bertambah dari segi jumlah pada bahagian tertentu. Pertambahan saiz tulang amat ketara di tulang panjang di bahagian kaki dan lengan. Tulang tersebut akan memanjang, menebal dan membesar secara tetap sepanjang zaman kanak-kanak. Pembesaran tulang rangka berlaku dengan pembesaran kaki dan tangan diikuti leh pembesaran pinggul, dada, bahu, dan akhir sekali badan memanjang.

pergerakan motor kasar dan halus

Kemahiran pengawalan pergerakan kanak-kanak merangkumi kemahiran motor kasar dan halus.

Kemahiran motor kasar kanak- kanak sekolah (7-11 tahun)

Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-kanak menjadi semakin halus dan lebih terurus, berbanding peringkat awal kanak-kanak. Contohnya, mereka sudah boleh menunggang basikal, memanjat, berlari, menari dan bersukan.

Disamping itu mereka juga lebih diberi tanggungjawab menjalankan aktiviti seperti membantu ibu menyapu dan mengemas rumah, memasak, menjahit serta membasuh dn melipat pakaian.

Kemahiran fizikal menjadi suatu keseronokkan dan merupakan pencapaian yang berguna kepada kanak-kanak. Penting bagi kanak-kanak untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan pada peringkat sekolah rendah.

Kemahiran motor halus kanak-kanak sekolah (7-11 tahun)

Semasa kanak-kanak mulai masuk kea lam perseklahan, otot mata dan tangan mencapai koordinasi yang baik dan bersedia untuk belajar menulis, ,membaca, mengira dan melakukan aktiviti permainan di luar bilik darjah.

Mereka memperoleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil bertambah terutama dibahagian tangan dan kaki. Dengan itu, segala aktiviti dan pergerakan, seperti menulis dan menjahit dapat dikawal dengan lebih sempurna.

PERKEMBANGAN MENTAL

Perkembangan mental kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir dibahagikan kepada 3 bahagian:

Perkembangan persepsi kanak-kanak

Deria sentuhan

Pada peringkat prasekolah, deria sentuhan kanak-kanak sudah cukup berkembang sehingga membolehkan mereka membezakan objek yang kasar dengan yang halus, panas dengan yang sejuk dan sebagainya.

Deria rasa dan bau

Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah dapat membezakan rasa sekunder, misalnya manis gula berbeza daripada manis kicap atau masam limau dengan masam cuka. Ketika ini juga, kanak-kanak boleh membezakan antara bau yang lebih rumit seperti bau rempah dan cili.

Deria pendengaran

Kanak-kanak pada ketika ini sudah mampu balajar dan menumpukan kepada maksud perkataan. Sekiranya mereka dibiasakan dengan aktiviti mendengar cerita dan menyanyi, kebolehan mengingat perkara baru akan meningkat. Seperti contoh, mereka sudah pandai menghafal dan menyanyikan laku penyanyi pujaan mereka.

Deria penglihatan

Manusia bergantung lebih kepada penglihatan, berbanding deria-deria yang lain semasa meneroka persekitaran mereka. Menurut Elanor dan James Gibson, kematangan otak menyumbang kepada peningkatan dalam integrasi sistem penglihatan dan sistem motor.Teori differensiasi menerangkan bagaimana kanak-kanak membezakan symbol tulisan. Mereka mula mengenal huruf dalam pasangan. Huruf-huruf yang hampir serupa seperti C dan G, E dan F, selalu mengelirukan mereka (Gibson,1970). Penulisan huruf yang sngsang adalah kebiasaan yang berlaku di kalangan kanak-kanak. Pembacaan buku yang banyak dapat meningkatkan kepekaan persepsi kanak-kanak dalam mengesan perkataan bertulis.

Perkembangan Intelektual Kanak-Kanak

Perkembangan intelektual kanak-kanak merupakan paras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut untuk memahami dunia di sekitar mereka. Menurut Jean Piaget, ketika ini kanak-kanak mengalami tahap perkembangan intelektual peringkat operasi konkrit iaitu mereka sudah mampu membentuk pemikiran logik yang terhad kepada objek maujud. Mereka mula memahami konsep pengekalan objek, iaitu bilangan, ruang atau isipadu objek tidak berubah walaupun diubah bentuk, susunan atau bekas. Mereka juga boleh menerima pendapat orang lain mungkin berbeza daripada pendapat mereka, Antara ciri-ciri pemikiran dalam peringkat ini seperti berikut:

Kefahaman pembalikan atau reversibiliti, iaitu keupayaan memahami konsep pembalikan dari segi ruang, kuantiti, masa, sebab musabab dan isipadu. Misalnya, sekiranya air yang ditukarkan kepada bekas yang berlainan saiz atau bentuk tidak akan berubah isipadunya.

Desentrasi, iaitu keupayaan menumpukan perhatian kepada lebih daripada satu aspek dan tidak terhad maklumat persepsi sahaja.

Keupayaan mengklasifikasi objek dengan mengambil kira dua kelas yang berbeza dan memilih kelas yang lebih tinggi sebagai merangkumi beberapa kelas yang lebih rendah.

Keupayaan menyusun bjek dengan menumpukan kepada lebih daripada satu dimensi contohnya dari segi saiz, bentuk dan warna.

Kefahaman konsep serasi, iaitu keupayaan mengatur objek mengikut turutan misalnya daripada pendek ke panjang dan sebaliknya.

Berkebolehan membanding dan menyusun objek secara mental.

Keupayaan beroperasi dan memanipulasi secara ruang, berkebolehan mengekal jarak, perhubungan jarak, masa dan kelajuan. Kebolehan ini membantu kanak-kanak dalam membentuk peta mental yang tersusun yang mewakili persekitaran biasa, dengan mengambil kira pelbagai sudut atau perspektif.

Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak dapat memberikan gambaran yang tepat tetapi tidak tersusun tentang persekitaran biasa. Pada usia 6-7 tahun, mereka dapat membayangkan peta mental secara tersusun manakala kanak-kanak yang berumur 9-10 tahun melukis peta mental yang lengkap yang mengandungi tanda peta dan jalan yang berhubungan.

Perkembangan mental kanak-kanak berlaku secara dekalag horizontal, iaitu penguasaan konsep logikal meningkat mengikut turutan. Kefahaman mengenai pengekalan nombor akan berlaku sebelum pengekalan cecair. Seterusnya mereka menguasai konsep pengekalan kwasan atau ruang, dan akhirnya disudahi dengan pengekalan berat.

Kanak-kanak yang didedahkan kepada komputer pada umur satu tahun berkebolehan menggunakan komputer tersebut secara berkesan pada umur prasekolah dan menghasilkan program yang ringkas pada usia 8 tahun dan program yang lebih kompleks pada usia 12 tahun. Seterusnya mereka juga suka menggalakkan adiknya yang lain dalam permainan komputer.

Persekitaran dan cara didikan daripada ibu bapa juga akan mempengaruhi tahap intektual kanak-kanak. Perhatian daripada kedua-dua ibu bapa semasa bermain akan meningkatkan proses pembelajaran anak mereka.

Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak

Bahasa merupakan satu bidang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui bahasa, kanak-kanak berkemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara berkesan.

Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa bukan sahaja dapat merapatkan hubungan kanak-kanak dengan orang lain tetapi kanak-kanak boleh membina konsep tentang alam dan manusia di sekelilingnya (Rice & Woodsmall, 1988).

Terdapat 4 komponen dalam perkembangan bahasa kanak-kanak:

1. Perkembangan Fonologikal : pemahaman dan pengeluaran bunyi bahasa pertuturan. Ciri-ciri:

Memahami penekanan khas yang membezakan maksud perkataan sebatang pensel dan batang kayu.

Penukaran penekanan apabila perkataan berubah daripada perbuatan kepada nama.

Memahami senikata lagu atau puisi.

2. Perkembangan Semantik: pemahaman makna perkataan dan kombinasi perkataan. Ciri-ciri:

Dapat menamakan objek atau kejadian dan mengkategorikan.

Perbendaharaan kata bertambah kepada 14000 perkataan

Memahami cerita lisan atau yangdibaca dalam buku

Memahami dan menghafal senikata lagu atau puisi

Dapat mengubah suai senikata lagu atau puisi.

3. Perkembangan Tatabahasa: bentuk atau struktur bahasaCiri-ciri:

Pada peringkat sekolah, kanak-kanak dapat membentuk cerita yang panjang (satu muka surat yang terdiri daripada sepuluh ayat) dan tepat mengenai sesuatu pengalaman atau peristiwa yang pernah dilalui oleh mereka.

Pada hujung peringkat sekolah, mereka dapat mencipta seni kata lagu dan puisi serta menceritakan tentang peristiwa atau pengalaman secara kompleks dengan menambah ulasan, tafsiran atau pengajaran yang didapati daripada peristiwa tersebut.

4. Perkembangan Pragmatik: gaya sesuatu perkataan digunakan dalam sesuatu

perbualan, mengikut konteks dan budaya. Ciri-ciri:

Boleh menggunakan speech registers seperti apa khabar atau tumpang lalu secara berkesan.

Pandai mengubah topik perbualan atau perbincangan secara beransur-ansur mengikut keadaan.

Dapat bertanya balik apabila disoalkan.

Dengan perkembangan ini, mereka mula mampu untuk mengendalikan dunia secara simbolik dengan menggunakan bahasa yang mudah seperti tanda-tanda, lambang, objek dan perkataan.

PERKEMBANGAN EMOSI

Emosi memainkan peranan penting dalam kehidupan kanak-kanak. Lazimnya apabila sesuatu pengalaman emosi itu menyenangkan, mereka akan berasa terdorong untuk mencapai sesuatu matlamat itu. Emosi menambahkan keseronokkan kepada pengalamannya sehari-hari, menjadi penggerak kepada tindakan, dan memberikan makna kepada bentuk tindakan yang diambilnya.

Emosi Diskrit

Emosi diskrit adalah emosi asas yang dapat di kesan melalui air muka, misalnya suka, takut, marah, sedih atau duka, minat, terkejut dan jijik. Pada peringkat kira-kira 6 tahun, rasa segan, bimbang, putus harap dan iri hati berkembang daripada perasaan duka dan harapan serta kasih sayang terhadap orang dewasa berkembang daripada emosi suka. Pernyataan emosi yang lebih halus seperti yang terdapat pada orang dewasa daripada kematangan dan pembelajaran yang seterusnya berlaku pada zaman kanak-kanak dan remaja.

Emosi Kesedaran Kendiri

Selain emosi diskrit, Perkembangan emosi kanak-kanak juga merangkumi emosi yang berkaitan dengan kesedaran kendiri atau emosi yang berkaitan dengan kendiri kanak-kanak, seperti perasaan malu, bangga, dengki dan bersalah.

Pada peringkat prasekolah, perasaan cemburu tehadap kawan-kawan sekelas adalah perkara biasa kerana mereka masih memerlukan rasa kasih saying daripada ibu bapa dan guru. Kanak-kanak pada peringkat ini juga kerap mengalmi emosi kesedaran diri dan menjadi semakin sensitive pada pujian dan kritikan orang lain (Lewis,1995; Lewis, Allesandri & Sullivan,1992). Sekiranya kanak-kanak selalu dipuji, mereka akan berasa bangga dan yakin terhdp kebolehan mereka sendiri. Sebaliknya, jika mereka dimarah kerana salah laku, mereka akan rasa bersalah, walaupun perkara itu merupakan satu kemalangan atau dilakukan dengan tidak sengaja (Graham, Doubleday & Guarino, 1984).

Bandura (1986,1989) menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Mereka meniru tingkah laku emosi yang diperhatikan pada orang lain. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang dipelajari disekelilingnya.

Memahami dan bertindak balas kepada emosi.

Satu lagi emosi yang berkembang pada peringkat kanak-kanak adalah empati. Kanak yang bertindak dengan empati lebih suka berkongsi dan menolong apabila mereka melihat seseorang dalam sedih (Eisenberg & Fabes,1998). perkembangan empati bergantung kepada perkembangan intelektual dan bahasa dan disokong leh personaliti dan pengalaman mereka.

Kanak-kanak pada peringkat prasekolah yang lebih suka bersosial dan mahir dalam mengawal emosi lebih cenderung bersifat empati (Eisenberg, 1992,1996). Pada awal umur prasekolah, kanak-kanak merujuk kepada sebab, akibat dan tanda perbuatan untuk mentafsir keadaan emosi.

Pada peringkat umur 7 tahun hingga 9 tahun, kanak-kanak mula sedar akan perasaan orang lain. Mereka mula belajar memahami perasaan orang lain melalui pengalaman dan interaksi dengan rakan sebaya. Kanak-kanak ini suka membuat sesuatu untuk menarik perhatian orang lain. Kanak-kanak pada peringkat ini sangat perasan terhadap kritikan dan cemuhan. Mereka mendapati susah untuk menyesuaikan diri dengan kegagalan.

Ketika berumur 9 tahun hingga 12 tahun, kanak-kanak menghadapi dilema kerana nilai-nilai dan norma-norma kumpulan rakan sebaya berbeza dengan nilai norma ibu bapa atau orang dewasa. Mereka ingin akan penerimaan daripada rakan sebaya tetapi pada masa yang sama mereka masih bergantung kepada ibu bapa. Kanak-kanak juga gemar menolong melaksanakan pelbagai tugasan, suka menerima tanggungjawab dan membantu orang lain tanpa mengharap ganjaran.

Tingkah Laku Prososial vs Tingkah Laku Anti Sosial

Perasaan empati kanak-kanak akan membawa kepada perkembangan sosial ke arah membantu orang lain, iaitu tingkah laku prososial. Sebagai contoh, kanak-kanak menunjukka perasaan prihatin terhadap mereka yang lemah dan membantu dalam penjagaan adik.

Kanak-kanak yang berumur 6 tahun hingga 7 tahun lebih cenderung untuk menunjukkan sikap bekerjasama apabila bermain dengan rakan mereka.

Manakala tingkah laku anti sosial pula seperti tingkah laku agresif, intrusive, asertif, dan suka mengawal orang alin atau melakukan keganasan dan mencederakan orang lain.

Kelakuan antisocial yang bermasalah dihadapi pada zaman kanak-kanak ialah bercakap bohong, bergaduh, mencuri dan lari dari rumah. Terdapat beberapa penerangan mengapa seseorang itu menjadi anti sosial. Salah satu daripadanya ialah tanggapan bahawa tingkah laku antisosial itu sebenarnya akibat daripada proses modeling, misalnya melalui model-model atau cerita-cerita yang dipaparkan di televisyen.

PERKEMBANGAN SOSIAL

Perkembangan sosial merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses tersebut melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial.

Melalui proses sosialisasi yang bermula sejak seseorang bayi dilahirkan, diharapkan kanak-kanak ini dapat membuat penyesuaian sosial mengikut pengharapan masyarakat apabila mereka besar.

Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri.

Kemahiran Berinteraksi

Dalam lingkungan usia 5 tahun kanak-kanak mula bercampur dan menjalankan hubunagn sosial semasa bermain dalam kumpulan serta saling bercakap antara satu sama lain (Garvey,1990; Howes,1992).

Mereka lebih berkemampuan untuk meramal tindakan teman sepermainan mereka dan lebih suaka berkongsi objek dan bekerjasama semasa bermain dalam kumpulan (Cassidy,1992; Dunn,Brown & Magure,1995; Gardner,Jones & Miner,1994).

Tingkah laku sosial kanak-kanak terdiri daripada meniru, bertanding, berkawan, bekerjasama dan bersimpati. Berikut adalah tingkah laku sosial kanak-kanak ketika bermain.

JENIS

CIRI-CIRI

Peniruan

Meniru sikap dan tingkah laku individu yang disukainya.

Pertandingan

Cuba melakukan sesuatu yang lebih baik atau supaya dapat menang.

Berkawan kesetiaan

Senyum, mendekati, bercakap, bermain bersama, menunjukkan kemesraan pada kawan.

Bekerjasama

Melibatkan diri secara bantu-membantu ke arah pencapaian matlamat bersama dalam aktiviti berkumpulan, dan bermain bersama tanpa menggangu atau merebut permainan orang lain.

Simpati

Menunjukkan perasaan kasihan apabila melihat orang lain dalam keadaan yang menyedihkan.

Pengiktirafan sosial

Ingin menarik perhatian supaya diberi penghormatan oleh rakan sebaya.

Perkembangan Kendiri

Konsep kendiri merupakan suatu konsep yang kompleks. Secara umumnya, knsep kendiri bermaksud anggapan menyeluruh tentang diri sendiri. Sebagai contoh, seseorang itu tahu akan jantina, latar belakang keluarga, bangsa dan agamanya sendiri.

Seperti bola yang mempunyai sifat yang tertentu seperti dapat bergolek dan bergerak, begitu juga dengan kendiri kanak-kanak yang ada kualiti dan sifat tertentu seperti kemahiran berjalan dan perasaan malu atau berani. Berikut merupakan komponen dalam pembentukan kendiri kanak-kanak:

KOMPONEN KATEGORI KENDIRI

CIRI-CIRI

Barangan saya (material me)

Tubuh, pakaian, keluarga, rumah dan segala hak milik

Pergaulan saya (social me)

Siapa diri kita pada pandangan orang lain yang mempersepsi kita dengan pelbagai cara

Kerohanian saya (spiritual me)

Trait personaliti seperti sikap, nilai, keyakinan, kepercayaan,persepsi sosial, kebolehan, kecekapan dan sebagainya

Perkembangan konsep kendiri kanak-kanak pertengahan (6-11 tahun).

Konsep kendiri menekankan ciri-ciri personaliti

Penghargaan kendiri menurun apabila membuat perbandingan, kemudian naik semula.

Perhubungan persahabatan menekankan kepercayaan dan bantuan.

Strategi penyelesaian maslah yang teliti, berpandu kepada keperluan khusus sesuatu masalah.

Menekankan kecekapan dalam pergaulan sosial.

Walau bagaimanapun, konsep kendiri kanak-kanak pada peringkat prsekolah sangat terhad kepada pemikiran dan perbuatan yang nyata dan khusus (Stipek, 1992). Fikiran yang kukuh tentang diri juga membenarkan kanak-kanak untuk bekerjasama buat kali pertama dalam menyelesaikan masalah kecil semasa bermain (Brownnell & Carriger, 1990; Caplan,1991).

Apabila ditanyakan tentang siapa diri mereka, kanak-kanak sudah dapat melabel dirinya dengan berbagai-bagai cara selain namanya seperti menyatakan jantinanya dan saiz badannya, samada besar atau kecil.

Apabila kanak-kanak membesar, mereka berupaya untuk meluahkan penerangan diri fizikal dan perasaan mereka serta bercakap tentang diri mereka atau kendiri saya (Harter,1998). Apabila konsep-kendiri saya ini semakin berkembang, mereka akan menumpu kepada pengetahuan tentang diri sendiri dan penilaian sifat kendiri. Mereka akan mempunyai konsep kendiri yang terdiri daripada kebolehan, kelakuan, sifat dan nilai yang memaparkan dirinya sebagai seorang individu yang berlainan daripada orang lain.

Mereka mula mengira, lebih banyak mengetahui hal sekolah, memanjat, bermain lompat tali dan juga mempunyai ramai kawan. Namun begitu mereka belum mengetahui kelemahan mereka.

Selepas memulakan persekolahan pada peringkat rendah, konsep kendiri kanak-kanak menjadi semakin abstrak. Salah satu daripada aspek ini ilah gambaran kendiri yang menjadi lebih signifikan. Contohnya mereka melihat diri mereka tidk sekadar seorang yang pintar tetapi membandingkan keblehan sendiri dengan rakan-rakan (Ruble & Dweck,1995; Ruble & Flett,1988; Pomerantz,1995). Kanak-kanak prasekolah mula membayangkan cita-cita mereka seperti hendak menjadi doktor apabila besar nanti.

Menurut Eric Erikson (1963), perkembangan konsep kendiri kanak kanak yang berumur 6 hingga 11 tahun, konflik yang akan dihadapi adalah ketekunan lawan rendah diri. Kanak-kanak belajar membentuk ketekunan dan usaha menjayakan sesuatu aktiviti dari rumah serta sekolah. Kanak-kanak yang telah menguasai sesuatu kemahiran akan berasa penghargaan kendiri apabila mampu melakukan sesuatu tugasan. Sebaliknya, mereka berasa rendah diri apabila mereka tidak berjaya menghasilkan sesuatu.

Persahabatan

Konsep kanak-kanak tentang persahabatan amat berbeza daripada konsep orang dewasa. Orang dewasa memandang berat nilai persahabatan kerana bagi mereka sahabat adalah teman setia yang berada di sisi semasa suka duka. Kanak-kanak pula mengangap sahabat bagi mereka sebagai rakan sepermainan sahaja. Mereka tidak begitu mementingkan nilai persahabatan. Menurut Damon (1977), ciri-ciri persahabatan kanak-kanak ketika berumur 6 hingga 11 tahun ialah:

Seorang kanak-kanak yang tinggal berdekatan dengan rumahnya, mempunyai banyak alat permainan serta berminat pada aktiviti-aktiviti yang sama.

Persahabatan dieratkan lagi melalui perkongsian dan pemberian barang-barang permainan.

Hubungan persahabatan senang dimulakan. Contohnya seorang kanak-kanak bertemu jirannya yang suka bermain bola sepak lalu sebentar kemudian menjadi kawan baik.

Persahabatan tidak tahan lama dan mudah dihapuskan. Contohnya apabila kanak-kanak itu jarang bertemu, bertengkar atau seseorang kanak-kanak lain enggan berkongsi barang permainan, maka kanak-kanak itu bukan sahabatnya lagi.

Setelah masuk alam persekolahan, persahabatan merupakan satu hubungan dua hala iaitu saling membantu dan mempercayai antara satu sama lain.

Jangkaan kanak-kanak terhadap sahabat meningkat pada peringkat ini. Sahabat dianggap seorang teman yang setia, dapat dipercayai serta dapat diharapkan untuk membantu mereka pada bila-bila masa.

Hubungan persahabatan lebih sukar dimulakan. Keikhlasan dan kejujuran penting untuk mengeratkan tali persahabatan dan akan terputus selepas hilang kepercayaan.

Kanak-kanak juga gemar meniru tingkah laku sahabatnya. Biasanya kanak-kanak meniru tingkah laku kanak-kanak yang popular dan sesiapa sahaja yang telah membentuk hubungan yang rapat dengannya (Hartup,1983).

Pengaruh sahabat penting dalam memperkembangkan tingkah laku sosial seseorang kanak-kanak. Tidak dinafikan kanak-kanak yang kurang sahabat akan cenderung menjadi anti sosial dan tidak dapat menyesuaikan diri apabila berinteraksi dengan orang lain.

Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkembangan sosial kanak-kanak untuk menawarkan rasa selamat kepada anak manakala rakan sebaya membolehkan kanak-kanak memperoleh semangat bersaing serta kemahiran penyesuian dengan orang lain.

Menguruskan Tingkahlaku Makan Anak-Anak.

Isu makanan merupakan satu apek penting dalam masyarakat. Oleh kerana makanan penting dalam kehidupan dan boleh memastikan perkembangan fizikal yang sihat, semua ibu bapa berharap agar anak mereka gemar makan makanan berkhasiat. Walaubagaimanapun tidak semua menu hidangan ibu bapa disukai oleh kanak kanak.

Beberapa jenis masalah yang berhubungkait dengan makanan bleh timbul di kalangan kanak kanak:

1. Makan memilih

2. Tidak mahu makan

1. Makan memilih

Banyak terdengar keluhan ibu bapa yang amat risau dengan cara pemakanan anak anak mereka, terutama sekali bagi anak anak yang tidak suka makan sayur sayuran. Selain itu ada di kalangan kanak kanak yang hanya memilih sejenis makanan setiap hari tanpa jemu. Ada pula kanak kanak yang hanya memilih makanan ringan seperti keropok dan gula gula untuk di makan. Makan seperti ini boleh menimbulkan masalah pada kesihatan mereka kelak.

Cara mengatasinya :

i. Ibu bapa digalakkan makan semeja besama kesemua anak anak mereka pada waktu makan dan makan bersama anak mereka. Dalam suasana makan bersama, ibu bapa perlu makan makanan berkhasiat terutama sekali sayur sayuran yang dimakan dengan selera sekali. Pendek kata apa sahaja makanan yang ibu bapa mahu anak mereka makan, ibu bapa perlu memakannya di hadapan anak anak mereka dengan penuh selera dan rasa enak. Kanak kanak yang melihat keadaan ini tentu sekali ingin mencuba dan meniru gelagat ibu bapa mereka.

ii. Anak anak tidak perlu dimarah sekiranya mereka makan dalam keadaan bersepah. Hal ini kerana ibu bapa juga perlu memastikan bahawa suasana semasa makan adalah tenteram dan tidak penuh kritik untuk mengelakkan anak kecil menjadi takut pada waktu makan. Ibu bapa seharusnya membiarkan sahaja keadaan bersepah yang berlaku dan melatih anak mereka sedikit demi sedikit supaya tidak makan dalam keadaan demikian.

iii. Untuk membantu anak anak mudah gemarkan makanan ialah melalui proses pembelajaran dengan memperkenalkan rasa pelbagai makanan.

2. Tidak mahu makan

Masalah tidak mahu makan di kalangan kanak kanak boleh meringsingkan ibu bapa, terutama sekali apabila kanak kanak kelihatan kurus walaupun masih ligat berlari dan bermain. Antara puncanya:

i. Kanak kanak mungkin kerap makan makanan ringan. Makanan ringan mengandungi bahan yang menjadi bahan tenaga kepada kanak-kanak. Oleh itu, walaupun mereka tidak makan nasi mereka tetap bertenaga.

ii. Masa ibu bapa memberi anak mereka makan adalah tidak sesuai. Ada di kalangan ibu bapa gemar memberi anak mereka makan lebih awal dari mereka. Pada masa yang sama anak anak mungkin sedang asyik bermain. Dalam keadaan begitu kanak kanak tidak berminat langsung untuk makan dan menganggap makanan adalah pengacau.

iii. Bagi kanak kanak yang tidak mesra dengan ibu bapa mereka, makanan boleh dijadikan bahan untuk melawan kehendak ibu bapa mereka.

iv. Kanak-kanak yang sudah kenyang kerana terlau banyak minum air menyebabkan kanak-kanak kenyang dan tidak mahu makan.

v. Kanak-kanak yang susah hati, dalam keadaan risau, sedih, gelisah atas sebab-sebab tertentu menyebabkan kanak-kanak tidak mahu makan.

Cara mengatasinya :

i. Ibu bapa perlu meneliti sama ada kesihatan fizikal anak-anak mereka tidak terjejas. Kanak-kanak yang tidak mahu makan, berat badan mereka tidak meningkat, kelihatan lesu, dan lemah.

ii. Ibu bapa perlu memastikan anak mereka tidak dibenarkan makan benda-benda lain sebelum sampai waktu makan yang sbenarnya.

iii. Sekiranya anak-anak tidak mahu makan, ibu bapa tidak patut memaksa dan menggunakan cara kekerasan. Hal ini mungkin boleh menyebabkan kanak-kanak melawan dengan tidak mahu makan.

iv. Ibu bapa perlu membiarkan anak meraka yang sudah berunur lebih 6 tahun boleh mengawal diri unuk makan.

v. Sekiranya berat badan kanak-kanak semakin menurun walaupun mereka kelihatan aktif bermain, ibu bapa perlu membawa mereka ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan.

Mengurus kanak-kanak yang di masukkan ke hospital.

Kemasukan ke hospital untuk mendapatkan rawatan merupakan satu keadaan yang boleh merisaukan kepada sesiapa sahaja apatah lagi golongan kanak-kanak. Kebanyakkan kanak kanak menganggap hospital sebagai satu tempat yang membawa perasaan takut dan bimbang.

Antaranya puncanya:

i. Takut kerana takutkan sakit, takut doktor, takutkan suntikan, takut darah dan takut mayat. Ada sesetengah ibu bapa suka menakutkan anak-anak mereka dan mengugut akan menghantar mereka ke hospital untuk di suntik sekiranya mereka nakal dan jahat.

ii. Yang lebih teruk ada pula ibu bapa apabila berhadapan dengan doktor mereka akan menakutkan anak lelaki mereka bahawa doktor akan menyunat mereka, dan ada gunting besar untuk membedah mereka jikalau mereka jahat. Oleh itu setiap kali seseorang kanak-kanak perlu berjumpa doktor apabila sakit mereka akan meronta dan merengek ketakutan dan enggan bersemuka dengan doktor.

Cara mengatasinya :

i. Adalah lebih baik sekiranya kanak-kanak dapat dibawa melihat di persekitaran hospital sekiranya sudah ditentukan oleh doktor bahawa kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital.

ii. Ibu bapa perlu mengetahui daripada pihak doktor tentang apa yang dilakukan kepada anak mereka supaya dapat pula mereka memberi penjelasan kepada anak mereka. Adalah penting bagi ibu bapa untuk memberi keterangan secara berulang ulang kepada anak mereka kerana ia akan mengurangkan kebimbangan.

iii. Ibu digalakkan masuk ke wad bersama-sama anak yang sakit. Adalah dirasakan bahawa dengan adanya ibu di wad bersama anak, tidak kira sama ada ibu itu sendiri dalam keadaan cemas atau tenang. Kehadiran ibu memberi keyakinan dan rasa selamat kepada anak yang sakit.

iv. Kanak-kanak juga digalakkan membawa bersama kedalam wad alat-alat permainan kegemaran mereka seperti anak patung, kereta-kereta ataupun bantal busuk.

v. Suasana di hospital kanak-kanak juga penting untuk memastikan ketenteraman kanak-kanak. Bilik wad dan hospital itu sendiri perlulah kelihatan menarik mulai dari pintu masuk hospital hinggalah ke tempat tidurnya

vi. Tempat bermain juga perlu disediakan dalam kawasan hospital supaya kanak-kanak dapat bermain sebaik sahaja mereka bertenaga, boleh main dan igin bermain. Ini kerana untuk memastikan keiginan bermain kanak-kanak itu berterusan tidak kira di mana mereka berada.

vii. Suasana di hospital perlulah tidak jauh berbeza daripada suasana di rumah dan kehadiran ahli keluarga yang sentiasa melawat boleh memastikan keadaan ini. Kanak-kanak sebaik baiknya dibenarkan memakai pakaian sendiri yang dibawa dari rumah tanpa perlu memakai pakaian hospital.

viii. Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak menakut-nakutkan anak mereka tentang doktor dengan cerita yang bukan-bukan dan tidak betul tentang tugas dan kerja seorang doktor seperti memberi suntikan kalau jahat atau menyunat mereka kalau terlalu degil.

Mengurus Permusuhan di antara Adik Beradik.

Dua atau lebih adik beradik yang suka bergaduh ataupun sering berlumba-lumba, terutama sekali dalam usaha untuk mendapat perhatian dan kasih sayang yang lebih, memang merupakan perkara biasa. Tetapi keadaan ini boleh membawa akibat buruk sekiranya ibu bapa atau penjaga tidak mengendalikan permusuhan biasa ini dengan baik.

Cara mengatasinya :

i. Seseorang kanak-kanak mesti di tanam sikap menghagai diri dan meghormati orang lain, tidak kira siapa sama ada yang lebih tua ataupun yang lebih muda darinya.

ii. Ibu bapa pula jangan sekali kali menggunakan pendekatan yang sukar difahami atau membohongi kanak-kanak. Kanak-kanak akan menjadi keliru kerana kurang faham tujuan ibu bapa dan akan kehilangan kepercayaan terhadap ibu bapa sekiranya mendapati orang dewasa itu berbohong.

iii. Dalam apa jua keadaan, kanak kanak yang sihat dan mengenali diri mereka serta kebolehan mereka tanpa dibeza-bezakan akan berasa yakin dan ini boleh menjauhkan diri dari berlakunya permusuhan diantara adik beradik.

iv. Jika anak-anak masih terlalu kecil untuk memahami konsep hidup mesra dan saling membantu, ibu bapa boleh merancang langkah yang mudah untuk membolehkan anak-anak belajar hidup bersama dan saling sayang menyayangi. Cara yang mudah adalah mencari suatu tugas dan tanggungjawab untuk mereka berkongsi, seperti memelihara seekor binatang kesayangan bersama.

v. Seterusnya ibu bapa tidak digalakkan membahagikan tanggungjawab penjagaan seperti abang diletakkan di bawah jagaan bapa dan adik pula dijaga oleh ibu walaupun tingal dibawah satu bumbumg.

vi. Untuk meredakan satu pergaduhan antara adik beradik salah satu pendekatan yang boleh digunakan ialah mengadakan satu pendekatan terbuka dalam suasana kekeluargaan dan ibu bapa tidak memihak kepada sesiapa pun dalam perbincangan itu. Peranan ibu bapa hanya sebagai pembimbing dan pengasuh.

Pembuangan Najis dalam Seluar.

Jenis masalah pembuangan najis dalam seluar boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu,

1. Jenis menahan najis sehingga timbulnya terkincit. Ia adalah disebabkan oleh dua perkara iaitu:

a) Masalah fizikal

Termasuk penyakit dan luka dibahagian dubur

Kanak-kanak berasa sakit setiap kali cuba hendak membuang air besar.

Juga disebabkan penyakit Hirshprung yang menyebabkan lama kelamaan najis keluar tanpa disedari.

b) Gangguan emosi

Dikaitkan dengan menahan perasaan gelisah dan kebimbangan

Semakin lama kanak-kanak menahan najis (seperti menahan perasaan marah ) menyebabkan najis bertahan dalam usus besar dan menyebabkan usus besar menjadi kembang.

Najis semakin keras sukar untuk dibuang.

2. Jenis tidak menahan najis. Ia dibahagi kepada dua jenis.

a) Jenis berterusan

Masalah pembuangan najis dalam seluar berlaku semenjak lahir.

b) Jenis tidak berterusan

Kanak-kanak berkenaan tidak pernah dilatih dengan jayanya untuk boleh mengawal diri supaya tidak membuang najis di dalam seluar.

Perangai agresif kanak-kanak yang membuang najis di dalam seluar atau pada mana- mana tempat boleh dilihat dari dua sudut.

i. Perangai pasif- agresif, iaitu agresif yang ditonjolkan secara tidak langsung kerana anak itu telah menyembunyikan najisnya.

ii. Bagi kanak- kanak yang memberi kain bungkusan najis mereka boleh dianggap sebagai kanak-kanak yang bersifat agresif secara terbuka.

Ibu bapa yang kurang memahami anak-anak mereka boleh menyebabkan masalah menjadi lebih rumit.

Di mana ibu bapa yang menghukum anak mereka yang berperangai sedemikian akan menyebabkan lahirnya perasaan benci anak terhadap ibu bapa.

Anak juga boleh berasa dirinya terhina dan berpotensi untuk mendapat gangguan jiwa jenis kemurungan dan mencederakan dirinya sendiri.

Tidur dan Gangguan.

TIDUR adalah penting untuk kesihatan sama ada dari segi fizikal atau mental. Bagi kanak-kanak suasana tenteram sebelum masuk tidur amatlah penting untuk menjamin keselesaan dan kesihatan diri sewaktu tidur. Kanak-kanak hanya perlu tidur selama 8-10 jam dalam sehari.

1) Tidur jenis rapid-eye movement (REM), iaitu ada pergerakan mata yang cepat dan mengambil 20% masa tidur.

2) Tidur jenis non-rapid eye movement (NON-REM) iaitu tanpa pergerakan mata yang cepat dan mengambil 8% masa tidur.

Apa akan jadi jika anak-anak tidur bersama ibubapa ?

Kebiasaannya anak-anak kurang mendapat gangguan tidur melainkan jikalau mereka ada penyakit seperti demam, sakit perut dan sebagainya.

Lebih selesa, terjamin dan sentiasa merasa bahawa mereka tidak bersendirian.

Kurang gangguan tidur seperti mengigau.

Jika berterusan sehingga besar?

Tiada keberanian untuk tidur bersendirian.

Terlalu bergantung pada ibu bapa.

Jenis gangguan tidur di kalangan kanak-kanak yang bukan disebabkan penyakit fizikal.

1) Mimpi-mimpi takut (Nightmare)

2) Night Terror- berlaku semasa dalam tidur jenis bukan R.E.M (tanpa pergerakan mata). Dalam keadaan ini kanak-kanak yang terlibat akan menjerit dalam tidurnya.

3) Dalam tidur (Somnambulisme)

4) Berjalan Kencing malam

5) Tidak mahu tidur

6) Bruxism-Tooth Grinding- boleh timbul sekiranya seseorang itu menghadapi tekanan pada waktu siang harinya.

Punca gangguan tidur

1) Masalah perpisahan dengan ibu bapa- contoh ditinggalkan oleh ibu bapa untuk beberapa hari.

2) Kanak-kanak yang sering bermimpi contoh mimpi hantu yang menakutkan.

3) Tekanan lain seperti di sekolah, masalah rakan sebaya, tekanan menghadapi peperiksaan dan sebagainya.

4) Suasana dalam rumah sebelum kanak-kanak hendak tidur- contoh perasaan takut ataupun sedih.

Cara membantu kanak- kanak untuk tidur berasingan daripada ibu bapa.

1) Boleh menemani anak didalam biliknya untuk beberapa ketika (5-10 minit) sekiranya dia berasa takut.

2) Menyediakan lampu kecil yang sentiasa menyala pada waktu malam.

3) Ibu bapa perlu memberitahu kepada anak bahawa walaupun mereka tidur berasingan dengan ibu bapa, mereka masih dan tetap akan sentiasa memberi layanan yang menyenangkan diri mereka.

4) Boleh membiarkan pintu-pintu bilik anak dan ibu bapa terbuka pada permulaannya dan hari demi hari kedua-dua pintu bilik boleh dirapatkan sedikit demi sedikit setelah anak tadi merasa yakin tidur di bilik sendirinya.

5) Perlu diberi kepada anak setiap hari apabila mereka bangun tidur.

6) Perlu pastikan suasana adalah tenang, selesa dan meyenangkan sebelum anaknya tidur. Contoh mengelakkan membaca atau menonton cerita-cerita seram dan elakkan menunjukkan perasaan marah kepada anak-anak walaupun mereka perlu dimarahi.

Bercakap Gagap.

GAGAP adalah satu gangguan dalam pertuturan yang biasanya bermula apabila seseorang kanak-kanak sudah mula boleh bercakap dengan menggunakan dua atau tiga patah perkataan dalam ayat. Ini adalah kerana:

Kerap mengulang semasa menyebut awal perkataan yang serupa, seperti ma-ma-ma-ma-ma-kan atau

a) Memanjangkan bunyi perkataan yang hendak disebut, seperti ma-ma-aa-aa-kan, atau

b) Perkataan yang hendak disebut terhenti-henti mengikut suku kata perkataan, seperti ma-ma-ka-ka-kan.

Akibat pada masa depan

a) Biasanya tidak akan berjaya untuk berkomunikasi secara lancar dengan orang lain.

b) Kanak-kanak ini menggunakan cara lain untuk berkomunikasi seperti menggunakan tanda isyarat.

c) Boleh menjadi murung, kerana mereka berfikir mereka tidak cekap bercakap lantas.

Punca masalah gagap

1. Keturunan dan Baka.

2. Alam Persekitaran

Tatacara ibu bapa, saudara mara, guru dan ahli keluarga lain yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak berkenaan.

Juga disebabkan oleh tekanan emosi yang terlalu meruncing tahap trauma yang dialaminya adalah terlalu berat.

3. Konflik dalam diri kanak-kanak.

Konflik mahu menjadi pasif atau agresif.

Pertuturan boleh dianggap sebagai satu fungsi agresif oleh seseorang kanak.

Peranan ibu bapa untuk mengelakkan gagap.

v Ibu bapa perlu berwaspada dan sentiasa memberi masa kepada anak-anak untuk mengeluarkan buah fikiran mereka walaupun butir-butir perkataan yang hendak disebut mungkin tidak memberi makna yang jelas.

v Perlu sabar untuk mendengar.

v Jangan mencelah atau membantu perkataan yang sedang cuba disebut oleh anak.

v Jangan membuatkan anak-anak takut semasa bercakap, contoh marah.

v Tunjukkan bahawa kita hendak dengar apa yang mereka cakap.

v Perlu menjadi contoh yang baik kepada anak, contohnya cara berkomunikasi yang baik seperti bercakap secara jelas dan tidak tergopah gapah.

MASALAH-MASALAH LAZIM KANAK-KANAK.

1. LELAH

Lelah atau asma adalah penyakit paru-paru yang kerap di kalangan kanak-kanak. Apakah yang dimaksudkan dengan lelah atau asma? Untuk memahami dengan lebih lanjut saya akan jelaskan serba sedikit mengenai paru-paru. Di dalam paru-paru terdapat salur paru-paru yang membawa udara yang kita sedut ke hujung paru-paru. Ia dipanggil alveolar. Di sini udara yang beroksigen akan menyerap ke dalam salur darah dan menyebabkan kandungan oksigen dalam darah adalah tinggi. Apa yang dimaksudkan lelah ialah keadaan di mana salur paru-paru kecil (bronchiol) menjadi radang sekali gus menyebabkan salur paru-paru itu sempit.

a) Apakah tanda-tanda lelah?Secara klasiknya lelah menyebabkan kanak-kanak akan mengalami batuk berterusan, nafas yang berbunyi dan semput. Biasanya batuk yang dialami oleh kanak-kanak itu adalah basah (wet cough) iaitu berkahak. Bagaimanapun, terdapat sebahagian daripada kanak-kanak yang tidak mempunyai tanda-tanda klasik lelah. Ini menyukarkan diagnosis lelah dibuat dan kebanyakan kanak-kanak ini akan mengalami batuk berterusan yang tidak baik walaupun sudah makan banyak ubat.

Tanda-tanda yang penting bagi ibu bapa untuk mengenalpasti kemungkinan anak mereka mengalami asma atau lelah:1. Batuk berterusan terutama lebih kerap pada waktu malam atau awal pagi.2. Batuk berterusan yang bermula dari batuk selesema biasa. Biasanya batuk selesema akan hilang dalam masa antara empat hingga enam hari tetapi kanak-kanak ini akan terus batuk untuk jangka masa yang lebih lama.3. Batuk selepas bermain atau menjalankan aktiviti. 4. Batuk apabila suhu persekitaran yang sejuk seperti di dalam bilik berhawa dingin. Selepas meminum air sejuk atau makan ais krim. Batuk ini juga mungkin berlaku selepas memakan buah-buahan seperti oren5. Semput

Jika terdapat juga simptom alahan seperti ruam, resdung atau selesema awal pagi, ini lebih meninggikan lagi kemungkinan asma atau lelah. Kanak-kanak yang mempunyai masalah lelah atau asma senang dijangkiti kuman pada paru-paru. Disebabkan lelah selalu dicetuskan selepas deman selesema biasa, ini menyebabkan kadar kemasukan hospital lebih tinggi di kalangan kanak-kanak menghidap lelah. Seperti apa yang diperkatakan oleh saudara Izam masalah lelah itu menyebabkan anaknya kerap mendapat jangkitan kuman dan dimasukkan di hospital. Ada beberapa faktor yang boleh mencetuskan simptom lelah antaranya ialah habuk atau hama habuk( house dust mites), asap rokok, buah-buahan citrus dan sebagainya. Walaupun perkara yang menyebabkan lelah itu berbeza dari seorang ke seorang tetapi secara umumnya apa yang dinyatakan di atas ialah punca utama.

b) Apakah rawatan untuk lelah?Tiada rawatan yang boleh menyembuhkan lelah. Ubat-ubatan yang dimakan kanak-kanak menghidap lelah hanyalah untuk mengawal simptom itu tetapi tidak menyembuhkan seseorang itu daripada masalah lelah. Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap lelah ini akan pulih dengan sendiri apabila mereka besar atau mencapai peringkat remaja.

c) Terdapat dua jenis kategori ubat ketika memberi rawatan1. Ubat-ubatan yang mencegah kanak-kanak daripada lelah.2. Ubat-ubatan yang mengurangkan simptom lelah ketika kanak-kanak mengalami lelah.

Apabila kanak-kanak sering mendapat simptom lelah, kanak-kanak itu perlu memakan ubat yang boleh mencegah simptom lelah itu berulang. Ubat ini memerlukan penggunaan setiap hari dan oleh itu ramai ibu bapa berasa takut kononnya kanak-kanak itu terpaksa bergantung kepada ubat. Ini tidak benar, apa yang berlaku ialah pada mulanya ubat itu perlu diberi setiap hari kepada kanak-kanak terbabit dan apabila kawalan lelah itu beransur baik, ubat-ubatan ini akan dikurangkan secara perlahan sehingga diberhentikan. Kebanyakan ubat pencegahan lelah mengandungi steroid. Ramai ibu bapa yang bimbang dengan bahan itu tetapi oleh kerana ubat berkenaan digunakan secara topikal ia adalah selamat dan tidak membawa kesan sampingan. Saya sendiri ketika zaman kanak-kanak berhadapan dengan masalah lelah. Pada masa itu disebabkan tiadanya ubat yang boleh mengawal lelah dengan baik banyak perkara yang tidak boleh dilakukan seperti aktiviti sukan, tidak boleh minum air sejuk dan lebih menyedihkan setiap kali hari raya saya akan semput disebabkan asap bunga api. Apa yang kita inginkan dalam rawatan lelah ialah kanak-kanak itu dapat melakukan aktiviti biasa dan tidak terasa ketinggalan disebabkan oleh lelah. Mengenai pemakanan dan lelah, tiada bukti kukuh yang menunjukkan vitamin mencegah lelah bagaimanapun, pemakanan yang baik akan meningkatkan lagi sistem imun badan dan ini akan mengurangkan jangkitan virus dan secara tidak langsung mungkin mengurangkan kekerapan lelah. Kesimpulannya, daripada apa yang diterangkan di atas, kemungkinan besar kawalan lelah anak saudara Izam masih kurang memuaskan dan ini menyebabkan anak saudara kerap mendapat lelah dan paru-parunya dijangkiti kuman.

PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT

SECARA berseloroh seorang teman berkata, dia dan keluarganya tidak lagi minum susu segar atau makan daging kerana bimbang diserang penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) seperti yang berlaku di Sarawak sekarang. Kenyataan beliau menyebabkan beberapa teman lain terdiam, tetapi ada yang tertawa kecil kerana hakikatnya kedua-dua penyakit itu sangat berbeza dan tiada kaitan langsung, walaupun mempunyai nama sama. Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak 3,520 kes HFMD di kesan dengan lima kematian dan menyebabkan 488 tadika dan 10 sekolah rendah ditutup sementara untuk memutuskan rantaian jangkitan serta mengelak penyakit ini merebak.

Walaupun kebanyakan kes dicatatkan di Sarawak, ibu bapa dan pengurus pusat jagaan kanak-kanak serta tadika di Semenanjung juga perlu tetap berhati-hati kerana ia turut berlaku di sini. Menurut Perunding Paediatrik, Dr Syed Nazir MS Kadir, HFMD adalah penyakit biasa di kalangan bayi dan kanak-kanak kerana virus penyebabnya sentiasa ada di sekeliling kita. Jangkitan boleh berlaku apabila faktor kebersihan diabaikan. Jika di negara empat musim, catatan kes lebih tinggi pada musim bunga dan luruh, tetapi di negara kita ia boleh berlaku sepanjang tahun. Ada yang bertanya mengapa kes di Sarawak lebih banyak. Tiada siapa tahu jawapan sebenarnya, tetapi berdasarkan kajian cetusan HFMD berlaku setiap tiga tahun bermula pada 1997, 2000, 2003 dan tahun ini.

Apa yang menyebabkan HFMD?

HFMD berpunca daripada jangkitan virus. Kajian menunjukkan lebih 70 jenis virus boleh menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut, tetapi jenis paling biasa ialah virus coxsackie A16 (CxA16) dan enterovirus 71 (EV71). Kes dilaporkan di Sarawak disebabkan virus Cx A16.

HFMD juga boleh disebabkan enterovirus lain, tetapi ia jarang berlaku. Kumpulan enterovirus ini termasuk virus polio, coxsackie, echovirus dan enterovirus lain.HFMD pada manusia tidak sama dengan HFMD pada lembu atau kambing kerana ia disebabkan jangkitan virus berbeza. Jadi tidak perlu takut untuk minum susu segar atau makan daging.

Dr Syed Nazir, berkata jangkitan HFMD biasanya lemah dan tidak berbahaya. Ia biasanya menyerang kanak-kanak di bawah 10 tahun, tetapi boleh berlaku pada orang dewasa.

a) Adakah jangkitan ini serius?

Jangkitan disebabkan coxsackie A16 biasanya lemah dan hampir semua pesakit boleh sembuh tanpa rawatan dalam masa tujuh hingga 10 hari. Bagaimanapun, jangkitan enterovirus 71 lebih berbahaya, boleh menyebabkan meningitis, enchephalitis dan kadangkala membawa maut jika tidak diberikan rawatan segera.

b) Siapa yang berisiko dijangkiti?

Sebenarnya semua orang berisiko mendapat HFMD. Bagaimanapun, lazimnya berlaku pada kanak-kanak di bawah 10 tahun, tetapi orang dewasa juga boleh mendapat HFMD.

Namun, jika ia berlaku pada orang dewasa, kesannya sangat lemah kerana orang dewasa mempunyai antibodi daripada pendedahan pada masa lalu terhadap virus ini.

Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian mempunyai risiko lebih tinggi. Ini sebabnya kerajaan mengarahkan supaya tadika dan sekolah ditutup bagi memutuskan rantaian jangkitan virus.

Jangkitan membolehkan badan seseorang membina antibodi terhadap virus berkenaan, tetapi orang yang pernah mendapat penyakit ini boleh mendapat HFMD kali kedua jika ia disebabkan jangkitan virus lain.

c) Apakah gejala HFMD?Sebaik dijangkiti, virus mengambil masa tiga hingga enam hari untuk membiak dalam badan dan ini dipanggil tempoh inkubasi. Selepas tempoh ini pesakit akan mula mengalami gejala penyakit seperti:

Demam (38C) selama dua atau tiga hari

Sakit mulut

Berhingus

Ulser dalam mulut (pada lelangit lembut, bibir bahagian dalam atau lidah)

Sakit tekak

Hilang selera makan

Keletihan

Ruam dan melepuh pada tapak tangan, tapak kaki dan punggung tetapi ia tidak gatal atau menyebabkan rasa sakit

Sakit perut

d) Bagaimana virus merebak?Walaupun tidak berbahaya, HFMD mudah berjangkit, terutama pada kanak-kanak. Ia merebak melalui sentuhan langsung kepada najis, air liur, hingus dan cecair daripada kulit melepuh orang yang dijangkiti. Jangkitan juga boleh berlaku melalui udara apabila orang dijangkiti bersin. Virus boleh hinggap di atas permainan, buku, pensil atau peralatan yang dipegang orang yang dijangkiti.

Virus ini juga boleh hidup lebih lama di luar badan manusia berbanding virus lain, oleh itu jika aspek kebersihan diabaikan ia akan merebak dengan cepat kepada orang lain. Jangkitan mudah berlaku dalam minggu pertama seseorang itu dijangkiti. Najis bekas pesakit masih mengandungi virus, walaupun ia sudah sembuh dan perkara ini boleh berlarutan sehingga lima minggu.

Justeru, Dr Syed Nazir menegaskan supaya setiap orang, terutama ibu bapa dan petugas pusat jagaan kanak-kanak, sentiasa menitikberatkan soal kebersihan. Tangan perlu dicuci dengan bersih setiap kali selepas menukar lampin, keluar dari tandas, mengelap hingus, air liur atau cecair dari kulit melepuh kanak-kanak yang dijangkiti. Jangkitan juga boleh berlaku pada anak dalam kandungan jika si ibu dijangkiti sebelum bersalin. Bayi boleh mengalami masalah jantung, meningitis (keradangan selaput otak) atau mati jika dijangkiti ketika dilahirkan.

e) Adakah rawatan khas untuk HFMD?

Menurut Dr Syed Nazir, tiada rawatan khas bagi penyakit ini. Kebanyakan pesakit boleh sembuh dalam masa tujuh hingga 10 hari tanpa mengambil ubat. Ubat diberikan hanya untuk meredakan ketidakselesaan yang dialami pesakit seperti ubat demam, ulser atau lepuh.

f) Bolehkah ia dicegah?

Kaedah pencegahan paling berkesan ialah melalui pemberian vaksin, tetapi sehingga kini tiada vaksin untuk HFMD kerana ia membabitkan jenis virus yang banyak. Bagaimanapun, cara pencegahan paling mudah ialah menjaga kebersihan. Pada musim cetusan penyakit seperti sekarang ini, elakkan membawa anak ke tempat sibuk dan sesak seperti pusat beli-belah dan kolam renang awam.

Tutup mulut ketika batuk atau bersin. Basuh tangan dengan sabun setiap kali selepas ke tandas. Jangan lupa untuk kerap membersihkan peralatan yang digunakan kanak-kanak. Malah, pengusaha tadika yang diarahkan tutup kerana penyakit ini juga perlu membersihkan semua peralatan dalam premis mereka sebelum ia dibuka semula. Langkah ini penting untuk mengelakkan jangkitan berulang kerana virus Cx A16 boleh hidup lama di luar badan manusia, katanya.

TEKNIK MENCUCI TANGAN:

1 - Lumur tangan dengan sabun dan gosokkan kedua-dua tapak tangan.

2 - Masih pada kedudukan tapak tangan bertemu tapak tangan, gosok dicelah jari.

3 - Letakkan tangan kanan di belakang tangan kiri dan gosok.

4 - Bengkokkan jari (dengan menggenggam tangan) supaya kekotoran pada bahagian sendi dapat dibersihkan.

5 - Genggam ibu jari dan gosok dengan cara putaran.

6 - Beralih ke tapak semula dan gosok dengan cara putaran. Ulang semua langkah 3 hingga 6 untuk tangan kanan.

PENDARAHAN HIDUNG

PENDARAHAN hidung mungkin dianggap masalah biasa, terutama di kalangan kanak-kanak, tetapi masalah ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu menghidap penyakit lain yang lebih kronik.

Hidung berdarah boleh disebabkan pelbagai penyakit termasuk penyakit hidung, sinus, darah tinggi, demam denggi dan penyakit darah.

Namun, biasanya pendarahan hidung berlaku akibat luka pada lapisan dalam hidung.Permukaan dalaman hidung dilapisi membran mukosa (lapisan lembap yang menggalas struktur berongga seperti saluran pernafasan) supaya kulit sentiasa lembap.

Membran mukosa ini mempunyai banyak salur darah yang sensitif dan mudah luka. Kedudukan hidung di tengah muka juga menyebabkan ia sentiasa terdedah kepada risiko trauma seperti hentakan apabila terjatuh, dipukul atau berlaku kemalangan jalan raya.

Pendarahan hidung boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu anterior (pendarahan bermula pada bahagian septum iaitu dinding yang memisahkan dua lubang pada hidung). Septum mempunyai banyak salur darah yang mudah luka apabila kita menghembuskan nafas terlalu kuat atau terkena objek tajam seperti hujung kuku. Darah akan mengalir keluar melalui satu daripada lubang hidung.

Pendarahan hidung anterior juga boleh disebabkan cuaca terlalu panas dan kering. Kekeringan membran hidung (lapisan luar dalam hidung) akan menyebabkan ia retak, menggelupas dan berdarah seperti yang biasa berlaku pada kanak-kanak.

Jenis kedua ialah pendarahan posterior (pendarahan boleh bermula di bahagian hidung paling dalam yang mengalir ke mulut dan tekak ketika pesakit berdiri atau duduk. Bagaimanapun jenis ini jarang berlaku).

Pakar Perunding Hidung, Telinga dan Tekak, Dr Mohamad Hamzah, berkata punca pendarahan hidung boleh dibahagikan kepada empat iaitu:

Trauma

Trauma kecil berlaku apabila seseorang mengorek hidung dengan kuku tajam atau jari pada mukosa hidung yang radang. Ia juga terjadi apabila seseorang itu bersin dengan kuat.

Trauma membawa kepada luka pada lapisan membran hidung yang kaya dengan saluran darah.

Tahap pendarahan bergantung kepada saiz dan jenis pembuluh darah terbabit. Jika satu arteri besar seperti yang terbabit, maka pendarahan menjadi serius dan tidak terkawal.

Penyakit hidung

Rinitis ialah penyakit dalam rongga hidung yang berlaku akibat radang pada membran mukosa yang diserang virus atau bakteria atau sebagai satu tindak balas kepada alahan. Hingus yang keras dan melekat pada membran mukosa akan menyebabkan luka bila hidung dikorek. Perkara ini kerap berlaku kepada kanak-kanak.

Pendarahan biasanya sedikit dan berhenti dengan sendiri, tetapi boleh berulang. Pendarahan boleh dicegah dengan mengubati penyakit rinitis.

Kadangkala penyakit resdung juga boleh menyebabkan pendarahan. Begitu juga lapisan mukosa hidung yang terlalu kering akibat udara terlalu panas atau terlalu sejuk.

Sinus, kanser hidung dan nasofarinks

Kanser nasofarinks (pangkal hidung) kerap berlaku di Malaysia, terutama kepada masyarakat keturunan Cina. Simptom paling biasa ialah hidung berdarah, terutama kepada mereka yang menjangkau umur empat atau lima puluhan ke atas.

Kanser rongga hidung dan sinus yang juga boleh mengakibatkan pendarahan hidung ialah sejenis ketumbuhan di pangkal hidung yang boleh berlaku kepada kanak-kanak lelaki berumur belasan tahun yang boleh berdarah dengan banyak.

Penyakit lain

Sesetengah pesakit berumur yang menghidap darah tinggi mengalami pendarahan hidung. Pendarahan juga berlaku kerana pembuluh darah tidak mengecut disebabkan penyakit darah. Ada pelbagai penyakit darah seperti myeloma, leukemia dan limfoma boleh menyebabkan pendarahan.

Kanak-kanak yang hidungnya sentiasa berhingus serta gatal mungkin berpunca daripada penyakit rinitis.

Namun, katanya, orang dewasa yang sering mengalami hidung berdarah mungkin disebabkan penyakit lebih serius seperti kanser nasofarinks atau kanser sinus.

Kesan sampingan ubat-ubatan

Penggunaan ubat seperti aspirin, warfarin dan ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDs) boleh menyebabkan pendarahan. Rawatan kecemasan hidung berdarah perlu dilakukan segera untuk memberhentikan pendarahan dan mencari puncanya.

Ini sebabnya pendarahan hidung tidak boleh dipandang ringan kerana ia mungkin berkait dengan penyakit serius dan berbahaya. Sesiapa yang ada masalah hidung berdarah perlu segera berjumpa doktor untuk mengetahui sebab pendarahan.

Antara maklumat diperlukan ialah kuantiti darah (sedikit atau banyak) setiap kali mengalami pendarahan, berdarah dari lubang hidung kiri, kanan atau kedua-duanya, katanya.

Selain itu, doktor perlu mengetahui sama ada pendarahan keluar melalui lubang hidung atau keluar melalui belakang hidung dan terus masuk ke mulut. Pendarahan akan berhenti dalam masa beberapa minit atau terus berdarah tanpa henti. Pendarahan berlaku buat pertama kali atau sudah sebaliknya.

Jika berdepan pesakit hidung berdarah, antara langkah rawatan kecemasan yang perlu diambil ialah:

Arahkan pesakit bertenang, duduk (jangan baring), dongakkan kepala dan bernafas melalui mulut dengan perlahan-lahan.

Picit bahagian lembut hidung di bawah tulang hidung selama 10 minit.

Arah pesakit meludah atau mengeluarkan darah dari mulut. Lepaskan picitan selepas 10 minit dan tengok sama ada pendarahan sudah berhenti.

Jika pendarahan belum berhenti, ulang picitan sekali lagi.

Dr Mohamad berkata, dalam kebanyakan kes pendarahan akan berhenti selepas tindakan di atas. Jika pendarahan masih berterusan, segera bawa pesakit ke hospital.

Katanya, langkah seterusnya dilakukan di hospital atau klinik ialah memberi resusitasi kepada pesakit dan melakukan pemeriksaan endoskopi hidung untuk mencari tempat dan saiz pendarahan serta puncanya.

Langkah ini mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut seperti pemeriksaan fizikal pesakit, tekanan darah, ujian darah dan pemeriksaan radiologi, jika perlu.

Larangan untuk pesakit hidung berdarah sehingga betul-betul pulih:

Elakkan mengangkat benda berat.

Jangan letak kepala bawah paras jantung untuk jangka masa lama.

Jangan menghembus hidung dengan kuat.

Usah biarkan hidung menjadi terlalu kering (anda mungkin perlukan ubat sapu antibiotik pada hidung atau sentiasa membasahkan hidung dengan air)

Jangan memasukkan sesuatu ke dalam hidung seperti kertas tisu atau mengorek dengan jari.

Untuk mengelak pendarahan hidung berulang, pastikan anda tidak:

Memicit atau menghembus nafas terlalu kuat.

Menundukkan badan untuk mengangkat benda berat.

Pastikan kedudukan kepala sentiasa tinggi daripada jantung, terutama ketika baring atau tidur.

KANAK-KANAK OBES

MENYURUH kanak-kanak mengambil makanan seimbang dan menyihatkan bukan perkara mudah kerana kebanyakan daripada mereka lebih suka kepada makanan segera dan beraneka jenis snek yang dianggap menarik dan enak. Apatah lagi dengan tarikan pelbagai iklan makanan segera yang turut menawarkan hadiah berbentuk alat permainan atau anak patung comel. Bukan kanak-kanak saja, malah orang dewasa sanggup beratur panjang di restoran makanan segera bagi mengumpul hadiah ditawarkan.

Selain itu, penjualan makanan segera di kantin dan kehadiran penjual snek di luar pagar pintu pagar sekolah makin menyukarkan usaha membentuk tabiat pemakanan sihat di kalangan kanak-kanak. Bahkan, tindakan ibu bapa yang terlalu sibuk untuk menyiapkan sarapan atau bekal dan memberi kebebasan sepenuhnya untuk anak berbelanja membeli makanan kegemaran mereka juga akan memburukkan keadaan.

Semua faktor ini memberi sumbangan kepada masalah tidak cukup zat, walaupun pada zahirnya kebanyakan kanak-kanak dilihat cukup makan. Pengambilan makanan segera dan snek ini juga sebenarnya meningkatkan risiko anak mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti.

Kajian menunjukkan kanak-kanak obes akan membesar menjadi individu obes kerana sel lemak yang terhasil ketika kecil akan kekal dalam badan. Walaupun kebanyakan orang mengalami masalah obesiti selepas masuk ke alam dewasa, obesiti ketika kanak-kanak biasanya akan berlanjutan sehingga dewasa.

Mungkin ramai antara kita tidak sedar bahawa cukup makan (atau banyak makan) bukan bermakna kita mendapat cukup zat, kecuali jika mengamalkan pemakanan seimbang dan mengambil pelbagai jenis makanan. Ini sebabnya ramai mengambil pil makanan tambahan seperti vitamin dan garam galian. Malah, ada yang turut mengambil beraneka jenis herba bagi melengkapkan keperluan harian.

Keadaan sama juga berlaku pada kanak-kanak. Seperti orang dewasa, mereka boleh mengalami masalah kurang zat kerana makanan pilihan mereka biasanya kurang berkhasiat. Apatah lagi, kebanyakan kanak-kanak sangat pantang apabila terlihat ada sayur (walau sehalus ikan bilis pun) dalam makanan mereka.

Cara terbaik untuk melengkapkan sajian mereka ialah melalui pengambilan pil makanan tambahan seperti vitamin dan mineral kerana ketika ini kanak-kanak sangat memerlukan semua zat supaya boleh membesar dengan baik. Persoalannya, sejauh mana keperluan zat ini kepada kanak-kanak? Tidak cukupkah dengan zat sedia ada dalam makanan? Ibu bapa yang sangat cerewet dalam soal makanan pun tidak dapat memastikan kandungan zat dalam sajian yang dihidangkan kepada anak.

Walaupun makanan itu disediakan di rumah, jika tidak berhati-hati, banyak vitamin akan hilang ketika makanan dimasak. Secara umumnya, vitamin yang larut lemak seperti A, D, E dan K boleh tahan dengan suhu masakan biasa, tetapi vitamin A dan E mudah hilang jika terdedah lama kepada udara. Manakala vitamin larut air seperti B1, B6 dan asid folik pula mudah musnah apabila makanan dimasak pada suhu tinggi. Vitamin B12 mudah hilang jika terkena suhu tinggi dan cahaya, sementara vitamin C akan musnah jika terdedah pada udara. Sikap kanak-kanak yang cerewet memilih makanan juga akan menambah kepada masalah tidak cukup zat.

Rasanya semua ibu tahu kepentingan vitamin untuk anak mereka, tetapi ramai tidak pasti mengenai mineral. Sebenarnya baik vitamin atau mineral, kedua-duanya memainkan fungsi sama penting. Bezanya mineral atau garam galian diperlukan dalam kuantiti kecil. Tanpa mineral, badan tidak dapat menggunakan vitamin yang ada. Antara garam galian yang penting ialah kalsium, kromium, magnesium, iodin, besi, zink, kuprum, selenium, manganese dan molibdenum. Semua mineral ini diperlukan setiap hari.

Kajian ke atas 245 kanak-kanak sekolah di Amerika Syarikat berumur enam hingga 12 tahun selama tiga bulan mendapati, kanak-kanak yang diberikan multivitamin dan mineral lebih cerdas berbanding kanak-kanak yang mengambil pil ujian (tidak mengandungi vitamin dan mineral).

Bagaimanapun, tidak semua pil makanan tambahan boleh dikunyah. Pil makanan tambahan untuk mineral biasanya mempunyai rasa kurang enak berbanding pil vitamin seperti vitamin C. Terpulang kepada kebijaksanaan ibu bapa memujuk anak untuk mengambilnya.Selain itu, gunakan kreativiti anda untuk menarik minat anak untuk mengamalkan pemakanan sihat.

Cara galak anak makan:

Antara cara yang boleh dilakukan bagi menggalakkan anak makan ialah:

> Menyediakan makanan sebaik waktu makan sampai (makan pada waktu tetap).

> Jadikan waktu makan sebagai waktu untuk berkumpul seisi keluarga.

> Galakkan anak menghabiskan makanannya. Berikan pujian setiap kali dia berjaya menghabiskan makanannya. Cara ini memberi rangsangan positif kepada minda anak.

> Elak memberi makanan ringan ketika menghampiri waktu makan kerana ia boleh menjejaskan selera anak.

> Jadikan masa makan sebagai waktu yang menggembirakan.

> Hiaskan makanan dengan cara kreatif untuk menarik minat anak untuk makan. Kebanyakan kanak-kanak suka makanan yang cantik dan menarik. Mereka akan lebih berselera untuk menikmati makanan yang cantik.

> Pelbagaikan jenis hidangan untuk anak. Beri anak peluang mencuba jenis makanan baru setiap hari bagi mengelakkan rasa jemu.

> Hidangkan buah-buahan yang dipotong kecil dan disusun menarik untuk menggalakkan anak makan buah.

> Gantikan air kordial dengan jus buah yang diproses sendiri. Melalui cara ini anda dapat mengawal kandungan gula dan menggalakkan pengambilan serat untuk si kecil.

Pesanan Buat Anak-Anak (Petikan Ayat dari Surah dalam Al-Quran)

SURAH LUQMAN Ayat 13

(Perhatikanlah), ketika berkata Luqman kepada anaknya, sedang dia memberi pengajaran kepadanya (katanya) : Hai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan itu adalah aniaya yang besar.

SURAH LUQMAN Ayat 17

Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah orang membuat maaruf (yang baik) dan laranglah buat yang mungkar (haram), serta sabarlah atas cubaan yang menimpa engkau. Sesungguhnya demikian itu pekerjaaan yang dicita-citakan.

SURAH AL-ISRAA' Ayat 23

Tuhanmu memerintahkan supaya janganlah kamu sembah, kecuali Dia dan berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika seorang di antara keduanya telah tua atau keduanya, janganlah engkau katakan cis kepada keduanya dan jangan pula engkau herdik keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia (lemah lembut) bercakap lembut dengan orang tua.

SURAH AL-AHQAAF Ayat 15

Kami wasiatkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapa. Ibunya mengandung dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula. Masa mengandungnya sampai menceraikannya dari susuan, tiga puluh bulan lamanya. Sehingga bila ia sampai dewasa dan sampai umur 40 tahun, ia berkata : Ya Tuhanku, taufiqkanlah aku (tunjukilah hatiku) buat mensyukur nikmat engkau, yang telah engkau berikan kepadaku dan kepada kedua orang ibu bapaku dan supaya aku kerjakan amalan salihyang engkau sukai dan perbaikilah bagiku anak-anak cucuku (keturunanku). Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan aku termasuk orang-orang islam.

Hadith & Dalil

1. Sabda Rasulullah SAW.. Kewajiban setiap ayah terhadap anaknya ialah memberikan nama yang baik, mendidik dengan akhlak yang baik, mengajarkan menulis, berenang, dan memanah; dan janganlah memberikan makanan kecuali makanan yang baik, dan nikahkanlah, apabila ia sudah baligh (H.R. Hakim)

2. Allah SWT berfirman: sesungguhnya harta dan anak-anakmu, hanyalah cobaan (bagimu); dan disisi Allah lah pahala yang besar. (Q.S. At-Tagabun:15).

3. Allah SWT berfirman: Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnkan penyusuannya. Dan kewajiban ayah memberi mkan dan pakaian kepada para ibu dengn cara yang layak (Q.S.Al-Baqarah:233).

4. Sabda Rasulullah SAW.. Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, sungguh kedua orang tuanya yang menentukan apakah ia menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. (H.R. Bukhari dan Muslim).

5. Sabda Rasulullah SAW.. Awasilah anak-anakmu, dan didiklah budi pekerti merek. Tidak ada sesuatu pemberian orang tua kepada anak-anaknya paling berharga, kecuali budi pekerti yang baik (H.R. Tarmizi)

6. Allah SWT berfirman: Ingatlah olehmu tatkala Luqman mendidik anaknya seraya berkata: Wahai annakku. Jangnlah kamu berbuat syirik kepada Allah, sesungguhnya syirik itu adalah dosa yang sangat besar. (Q.S.Luqman: 13).

7. Sabda Rasulullah SAW.. Perintahkanlah anak-anakmu untuk mengerjakan salat sewaktu umurnya meningkat tujuh tahun, dan pukullah dia apabila enggan mengerjakannya, diwaktu usianya meningkat sepuluh tahun. (H.R Abu Dawud).

8. Allah SWT berfirman: Wahai anakku, tegakkanlah solat, dan suruhlah manusia untuk berbuat kebajikan, dan cegahlah dari perbuatan mungkar,serta bersabarlah kamu dalam menghadapi setiap musibah yang menimpamu, sesungguhnya semua itu adalah masalah-masalah yang utama. (Q.S. Lukman:17).

Rujukan di atas dipetik daripada:

Abdul Qadir Djaelani. 2001. Keluarga sakinah. Shah Alam: Pustaka Dini

9. Allah berfirman dalam surah Al-Kahfih ayat 46:

Harta dan anak adalah perhiasan kehidupan dunia..

10. Ibu bapa berasa senang jika anak-anaknya soleh seperti yang digambarkan di dalam Al-Quran surah Al-Furqan ayat 74.

Rujukan di atas dipetik daripada:

Hassan Al-Asymawi. 1996. Mengajar dan mendidik anak-anak menghayati Islam. Terj. Mohd Sofwan Amrullah. Selangor: Pustaka Ilmi.

11. Nabi SAW bersabda,

Allah ingin kalian berlaku adil diantara anak-anak kalian, termasuk dalam ciuman. (al-hadits)

12. Imam Al-Ghazali menegaskan Jangan terlampau banyak mencela anak setiap saat kerana perkataan takkan lagi berpengaruh dalam hatinya. Hendaknya ayah menjaga kewibawaan nasihat. Dia hanya menasihati anaknya sewaktu-waktu sahaja sehingga ibu dapat menakut-nakuti dan mengekang anak dari keburukan dengan kewibawaan ayah.

13. Jika anak mengulangi kesalahan yang sama, tegurlah dengan halus dan tunjukkan urgensi kesalahannnya, misalannya dengan mengatakan, itu nanti dilihat orang sehingga aibmu diketahui orang lain. (Al-Ghazali).

14. Allah taala berfirman, janganlah seorang ibu dan seorang bapak menderita kesengsaraan kerana anaknya. (Al-Baqarah:233).

15. Al-Aqra bin Habis pernah melihat Nabi SAW Mencium al-Hasan bin Ali ra, dia berkata, aku mempunyai 10 orang anak, namun aku tidak pernah mencium seorang pun, Nabi SAW bersabda, Barangsiapa yang tidak menyayangi, maka tidak akan disayangi (al-hadits).

Rujukan di atas dipetik daripada:

Ahmad Ali Budaiwi. 2002. Imbalan dan hukuman; pengaruhnya bagi pendidikan anak. Jakarta: Gema Insani.

Didikan Anak Tauladan

SEBAB ANAK-ANAK DERHAKA

Sabda nabi saw, "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)." dimana yang nak dipukul tu? tapak kakinya.... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah.

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah,ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam.

Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup,".

Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh,kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka".. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita.

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil,Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.

Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka?

Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan b acakan ayat-ayatsuci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.

Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan,jika semuanya baik turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungandengan ibu?

"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk per asaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa".

"Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. "Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita.

Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

"Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?" "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah , kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri.Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail, suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. "Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.

"Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. "Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain." bukan saya nak bawa kisah ni untuk mudah orang nak bercerai dak pakat elok-elok.

Membentuk Kepimpinan Anak

Di dalam konteks sebuah keluarga, sudah tentu ibu bapa sangat mengharapkan yang anak sulung mereka sendiri yang akan mengemudi dan menerajui perjalanan dan kesinambungan keluarga tersebut. Bukan orang lain yang tidak ada kaitan. Iaitu apabila ibu ayah sudah lanjut usia atau sudah pergi meninggalkan alam yang fana. Bagi anak sulung pula, hendaklah ia akur dengan perjalanan dan pusingan hidup ini. Mahu tidak mahu akhirnya beban kepimpinan keluarganya itu nanti hendaklah ditangani dan dipikul olehnya dengan penuh rasa tanggungjawab, prihatin dan penuh kasih sayang.

Bagi setiap ibu dan ayah, perkara ini hendaklah diambil berat dan diberi keutamaan. Proses memindahkan kepimpinan kepada anak sulung itu hendaklah dilakukan seawal mungkin dengan penuh cermat dan bijaksana. Melihat kepada takah dan perkembangan umurnya. Selalunya anak sulung pada awalnya tidak akan mernahami dan mengesan tujuan perpindahan tugas dan kepimpinan ini.Yang penting adalah penerapan sifat-sifat mulia dan sifat kepimpinan dari awal lagi. Untuk itu ibu bapa boleh mengikuti langkah-langkah berikut mudah-mudahan seisi keluarga kita beroleh manfaat dan kebaikan yang banyak dan berkekalan.

1. Sebenarnya ia bermula dari kepimpinan ibu dan ayah itu sendiri. Sebagaimana yang disifatkan, kepimpinan melalui teladan. Suarni memimpin isteri. Isteri memimpin dan mendidik anak sulung dan anak yang sulung memimpin dan melatih adik-adiknya yang lain pula.

2. Memimpin anak sulung akan lebih berkesan apabila ibu dan ayah menjadi contoh atau role model terdekat kepadanya. Contohnya dalam

akhlak, pergaulan, kasih-sayang dan silaturrahim. Apa yang dilihat oleh anak sulung daripada contoh baik ibu bapa tadi secara perlahan-lahan akan dihadamkan di dalam fikiran dan sanubarinya kemudian diteladani semula di dalam kehidupan sehariannya. la bukan tindakan yang mudah dan segera. Namun bagi ibu bapa yang prihatin dan rnithali, inilah jalan yang perlu ditempuh. Perlu diingat bahawa sifat sabar dan kuat kemahuan perlu ada dalam merealisasikan rancangan kecemerlangan masa depan keluarga ini.

3. Selain dibiarkan anak sulung melihat dan memahami cara bagaimana ibu bapa mengendali dan menyelesaikan masalah keluarga, mereka juga hendaklah mula diberikan kepercayaan dan tanggungjawab. Cara begini akan menyuburkan keyakinan diri dan rasa optirnis yang tinggi dalam jiwanya. Tanggungjawab itu hendaklah diberikan secara bertahap-tahap kepadanya mengikut usia, kemampuan dan kesediaannya.

4. Sekiranya anak sulung didapati melakukan kesalahan dan kesilapan, teguran hendaklah dibuat secara berhikmah. Wibawanya di depan dan di mata adik-adiknya hendaklah dijaga. Teguran yang tidak tepat akan membuatkan ia hilang keyakinan diri, rasa malu tidak bertempat dan suka mengasingkan diri daripada adik- adiknya. Pakar-pakar psikologi menjelaskan bahawa kata-kata kesat, kasar dan 'amukan' ibu dan ayah selain membuahkan kebencian dan ketakutan (fobia), ia juga akan melenyapkan sejumlah besar sel positif di dalam rnindanya. Oleh itu, wibawa dan ketrampilan anak sulung mestilah dijaga dan dibina.

5. Akhir sekali, janganlah lupa berdoa untuk anak-anak mereka terutamanya kepada anak sulung. Doa inilah senjata kita. Sesungguhnya doa dan pergantungan dengan Allah menjadi teras dalam memupuk kepimpinan anak sulung.

Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"

1.Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat Kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, dan menghendaki dunia daripada akhirat.

Cara berjimak yang dituntut :-

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s.w.t.

2. Pada malam selasa. Jika allah kurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana di kalangan yg bijaksana atau org alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal,masyhur dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.