amali 2 moonmorf

Upload: siti-mariam-ismail

Post on 03-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Amali 2 moonmorf

    1/8

    Amali 2

    Tajuk : TAKSONOMI DAN BIOKEPELBAGAIAN

    Tujuan : Untuk mengkaji pengelasan haiwan berdasarkan ciri-ciri sepunya.

    Pengenalan : Biokepelbagaian merupakan kepelbagaian benda hidup di muka bumi

    sama ada flora atau fauna. Ia merangkumi semua hidupan dalam

    ekosistem atau seluruh bumi termasuk hidupan laut. Biokepelbagaian

    selalu digunakan untuk mengukur keadaan sistem biologi yang sihat.

    Kepelbagaian hidupan di bumi hari ini terdiri daripada berjuta-juta

    spesies biologi yang tersendiri hasil daripada evolusi 3.5 juta tahun lalu.

    Dalam erti kata lain, biokepelbagaian boleh ditakrifkan sebagai aneka

    spesies organism di bumi. Bilangan spesies di dunis sekarang

    dianggarkan melebihi 80 juta.

    Spesies pula boleh ditakrifkan sebagai satu kumpulan organism yang

    boleh menghasilkan keturunan. Pelbagai spesies dan ekosistem dan

    kebolehubahan gen dalam spesies di dalam habitat tertentu dipanggil

    kepelbagaian biologi atau biodiversity. Biodiversity adala penting untuk evolusi

    dan untuk mengekalkan sistem kehidupan biosfera. Kepentingan biodiversity

    terletak dalam ekologi, genetic, sosial, ekonomi, sains, kepentingan pendidikan,

    kebudayaan, rekreasi dan estetik.

    Spesies biologi adalah sekumpulan organism yang mempunyai moyang

    yang sama. Mereka juga berkongsi banyak cirri-ciri yang dan mempunyai potensiuntuk menghasilkan keturunan yang subur. Morfologi merujuk kepada bentuk

    dan struktur organism atau mana-mana bahagian. Konsep spesies morfologi

    menyokong bahawa ahli-ahli sesuatu spesies adalah individu yang kelihatan

    serupa antara satu sama lain. Konsep spesies morfologi adalah yang paling

    intuitif fan juga yang paling tua. Ia pada dasarnya berpunca dari idea bahawa

  • 7/29/2019 Amali 2 moonmorf

    2/8

    spesies kumpulan yang sama mempunyai penampilan yang sama. Perbezaan

    morfologi antara setiap spesies membenarkan kita untuk membezakan antara

    satu sama lain seperti singa daripada harimau dan satu pohon daripada daisy.

    Tugasan : Seorang ahli sains telah tiba di bulan dan semasa tempoh lima minit

    diperuntukkan untuknya, beliau telah mengumpul beberapa haiwan dari

    permukaan bulan. Haiwan tersebut telah dibawa ke bumi dan akan menjadi

    sebahagian daripada kandungan buku Biodiversiti Bulan.

    Anda diberi tugas membahagikan haiwan bulan kepada kumpulan ( spesies )

    yang berbeza.

    Kumpulan dibahagikan kepada lima. Satu set haiwan dikelaskan mengikut

    spesies masing-masing berdasarkan cirri-cirinya dan dicatat bilangannya.

    Andaikan mereka semua telah dewasa dan tidak ada perbezaan jantina.

    Maklumat mengenai habitat dan kelakuannya tidak diperoleh dan haiwan

    tersebut dikelaskan mengikut cirri-ciri yang boleh dilihat (morfologi)

    Adakah terdapat 29 spesies ataupun ada kumpulan individu yangdikelaskan bersama-sama di dalam sesuatu spesies.

  • 7/29/2019 Amali 2 moonmorf

    3/8

    Keputusan :

    Kumpulan

    Spesies

    Ciri-ciri umum Moon Morphs

    A

    ( Enorb )

    Badan panjang

    Mempunyai

    tentakel pendek

    Bintik di tepi badan

    19 , 20 , 26, 29

    B

    ( Enorbix )

    Badan bulat

    Tentakel panjang

    Badan berbintik

    Mempunyai

    sepasang mata

    1, 17, 16, 24, 27

    C

    ( Katordic )

    Badan pendek

    Berjari 3

    Badan bercorak

    Berkaki

    2, 3, 4, 5, 12, 22, 23, 18

  • 7/29/2019 Amali 2 moonmorf

    4/8

    D

    ( Blasp )

    Badan pendek

    Tentakel berbintik

    Tidak berkaki

    6, 21, 9, 10, 11

    E

    ( Blaspheme )

    Badan pendek

    Tidak berkaki

    Tiada tentakel

    Tiada mata

    Kepala leper

    Ekor pendek

    7, 8, 13, 14, 15, 26, 28

  • 7/29/2019 Amali 2 moonmorf

    5/8

    Soalan :

    1. Apakah ciri-ciri yang dikenalpasti sewaktu pengelasan haiwan dibuat ?

    Mengapa ciri itu dipilih? Mengapakah bukan ciri yang lain?

    Sewaktu pengelasan haiwan ini dilakukan bersama ahli kumpulan, beberapa ciri-

    ciri luaran fizikal telah diberi keutamaan bagi mengelaskan haiwan tersebut

    kepada lima spesies yang mempunyai ciri-ciri luaran fizikal yang sama. Ciri-ciri

    fizikal yang kami perhatikan dan kami pilih ialah spesies A yang mempunyai ciri

    berbadan panjang, berbintik ditepi badan dan mempunyai tentakel yang pendek.

    Ciri kedua bagi spesies B ialah mempunyai badan berbentuk bulat, tentakel yang

    panjang, berbintik dibadan dan mempunyai sepasang mata. Bagi spesies C pula

    ciri-ciri sepunya yang dipilih ialah badan pendek, berjari 3 dan berkaki serta

    bercorak dibadan. Ciri-ciri yang terdapat pada spesies D pula mempunyai badan

    pendek, tentakel berbintik dan tidak berkaki. Manakala bagi spesies terakhir

    yang kami kelaskan iaitu spesies D mempunyai ciri berbadan pendek, tidak

    berkaki, tiada tentakel, tiada mata, kepala leper dan berekor pendek.

    Kami memilih ciri-ciri ini kerana ia mudah dilihat, mudah dikenalpasti dan ianya

    juga adalah ciri-ciri utama yang boleh didapati di setiap Moon Morphs. Kami

    tidak memilih ciri yang lain kerana ianya agak sukar untuk dikenalpasti, terdapat

    kekeliruan dan akan memberikan sedikit masalah kepada kami sewaktu mahu

    melakukan pengelasan.

    2. Adakah kesemua individu di dalam spesies itu serupa antara satu sama

    lain? Berapakah variasi yang diterima di antara individu di dalam spesies

    tersebut?

    Individu dalam setiap kumpulan spesies ini tidak sama antara satu sama lain. Ini

    disebabkan kerana terdapat lima variasi berbeza yang terdapat diantara individu

    di dalam spesies tersebut seperti mempunyai badan panjang, badan berbentuk

    bulat, badan berbintik, mempunyai tentakel dan kepala berbentuk leper. Melalui

  • 7/29/2019 Amali 2 moonmorf

    6/8

    lima variasi ini, setiap individu boleh dikelaskan lagi sehingga menjadi satu ciri

    sahaja. Sebagai contoh kumpulan spesies yang berciri badan panjang boleh

    dikecilkan lagi dengan cirri spesies berekor dan tidak berekor.

    3. Apakah yang akan terjadi kepada spesies jika menerima variasi individu

    yang sangat tinggi? Apakah pula yang akan terjadi jika menerima variasi

    individu yang sangat rendah?

    Sekiranya spesies menerima variasi individu yang sangat tinggi, MoonMorphs ini

    akan dapat dikumpulkan kepada lebih banyak sub-spesies sehingga pengelasan

    dibuat kepada satu ciri sahaja. Manakala sekiranya variasi individu sangat

    rendah maka pengelasan yang boleh dibuat adalah sangat terhad kepada hanya

    beberapa sub-spesies sahaja atau akan hanya dikelaskan mengikut cirri-ciri asas

    dan biasa.

    4. Jelaskan bagaimana seorang taksonimis dapat membahagikan sesuatu

    spesies kepada dua atau lebih spesies yang baru ?

    Peringkat permulaan, ahli taksonomi akan mengumpul spesies. Selepas itu,

    mereka akan mengenalpasti ciri-ciri luaran setiap spesies. Spesies ini

    kemudiannya akan dikumpulkan mengikut cirri yang sama dan serupa. Dengan

    itu, spesies-spesies itu tadi akan berpecah kepada dua atau lebih spesies baru.

  • 7/29/2019 Amali 2 moonmorf

    7/8

    5. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya variasi di dalam individu ?

    Banyak faktor yang boleh menyebabkan berlakunya variasi di dalam individu.

    Contohnya seperti perubahan iklim dan penghijrahan spesies atau perubahan

    tabiat tidur siang dan malam sesuatu spesies. Perubahan ini adalah bersifat

    fleksibal bagi menentukan survival populasi. Ia juga meningkatkan kebolehan

    sesuatu spesies untuk bermandiri dalam persekitaran yang sentiasa berubah.

    Selain itu varias juga boleh berlaku disebabkan oleh faktor genetic. Variasi yang

    dipengaruhi oleh faktor genetic boleh diwarisi dari satu generasi ke satu generasi

    yang lain. Manakala variasi yang dipengaruhi oleh faktor lain seperti perubahan

    iklim dan persekitaran pula tidak boleh dikawal.

    6. Mengapakah spesies Moonmorf ini dipanggil morfospesies ?

    Spesies Moonmorf dipanggil sebagai morfospesies disebabkan spesies

    tersebut dikelaskan berdasarkan ciri-ciri persamaan yang boleh diperhatikan

    dalam sesuatu spesies. Morfospesies merupakan kaedah tradisi yang digunakan

    sejak dahulu dalam mengelaskan sesuatu spesies. Kaedah ini terbatas kerana

    maklumat yang digunakan untuk mengelas spesies adalah sedikit dan perlu

    merujuk kepada perbezaan yang jelas dan nyata berbanding spesies-spesies

    yang lain. Selain itu, variasi geografi selalu tidak diambil kira dalam kaedah

    pengelasan ini.

  • 7/29/2019 Amali 2 moonmorf

    8/8

    7. Jelaskan mengapa spesies tersebut bukan spesies biological.

    Moonmorf bukan spesies biologikal kerana tiada maklumat tentang pembiakan

    Moonmorph tersebut. Jika tiada maklumat tentang pembiakan mereka maka

    ianya tidak boleh dikategorikan Moonmorf sebagai spesies biologikal. Ini

    adalah kerana biologikal spesies dikategorikan mengikut spesies apabila sesuatu

    hidupan itu berjaya membiak secara semulajadi sesame mereka, apabila mereka

    berjaya membiak dan menghasilakn individu yang subur maka hidupan dikira

    sebagai satu spesies biologikal.